Tuesday, July 31, 2012

BUANG ANAK...ZINA... ROGOL DLL TAK KAN SELESAI SELAGI HUKUM ALLAH DINAFI...TAK HUKUM CIPTAAN MANUSIA LAGI HEBAT...KALAU BEGITU KITA MENGANGGAP ALLAH ITU LEMAH....ROSAK IMAN KITA

Maut lepas koma dibelasah anak

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my

KUCHING: Seorang warga emas yang bertarung nyawa lebih seminggu selepas koma dipercayai akibat dipukul anak sendiri, disahkan meninggal dunia di hospital, semalam.
Difahamkan, mangsa, 77, dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dipercayai dipukul seorang anaknya berusia 40-an yang tinggal bersama lelaki berkenaan di rumahnya di Batu Kawa, di sini.
Menurut sumber, sejurus mangsa dimasukkan ke hospital, adik suspek membuat laporan polis mendakwa lelaki itu dipukul abangnya selepas berlaku pertengkaran.

Katanya, adik suspek mendakwa bapa ditolak dan dipukul suspek menyebabkan dia patah tulang rusuk.


“Sebaik menyedari mangsa jatuh dan tidak sedarkan diri, suspek membawa mangsa ke HUS bagi mendapatkan rawatan sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sehingga mangsa disahkan meninggal dunia hari ini (semalam).

Ady Putra kena tipu

Oleh Elrafaei Sapi, Mohd Firdaus Ibrahim dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my

Ady Putra
Ady Putra
KUALA LUMPUR: “Saya serahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat,” kata pelakon popular, Ady Putra, 31.
Pelakon berasal dari Singapura itu yang sering membintangi drama dan filem di negara ini berkata demikian ketika mengulas mengenai kerugian RM19,000 dialaminya kerana ditipu selepas melabur dalam satu pelaburan di Internet.
Menurut Ady, apa yang berlaku suatu yang bersifat peribadi dan dia dinasihatkan polis supaya tidak menceritakan kejadian itu secara terbuka kepada pihak media mahupun peminat.

“Tolong hormati pendirian saya kerana apa yang berlaku sudah menjadi kes polis. Apa yang boleh saya katakan, perkara itu kini menjadi milik kerajaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Ady yang turut membintangi filem pecah panggung, KL Gangster kini sedang menjalani penggambaran filem Balistik terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd di sekitar ibu kota, mengatakan kejadian itu boleh memberikan kesan pada dirinya secara peribadi termasuk karier seni.

Melutut sebelum rebah

Oleh Yusmawati Mhd Yusof
yusmawati@hmetro.com.my

MAUT...mayat mangsa dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Melaka, semalam.
MAUT...mayat mangsa dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Melaka, semalam.
MELAKA: Mahkamah Majistret di sini semalam, gempar seketika apabila seorang lelaki yang dituduh memiliki heroin tiba-tiba melutut di lantai sebelum rebah dan meninggal dunia di pangkuan ibunya sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Difahamkan sebelum kejadian kira-kira jam 3 petang itu, tertuduh, Fazlie Khamis, 28, dari Bachang, Batu Berendam, dibawa dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah ke mahkamah bagi menghadapi tuduhan memiliki heroin.

Menurut sumber, tertuduh yang dalam keadaan lemah duduk di atas bangku di luar kandang pesalah ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.
“Bagaimanapun, selepas pertuduhan dibacakan, tiada reaksi diberikan tertuduh yang ketika itu tunduk dengan air liur meleleh. Melihat keadaan tertuduh yang tidak sihat, kakitangan mahkamah menghubungi ambulans sebagai persediaan.

“Selepas tiada tindak balas daripada tertuduh, jurubahasa sekali lagi membacakan pertuduhan sama apabila melihat tertuduh mula bergerak, namun beberapa minit kemudian dia tiba-tiba jatuh melutut dan rebah ke lantai,” katanya.

Menurutnya, anggota perubatan yang tiba merawat tertuduh sebelum dia yang dipangku ibunya disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehuddin Abd Rahman berkata, tertuduh dibawa ke mahkamah bagi menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki 2.5 gram heroin.

