Saturday, August 28, 2010

MANA TUDUNGNYA....TU AURAT...WAJIB TUTUP....

Umie kian lengkap

Oleh MURSHID EUNOS
murshid@hmetro.com.my
2010/08/29

LAMA tidak berjumpa aktres jelita ini, panjang lebar yang dibualkan hingga mengheret ke jam 1 pagi duduk bersembang di balkoni kediaman mewahnya di lantai 32. Meskipun bergelar isteri dan bersandar pada status barunya, Datin Paduka Umie Aida masih sama.
GEMBIRA... Umie bersama rakan yang menghadiri majlis berbuka puasa dan solat Tarawih.
GEMBIRA... Umie bersama rakan yang menghadiri majlis berbuka puasa dan solat Tarawih.
Siapa sangka, di sebalik status tinggi dan gaya karakter profesional sepertinya, Khairuddin suami yang baik dan rendah diri. Paling penting, celah Umie, dia bertuah kerana suaminya ringan tulang dan sangat memahaminya.

“Sejak dulu suami saya memang rajin orangnya, terutama membersihkan rumah. Tidak perlu disuruh, dia sendiri yang melakukannya dan saya hanya mengambil alih tugas di dapur untuk menyediakan masakan.

“Suami jenis pembersih dan dia tidak kisah langsung membantu saya mengemas rumah. Malah sejak awal kami mendirikan rumah tangga lagi, suami banyak menjaga soal kebersihan rumah. Manakala saya menguruskan perkara lain, termasuk anak. Saya syukur sangat memilikinya.

“Hampir setahun bersama, Alhamdulillah keserasian antara kami kian menebal. Sebulan dua pertama memang diakui kami masih kekok tetapi hingga kini baik saya mahupun suami, kami dapat cari persefahaman itu.
“Saya sudah tahu bila dia marah dan bagaimana untuk diselesaikan dan begitu juga suami yang makin memahami setiap kali saya merajuk.

“Sebagai isteri, saya menyifatkan Khairuddin sebagai insan penyayang dan sentiasa bijak menyelesaikan masalah. Saya sangat gembira kerana sepanjang kami berkahwin dan tinggal sebumbung dengan anak, suami memberi segala kasih sayangnya dan dapat menyayangi anak saya seperti anak kandungnya,” katanya yang memiliki dua anak bujang, Mohd Daniel Firdaus, 17, dan Mohd Zulhilmy, 16.

Pengorbanan Umie cuma mengurangkan aktiviti lakonan. Meskipun hatinya meronta, tetapi Aktres Terbaik di Festival Filem Malaysia menerusi Embun ini akur dan tidak sesekali menyesal dengan keputusannya.

Jelas Umie yang kini menjengah usia 37 tahun, suami tidak pernah melarang untuknya terus berlakon, cuma sebagai isteri yang ingin sehidup semati bersama keluarga, keputusan mengurangkan aktiviti seni itu datang daripada jiwanya.

Duta pusat pelangsingan badan Marie France Bodyline ini berkali-kali menyifatkan suaminya yang disapa ‘sayang’ itu adalah penyokong utamanya.

“Saya sendiri yang ingin rehat daripada lakonan. Tiada siapa pernah melarang, malah suami sentiasa menyokong apa juga keputusan yang ingin saya lakukan.

“Sejak dulu ketika anak masih kecil, saya terlalu sibuk bekerja hingga masa bersama mereka terhad. Ada kalanya saya terfikir akan ruginya kerana tidak dapat meluangkan masa dengan mereka.
“Mana tidaknya, kerja saya terlalu banyak hingga jarang sekali berpeluang untuk berehat. Namun anak faham yang saya sibuk mencari duit bagi membesarkan mereka.

“Justeru sebaik mendirikan rumah tangga, memang saya sendiri berhasrat meluangkan masa bersama keluarga. Mungkin ini masanya untuk saya membentuk sebuah keluarga yang lebih stabil dan sempurna.

“Sekarang saya berpeluang memasak untuk mereka dan menyiapkan segala persiapan persekolahan. Saya lihat, sifat keibuan serta tanggungjawab sebagai isteri semakin menyerlah kerana setiap hari saya berpeluang menguruskan hal rumah tangga keluarga.

“Sebenarnya saya terlalu penat untuk terus aktif berlakon seperti dulu. Letih rasanya untuk kembali berkejar-kejar ke lokasi, mendalami watak dan skrip serta menyudahkan segala proses lain. Maklumlah sudah bertahun-tahun lamanya saya mencari rezeki sebagai pelakon.

“Memang penat sangat, terutama apabila saya mendapat watak berat yang memerlukan saya menggali mainan emosi dalaman, ia tidak semudah disangka. Setiap kali lakonan yang meminta saya bergelut dengan mainan emosi, memang nak pengsan rasanya. Justeru saya sekarang lebih memilih watak dan tawaran yang benar-benar memberi kepuasan,” katanya.

Pertama kali menyambut Aidilfitri sebagai isteri tidak banyak menyuntik kejanggalan buat aktres Kala Malam Bulan Mengambang, Jimi Asmara dan Diva Popular ini. Malah julung kali menyambut raya bersama suami memberi seribu perasaan bahagia buatnya.

“Kami akan menyambut raya pertama di rumah mak dan kemudian pulang ke kampung suami di Pulau Pinang. Saya tidak sabar-sabar untuk merasai kemeriahan beraya sebagai isteri dan berpeluang mengucup tangan suami di pagi Syawal nanti.

“Jika sebelum ini saya hanya melihat keseronokan teman rapat menyambut raya bersama suami dan keluarga, tahun ini saya sendiri merasainya.

“Memang seronok dapat menyambut kedatangan Ramadan bersama, berbuka dan bangun sahur setiap pagi. Inilah satu fasa kehidupan yang sudah lama saya nanti. Alhamdulillah ia termakbul,” katanya.

Bertanya akan perancangan menambah ahli keluarganya, lantas Umie menjawab sambil berseloroh, suami dan dirinya masih ternanti-nanti rezeki itu.

Selain pasrah dengan ketentuan, Umie dan suami tidak henti-henti berusaha dan sememangnya bersedia menimang cahaya mata sendiri, cuma waktunya belum tiba

BAGUSLAH....JANGAN TENDER ATAS TENDER DAH...AKHIR SUSU BERNILAI MURAH...SUSU YANG HAMPIR LUPUS TARIKH...PIHAK BERWAJIB KENA PANTAU SELALU....NI PENENDER YANG TAK BERTANGGUNG JAWAB NAK UNTUNG ATAS ANGIN

NEGARA


Susu percuma diteruskan tahun ini

LAHAD DATU - Pemberian susu percuma untuk pelajar sekolah rendah di seluruh negara yang dihentikan dua tahun lalu akan dilaksanakan semula tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia akan diberi nama baru iaitu Program Susu 1Malaysia.
Kata beliau, jika boleh ia akan dilaksanakan sebelum akhir tahun ini atau lebih awal daripada itu.
"Jika boleh pada bulan Oktober. Apapun kita akan laksanakan seberapa segera yang boleh," kata beliau yang juga Menteri Pelajaran kepada pemberita selepas menerima taklimat berhubung pembangunan daerah Lahad Datu di sini semalam.
Muhyiddin berkata, perkara itu telah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pada masa ini, urusan dengan pihak pembekal sedang dimuktamadkan.
"Kita setuju supaya skim yang dahulu kita tangguhkan kerana ada masalah seperti susu basi dan pelajar sakit perut, diteruskan," ujarnya. - Bernama

MAKSIAT YANG TELAH LAMA TERBIAR DAN TERLEPAS PANDANG...ATAU DULU TAK BUAT KERJA.... ATAU DAH BUAT...CUMA PUAK2 NI DEGIL DAN PELANGANNYA BANYAK(BISNES MAKSIATNYA LUMAYAN).....HANYA ALLAH YANG TAHU...

NEGARA


Pondan Lorong Cungah digempur


Anggota polis menahan beberapa pondan dalam operasi di Lorong Cungah, Pelabuhan Klang semalam.


