‘Monyet Ceria’ bawa bencana
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my
mohdhelmi@hmetro.com.my
JUDI...permainan Funky Monkey atau Monyet Ceria.
Berselindung di sebalik kafe siber dan pusat komputer, pihak yang menjalankan perjudian itu kini mempertaruhkan permainan Monyet Ceria sebagai permainan utama kepada pelanggan sebelum mereka tewas ribuan ringgit.
Tinjauan di beberapa pusat siber di Kepong, Cheras, Bangsar dan pusat bandar raya mendapati permainan itu menjadi pilihan utama pelanggan dengan tekaan hanya bermodal RM1, mereka layak memenangi sehingga RM800.
Bukan hanya dikunjungi pelanggan dewasa, malah permainan terbabit turut disukai pelajar dan remaja yang terjebak gejala sosial itu selepas diajak rakan.
Wartawan yang memasuki pusat judi di Kepong dan pusat bandar selama enam jam difahamkan premis terbabit dibuka 24 jam sehari dengan menawarkan pelbagai permainan judi untuk dipertaruh.
Selain Funky Monkey antara menjadi pilihan ialah Rockin Roller, Nepiunes Kingdom, Safari, Haunted House, Magic Scots dan Real Classic.
“Sekarang ini, ramai bertaruh Funky Monkey, ada yang menang dan ada yang kalah. Kalau beli seringgit boleh menang RM800, kalau RM2 dapat RM1,600, kalau beli banyak, puluhan ribu boleh menang,” katanya.
Bagi hadiah terbesar, sekiranya semua gendang menyamai garisan slot, tekaan RM1 mampu memenangi RM800 dan seterusnya. Namun, kebanyakan pelanggan ditemui dan bertaruh hanya menggelengkan kepala selepas kalah ribuan ringgit.
Pelanggan dikenali sebagai Pak Kadir, 52, yang juga pemandu bas berkata, setiap hari dia mengunjungi pusat judi dan bermain Funky Monkey selepas ketagih sejak setahun lalu.
“Kalau diikutkan bermain judi komputer ini, puluhan ribu saya kalah, tetapi apakan daya sukar meninggalkan tabiat buruk ini. Setiap hari mesti bertaruh walau sekali,” katanya.
Pak Kadir ketika ditemui di sebuah premis di Kepong berkata, sepanjang berjudi, dia banyak kalah berbanding menang.
Rumah hakim dipecah masuk
Kejadian disedari keluarga hakim wanita berusia 50-an yang bergelar Datuk itu, yang tiba di rumahnya dari utara jam 5 petang kelmarin.
Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang ditemui di rumahnya semalam, mereka sekeluarga pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri pada Sabtu lalu dan sebaik pulang ke rumah mendapati pintu pagar automatik sudah terbuka, manakala pintu depan rumahnya mempunyai kesan diumpil.
Pelbagai perkakas elektrik, barangan berharga seperti jam, barang kemas dan komputer serta sebuah kereta Perodua Myvi dilarikan perompak, namun beliau enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.
Duit raya hangus bersama rumah
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 10.30 malam itu, semua empat penghuni rumah berkenaan berjaya menyelamatkan diri, manakala ketua keluarga berada di gerainya di kampung berhampiran. Mangsa, Rahman Masri, 48, berkata, ketika kejadian dia berada di warungnya di Kampung Lapis Baru, di sini, sebelum jirannya menelefon dan memberitahu rumahnya terbakar.
“Saya hanya mampu fikirkan keselamatan ibu dan tiga anak yang berada di rumah.
“Saya bergegas pulang untuk mengetahui keadaan mereka.
“Alhamdulillah, sebaik tiba di pekarangan rumah, saya dapati tiga anak dan ibu selamat namun sedih melihat rumah kami hangus,” katanya.
Menurutnya, dia difahamkan ketika kejadian anak bongsunya mengulang kaji pelajaran di ruang tamu sebelum terhidu bau asap dari dapur.
Katanya, sebaik melihat api itu, anaknya memberitahu keluarga lain sebelum mereka bergegas keluar menyelamatkan diri.
“Kami sekeluarga tidak sempat menyelamatkan apa-apa termasuk duit raya ibu dan anak-anak kira-kira RM3,000.
“Ketika ini, kami menumpang di rumah saudara terdekat dan berharap ada pihak menghulurkan bantuan bagi meringankan beban kami,” katanya.
