Balas dendam dengan perkosa
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 3.30 petang Jumaat lalu, itu, dua lelaki berusia 30-an terbabit dipercayai meninggalkan nota berkenaan untuk ditujukan kepada suami wanita itu yang tiada di rumah.
Sumber berkata, ketika kejadian mangsa yang bersendirian di rumahnya berada dalam bilik air untuk mandi.
“Mangsa terkejut apabila melihat dua lelaki tidak dikenalinya berada di rumah.
Belum sempat menjerit meminta bantuan jiran, dua lelaki terbabit mengeluarkan senjata lalu mengugut untuk mencederakannya.
40 mercun bola meletup sekali
Oleh Mohamad Hussin dan Maria Uffa Zulkafli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
CEDERA...Mohd Sohibullah cedera parah di mata akibat letupan mercun di Kampung Kuala Kangkong, Alor Setar.
SAKIT...Tuah parah di mata dan dahi akibat letupan mercun.
“Saya dapat rasakan kesan letupan menyambar muka saya, manakala Tuah terpelanting hampir dua meter ke belakang sebelum pengsan,” kata Mohd Sohibullah Saad, 27, yang berkemungkinan buta mata kiri selepas bungkusan berisi lebih 40 mercun bola meletup di Kampung Kuala Kangkong, dekat Simpang Empat, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam, anak jirannya, Tuah Mohamad Hafiz Mohd Razli, 8, yang berada berdekatan Sohibullah, mengalami kecederaan parah di dahi dan badan.
Difahamkan, ketika kejadian Sohibullah yang bekerja di sebuah syarikat percetakan di sini, dikatakan bermain mercun bola seorang diri di halaman rumahnya, sebelum didatangi Tuah yang kemudian menyertainya.
Mercun bola itu dibeli Sohibullah di bazar Ramadan di Tandop, di sini, dua hari lalu dan merancang bermain bersama Tuah sementara menunggu waktu berbuka puasa, petang kelmarin.
Malam berdarah 5 rakan
Oleh Mohd Fauzi Abdullah dan Khairulmizan Yahya
fauzie@hmetro.com.my
fauzie@hmetro.com.my
HANCUR...keadaan kereta yang dinaiki mangsa selepas terbabit nahas dengan treler muatan bijih besi, kelmarin.
Mangsa terbunuh di tempat kejadian adalah pemandu kereta, Mohd Shahhidan Shaari, 26; Mohd Shahafiz Othman, 22 dan Muhd Taufik Abd Rahman, 20, masing-masing dari Kampung Gong Pasir dan Kampung Sura Hujung, Dungun, Terengganu.
Seorang lagi penumpang, Ahmad Nazrin Hafizi Abdul Latif, 19, dari Kampung Sura Hujung meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan (HTAA), di sini, pada jam 6 pagi semalam, manakala seorang lagi rakan mereka, Wan Samsiah Wan Abdul Ghani, 16, dari Jalan Nibong Stesen, Dungun, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Ketika kejadian kira-kira jam 11.15 malam itu, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Dungun sebelum singgah sebentar di bandar ini selepas pulang dari Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, bagaimanapun pemandu kereta Honda, Mohd Najib Mohamad Don, 31, bersama isteri, Nur Anisa Ali, 29, dan seorang anak perempuan mereka berusia lapan bulan, Anis Umaira yang dalam perjalanan dari Rompin ke Kampung Kubang Tangga, Terengganu tidak cedera.
10 tahun terbengkalai
Oleh Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Beliau berkata, selain tertekan dengan tuntutan hutang bank, pembeli kecewa dengan tindakan pemaju yang hanya pandai berjanji, tetapi tidak ditepati. “Rumah ini sudah lama terbiar. Kami sedih melihat rumah idaman tidak dapat diduduki bersama keluarga. “Oktober nanti saya akan bersara. Apabila sudah tidak bekerja, macam mana saya hendak bayar hutang bank dan menyara empat anak yang masih belajar? Saya juga terpaksa membayar duit sewa rumah yang kami duduki sekarang,” katanya yang terpaksa menanggung hutang rumah berkenaan sebanyak RM737 sebulan.
