Saturday, August 4, 2012

BERSYUKURLAH KERANA ADA LEBIH DAIF DARIPADA KITA...BIAR MISKIN ASALKAN TIDAK KAYA DENGAN CARA MENIPU....RASUAH..BELASAH HAK RAKYAT DLL...

Teruja sambut Ramadan pertama sebagai saudara Islam
Wartawan Sinar Harian
4 Ogos 2012
Teruja sambut Ramadan pertama sebagai saudara Islam
Nordin membaca terjemahan al-Quran.
teruja sambut Ramadan pertama sebagai saudara Islam
Nordin bersama-sama penduduk kampung dan keluarga angkatnya yang banyak memberi dorongan kepadanya.
SIMPANG EMPAT - Teruja, itulah ungkapan bagi menggambarkan perasaan saudara baru apabila menunaikan ibadah berpuasa buat pertama kali sepanjang hidupnya.

Nordin Ch’ng Abdullah, 43, insan bertuah setelah pintu hatinya terbuka untuk memeluk Islam ketika umurnya genap 43 tahun 27 April lalu.

Cabaran berpuasa

Pengalaman hari pertama menjalani ibadah berpuasa seperti umat Islam yang lain meninggalkan kenangan indah kepadanya walaupun sedikit mencabar untuknya sebagai saudara baru.

Menurutnya, hari yang mencabar pada dirinya kerana terpaksa menahan lapar dan dahaga, namun rasa itu diketepikan bagi menjadi hambaNya yang dirahmati.

“Mulanya pada hari pertama berpuasa, memang saya tidak dapat menahan rasa lapar dan dahaga, tetapi gagahkan juga sehingga waktu berbuka. Bagi saya inilah cabaran yang perlu saya tempuhi sebagai seorang Islam.

“Saya sendiri yang memilih untuk memeluk Islam dan sudah bersedia untuk meneruskannya sehingga ke nafas yang terakhir. Bulan puasa juga merupakan bulan mulia, di mana kita berlumba-lumba mengerjakan amal ibadat,” katanya kepada Sinar Harian.

Nordin berkata, permulaan menjalani ibadah berpuasa dia diduga apabila kesihatannya terganggu sehingga terpaksa mendapatkan rawatan doktor dan dinasihatkan untuk tidak berpuasa bagi membolehkan dia mengambil ubat.

Namun, setelah sihat Nordin kembali berpuasa sehingga ke hari ini. Walaupun permulaannya sukar, kini Nordin mampu menunaikan rukun Islam itu tanpa rasa lapar dan dahaga.

Jelasnya, dia akan ke rumah keluarga angkatnya di Kuala Perlis untuk berbuka bersama.

“Setiap petang dalam jam 7 saya akan ke rumah keluarga angkat untuk berbuka. Setelah berbuka, saya akan solat bersama-sama sebelum pulang ke rumah.

“Kebiasaannya waktu sahur, saya akan minum milo secawan dan oat. Kalau tidak makan nanti takut lapar pula semasa berpuasa,” katanya.

Persediaan raya

Apabila ditanya mengenai persediaan untuk menyambut ketibaan Syawal ini, Nordin teruja untuk menyambutnya sebagai seorang Islam walaupun dia tidak dapat menyambutnya bersama insan tersayang iaitu abang angkat yang dianggap seperti abang kandungannya sendiri, Nordin Desa yang meninggal dunia tahun lalu.

Katanya, tahun ini Nordin akan beraya bersama keluarga angkat.

Menyingkap perkenalan bersama abang angkatnya sejak 20 tahun lalu di Pulau Pinang, ketika itu dia baru berumur 23 tahun dan abang angkatnya berjumpa keluarganya untuk memohon kebenaran membawanya ke Perlis.

Nordin ketika itu dikenali sebagai Ch’ng Joo Heng dibawa abang angkatnya untuk tinggal di negeri ini dan bekerja bersama-sama.

Nordin berkata, abang angkatnya banyak membantu dan menjaganya seperti darah daging sendiri walaupun ketika itu mereka berlainan agama dan bangsa.

“Tuhan lebih menyayanginya, dia pergi dulu meninggalkan saya.Ketika itu pintu hati saya terbuka untuk memeluk Islam dan mengambil nama abang angkat sebagai nama saya tanda kasih dan sayang saya terhadapnya.

“Alhamdulillah, walaupun arwah abang sudah tiada, kini saya menumpang kasih adiknya iaitu Hamidah Desa dan keluarga yang kini mengambil alih menjaga saya,” katanya.

Selain itu, Nordin juga menyuarakan hasrat hati untuk menamatkan zaman bujangnya, namun masih belum bertemu jodoh.

“Paras rupa tidak penting bagi saya, janji dia boleh menjadi isteri yang solehah dan menerima keluarga saya di sini dan di Pulau Pinang.

“Kalau boleh saya ingin mencari wanita yang susah, setidak-tidaknya saya dapat membantu meringankan beban mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Tindakan guru, selamatkan murid jadi mangsa tebuan
Wartawan Sinar Harian
4 Ogos 2012
Guru berjaya selamatkan murid jadi mangsa tebuan
Anggota JPAM memasang peralatan untuk memusnahkan sarang tebuan.
SIMPANG EMPAT - Tindakan seorang guru melaporkan sarang tebuan yang berada di dalam syiling pada salah sebuah bangunan sekolah berjaya menyelamatkan nyawa hampir 500 pelajar Sekolah Kebangsaan Kangkong, di sini semalam.

Guru, Yusof Ibrahim, berkata, dia menyedari kewujudan sarang itu apabila serangga itu terbang berkeliaran memasuki bilik darjah setiap pagi ketika sesi pembelajaran.

“Saya dan beberapa orang guru cuba mencari dari mana tebuan itu datang setelah puas mencari kami perasan tebuan telah membuat sarang pada bahagian atas syling pada bangunan kelas pelajaran pemulihan.

"Saya cuba hampiri sarang tersebut tetapi serangga berkenaan bertindak balas untuk menyerang kami,” katanya.

Menurut, Yusof ini adalah kejadian kedua di sekolahnya sebelum ini sarang tebuan dimusnahkan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

Sementara itu, Guru Pembantu Kor-kurikulum Sekolah, Nor Rizah Asmarani berkata, pihak sekolah amat menitik beratkan keselamatan pelajar serta kakitangan sekolah.

"Apabila kami mendapat tahu ada sarang tebuan pada syling banguan sekolah kami terus menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk membantu memusnahkan sarang tebuan tersebut. Ini adalah tanggungjawab kami sebagai guru memastikan pelajar selamat ketika berada di sekolah ini memandangkan jumlah pelajar 409 yang agak ramai,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi JPAM Daerah Kota Setar, Mohd Shukri Shuib berkata pihaknya mengambil masa kira-kira satu jam untuk memusnahkan sarang tebuan tersebut memandangkan sarang tebuan itu agak tersembunyi di bahagian atas syling.
Sering diejek manusia pelik
Wartawan Sinar Harian
4 Ogos 2012
Sering diejek manusia pelik
Ramasamy (kiri) melihat keadaan Darshini.
KUALA KETIL - Ejekan rakan-rakan langsung tidak melemahkan semangat kanak-kanak ini untuk menjadi seseorang yang berjaya walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah.

S Darshini, 8, dari Padang Malakof, Kuala Ketil seorang pesakit albino yang tabah meneruskan kehidupannya walaupun sering menjadi mangsa ejekan rakan sebaya.

Wajah dan tubuh badannya yang putih sering menjadi perhatian rakan-rakan, mahupun kanak-kanak nakal.

Anak kedua dari empat adik beradik ini mempunyai semangat kental, di samping mendapat perhatian dan penjagaan yang baik dari datuknya, N Subramaniam, 66.

Darshini berkata, dia tidak malu dengan dirinya malah akan membuktikan kepada kepada keluarganya yang dia mampu berjaya.

“Saya memang serik diejek. Ada rakan-rakan yang mengatakan saya manusia pelik. Tapi, saya tidak endahkannya.

“Saya tahu, lama kelamaan mereka akan berhenti mengejek saya,” katanya.
Darshini yang gemar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik itu bercita-cita ingin menjadi doktor seterusnya dapat membantu mereka yang berhadapan nasib sama sepertinya.

"Sejak ibu dan bapanya bercerai beberapa tahun lalu, datuk adalah segalanya. Saya tidak mahu berjauhan dengan datuk,” katanya.

Ketua Pemuda MIC Baling, M A Ramasamy berkata, pihaknya akan membantu mendapatkan bantuan perubatan untuk Darshini.

“Kita akan cuba sebaik mungkin termasuk soal pembelajarannya,” katanya semasa melawat keadaan Darshini baru-baru ini.

Albino merupakan penyakit keturunan yang berpunca daripada kekurangan pigmen melanin yang terdapat dalam tubuh badan manusia.

Penyakit ini tidak dapat disembuhkan tetapi usaha untuk meningkatkan kualiti hidup antaranya memperbaiki daya penglihatan dan kerosakan kulit dapat dilakukan.

Setakat ini, Afrika Timur negara yang memiliki penderita albino terbanyak di dunia, iaitu  sekitar 200.000 orang.
Rumah mewah milik siapa?
Wartawan Sinar Harian
4 Ogos 2012
Rumah mewah milik siapa?
Sau Ping menunjukkan rumah mewah yang didakwa dimiliki bekas kakitangan Pejabat Menteri Besar Pulau Pinang.
SUNGAI PETANI - “Saya hanya beri masa satu minggu kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk tampil beri penjelasan berhubung isu pemilikan rumah mewah oleh bekas kakitangannya.

“Jika masih enggan tampil, Kita sedia mendedahkan individu yang dimaksudkan," tegas Bendahari Pemuda Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, H’ng Sau Ping berhubung pemilikan rumah mewah bekas kakitangan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang bernilai RM1.8 juta.

Menurutnya, tambah menghairankan, kedudukan rumah mewah beralamat di Jalan Chemor, Georgetown itu difahamkan berada berdekatan antara satu sama lain dengan rumah Guan Eng.

“Kita mahukan Guan Eng beri penjelasan bagaimana seorang bekas kakitangan pejabatnya boleh memiliki rumah semewah itu,” katanya.

Sau Ping berkata, sekiranya rumah berkenaan disewa sekalipun ia masih berada pada kadar bayaran yang tinggi melebihi RM3,500 sebulan.

“Dengan gaji seorang kakitangan pejabat Ketua Menteri, adakah ia mampu memiliki rumah berkenaan.

“Kita mahukan penjelasan daripada Guan Eng tentang perkara ini yang berkemungkinan ada hubungan ‘istimewa’ dengan individu yang dimaksudkan,” katanya.

Katanya, maklumat berkenaan diperoleh daripada pemimpin kanan PKR beberapa hari lalu.

Menurutnya, identiti bekas kakitangan itu perlu dirahsiakan terlebih dahulu dan akan membuat pengumuman sekiranya dirasakan sesuai.