Nasib malang keluarga Rahman mendapat perhatian apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parit Raja, Datuk Ab Aziz Kaprawi yang menghulurkan bantuan.
Putus nyawa lepas 15 hari
Oleh Mohammad Ishak
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, Wan Mohd Fariss terjatuh ke dalam periuk berkenaan selepas basikal ditolaknya tersangkut di hujung tikar ketika bermain berhampiran periuk itu di ruang tamu rumah.
Bagaimanapun kanak-kanak itu meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ketika menjalani rawatan selepas kesan lecurnya dijangkiti kuman, kelmarin.
Normeliza yang ditemui di rumah ibu bapanya di Kampung Jabi, dekat sini, semalam berkata, sebelum kejadian dia yang berniaga di bazar Ramadan memasak air soya di luar rumah sebelum membawanya masuk ke ruang tamu sebaik selesai.
Disambar buaya ketika buang air
Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
lias@hmetro.com.my
Sebelum kejadian jam 8 pagi itu, lelaki warga Indonesia berkenaan yang dikenali sebagai Pai, 32, dari Pulau Jawa, tiba-tiba sakit perut sebelum membuat keputusan ke bawah jambatan berkenaan bagi membuang air besar.
Dia yang bekerja di sebuah tapak pembinaan berdekatan berkata, berikutan perutnya semakin memulas, dia tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa mencangkung di tepi sungai di bawah jambatan berkenaan.
“Hanya beberapa minit selepas membuang air besar, secara tiba-tiba buaya dianggarkan sepanjang lebih dua meter menyambar pinggang saya dari belakang.
“Pada mulanya saya terkejut dan panik kerana tidak tahu apa sebenarnya berlaku dan hanya beberapa saat kemudian baru saya sedar ia seekor buaya,” katanya ketika ditemui di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Menurutnya, ketika bergelut untuk cuba melepaskan diri dari gigitan buaya berkenaan, dia mendapat kudrat untuk melawan dengan menumbuk sekuat hati mata haiwan berkenaan.
Pai berkata, sebaik buaya itu melepaskan gigitan, dia terus berlari meminta pertolongan rakan sekerjanya dalam keadaan tubuh berlumuran darah akibat serangan haiwan ganas itu.
“Saya bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu. Inilah pengalaman yang tidak akan saya lupakan dalam hidup saya.” katanya, Pai kemudiannya dihantar ke HUS untuk rawatan dan keadaannya kini dilaporkan dalam keadaan stabil.
Lorong rahsia bolos diri
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
rnoraina@hmetro.com.my
Rumah itu terletak di bahagian paling hujung dalam satu deretan mengandungi lima unit kediaman di kawasan rumah panjang di Setapak Jaya, di sini, diserbu polis jam 3.30 pagi kelmarin. Semalam, wartawan dan jurugambar Harian Metro berkesempatan meninjau rumah itu yang menjadi tempat persembunyian suspek berusia 18 tahun yang juga teman lelaki Nurul Firzanah sebelum dicekup bersama lima rakan berusia 18 hingga 20 tahun, empat daripadanya perempuan. Tinjauan mendapati lorong rahsia itu hanya selebar dua meter selain dibina zink sebagai penghadang, dipercayai untuk memudahkan mereka bersembunyi dan melarikan diri sekiranya diserbu polis.
Seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Lee, 72, yang tinggal berhampiran rumah persembunyian itu berkata dia tidak mengenali suspek, namun menyedari lelaki itu sering datang ke rumah terbabit sejak dua bulan lalu.
“Setahu saya rumah itu dihuni seorang wanita bersama tiga anaknya kira-kira empat tahun lalu. Bagaimanapun, saya tidak rapat dengan mereka dan hanya bertegur sapa jika terserempak.
“Saya selalu lihat rumah itu sering didatangi ramai orang tak kira masa dan saya juga tak pasti apa pekerjaan wanita itu,” katanya.
Menurutnya, ketika serbuan polis awal pagi kelmarin, dia mendengar bunyi bising dan melihat banyak kereta polis namun dia tidak mengetahui apa sebab mereka ditahan.
“Saya cemas dan terkejut dengan bunyi bising. Apabila membuka pintu
saya beberapa lelaki memberitahu mereka polis dan minta saya tidak
takut. Saya kembali tenang dan masuk semula ke bilik untuk tidur,”
katanya.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Sri Lanka bukan saja dikurung
rakan senegaranya selama lapan bulan dalam sebuah rumah di Serendah,
Selangor, malah hanya diberi makan roti sepanjang menempuhi pengalaman
menakutkan itu.
