Monday, August 20, 2012

ORANG TAK BERIMAN MEMANG KATANYA BEGITU...MEREKA KENA BAWA KE MEKAH BAGAIMANA MUDAH URUSAN WANG...KERANA KURANGNYA ATAU TIADANYA KECURIAN...FIKIRAN MEREKA DIBELENGGU OLEH SYAITAN...KALAU MEREKA FAHAM DAH LAMA MEREKA MASUK ISLAM

Lagi teruk jika sedar

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

pix_middle
KUALA LUMPUR: Bagi pasangan suami isteri, Mat Zaki Hussin, 45, dan Norliyati Hamid, 41, sambutan Aidilfitri tahun ini semakin pilu kerana anak mereka Nurul Firzanah, 16, yang dibakar teman lelaki pada 13 Ogos lalu bukan saja masih koma, malah doktor memaklumkan dia akan kekal begitu sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan akan datang.
“Kata doktor, Nurul hanya akan terjaga daripada koma dalam tempoh tiga hingga enam bulan daripada sekarang. Nurul akan bertambah teruk dan sakit jika dia sedar daripada koma dalam masa terdekat ini.
“Disebabkan itu, doktor terpaksa memberinya ubat pelali supaya tidak berasa sakit,” kata Mat Zaki yang ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari raya pertama, kelmarin.

Nurul Firzanah mengalami kesan melecur lebih 25 peratus di seluruh tubuh terutama di bahagian muka akibat disimbah petrol sebelum dibakar teman lelakinya selepas mereka bertengkar dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju.

Dugaan Aidilfitri

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my

MARAK...angota bomba dan penyelamat memadam kebakaran yang melibatkan sembilan buah rumah.
MARAK...angota bomba dan penyelamat memadam kebakaran yang melibatkan sembilan buah rumah.
SIBU: Kegembiraan menyambut Syawal kepada 90 penghuni sembilan rumah di Kampung Nangka, di sini, berakhir dengan kesedihan apabila rumah mereka terbakar awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, lima rumah penduduk terbabit musnah manakala empat lagi terbakar sebahagian dan kejadian dipercayai berpunca daripada pelita minyak tanah yang diletakkan di keliling rumah.

Difahamkan, kebanyakan mangsa nyenyak tidur ketika kejadian dan tidak menyedari api menyambar rumah mereka, menyebabkan ramai hanya sempat menyelamatkan diri manakala barangan lain musnah.
Seorang penduduk, Ashgar Jahan, 50, berkata, dia menyedari kejadian itu apabila mendengar suara riuh rendah jiran menjerit agar penduduk menyelamatkan diri.

Menurutnya, dia terkejut apabila melihat api menjulang tinggi dan sudah memusnahkan dua rumah.

“Saya mengejutkan ahli keluarga yang tidur supaya keluar menyelamatkan diri dengan membawa dokumen penting,” katanya.

“Api mungkin berpunca daripada pelita minyak tanah yang dipasang di sekeliling rumah atau litar pintas, kami tidak mendengar sebarang letupan, sebaliknya hanya melihat api merebak cepat.
“Kami bersyukur tindakan pantas berjaya menyelamatkan nyawa penduduk walaupun Aidilfitri tahun ini berakhir dengan tragedi,” katanya ketika ditemui.

Menurut Ashgar, mangsa kebakaran kini menumpang di rumah saudara-mara sementara menunggu bantuan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Mutalif Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.52 pagi sebelum jentera pertama tiba di lokasi kejadian.

Katanya, api marak dengan cepat berikutan cuaca kering dan struktur rumah dibina daripada kayu selain jarak antara rumah yang terlalu rapat.

“Satu jentera sokongan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah dan tujuh anggota turut dikejarkan ke lokasi dengan api dapat dikawal daripada merebak pada jam 5.22 pagi.

“Kita terpaksa mengepam air dari Sungai Rajang sebelum api dapat dipadam sepenuhnya pada jam 6.45 pagi dan tiada kecederaan dilaporkan,” katanya katanya ketika ditemui .

Punca kejadian serta nilai kerugian masih dalam siasatan bomba.

Sambut raya di tepi kubur



BANTU IBU...Putri Nursakirah (kiri) melayan pelanggan memilih bunga di gerainya.
BANTU IBU...Putri Nursakirah (kiri) melayan pelanggan memilih bunga di gerainya.
JOHOR BAHRU: Ketika rakan sebaya teruja menyambut ketibaan Aidilfitri, dua beradik dari Kempas, di sini, rela mengetepikan keinginan bersuka ria demi membantu ibu bapa mencari rezeki.
Putri Nursakirah Mohd Safari, 15, dan Mohd Safizan, 12, berkata, sejak kecil hingga sekarang mereka mengikut ibu bapa berniaga bunga hidup untuk dijadikan hiasan di pusara.
Putri Nursakirah berkata, dia diajar berniaga sejak berusia lapan tahun, justeru ia menjadi rutin tahunannya.

“Saya bukannya tidak teringin menyambut Aidilfitri seperti rakan lain, tetapi sedar kami bukannya orang senang, jadi saya lebih rela membantu ibu bapa berniaga pada hari raya di tanah perkuburan Islam di sini bagi menambah pendapatan keluarga.

“Apa yang ada saya pakai, kerana bagi saya paling penting ialah menunaikan tanggungjawab membantu ibu menjual bunga di mana-mana tanah perkuburan di Johor Bahru,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, di sini, semalam.

Anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, pada pagi 1 Syawal, mereka bangun seawal jam 4 pagi bagi membantu ibu berniaga sehingga Aidilfitri ketujuh, kerana ketika itu masyarakat meluangkan masa menziarah pusara keluarga dan sanak saudara.