“Mayat tertuduh dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) sehingga menunggu laporan penuh bedah siasat,” katanya.
Menurutnya, Fazlie ditahan sepasukan polis kira-kira jam 3.30 petang, 27 Julai lalu di Batu Berendam dan direman sehingga 31 Julai (hari ini).

Sementara itu, ibu tertuduh dikenali sebagai Sapiah, 60-an, berkata dia hanya menyedari kejadian menimpa anaknya selepas melihat kakitangan ambulans masuk ke mahkamah.

“Saya datang ke sini sejak pagi, namun tidak menemuinya. Sebelum kejadian saya duduk di luar dan melihat kakitangan ambulans masuk ke dalam mahkamah.

“Melihat keadaan kelam-kabut, saya turut masuk dan terkejut melihat Fazlie yang rebah. Saya segera memangkunya, tetapi ketika itu dia sudah lemah sebelum menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya,” katanya.
Mayat bayi lelaki ditemui di Taman Salak Jaya

31 Julai 2012
Mayat bayi lelaki ditemui di Taman Salak Jaya
Pihak polis mengangkat mayat bayi yang dijumpai di Taman Salak Jaya di sini, hari ini.- Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Mayat seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan dan cukup sifat ditemui di tepi sebuah longkang besar di Taman Salak Jaya di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata mayat itu ditemui kira-kira 10 pagi oleh orang awam yang lalu di kawasan itu.
"Bayi tidak berpakaian itu masih mempunyai tali pusat dan ditemui dalam keadaan mengiring di tebing longkang itu," katanya ketika ditemui Bernama.
Mohan berkata mayat bayi berkulit cerah itu dipercayai diletakkan di lokasi itu dalam tempoh 24 jam lepas dan bukan akibat dihanyutkan arus sungai berdekatan.
"Kami meminta sesiapa yang tahu atau melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan," katanya.
Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat. - Bernama

Mayat bayi lelaki ditemui di Taman Salak Jaya



KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan dan cukup sifat ditemui di tepi sebuah longkang besar di Taman Salak Jaya di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata mayat itu ditemui kira-kira 10 pagi oleh orang awam yang lalu di kawasan itu.

"Bayi tidak berpakaian itu masih mempunyai tali pusat dan ditemui dalam keadaan mengiring di tebing longkang itu," katanya ketika ditemui Bernama.

Mohan berkata mayat bayi berkulit cerah itu dipercayai diletakkan di lokasi itu dalam tempoh 24 jam lepas dan bukan akibat dihanyutkan arus sungai berdekatan.


"Kami meminta sesiapa yang tahu atau melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan," katanya.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat. - Bernama

Jual makanan ikut pintu belakang

Posted on the July 31st, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
Noraini (kiri) terkejut ketika aktivitinya menjual makanan dirakam Sinar Harian, semalam.
SUNGAI CHOH – Peniaga sebuah premis perniagaan terkedu melihat lensa kamera Sinar Harian merakam aktivitinya melayan pelanggan Melayu membeli makanan pada waktu siang, semalam.
Itu reaksi Marisol, 47, atau Noraini sebaik melihat wartawan Sinar Harian bersama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Stesen, Rosli Kahan tiba di kedainya di kawasan industri kecil, Taman Anugerah Suria, di sini.
Dia yang berniaga melalui pintu belakang restoran milik suaminya jelas terkejut dengan kehadiran Sinar Harian dan meminta maaf atas perbuatannya.