Namun, dakwanya, individu berkenaan masih lagi berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sau Ping berkata, dia memberi masa seminggu kepada Guan Eng untuk tampil beri penjelasan berhubung isu berkenaan dan tidak teragak-agak mengumumkan identiti bekas kakitangan itu sekiranya gagal berbuat demikian.
Patah tangan dibelasah ah long
ROSDALILAH ZAHARI
4 Ogos 2012
Patah tangan dibelasah ah long
Cheng yang terlantar di HRPB selepas dibelasah ah long.
IPOH - Seorang penanam sayur patah pergelangan tangan kiri selepas diserang sekumpulan lima lelaki dipercayai ah long dalam satu kejadian di hadapan rumahnya di Taman Pasir Putih, malam kelmarin.
Mangsa yang dikenali sebagai Cheng, 48, berkata, dalam kejadian jam 9.45 malam itu, dia berada di luar rumah kerana menyelesaikan urusan bersama rakan, sebelum dihubungi anak saudaranya.
Menurutnya, dalam nada cemas, anak saudaranya itu menyurih dia segera pulang kerana terdapat sekumpulan lelaki berada di hadapan rumah.
"Anak saudara saya turut memaklumkan kumpulan lelaki itu tidak teragak-agak untuk mencederakan anak saudara lelaki saya dan seorang remaja perempuan, jika saya tidak pulang dengan segera.
"Setiba di rumah, baru saya sedari mereka merupakan ah long yang meminta saya melunaskan hutang yang dipinjam kira-kira dua tahun lalu dan mereka terus menangkap serta membelasah saya tanpa sebarang amaran," katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam.
Menurut Cheng, dia diheret masuk ke dalam rumah sebelum dipukul lagi sehingga lebih 10 minit menggunakan rotan dan besi pengunci kereta sungguhpun telah merayu belas kasihan.
"Saya meraung kesakitan apabila besi pengunci kereta itu dipukul sekuat hati oleh seorang daripada kumpulan lelaki terbabit ke tangan kiri saya. Saya dipukul bertalu-talu hingga pengsan dan ahli keluarga serta jiran berhampiran hanya mampu melihat.
"Mereka tidak dapat membantu kerana takut turut dicederakan. Saya bangun pagi ini dengan menyedari saya telah berada di atas katil hospital dan diberitahu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pasir Puteh," katanya.
Cheng memaklumkan, dia ada meminjam wang daripada ah long sebanyak RM10,000 untuk membesarkan perniagaan memborong pelbagai jenis sayuran dan hasil perniagaan digunakan untuk membayar hutan dengan kadar RM2,500 seminggu.
Katanya, dia berjaya menyelesaikan hutang berkenaan dalam tempoh empat minggu, namun memberanikan diri untuk meminjam kali kedua dari kumpulan sama sebanyak RM5,000.
"Malangnya, saya mula berdepan dengan masalah perniagaan sejak awal tahun ini dan gagal menjelaskan hutang berkenaan yang naik mendadak apabila ditambah kadar bunga," katanya.
Beikutan pengalaman ini, Cheng menasihatkan orang ramai agar jangan meminjam dengan ah long kerana mereka akan bertindak di luar kawal jika gagal membayar hutang.
Pecah amanah RM11.1 juta
ROSDALILAH ZAHARI
4 Ogos 2012
Pecah amanah RM11.1 juta
Boon Huat (kanan) bersama anaknya, Kang Wei keluar daripada Mahkamah Sesyen selepas mengaku tidak bersalah dalam kes pecah amanah yang berlaku kira-kira tiga tahun lalu.
IPOH - Pengarah syarikat pembalakan dan perkayuan terkemuka Perak Industrial Corporation Sdn Bhd bersama anak lelakinya dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan pecah amanah ke atas wang syarikat berjumlah RM11,110,678.20 (RM11.1 juta) di Sungai Siput tiga tahun lalu.
Tertuduh, Tan Boon Huat, 59, dan Tan Kang Wei, 33, dari Sungai Siput mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.
Mengikut pertuduhan, Boon Huat yang juga pengarah serta pemegang saham utama syarikat berkenaan, diamanahkan dengan penguasaan harta tertentu iaitu wang berjumlah RM11,110,678.20, telah melakukan pecah amanah.
Manakala, Kang Wei dituduh bersubahat atas kesalahan dan jumlah wang yang sama.
Mereka berdua dituduh melakukan perbuatan itu di Perak Industrial Corporation Sdn Bhd, Sungai Siput antara 22 September hingga 22 Disember 2009.
Boon Huat didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan manakala, Kang Wei yang bersubahat dengan bapanya itu didakwa melakukan kesalahan di bawah seksyen sama, dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama.
Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan penjara tidak kurang dua tahun atau tidak melebihi dua puluh tahun dan dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda.
Timbalan Pendakwa, Raya Syed Faisal Syed Amir memohon wang jaminan RM1 juta bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin memandangkan kes ini melibatkan jumlah wang yang besar.
Bagaimanapun, peguam yang mewakili kedua-dua tertuduh, Datuk Jerald Gomez memohon agar wang jaminan dikurangkan antara RM25,000 ke RM50,000.
Menurutnya, merujuk kes membabitkan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Darby Berhad, Datuk Seri Ahmad Zubair Murshid yang dituduh di atas pertuduhan pecah amanah membabitkan kerugian lebih RM100 juta dalam projek pembangunan tanah adat di Sarawak, Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh membenarkan tertuduh diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin.
Selepas meneliti dan mempertimbangkan hujah kedua-dua pihak Madihah menetapkan wang jaminan RM800,000 bagi setiap tertuduh masing-masing dengan seorang penjamin dan dokumen perjalanan mereka disimpan di mahkamah dan hanya akan diserahkan jika perlu.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 27 September 2012.
Ahli perniagaan diculik
ROSDALILAH ZAHARI
3 Ogos 2012
Ahli perniagaan diculik
Kereta Waja yang digunakan suspek dalam kegiatan penyamaran sebagai anggota polis.
IPOH - Cubaan tiga lelaki menyamar sebagai anggota polis untuk menculik seorang ahli perniagaan di Kilometer 120 Jalan Persekutuan Tanjung Malim-Behrang, gagal apabila mereka dicekup dalam satu sekatan jalan raya di Kilometer 10, Slim River, dekat sini, pagi kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata ketiga-tiga lelaki itu didapati memakai vest polis dan menaiki kereta jenis Proton Waja yang menyerupai kenderaan pelbagai guna (MPV) polis.
Menurutnya, kereta berkenaan juga lengkap dengan pelekat lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada kedua-dua pintu hadapan kereta.
"Kejadian berlaku pada jam 11.30 pagi dan mangsa yang berusia 53 tahun sedang dalam perjalanan ke Ipoh sebelum ditahan tiga suspek terbabit di hadapan bangunan Majlis Perbandaran Tanjung Malim (MPTM)," katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Menurut Mohd Dzuraidi, semasa kejadian, dua daripada suspek terbabit telah mengarahkan mangsa untuk menunjukkan kad pengenalannya dengan alasan untuk pemeriksaan.
Katanya, menyedari mangsa mula merasa curiga dengan perbuatan mereka, suspek segera menarik mangsa keluar dari kereta jenis Honda CR-Z yang dipandunya.
"Selepas ditarik keluar dari kereta, mangsa telah digari dan dilarikan menaiki kereta Proton Waja berkenaan menuju ke arah utara.
"Setelah melarikan mangsa sejauh 10 kilometer, ketiga-tiga suspek panik apabila melihat sekatan jalan raya di hadapan laluan mereka," katanya.
Katanya, suspek memberhentikan kenderaan dan meninggalkan mangsa yang masih dalam keadaan bergari lalu cuba melarikan diri ke arah hutan berhampiran.
"Cubaan suspek melarikan diri gagal dan polis berjaya menahan mereka. Hasil siasatan awal mendapati dua daripada suspek berusia 21 dan 25 tahun, bertugas sebagai anggota polis sukarelawan (PVR) di sebuah syarikat di Shah Alam, Selangor.
"Seorang lagi suspek yang berusia 25 tahun merupakan seorang pemandu teksi dan setakat ini, semua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.
Beliau menambah, kereta Proton Waja yang digunakan oleh suspek dalam kejadian berkenaan dipercayai sebuah kereta curi yang hilang di Seremban pada 20 Julai lalu.
"Ketiga-tiga suspek ditahan reman empat hari bermula hari ini (semalam) sehingga 5 Ogos untuk membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik," tambahnya.
Kereta dipandu terbalik
Wartawan Sinar Harian
4 Ogos 2012
Kereta dipandu terbalik
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah kereta.
PONTIAN - Berpantang maut sebelum ajal.   Itulah yang  dihadapi kepada dua beranak yang terlibat dalam kemalangan jalan raya, berhampiran dengan Sekolah Agama Api-Api, di sini, semalam.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 petang setelah kereta yang dipandu mangsa dipercayai gagal dikawal lalu melanggar tiang elektrik sebelum terbabas menyeberang parit dan terbalik.
Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Ayob Kamisan berkata, sebaik tiba di tempat kejadian didapati sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna hitam dalam keadaan terbalik.
Menurutnya, setelah menerima panggilan kira-kira jam 1.20 petang semalam, sembilan anggota dari Balai Bomba Pontian, Jalan Alsagoff dikejarkan ke tempat kejadian.
“Pasukan Bomba mengambil masa 12 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan khidmat jentolak yang kebetulan melalui jalan terbabit.
“Manakala anak mangsa sudah dikeluarkan terlebih dahulu oleh orang awam di situ. Kedua-dua mangsa hanya mengalami cedera ringan,” katanya.
Sementara itu pihak polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.
Katanya, mangsa kemalangan itu dihantar ke Hospital Pontian untuk menerima rawatan selanjutnya.
Penunggang maut di lokasi kejadian
Wartawan Sinar Harian
4 Ogos 2012
Penunggang maut di lokasi kejadian
Mayat Ruskan , yang maut di Kilometer 14 Jalan Sungai Sayong – Kota Tinggi berhampiran simpang Jalan Inas.
KOTA TINGGI - Seorang pekerja buruh kasar warga Indonesia maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan bas pekerja kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
Kejadian yang berlaku di Kilometer 14 Jalan Sungai Sayong – Kota Tinggi itu menyebabkan mangsa, Ruskan Fadli, 34, yang berasal dari Lamban, Palembang, Indonesia,  mati di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Suprintendan Che Mahazan Che Aik ketika mengesahkan kejadian itu berkata, bas pekerja yang dalam perjalanan dari arah Bandar Tenggara sebelum terbabit dalam kemalangan  dengan motosikal mangsa di lokasi berkenaan.
Menurutnya, mangsa yang terseret sejauh beberapa meter mengalami kecederaan dalaman dan mati di tempat kejadian.
“Pemandu bas berusia 42 tahun yang turut membawa seramai sembilan orang penumpang ketika kejadian itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarga,” katanya.
Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Suami koma, isteri cedera
Wartawan Sinar Harian
4 Ogos 2012
Suami koma, isteri cedera
Anita (kanan) ditemani anak kedua, Mohd Nuramirul dan anak bongsunya, Nuralia Maziah ketika di Hospital Melaka.
ALOR GAJAH - Hasrat sepasang suami isteri untuk mengambil wang bantuan hari raya di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak kesampaian apabila terbabit dalam kemalangan, kelmarin.

Kemalangan berlaku di jalan Alor Gajah - Pengkalan, di sini menyebabkan suami koma.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, Baharudin Rani, 41, dan isteri, Anita Rahim, 36, yang menaiki motosikal roda tiga dari arah pekan Alor Gajah menuju ke JKM, di sini, bertembung sebuah motosikal dinaiki dua remaja dari arah bertentangan.

Remaja berusia 23 tahun bersama rakannya dari arah Pengkalan menuju ke pekan Alor Gajah untuk menghadiri temuduga kerja dikatakan hilang kawalan dan tercampak ke besi pembahagi jalan selepas menyedari motosikal dinaiki pasangan terbabit terjatuh.

Difahamkan, pasangan terbabit yang melalui satu selekoh berhampiran sebuah kuil menyebabkan tempat meletak barang bersebelahan motosikal itu terangkat sebelum terbalik dan dirempuh dengan motosikal dinaiki remaja berkenaan.

Menurut Anita, dia hanya mampu menangis apabila melihat keadaan suaminya itu, sementara dua remaja berkenaan sudah terbaring lemah di tebing jalan.

“Orang awam takut untuk bantu mengangkat suami saya berikutan keadaan suami yang tidak sedarkan diri dan setibanya di hospital keadaan suami semakin lemah dan saya cuba berinteraksi dengannya walaupun tiada sebarang tindak balas,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.