“Biasanya permintaan bunga masih banyak sehingga hari raya ketujuh dan kami boleh mengaut keuntungan hampir RM100 sehari,” katanya.

Mohd Safizan berkata, selain menjual bunga, dia dan ibu bapa turut menambah pendapatan keluarga membersihkan pusara terbiar dengan upah RM10 bagi sebuah pusara.

“Saya tidak pernah malu melakukan tugas mulia itu,” katanya.

Saya berbangga kerana bukan saja dapat membantu orang tua, malah pada masa sama menerima upah hasil usaha dilakukan,” katanya.

‘Ambillah kereta saya’

Oleh Siti Azila Alias
am@hmetro.com.my
LAPOR...Musyrif menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas kereta miliknya dilarikan penjenayah.
LAPOR...Musyrif menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas kereta miliknya dilarikan penjenayah.
KEPALA BATAS: “Dalam keadaan cemas, saya hanya mampu merayu kepada lelaki itu supaya tidak mengapa-apakan saya dan anak. Jika dia nak ambil kereta, ambillah, tapi tolong lepaskan saya dan anak,” kata Nurul Izzah Khalid, 26, ketika menceritakan detik cemas menjadi ‘tawanan’ 10 minit oleh seorang lelaki yang melarikan keretanya dalam kejadian dekat simpang keluar Kompeks Dato’ Kailan, di sini, Sabtu lalu.
Nurul Izzah ketika ditemui di rumahnya di Pajak Song berkata, dia tidak sempat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku sebaik suami keluar dari kenderaan untuk membeli ubat anak mereka, Muhammad Qayyum Musyrif, lima bulan yang demam di sebuah farmasi berhampiran, kira-kira jam 4.30 petang.

Menurutnya, dia baru hendak mengunci pintu kereta, sebelum seorang lelaki tiba-tiba meluru masuk dan terus menekan pedal minyak.
“Saya jadi panik kerana lelaki itu terus memecut laju dan mahu membawa saya dan anak bersama kereta ke Pulau Pinang. Saya menghubungi suami menggunakan telefon bimbit yang masih di tangan bagi meminta bantuan.

“Lelaki itu marah dengan tindakan saya dan bertindak mahu merampas telefon dari genggaman, tetapi tidak berjaya sebelum menarik tangan anak dan mengugut mahu membunuh kami berdua,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.

Dia yang juga adik kepada Ketua Biro Bernama Perak, Muna Khalid berkata, dalam keadaan cemas itu dia merayu supaya lelaki berkenaan melepaskan dia dan anak.
Mengalah dengan rayuan itu, lelaki berbadan kurus berusia 20-an itu kemudian memberhentikan kenderaan di tengah jalan sebelum menolak mangsa dan anaknya keluar.

Bagaimanapun, Nurul Izzah menyifatkan tindakan lelaki itu tidak bijak dan kemungkinan masih baru dalam ‘bidang’ berkenaan kerana tidak tahu cara membuka kunci kereta.
Lelaki itu juga, katanya, dilihat panik dengan menekan semua butang yang ada sebelum pintu itu dapat dibuka.

Sementara itu, suami mangsa, Musyrif Abu Bakar, 29, yang menyedari kejadian bertindak mencari isterinya dengan bantuan orang ramai yang melihat kejadian itu sebelum menemui anak dan isterinya ditinggalkan 500 meter dari lokasi kejadian.

Musyrif berkata, dia bersyukur kerana isteri dan anaknya selamat walaupun kereta Proton Pesona warna gangsa yang baru dibeli tahun lalu hilang.

Turut dilarikan wang tunai RM200 bersama barangan keperluan hari raya.

Berikutan kejadian itu, laporan dibuat di Balai Polis Kepala Batas. “Seorang rakan memberitahu ada terlihat kereta saya di sekitar Sungai Dua kira-kira jam 6 petang hari kejadian, tetapi sehingga kini kereta itu masih belum ditemui,” katanya yang menyifatkan kejadian itu sebagai pengajaran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan masih lagi dijalankan.

Apabila isteri derhaka



ADAKAH anda pelik jika terlihat kisah isteri derhaka tersiar di media cetak mahupun media elektronik?
Jika 20 tahun dulu mungkin ia teramat aneh, tetapi kini, saban hari ada saja kisah isteri derhaka memperlakukan suami dengan pelbagai kezaliman.

Pada 13 Ogos lalu misalnya, akhbar ini melaporkan, akibat enggan membeli baju raya, seorang lelaki berusia 40-an cedera di kepala selepas dihentak dengan anak lesung batu oleh isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, wanita berusia lewat 20-an berkenaan dilaporkan hilang pertimbangan sebelum menyerang suaminya selepas mereka bertengkar lebih 10 minit.

“Bagaimanapun, suaminya meminta wanita itu supaya berjimat dan memakai pakaian sedia ada kerana tidak mahu membazir,” katanya.

Pada 8 Ogos lalu pula, akhbar ini turut melaporkan kisah seorang isteri sanggup meninggalkan suaminya yang lumpuh dan tidak dapat bercakap akibat angin ahmar untuk dijaga ibu mentuanya di Kampung Panji, Kota Bharu, Kelantan.

Mahmud Hamid, 63, dilapor ditinggalkan isteri berusia 38 tahun sejak sembilan bulan lalu.

Dua kisah berkenaan hanya sebahagian kisah isteri derhaka yang menjadi bualan masyarakat. Sebelum itu, banyak lagi kisah isteri derhaka memperlakukan suami sesuka hati, antaranya seorang isteri tergamak menghentak kepala suami dengan kuali sehingga lelaki berkenaan yang sedang menderita penyakit kencing manis pengsan seketika dalam kejadian di Kuala Lumpur dan ada pula meninggalkan suami yang uzur serta kakinya bernanah bersama dua anak di sebuah pondok, tetapi datang sebulan sekali untuk mendapatkan wang RM300 yang diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam kejadian di Johor.