Mangsa yang berusia 26 tahun diculik 10 lelaki pada 26 Januari lalu ketika baru sampai di negara ini dan melawat Dataran Merdeka.
Menurut sumber, mangsa yang bekerja sebagai polis di Sri Lanka bagaimanapun berjaya melarikan diri pada 18 Ogos lalu selepas bergelut dengan dua daripada 10 suspek yang berusia 20-an. “Ketika dikurung, penculik meminta wang tebusan sebanyak RM50,000 daripada isteri mangsa di Sri Lanka. Selain dipukul hampir setiap hari, mangsa hanya diberi makan roti dan air sejuk sepanjang dikurung,” katanya.
Menurutnya, mangsa akhirnya melarikan diri selepas puas bergelut dengan dua penculik serta meminta bantuan beberapa orang awam sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah yang dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
KUALA LUMPUR: Serbuan polis ke sebuah unit kondominium mewah yang
dipercayai dihuni kumpulan samun bersenjata api, membawa polis kepada
satu lagi kejayaan apabila turut membongkar makmal syabu.
Kediaman yang terletak di tingkat 22 kondominium berhampiran Institut Jantung Negara (IJN) di Jalan Tun Razak, di sini itu diserbu polis kira-kira jam 1 tengah hari semalam.
Dalam serbuan itu polis menemui tiga pucuk pistol, syabu dalam bentuk kristal dan cecair serta pelbagai bahan memproses dadah yang kesemuanya dianggarkan bernilai lebih RM5 juta.
Serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Kuala Lumpur bagi mengesan suspek beberapa kes samun bersenjata api di sekitar Johor.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika mengesahkan kejayaan itu, berkata empat suspek warga tempatan, masing-masing dua lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 20-an dan 30-an turut ditahan semasa serbuan.
“Maklumat awal yang diterima suspek dipercayai terbabit dalam kes samun dan mempunyai senjata api, namun hasil pemeriksaan di kondominium itu kita menemui sejumlah dadah yang banyak selain makmal pemprosesan.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati unit kondominium berkenaan disewa oleh salah seorang suspek wanita yang ditahan dan buat masa ini unit kondominium itu diletakkan sebagai kawasan larangan selepas mendapati terdapat bahan mudah meletup dan terbakar pada bahagian yang diubahsuai untuk dijadikan makmal dadah.
Difahamkan, ketika serbuan dilakukan, polis terpaksa memecah masuk
ke unit kondominium itu selepas suspek enggan membuka pintu sebaik
menyedari kehadiran polis.
Semua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Akta Senjata Api dan Akta Dadah Berbahaya 1952.
KUALA LUMPUR: Kejadian seorang guru maut akibat terkena tembakan
abang iparnya ketika berburu di Tampin, Rabu lalu boleh dielakkan
sekiranya kedudukan setiap individu yang menyertai aktiviti itu
diketahui dengan teliti.
Pegawai Perhubungan Awam Bukit Aman, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mereka yang memiliki senjata api untuk berburu perlu peka, berhati-hati dan tenang ketika menjalankan aktiviti berkenaan bagi mengelakkan sebarang risiko.
“Mereka perlu tahu kedudukan orang lain yang menemani sama ada di belakang, selari serta tidak bertentang.
“Ketika berburu jangan terlampau teruja, berhati-hati dan tenang kerana disebabkan perasaan membuak-membuak mahu menangkap haiwan liar, tembakan dilepaskan hanya disebabkan pokok bergoyang tanpa mengetahui mungkin ia disebabkan rakan sendiri,” katanya yang dihubungi semalam.
Akhbar semalam melaporkan seorang guru maut akibat terkena peluru penabur daripada tembakan abang iparnya ketika mereka memburu rusa bersama tiga rakan di hutan Kampung Anak Air, Durian Daun, Pondoi di Tampin, Negeri Sembilan. Dalam kejadian jam 11.15 malam itu, abang ipar mangsa berusia 52 tahun dikatakan melepaskan tembakan senapang patah ke arah pokok bergoyang dalam gelap kerana menyangkakan terdapat haiwan buruan. Bagaimanapun, lelaki terbabit terperanjat besar apabila mendapati adik iparnya, Amir Ain, 40, parah di perut manakala rakan mereka, Mohd Isa Salican, 50-an yang bekerja di ladang lembu di kampung itu cedera di bahagian pinggul. Amir disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tampin akibat kecederaan parah dialaminya itu, manakala Mohd Isa kini dirujuk ke Hospital Melaka. Ramli berkata, kecuaian menjadi penyebab kejadian tertembak rakan sendiri berlaku ketika aktiviti pemburuan haiwan.
