Thursday, August 2, 2012

BILA TIADA KESABARAN...EGO...SAMA2 KERAS KEPALA...KESANNYA BOLEH MEMBAWA MAUT...ALLAH BERSAMA2 YANG SABAR....SYAITAN MEMANG SUKA KITA BERGADUH2

Mengemis mengaku mualaf



DEGIL ...pengemis ditahan pengawai Jabatan Kebajkan Masyarakat.
DEGIL ...pengemis ditahan pengawai Jabatan Kebajkan Masyarakat.
SHAH ALAM: Mahu mendapatkan wang dengan cara mudah, dua beradik wanita bukan Islam berusia 71 dan 66 tahun sanggup memakai tudung dan jubah serta mengaku sebagai mualaf ketika mengemis di pasar Ramadan Seksyen 13 di sini.
Bagaimanapun, aktiviti penyamaran dua beradik itu terbongkar apabila ditahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor dalam Operasi Pemutihan Pengemis, Peminta Sedekat dan Kutu Rayau di kawasan itu kira-kira jam 5 petang, kelmarin.

Mereka yang tinggal di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dikatakan sanggup berulang-alik ke sini setiap hari dengan bas semata-mata untuk melakukan kegiatan itu sejak hari pertama Ramadan.
Difahamkan, mereka tiba dengan berpakaian biasa sebelum menukar ‘imej’ kepada wanita Islam dengan memakai tudung dan jubah. Seorang daripada wanita terbabit ketika ditemui berkata, dia tidak berniat menipu sebaliknya gembira kerana menampilkan imej yang didakwanya sesuai dengan konsep satu bangsa Malaysia.

“Ini bukan penyamaran tetapi saya mahu tunjukkan satu bangsa. Saya minta sedekah ini kerana kami dua beradik hidup susah dan terpaksa menanggung seorang anak cacat,” katanya.

Dalam operasi itu, JKM Selangor menahan enam lagi pengemis dan ada antara mereka mendakwa melakukan aktiviti berkenaan dengan kebenaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sementara itu, Pengarah JKM Selangor, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata, semua yang ditahan dibawa ke Pusat Sehenti Bina Diri di Sungai Buloh.

Maut dibaling batu

Oleh Yusmawati Mohd Yusof
yusmawati@hmetro.com.my

MELAKA: Akibat pertelingkahan keluarga berpunca daripada masalah meletak kereta, seorang jurujual maut dalam satu pergaduhan membabitkan lebih 20 individu di sekitar Tanjung Kling, dekat sini.
Mangsa, Mohd Faizal Harun, 34, pada mulanya cedera parah di kepala selepas dibaling batu bata ketika pergaduhan kira-kira jam 5 petang 28 Julai lalu, namun disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 11.50 malam Selasa lalu.
Menurut sumber, pergaduhan itu berpunca apabila sebuah kereta terhalang ketika mahu keluar rumah, menyebabkan berlaku pertikaman lidah dengan anggota keluarga yang tinggal bersebelahan.

“Pergaduhan antara dua keluarga itu bertambah buruk apabila rakan dan saudara lain turut campur tangan hingga membabitkan lebih 20 orang,” katanya di sini, semalam.


Menurutnya, dalam pergaduhan itu pelbagai senjata digunakan termasuk kerambit, batu bata, besi, kayu dan pasu bunga hingga mengakibatkan beberapa yang lain cedera.

Patah balik untuk mati

Oleh Junaidi Ladjana dan Norasikin Daneh
hmkk@hmetro.com.my

TERDAMPAR...ikan paus ditemui tersadai di pesisir pantai berhampiran Kampung Binturu, Kuala Penyu.
TERDAMPAR...ikan paus ditemui tersadai di pesisir pantai berhampiran Kampung Binturu, Kuala Penyu.
KUALA PENYU: Usaha beberapa agensi kerajaan dengan kerjasama penduduk kampung gagal menyelamatkan nyawa seekor ikan paus seberat lebih 10 tan yang terperangkap dalam kawasan air cetek di muara Sungai Sitompak, dekat sini, kira-kira 200 meter dari sebuah limbungan kapal, semalam.
Penguasa Perikanan Daerah Kuala Penyu, Julin Bagang berkata, paus sepanjang kira-kira 17 meter spesies Balen itu ditemui pekerja Taman Pulau Tiga yang kebetulan melalui lokasi berkenaan untuk ke Pulau Tiga, kira-kira jam 9 pagi semalam, sebelum memaklumkan kepada pihaknya.
Menurutnya, spesies paus itu dikenal pasti selepas pihaknya merujuk kepada seorang pensyarah di Universiti Malaysia Terengganu.

“Kami sudah merujuk kepada pakar dan berdasarkan kriterianya, dipercayai ikan paus ini adalah spesies Balen,” katanya.


Julin berkata, paus itu mati kira-kira jam 8 malam tadi selepas pihaknya mendapati tiada sebarang reaksi daripada mamalia itu.