Anita dan suaminya yang berniaga di bazar Ramadan berkata, dia bercadang membeli pakaian raya untuk anak-anaknya, Nurain, 16, Mohd Nuramirul, 14, Nuratikah Syuhadah, 12, Mohd Nuraiman, 7 tahun dan Nuralia Maziah, 3 tahun, selepas mengambil wang berkenaan di JKM.

“Kami bukan orang senang, dengan wang dari JKM dapatlah kami beli sedikit keperluan hari raya, kami ingin melihat anak-anak gembira menyambut Aidilfitri tetapi sekarang yang lebih penting adalah keadaan suami yang sedang bertarung nyawa di hospital," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian.
Isteri mangsa langgar lari syukur terima pelbagai bantuan
Wartawan Sinar Harian
4 Ogos 2012
Isteri mangsa langgar lari syukur terima pelbagai bantuan
Naemah (hadapan, kiri), Haidah (hadapan, tiga, kiri) dan Zaifulbahri (hadapan, empat, kanan) bergambar sempena Program Ziarah Ramadhan PPD Rembau ke kediamannya di Kampung Batu
PEDAS – “Luluh hati akak melihat anak akak berlari ke arah rumah dan menyatakan ayahnya terbabit dalam kemalangan,” luah Siti Haidah Alias, 43, ketika ditemui sempena Program Ziarah Ramadan Pejabat Pelajaran Rembau (PPD) Rembau ke kediamannya di Kampung Batu 1, Pedas, dekat sini, kelmarin.
Menurutnya, walaupun kejadian berkenaan berlaku hampir tiga tahun lalu, namun dia tidak dapat melupakan bagaimana cemas dan pucat muka anaknya ketika itu.
Menurutnya, ketika kejadian, arwah suaminya, Azmi Sahat dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah sekolah berdekatan sebagai pengawal keselamatan sebelum dikatakan terbabit dalam kemalangan langgar lari pada 7 Ogos 2009.
“Suami akak cedera parah sehingga dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur. Bagaimanapun, dua hari selepas kejadian, suami meninggal dunia dan tahun ini merupakan tahun ketiga kami sekeluarga beraya tanpa arwah.
“Malah, akak kini harus berjuang membesarkan empat anak berusia lima hingga 16 tahun yang mana kesemuanya masih bersekolah. Buat masa ini akak bekerja dengan upah RM20 sehari dan ia sekadar cukup bagi  menampung   perbelanjaan  harian,” katanya.
Katanya, walaupun terpaksa berhadapan dengan kesukaran hidup, dia berasa bebannya berkurangan apabila menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal.
“Keluarga sebelah arwah juga banyak membantu sejak ketiadaannya. Malah, akak berasa sangat gembira apabila PPD Rembau bersama Ahli Undangan Negeri Chembong (Adun) Chembong, Zaifulbahri Idris, berkunjung ke rumah dan menyampaikan sumbangan untuk persiapan raya ini,” katanya.
Sementara itu, Pegawai PPD, Datin Naemah Ahmad Dahalan berkata, program yang masuk tahun ketiga perlaksanaannya itu membabitkan sebanyak 40 keluarga daripada 18 sekolah.
“Pada tahun pertama perlaksanaannya, kita hanya memilih sembilan keluarga dan tahun kedua sebanyak 28 keluarga. Bagaimanapun, susulan mendapat reaksi positif daripada banyak pihak, kita berjaya meningkatkan jumlah dana dan tahun ini lebih banyak lagi keluarga dibantu,” katanya.
Hidup di celah rumah ibu, kakak
Wartawan Sinar Harian
4 Ogos 2012
Hidup di celah rumah ibu, kakak
Pondok terletak antara rumah emak dan kakak Nadamurni.
RANTAU PANJANG - Ketika ramai tinggal dalam rumah bersaiz besar dengan pelbagai kelengkapan mewah, tiga beranak dari Kampung Kubang Puyoh pula hanya mampu berlindung daripada panas dan hujan di pondok kecil daif.

Hanya bersaiz 3 x 4 meter, ia terlalu sempit untuk didiami tiga individu, tetapi hanya itu yang termampu disediakan keluarga ini.

Bukan itu sahaja, bumbungnya hanya beberapa jengkal di atas kepala ketua isi rumahnya, Mahadi Yusuf, 42.

Rumah ini pula dibina antara dinding rumah ibu dan kakaknya bagi membolehkan tiga beranak ini berlindung sejak 14 tahun lalu.

Jika dilihat dari luar, mungkin ramai tidak menyangka ruang sempit dan agak tersorok itu berpenghuni.

Tanpa ruang dapur dan bilik tidur, segala aktiviti dilakukan di sudut sama.

Bergantung duit bantuan

Dia yang dilahirkan bisu pasrah dengan ketentuan Ilahi dan hanya bekerja kampung bagi menyara isteri, Nadamurni Abdullah, 37, yang juga bisu serta anak tunggal, Nor Alia Farhana, 14, yang kini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Gual Periok.
Selain itu, Mahadi turut menerima bantuan orang kurang upaya (OKU) RM120 sebulan.

Duit itulah digunakan Mahadi untuk menyara keluarga mereka sekiranya tidak mempunyai sebarang kerja untuk dilakukan.

Tiada bantuan lain

Duit itu jugalah digunakan untuk kos pengangkutan isterinya ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bagi mendapatkan rawatan susulan setelah menjalani pembedahan jantung kira-kira 10 tahun lalu.

Setiap kali ke HUSM mereka perlu mengeluarkan belanja sekitar RM90 untuk pengangkutan pergi dan balik.

Anaknya yang dilahirkan normal, tidak mendapat sebarang bantuan dan hanya menerima duit Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) ketika di sekolah rendah.

Tolong setakat termampu

Abang Nadamurni, Aziz, 45, berkata, mereka adik-beradik turut membantu mereka setakat yang termampu. Menurutnya, mereka juga kurang berkemampuan.
“Saya berharap mereka dipertimbangkan untuk mendapatkan rumah. “Pendapatan diperoleh setakat ini hanya cukup untuk perbelanjaan harian sahaja,” katanya.

Tidak tahu masalah Mahadi

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim ketika dihubungi berkata, tidak mengetahui tentang masalah dihadapi keluarga ini.

Beliau berjanji akan turun melihat permasalahan tersebut.

“Saya akan melihat kehidupan mereka dan menghulur wang zakat dalam masa terdekat,” katanya.
Hujan air batu gemparkan Jertih
Wartawan Sinar Harian
4 Ogos 2012
Hujan air batu gemparkan Jertih
Ketulan air batu yang jatuh bersama hujan lebat di sekitar bandar Jertih.
JERTIH - Orang ramai di beberapa buah kampung di sekitar Jertih terkejut dengan fenomena hujan air batu luar biasa berserta ribut kencang yang melanda petang kelmarin.

Dalam kejadian hujan lebat kira-kira jam 6.55 petang itu, ia menggemparkan penduduk kampung antaranya di Seberang Jertih, Balik Bukit, Padang Luas, Bandar Jertih dan beberapa kampung lain dengan fenomena luar biasa itu.

Bagaimanapun tiada kemalangan mahupun kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu tetapi penduduk menyifatkan bencana itu adalah paling teruk dalam tahun ini.

Saksi, Wan Azha Wan Ahmad, 50, berkata, kejadian hujan air batu berserta ribut itu berlaku dalam tempoh 15 minit dan menyebabkan orang ramai mengambil kesempatan mengambil air batu tersebut untuk melihatnya.

Menurutnya, kejadian itu amat jarang berlaku menyebabkan ia menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan orang ramai.

“Air batu tersebut tidak bertahan lama dan cair selepas beberapa minit,” katanya.

Seorang peniaga kedai barangan elektrik di bandar Jertih, Foo Fay Jong, 50, turut mendakwa seketul air batu sebesar bata jatuh di atas jalan raya di bandar itu berhampiran kedainya pada masa kejadian.

Bagaimanapun katanya mujur ia tidak menimpa orang ramai.

Sementara itu, Timbalan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Jertih, Baharom Said berkata, dalam kejadian itu sebuah rumah di Kampung Gerai mengalami kerosakan bahagian bumbung dapur akibat dipukul ribut.

Bagaimanapun penghuni rumah berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pengurus kena dua saman sehari
Wartawan Sinar Harian
3 Ogos 2012
Pengurus kena dua saman sehari
Shaw Xiang menunjukkan kertas saman bergambar yang diterima akibat memandu laju di kawasan terbabit.
TEMERLOH – Seorang pengurus syarikat perumahan terkejut apabila menerima dua saman ‘speed trap’ dalam masa sehari selepas memandu melebihi had dibenarkan di selekoh maut Bukit Makro Jalan Temerloh Mentakab di sini.
Pengurus tersebut, Sam Shaw Xiang 33, berkata, dia yang kerap berulang alik dari Mentakab ke Kerdau melalui jalan itu setiap hari terkejut apabila menerima saman itu yang lengkap dengan gambar kenderaan dipandunya.
“Saya tidak marah kepada polis, tetapi terkejut kerana sepanjang menggunakan jalan itu ini adalah yang pertama dikenakan saman.
“Mungkin ini adalah cara terbaik pihak berkuasa untuk mengurangkan kadar kemalangan yang kerap berlaku di kawasan itu.
“Kepada rakan-rakan lain saya nasihati supaya berhati-hati kerana kawasan ini sudah dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV),” katanya.
Shaw Xiang berkata, dia mencadangkan supaya had laju dibenarkan di kawasan itu dinaikkan dari 60 kepada 80 kilometer sejam untuk lebih adil kepada pengguna jalan raya.
Mengikut sumber polis, sepanjang Jun lalu, sebanyak 3,781 saman dikeluarkan pihak polis kepada pengguna jalan raya di kawasan itu sahaja.
Pada Julai lalu, jumlah saman dikeluarkan berkurangan kepada 2,045 sahaja berikutan orang ramai mula sedar kawasan terbabit dilengkapi CCTV.
Mekanik mengaku belasah teman wanita
Wartawan Sinar Harian
4 Ogos 2012
KUANTAN- Seorang mekanik mengaku bersalah atas tuduhan membelasah teman wanitanya yang juga seorang pelajar kolej di sini menggunakan penyapu dan kayu cotar hingga cedera di pipi, lebam di tangan, kaki dan belakang badan dalam pergaduhan awal pagi, 29 Julai lalu.

Akibat perbuatannya itu, tertuduh, Faizullah Abdullah, 24 dari Kampung Baru Pandan 2, Batu 5, Jalan Gambang dekat sini diperintahkan menjalani hukuman penjara selama sehari dan didenda RM2,500 atau empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Hukuman dijatuhkan Majistret Nurulnaim Abdullah manakala pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Fatimah Abu Bakar.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa menemui teman wanitanya itu di sebuah rumah di Lorong Alor Akar 30, di sini sebelum kejadian.

Bagaimana pun pertemuan kira-kira jam 2 pagi itu berakhir dengan pergaduhan akibat satu perselisihan faham dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu.

Berang dengan sikap teman wanitanya, tertuduh bertindak mencederakan gadis itu menggunakan penyapu aluminium dan cotar hingga cedera di beberapa bahagian badan.

Mangsa yang ketakutan membuat laporan polis selepas kejadian sehingga membawa kepada penahanan tertuduh untuk siasatan lanjut.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dihadapkan ke mahkamah itu semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Jika sabit kesalahan  boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Sindiket curi kenderaan tumpas
Wartawan Sinar Harian
4 Ogos 2012
Sindiket curi kenderaan tumpas
Zundin (kiri) bersama pegawainya, Inspektor Hafiz melihat pelbagai komponen kenderaan curi dirampas di IPD, semalam.
TEMERLOH – Polis menumpaskan sindiket melupuskan kenderaan curi apabila berjaya menangkap anggota kumpulan terbabit ketika mereka sedang leka meleraikan komponen kereta jenis Toyota Dyna di Batu 3 Jalan Karak, Mentakab, 28 Julai lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Zundin Mahmood berkata, sindiket itu aktif melakukan jenayah dengan menyasarkan kenderaan lama sejak Mac lalu dan dipercayai mampu mengaut keuntungan sehingga RM30,000.