PELABUHAN KLANG – Tujuh individu termasuk empat lelaki berperwatakan wanita atau pondan ditahan dalam operasi bersepadu di Lorong Cungah di sini malam kelmarin.
Tiga lagi yang ditahan dalam operasi melibatkan polis, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) adalah wanita yang berkelakuan mencurigakan.
Tiga daripada pondan tersebut cedera ringan di kaki dan tangan akibat terjatuh ketika cuba melarikan diri daripada ditangkap pihak berkuasa dalam operasi yang bermula pada pukul 10.30 malam itu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, kegiatan tidak bermoral di lorong tersebut telah wujud sejak lebih 10 tahun lalu.

AGAK2LAH MENGGUNAKAN KUASA...JANGAN TIADA AKAL DAN BERFIKIRAN WARAS...ALLAH ITU MAHA ADIL...TUNGGU SAJE BALASAN ALLAH...

NEGARA

Bapa dakwa anak koma dipukul anggota polis



RIDUAN (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Muhammad Raimie yang koma di HUSM, Kubang Kerian, Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU - Seorang remaja terpaksa bertarung nyawa apabila koma selama tiga hari akibat kecederaan parah pada kepala selepas didakwa dipukul oleh seorang anggota polis menggunakan sebatang kayu pada 20 Ogos lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi, Muhammad Raimie Riduan, 15, dikatakan dalam perjalanan ke rumahnya dengan membonceng motosikal yang ditunggangi rakannya di Kampung Galang, Pulai Chondong dekat sini selepas keluar minum.
Dia kini ditempatkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini.
Dia menerima berpuluh-puluh jahitan.
Bapanya, Riduan Zawawi, 43, mendakwa, sebelum sampai ke rumah, mereka terserempak dengan beberapa anggota polis yang membuat sekatan jalan raya.
"Menurut rakan anak saya, mereka berdua tidak memakai topi keledar dan membuat pusingan U untuk mengelak daripada ditahan.



KOMEN...

RINGKSAN CERITA...KISAH NABI MUSA A,S

PASAL BEKAS AIR..

SEORANG PEMUDA SEDANG MINUM DARI BEKAS AIR(YG DICEDUK PADA TEMPAT ITU YANG MEMANG SUMBER AIR)... PERKARA ITU  DILIHAT OLEH NABI MUSA A.S, DARI CELAH BATU BESAR...KEMUDIAN  IA BERLALU@PERGI  DAN LUPA MEMBAWA BEKAS AIR ITU...LEPAS ITU DATANG SEORANG BUDAK MINUM AIR PADA BEKAS AIR ITU....DAN TERUS MEMBAWA PULANG BEKAS AIR ITU....TAK LAMA DARIPADA ITU P DATANG PULANSEORANG TUA BUTA MINUM AIR PADA TEMPAT ITU KERANA TEMPAT ITU ADA SUMBER AIR...TIBA2 PEMUDA TADI KEMBALI UNTUK MENGAMBIL BEKAS AIR YANG TERTINGGAL...IA MENUDUH ORANG TUA ITU MENGAMBILNYA...ORANG TUA ITU MENGATAKAN IA BUTA MANA IA NAMPAK...TANPA USUL PERIKSA PEMUDA ITU MEMBUNUH ORANG TUA BUTA ITU....PELIK KAN

KATA ALLAH PADA NABI MUSA A.S

BUDAK ITU MENGAMBIL BEKAS AIR ....SEBAB BEKAS AIR ITU PEMUDA ITU AMBIL@CURI DARI RUMAH BAPA KANAK2@BUDAK ITU.....

ORANG TUA YANG DIBUNUH@TERBUNUH SEBAB KETIKA IA MUDA IA TELAH MEMBUNUH BAPA PEMUDA ITU.....MAKA...ADIL TAK....CUMA RENUNG2KAN...





GAMES DAN KESERONOKAN SIFATNYA SEMENTARA....KESANNYA BERPANJANGAN DAN MUDHARAT...CUMA TERUK ....TAK TERUK AJE....ISLAM MENGHARAMKAN JIKA LALAI HINGGA LUPA SOLAT(TAK SOLAT)

DUNIA


Saman pengeluar kerana ketagih mainan komputer


PERMAINAN Lineage II amat popular di kalangan remaja.


HONOLULU - Seorang hakim persekutuan di Hawaii semalam membenarkan seorang lelaki Amerika Syarikat (AS), Craig Smallwood menyaman sebuah syarikat pengeluar Korea Selatan kerana menyebabkannya ketagih permainan komputer.
Hakim daerah Alan Kay berkata, lelaki berusia 51 tahun itu berhak meneruskan saman terhadap NCSoft Corp. yang mengeluarkan permainan Lineage II sehingga menyebabkan mangsa ketagih bermain lebih 20,000 jam sejak 2004 lalu.
Keadaan itu mengakibatkan dia terpaksa bergantung hidup kepada permainan tersebut serta gagal menguruskan diri seperti tidak mampu lagi berpakaian, mandi, berbual dengan keluarga dan rakan seperti kebiasaannya.
Mangsa mendakwa, firma komputer itu tidak pernah mengeluarkan amaran bahaya ketagihan secara psikologi akibat daripada permainan tersebut. - AP

KAYA...PERGAULAN BEBAS...MINUM ARAK...BUKAN MENJAMIN KEBAHGIAAN....MALANG MENIMBULKAN MASALAH...ITU SEBAB ARAK DAN BERGAUL BEBAS NI HARAM

DUNIA


Anak duta AS maut jatuh bangunan


MAYAT Nicole John yang meninggal dunia akibat terjatuh dari bangunan Herald Towers di Manhattan, New York kelmarin dibawa keluar ke sebuah hospital untuk proses bedah siasat.


NEW YORK - Seorang gadis yang merupakan anak perempuan Duta Amerika Syarikat (AS) ke Thailand ditemui mati terjatuh dari ketinggian 25 tingkat sebuah pangsapuri di Manhattan kelmarin.
Pesuruhjaya Polis New York, Raymond Kelly memberitahu, Nicole John (gambar kecil) yang berusia 17 tahun terjatuh kira-kira pukul 4.15 pagi (waktu tempatan) dari tingkat teratas pangsapuri Herald Towers di sini setelah dipercayai membuka kasut dan berjalan keluar ke birai tingkap.



Mayat Nicole ditemui pada anjung tingkat tiga bangunan sama setelah orang ramai di seberang jalan menghubungi polis apabila melihatnya terjatuh dan setakat ini, kematian gadis itu yang menetap di sini dipercayai merupakan satu kemalangan.
Polis berkata, Nicole mengambil minuman keras semasa insiden berlaku manakala rakannya, Ilan Nassimi, 25, yang menyewa pangsapuri itu ditahan pada hari yang sama kerana didakwa melakukan hubungan yang menyalahi undang-undang dengan seorang gadis bawah umur.
Bapa mangsa, Eric John dilantik sebagai Duta AS ke Thailand pada 2007. - AP

Friday, August 27, 2010

TAHUN NI LAITUL QADAR BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN...TAPI NI SEMUA KETENTUAN ALLAH CARILAH 10 MALAM TERAKHIR...


MALAM LAITUL QADAR


Malam lailatul qadar malam yang sangat dinanti2kan...dan masanya pula adalah dalam rahsia Allah swt...cuma dianggarkan atau besar kemungkinan berlaku pada 10 malam terakhir pada bulan ramadhan tersebut.Serta ada yang berpendapat mengatakan peluang agak besar pada malam2 ganjil...21,23,25,27 dan 29.Bagi penulis ,perkara ini adalah kurniaan Allah swt...sesiapa yang IA kehendaki ,maka peluangnya amat cerah,bagi mereka2 yang telah lama mendekati dirinya dengan Allah.

Dalam erti kata yang lain,persiapan@persediaannya telah dibuat awal2 lagi....Mungkin orang yang telah lama bertungkus lumus beribadah,sama ada wajib dan sunnat2....