“Kejadian seumpama ini boleh dielakkan jika pemilik senjata api itu berhati-hati bagi mengelak sebarang risiko akibat kecuaian,” katanya.
JOHOR BAHRU: “Ketika kami berbual termasuk menyiasat aduan kerosakan
meter elektrik di rumah, tiba-tiba seorang daripada dua lelaki yang
memakai pakaian seragam Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengugut dan
meminta saya menyerahkan semua barang kemas.
“Apabila saya menjerit meminta tolong, lelaki itu mengeluarkan pisau dari pakaiannya dan mengelar pergelangan tangan saya berulang kali,” kata suri rumah dikenali sebagai Sundara, 39, menceritakan kejadian cubaan rompak di rumahnya di Jalan Jelatang 22, Taman Megah Ria, Masai, di sini, semalam.
Ibu tiga anak itu berkata, kejadian berlaku jam 4 petang apabila dia bersama anak perempuan sulungnya berusia belasan tahun berada di rumah, manakala suaminya keluar bekerja. Dua lagi anaknya berada di rumah saudara di kawasan berhampiran.
Menurutnya, ketika itu, dia didatangi dua lelaki memakai seragam TNB dan berpura-pura mahu memeriksa meter serta bil elektrik rumahnya.
Katanya, secara kebetulan suaminya membuat aduan kepada TNB berkaitan masalah pada meter elektrik.
Katanya, sebaik masuk dalam rumah, dia terkejut apabila lelaki itu tiba-tiba mengugut mahu mencederakannya sekiranya tidak menyerahkan barang kemas.
Terkejut dengan permintaan lelaki terbabit, katanya, dia menjerit
meminta tolong sebelum lelaki itu bertindak agresif dengan mengelar
pergelangan tangan kanannya. “Melihat kejadian itu, anak perempuan
saya lari ke tingkat atas dan mengunci pintu sementara saya melarikan
diri dengan keluar dari rumah dan menjerit meminta bantuan jiran.
“Dua lelaki itu yang cemas melarikan diri,” katanya yang mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Regency di Masai di sini, sebelum membuat laporan di Balai Polis Masai di sini, petang semalam.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Saifi Abd Hamid mengesahkan kejadian itu.
“Kami masih menyiasat kejadian itu dan menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan taktik kumpulan penjenayah. “Bagi mengelak kejadian tidak diingini, orang ramai boleh menghubungi TNB bagi mendapatkan kepastian sebelum membenarkan pemeriksaan meter di rumah mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.
KUALA LUMPUR: Kegilaan remaja terhadap fesyen dan gaya ala Korea
(K-pop) boleh dikaitkan dengan persoalan, mengapa wujudnya lambakan
kanta lekap berwarna serta bercorak unik di pasaran.
Biarpun banyak peringatan sudah dikeluarkan pelbagai pihak berhubung bahaya penggunaan kanta lekap murah, namun masih ramai yang berdegil untuk mencuba dengan alasan mahu kelihatan cantik.
Tinjauan Harian Metro di beberapa pusat beli-belah terkemuka di ibu negara semalam mendapati, kanta lekap popular dengan jolokan kanta K-pop itu dijual secara terbuka di kebanyakan kedai aksesori wanita.
Kanta lekap berharga antara RM25 dan RM29 sepasang itu tidak terhad kepada corak mata semula jadi atau potongan berlian, tapi menawarkan motif bintang, mawar serta kulit haiwan.
Menurut pembantu kedai dikenali sebagai Suria, 32, pemakaian kanta lekap import dari Korea itu popular di kalangan remaja dan wanita bekerja.
“Kebanyakan remaja suka mencuba kanta lekap bercorak unik dipadankan gaya percakapan dan pemakaian mereka.
Menurut Suria, sejak kanta lekap itu dijual di kedainya tiga tahun lalu, dia tidak pernah menerima sebarang aduan negatif daripada pelanggan, sebaliknya ramai yang datang untuk mendapatkan corak terbaru setiap bulan. “Setahu saya, kanta lekap K-pop ini tidak membawa kesan buruk kepada pengguna, asalkan si pemakai tahu tip penyimpanan dan penjagaan yang betul.