“Maaflah, saya tak akan jual lagi. Saya tahu saya salah,” katanya sambil kelihatan serba tidak kena.
Ditanya mengapa berniaga makanan di siang hari, Noraini menjelaskan tujuannya untuk mencari wang membayar sewa kedainya.
Menurutnya, dia terpaksa berniaga walaupun sedar suatu kesalahan memandangkan keadaan memaksa ditambah suaminya sakit kencing manis dan darah tinggi.
“Suami saya sakit dia tinggal di rumah saja jadi saya terpaksa berniaga untuk bayar sewa kedai,” katanya yang berasal dari Filipina.
Noraini dibantu dua pekerja warga Myanmar dan menjual makanan pelbagai lauk untuk hidangan semua pelanggan yang kebanyakannya Melayu.
Menurutnya, dia turut berniaga di bazar Ramadan namun pendapatan tidak seberapa kerana hanya menjual martabak.
Tinjauan mendapati rata-rata pelanggan di kedai tersebut adalah pekerja sebuah kilang pengeluar kereta di sini.
Sementara itu, Rosli berkata, setiap tahun apabila tiba Ramadan beliau menasihati peniaga restoran tersebut agar tidak berniaga di siang hari terutama kepada orang Islam.
Bagaimanapun, peniaga terbabit sering ingkar dan tetap berniaga melalui pintu belakang bermula seawal jam 10 pagi hingga 3 petang.
“Tinjauan saya semalam (kelmarin) sekitar jam 1.15 petang, ramai pelanggan yang makan dan membungkus makanan di kedai tersebut.
“Tapi, hari ini (semalam) kurang sebab pelanggan menyedari kehadiran saya bersama wartawan, mereka tidak berani mahu beli,” katanya.
Menurutnya, peniaga terbabit turut memberi isyarat kepada pelanggannya yang berhenti di depan kedainya supaya beredar bagi mengelak perbuatan mereka dirakam.
Sinar

Rais minta pandangan lagu tema Merdeka

Posted on the July 31st, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

Selepas kontroversi logo sambutan Hari Kebangsaan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim kini meminta pandangan umum mengenai lagu tema sambutan tersebut.
“Apa pandangan saudara tentang lagu Janji Ditepati? Di Youtube dah cecah 140k lebih. Tapi yg ‘ibu jari ke bawah’ ada juga,” tulisnya dalam Twitter lewat malam tadi.
Rais bagaimanapun mengakui bahawa lagu ini turut menerima



“beberapa ibu jari ke bawah” – ikon yang menunjukkan penonton YouTube tidak suka lagu tersebut.
Lagu tersebut, yang liriknya ditulis oleh Rais sendiri, telah dikritik oleh penulis lirik dan warga internet kerana tidak dapat membezakan antara konsep kenegaraan dan dasar kerajaan.
Paling ramai mensasarkan lirik “Janji telah ditepati, kini masa balas budi” yang dilihat sebagai kempen politik.
Lagu ini juga mempunyai selingan rap yang menggariskan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak seperti 1Malaysia kedai dan Bantuan Rakyat 1Malaysia.
Beberapa pengguna telah memuat naik lagu dengan liriknya ke YouTube, di mana satu yang dimuat naik pada 27 Julai meraih lebih 170,000 kunjungan.
Bagaimanapun, 20,546 penonton klik “tidak suka” manakala hanya 297 klik “suka”.
Melodi lagu itu dihasilkan oleh Aye, Jasnie dan Arman E 6.

Bangkai Haiwan Ganjil Muncul Di Amerika Syarikat

Posted on the July 31st, 2012 under Luar Negara by admin

  • Share

NEW YORK – Bangkai dari binatang aneh di pantai New York, Amerika Serikat (AS) menimbulkan tanda tanya besar. Binatang ini pantas disebut monster, karena jenisnya tidak diketahui.
Pihak Dinas Pertamanan New York bersikeras bahwa binatang itu adalah babi yang hanyut terbawa air sungai. Tetapi saat diteliti, binatang itu sama sekali tidak mirip dengan babi, anjing ataupun tikus.
Meski pihak pertamanan menilai binatang itu sebagai babi, tetapi dari kakinya tidak memperlihatkan seperti halnya seekor babi. Bahkan binatang itu memiliki lima jari pada kakinya, yang berbeda dari babi.


“Kami terkejut dengan penemuan itu, dan mengambil kamera serta mengambil foto binatang aneh ini. Saya yakin ini bukanlah seekor babi. Kakinya sama sekali tidak mirip dengan babi dan memiliki lima jari dari keempat kakinya,” ujar Denise Ginley yang menemukan binatang aneh tersebut, seperti dikutip Orange,Senin (30/7/2012).
“Saya kira (binatang) itu sebagai tikus raksasa, tetapi bisa jadi juga monster,” imbuhnya.
Banyak spekulasi menyertai penemuan monster ini. Warga yang melihat foto binatang itu mengatakan, binatang ini adalah hasil eksperimen yang gagal dari pemerintah.
Tetapi pihak dinas pertamanan kembali membantah binatang itu adalah hasil eksperimen. Mereka bersikeras binatang itu adalah seekor babi yang hanyut.