Disamping akidahnya benar dan ibadah yang sah...berpeluang untuk dikurniakan malam laitul qadar ini.Bagi gulungan macam kita ini,yang mungkin ibadat tidak seberapa...boleh juga mencari2 malam laitul qadar...mungkin juga akan dikurniakan oleh Allah swt.....secara lawak atau bergurau...adakah orang macam kita ini dapat...kalau ibadah kita diluar bulan ramadhan tidak sebaik amalan pada bulan ramadhan....fikir2kanlah jangan kita syok sendiri....Itulah penulis biasa katakan...bulan ramadhan orang berpusu2 ke masjid@surau...untuk solat taraweh....bertadarus dsbnya...jangan pula kita salah beramal,sudahlah,maksud penulis...solat taraweh tetapi belum solat isyak.

Syarat sah solat taraweh ialah solat isyak terlebih dahulu.Sebab ada penulis lihat..ia tidak solat isyak di masjid@surau...datang2 sahaja terus solat taraweh...dikhuatiri ia tidak tahu hukum...mungkin ia menganggap lepas taraweh boleh solat isyak.Memang kena solat isyak...sebab itu wajib....tapi solat taraweh itu tidak sahlah...Ini disebabkan mereka tidak belajar,main ikut2 sahaja...sebab akhir2 zaman ini...ahli ibadah banyak tapi jahil....Rajin ke masjid@surau pada bulan ramadhan,lepas ramadhan tidak nampak kelibatnya lagi datang ke masjid@surau...sedangkan menuntut ilmu fardu ain itu wajib....Disini penulis salin dari kitab 'idaman penuntut pada menghuraikan yang kusut'oleh us.Abdul Ghani Yahya.....bagaimana hendak mencari malam laitul qadar tersebut...'menurut Imam Shafie bahawa laitul qadar itu terkandung dalam sepuluh ramadhan yang akhir,tetapi pada malam2 yang ganjil ada lebih harapan,dan diantara yang ganjil itu pula yang lebih diharap2kan ialah malam dua puluh satu dan malam dua puluh tiga...berkata Imam Ghazali dan lain2 ulamak,laitul qadar pada malam yang ganjil dalam sepuluh ramadhan yang akhir.Untuk hendak tahukan tandanya,kena tengok apa hari jatuh pada awal ramadhan.....

Jika sehari bulan kena pada hari Ahad atau Rabu laitul qadar berlaku pada malam 29...
Jika sehari bulan kena pada hari Isnin laitul qadar berlaku pada malam 21
Jika sehari bulan kena pada hari selasa atau jumaat laitul qadar berlaku pada malam 27
Jika sehari bulan kena pada hari khamis laitul qadar berlaku pada malam 25
Jika sehari bulan kena pada hari sabtu laitul qadar berlaku pada malam 23
berkata sheikh Abu Hassan dari sejak saya baligh tidak pernah saya lepaskan peluang untuk mencari malam laitul qadar dengan kaedah yang tersebut....setinggi amalan,ialah dengan memperbanyakkan solat,baca quran serta berdoa...disamping ibadah sunnat yang lain....
Jadi pada tahun ia jatuh pada malam 23....kerana kita bermula berpuasa pada hari sabtu....tapi semua ketentu Allah swt jua.

BANYAKNYA ZINA DAN SUMBANG MUHRAM,MUFTI2 KENA BERTANGGUNG JAWAB DIHADAPAN ALLAH.SWT DI AKHIRAT, MEREKA PENASIHAT PEMERINTAH SBB ABAIKAN HUKUM ALLAH



Bapa rogol anak kena 60 tahun
Oleh M Hifzuddin Ikhsan
hifzuddin@bharian.com.my
2010/08/21

MUSA  (kiri) bersama dua anaknya, Mahmud dan Mazlan (kanan) keluar   Mahkamah Sesyen Kuching, selepas perbicaraan,  semalam.
MUSA (kiri) bersama dua anaknya, Mahmud dan Mazlan (kanan) keluar Mahkamah Sesyen Kuching, selepas perbicaraan, semalam.
Dua anak lelaki turut dipenjara 36 tahun, 24 sebatan

KUCHING: Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 60 tahun selepas didapati bersalah merogol anak kandungnya yang kudung tangan, manakala dua anak lelakinya masing-masing dikenakan penjara 36 tahun dan 24 kali sebatan kerana kesalahan sama yang dilakukan terhadap mangsa di antara 2006 dan 2008.

Hakim Mahkamah Sesyen, Amelati Parnel mendapati bapa mangsa berusia 52 tahun bersalah atas lima tuduhan merogol dan melakukan sumbang mahram ke atas mangsa yang kini berusia 20 tahun

“Bagi kesalahan kelima iaitu merogol mangsa di atas motosikal berdekatan Padang Golf Petra Jaya, pada November 2008, tertuduh juga dikenakan hukuman penjara 20 tahun bermula selepas tempoh hukuman 40 tahun bagi kesalahan pertama hingga keempat selesai,” katanya.

Amelati berkata, tertuduh kedua, 24 tahun dan tertuduh ketiga, 22, yang juga abang kepada mangsa turut didapati bersalah, masing-masing di atas dua pertuduhan merogol dan sumbang mahram.
Mereka berdua secara bersama dituduh merogol dan melakukan sumbang mahram ke atas adik kandung mereka antara Januari dan Disember 2006 serta antara Januari hingga Disember 2007 di bilik mangsa di sebuah rumah di Bandar Baru Semariang.

“Hukuman dijatuhkan selepas mengira kepentingan awam dan teladan kepada orang ramai dalam memastikan anak-anak diberi peluang untuk hidup sempurna walaupun mangsa dalam kes ini adalah seorang insan kurang upaya,” katanya.

Terdahulu, peguam Mohd Fairus Masri, yang mewakili semua tertuduh meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kepada mereka berikutan keluarga berkenaan kehilangan anak bongsu berusia 10 tahun yang lemas, tahun lalu selain terpaksa berhadapan pandangan negatif masyarakat.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Stella Augutine Deruce, menyifatkan kesalahan yang dilakukan semua tertuduh adalah sangat serius dan mereka wajar dijatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan.




JAIP cekup remaja asyik rakam hubungan seks


2010/08/28

KUALA LUMPUR: Sepasang kekasih dipercayai remaja masih bersekolah ditangkap pasukan pencegah maksiat ketika sedang asyik melakukan hubungan seks termasuk merakam aksi ghairah mereka menggunakan video telefon bimbit di Kuantan, Pahang.

Aksi panas rakaman selama 10 minit itu disebarkan secara meluas melalui internet sejak seminggu lalu dan kejadian itu dipercayai berlaku jam 3 petang, minggu lalu

Bagaimanapun, rakaman aksi seks mereka hanya dirakam selama dua minit manakala baki lapan minit rakaman adalah perbualan serta sesi soal jawab dengan pencegah maksiat.

Remaja lelaki yang dipercayai memegang telefon bimbit dan merakam aksi mereka dikatakan tidak sempat mematikan rakaman kerana terkejut apabila disergah pihak berkuasa dipercayai pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyebabkan telefon bimbit terjatuh tetapi masih merakam audio perbualan mereka.

Seorang lelaki dipercayai pencegah maksiat menahan mereka dan meminta kad pengenalan pasangan berkenaan tetapi dibantah, sebaliknya remaja itu meminta pencegah maksiat menunjukkan kad kuasa.

Apabila ditanya apa hubungan mereka sama ada sebagai suami isteri atau tidak, pasangan remaja itu mengaku hanya sebagai kawan tetapi remaja tetap berkeras tidak mahu menyerahkan kad pengenalan untuk diperiksa. Sebaik saja penguat kuasa bertegas termasuk mengugut untuk menggunakan kekerasan dan membawanya ke balai polis, barulah dia memberikan kerjasama.

“Saya akan bawa kad pengenalan ni ke balai polis dan hubungi ibu bapa awak. Orang lain sibuk nak sambut raya, kamu pula sibuk f**k anak orang,” kata pegawai penguat kuasa tetapi remaja lelaki itu berkali-kali merayu mengatakan keluarganya orang susah dan seboleh-bolehnya tidak mahu perkara itu diketahui keluarga.

‘Drama’ itu berterusan apabila remaja lelaki itu meminta pegawai penguat kuasa berterus terang apa sebenarnya yang dia mahukan termasuk wang sebagai ganjaran jika melepaskan mereka.