Kita sebelum ini sering mendengar kisah anak derhaka dan suami derhaka yang gemar memperlakukan isteri sesuka hati termasuk memukul serta meninggalkan pasangan sesuka hati, namun kemunculan kisah isteri derhaka kini seolah-olah menyaingi antara satu sama lain.

Menyedihkan, apabila kaum wanita yang terkenal sifat lemah-lembut, baik pekerti dan sopan tutur bicaranya semakin ramai yang bergelar isteri derhaka dengan melakukan kekejaman terhadap suami yang kadangkala tidak terjangkau dek akal fikiran.

Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (Helwa ) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Fadhlina Siddiq pernah mendedahkan bilangan suami menjadi mangsa dera isteri semakin membimbangkan, malah aduan diterima meningkat.

Menurutnya, jika dulu lelaki adalah pelaku dalam banyak kes dilaporkan, tetapi kini penderanya wanita.

“Abim pusat kerap menerima laporan golongan suami yang mengadu diri mereka dicederakan oleh isteri. Ada kes dirujuk kepada pihak kami apabila suami mengadu dipukul isteri menggunakan objek keras seperti batang pengelap lantai dan mangga kunci.

“Secara tidak langsung kami melihat ia sebagai penanda aras banyak kes keganasan rumah tangga kini dilakukan kedua-dua pihak. Ini kerana isteri hilang rasa hormat dan tak takut kepada suami, menyebabkan isteri berani menggunakan kekerasan,” katanya.

Bagi Pegawai Psikologi Kanan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Sulaiman Selamat, perkahwinan adalah titik permulaan bagi setiap pasangan memulakan perjalanan hidup bersama, tetapi bagi isteri yang meninggalkan suami dalam keadaan sakit, dia jelas isteri derhaka.

“Amat sedih bila melihat suami berkorban, tetapi bila dia sudah sakit dibalas sedemikian,” katanya.

Sulaiman berkata, perlakuan itu diperhatikan anak mereka yang sedang membesar, sekali gus mendatangkan kesan psikologi kepada mereka.

“Keadaan ini memberi kesan yang tidak sihat kepada perkembangan personaliti dan kognitif terutama jika dibiarkan dalam tempoh lama,” katanya.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad pula menegaskan wanita yang meninggalkan suami dalam keadaan sakit perlu sedar dia masih bergelar isteri kerana mereka masih belum bercerai dan perlu memahami tanggungjawab seorang isteri.

“Jika wanita itu tidak mahu lagi tinggal bersama iaitu bercerai dia mempunyai dua cara untuk berbuat demikian. Dia boleh memohon kepada mahkamah untuk bercerai atau menuntut fasakh.

“Fasakh dibenarkan jika memenuhi kriteria seperti suami mati pucuk, dipenjara dalam tempoh yang panjang ataupun menghidap penyakit berbahaya,” katanya.

Penceramah bebas, Zawiyah Hassan turut sependapat dengan Mufti Kelantan apabila menasihatkan isteri yang mahu berpisah dengan suami melakukannya dengan cara baik dan bukannya meninggalkan suami dalam keadaan ditimpa penyakit atau kesusahan.

“Jika isteri keluar dari rumah tanpa keizinan suami sudah dianggap nusyuz inikan pula melarikan diri, bila isteri hendak tuntut fasakh atau perceraian memang akan timbul kesulitan,” katanya.

Menurutnya, perkahwinan bukan hanya untuk merasai keseronokan sepanjang masa, tetapi apabila ditimpa kesusahan pasangan melarikan diri.

“Sepatutnya, suka dan duka dihadapi bersama bukan apabila pasangan ditimpa kesusahan, kita tidak mahu hadapinya bersama.

“Ingatlah, setiap ujian Allah SWT berikan dalam rumah tangga ada hikmahnya dan jangan sesekali menzalimi orang lain kerana Allah tentu akan membalas setiap perbuatan kita,” katanya.

Apa yang pasti, kemunculan isteri derhaka akan bertambah daripada semasa ke semasa. Pengaruh persekitaran, rakan dan teknologi yang semakin canggih memungkinkan seseorang yang bergelar isteri berubah sikap menjadi ganas, kejam dan hilang perasaan simpati serta kasih sayang.

Sememangnya zaman berubah. Jika dulu betapa sukar untuk melihat atau mendengar wanita bergelar isteri mengungkapkan perkataan kurang manis seperti bodoh, dungu dan sial, tetapi kini betapa mudahnya kita mendengar ungkapan perkataan itu daripada golongan berkenaan.

Jika tidak percaya, lihat saja di laman sosial facebook. Kadangkala sesuatu perkataan yang tidak dijangka diungkapkan oleh golongan berkenaan akan mudah dilihat di laman sosial itu.

Kita tidak mahu melihat golongan suami satu hari nanti penuh di pusat kebajikan sama seperti nasib ibu bapa yang dibuang anak sehingga menghabiskan sisa hidup di rumah orang tua.

Mungkin juga, sampai satu tahap akan muncul badan bukan kerajaan (NGO) dikhususkan membela nasib suami yang menjadi mangsa isteri derhaka sama seperti NGO yang membela nasib isteri yang menjadi mangsa kekejaman suami

Sampai bernanah

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

SEPANG: Nasib seorang warga emas yang menghidap kanser payudara bagai sudah jatuh ditimpa tangga apabila ditinggalkan anak sendiri di rumah orang tua dalam keadaan sehelai sepinggang dan hanya memakai pakaian lusuh.
Lebih menyedihkan, keadaan kesihatannya bertambah teruk apabila kanser dihidapi mula merebak ke sebelah lagi payudara sehingga bernanah, sekali gus menyebabkan warga emas dikenali sebagai Norsiah itu kini hanya mampu terlantar.