Menurutnya, hasil intipan, polis cawangan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berjaya menahan lima daripada lapan lelaki ketika sedang memunggah masuk barangan ke dalam sebuah lori.

“Dalam serbuan pertama, polis merampas pelbagai peralatan curi termasuk pemotong besi bersama hos gas, gas memasak, kuku kambing dan alat membuka kenderaan.

“Hasil soal siasat mendapati mereka sudah melupuskan sebanyak 13 kenderaan curi sejak aktif melakukan kegiatan itu. Kita juga berjaya menahan tiga lagi lelaki warga tempatan dipercayai bertindak sebagai penjual barangan curi tersebut,” katanya pada sidang media di IPD, semalam.

Zundin berkata, tidak lama selepas serbuan pertama, polis menyerbu sebuah rumah di hadapan kem Batu 5 Jalan Karak dan berjaya menahan tiga lelaki berusia dalam lingkungan 20-an bersama pelbagai barangan kenderaan dileraikan.

“Dengan tertangkapnya lapan lelaki terbabit, polis percaya dapat merungkaikan satu sindiket mencuri, melupus dan menjual alat ganti kenderaan lama.

“Mereka kini disiasat di bawah Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.
Wujudkan penempatan baru elak kecelaruan agama
Wartawan Sinar Harian
3 Ogos 2012
Wujudkan penempatan baru
Rumah penduduk Orang Asli di Kampung Putra.
JELEBU - Segelintir penduduk dari Kampung Putra memberi cadangan kepada Kerajaan Negeri supaya dapat mewujudkan penempatan baru bagi masyarakat Orang Asli beragama Islam di negeri ini.

Tok Batin Kampung Putra, Awang Lijon berkata, perubahan gaya hidup masyarakat Orang Asli di kampung itu sejak 30 tahun lalu menyebabkan pegangan agama yang dianuti turut berubah.

Menurutnya, meskipun bukan semua masyarakat Orang Asli menerima setiap perubahan secara drastik, namun  ia  beransur-ansur  mengikut peredaran masa.

Salah satu perubahan ketara dari segi pegangan agama yang mana hampir separuh masyarakat Orang Asli yang menghuni sesebuah kampung sudah memeluk Islam.

Selebihnya masih berpegang kepada fahaman animisme atau menganut agama lain seperti Kristian.

“Apa yang menjadi masalah adalah sesudah mereka bertukar agama, mereka masih tinggal serumah dengan ahli keluarga berlainan agama.
“Kebanyakan masyarakat Orang Asli beragama Islam masih belum memahami sepenuhnya batasan sebagai umat Islam,” katanya.

Katanya, keadaan ini menyebabkan berlaku campur aduk dan kekeliruan agama apabila dalam sebuah keluarga ada yang berpuasa dan sebaliknya.

“Ini juga menyebabkan berlaku gangguan ibadah bagi mereka yang beragama Islam. Akhirnya, ada yang ikut sama tidak berpuasa gara-gara terpengaruh dengan ahli keluarga lain yang bukan Islam.

“Begitu juga dari segi akhlak misalnya meminum minuman keras, pergaulan, solat malah ada yang membela anjing di rumah,” katanya.

Justeru itu, Awang Lijon berkata, penduduk di Kampung Putra menyatakan persetujuan supaya penempatan khas bagi masyarakat Orang Asli beragama Islam diwujudkan di negeri ini.

“Ini kerana sudah ramai Orang Asli yang memeluk Islam dan sudah sampai masanya kerajaan mempertimbangkan perkara ini,” katanya.

Sementara itu menurutnya, terdapat seramai 360 penduduk di kampung berkenaan dan kira-kira 170 daripadanya beragama Islam.       

“Kita pernah berbincang dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ini dan mencadangkan kawasan tanah lapang milik Yayasan Negeri Sembilan di belakang Mardi Simpang Durian sebagai lokasi penempatan baru.

“Bagaimanapun, bergantung kepada keputusan Kerajaan Negeri sama ada bersetuju atau tidak dan kami hanya menuruti sahaja,” katanya.

Difahamkan, Kampung Putra berjaya mencuri tumpuan masyarakat Orang Asli dari seluruh Jelebu sejak terbinanya Sekolah Kebangsaan (SK) Putra beberapa tahun lalu.
Selain sekolah, kampung itu turut mempunyai kelengkapan surau.
Pas mampu halang judi
ROSMIZA KASIM
4 Ogos 2012
KOTA BHARU-Rakyat yang menentukan sama ada kegiatan judi akan kembali berleluasa di negeri ini menerusi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Bagi tujuan itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta rakyat berdoa sepanjang Ramadan ini supaya unsur-unsur memasukkan semula judi di negeri ini dapat dihalang.

Amanat itu disampaikan oleh  Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Teknologi negeri, Che Abdullah Mat Nawi bagi mewakili Nik Abdul Aziz semalam sempena penyampaian sumbangan di pekarangan Stadium Sultan Muhamad IV.
Menerusi pesanan tersebut Che Abdullah menyatakan rakyat boleh menentukan masa depan Kerajaan Kelantan dengan mematahkan cubaan untuk menghidupkan judi jika Pas masih lagi berkuasa di negeri ini.

Beliau berkata, dua hadiah yang menanti rakyat selepas PRU13 nanti dan masyarakat sendiri boleh memilih untuk meneruskan kelangsungan Pas mahupun menukar kepada BN.

“Jika pilih Pas sudah hadiahnya sudah pasti judi tidak akan hidup di negeri ini dan kita sendiri dapat melihatnya sejak tahun 1990 semasa pemerintahan parti ini kegiatan itu tidak dibenarkan.

“Sebaliknya dengan memilih BN rakyat sendiri boleh menilainya, adakah hadiah itu yang rakyat mahukan?,” katanya semalam.

Dalam pada itu, Che Abdullah berkata, sejak pemerintahan Pas, orang bukan Islam juga turut berterima kasih apabila judi dibendung kerana didapati kekecohan keluarga berpunca daripada kegiatan itu dapat diatasi.

Pada program itu, seramai 334 orang fakir miskin menerima sumbangan wang dan pek makanan.

Hadir sama Setiausaha Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam, Mohd Anis Hussein dan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Mohd Sabri Abdullah.

Penerima mendapat bantuan wang RM100 setiap seorang serta bekalan makanan dan biskut raya yang merupakan sebahagian peruntukan RM50,000 daripada pihak PKINK yang disumbangkan kepada program Ihya’ Ramadan tahun ini.

Pada majlis itu juga, Pengurus Cawangan Mydin Kubang Kerian, R. Naidu turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Tabung Ihya’ Ramadan.

JODOH PERTEMUAN KETENTUAN ALLAH...DILERAI@PISAHKAN.. MACAM MANA PUN...DAH JODOH MAKA KAWIN JUGA MEREKA

Ibu pesan usah berebut harta

Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my

SIASAT...anggota polis forensik menyiasat ruang tamu yang hangus dalam kebakaran, semalam.
SIASAT...anggota polis forensik menyiasat ruang tamu yang hangus dalam kebakaran, semalam.
SEREMBAN: “Ibu telefon ketika saya bersiap untuk bersahur, tetapi saya tak sempat nak jawab. Saya hubungi semula ibu berkali-kali, tapi gagal dan cukup sedih apabila mendapat tahu ibu dan ayah sudah tiada.”
Demikian kata Ruzilawati Zahari, 38, anak kepada pasangan Zahari Hasan, 77, dan Mariam Abd Latif, 67, yang mati rentung selepas rumah mereka di Felda Pasoh 1, Jelebu, dekat sini, terbakar awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, pasangan peneroka itu ditemui rentung dalam jarak kira-kira lima meter antara satu sama lain dengan Mariam ditemui di ruang tengah rumah dihempap kipas siling, manakala mayat Zahari ditemui berhampiran pintu keluar.

Ruzilawati yang ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) berkata, tidak lama kemudian, dia dihubungi jiran ibu bapanya yang meminta dia pulang segera ke kampung dengan alasan ibunya sakit.


“Saya keluar dari rumah di Taman Melawati, Kuala Lumpur selepas sahur untuk pulang ke kampung. Bagaimanapun, dalam perjalanan saya mendapat panggilan telefon dari kakak di Kajang yang memberitahu perkara sebenar bahawa ayah dan ibu meninggal dunia akibat rumah terbakar,” katanya.


Tahanan cuba lolos ditembak

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

TUMPAS...anggota polis membawa mayat suspek ke Hospital Kuala Lumpur, semalam.
TUMPAS...anggota polis membawa mayat suspek ke Hospital Kuala Lumpur, semalam.
GOMBAK: Penjenayah yang melarikan diri ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang untuk lanjutan reman, mencuri parang kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) di Puncak Templer, dekat sini, dan menggunakan senjata itu untuk melibas polis yang memburunya sebelum dia maut ditembak polis, petang semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki berusia 26 tahun berkenaan yang ditahan kerana terbabit kes samun di Rawang dan Kepong, maut akibat terkena tiga das tembakan di perutnya ketika dia bersembunyi di kawasan loji air Puncak Templer selepas meloloskan diri dari mahkamah.
Ketika bersembunyi di kawasan terbabit, suspek turut menukar pakaiannya dengan pakaian kontraktor Syabas selepas menceroboh masuk stor serta melarikan parang bersamanya ke dalam hutan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan kes lima lelaki yang menaiki kereta Proton Waja cuba menyamun di pekan Rawang, Sabtu lalu, yang diberkas di persimpangan lampu isyarat Taman SPPK, Segambut.


Menurutnya, susulan penahanan lima lelaki itu, polis menahan empat lagi rakan mereka pada hari sama, termasuk suspek yang ditembak mati.

Azimat kebal lima jam

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

BUKTI...Ab Rashid menunjukkan minyak pukau dan jadual digunakan Geng Kerinchi.
BUKTI...Ab Rashid menunjukkan minyak pukau dan jadual digunakan Geng Kerinchi.
KAJANG: Sekumpulan lima penjenayah warga Indonesia Geng Kerinchi yang dipercayai mengamalkan sihir termasuk memakai azimat dan mempunyai minyak pukau untuk menyamun, akhirnya tumpas ditahan polis lima jam selepas mereka merompak sebuah rumah di Kajang, minggu lalu.
Kumpulan penjenayah itu dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya lima kes samun sekitar Kajang membabitkan kerugian puluhan ribu ringgit.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, dua daripada suspek berasal dari Danau Kerinci, Jambi dan dua lagi dari Lombok dan seorang dari Batam, Indonesia.

“Antara modus operandi mereka ialah menggunakan sihir dan pukau sebelum memecah masuk rumah mangsa. Mereka juga menggunakan tong gas di dalam rumah untuk memecahkan pintu bilik sebelum menggugut mangsa dengan pedang panjang.


“Siasatan mendapati suspek yang berusia antara 22 dan 32 tahun mempunyai dokumen perjalanan sah serta baru dua minggu masuk ke negara ini sebelum ditangkap.