Tawaran itu ditolak dengan tegas, sebaliknya memberi amaran supaya tidak melakukan apa-apa yang boleh menimbulkan kemarahan atau kesalahan lain.

Remaja lelaki kemudian meminta maaf dan merayu lagi supaya tidak dibawa ke balai polis atau pejabat agama yang terletak berhampiran mahkamah Kuantan.

“Awak ingat saya tak serius ke tangkap orang buat maksiat, kamu ingat saya menyamar ke? Sekarang saya nak tolong kamu, ikut saya ke pejabat agama. Kenapa nak minta maaf dengan saya, saya bukan Tuhan... kamu buat salah dengan Tuhan kenalah minta maaf dengan Tuhan,” kata pegawai penguatkuasa itu.

Pasangan remaja itu juga mengaku, itulah kali pertama mereka bertemu sebelum melakukan hubungan seks tetapi terus merayu supaya tidak dibawa ke pejabat agama dengan alasan tidak mahu berkahwin kerana masih terlalu muda.

“Tolonglah encik, saya tak nak kahwin, dia (pasangan wanita) pun masih sekolah lagi. Saya pun masih bersekolah, nanti mak saya risau,” kata remaja lelaki sambil disampuk teman wanitanya.



ADAKAH DENGAN RAKAMAN...SAKSI DARI PENGUATKUASA AGAMA TAK CUKUP BUKTI UNTUK JALANKAN HUKUM ALLAH....JANGAN MAIN2 DAN PERSENDA HUKUM ALLAH...IA SAMA MEPERSENDA ALLAH...SIFAT ALLAH MAHA KUASA SERTA MAHA BIJAKSANA....ALLAH TUNJUK BUKTI2 NYATA...YANG MANUSIA TIDAK BOLEH MENGELAK...JANGAN SAMPAI ALLAH MURKA...ALLAH TURUNKAN BALA....DIMANA ORANG SOLEH DAN TAK BERSALAH DITIMPA SAMA...INGAT SEJARAH KAUM LUT...MALANG LAGI KESIAN....GULUNGAN AGAMA(BUKAN SEMUA) LEKA DIULIT KEMEWAHAN DAN PANGKAT...ADAKAH MEREKA INI TERLEPAS DARI MATI.....FIKIRLAH DENGAN ADIL...TOLAK BISIKAN SYAITAN JAUH2...RASULLULLAH SAW TAK BIMBANG FITNAH DAJJAL....TAPI BAGINDA SAW BIMBANG ULAMAK SUQ@ROSAK....IA SESAT LAGI MENYESATKAN...MAKSUD RINGKASAN ALHADIS....


Penagih jadikan lima adik hamba seks


2010/08/28

KOTA BHARU: Seorang abang 18 tahun yang kaki botol serta menagih dadah, tergamak menjadikan lima adik perempuannya termasuk yang berusia 5 tahun sebagai hamba seksnya.

Adik perempuannya yang lain berusia 9, 12,14 dan 16 tahun itu turut dirogol lebih 20 kali oleh abang sulung
berkenaan

Kejadian itu terbongkar apabila tiga daripada mereka yang berasal dari Kampung Sadur, Tawang, Bachok, melarikan diri dan meminta perlindungan seorang penghulu kerana tidak tahan dengan sikap abang mereka.

Lebih mengejutkan, ayah yang selama ini diharapkan sebagai tempat bergantung juga kaki botol dan penagih, sering memarahi serta memukul mereka yang kematian ibu selepas bersalin adik bongsu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Masyarakat (JKKM), Kampung Tok Ku, Mat Rani @ Abdul Ghani Ibrahim, 61, berkata kisah lima beradik itu terbongkar selepas tiga mangsa ditemui penduduk di Masjid Kedai Lalat.

Katanya, ketiga-tiga beradik itu dibawa pulang penduduk dan diserahkan kepada beliau jam 8.45 malam kelmarin untuk diberi perlindungan sementara. Mereka sudah dibawa ke balai polis Binjai, dekat sini, untuk perlindungan sementara.

“Saya terkejut dimaklumkan mangsa berusia 14 tahun dirogol lebih 20 kali sejak Darjah Empat lagi dan diugut akan dibunuh jika membocorkan rahsia itu. Mangsa mengadu kejadian itu kepada ibu saudaranya yang membuat laporan di Balai Polis Tawang,” katanya.

Beliau berkata, mangsa bekerja di kedai makan dengan upah RM10 sehari untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Remaja itu juga terpaksa meminjam RM5 daripada kawan untuk perbelanjaan harian selain memberi wang kepada bapanya untuk membeli arak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Yahya Saleh, mengesahkan menerima laporan itu dan seorang lelaki ditahan bagi siasatan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


Tak tahan diratah abang

Oleh Mohd Sabran Md Sani

2010/08/28

KOTA BHARU: Akibat tidak sanggup lagi menjadi mangsa kerakusan abang kandung yang meratah tubuh mereka, tiga beradik nekad melarikan diri dari rumah di Kampung Saador, Pantai Senok, dekat sini, petang kelmarin.
Ketika umat Islam sibuk bersiap menyediakan juadah berbuka puasa, tiga beradik terbabit yang berusia 5, 14 dan 16 tahun itu melarikan diri sebelum mencari perlindungan sementara di Masjid Kota Jembal, dekat sini.

Seorang ahli kariah masjid itu, Abdullah Harun ternampak tiga beradik terbabit termasuk seorang daripada mereka yang berpakaian seragam sekolah dalam keadaan kepenatan ketika berjalan berhampiran kawasan masjid itu kira-kira jam 8 malam.

Simpati nasib tiga beradik itu, Abdullah membawa mereka ke rumahnya untuk berbuka puasa sebelum ke rumah Penghulu Kampung Tok Ku, Mat Rani@Abdul Ghani Ibrahim, 61, dekat sini, bagi mencari jalan penyelesaian selepas mendengar kisah sedih mereka.

Tiga beradik itu memberitahu mereka lari dari rumah kerana tidak sanggup dirogol berulang kali oleh abang kandung berusia 18 tahun. Mereka kematian ibu sejak lima tahun lalu dan tinggal bersama ayah yang menagih dadah dan pemabuk. Abang yang merogol mereka turut menagih dadah.

Selepas lima jam mendapatkan perlindungan di rumah penghulu kampung itu, tiga beradik terbabit dibawa seorang anggota polis wanita ke balai polis untuk direkodkan kenyataan

Mangsa yang berusia 14 tahun mendakwa, abangnya merogolnya 20 kali dan kakak serta tiga adik perempuannya yang lain juga pernah menerima nasib sama.

“Malah, abang juga tergamak merogol seorang adik perempuan kami yang berusia lima tahun,” dakwanya ketika ditemui di rumah Mat Rani, malam kelmarin

Menurut remaja itu, dia nekad meninggalkan rumah kira-kira jam 2.10 petang kelmarin bersama kakaknya yang berusia 16 tahun dan adik, lima tahun.

“Itu saja peluang yang ada. Ketika itu, kami terserempak ayah yang mabuk sambil memegang sebatang kayu. Tanpa berlengah dan kerana bimbangkan keselamatan diri, kami segera meninggalkan rumah.

“Kami tak tahu apa nasib dua adik perempuan lain berusia 12 dan 9 tahun kerana mereka berdua bersekolah ketika kejadian dan berharap kedua-duanya selamat,” katanya sambil memeluk adik bongsunya.

Menurutnya, mereka tiga beradik berjalan menuju rumah ibu saudara di Tumpat untuk mendapatkan perlindungan meskipun menyedari jaraknya terlalu jauh.

“Saya tiada pilihan kecuali menyelamatkan diri dari rumah itu. Dapat membawa keluar kakak dan adik sudah cukup. Dalam keadaan berpuasa, kami gagahkan diri untuk cuba sampai ke rumah ibu saudara.

“Kami tak sangka ketika dalam perjalanan ke Tumpat, seorang pak cik memanggil kami untuk berbuka puasa kerana melihat keadaan kami yang terlalu lesu,” katanya.