Norsiah berusia 70-an mempunyai lima anak, namun tiada seorang pun anaknya mahu menjaga ibu mereka, apatah lagi membawanya untuk menerima rawatan di hospital.
Pengasas Pusat Rawatan dan Rumah Orang Al Ikhlas, Muji Sulaiman berkata, warga emas terbabit dihantar ke pusat jagaan kendaliannya di sini sejak Mei lalu oleh seorang daripada anak lelakinya tanpa meninggalkan sebarang ubat, pakaian mahupun keperluan lain.

“Ketika dia dihantar ke pusat ini, keadaan dia masih kuat, tetapi sebelah payudaranya sudah dibuang, manakala sebelah lagi sudah menunjukkan tanda bengkak, namun akibat tidak mendapat rawatan lanjut, payudaranya mula bernanah.

“Sebelum ini juga kami ada memaklumkan kepada anak warga emas terbabit supaya membawa ibunya ke hospital untuk mendapatkan rawatan, malangnya permintaan kami tidak dilayan, malah kami ditengkingnya dan menuduh kami memandai-mandai,” katanya ketika ditemui.
Muji berkata, warga emas itu hanya mampu terlantar dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan pekerja pusat berkenaan untuk menguruskan diri termasuk makan, minum, selain terpaksa memakai lampin pakai buang.

Katanya, keadaan ibu tua itu juga kelihatan amat uzur dengan badannya yang kurus kering, manakala tangan kiri dan kakinya bengkak.
Katanya, beliau tidak mampu menghantar warga emas terbabit untuk mendapatkan rawatan di hospital akibat kekangan kewangan, selain kekurangan pekerja kerana pada masa sama terpaksa menjaga 55 penghuni lain.

“Sudah banyak kali kami menelefon anak mak cik Norsiah supaya datang melawat dan membawanya ke hospital, tetapi anaknya berdolak-dalih dan meminta kami menghubungi adik-beradik lain,” katanya.

Sudah lali difitnah

Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my

AMPANG: “Dulu saya terpaksa membohongi suami kerana nak bela anak orang yang bukan datangnya dari rahim saya dan benih suami saya sendiri, namun sekarang dia (suami) sudah memahami akan perjuangan yang saya lakukan,” kata Norlina Alawi, 41.
Pengamanah dan Pengerusi Keluarga Besar Norlina Alawi Berhad (KBNAB) itu berkata, dirinya sudah lali dengan cemuhan dan pandangan sinis pihak tertentu yang mempertikaikan niat murninya dalam menjaga ‘anak-anak anugerah’ termasuk anak yatim, gelandangan, miskin, berpenyakit HIV/Aids, mualaf dan anak tidak sah taraf.

“Saya sudah biasa dengan cemuhan hingga ada yang melemparkan fitnah dengan mengatakan saya makan duit anak yatim. Kalau makan duit anak yatim, tanya balik pada mereka apa makna makan duit anak yatim? Rata-rata yang datang sehelai sepinggang dan dengan ‘pakej’.
“Kalau saya nak berpura-pura depan orang. Kalau anak ini berpakaian cantik, tetapi di belakang orang mereka selekeh dan terbiar, tak guna, maksudnya orang kata Norlina berlakon, kalau berlakon dah 10 tahun saya berlakon, kalau lama sangat berlakon pun penat,” katanya.

Dalam nada sebak tatkala berkongsi cerita mengenai perjuangannya, ibu kepada 40 anak dan lima cucu mahu usahanya menjaga anak anugerah menjadi ikutan pejuang kemanusiaan melalui program ‘Jelajah Cinta Tanpa Sempadan bersama Norlina Alawi’.

“Inilah yang ingin saya kongsi bersama seluruh rakyat Malaysia dan seluruh dunia pentingnya ada manusia. Saya bercakap sebagai seorang manusia biasa. Saya bukan orang kaya, tetapi mungkin Allah bagi saya kaya hati.

Menurutnya, perlu bagi mereka yang ingin menjaga anak anugerah memahami akan perjuangan sebenar untuk mengelak perjuangan terpesong seperti menangisnya orang Arab yang memahami tafsiran dan terjemahan al-Quran.
“Saya nak kongsi cinta dan mahu mereka tahu apa saya lakukan satu hari nanti semua insan yang saya jumpa dapat menjadi pelapis saya. Norlina seperti manusia lain akan pergi selama-lamanya, dia tidak akan hidup selamanya, hidup lawannya mati, jadi Norlina juga akan pergi,” katanya.

“Norlina menghayati watak dia dan sebab itu dia menangis setiap kali dia bercakap. Dia nampak dulu apa dia buat dan dia nampak apa dialami seperti paparan dalam al-Quran, orang yang baca al-Quran dan memahami ayatnya sudah tentu akan menangis.

Katanya, sepanjang 10 tahun berjuang dengan menyusun satu persatu perancangan dalam menjaga anak anugerah menyuntik semangat kepadanya untuk meneruskan misi kemanusiaan terbabit melalui perkongsian cerita bersama masyarakat.

“Kalau dulu mereka datang selekeh sebagai orang kampung, tetapi ditukar macam ini (bergaya) walaupun bukan orang kaya, tetapi seakan-akan kaya, dilayan macam anak sendiri, dilayan macam nyawa, dipujuk, dibelai dan mendengar rintihan hati anak-anak.

“Itulah Norlina mampu buat. Saya orang kerdil sebenarnya, sedangkan ramai wanita di luar sana lebih hebat dari saya, namun apa yang penting dapat berkongsi cinta mengenai apa saya dilakukan. Mungkin cuma sebesar zarah, tetapi yang penting saya nak berkongsi cerita,” katanya.