800 etnik Rohingya hampa gagal serah memo



PROTES...masyarakat Rohingya berkumpul di depan Kedutaan Myanmar untuk membantah penghapusan etnik di Arakan, semalam.
PROTES...masyarakat Rohingya berkumpul di depan Kedutaan Myanmar untuk membantah penghapusan etnik di Arakan, semalam.
KUALA LUMPUR: Seramai 800 etnik Rohingya serta wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pulang hampa selepas gagal menyerahkan memorandum membantah penghapusan etnik di Arakan, Myanmar, ketika mengadakan demonstrasi aman di depan Kedutaan Myanmar di sini, semalam.
Peserta demonstrasi mula membanjiri pekarangan kedutaan jam 2.30 petang namun hasrat mereka untuk menyerahkan memorandum tidak kesampaian apabila dimaklumkan pengawal keselamatan tiada wakil kedutaan layak menerimanya.

Presiden Organisasi Hak Asasi Etnik Rohingya Myanmar di Malaysia (Merhrom), Zafar Ahmead berkata, dia mewakili seluruh etnik Rohingya bersama wakil NGO menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) segera menghulurkan bantuan makanan, minuman serta ubat-ubatan membantu etnik yang terperangkap di sana.
“Etnik di sana tidak boleh ke mana-mana dan terperangkap di sana (Arakan). Jika keluar, mereka akan dibunuh.

“PBB perlu tampil menghulurkan bantuan kepada etnik Rohingya yang ditindas,” katanya.

Menurutnya, dia membantah kenyataan Presiden Myanmar, Thein Sein yang mengatakan etnik Rohingya bukan rakyat negara itu.

“Dia (Thein Sein) perlu belajar semula sejarah yang etnik Rohingya sudah menetap di negara itu sejak sebelum kedatangan British dan Jepun,” katanya yang mengharapkan bantuan PBB dan negara Asean supaya menggesa kenyataan menimbulkan masalah perkauman itu ditarik balik.

Sanggup mengemis daripada mengurut

KUALA LUMPUR: Kehadiran pengemis di sekitar ibu kota masih menjadi isu perlu ditangani semua pihak, walaupun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah melakukan operasi termasuk Kempen Membanteras Pengemisan sejak enam bulan lalu.
Tinjauan Harian Metro di sekitar Jalan Masjid India, Masjid Jamek dan Jalan Tuanku Abdul Rahman semalam mendapati masih ada pengemis di kawasan itu menjalankan kegiatan mereka tanpa berasa takut ditangkap.

Seorang lelaki cacat penglihatan dikenali sebagai Ahmad berkata, dia sanggup mengemis walaupun mampu bekerja sebagai tukang urut atas alasan jumlah sumbangan orang ramai diterima begitu lumayan.
“Sejak Ramadan, jumlah sumbangan diterima agak banyak sehingga boleh mencecah RM50 sehari. Berbanding hari biasa, ia berkurangan tetapi mungkin Ramadan, orang ramai mudah bersedekah,” katanya ketika ditemui berdekatan stesen transit aliran ringan (LRT) Masjid Jamek di sini, semalam.

Katanya, dia yang berasal dari Pahang turut melakukan kerja mengurut. Namun, tidak malu untuk mengemis dengan taktik memberikan tisu pada orang ramai yang menderma.

Tinjauan mendapati ketika orang ramai mengerjakan solat Jumaat semalam, kelihatan seorang wanita bersama dua anaknya berada di pekarangan luar masjid Jamek.

Wanita itu yang hanya berdiam diri ketika ingin ditemubual mengambil kesempatan duduk di pintu masuk masjid itu untuk meraih simpati orang ramai dan tidak segan walaupun dua anaknya turut meminta sedekah.

Di kawasan Jalan Masjid India, pengemis yang juga orang cacat penglihatan turut duduk di tengah kesibukan orang ramai yang berjalan membeli keperluan untuk Aidilfitri manakala turut kelihatan pengemis berdiri di sebalik tiang di hadapan premis perniagaan.
Pengarah JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Noormah Abdul Rauf berkata, aktiviti pengemis di kawasan itu masih berlaku walaupun pelbagai operasi diadakan JKM untuk menahan golongan ini.

“Perkara membabitkan pengemis ini tidak akan berkesudahan, walaupun kami berharap jumlah pengemis berkurangan. Namun, operasi JKM tetap dijalankan dari semasa ke semasa untuk membanteras,” katanya.

Dibatal berikutan amaran



SEREMBAN: Penganjuran parti kolam yang boleh dianggap lucah di sebuah kelab golf di Rasah Kemayan, malam ini dibatalkan berikutan amaran dikeluarkan beberapa pihak berkuasa kepada penganjur dan pemilik kelab itu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, pihaknya sudah memanggil pemilik tempat yang menjadi lokasi penganjuran parti itu dan memberi amaran supaya acara itu tidak diteruskan.

“Penganjur sudah dipanggil dan mereka ditegah supaya tidak meneruskan parti itu. Kami menasihati supaya tak dilaksanakan (parti kolam) dan setakat ini dalam perjumpaan itu mereka akur untuk membatalkannya.
“Polis akan membuat pemantauan. Apa yang menjadi masalah besar dalam hal ini ialah mereka (penganjur) menjemput orang awam dan bukan parti untuk ahli kelab saja,” katanya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian PenguatkuasaanJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) Ahmad Husaini Mustafa pula berkata, pihaknya akan mengikuti perkembangan isu secara dekat dan bertindak mengikut Enakmen Jenayah Syariah 1992 Pindaan 2003 terhadap umat Islam yang berkelakuan luar batasan jika parti itu dilangsungkan.

“Berkelakuan tidak senonoh, berpakaian seksi dan mengambil minuman keras pasti dikenakan tindakan.

“Kami akan memantau perkembangan ini kerana tidak mempunyai kuasa untuk menghalang penganjurannya. Kuasa menghalang terletak pada polis,” katanya. Menurutnya, individu Islam tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita bakal berhadapan hukuman denda atau penjara, jika didapati melakukan kesalahan mengikut undang-undang syariah ditetapkan.

“Jika ditangkap dan disabit kesalahan kerana mengambil minuman keras, pesalah itu boleh didenda hingga RM3,000 atau dua tahun penjara, manakala jika berpakaian tidak senonoh, hukumannya pula RM1,000 atau penjara,’’ katanya.

Sedekah Yasin untuk umi, ayah

Oleh Rosli Ilham
am@hmetro.com.my

DUNGUN: “Meskipun terkilan kerana tidak sempat memperdengarkan bacaan Yasin kepada umi (ibu), namun hati saya bangga setiap kali membaca surah itu sebagai sedekah untuk arwah ibu dan ayah,” kata Shafiq Syarifuddin Khairul Azhar, 8, yang kini bergelar yatim piatu selepas ibu bapanya terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 48.7, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, 11 Oktober tahun lalu.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, lori dipandu bapanya, Khairul Azhar Mohamed, 31, yang turut dinaiki ibu, Masitah Omar Zokry, 26, merempuh belakang sebuah treler membawa kayu menyebabkan kedua-dua mereka meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Katanya, sebelum kejadian malang itu, dia ada menyatakan hasrat kepada ibu untuk memperdengarkan surah Yasin yang baru dikuasainya, namun tidak berkesempatan kerana kedua-dua orang tuanya tergesa-gesa bertolak ke Klang, Selangor menghantar petai.

“Saya sedih kerana ketika umi dan ayah hendak bertolak menghantar petai di Selangor, saya tidak sempat memperdengarkan bacaan Yasin kepada mereka berikutan tergesa-gesa bertolak.


“Saya ingat lagi pesan arwah umi supaya menghafal Yasin kerana ia surah penting perlu dikuasai semua umat Islam.

Dibelasah geng along

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

IPOH: “Saya diseksa dan dihentam bertalu-talu menggunakan rotan dan pengunci stereng kereta menyebabkan seluruh badan luka dan pergelangan tangan kiri patah,” kata seorang penanam sayur, dikenali sebagai Cheng, 48, yang menjadi mangsa dera kumpulan ceti haram (along).
Dalam kejadian jam 9.45 malam kelmarin, kumpulan samseng along itu muncul di hadapan rumah mangsa di Taman Pasir Puteh, sebelum memaksa anak saudara mangsa menghubungi Cheng menerusi telefon bagi memaklumkan kehadiran mereka untuk mengutip hutang.

Lebih memburukkan keadaan apabila samseng berkenaan mengugut akan mencederakan dua anak saudara lelaki dan seorang remaja perempuan yang berada di rumahnya jika mangsa enggan muncul untuk menyelesaikan tunggakan hutang.
“Saya tidak sanggup melihat anak saudara saya menjadi mangsa kumpulan along berkenaan dan bergegas pulang. Sebaik tiba di rumah, kumpulan ceti haram itu terus menangkap saya sebelum membelasah saya.

“Saya diheret masuk ke dalam rumah sebelum dipukul lagi menggunakan rotan dan pengunci besi kereta. Biarpun merayu belas kasihan, kumpulan lima along itu tetap memukul saya lebih 10 minit,” katanya, semalam.

Menurutnya, dia meraung kesakitan apabila batang besi pengunci kereta itu dipukul sekuat hati ke arah pergelangan tangan kirinya.

“Saya hanya mampu menjerit sebelum jatuh pengsan. Saya tidak sedar apa yang berlaku dan hanya bangkit dari pengsan di katil wad hospital pagi ini.

“Ketika kejadian, anak saudara dan jiran yang berada di lokasi tidak dapat berbuat apa-apa kerana ketakutan.
“Mereka hanya menghantar saya ke hospital dan membuat laporan polis,” katanya.

Angkara jiran

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

AMPANG: Seorang lelaki berusia 26 tahun yang mengelar leher seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ketika cuba merogol mangsa ketika memecah masuk sebuah rumah di Pangsapuri Kos Rendah, Pandan Perdana, bulan lalu, berjaya ditahan polis, kelmarin.
Lelaki tempatan itu mahu menyamun rumah berkenaan tetapi mengambil kesempatan cuba merogol anak pemilik rumah berkenaan pada 4 Julai lalu.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, Hasrin Abdullah dan isteri sedang tidur apabila dikejutkan oleh jeritan anak perempuan berusia 17 tahun. Mereka bergegas ke bilik anaknya itu dan mendapati leher mangsa berlumuran darah akibat dikelar perompak menggunakan pisau pemotong buah.
Kejadian itu menyebabkan keluarga berkenaan trauma sehingga memaksa mereka tidur dalam kereta.

Bagaimanapun, hasil risikan dan intipan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, lelaki berkenaan ditahan di rumahnya di perumahan yang sama, tetapi di blok berlainan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata lelaki tempatan yang ditahan pada jam 12.45 tengah malam kelmarin itu mengaku terbabit dalam kes samun pada 4 Julai lalu.

“Pemeriksaan dalam rumah suspek menemui telefon bimbit, dompet dan barang lain dipercayai milik mangsa yang disamunnya,” katanya pada sidang media di Balai Polis Pandan Indah di sini, semalam.

Menurutnya, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari hingga 9 Ogos ini bagi membantu siasatan kegiatan jenayah dilakukannya.
Beliau berkata, semakan lanjut mendapati suspek positif syabu dan mempunyai satu rekod jenayah membabitkan kes pukul mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Polis juga sedang menyiasat sama ada suspek melakukan jenayah samun secara bersendirian atau berkumpulan,” katanya.

Berikutan penahanan lelaki itu, Amiruddin berkata, kes pecah masuk dan cubaan merogol itu dianggap selesai. Dalam perkembangan lain, itu, Amiruddin menafikan jenayah di Pandan Jaya meningkat kebelakangan ini seperti dakwaan penduduk yang tersiar di sebuah akhbar.

Beliau berkata, indeks jenayah bagi jenayah kekerasan, harta benda dan jalanan menunjukkan penurunan bukan saja di Pandan Jaya, malah di seluruh daerah Ampang Jaya.

Nik Aziz sambut baik jika benar Abby nikah



KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengelak untuk menyentuh sebarang perkara peribadi membabitkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas yang didakwa bernikah dengan Abby Abadi.
Beliau bagaimanapun menyambut baik berita itu jika ia benar berlaku sambil menjelaskan ia lumrah manusia.