Kartunis Zunar menang kes saman kerajaan

Posted on the July 31st, 2012 under Politik by admin

  • Share

KUALA LUMPUR – Kartunis politik Zulkiflee SM Anwar atau dikenali sebagai Zunar, hari ini menang kes saman ke atas kerajaan dan empat yang lain berhubung tindakan pihak berkuasa merampas 66 buku dan satu lukisannya dua tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan Zunar.
Pada 15 Jun tahun lalu, Zunar memfailkan saman sivil ke atas kerajaan Malaysia dan empat defenden berhubung penangkapannya dan rampasan terhadap 66 buku Cartoon-O-Phobia serta sebuah lukisan kolaj pada 2010.


Beliau menamakan pegawai yang menahannya ASP Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Dipetik oleh The Star hari ini, Zunar berkata, keputusan mahkamah hari ini sebahagian kemenangan bagi kesemua kartunis politik memandangkan Vazeer memutuskan bahawa tindakan menahan buku-buku berkenaan adalah sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang, tetapi penahanan Zunar adalah sah pada waktu itu.
Sinar

Amerika masih gila senjata api



SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima atau enam tahun cuba mengangkat sepucuk raifal di sebuah kedai menjual senjata di Aurora.
“Sayang, ia terlalu besar untuk kamu. Kita cari yang lain,” kata ibunya.

, seolah-olah tidak tahu mengenai beramai-ramai yang berlaku di bandar Colarado itu beberapa hari sebelum ini.
Ia pemandangan biasa di negeri di tengah Amerika Syarikat itu, tempat yang mungkin memerlukan beberapa kejadian tembakan rambang hingga membunuh beberapa orang sebelum dapat menyedarkan rakyat yang bersemangat patriotik mengenai hak mereka untuk memiliki senjata seperti yang terkandung dalam Pindaan Kedua Perlembagaan negara itu. Pindaan Kedua Perlembagaan Amerika Syarikat memberi hak kepada rakyat negara itu memiliki dan menyimpan senjata.

Satu hujah yang dinyatakan oleh penyokong tegar hak untuk memiliki senjata itu ialah jika rakyat biasa mempunyai senjata, lelaki bersenjata tidak berakal seperti James Holmes akan ditembak mati sebelum dia membunuh lebih ramai orang.

“Jika saya ada di situ, saya sudah pasti membunuhnya,” itu yang diungkapkan mereka. Bercakap selepas Holmes menembak mati 12 orang dan mencederakan 58 yang lain dalam pawagam di Aurora, John Oberly, jurulatih ragbi berusia 51 tahun berkata, bukan hak untuk memiliki senjata yang mencetuskan masalah itu.

“Jika saya berada di situ, saya akan menghalang pembunuhan mangsa seramai itu. Malah, jika ada sesiapa yang membawa senjata, mereka pasti dapat menghalang sebahagian pembunuhan berkenaan,” katanya.

Pencabar Presiden Barack Obama pada pilihan raya November depan, Mitt Romney mengulangi sokongan padunya terhadap Pindaan Kedua Perlembagaan Amerika Syarikat seperti yang ditegaskannya minggu lalu bahawa kini bukan masanya untuk berusaha mewujudkan undang-undang baru mengenai senjata.
“Dengan keadaan emosi yang begitu tinggi ketika ini, sekarang bukan masa untuk berbincang mengenai politik yang berkait dengan apa yang terjadi di Aurora,” katanya.

Gesaan supaya dikaji semula undang-undang senjata meningkat selepas tragedi itu setelah diketahui Holmes membeli empat senjata berkenaan secara sah.

Selama lapan minggu dia mengumpulkan senjata dengan membelinya menerusi Internet. Ia termasuk 6,300 peluru: 3,000 untuk raifal separuh automatik AR-15, 3,000 lagi untuk dua pistol Glock dan 300 untuk senapang patahnya.

Holmes, 24, pelajar universiti, juga membeli satu magazin peluru khas untuk raifal AR-15 gaya tentera yang membolehkannya melepaskan 50 hingga 60 tembakan seminit.