Menurutnya, dia lebih gemar kepada perkataan sokongan berbanding sumbangan, derma, sedekah, amal, kebajikan kerana itu mendatangkan fitnah kepada dirinya dan keluarga.

“Jadi saya lebih suka menerima perkataan sokongan kerana mungkin orang lain belum lagi dapat menyelami hati saya atau belajar ilmu saya. Jadi sekarang ini saya dan suami selesa dengan jihad ini dan ingin suntik atau ingin sangat berkongsi cinta saya dengan insan lain.

“Sebelum ini pun saya ada mewasiatkan harta benda dan aset dimiliki kepada anak berkenaan bernilai RM2 juta dan ada hikmah serta risikonya. Risikonya orang nampak saya sebagai riak tapi bukan riak. Nauzubillah, sedangkan saya mahu harta itu menjadi milik mereka,” katanya.

Sementara itu, katanya, dia dalam perancangan meneruskan Jelajah Cinta Tanpa Sepadan ke lima negara Islam termasuk Jordan, Palestin, Turki, Mesir dan Dubai menerusi ‘Pakej Percutian Hebat Selami Erti Sebenar Cinta Tanpa Sempadan Bersama Ikon Kemanusiaan Norlina Alawi’ pada 31 Oktober hingga 11 November ini.

Berbirat didera kerana tak puasa



KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun berbirat di seluruh badan dan lebam di pipi dipercayai akibat didera ibu saudaranya berusia 50-an menggunakan penyangkut baju di rumah wanita berkenaan di Bandar Tun Hussein Onn, di sini, sejak lebih seminggu lalu.
Difahamkan, suspek berang selepas mendapati anak saudaranya itu tidak berpuasa selain menggunakan wang derma diberikannya untuk pihak sekolah bagi membeli pembaris.

Kejadian hanya diketahui bapa kanak-kanak malang itu selepas mangsa yang menghidap penyakit tibi pergi ke hospital untuk pemeriksaan rutin, Jumaat lalu dan doktor yang merawatnya menemui kesan birat serta lebam di badan dan muka.
Berikutan itu, doktor terbabit membuat laporan di Balai Polis Batu 9, Cheras, di sini, untuk tindakan lanjut.

Menurut sumber, bapa mangsa yang bercerai dengan isterinya menyerahkan anaknya itu untuk dijaga kakaknya (suspek) sejak dua bulan lalu.

“Selepas kecederaannya dikesan doktor, mangsa memberitahu dipukul ibu saudaranya dengan penyangkut baju sejak lebih seminggu lalu,” kata sumber itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner, Mohd Adnan Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu

Maut keluar beli biskut lelong



SUNGAI PETANI: Tanda tanya kegagalan seorang lelaki pulang ke rumah selepas keluar membeli biskut raya lelong terjawab apabila mayatnya ditemui terbaring di atas jalan di Kilometer 43, Jalan Sungai Petani-Alor Setar dekat Gurun, di sini, dalam kejadian langgar lari, kelmarin.
Mayat Shahrizan Hashim, 39, yang juga kelindan lori ditemui orang ramai yang kebetulan melalui jalan terbabit kira-kira jam 6.40 petang.

Kemalangan berlaku berhampiran simpang masuk ke sebuah resort ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan ke rumah ibunya di Kampung Batu 2 Jalan Jeniang, Gurun.
Jurucakap polis berkata, mayat mangsa yang menetap di Bedong, di sini, ditemui dalam keadaan tertiarap di atas jalan berhampiran motosikalnya jenis Honda EX5 oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan sebelum menghubungi polis.

“Siasatan awal polis mendapati, mangsa mungkin dilanggar kenderaan dari belakang dan tercampak di atas jalan menyebabkannya cedera parah di kepala dan badan lalu mati di tempat kejadian.

“Bagaimanapun, kenderaan yang melanggar motosikal Shahrizan dipercayai melarikan diri dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat,” katanya.

“Mangsa berjanji mahu pulang berhari raya bersama ibunya di kampung, namun sehingga awal pagi kelibatnya tidak muncul sebelum beberapa anggota polis datang bagi memaklumkan perkara itu “ katanya ketika ditemui bagi menuntut mayat Shahrizan di Jabatan Forensik HSAH, di sini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di talian 04-4232222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Nik Abduh: 'Jika Karpal tentang, apa beza dengan Tun'
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
21 Ogos 2012
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
KOTA BAHRU- Tindakan DAP yang berterusan menolak pelaksanaan hukuman hudud bukanlah suatu yang di luar jangkaan Pas, kata Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Sebaliknya beliau berkata, hubungan Pas dengan DAP di dalam Pakatan Rakyat banyak membantu parti itu meyakinkan masyarakat bukan Islam dengan kebenaran dan keadilan hukum Islam.
“Jika secara rasminya mereka masih menolak, tetapi ramai di antara mereka (bukan Islam) yang mula menerima dan tidak menentang perlaksanaannya ke atas masyarakat Islam,” katanya ketika menulis dalam blog http://nikabduh.com.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kecaman dari Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berterusan mengkritik tindakan Pas yang mahu  melaksanakan hukum hudud.
Nik Abduh yang juga anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, penyebab utama lambatnya penerimaan masyarakat terhadap hukum hudud adalah Umno.
“Daripada kata-kata buruk terhadap hukum-hukum Islam oleh para pemimpinnya sehinggalah amaran bertulis oleh Tun Dr Mahathir kepada kerajaan negeri Kelantan suatu ketika dulu, semua itu memberi kesan negatif yang menakutkan masyarakat untuk menerima hukum dan syariat Islam secara menyeluruh.
“Justeru hujah-hujah yang dihulurkan kepada Karpal, itulah yang dihulurkan buat Tun Mahathir. Jika Karpal  terus menentang, apa bezanya dengan Tun? Bahkan apa bezanya dengan Umno?
Bahkan lagi, selama mana DAP menentang hudud, udara keruh berjerebu itu akan dihirup oleh Umno,” katanya.
Justeru, katanya, Pas akan terus menyeru kepada pelaksanaan syariat Islam yang menyeluruh dengan memberi keadilan, kesaksamaan dan keharmonian yang diimpikan oleh rakyat seluruh negara.