“Ikut dia (Adun Pas itu berkahwin), itu semua berkaitan isu peribadi orang berkenaan. Dah dia nak (mahu),” katanya.
Beliau menjawab pertanyaan bagi mengulas laporan blog yang mendakwa Adun Kelaboran dari Pas, Mohd Zaki Ibrahim sudah bernikah dengan Abby.

Norman Hakim Sebak Lihat Memey & Abby Berpelukan

Posted on the August 3rd, 2012 under Artis by admin

  • Share

PETALING JAYA: Insiden Memey Suhaiza dan Abby Abadi berpelukan sambil menangis merupakan saat paling bermakna apabila kedua-dua mereka mahu menamatkan persengketaan yang terjadi selama ini.
Norman Hakim berkata, peristiwa itu berlaku ketika dia bersama isterinya, Memey mahu mengambil anak-anak yang berada bersama Abby di sebuah lokasi di Shah Alam.
“Ketika itu tujuan saya dan Memey ke Shah Alam bertujuan untuk ambil anak-anak saya yang pada waktu itu dengan Abby. Kalau nak ikutkan sejak sekian lama saya dan Abby agak jarang berkomunikasi apatah lagi Memey.


“Dan apabila sampai di lokasi itu, tiba-tiba Abby menarik tangan Memey dan memeluknya sambil menangis.
“Saya agak terkejut dan semua senyap seketika. Anak-anak pula menjerit ‘yeay! Mummy dan mama dah baik!”. Terasa macam filem Hindustan pula. Ia adalah satu keajaiban sebenarnya yang penuh bermakna dalam bulan Ramadan ini,” ceritanya ketika dihubungi mStar Online di sini petang Khamis.
Tambah Norman, keadaan itu juga membuatkan dia begitu sebak dan bersyukur kerana doanya untuk melihat bekas isteri dan Memey menghapuskan sengketa terlaksana dan seterusnya dapat menyatupadukan keluarga.
“Saya ada juga tanya kepada mereka, apa yang membuatkan kedua-duanya kembali berdamai? Mereka cakap ‘ ini rahsia perempuan’.
“Apa-apa pun saya bersyukur kepada Ilahi tiada lagi persengketaan antara kami dan yang paling gembira semestinya anak-anak. Anak sulung saya, Danish siap bergurau dan berkata, kalau mama dan papa kahwin, Danish nak jadi pengapit,” tuturnya.
Menceritakan pula detik mereka berbuka puasa bersama-sama di rumah Abby pada Rabu lalu, Norman telah menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) meminta kebenaran untuk berbuka puasa di rumah Abby dan dia tidak mempunyai masalah tentang hal itu.
“Rasa seronok sangat dapat berbuka puasa bersama-sama. Abby dan Memey juga rancak berbual mengenai bayi di dalam kandungan Memey yang berusia dua bulan itu.
“Selepas itu, Abby telah menghadiahkan sepasang telekung kepada Memey sebelum kami menunaikan sembahyang jemaah Maghrib bersama,” tuturnya.
Ditanya adakah perdamaian itu membuka jalan untuk Norman mengambil semula Abby sebagai isteri, pelakon itu hanya menyerahkan perkara tersebut kepada takdir.
“Saya tak tahu nak cakap apa. Lagipun saya tak tahu apa status Abby sekarang ini. Cuma saya mengharapkan yang terbaik selepas ini dan akan sentiasa berdoa serta berusaha untuk menjaga keharmonian keluarga.
“Memey pula sangat fleksibel dengan saya. Malah, dengan apa yang telah dilakukannya sekarang ini (berbaik dengan Abby) adalah satu pengorbanan besar sebagai isteri.
“Bagaimanapun, saya dan Memey ada merancang untuk menunaikan umrah bersama-sama Abby. Itu pun selepas Memey bersalin pada Februari tahun depan,” katanya.
Abby dan Norman pernah berkahwin pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3.
Mereka bercerai pada 18 Disember 2008.
mStar

Memey Jawab Isu Sudah Berbaik Dengan Abby

Posted on the August 4th, 2012 under Artis by admin

  • Share

“Alhamdulillah, kami bersyukur sangat-sangat kerana ini yang kami impikan selama ini. Berkat bulan yang mulia ini, akhirnya mimpi kami menjadi kenyataan,” ujar pelakon Memey mengulas mengenai status terkini hubungannya dengan Abby Abadi yang dikatakan sudah kembali jernih.
Tiga hari lepas, Abby menerusi Twitter miliknya berkongsi dua keping gambar di mana menunjukkan mereka seolah-olah sudah berbaik. Bagi mendapatkan pengesahan berita baik ini, GUA telah menghubungi Memey dan isteri kepada Norman Hakim ini mengesahkan sendiri mengenai perkara tersebut.
“Kami tak pernah putus-putus mendoakan agar Tuhan menyatukan kami dan Alhamdulillah, ini semua berkat doa dari semua. Yang paling gembira mengenai perkara ini tentulah anak-anak dan bagi saya, inilah yang terbaik demi masa depan mereka. Kegembiraan juga jelas terpancar di wajah mereka apabila melihat mama dan mummy mereka berbaik.”


Menceritakan lebih lanjut mengenai bagaimana hubungan baik mereka terjalin, Memey memberitahu, “Semuanya berlaku ketika bulan Ramadhan. Kami betul-betul dapat petunjuk baik ini ketika minggu lepas masa Memey nak ambil anak-anak di rumah kak Abby di Shah Alam. Masa itu kak Abby terus peluk Memey selepas kami bersalam.
“Selepas itu, masing-masing faham itu satu petunjuk yang positif. Mengenai dua gambar itu, semua ini tak dirancang. Abang Norman jemput Kak Abby untuk berbuka puasa bersama kami kelmarin. Ini kali pertama kami buka puasa bersama dan waktu itu, ibu Kak Abby pun ada bersama. Selepas berbuka, kami mengerjakan solat Maghrib bersama di mana abang Norman yang mengimamkan solat tersebut.”
Menyentuh mengenai persiapan bulan Ramadhan serta Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, Memey yang kini hamil 3 bulan memberitahu, “Sekarang ini saya telah alami alahan yang teruk, jadi Ramadhan kali ini saya tidak dapat berpuasa sepenuhnya dalam keadaan macam ini.
Sebelum ini saya gila makan ayam, tapi kali ini, hanya ayam Nando’s saja yang boleh saya makan kerana yang lain saya dah tak boleh masuk. Saya juga suka makan makanan Barat sekarang.
“Mengenai Aidilfitri pula, kami akan pulang beraya ke rumah keluarga mertua di Kuantan terlebih dahulu. Selepas itu kami akan pulang semula ke Kuala Lumpur untuk sambut raya bersama-sama dengan kak Abby sebelum kami berangkat ke Johor untuk beraya selama dua hari di sana.”
Gua

ILMU HITAM ATAU SIHIR TAK BOLEH DIGUNAKAN...MACAM BABI ...ADA TAPI TAK BOLEH MAKAN...KITA IKUT...SIHIR ADA...KITA TAK IKUT...KITA AMBIK@GUNA SIHIR SEDANGKAN ITU LARANGAN...MACAM BABI TADI

Remaja putus cinta telan 80 biji pil

Posted on the August 4th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

ALOR GAJAH: Hanya kerana tidak dapat menerima hakikat cinta pertamanya terputus di tengah jalan, seorang remaja nekad menelan 80 pil darah tinggi milik ibunya di sebuah kampung dekat sini, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, remaja berusia 18 tahun itu ditemui dengan mulut berbuih dan tidak bermaya oleh ibunya sebelum dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan bantuan.
Menurut sumber, remaja lelaki itu yang tinggal dengan ibu selepas kematian bapa sejak setahun lalu dipercayai menjalin hubungan cinta dengan seorang gadis berusia 19 tahun.


“Anak bongsu dua beradik itu dikatakan meminta wang belanja daripada ibunya setiap hari bagi menyara teman wanitanya itu.
“Malah, remaja lelaki itu dipercayai pernah mengherdik ibunya yang enggan memberi wang,” katanya, di sini, semalam.
Kata sumber itu, pada hari kejadian remaja lelaki terbabit berada seorang diri di rumah kerana ibunya berada di Pekan Alor Gajah atas urusan tertentu.
Menurutnya, dia dipercayai menelan kira-kira 80 biji pil sakit darah tinggi milik ibunya sebelum ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan dikejarkan ke hospital. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin, berkata siasatan awal mendapati, remaja itu dipercayai gagal dalam percintaan.
“Lelaki itu dipercayai menelan sekali gus kira-kira 80 biji pil darah tinggi milik ibunya sebelum ditemui dalam keadaan mulut berbuih oleh ibunya sendiri.
“Remaja itu dikejarkan ke Hospital Alor Gajah sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Harian Metro

Penzina ini dihukum tembak dikhalayak ramai

Posted on the August 4th, 2012 under Luar Negara by admin

  • Share

Yehya Hussein al-Raghwah bekerja sebagai tukang gunting rambut di Sanaa, ibu kota Yaman. Beliau telah didapati bersalah merogol dan kemudian membunuh budak lelaki berusia 11 tahun Hamdi al-Kabas yang datang ke kedai gunting rambut beliau untuk menggunting rambut untuk Hari Raya. Saya tidak tahu apa jenis kaedah soal siasat polis menggunakan di Yaman, tetapi Yehya Hussein al-Raghwah mengaku untuk merogol dan membunuh budak  berusia 11 tahun.
Terdapat 59 buah negara di dunia yang masih mengamalkan hukuman mati. Pelaksanaan pelaksanaan nineth Yehya Hussein al-Raghwah Yaman tahun ini, menjadikan mereka salah satu pengguna yang paling prolifik hukuman mati (menurut Amnesty International). Yaman tidak dikenali terutamanya untuk mempertahankan hak asasi manusia yang sama ada Yehya Hussein al-Raghwah menerima perbicaraan yang adil dipersoalkan.
Perhatikan bagaimana hukuman mati awam sentiasa dihadiri oleh kanak-kanak. Dan sorakan semua orang selepas pukulan seolah-olah seseorang hanya menjaringkan gol kemenangan dalam permainan bola sepak. Galeri gambar dari pelaksanaan ini di Yaman adalah di bawah.






4 Orang Islam di Perancis Dibuang kerja Kerana Berpuasa

Posted on the August 4th, 2012 under Luar Negara by admin

  • Share
Pemecatan empat orang Muslim Perancis dari pekerjaannya sebagai pengajar kem musim panas kerana melaksanakan ibadah puasa telah mencetuskan kemarahan umat Islam di Perancis.
Mohand Yanat, peguam kepada empat orang itu, mengaku hairan dengan pertimbangan Dewan kota soal pemecatan itu. Ia tidak sepatutnya menilai seseorang dalam melaksanakan pekerjaannya berdasarkan ajaran agama. Para pekerja itu bekerja di Dewan bandar di Gennevilliers, Paris. Mereka bekerja sebagai pengajar sukan pada kem musim panas di Port d’Albret, di wilayah Landes selatan barat Perancis.
“Bagaimana anda boleh menilai kapasiti seseorang untuk melakukan pekerjaan mereka berdasarkan ajaran agama mereka?” Kata Yanat.