Dia yang juga anak ketiga daripada enam beradik bersyukur kerana dihantar ke rumah penghulu kampung berkenaan sementara menunggu polis membawa mereka ke rumah kebajikan.

Remaja terbabit juga berkata, dia terpaksa mencari rezeki dengan mengambil upah membasuh pinggan di kedai makan untuk menanggung perbelanjaan keluarga.

“Ibu sudah lima tahun meninggal dunia dan ayah tidak menjalankan tanggungjawabnya selain menagih pil kuda serta kerap mengambil minuman keras manakala abang sulung pula terbabit penyalahgunaan dadah.

“Walaupun masih bersekolah, beban menyara adik-beradik terpaksa saya pikul dengan mencari kerja di kedai makan sebagai pencuci pinggan mangkuk dengan upah RM10,” katanya yang kadangkala terpaksa menyerahkan sebahagian upahnya itu kepada bapa untuk digunakan membeli minuman keras.

Katanya, meskipun ketika ini abangnya sudah lebih seminggu berada di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok selepas ditahan bersabit penyalahgunaan dadah, dia tetap diselubungi kebimbangan apabila melihat tindakan agresif bapanya ketika mabuk, kelmarin.

“Sebelum ini ada laporan polis dibuat saya bersama ayah di balai polis mengenai abang kandung kerana terbabit dadah, tapi saya takut melaporkan kejadian rogol berikutan diugut abang.

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila ayah tiba-tiba mahu memukul saya dengan menggunakan kayu kerana tidak puas hati dengan laporan itu, sedangkan kami sama-sama ke balai berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Yahya Salleh mengesahkan menerima laporan kes itu dan siasatan dijalankan.

“Seorang suspek berusia 18 tahun yang sudah ditahan sebelum ini, kini disoal siasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya




Budak 11 tahun hamil diperkosa bapa saudara



2010/08/28

SERI ISKANDAR: Tiga kanak-kanak perempuan termasuk seorang yang baru berusia 11 tahun didakwa hamil angkara perbuatan tidak berhati perut bapa saudara sendiri yang mengambil kesempatan terhadap kesusahan keluarga mangsa manakala seorang lagi dirogol rakan sekolah sendiri selepas saling berbalas SMS lucah.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, kes sumbang mahram membabitkan mangsa berusia 11 tahun di Tanjung Blanja, dekat sini, berlaku enam bulan lalu, tetapi hanya disedari ibu mangsa baru-baru ini apabila mendapati anaknya hamil enam bulan sebelum membuat laporan polis pada 10 Ogos lalu.
“Bapa saudara mangsa berusia 59 tahun dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa sejak enam bulan lalu, tetapi disedari ibu mangsa selepas mendapati perut anaknya makin membesar.

“Kejadian berlaku ketika suspek membawa mangsa keluar bersiar-siar, tetapi mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa. “Selepas dua bulan melakukan perbuatan itu, suspek mengajak mangsa tinggal bersamanya dengan alasan menjaga mangsa kerana ibunya orang susah,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha stesen minyak, kedai emas, institusi kewangan dan kilang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini, kelmarin.

Beliau berkata, berikutan laporan itu, polis menahan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Menurutnya, kes kedua membabitkan pelajar perempuan sekolah menengah di Seri Iskandar berusia 15 tahun yang mendakwa dirogol rakan sekolah sendiri selepas saling berbalas SMS berunsur lucah antara satu sama lain.

“Kejadian berlaku apabila mangsa keluar dari kelas dipercayai mahu memberikan wang kepada adiknya, suspek dikatakan menarik mangsa memasuki bilik utiliti lalu dirogol. “Mangsa membuat laporan polis menyebabkan suspek ditangkap pada hari sama,” katanya.

Katanya, kes ketiga berlaku di Kampung Gajah membabitkan mangsa berusia 12 tahun yang dikatakan dirogolg lelaki berusia 23 tahun pada 15 Ogos lalu.

'Akuarium wanita'

Oleh Shamsul Munir Safini

2010/08/28

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat kesihatan dan spa di Jalan Klang Lama di sini, dikesan menyediakan satu ruang pameran berkaca seperti akuarium untuk menempatkan wanita tukang urut untuk dipilih pelanggan sebelum masuk ke bilik.
Difahamkan, taktik itu bagi mengelak wanita terbabit ditangkap pihak berkuasa yang melakukan serbuan kerana perlu menggunakan pintu lain untuk ke ruang berkenaan. Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral itu berjaya ditumpaskan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian Bukti Aman yang menyerbu pusat itu, malam kelmarin.
Dalam serbuan jam 10.45 malam, seramai 15 wanita dipercayai bekerja sebagai tukang urut seks dan empat lelaki serta seorang wanita tempatan dipercayai penjaga premis ditahan.

Menurutnya, mereka yang terdiri daripada 10 wanita Thailand, tiga Indonesia, seorang China menggunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke negara ini malah ada yang langsung tidak mempunyai dokumen.

“Polis menemui ratusan peket kondom disimpan di dalam almari pekerja dan di bawah tilam.

“Ini membuktikan ada khidmat seks ditawarkan. Difahamkan, bayaran RM178 dikenakan kepada pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat seks selepas berurut,” katanya.

Menurut sumber polis, premis itu dikesan sudah dua tahun beroperasi dengan berselindung di sebalik sebuah pusat kesihatan dan spa
“Ketika hari kejadian, suspek dikatakan membawa mangsa ke rumah sewanya di Changkat Lada sebelum dirogol dan suspek ditahan selepas mangsa membuat laporan polis pada keesokan hari,” katanya

MENARIK BAGI LELAKI...TAK MENARIK BAGI WANITA...FIKIR BAIK@POSITIF...HUKUM ALLAH MEMBENARKAN,MENOLONG KAUM SEJENIS...MENGELAK ZINA...RAMAI PEREMPUAN NI KETENTUAN ALLAH...HARAM KITA PERTIKAIKAN....

Peluang kahwin 2



2010/08/27

KUWAIT : Seorang anggotta Parlimen semalam mencadangkan supaya kerajaan menghulurkan bantuan kepada warga lelaki negara ini untuk berkahwin isteri kedua dalam usaha mengurangkan jumlah wanitanya yang tidak berkahwin.
“Cadangan itu bertujuan menyelesaikan masalah wanita tidak berkahwin yang dihadapi masyarakat kita dan menggalakkan janda dan duda membentuk keluarga baru,” kata Ahli Parlimen Syiah, Faisal Al Duwaisan.
Buat masa ini, lelaki Kuwait yang berkahwin kali pertama diberikan bantuan berjumlah 4,000 dinar (RM43,600). sebahagian daripadanya adalah pemberian percuma dan sebahagian lagi pinjaman tanpa faedah dengan bayaran secara ansuran yang mudah.

Faisal mencadangkan kerajaan memberi pakej bantuan tambahan kepada lelaki yang ingin berkahwin kali kedua, dengan beberapa syarat yang mesti dipenuhi.

Antaranya, lelaki itu mesti mendapat kebenaran bertulis daripada isterinya yang masih ada atau mereka mesti duda, - Agensi

TAK ROGOL CUMA ZINA...ZINA SALAH GAK....LAH NI MUDAHNYA BERLAKU ZINA...BAGAIMAN JIKA KENA BATANG HIDUNG KITA...NANGIS TAK BERLAGU....HUKUM ALLAH DIELAK2 UNTUK DILAKSANAKAN

Nafi perkosa gadis sunti

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah

2010/08/27

SHAH ALAM: Seorang jurukimpal di syarikat gali minyak di pantai timur dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas empat tuduhan merogol pelajar tingkatan satu, di sebuah rumah di Rawang, empat bulan lalu.
Bagaimanapun, Gordon Adrian Gabriel, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Di hadapan Hakim Hasbi Hasan, pemuda Murut berasal dari Sabah itu didakwa merogol mangsa yang berusia 13 tahun satu bulan di rumah bernombor 4-13 Blok Cempaka Jalan Desa 5/2, Bandar Country Homes, dekat sini. Dia didakwa melakukan perbuatan itu tiga kali iaitu pada 5.30 petang dan 11 malam, pada 25 Jun lalu selain 8 malam keesokan harinya.
Di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob, dia didakwa pula merogol remaja itu sekali lagi pada 11 malam, pada 26 Jun lalu. Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebat. Kedua-dua hakim menetapkan jaminan RM8,000 untuk setiap pertuduhan dengan syarat tambahan perlu melapor diri ke balai polis berhampiran. Selain itu, tertuduh juga diperintahkan tidak menghubungi atau mendekati mangsa. Mahkamah kemudian menetapkan 28 September sebagai tarikh sebutan semula bagi penyerahan dokumen dan melantik peguam. Pada tarikh itu juga, semua kes itu akan disebut serentak di depan Hasbi. Pada prosiding semalam, pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nurdinie Bahrum dan Salwa Asmery Abd Rahim.