“Malah, sejak menjualnya, ramai remaja dan wanita sudah menjadi pelanggan tetap di sini,” katanya.
Selain pusat beli-belah, kanta lekap sama turut dikesan dijual kebanyakan pasar malam dan bazar larut malam di sekitar ibu kota.
Tidak cukup dengan itu, pengguna juga boleh membuat pembelian melalui laman web dan akaun facebook tertentu menawarkan kanta lekap K-pop.
Harian Metro sebelum ini melaporkan kejadian menimpa seorang seorang gadis berusia 18 tahun dari Kapar, Klang berdepan masalah penglihatan sehari selepas memakai kanta lekap murah dan tidak berkualiti.
GUA MUSANG: Siapa pembunuh Nor Ain Shafnie Mohd Azizi? Itu persoalan
bermain di fikiran ibu remaja berusia 16 tahun itu, Che Esah Yusoff, 60,
yang sangat mengharapkan pembunuh anaknya segera dihadapkan ke muka
pengadilan dan menerima hukuman setimpal atas kekejaman dilakukan.
Che Esah yang juga ibu tunggal masih tidak dapat melupakan betapa hancur luluh hatinya selepas dimaklumkan anaknya ditemui dalam keadaan menyayat hati tanpa jasad sempurna apabila hanya tengkorak dan tulangnya ditemui di ladang sawit berhampiran rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, dekat sini, pada 23 April lalu.
Menurutnya, walaupun sudah empat bulan berlalu, dia masih terbayang-bayang wajah dan kelibat anaknya seolah-olah masih ada di depan mata.
Katanya, perasaan pilu semakin mencengkam apabila tiba Aidilfitri Ahad lalu.
“Aidilfitri tahun ini tiada serinya tanpa kehadiran Nor Ain. Selain masih terkenang peristiwa hitam yang berlaku, saya turut terkenang kesibukan Nor Ain yang rajin mengemas rumah dan membuat kuih raya ketika menjelang Aidilfitri.
“Arwah juga orang yang paling sibuk melayan tetamu sepanjang Aidilfitri,” katanya sebak ketika ditemui di rumahnya, kelmarin.
Harian Metro pada 25 April lalu melaporkan, tengkorak dan tulang
Nor Ain ditemui di ladang sawit berhampiran rumahnya oleh seorang
pekerja kontrak ladang sawit pada jam 6 petang selepas dipercayai
dibunuh dan mayatnya dibakar.
Tengkorak dan tulang remaja yang hilang pada 3 April lalu itu ditemui bersama dompet mengandungi kad pengenalannya, seutas jam tangan serta sebuah motosikal miliknya yang hanya tinggal rangka akibat dibakar.
Beberapa hari selepas itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin
Abdul Rahman dilaporkan berkata, Nor Ain dipercayai dirogol sebelum
tengkorak dan tulangnya ditemui.
Katanya, perbuatan kejam itu dipercayai dilakukan individu dikenali mangsa dan polis menahan sembilan suspek warga tempatan untuk membantu siasatan.
Menurut Che Esah, sehingga kini pembunuh anaknya belum dikenal pasti dan dia terus berdoa polis dapat menangkap dan membawa pembunuh anaknya ke muka pengadilan serta dihukum dengan hukuman setimpal.
“Jika saya terkenangkannya, saya tatap gambarnya. Arwah berhenti sekolah ketika tingkatan tiga dan dia menjaga saya sepanjang masa di rumah.
Katanya, tengkorak dan tulang anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam RKT Kesedar Jeram Tekoh, dekat sini, pada 9 Julai lalu.
“Saya menerima tulang dan tengkorak anak daripada polis pada sebelah pagi dan mengebumikannya pada jam 3 petang, 9 Julai lalu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi berkata, kes pembunuhan Nor Ain tidak akan ditutup selagi pembunuhnya belum ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan.
Katanya, suspek yang ditahan sebelum ini dibebaskan kerana mereka didapati tidak terbabit dengan pembunuhan Nor Ain.
“Kami masih meneruskan siasatan dan mengesan pembunuh Nor Ain. Selagi tidak dapat siapa pembunuhnya, kami memburu pembunuh itu,” katanya.
AMPANG: Seorang bekas pengawal keselamatan dihukum penjara lima tahun
dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana merompak
seorang pengurus wanita menggunakan pisau, tahun lalu.