Projek perumahan pangsapuri lima tingkat berharga RM65,000 hingga RM98,000 itu sepatutnya siap pada 2005. Pengerusi Persatuan Pembeli, Fauzi Mohd Nor berkata, beberapa pertemuan sudah diatur antara pembeli dengan wakil pemaju, pihak bank termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, namun belum dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini.
Katanya, pemaju hanya berdiam diri dan meminta pembeli supaya bersabar biarpun sudah banyak kali aduan dibuat terhadap mereka.
Beliau berkata, akibat daripada itu, penduduk makin berang dengan sikap pemaju dan meminta mereka mengambil serius terhadap aduan yang dilakukan.
Suami pengasuh buat dajal
Dalam kejadian itu, mangsa diasuh isteri suspek di rumah mereka sejak dua bulan lalu dan suspek yang berusia 31 tahun mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya keluar ke kedai.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, kejadian itu hanya disedari bapa mangsa jam 8 malam pada hari kejadian selepas dimaklumkan isterinya bahawa mangsa mengadu sakit di kemaluannya.
“Mangsa menceritakan kepada bapanya suspek mengajaknya memasuki bilik air menyebabkan bapa mangsa mengesyaki anaknya menjadi mangsa rogol,” katanya.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek melakukan perbuatan itu ketika isterinya keluar ke kedai dan ketika di dalam bilik air, mangsa didukung dalam keadaan bogel sebelum dirogol dan diliwat suspek beberapa kali.
Katanya, siasatan juga mendapati dalam tempoh mangsa dihantar ke situ suspek hanya melakukan perbuatan itu sekali.
Berikutan itu, suspek yang juga pemandu lori ditahan di rumahnya pada hari sama. Kes disiasat mengikut Seksyen 376/511 dan Seksyen 377c Kanun Keseksaan dan suspek direman hingga 3 Ogos depan bagi membantu siasatan.
Biar anak didera mati di hospital
Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki itu yang menunggu rawatan di unit kecemasan gagal diselamatkan doktor dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.15 pagi.
Sumber polis berkata, dalam kejadian itu, sepasang suami isteri yang tinggal berdekatan PPUKM menghantar seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak mereka ke unit kecemasan.
“Ketika dibawa ke PPUKM, kanak-kanak terbabit yang tidak sedarkan diri ditempatkan di unit kecemasan untuk rawatan.
“Beberapa minit kemudian, ibu bapa kanak-kanak itu keluar sebelum menaiki sebuah kereta yang sedia menunggu mereka di pekarangan PPUKM dan melarikan diri,” katanya.
Menurutnya, beberapa kakitangan unit kecemasan PPUKM yang menyedari tindakan itu cuba mengejar mereka namun terlambat.
Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas kanak-kanak itu mendapati mangsa didera ibu bapanya berikutan wujud kesan calar dan lebam di seluruh badannya.
Selepas disahkan meninggal dunia, doktor yang merawat mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini.
Katanya, siasatan lanjut dijalankan untuk menjejaki ibu bapa mangsa.
Eksekutif TV9 ditemui mati
Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa, Syaleza Jaffar, 31, ditemui suaminya dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah mereka sebelum dia menghubungi hospital bagi mendapatkan bantuan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, sehingga kini pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
“Kami sudah merakam percakapan daripada suami mangsa sendiri selain mendapatkan keterangan daripada beberapa saksi termasuk jiran mengenai motif sebenar kejadian.
“Sehingga kini, kami tidak memperoleh sebarang bukti menunjukkan wujud unsur jenayah dalam kes berkenaan namun siasatan lanjut dilakukan Unit Forensik dan Patalogi Polis Selangor,” katanya yang ditemui di tempat kejadian petang semalam.
Bapa mangsa, Jaffar Bakri, 60, yang ditemui di Bilik Mayat Hospital Sungai Buloh (HSB) berkata, dia dimaklumkan mengenai kematian Nur Syaleza kira-kira jam 9.30 malam sebelum dia dan isterinya bergegas ke hospital berkenaan dari Segamat, Johor.
“Arwah ada menghubungi saya Jumaat lalu dan berbual seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam percakapannya itu,” katanya yang tiba di hospital kira-kira jam 2 pagi semalam.
Katanya, kali terakhir dia bertemu anak keduanya itu ketika dia pulang ke kampung bersama suami dan anak lelakinya berusia tiga tahun, sebulan lalu.