CARI NAHAS..MALAM JANGAN KELUAR SORANG...SEKURANGNYA 4 ORANG TU PUN SOLEHA...ATAU MUHRAM....TAK KIRA SIANG ATAU MALAM....JIKA DIKIAS DENGAN HUKUM PERGI HAJI PEREMPUAN YG TIADA MUHRAM

Diperkosa tepi tangga

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

2010/08/27

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun bukan saja dipukul, malah turut dirogol lelaki tidak dikenali di kawasan tangga sebuah flat di Bandar Tasik Selatan, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang sedang menunggu lif untuk naik ke rumahnya selepas pergi ke kedai berhampiran, tiba-tiba didatangi seorang lelaki berusia lewat 20-an dari arah belakang.
Menurut sumber, suspek kemudian memegang tangan mangsa dan menutup mulutnya sebelum mengheretnya ke tangga kawasan perumahan itu.

“Suspek mengarahkan mangsa menanggalkan pakaiannya sebelum berbaring. Namun, mangsa enggan menyebabkan lelaki terbabit berang.

“Lelaki terbabit kemudian menampar mangsa beberapa kali sebelum mengarahkannya mendiamkan diri,” katanya.

Sumber berkata, suspek kemudian menanggalkan seluar mangsa sebelum merogolnya.

“Belumpun puas melepaskan nafsunya, suspek bergegas melarikan diri selepas terdengar suara penduduk flet berhampiran,” katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudian pulang ke rumah sebelum memaklumkan kejadian itu kepada ibunya.

“Ibu mangsa membawa pelajar terbabit ke Balai Polis Salak Selatan sebelum membuat laporan berhubung kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

REDA DAN SABAR....NI GILIRAN KITA...SOK LUSA GILIRAN DIA PULAK...ALLAH ITU ADIL...ITU PUN JIKA SEMPAT TUA DAN BERTAUBAT....DULU IA KELUAR DI BULUH BETONG DAN AYAM BELA DAN MEMBESARKAN DIA TU IA JADI MACAM TU....JENIS ORG TAK MENGENANG BUDI BILA DAH SENANG DAN BERJAYA....

Pilu diri dibuang

Oleh Zulfa Mohamad

2010/08/27

KEPALA BATAS: “Nampaknya tahun ini saya terpaksa menyambut Aidilfitri di rumah orang tua. Saya masih ingat kepada dia (anak perempuan) tetapi sudah tidak ada hati lagi,” demikian kata Azizah Abdul Manaf, 53, penghuni Kompleks Darul Hanan, Pongsu Seribu, dekat sini.
Wanita warga emas itu menghuni pusat jagaan berkenaan sejak lima bulan lalu selepas dikeluarkan dari pusat jagaan orang tua bukan Islam di Mengkuang, Bukit Mertajam.
Menurutnya, terkilan apabila dihantar anak perempuannya berusia 30-an yang sudah berkahwin ke pusat jagaan berkenaan walaupun sebelum itu berjanji menjaganya.

Bekas atendan hospital itu berkata, sebelum ini dia tinggal bersama anak lelaki yang bekerja sebagai posmen di Gelugor, Georgetown selepas berpisah dengan suami pada 2005.

“Pada mulanya anak perempuan berjanji menjaga saya, namun tidak sampai sebulan, dia menghantar saya ke rumah orang tua bukan Islam. “Malah, dia turut meminta kad mesin juruwang automatik sebelum saya mendapat tahu wang pencen berjumlah RM38,000 habis dikeluarkan,” katanya. Ketika berada di rumah jagaan itu, Azizah terpaksa mengikat perut selama dua bulan kerana tiada selera makan sebelum keadaannya disedari orang ramai yang memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Berikutan itu, JKM kemudian menghantarnya ke Kompleks Darul Hanan dan bermula kehidupannya sebagai penghuni pusat jagaan orang tua.

Selama lima bulan menghuni pusat jagaan itu, dia hanya dilawati anak lelaki, namun anak perempuannya tidak berbuat demikian. “Saya geram mengenangkan perbuatannya terhadap saya, malah langsung tidak menjenguk saya di sini. “Saya masih ingatkan dia tetapi sudah tidak ada hati lagi. Tahun ini mungkin kali pertama beraya di rumah orang tua bersama rakan senasib,” katanya. Namun, katanya, dia masih berharap anak perempuannya akan datang menjenguk selain menunggu kunjungan anak lelakinya yang berjanji membelikan rumah untuknya

NI LAH SUKA DUKA JADI KAYA....AKHIRAT PULAK LAMA DIHISAB....

Bekas Adun disamun



2010/08/27

SEREMBAN: Seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), menempuh saat mengerikan apabila bukan saja disamun, malah turut ‘diculik’ penjenayah yang melarikan wang tunai dan kenderaan pacuan empat roda miliknya dalam satu kejadian di sekitar bandar ini, pagi semalam.
Difahamkan, dalam kejadian pada jam 7.30 pagi itu, mangsa berusia 50-an yang memandu kereta Nissan X-Trail dalam perjalanan pulang ke rumahnya sejurus selesai menghantar anaknya di sebuah sekolah di Ampangan, di sini.
Mangsa yang menetap di Taman Seremban Jaya dihampiri tiga lelaki tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta Proton Saga yang bertindak menghalang kenderaan mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang, berkata kereta mangsa ditahan kumpulan penjenayah dipercayai berusia 30-an di sekitar Dusun Nyior, Rahang, di sini

AWAS WAHAI SURI RAMAHTANGGA DAN KAUM BAPA YANG MEMBELI IKAN

Kesan pengawet mayat

Oleh Siti Nadirah Hafidzin

2010/08/27

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) memperluaskan penyelidikannya dalam bidang Bioteknologi dengan menghasilkan alat ‘Biosenser Elektrod Enzim’ yang bertindak bagi mengesan penggunaan formaldehid iaitu bahan awet mayat yang terdapat pada ikan dan makanan laut.
Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM, Prof Madya Dr Fatimah Abu Bakar berkata, penggunaan bahan kimia terlarang yang digunakan secara berleluasa oleh hampir keseluruhan pasar raya di Malaysia untuk menyegarkan makanan laut mengundang kesan negatif terutama pada aspek kesihatan.
Menurutnya, perkara itu menjadi lebih serius apabila tiada keseragaman aspek kajian dan pengawasan kerana memerlukan kepakaran bagi mengesan penggunaan formaldehid dalam makanan laut.

Beliau berkata, menurut The National Occupational Safety and Health (NIOSH), formaldehid adalah karsinogen yang bertindak sebagai mutegan yang mampu menyerang dan memusnahkan bahan genetik yang terdapat pada sel badan manusia selain menyumbang kepada risiko barah paru-paru dan otak.

Katanya, teknologi biosenser yang dihasilkan UPM adalah alat bagi mengesan bahan kimia pada makanan laut dengan penggunaan mudah iaitu dengan meletakkan sampel yang dicurigai mengandungi bahan formaldehid ke dalam alat biosenser dan hanya 10 minit nilai keputusan akan diperoleh.

Katanya, kebiasaannya makanan laut yang bebas daripada kandungan formaldehid akan menghasilkan nilai bacaan tiga ke bawah dan bacaan pada nilai lima ke atas adalah nilai yang tidak dibenarkan dan bakal mendatangkan bahaya.