Hakim Chan Jit Li menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Shahrunniza Khamis, 25, selepas tertuduh menukar pengakuan bersalah.
Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan bermula semalam.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa, Dahlia Asyikin Mohd Habali, 30, dengan merompak wang tunai RM700.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 6.35 petang, 16 Oktober tahun lalu di tempat letak kereta di tepi Jalan SU11 Selayang Utama, Gombak, di sini.
Bagi pertuduhan itu, Mohd Shahrunniza didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 14 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, mangsa dan ibunya baru selesai membeli barangan
keperluan di sebuah pasar raya di situ sebelum kedua-duanya mahu masuk
ke dalam kereta yang diletakkan di tepi jalan di tempat kejadian.
Bagaimanapun, ketika masuk ke dalam kereta, tertuduh menghampiri sebelum terus memeluk leher serta menolak badan wanita itu.
Lelaki itu kemudian memaksa mangsa menyerahkan gelang tangan yang dipakai ibu wanita berkenaan serta wang mereka.
Tertuduh akhirnya ditangkap orang ramai apabila ibu mangsa berjaya meloloskan diri sebelum berlari ke arah orang awam untuk meminta pertolongan.
Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene.
Lapan bulan dikurung rakan senegara tuntut tebusan
Mangsa yang berusia 26 tahun diculik 10 lelaki pada 26 Januari lalu ketika baru sampai di negara ini dan melawat Dataran Merdeka.
Menurut sumber, mangsa yang bekerja sebagai polis di Sri Lanka bagaimanapun berjaya melarikan diri pada 18 Ogos lalu selepas bergelut dengan dua daripada 10 suspek yang berusia 20-an. “Ketika dikurung, penculik meminta wang tebusan sebanyak RM50,000 daripada isteri mangsa di Sri Lanka. Selain dipukul hampir setiap hari, mangsa hanya diberi makan roti dan air sejuk sepanjang dikurung,” katanya.
Menurutnya, mangsa akhirnya melarikan diri selepas puas bergelut dengan dua penculik serta meminta bantuan beberapa orang awam sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah yang dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Serbu markas penyamun jumpa makmal proses dadah
Kediaman yang terletak di tingkat 22 kondominium berhampiran Institut Jantung Negara (IJN) di Jalan Tun Razak, di sini itu diserbu polis kira-kira jam 1 tengah hari semalam.
Dalam serbuan itu polis menemui tiga pucuk pistol, syabu dalam bentuk kristal dan cecair serta pelbagai bahan memproses dadah yang kesemuanya dianggarkan bernilai lebih RM5 juta.
Serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Kuala Lumpur bagi mengesan suspek beberapa kes samun bersenjata api di sekitar Johor.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika mengesahkan kejayaan itu, berkata empat suspek warga tempatan, masing-masing dua lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 20-an dan 30-an turut ditahan semasa serbuan.
“Maklumat awal yang diterima suspek dipercayai terbabit dalam kes samun dan mempunyai senjata api, namun hasil pemeriksaan di kondominium itu kita menemui sejumlah dadah yang banyak selain makmal pemprosesan.
“Kita masih lagi menjalankan siasatan di lokasi serbuan dan Jabatan
Kimia turut akan menjalankan pemeriksaan Isnin ini, untuk mengenal
pasti tahap bahaya makmal yang diubahsuai selain kandungan bahan
berkenaan,” katanya ketika ditemui.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati unit kondominium berkenaan disewa oleh salah seorang suspek wanita yang ditahan dan buat masa ini unit kondominium itu diletakkan sebagai kawasan larangan selepas mendapati terdapat bahan mudah meletup dan terbakar pada bahagian yang diubahsuai untuk dijadikan makmal dadah.
Semua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Akta Senjata Api dan Akta Dadah Berbahaya 1952.
Usah tembak asal pokok bergoyang
Pegawai Perhubungan Awam Bukit Aman, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mereka yang memiliki senjata api untuk berburu perlu peka, berhati-hati dan tenang ketika menjalankan aktiviti berkenaan bagi mengelakkan sebarang risiko.
“Mereka perlu tahu kedudukan orang lain yang menemani sama ada di belakang, selari serta tidak bertentang.
“Ketika berburu jangan terlampau teruja, berhati-hati dan tenang kerana disebabkan perasaan membuak-membuak mahu menangkap haiwan liar, tembakan dilepaskan hanya disebabkan pokok bergoyang tanpa mengetahui mungkin ia disebabkan rakan sendiri,” katanya yang dihubungi semalam.