Romney berkata, undang-undang senjata sudah cukup ketat dan tidak menjadi masalah.

“Saya masih percaya bahawa Pindaan Kedua kepada Perlembagaan Amerika Syarikat adalah hala tuju yang betul untuk mengekal dan mempertahankan diri dan saya tidak percaya undang-undang baru akan menghalang tragedi seperti itu daripada berulang. “Undang-undang amat ketat wujud di Aurora, Colorado. Pencabar kita bukannya undang-undang itu tetapi mereka yang mencabar undang-undang berkenaan, yang jelas terpesong daripada realiti dan melakukan perkara yang tidak pernah terfikir, terbayang dan yang tidak boleh kita jelaskan.

Oberly memerhati dengan teliti rak peluru di sebuah kedai menjual senjata di Aurora.

Khusus untuk memenuhi keperluan pemburu, kedai itu dihias dengan patung haiwan, termasuk singa, kerbau dan beruang serta menawarkan pelanggan senjata, raifal, pistol, kelengkapan pakaian dan perkhemahan. “Membeli senjata agak mudah sekiranya anda bukan penjenayah. Ia hanya memerlukan satu kertas kerja yang amat senang. Mereka akan memeriksa serta-merta dan selepas itu anda boleh membawa senjata itu pulang. Anda juga boleh meminta mereka menghantar senjata itu menerusi pos,” katanya.

Memang benar. Seorang wartawan AFP mendapati dia hanya perlu memberikan lesen memandu kepada penjual. Dengan lesen berkenaan, penjual terbabit boleh memeriksa rekod jenayah pembeli dan jika tidak ada, proses jual-beli itu boleh dilaksanakan dalam masa seminit.

Kerana itu Holmes boleh mengumpulkan senjatanya — dia tidak mempunyai rekod jenayah kecuali satu kesalahan memandu laju.

Aurora kini termasuk dalam senarai bandar di Amerika Syarikat yang pernah mengalami tragedi menggerunkan membabitkan senjata. Bandar lain termasuk Columbine (1999), Virginia Tech (2007) dan Tucson (2011).

Aktivis yang menyokong kawalan ketat terhadap senjata berkata, Amerika lebih terdedah kepada kejadian menembak secara rambang yang mengorbankan ramai mangsa berbanding negara lain kerana undang-undang di kebanyakan negeri di Amerika adalah terlalu longgar.

Mereka kecewa dengan pendirian Presiden Barack Obama. Bagaimanapun, pemerhati politik berkata, Obama boleh dianggap membunuh diri jika menjadikan soal undang-undang senjata sebagai isu pilihan raya ketika ini.

Beberapa kawasan penting yang menjadi rebutan pada pilihan raya November depan - Ohio, Pennsylvania dan Virgina misalnya, mempunyai populasi mesra senjata yang kekal dengan hak mereka untuk memiliki dan menyimpan senjata. - AFP

Maut kerana cinta tiga segi



KUALA TERENGGANU: Hubungan cinta tiga segi dengan seorang wanita warga Thailand dikenali sebagai ‘Mek Na’ dipercayai menjadi punca pergaduhan sehingga mengakibatkan kematian seorang lelaki warga Indonesia yang ditemui dalam keadaan berulat di dalam parit di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tapah, Payung, Sungai Tong, Setiu, Jumaat lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata mangsa dikenali sebagai Heri, 33, dikatakan menjalin hubungan dengan Mek Na yang dipercayai turut mempunyai hubungan cinta dan tinggal serumah bersama suspek utama, Abd Halim @ Zaki Idres, 51.

Menurutnya, Mek Na dan Abd Halim yang juga dikenali sebagai Zaki atau Pok Kee di kalangan penduduk kampung berkenaan disyaki melarikan diri bersama selepas kejadian terbabit tetapi dipercayai masih berada di negeri ini.
“Siasatan mendapati Zaki yang tidak memiliki permit sah sudah lima tahun berada di negeri ini dan bekerja sebagai penoreh getah di sebuah kebun milik rakyat tempatan di kawasan berhampiran.

“Dia juga dipercayai sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak. Bagaimanapun, isterinya yang juga warga Thailand berusia 44 tahun dikatakan menetap di Kelantan,” katanya.

No comments:

Post a Comment