Empat pengajar Muslim itu telah dipecat awal bulan ini dari perkhemahan musim panas kanak-anak di Geenevilliers, Paris. Dewan bandar berpandangan berpuasa mempengaruhi kemampuan para pengajar dalam melaksanakan tugas mereka.
“Mereka tidak menghormati kewajipan mereka yang boleh membahayakan keselamatan anak-anak,” kata jurucakap Gennervillers.
Dewan bandar berdalih, seorang kanak-kanak tercedera tahun lalu kerana kelalaian seorang pengajar muslimah yang tidak boleh menumpukan perhatian. “Mereka yang berpuasa tidak mempunyai konsentrasi penuh yang diperlukan untuk memastikan kegiatan kem itu sesuai dengan prosedur keselamatan yang telah ditetapkan,” kata jurucakap itu.
Seorang pengajar yang dipecat, Samir mengatakan Dewan kota dan pengelola telah mengabaikan kebebasan beragama seseorang. Yang lebih penting lagi, tidak ada bukti yang kuat orang yang berpuasa kehilangan kemampuannya. “keputusan ini tidak adil,” katanya.
Dewan Agama Islam Perancis (CFCM) dalam kenyataan rasminya mengatakan puasa adalah kewajipan sebagai muslim, dan hak-hak sebagai umat beragama. Sebabnya, tidak ada satu pihak yang boleh melarang umat Islam melaksanakankan hak dasarnya sebagai umat beragama.
“Kebebasan beragama adalah hak dasar,” kata jurucakap CFCM, Abdallah Zekri.
Perancis ialah sebuah republik sekular yang tidak secara rasmi mengakui perbezaan agama, namun umat Islam berpendapat bahawa mereka punya hak untuk memilih apa yang dimakan atau apa yang diminum. Ketegangan telah meningkat tinggi dalam komuniti Muslim sejak Perancis menetapkan larangan berpurdah pada tahun lalu. Sejak itu, orang yang memakai purdah boleh disebut telah melakukan tindak kejahatan.
Sumber Halim Islam Online


Geng samun guna azimat kebal 5 jam

Posted on the August 4th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

BUKTI…Ab Rashid menunjukkan minyak pukau dan jadual digunakan Geng Kerinchi.
KAJANG: Sekumpulan lima penjenayah warga Indonesia Geng Kerinchi yang dipercayai mengamalkan sihir termasuk memakai azimat dan mempunyai minyak pukau untuk menyamun, akhirnya tumpas ditahan polis lima jam selepas mereka merompak sebuah rumah di Kajang, minggu lalu.
Kumpulan penjenayah itu dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya lima kes samun sekitar Kajang membabitkan kerugian puluhan ribu ringgit.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, dua daripada suspek berasal dari Danau Kerinci, Jambi dan dua lagi dari Lombok dan seorang dari Batam, Indonesia.


“Antara modus operandi mereka ialah menggunakan sihir dan pukau sebelum memecah masuk rumah mangsa. Mereka juga menggunakan tong gas di dalam rumah untuk memecahkan pintu bilik sebelum menggugut mangsa dengan pedang panjang.
“Siasatan mendapati suspek yang berusia antara 22 dan 32 tahun mempunyai dokumen perjalanan sah serta baru dua minggu masuk ke negara ini sebelum ditangkap.
Harian Metro

Misteri Makhluk Halus Tumpang Solat

Posted on the August 4th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

Misteri Makhluk Halus Tumpang Solat | Berhadapan situasi takut, pelik, tergamam seperti terjumpa dengan makhluk halus mungkin menyebabkan kita menjadi lemah semangat. Perasaan ini juga yang sedang bermain di fikiran empat sekeluarga yang menghuni rumah di Kampung Desa Penyayang, Sri Medan, apabila ruang rumah mereka dijadikan tempat untuk solat jenazah makhluk halus. Kejadian berkenaan disedari apabila penghuni rumah berkenaan pulang setelah beberapa ketika mengosongkan kediaman mereka.
Mohd Amin Kamil, 46, berkata, kejadian pelik di rumahnya mula berlaku tiga tahun lalu, apabila isterinya, Rahimah Mohamed, 49, mengemas sejadah yang terbuka.
Katanya, pada mulanya isterinya menganggap anak mereka menunaikan solat dan terlupa melipat sejadah tersebut.


Bagaimanapun anak mereka menafikan dan memberitahu dia belum lagi menunaikan solat.
“Saya dan isteri mula berasa pelik dengan kejadian ini dan membiarkannya sahaja dan tidak berkata apa-apa. Kami beranggapan mungkin ada di antara kami terlupa mengemas sejadah berkenaan.
“Tetapi perkara itu berulang kembali dan ia berlaku tiga kali berturut-turut, di mana kejadian berkenaan berlaku apabila masuknya waktu solat Asar, Maghrib dan juga Isyak.
“Perkara ini juga akan berlaku ketika matahari sedang naik, dan ia hanya berlaku apabila awal Muharam, tetapi kami diamkannya sahaja dan menganggap ‘mereka’ hanya menumpang solat,” katanya kepada Sinar Harian.
Kain batik lepas terbentang sendiri
Menurut Mohd Amin, bagaimanapun sesuatu mengejutkan berlaku apabila dia pulang sahaja ke rumah Khamis lalu dan mendapati di satu ruang dalam rumahnya terdampar sejadah untuk solat berjemaah.
Katanya, lebih mengejutkan di hadapan sekali dia melihat bantal dan juga kain batik lepas dibentang seperti menutup seorang jenazah.
“Saya terkejut dengan kejadian berkenaan dan bergegas keluar memberitahu isteri.
“Isteri saya memberitahu, sebelum dia keluar, rumah dikunci. Lalu kami teringatkan perkara yang berlaku sebelum ini di rumah.
“Sebelum itu, awal pagi dan sehari sebelum ini, saya mendapati sejadah di rumah kami terbentang seperti selalu. Kami membuat andaian mungkin salah seorang daripada makhluk halus berkenaan telah meninggal dunia,” katanya.
Sebelum ini, katanya, dia berhubung dengan beberapa ustaz dan mereka menyatakan makhluk berkenaan hanya untuk menumpang sahaja dan tidak mengganggu isi rumah.
Sebelum ini katanya, kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku walaupun mereka telah mendiami rumah tersebut hampir 19 tahun.
Mungkin makhluk halus tersebut adalah jin Islam yang mahu bersolat. Pernah juga terdengar satu nasihat, jika kita mahu tidur di masjid ataupun surau, jangan tidur di saf pertama kerana nanti ada jin Islam hendak bersolat. Bermungkinan kita akan diangkat untuk dialihkan. Wallahu’alam.
Sumber: Melayukini


Samun ikut jadual ilmu hitam

Posted on the August 4th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

ANTARA barangan curi dan senjata yang dirampas daripada empat lelaki Indonesia bergelar Geng Kerinchi dipamerkan polis pada sidang akhbar di Kajang semalam.
KAJANG – Sekumpulan empat penjenayah warga Indonesia bergelar Geng Kerinchi yang menggunakan ilmu hitam bagi memukau mangsa nampaknya tidak menjadi apabila kesemua mereka ditahan tiga jam selepas melakukan jenayah itu kelmarin.
Suspek-suspek berusia antara 24 hingga 32 tahun tersebut ditahan pada pukul 8.30 pagi di rumah kongsi sebuah kilang papan dekat Semenyih pada 27 Julai lalu.


Kegiatan mereka berjaya ditumpaskan selepas mereka memecah masuk sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Teknologi, Kajang.
Suspek juga didapati berjalan kaki melalui hutan sejauh 10 kilometer dari kawasan kilang ke rumah mangsa untuk mengelak daripada terserempak dengan sesiapa.
Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, pengurus kilang berusia lingkungan 30-an kerugian RM10,000 apabila barangan berharga milikinya dilarikan suspek.
Difahamkan, suspek menyapu minyak pukau pada badan masing-masing sebelum memecah masuk rumah supaya penghuni yang terhidu cecair itu berada dalam keadaan khayal. Minyak itu berbau wangi.
Sebelum itu, suspek menilik kad ilmu pelangkah yang dibawa khusus dari kampung halaman mereka di Kerinchi, Jambi, Indonesia untuk mengetahui sama ada mereka berjaya atau gagal memecah masuk rumah yang disasarkan.
Selepas itu, keempat-empat suspek yang masuk ke negara ini sejak seminggu lalu menghubungi ketua dukun bergelar Kiai di kampung mereka sebelum lelaki tersebut menyalakan lilin di dalam bilik untuk membuat ramalan.
Jika api bergoyang maka rancangan untuk merompak akan ada aral yang melintang.
Siasatan polis setakat ini mendapati suspek telah tiga kali keluar masuk ke negara ini dan mereka dipercayai menghantar hasil samun pulang ke kampung.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab memberitahu, pihaknya yakin dapat menyelesaikan lima kes pecah rumah membabitkan suspek dan modus operandi yang sama dengan tertangkapnya keempat-empat penyangak tersebut.
Kerugian keseluruhan daripada lima kes pecah rumah dianggarkan RM60,000.
Kosmo

APA SAJA KEJAHATAN KITA KITA LAKUKAN...SATU KETIKA HUKUM DARI ALLAH AKAN SAMPAI JUA....OLEH ITU JANGAN KITA LAKUKAN KEJAHATAN

Ibu bimbang anak diculik untuk dijadikan pelacur

CHEAK HOCK (kiri) bersama Lu Ceng menunjukkan gambar Yvonne di Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri, Phua Cheak Hock, 42, dan Tan Lu Ceng dari Wangsa Maju di sini, mengesyaki kehilangan anak perempuannya sejak Rabu lalu adalah akibat menjadi mangsa culik dua individu yang mempergunakan pelajar-pelajar perempuan untuk kegiatan pelacuran.
Menurut ibu malang itu, Lu Ceng, 42, anaknya, Yvonne Phua Sze Kei, 18, merupakan pelajar Sekolah Menengah Perempuan Air Panas, Setapak telah hilang secara tiba-tiba dari sekolah pada 1 Ogos lalu.
"Pada hari kejadian, saya telah menghantar Yvonne ke sekolah pada waktu pagi dan nampak dia terus memasuki kawasan sekolah seperti biasa.
"Namun, ketika saya ingin menjemputnya selepas tamat sesi persekolahan pada pukul 1.10 petang, saya dapati dia tidak muncul-muncul sehingga memaksa saya ke sekolah untuk bertanya kepada gurunya.
"Peliknya, gurunya menyatakan Yvonne tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan," katanya pada sidang akhbar yang berlangsung di Pusat Khidmat Datuk Yew Teong Look di Taman Danau Kota semalam.
Cerita Lu Ceng lagi, sebulan yang lalu, anak lelakinya telah mengadu kepadanya bahawa Yvonne sedang berkawan dengan dua individu iaitu seorang lelaki bernama Father (nama samaran) dan seorang tomboi iaitu seorang wanita yang menyerupai lelaki, Low Hong Xiu, 25, dari Skudai, Johor melalui laman sosial, Facebook.
Ekoran itu, Lu Ceng telah menasihati anak perempuannya mengenai perhubungan itu dan meminta agar berhati-hati dengan kawan-kawan baharu berkenaan.
Ujar Lu Ceng, beberapa hari kemudian sebelum anak perempuannya itu hilang, ada seorang wanita telah menghubungi anak lelakinya dan mengugut untuk melarikan Yvonne ke luar negara jika keluarganya menghalang mereka daripada berkawan.

Samun ikut jadual ilmu hitam


ANTARA barangan curi dan senjata yang dirampas daripada empat lelaki Indonesia bergelar Geng Kerinchi dipamerkan polis pada sidang akhbar di Kajang semalam.