“Kami turut bersedih atas kehilangan rakan sekerja yang peramah, rajin dan sangat berdedikasi terhadap kerja. Sebagai sokongan moral kepada keluarga mangsa, kami akan melakukan segala yang termampu bagi membantu termasuk menyediakan kaunseling bagi mengharungi detik sukar ini,” katanya.
Pelacur pakai ‘jubah’
Jubah atau lebih tepat baju lokap itu dikenakan kepada wanita yang ditahan bagi menutup tubuh badan mereka yang memakai pakaian terlalu seksi dan menjolok mata.
Selalunya, pakaian itu dibekalkan kepada pesalah wanita yang ditahan atau dimasukkan ke lokap, namun disebabkan Ramadan, pakaian itu terus diberikan kepada mereka yang ditahan di lokasi kejadian dalam serbuan kira-kira jam 11 malam itu.
Ketua Operasi, Inspektor Roslin Mohd Is, berkata serbuan itu dilakukan hasil maklumat awam dan risikan polis dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis (IPD) Serdang dan Majlis Perbandaran Subang Jaya yang mengesyaki wanita terbabit menyediakan khidmat seks.
“Pemeriksaan lanjut pihaknya mendapati semua wanita yang ditahan menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya.
Palu kompang kejut sahur
Oleh Ardyhansah Amat
ardyhansah@hmetro.com.my
ardyhansah@hmetro.com.my
Tidak hanya menaiki lori sambil memalu kompang dan gong, Kumpulan Anak Seni Seri Aman (Kassa) itu turut menunggang hampir 15 motosikal meredah setiap ceruk kampung sambil menyanyikan lagu khas dan zikir, sesuai dengan kemuliaan Ramadan.
Muhammad Aqra Mohd Awaludin, 14, berkata, dia bersemangat berkumpul seawal jam 3 pagi semata-mata tidak mahu terlepas mengikuti program mingguan pemuda kampung berkenaan.
“Ini kali kedua saya menyertainya. Cukup menyeronokkan walaupun terpaksa bangun awal pagi bersama rakan lain untuk mengejutkan orang ramai bersahur.
“Apatah lagi ia hanya dibuat sekali seminggu iaitu pada hujung minggu, sudah tentu tidak mengganggu waktu persekolahan, malah ibu dan ayah juga menggalakkan saya menyertainya kerana menganggap ia perkara berfaedah,” katanya, semalam.
Selain remaja belasan tahun seperti Muhammad Aqra, program Kompang Kejut Sahur itu turut menarik perhatian golongan sudah bekerja untuk menyertainya.
Mohd Shamrey Norzan, 26, berkata, aktiviti seperti itu dapat memelihara budaya masyarakat Melayu dan Islam ketika meraikan bulan puasa.
“Minggu awal puasa ini, kebiasaannya kami akan meraikan waktu berbuka hingga lupa waktu bersahur juga perlu disambut dengan meriah.
“Saya bangga dan gembira kerana melihat rakan lain terutama pelajar bersemangat bersama-sama menyertai program ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Puchong, Azmir Yuzaimi Mohd Yunos berkata, program seperti itu dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung khususnya remaja.
“Sudah dua tahun program ini diadakan dan bilangan penyertaan semakin bertambah. Saya melihat ia satu program yang baik yang cuba diterapkan kumpulan anak muda ini.
“Sebagai rekod, 95 peratus kawasan Puchong adalah bandar manakala hanya lima peratus terdiri daripada kampung tradisional. Jadi, perlu aktiviti tradisi termasuk mengejutkan orang ramai bangun bersahur dipraktikkan terutama membabitkan remaja,” katanya.
Ketua Kumpulan Kassa, Kamsani Kamarudin berkata, pihaknya meneruskan program Kompang Kejut Sahur itu selepas mendapati ia mendapat sambutan menggalakkan serta meninggalkan kesan positif ketika menganjurkannya kali pertama tahun lalu.
“Selain mengadakan program berfaedah, sekurang-kurangnya golongan muda khususnya pelajar dapat melakukan aktiviti bersama-sama orang dewasa, sekali gus mendidik mereka supaya mengamalkan budaya mesra masyarakat kampung,” katanya.