Akhbar semalam melaporkan seorang guru maut akibat terkena peluru penabur daripada tembakan abang iparnya ketika mereka memburu rusa bersama tiga rakan di hutan Kampung Anak Air, Durian Daun, Pondoi di Tampin, Negeri Sembilan. Dalam kejadian jam 11.15 malam itu, abang ipar mangsa berusia 52 tahun dikatakan melepaskan tembakan senapang patah ke arah pokok bergoyang dalam gelap kerana menyangkakan terdapat haiwan buruan. Bagaimanapun, lelaki terbabit terperanjat besar apabila mendapati adik iparnya, Amir Ain, 40, parah di perut manakala rakan mereka, Mohd Isa Salican, 50-an yang bekerja di ladang lembu di kampung itu cedera di bahagian pinggul. Amir disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tampin akibat kecederaan parah dialaminya itu, manakala Mohd Isa kini dirujuk ke Hospital Melaka. Ramli berkata, kecuaian menjadi penyebab kejadian tertembak rakan sendiri berlaku ketika aktiviti pemburuan haiwan.
“Kejadian seumpama ini boleh dielakkan jika pemilik senjata api itu berhati-hati bagi mengelak sebarang risiko akibat kecuaian,” katanya.
‘Staf TNB’ kelar tangan suri rumah
“Apabila saya menjerit meminta tolong, lelaki itu mengeluarkan pisau dari pakaiannya dan mengelar pergelangan tangan saya berulang kali,” kata suri rumah dikenali sebagai Sundara, 39, menceritakan kejadian cubaan rompak di rumahnya di Jalan Jelatang 22, Taman Megah Ria, Masai, di sini, semalam.
Ibu tiga anak itu berkata, kejadian berlaku jam 4 petang apabila dia bersama anak perempuan sulungnya berusia belasan tahun berada di rumah, manakala suaminya keluar bekerja. Dua lagi anaknya berada di rumah saudara di kawasan berhampiran.
Menurutnya, ketika itu, dia didatangi dua lelaki memakai seragam TNB dan berpura-pura mahu memeriksa meter serta bil elektrik rumahnya.
Katanya, secara kebetulan suaminya membuat aduan kepada TNB berkaitan masalah pada meter elektrik.
Katanya, sebaik masuk dalam rumah, dia terkejut apabila lelaki itu tiba-tiba mengugut mahu mencederakannya sekiranya tidak menyerahkan barang kemas.
“Dua lelaki itu yang cemas melarikan diri,” katanya yang mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Regency di Masai di sini, sebelum membuat laporan di Balai Polis Masai di sini, petang semalam.
“Kami masih menyiasat kejadian itu dan menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan taktik kumpulan penjenayah. “Bagi mengelak kejadian tidak diingini, orang ramai boleh menghubungi TNB bagi mendapatkan kepastian sebelum membenarkan pemeriksaan meter di rumah mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Gila tiru gaya K-pop
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my
imas@hmetro.com.my
Biarpun banyak peringatan sudah dikeluarkan pelbagai pihak berhubung bahaya penggunaan kanta lekap murah, namun masih ramai yang berdegil untuk mencuba dengan alasan mahu kelihatan cantik.
Tinjauan Harian Metro di beberapa pusat beli-belah terkemuka di ibu negara semalam mendapati, kanta lekap popular dengan jolokan kanta K-pop itu dijual secara terbuka di kebanyakan kedai aksesori wanita.
Kanta lekap berharga antara RM25 dan RM29 sepasang itu tidak terhad kepada corak mata semula jadi atau potongan berlian, tapi menawarkan motif bintang, mawar serta kulit haiwan.
Menurut pembantu kedai dikenali sebagai Suria, 32, pemakaian kanta lekap import dari Korea itu popular di kalangan remaja dan wanita bekerja.
“Kebanyakan remaja suka mencuba kanta lekap bercorak unik dipadankan gaya percakapan dan pemakaian mereka.
“Berbeza dengan golongan wanita, mereka lebih suka membeli kanta
lekap berwarna untuk disesuaikan dengan mekap dan pakaian yang digayakan
ketika mereka keluar bekerja serta bersosial,” katanya.