Malah katanya, sokongan kepada perlaksanaan hukum hudud dan syariat Islam semakin bertambah, malah masyarakat bukan Islam Islam semakin terbuka untuk bertanya dan berbicara mengenai Islam dan kesaksamaan.

Ketua Pemuda Pas: 'Karpal makin keterlaluan'
Wartawan Sinar Harian
21 Ogos 2012
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan Tantawi
SHAH ALAM - Sementara spekulasi mengatakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dekat, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi mendakwa Karpal Singh "semakin keterlaluan" kerana cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah.
Katanya, pendekatan Pengerusi DAP Kebangsaan itu "bakal berdepan dengan kemarahan umat Islam."
"Saya saran DAP nasihatkan Karpal supaya tidak pertikai hukum hudud sekali gus jaga sensitiviti umat Islam serta hubung baik sesama (Pakatan Rakyat) PR," kata beliau menerusi Twitter malam tadi.
Pandangan ini dikeluarkan ketika Karpal dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa terlibat dalam pertikaman lidah berhubung isu hukum hudud dan Negara Islam.
Isu hudud menjadi tumpuan perbincangan politik sejak Pas mengambil langkah pelaksanaan undang-undang Islam itu hampir dua dekad lalu.
Ekoran kenyataan Nasharudin bahawa Karpal seorang anti-Islam minggu lalu, pemimpin DAP itu mengeluarkan kenyataan Jumaat lalu mahu memulakan prosiding mahkamah ke atas Ahli Parlimen Bachok berkenaan.
Nasharudin menyahut cabaran itu sambil berkata bersedia untuk jumpa Karpal di mahkamah.
DAP dari awal tidak setuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Dewan Pemuda Pas Malaysia juga kesal MCA tentang dan pertikai hukum hudud, Umno pula membisu, Majlis Fatwa kaku. Utk semua: Tolong jangan pertikai hukum ALLAH," katanya lagi.
Soal hukum hudud tidak dimasukkan ke dalam Buku Jingga yang dipegang oleh ketiga-tiga komponen PR.

Warga asing ‘raya’ lain

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Cuti umum semalam ‘dimanfaatkan’ sepenuhnya segelintir warga asing dengan menjadikan rumah pelacuran di Lorong Pudu, Jalan Changkat Tong Shin dan Jalan Thambipillay, Brickfields, di sini sebagai lokasi tumpuan.
Tinjauan dua jam Harian Metro bermula jam 12 tengah hari mendapati hampir semua lorong hanyir itu dipenuhi warga asing, kebanyakannya dipercayai buruh kontrak terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Vietnam.

Kebanyakan mereka yang datang secara individu atau berkumpulan dilihat terlebih dulu membeli ubat kuat yang dijual di kaki lima sebelum masuk ke rumah tumpangan untuk melampias nafsu.

Malah, wartawan Harian Metro yang menyamar sebagai pelanggan di Lorong Pudu tergamam seolah-olah ada pesta di situ berikutan kesesakan luar biasa membabitkan kehadiran begitu ramai lelaki warga asing itu.

Bungkus gula-gula di penjara



PASIR PUTEH: Selepas sunyi tanpa khabar berita, gadis yang meringkuk di Penjara Guangzhou, China kerana kesalahan mengedar dadah pada 2007, Umi Azlim Mohamad Lazim, 28, kini memberi motivasi kepada penghuni baru penjara itu dan melakukan pekerjaan membungkus gula-gula.
Perkembangan terkini graduan ijazah sarjana muda Sains Biologi dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu dimaklumkan ibu saudaranya, Noraini Jusoh, 44, yang menerima surat Umi Azlim di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor, tiga bulan lalu.

Menurutnya, selain memaklumkan apa yang dilakukan di penjara, Umi Azlim memaklumkan rindu kepada keluarganya dan memohon maaf atas apa yang berlaku.
“Yang menyedihkan Umi Azlim turut bertanyakan sama ada kematian ibunya, Umi Slaia Ibrahim disebabkan perbuatannya, namun saya menguatkan semangatnya dengan mengatakan bahawa arwah ibunya meninggal dunia akibat barah leher,” katanya ketika ditemui di kediaman bapa Umi Azlim, Mohamad Lazim Jusoh, 55, di Kampung Tok Khamis, di sini, semalam.

Noraini berkata, anak saudaranya itu turut mengirimkan foto terbaru dan dia kelihatan kurus berbanding sebelum ditahan.

“Saya yakin Umi Azlim akan dibebaskan lebih awal kerana rekodnya baik. Jika memang rezekinya (dibebaskan) Umi Azlim juga menyatakan hasrat untuk terus berada di China selepas menceburi perusahaan berkaitan gula-gula,” katanya.

Bagaimanapun, Umi Azlim berjaya dalam rayuannya untuk mengetepikan hukuman mati itu dan ditukar kepada penjara seumur hidup. Umi Azlim dikatakan bekerja dengan sebuah syarikat yang menjual alat mengurut kaki milik seorang lelaki yang dikenali sebagai Datuk Anas di ibu negara. Ketika ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Shantou, China, dadah itu ditemui tersorok dalam baju sejuk dalam bagasinya.
Sementara itu, Mohamad Lazim berkata, kini genap lima tahun Umi Azlim menyambut Aidilfitri di penjara dan yakin anaknya itu sihat.