Putera Arab diheret keluar dari pesawat
Lelaki berusia 28 tahun itu, percayai anggota rapat keluarga Raja Bahrain, Hamad bin Isa Al-Khalifa, menaiki pesawat Boeing 777 di Lapangan Terbang Heathrow, London, apabila dia mula menjerit dan mengadu mengenai perkhidmatan buruk dalam penerbangan BA125 ke Doha, Qatar, menerusi Bahrain.
Kakitangan pesawat terpaksa memanggil polis yang tiba dengan pistol renjatan elektrik selepas dia menyerbu masuk ke kokpit dan enggan kembali ke tempat duduknya, lapor akhbar The Sun. - TS
Kumpulan radikal Hindu serang pengunjung resort
Sekurang-kurangnya 50 lelaki mengaku sebagai anggota kumpulan Jagaran Vedike, kumpulan Hindu berhaluan kanan, menyerbu resort swasta di selatan Karnataka dan menyerang berbelas-belas pengunjung yang sedang berpesta, kata agensi berita Press Trust of India.
Ketua Menteri Karnataka, Jagdish Shettar berkata, “Lapan orang yang terlibat dalam kejadian ini telah ditahan dan mereka akan didakwa melakukan jenayah.” - AFP
Temu keluarga selepas 34 tahun
SEBELUM PINDAH...Susan dan suami, Sid bersama anak mereka, Joanna.
SUSAN...gambar terbaru.
Keluarganya yang tidak tahu dia menghidap amnesia selepas terbabit dalam kemalangan kereta menyangka dia sudah meninggal dunia.
Tetapi, selepas 34 tahun, apabila ingatannya pulih secara perlahan-lahan, dia mengejutkan anggota keluarganya dengan menghubungi mereka menerusi Facebook.
Susan, 61, yang masih menetap di Afrika Selatan, dibantu untuk menjejaki keluarganya di Rotherham, Yorkshire Selatan oleh keluarga yang dia tumpang di Johannesburg.
Kini, dengan perkembangan yang mengejutkan itu, adiknya, Colin, 39, Dawn, 58, Julie, 50 dan Gail, 52, berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan pasport bagi membolehkan kakak mereka kembali ke Britain.
Susan berlepas ke Afrika Selatan bersama suami, Sud dan empat anak.
Apabila keluarganya tidak memperoleh berita daripadanya, mereka cuba menjejakinya menerusi Pertubuhan Palang Merah dan pertubuhan amal Kristian.
Akibat daripada kemalangan yang dialaminya menyebabkan dia sukar mengingati identiti sebenarnya.
Keadaan itu menyebabkan suaminya meninggalkannya bersama-sama empat anak mereka.
Joanna, 43, Jason, 40, Adele, 38, dan Amanda, 36, kembali ke Britain dan Susan masih belum dapat berhubung dengan mereka kerana ingatannya masih belum kembali sepenuhnya.
Dia tinggal bersama anggota keluarga yang berbeza di seluruh Afrika Selatan, bertarung dengan penyakit barah payu dara tanpa keluarga dan bekerja sebagai pembantu rumah.
Selepas tinggal bersama keluarga January barulah dia memperoleh bantuan untuk menghubungi keluarganya di Britain.
Keluarga berkenaan yang membantu mereka yang memerlukan selepas mereka sendiri pernah mengalami keadaan tidak mempunyai rumah, memberi bantuan paling berharga dalam membolehkan Susan berhubung dengan keluarganya menerusi laman sosial itu.
Bercakap kepada akhbar Daily Mirror, adiknya, Colin memuji jasa keluarga January itu.
“Keluarga itu sungguh luar biasa. Kami terhutang budi pada keluarga January,” kata Colin.
Dawn pula berkata: “Sejak beberapa tahun lalu, ingatan Susan kembali pulih, sedikit demi sedikit.
“Mulanya kami menyangka ditipu. Tetapi apabila kami menerima gambarnya, kami serta-merta tahu itulah kakak kami.
“Kami berasa lega dan sayu. Kami sedih kerana ia tidak berlaku tiga tahun lalu apabila ibu dan bapa kami masih hidup.”
Kedua-dua ibu bapa Susan, Colin dan Mavis meninggal dunia pada 2009.
Menurut keluarga itu, ibu bapa mereka enggan berpindah dari rumah asal mereka kerana masih berharap Susan akan kembali mencari mereka. - DM
No comments:
Post a Comment