“Alat pengesan ini nyata mempunyai pelbagai kelebihan di mana penggunaan yang mudah dan pantas, tepat, sensitif iaitu dapat mengesan nilai 0.1 hingga 20 di mana tidak terdapat pada mana-mana alat pengesan lain,” katanya ketika Sidang Media Alat Bagi Mengesan Bahan Awet Pada Makanan Laut, di UPM, di sini, semalam.

Tambah beliau, UPM mensasarkan penggunaan alat ini dikalangan agensi pengawasan dan pemantauan, pemborong dan peruncit ikan selain Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertanian dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia untuk memiliki alat biosenser.

Thursday, August 26, 2010

DARI FB...LIHAT REMAJA SEKARANG...TAK HERAN BUANG ANAK...ZINA KERAP BERLAKU...HUKUM...MANA HUKUM ALLAH

Abdullah Dari Jeram Pasu's Photos - Wall Photos

Jauhilah jalan-jalan menuju dan mendekatkan kepada ZINA.
Kasih dan sayang sebelom ijab dan kabu(sebelom kahwin atau nikah la tu maksud dia) biarlah berpada-pada.
Allah berfirman maksudnya:
Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman. (QS. 24:2)
Added July 18 · · ·
  • 41 people like this.
  • 50 of 84
    • Abd Aziz Md Zin tu lah zaman teknologi canggih, segalah perttimbangan x dlakukan mengikut kehendakNYA. punah ranah bangsa kito..
      July 19 at 7:40am · · 2 peopleLoading... ·
    • Mridontknow Idks kepada pemimpin kerajaan barisan nasional@umno: jangan hanya pentingkan kebajikan guru, polis, nurse dan tentera....kebajikan kakitangan sokongan seperti pembantu tadbir, juruteknik, pemandu, operator loji juga perlu di jaga,,,,, jangan sampai kakitangan sokongan patah hati untuk mengundi bn pada pilihan raya akan datang,,,,,(yang ikhlas, kakitangan sokongan sarawak)
      July 19 at 9:09am · ·
    • Ahmad Muhammad ni semua kerajaan umno -bn pandang sebelah mata je
      July 19 at 9:52am · ·
    • Nor Faizun dah lama tak pergi jeram pasu..
      July 19 at 9:53am · ·
    • Az Kcr jgn salah kan umno pula.....
      July 19 at 10:16am · · 1 personLoading... ·
    • Haris Noor Kan Kelantan "KERAJAAN ISLAM"????Nik Aziz kena buat sesuatu...tak cukup dgn cakap nak ikut quran dan hadith saja...pengisiannya kena buat..
      July 19 at 11:07am · · 1 personLoading... ·
    • Rohani Sulong maksiat tidak mengenal mana2 parti...selagi diri dikawal nafsu...selagi kita bernama manusia....ujian tetap dtg...kalau diri tiada pengisian agama begini lh jd nya...tp jgn lupa maksiat tdk mengenal samada org itu jahil atau ahli agama.....
      July 19 at 11:20am · · 2 peopleLoading... ·
    • Hafizul Hafiz Hafiz yg bdosa tu la yg kta suka.....mgkn klmhan iman dlm diri.....ssunggungnye hamba insan lemah...lemah utk bkata2 dr mngur prbuatan keji.....ampunilah aku ya..alllah.....amin...
      July 19 at 11:24am · · 1 personLoading... ·
    • Haris Noor Ingatan kepada semua..JANGAN TINGGAL SEMBAHYANG...inilah masalah remaja sekarang...tak sembahyang...
      July 19 at 11:39am · · 1 personLoading... ·
    • Ahmad Muhammad solat first, ibu bapa berperanan mendidik anak2 seperti yg Islam sarankan. rujuk surah tahrim ayat 6
      July 19 at 11:44am · · 2 peopleLoading... ·
    • Ahmad Muhammad kemudian pemimpin masyarakat dengan mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran. kemudian pemimpin negara dengan mengajak kepada kebaikan berlandaskan Islam. tapi... ada ke kerajaan buat mcm tu.
      July 19 at 11:45am · · 1 personLoading... ·
    • Ahmad Muhammad
      saya banyak berjumpa dengan kaunselor2 di sekolah yang mengadu banyak masalah sosial. bila ditanya. jawapannya mereka jawab kami ni baru tanam benih kebaikan sikit, balik di sembur setong racun. banyak racun yg merosakkan remaja hasil dari ...media dan pengaruh internet.
      so kerajaan patut kawal media cetak, elektronik, dan internet.
      See More
      July 19 at 11:48am · · 1 personLoading... ·
    • Ahmad Muhammad contoh iklan yang baik dan sepatutnya kerajaan umno-bn ikut
      http://www.youtube.com/watch?v=2eTweNEeF1A
      July 19 at 11:50am · · 2 peopleLoading... ·
    • Haris Noor Ha ha ha....semuanya salah kerajaan...yang buruk salahkan kerajan...yang elok tak cakap pun...dah jadi budaya rakyat Malaysia...semua harapkan kerajaan...jamban rumah dia pun harap kerajaan buat....ha ha ha..
      July 19 at 12:22pm · ·
    • Hafizul Hafiz Hafiz huhuhu...kerajaan kerajaan.....bpijak la dbumi yg nyata...
      July 19 at 12:53pm · ·
    • Intan Amira nauzubillah hi min zalik..mntk2 la d jauhi....
      July 19 at 1:44pm · ·
    • Ideologi Muda Nicholas Chuah kenapa nak salahkkan pihak kerajaan dan pembangkang...bukankah gejala sosial ni semua bertanggungjawab...Islam nak kita tegur satu sama lain...sbb kita ni insan(pelupa),kita harus sedar tetang kita cakap...walaupun kita ckp remeh,mungkin dosa itu besar atas nama fitnah atau mengumpat...sebagai org islam harus tegur antara satu sama lain...bukan nak tunjuk jari sesetengah pihak...
      July 19 at 2:14pm · · 1 personLoading... ·
    • Ahmad Muhammad sebab racun lebih banyak di sembur berbanding benih kebaikan. dan media siapa yang kontrol. kenapa tak batalkan lesen yang tayang filem dan cerita yg banyak mempengaruhi pemikkiran negatif
      July 19 at 2:19pm · · 2 peopleLoading... ·
    • Hafizul Hafiz Hafiz klu asyik nk tunding jari jer.......ntah nila la nak berubah.....pikir2 kn la
      July 19 at 2:22pm · ·
    • Abdullah Dari Jeram Pasu dengan harapan semoga kita ambillah pengajaran dan teladan......mari kita didik keluarga kita dari awl.....dengan harapan daripada keluarga yg memberi didikan agama yg terbaik akan menghasilkan masyarakat yg berakhlak......disamping tu untuk mendidik masyarakt itu perlu juga kerjasama daripada pelbagai pihak tak kira lah daripada kerajaan...pemerintah....individu dan umumnya semua muslim dan muslimah.
      July 19 at 4:09pm · · 1 personLoading... ·
    • Haris Noor AM..negara Malaysia negara majmuk..ada berbilang bangsa, agama, budaya...orang Islam ada separuh sahaja...kerajaan kena adil untuk semua...kena ada pertimbangan...tang media ni kita sendiri lah kena kontrol...kalau buka internet jangan buka yang ada gambar pelik pelik...kalau tengok TV gambar yang tak sesuai...tutup je lah...Semuanya atas diri kita sendiri...zaman IT ni payah nak kawal...dia datang direct masuk dalam poket kita...kitalah kena tapis...harap AM boleh faham maksud saya...kesimpulannya IMAN kena kuat...
      July 20 at 11:12am · · 1 personLoading... ·
    • Hafizul Hafiz Hafiz tul tu......wa sokong dr blakang tabir......hahahahha.......
      July 20 at 2:05pm · · 1 personLoading... ·
    • Abdullah Dari Jeram Pasu
      Melihat bahwa bahaya yang ditimbulkan oleh zina
      merupakan bahaya yang tergolong besar,
      disamping juga bertentangan dengan aturan
      universal yang diberlakukan untuk menjaga
      kejelasan nasab ( keturunan ), menjaga kesucian
      ...dan kehormatan diri, juga mewaspadai hal hal
      yang menimbulkan permusuhan serta perasaan
      benci diantara manusia, disebabkan pengrusakan
      terhadap kehormatan istri, putri, saudara
      perempuan dan ibu mereka, yang ini semua jelas
      akan merusak tata kehidupan.
      See More
      July 21 at 4:24am · ·
    • Abdullah Dari Jeram Pasu Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :
      “Dan janganlah kamu mendekati zina,
      sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan
      yang keji ( fahisyah ) dan suatu jalan yang
      buruk.” ( QS. Al Isra’, 32 ).
      July 21 at 4:27am · ·
    • Alida Abdullah عليدا عبدالله NAUZUBILLAH.............
      July 21 at 7:19am · ·
    • Abdullah Dari Jeram Pasu keterangan dalam sebuah hadith bahawa apabila sesaorang hamba melakukan kemaksiatan maka lahirlah dihatinya satu tanda hitam. Sekiranya dia bertaubat dengan sebenar-benar taubat maka tanda hitam itu akan lenyap, jika tidak tanda itu akan terus kekal. Apabila dia melakukan lagi dosa yang kedua maka lahirlah tanda yang kedua dan demikianlah seterusnya sehingga hati menjadi hitam dan berkarat. Kemudian keadaan hati itu akan berubah sama sekali sehingga perkataan yang benar tidak lagi akan memberi kesan kepada hatinya.
      July 23 at 6:43pm · · 2 peopleLoading... ·
    • Nasaruddin Hassan
      NAUZUBILLAH...
      apa nak jadi dengan bangsa kita sekarang ini. bermula dari inilah maka lahirlah bayi bayi yang tidak berdosa. dan kemudian dibuang bagaikan sampah. malah lebih hina dari sampah. ada kita sudah kembali ke zaman jahilliah. atau ...lebih teruk dari itu. dan ingatlah wahai anak adam. setiap apa yang kamu lakukan di muka bumi ini akan mendapat perbalasannya di akhirat nanti.....See More
      Tuesday at 10:53pm · ·
    • Abdullah Dari Jeram Pasu tanda-tanda akhir zaman ~ Bila Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
      52 minutes ago · · 1 personLoading... ·
    • Cheng Ho Ini punca penyakit buang bayi.
      42 minutes ago · · 1 personLoading... ·
    • -Abdul Kadir- AstAGfirullah. . . . . . . .
      30 minutes ago · ·
    • Rozie Zalie yang penting benteng keimanan dn didikan agama yg cukup...klu x tahan sgt nikah je..jgn letak hantaran tinggi2 sgt..bile x mampu camni le jadinya
      27 minutes ago · ·
    • Mohammad Jamaluddin Mohd Tamam Moga dijauhkan dari keturunanku~ameen..
      25 minutes ago · ·
    • Norzulita Baharuddin Nauzubillahi min dzaliq....
      24 minutes ago · ·
    • Mohamad Azam
      undang2 kasi mau keras sikit bab2 syariah ni.. hudud & qisas is a solution.. suruh kerajaan islam yg memerintah malaysia skrg ni laksanakan.. dh bg masa 47 thun memerintah, buleh dah kalau nk buat.. mmg negara kita takde banjir besar, gunun...g berapi, etc.. tapi bala Allah SWT dtg dlm bntuk gejala sosial yg membimbangkan, buang anak mcm buang lampin pakai buang jer, murtad yg berleluasa.. org islam sepatutnya dh bersatu (tak kira melayu,cina,india etc).. dah masanya kena paksa kerajaan kuatkuasakan hudud & qisas, or kalau diorg tak nak boleh dah next election ganti dgn parti yg sanggup nak jalankan hudud & qisas ni.. ni tanggungjawa semua org islam, muslim & muslimah.. non-muslim pn akan dpt manfaat nnti.. dah fardhu-ain utk kita semua..See More
      23 minutes ago · ·
    • Nor Azimah Jusoh Jgn lah kta asyk mnuding jari pd phak2 t'tentu..sbg khlifah d muka bumi ada prnan msg2..sbg org Islam yg mlfaz syahadah,sgala2 b'mula dr dlm diri indvdu itu sndri..iaitu HATI..hati yg bersih n suci akan melahirkan ketaqwaan n keimanan yg kuat..hndarilah dri kta dr maksiat n t'pengaruh dgn anasir yg merugikan..insyaAllah,kta akn sntiasa dilindungi...
      22 minutes ago · ·
    • James David haha.. Membanggakan negara malaysia.. Bagus
      22 minutes ago · ·
    • Abdullah Dari Jeram Pasu
      Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahu...i bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah agama dan ummat islam . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .See More
      21 minutes ago · ·
    • Ahmad Azri Ku Othman nauzubillahi min zalik..
      20 minutes ago · ·
    • James David buat la lagi banyak.. Amat membanggakan
      19 minutes ago · ·
    • Kang Nasir tksh perkongsian.