Diugut bunuh kekasih ganas

Oleh Zaiti Satibi dan Muhammad Apendy Issahak
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Lima bulan hidup bersama teman wanita ganas menyebabkan seorang kakitangan kerajaan kini dalam ketakutan selepas bukan saja diugut bunuh malah, sering dibelasah dengan kayu dan penyapu hingga cedera setiap kali mereka bertengkar.
Mangsa yang berusia 32 tahun tinggal bersama kekasih ganasnya itu dalam unit apartmen milik mangsa di Damansara, Petaling Jaya, dekat sini sejak Mac lalu dan sering bertengkar kerana teman wanitanya mempunyai sikap panas baran.

Hanya ingin dikenali sebagai Zack, mangsa mendakwa ketika bertengkar, kekasihnya itu sering mengamuk dan memecahkan barangan dalam rumah serta memukulnya.
Katanya, dalam kejadian terbaru pada hari pertama Ramadan lalu, teman wanitanya yang berusia lewat 20-an itu turut mengugut ingin menikamnya dengan pisau hanya kerana dia enggan membelikan dapur masak yang diingini wanita ganas terbabit.

“Dia (kekasih) meminta membeli sejenis dapur yang mahal, namun saya tidak mahu membelinya kerana terlalu mahal dan perkara itu menyebabkannya marah serta mengamuk dan memukul saya sambil memecahkan pelbagai barang dalam rumah termasuk cermin mata dan telefon bimbit saya.

“Tidak cukup dengan itu, dia mengambil pisau dan menggugut ingin membunuh saya. Bagaimanapun, saya hanya mendiamkan diri serta tidak melawan dan lari sembunyi dalam bilik kerana bimbang perkara lebih buruk terjadi,” katanya di sini, semalam.

“Bukan setakat mengurung saja, malah lebih kejam dia turut mengambil kad sim dan memori telefon bimbit saya yang dihancurkan supaya saya tidak dapat meminta bantuan untuk keluar rumah serta melarikan kereta dan kunci rumah.
“Namun saya bernasib baik kerana komputer riba dan internet masih berfungsi, membolehkan saya berhubung dengan seorang rakan serta meminta bantuan untuk dibebaskan,” katanya.

Katanya, sebaik keluar dari rumah, dia dan rakan terus membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana bimbang wanita terbabit bertindak lebih ganas hingga mengancam nyawanya.

“Saya membuat laporan polis bagi mengelak sebarang perkara lebih buruk berlaku dan sebagai langkah untuk mendapatkan kembali kunci rumah serta kereta yang dilarikan.

“Beberapa hari selepas itu, saya mendapatkan semula kereta dan kunci rumah dengan bantuan polis. Bagaimanapun, saya tidak berniat untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang kerana yakin kekasih saya itu mempunyai masalah mental, namun saya tidak bersamanya lagi kerana serik dipukul serta bimbang keselamatan diri,” katanya.

Ajal diserang pulang sambut Aidilfitri



SUNGAI BULOH: Seorang lelaki yang menaiki motosikal bersama rakannya selepas pulang daripada berhari raya di rumah rakan maut apabila diserang dua lelaki bersenjata tajam di Taman Desa Coalfields, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa dikenali sebagai M Siva, 22, bersama seorang rakannya menaiki sebuah motosikal sebelum didatangi dua lelaki turut menaiki sebuah motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata dua suspek itu kemudiannya terus menendang kenderaan dinaiki mangsa.
“Sebaik saja motosikal ditunggang mangsa jatuh, suspek menyerang mangsa sehingga mengakibatkan kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.

“Rakan mangsa bagaimanapun berjaya melarikan diri meninggalkan tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi semalam.

Adnan berkata, mangsa yang cedera parah kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) oleh orang awam, namun dia disahkan mati beberapa minit kemudian.

Kenapa ni? Kenapa ni?

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

ALOR GAJAH: Ketika umat Islam sibuk dengan persiapan menyambut Aidilfitri, seorang ibu muda beranak tiga menempuh detik menakutkan apabila dia bukan saja dirempuh sebuah kereta dinaiki dua lelaki dan diseret sejauh 50 meter, malah turut diragut dalam kejadian di sekitar Rembia, dekat sini, Sabtu lalu.
Kejadian menyedihkan itu berlaku di persimpangan masuk ke rumah mangsa, Siti Zabedah Saad, 41, kira-kira jam 6.30 petang.

Difahamkan, motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang wanita itu dirempuh daripada belakang oleh kereta Perodua Myvi berkenaan hingga menyebabkan mangsa hilang kawalan dan tercampak dan terseret atas jalan.

Zabedah berkata, sejurus dilanggar ketika membelok masuk ke persimpangan berkenaan, motosikalnya bergegar sebelum terjatuh dan tercampak bersama makanan yang dibeli untuk juadah berbuka puasa.
Dirempuh, diragut penyamun
NORRIZAH BAHARUDIN
21 Ogos 2012
Wanita dilanggar dan diragut
Wanita dilanggar dan diragut
Dirempuh, diragit penyamun
Siku mangsa cedera selepas tercampak di atas jalan raya
ALOR GAJAH - “Kenapa ni? Kenapa ni? Itulah ayat yang pada mulanya disangka mangsa mahu membantunya selepas dirempuh kereta, sebaliknya hanya alasan si penyamun untuk bertindak
kejam dengan meragutnya.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang sehari sebelum Aidilfitri itu, mangsa, Siti Zabedah Saad, 41, yang menunggang motosikal jenis Modenas dirempuh sebuah kereta Perodua MyVi bewarna hijau dari arah belakang.
Menurutnya, ketika itu dia dalam perjalanan pulang dan tidak sedar diekori kereta terbabit.
"Saya baru selesai membeli juadah untuk berbuka puasa dan melalui jalan kampung untuk pulang ke rumah.
"Tiba-tiba sewaktu mahu masuk ke simpang jalan menuju ke rumah di sebuah taman di Rembia, saya dirempuh dari belakang menyebabkan saya hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan, sebelum terseret hampir 50 meter," katanya, semalam.
Zabedah berkata, dua lelaki terbabit segera keluar dari kereta dan mendekatinya.
"Kedua-duanya berkulit gelap.
Mereka yang kelihatan panik berpura-pura  bertanyakan keadaan saya.