KAJANG - Sekumpulan empat penjenayah warga Indonesia bergelar Geng Kerinchi yang menggunakan ilmu hitam bagi memukau mangsa nampaknya tidak menjadi apabila kesemua mereka ditahan tiga jam selepas melakukan jenayah itu kelmarin.
Suspek-suspek berusia antara 24 hingga 32 tahun tersebut ditahan pada pukul 8.30 pagi di rumah kongsi sebuah kilang papan dekat Semenyih pada 27 Julai lalu.
Kegiatan mereka berjaya ditumpaskan selepas mereka memecah masuk sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Teknologi, Kajang.
Suspek juga didapati berjalan kaki melalui hutan sejauh 10 kilometer dari kawasan kilang ke rumah mangsa untuk mengelak daripada terserempak dengan sesiapa.
Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, pengurus kilang berusia lingkungan 30-an kerugian RM10,000 apabila barangan berharga milikinya dilarikan suspek.
Difahamkan, suspek menyapu minyak pukau pada badan masing-masing sebelum memecah masuk rumah supaya penghuni yang terhidu cecair itu berada dalam keadaan khayal. Minyak itu berbau wangi.
Sebelum itu, suspek menilik kad ilmu pelangkah yang dibawa khusus dari kampung halaman mereka di Kerinchi, Jambi, Indonesia untuk mengetahui sama ada mereka berjaya atau gagal memecah masuk rumah yang disasarkan.
Selepas itu, keempat-empat suspek yang masuk ke negara ini sejak seminggu lalu menghubungi ketua dukun bergelar Kiai di kampung mereka sebelum lelaki tersebut menyalakan lilin di dalam bilik untuk membuat ramalan.

AB. RASHID menunjukkan minyak pukau (kiri) dan kad ilmu pelangkah yang digunakan Geng Kerinchi untuk menyamun di kawasan Kajang.


Jika api bergoyang maka rancangan untuk merompak akan ada aral yang melintang.
Siasatan polis setakat ini mendapati suspek telah tiga kali keluar masuk ke negara ini dan mereka dipercayai menghantar hasil samun pulang ke kampung.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab memberitahu, pihaknya yakin dapat menyelesaikan lima kes pecah rumah membabitkan suspek dan modus operandi yang sama dengan tertangkapnya keempat-empat penyangak tersebut.
Kerugian keseluruhan daripada lima kes pecah rumah dianggarkan RM60,000.

Suspek kes samun ditembak mati


suspek yang melarikan diri dan cuba menyerang polis, mati ditembak di Loji Air Puncak Templer, Selayang semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang suspek kes samun yang baru dilanjutkan reman enam hari di Mahkamah Majistret Selayang dekat sini semalam ditembak mati selepas lelaki itu cuba menyerang polis menggunakan parang selepas dia berjaya melarikan diri daripada tahanan polis.
Sebelum kejadian pada pukul 3 petang, suspek warga tempatan berumur 26 tahun itu berjaya melarikan diri sewaktu dia dan beberapa suspek lain sedang beratur bersama lapan tahanan lain untuk masuk ke dalam kenderaan polis untuk dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.
“Namun, ketika beratur, suspek tiba-tiba menghilangkan diri sebelum polis menyedari kehilangannya dan terus melancarkan gerakan mencari,” kata satu sumber.
Sebaik melarikan diri, suspek yang juga berjaya membuka garinya terus memecah masuk ke dalam sebuah stor milik Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) yang terletak bersebelahan mahkamah.
Suspek kemudian masuk ke stor tersebut dan menukar pakaian lokap dengan memakai pakaian seorang kontraktor Syabas yang ditemui di dalam stor.
Suspek turut mengambil sebilah parang di dalam stor itu dan melarikan diri ke Loji Air Puncak Templer.
Kedudukan Loji Air Puncak Templer kira-kira satu kilometer dari mahkamah.
Sumber itu berkata, setengah jam selepas gerakan mencari, polis berjaya mengesan suspek berada di Loji Air Puncak Templer, namun suspek enggan menyerah diri sebaliknya cuba menyerang polis menggunakan parang.
Selepas beberapa kali dipujuk tetapi suspek terus agresif menyebabkan polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan sehingga menyebabkan lelaki itu mati di tempat kejadian.
Mayat suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Suami isteri rentung sebelum sahur


SEORANG anggota forensik menjalankan siasatan di dalam rumah sepasang suami isteri warga emas yang rentung dalam kebakaran di Felda Pasoh Satu, Jelebu, Negeri Sembilan semalam.


JELEBU – Hasrat suami isteri warga emas untuk bersahur tidak kesampaian apabila pasangan tersebut ditemui rentung dalam rumah mereka yang terbakar di Felda Pasoh Satu di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 4.15 pagi itu, dua mangsa yang terkorban ialah Zahari Hassan, 77, dan isterinya, Mariam Abd. Latif, 67. Mayat pasangan itu ditemui di ruang tamu rumah.
Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Ahmad Nizam Sapaiee berkata, dua jentera bomba bersama 18 anggota dikejar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.39 pagi.
“Pasukan bomba yang tiba ke lokasi kejadian tujuh minit kemudian mendapati hampir 80 peratus rumah tersebut sudah hangus.
“Bomba kemudian mengambil masa sejam untuk memadamkan kebakaran,” kata beliau di sini.
Menurut beliau, setakat ini punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Sementara itu, seorang anak pasangan itu, Ruzilawati, 38, berkata, ibunya ada menghubungi telefon bimbitnya pada pukul 4.10 pagi namun dia tidak menyedari kerana sibuk di dapur.
“Beberapa minit kemudian saya cuba menghubungi ibu semula tetapi selepas beberapa kali mencuba panggilan saya tidak dijawab menyebabkan saya gelisah,” kata wanita itu yang tinggal di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Ruzilawati memberitahu, dalam keadaan tidak keruan itu tiba-tiba dia menerima panggilan daripada jiran di kampung memaklumkan rumah ibu bapanya terbakar.
Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Setapa Yusoff berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Menurut beliau, mayat pasangan warga emas itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban dekat sini untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarga.

Annan letak jawatan Utusan PBB

BEBERAPA pemuda berdiri di atas sebuah kereta kebal tentera Syria yang musnah di luar Masjid Azaz di utara bandar Aleppo kelmarin.


ALEPPO - Kuasa-kuasa dunia saling menuding jari semalam selepas bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan meletak jawatan sebagai utusan keamanan ke Syria berikutan inisiatif beliau untuk menamatkan pertumpahan darah di negara berkenaan gagal mendapat sokongan yang sepatutnya.
Ketika jet-jet pejuang dikerahkan untuk mengebom pemberontak yang bersenjatakan kereta kebal di sekitar ibu kota komersial negara berkenaan di sini, utusan PBB-Liga Arab itu menyuarakan kekesalan berhubung peningkatan kuasa ketenteraan dalam konflik di Syria yang berlanjutan selama 17 bulan.
Annan turut membidas tindakan saling menuding jari dalam kalangan anggota Majlis Keselamatan PBB. Menurutnya, perkembangan tersebut menghalang satu tindakan bersama dilaksanakan bagi menamatkan keganasan di Syria.
"Saya tidak menerima segala sokongan yang diperlukan untuk menjayakan inisiatif ini," kata Annan pada satu sidang media di Geneva.
"Anda perlu faham bahawa sebagai utusan keamanan saya tidak boleh lebih mementingkan keamanan berbanding Majlis Keselamatan atau masyarakat antarabangsa bagi tujuan ini," tambahnya.
Namun, beliau meramalkan Presiden Syria, Bashar Al-Assad akan tumbang suatu masa nanti.
Peletakan jawatan Annan mencetuskan pertikaman lidah terbaru dalam kalangan lima anggota tetap Majlis Keselamatan dengan Amerika Syarikat menyalahkan Rusia dan China kerana menggunakan kuasa veto untuk membatalkan tiga resolusi PBB berhubung konflik di Syria.
Namun, utusan Rusia ke badan dunia itu, Vitaly Churkin bertegas bahawa Moscow menyokong Annan sepenuhnya manakala Presiden Vladimir Putin menyifatkan perletakan jawatan beliau sebagai sesuatu yang amat dikesalkan.
Kekesalan itu turut disuarakan oleh China. Menurut Beijing, negaranya mahukan PBB memainkan peranan utama dalam menamatkan konflik di Syria.
Terdahulu, beberapa aktivis menyatakan lebih 20,000 orang terbunuh sejak rakyat Syria bangkit menentang rejim Bashar pada Mac 2011.
Sementara itu, keganasan terus berlaku di seluruh Syria dengan pertempuran untuk menguasai bandar raya ini menjadi semakin sengit.
Tentera Bashar kini menggunakan sejumlah jet pejuang untuk mengebom beberapa kawasan yang dikuasai pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA).
Pejuang-pejuang FSA pula melakukan serangan balas dengan membedil sebuah pangkalan udara di luar bandar raya ini. Mereka menggunakan beberapa kereta kebal yang dirampas daripada tentera Bashar.
"Kami pernah beberapa kali menyerang lapangan terbang ini tetapi ini kali pertama kami menggunakan senjata berat," kata seorang komander FSA, Abdel Aziz Salameh.
Dalam perkembangan berkaitan, Kumpulan Pemantau Syria Bagi Hak Asasi Manusia melaporkan sekurang-kurangnya 179 orang terbunuh dalam keganasan kelmarin termasuk 14 kanak-kanak, 43 askar dan 26 pemberontak. - AFP

Wartawan selidik kapal selam Britain


GAMBAR fail menunjukkan kapal selam HMS Poseidon.



SCHWANKERT


BEIJING - Seorang wartawan warga Amerika Syarikat yang tinggal di Beijing membuat satu penemuan yang mengejutkan di dalam buku dan filemnya yang akan diterbitkan.
Wartawan itu, Steven Schwankert membuat penyelidikan dalam buku dan filem tersebut mengenai sebuah kapal selam tentera British yang karam di perairan China pada tahun 1930.
Beliau mendapat tahu bahawa China menaikkan semula kapal selam tersebut, HMS Poseidon pada tahun 1972.
China menaikkan kapal selam tersebut tanpa memberitahu pihak Britain.
Pendedahan itu terdapat dalam bukunya, The Real Poseidon Adventure: China's Secret Salvage of Britain's Lost Submarine dan sebuah filem dokumentarinya.
Kapal selam itu karam pada 9 Jun 1931 selepas ia berlanggar dengan sebuah kapal kargo China dalam satu latihan.
Buku tersebut juga dijangka diterbitkan pada tahun 2013 oleh Hong Kong University Press.
Beliau melakukan penyelidikan itu sejak tahun 2006 selepas mendapati maklumat di dalam talian bahawa China telah menaikkan kapal selam tersebut.
Schwankert kemudian mencari akaun operasi untuk menaikkan kapal selam tersebut menerusi senaskhah majalah China pada tahun 2002.
Namun, persoalan timbul kenapa China memilih untuk menaikkan kapal selam itu.
Penyelidikan Schwankert itu menyebabkan Kementerian Pertahanan Britain meminta maklumat lanjut tentang kapal selam tersebut.
China kemudian mengesahkan bahawa kapal selam itu telah dinaikkan dari dasar laut namun maklumat lanjut itdak diberikan kerana rekod simpanan maklumat yang tidak teratur.
Schwankert menganggap terdapat banyak motif kenapa China menaikkan kapal tersebut.
Menurutnya, antara motif itu ialah China mungkin mengkaji pembinaan kapal selama tersebut atau mengitar semula besi kapal berkenaan.
Kapal selam itu dianggap yang paling moden milik Tentera Laut Diraja Britain.
Ia karam dalam tempoh empat minit dan terdampar sedalam 30 meter di dalam laut dekat sebuah pangkalan tentera Britain di Weihai, China.
Seramai 18 kru mati semasa ia karam. - Agensi

Tanam bangkai gajah


ORANG ramai menolak bangkai gajah untuk ditanam dekat stesen kereta api Panbari kelmarin.


GUWAHATI - Penduduk-penduduk dari sebuah kampung menanam bangkai seekor gajah betina dekat stesen kereta api Panbari, 50 kilometer dari sini kelmarin. Gajah itu mati pada Rabu lalu selepas haiwan tersebut dirempuh sebuah kereta api penumpang semasa ia menyeberangi landasan. - Reuters