      pandangan saya selanjutnya.
      http://www.facebook.com/notes/kang-nasir/lelucky/423006006027
      16 minutes ago · ·
    • Mohamad Azam kena paksa & control dgn undang2 yg keras.. cara tu kompem berkesan.. jgn risau, if kita tak buat kompem tak kena hukum kan.. NAJ : betu but itu bkn cara yg sesuai, disagree.. motivasi (kurang relevan dgn situasi skrg ni)..
      15 minutes ago · · 1 personLoading... ·
    • Rozie Zalie bukan org tempatan je pendatang asing pon ramai yg buang bayi ape..mcm mane nak settle, ape kate dicadangkan satu tabung khas utk bayi2 tinggal...coz bile lelaki buat pmpuan yg tanggung padahnya..ni tidak adil
      14 minutes ago · ·
    • James David semua bodoh
      12 minutes ago · ·
    • Fendi Isa BILA HUKUM ALLAH DIPERSENDA....MUFTI2 DIAM SERIBU BAHASA...MCM BUAT BODOH...AJE
      11 minutes ago · ·
    • Mohamad Azam harap kerajaan skrg jgn asyik berpolitik jer.. TOLONGLAH..!!.. buat kerja anda.. best solution dah 100% ada kt depan mata.. laksanakan..
      10 minutes ago · ·
    • Nzrin Rde “Di ambang kiamat nanti, akan zahir zina, riba dan juga arak”. Zina, arak dan riba adalah 3 unsur kejahatan yang berlaku kerana sifat jahil. Tidak semestinya bermaksud mereka jahil tentang hukum haramnya, kerana ramai yang tahu akan keharamannya namun masih tetap melakukannya. Sifat jahil tersebut dapat dimaksudkan sebagai jahil terhadap Allah SWT kerana jauhnya diri mereka daripada-Nya serta kerasnya hati mereka, hinggakan tanpa rasa takut melakukan apa yang dilarang oleh Allah SWT dan meninggalkan apa yang disuruh oleh-Nya.
      8 minutes ago · · 1 personLoading... ·
    • Fendi Isa BILA ULAMAK ROSAK MAKA UMAT PUN ROSAK...LAH NI BANYAK ULMAK UPAHAN...DAPAT DUIT MULUT KATUP@TERTUTUP
      6 minutes ago · ·
    • Mohamad Azam jgn sampai rakyat ambil tindakan sendiri wahai kerajaan.. sesungguhnya kitorg dh benar2 muak, mual, benci, meluat dgn isu sosial yg memalukan, merosakkan agama ISLAM, bangsa & negara MALAYSIA.. sekali lg TOLONGLAH.. kerajaan.. rakyat MALAYSIA ni toleransinya tinggi..
      5 minutes ago · ·
    • Abe Loh Mat Bq kalu kena tangkap...?? hukuman longgar...
      2 minutes ago · ·
    • Fendi Isa DILARANG DAH...DICONTOH OLEH RASULLULLAH SAW...JGN DEKATI DAN TOLAK TIGA PERKARA...WANITA...HARTA...TAHTA@KUASA...MAKA BILA DI AMIK SALAH SATU DAKWAH TERHENTI SSB DAH KENYANG
      about a minute ago · ·