Menurut Suria, sejak kanta lekap itu dijual di kedainya tiga tahun lalu, dia tidak pernah menerima sebarang aduan negatif daripada pelanggan, sebaliknya ramai yang datang untuk mendapatkan corak terbaru setiap bulan. “Setahu saya, kanta lekap K-pop ini tidak membawa kesan buruk kepada pengguna, asalkan si pemakai tahu tip penyimpanan dan penjagaan yang betul.
Selain pusat beli-belah, kanta lekap sama turut dikesan dijual kebanyakan pasar malam dan bazar larut malam di sekitar ibu kota.
Tidak cukup dengan itu, pengguna juga boleh membuat pembelian melalui laman web dan akaun facebook tertentu menawarkan kanta lekap K-pop.
Harian Metro sebelum ini melaporkan kejadian menimpa seorang seorang gadis berusia 18 tahun dari Kapar, Klang berdepan masalah penglihatan sehari selepas memakai kanta lekap murah dan tidak berkualiti.
Hati ibu dicengkam pilu
Oleh Ramli Ibrahim
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Che Esah yang juga ibu tunggal masih tidak dapat melupakan betapa hancur luluh hatinya selepas dimaklumkan anaknya ditemui dalam keadaan menyayat hati tanpa jasad sempurna apabila hanya tengkorak dan tulangnya ditemui di ladang sawit berhampiran rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, dekat sini, pada 23 April lalu.
Menurutnya, walaupun sudah empat bulan berlalu, dia masih terbayang-bayang wajah dan kelibat anaknya seolah-olah masih ada di depan mata.
Katanya, perasaan pilu semakin mencengkam apabila tiba Aidilfitri Ahad lalu.
“Aidilfitri tahun ini tiada serinya tanpa kehadiran Nor Ain. Selain masih terkenang peristiwa hitam yang berlaku, saya turut terkenang kesibukan Nor Ain yang rajin mengemas rumah dan membuat kuih raya ketika menjelang Aidilfitri.
“Arwah juga orang yang paling sibuk melayan tetamu sepanjang Aidilfitri,” katanya sebak ketika ditemui di rumahnya, kelmarin.
Tengkorak dan tulang remaja yang hilang pada 3 April lalu itu ditemui bersama dompet mengandungi kad pengenalannya, seutas jam tangan serta sebuah motosikal miliknya yang hanya tinggal rangka akibat dibakar.
Katanya, perbuatan kejam itu dipercayai dilakukan individu dikenali mangsa dan polis menahan sembilan suspek warga tempatan untuk membantu siasatan.
Menurut Che Esah, sehingga kini pembunuh anaknya belum dikenal pasti dan dia terus berdoa polis dapat menangkap dan membawa pembunuh anaknya ke muka pengadilan serta dihukum dengan hukuman setimpal.
“Jika saya terkenangkannya, saya tatap gambarnya. Arwah berhenti sekolah ketika tingkatan tiga dan dia menjaga saya sepanjang masa di rumah.
Katanya, tengkorak dan tulang anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam RKT Kesedar Jeram Tekoh, dekat sini, pada 9 Julai lalu.
“Saya menerima tulang dan tengkorak anak daripada polis pada sebelah pagi dan mengebumikannya pada jam 3 petang, 9 Julai lalu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi berkata, kes pembunuhan Nor Ain tidak akan ditutup selagi pembunuhnya belum ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan.
Katanya, suspek yang ditahan sebelum ini dibebaskan kerana mereka didapati tidak terbabit dengan pembunuhan Nor Ain.
“Kami masih meneruskan siasatan dan mengesan pembunuh Nor Ain. Selagi tidak dapat siapa pembunuhnya, kami memburu pembunuh itu,” katanya.
Samun ibu, anak
Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my
sarah@hmetro.com.my
Hakim Chan Jit Li menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Shahrunniza Khamis, 25, selepas tertuduh menukar pengakuan bersalah.
Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan bermula semalam.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa, Dahlia Asyikin Mohd Habali, 30, dengan merompak wang tunai RM700.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 6.35 petang, 16 Oktober tahun lalu di tempat letak kereta di tepi Jalan SU11 Selayang Utama, Gombak, di sini.
Bagi pertuduhan itu, Mohd Shahrunniza didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 14 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, ketika masuk ke dalam kereta, tertuduh menghampiri sebelum terus memeluk leher serta menolak badan wanita itu.
Tertuduh akhirnya ditangkap orang ramai apabila ibu mangsa berjaya meloloskan diri sebelum berlari ke arah orang awam untuk meminta pertolongan.
Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene.
No comments:
Post a Comment