"Sambil bertanya, mereka ragut rantai leher saya tetapi tidak sedar buah rantai tersebut tercampak jauh," katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Cheng.
Menyedari dua lelaki terbabit bukan mahu membantunya, dia cuba bangun melawan penyamun terbabit.
"Ketika itu mereka masih lagi mencari-cari barangan untuk dicuri tetapi gagal. Walau sakit, saya kuatkan semangat mengejar mereka yang segera memecut kereta, tetapi malangnya motosikal saya rosak selepas dirempuh,"katanya.
Zabedah berkata, dia bernasib baik kerana dompet yang dibawa berisi empat bentuk cincin, seutas rantai tangan dan wang RM200 terselindung di sebalik motosikal yang terjatuh.
"Kebetulan ketika itu, sebuah kereta peronda polis melalui jalan berkenaan dan membantu membawa saya ke Hospital Alor Gajah mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan," katanya yang cedera di kaki dan tangan sebelah kiri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Permai, Rembia sebelum dilanggar dan diragut dua lelaki menaiki kereta.
“Mangsa tercampak dan terseret selepas dilanggar dua lelaki terbabit yang kemudiannya berpura-pura bertanya keadaannya sebelum meragut rantai leher yang dipakai, dianggarkan bernilai RM2,500.
“Mangsa cedera dan membuat laporan polis di Balai Polis Rembia sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Dua beradik dalam penjara



KUANTAN: Dia mempunyai segala-galanya termasuk pekerjaan tetap di sebuah syarikat petroleum di Paka, Terengganu dan keluarga bahagia, namun akibat terjebak dengan dadah, ia memusnahkan hidupnya termasuk turut mengheretnya ke tirai besi.
Bagi seorang banduan dikenali sebagai Ismail, 53, seribu penyesalan terbuku dalam hatinya apabila melihat air mata insan kesayangannya jatuh apabila dia dipenjarakan sejak 2009 selepas didapati bersalah terhadap tuduhan memiliki dan mengambil dadah jenis ganja.

“Dulu saya mempunyai gaji agak lumayan dan boleh dikira hidup serba mewah juga. Bila sudah banyak wang, masa itu saya kenal dadah dan lupa diri, malah menjadi ketagih terhadap najis itu.
“Kesudahannya di penjara inilah tempat saya.. nak menyesal sekarang pun tidak berguna kerana benda sudah jadi, cuma berharap saya mampu menjalani hidup seperti biasa selepas dibebaskan nanti,” katanya. Ismail antara 17 banduan yang terpilih bertemu keluarga masing-masing sempena Program Jalinan Kasih (Perjumpaan Bersemuka) sempena sambutan Aidilfitri Peringkat Banduan di Penjara Penor, di sini, semalam. Dia yang berasal dari Dungun, Terengganu itu bakal mendapat parol hujung tahun ini dan berharap dapat memperbaiki diri dan hubungan dengan ahli keluarganya di samping mencari kerja apabila dibebaskan nanti.

“Tidak dapat dinafikan hubungan antara saya dan keluarga agak bergolak selepas saya didapati bersalah, namun saya bertuah apabila mereka tidak terus memulaukan saya, sebaliknya tetap setia melawat saya di sini.

“Saya mahu membuka lembaran baru sebaik dibebaskan dan berharap dapat mencari pekerjaan sesuai dengan ‘gelaran’ saya kini,” katanya yang mempelajari seni kraftangan ketika berada di penjara.

Dipenjarakan sejak Jun lalu akibat penyalahgunaan dadah, mereka berharap masyarakat dapat memberi peluang dan tidak mendiskriminasi banduan seperti mereka yang bersungguh-sungguh mahu berubah dan memberikan sumbangan kepada masyarakat.
“Semua orang buat salah.. cuma apa yang berlaku itu boleh dielak jika kita mahu. Berilah sokongan kepada kami dan terima kami untuk kembali dalam masyarakat. Ini penting untuk mengelakkan kami tersisih,” katanya.

Dekoder CCTV turut dikebas

Oleh Na’imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan wang yang dilarikan penjenayah dari mesin juruwang automatik (ATM) yang dipecahkan dan dibakar di kios sebuah bank di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) kelmarin, berjumlah RM220,590.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, polis belum mengenal pasti bilangan suspek terbabit dalam kejadian itu kerana tidak dapat memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian berikutan dekoder CCTV turut dilarikan.

Ku ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kelmarin berkata, kejadian itu disedari orang awam selepas melihat kebakaran di dalam kios berkenaan sebelum memaklumkan kepada bomba.
“Bomba yang tiba di tempat kejadian kira-kira jam 4 pagi berjaya memadam kebakaran sebelum mendapati terdapat kesan umpilan pada dua mesin ATM termasuk satu yang terbakar. Kami percaya kebakaran itu disengajakan hasil penggunaan alat pemotong logam gas,” katanya.

Beliau turut berkata, di dalam kios itu ada satu mesin deposit tunai serta dua mesin ATM yang sebuah daripadanya berjaya dipecahkan manakala sebuah lagi cuba dilarikan berdasarkan kesan umpilan, namun gagal.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, suspek dikatakan turut menyembur lima kamera CCTV di dalam kios berkenaan dengan cat berwarna hitam bagi mengelak identiti mereka dikenal pasti.

No comments:

Post a Comment