‘Saya sudah 11 tahun mati’

Oleh Mohamad Fahd Rahmat
am@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: “Saya umpama hantu bernyawa. Walaupun masih hidup, tetapi ‘dimatikan’ oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” kata Siti Salbiah Kasmori, 45, yang mengalami pelbagai kesukaran dalam kehidupan kerana di dalam rekod JPN, dia sudah meninggal dunia 11 tahun lalu.
Ibu tunggal itu berkata, sejak kesilapan itu berlaku 11 tahun lalu, dia sudah membuat aduan kepada kepada JPN tiga kali pada 2001, 2006 dan 2008, namun masalah itu belum diselesaikan.
“Masalah ini menyukarkan hidup saya. Lebih teruk, saya tidak boleh menerima pencen arwah suami kerana secara rasminya saya sudah mati. Selain itu, saya risau keluar rumah kerana bimbang ditahan polis.

“Malah, pada Pilihan Raya Umum ke-12 empat tahun lalu, saya tidak dibenarkan mengundi kerana dalam rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) saya sudah meninggal dunia,” katanya yang ditemui di rumahnya di Bandar Seri Alam, Masai, dekat sini.


Siti Salbiah berkata, dia menyedari status dirinya dikategorikan sudah meninggal dunia oleh JPN ketika mahu memohon MyKad baru diperkenalkan kerajaan pada 2001.

Bala ponteng kelas



DE terpaksa menderita  sebelum anggota bomba dapat memotong bilah pagar berkenaan dan mengejarkannya ke hospital.
DE terpaksa menderita sebelum anggota bomba dapat memotong bilah pagar berkenaan dan mengejarkannya ke hospital.
BEIJING: Seperti pepatah “buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat,” begitulah takdir menimpa seorang pelajar yang cuba ponteng sekolah semalam.
Gara-gara ingin melarikan diri dari kelas, De Fang menderita kesakitan amat sangat selepas bahunya ditembusi pagar sekolah.

De, 16, dilaporkan melarikan diri dari kelas dan memanjat pagar sekolahnya di daerah Suixi di wilayah Anhui, tengah China.
Bagaimanapun, dia tersilap langkah dan tergelincir, menyebabkan satu daripada bilah pagar itu tercucuk bahu kanannya.

Media tempatan melaporkan, De menjerit sekuat hati untuk meminta tolong.

Dia bernasib baik kerana suaranya segera didengari pelajar lain yang bertindak pantas menghubungi pihak sekolah.

Anggota bomba kemudian dikejarkan ke sekolah untuk menyelamatkan De.

Saksi berkata, anggota bomba terpaksa mengangkat tubuh De ke udara untuk beberapa ketika sebelum mereka dapat memotong pagar berkenaan. Dia kemudian dikejarkan ke hospital tempatan untuk menjalani pembedahan kecemasan. Jurucakap hospital berkata, doktor memerlukan masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan bilah besi itu sebelum dapat merawat kecederaannya. Sementara itu, De berkata, dia berasa begitu gementar ketika melompat pagar berkenaan.
Keadaan itu, katanya, menyebabkan tapak tangannya basah kerana berpeluh. “Saya tersalah langkah dan tergelincir ketika memanjat pagar,” katanya. - DM

Kaki raba payudara dalam lif ditahan

KUALA LUMPUR: Sikap keji seorang lelaki mengambil kesempatan terhadap jiran perempuannya dengan menyentuh buah dada mereka ketika berada dalam lif, membawa padah apabila dia ditahan kelmarin, selepas mangsa terbarunya membuat laporan polis.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, remaja perempuan berusia 18 tahun yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Raya Permai, Sungai Besi di sini, menaiki lif bersama beberapa penduduk lain.

Ketika dalam lif, dia ternampak seorang lelaki, juga tinggal di kawasan perumahan itu yang sering melakukan perbuatan kurang sopan terhadapnya serta mengambil kesempatan terhadap wanita ketika berada dalam lif.
Menurutnya, mangsa mendapat tahu daripada jiran lelaki itu bersikap keji bergesel dengan perempuan sebelum menyentuh buah dada mereka.

“Seperti biasa, mangsa menjauhkan diri namun lelaki berkenaan menunggu semua orang keluar dari lif sebelum menghalang mangsa menyebabkan mereka bergesel ketika remaja itu hendak keluar dari lif.

“Peluang berkenaan digunakan lelaki itu untuk meraba buah dada mangsa sebelum mentertawakannya. Mangsa yang hilang sabar dengan tindakan lelaki itu membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi,” katanya.

Susulan laporan itu, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Seksual dan Penderaan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menahan suspek berusia 35 tahun itu di rumahnya kelmarin.

Buru lelaki Bangladesh

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Polis memburu seorang lelaki warga Bangladesh disyaki terbabit dalam kejadian menyamun seorang wanita tempatan di tempat letak kereta Publika Shopping Gallery, Solaris Dutamas di sini, baru-baru ini.
Suspek yang bekerja sambilan sebagai tukang cuci di pusat beli-belah berkenaan, hanya dikenali sebagai Robiel, dipercayai menyamun penganalisis kewangan itu pada 24 Julai lalu.

Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Asisten Superintendan, Zuraidah Samsudin berkata, setakat ini polis sudah mempunyai gambaran suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan meminta orang ramai membantu mengesan suspek.
“Dalam kejadian jam 3.45 petang di tingkat B7 pusat beli-belah terbabit, suspek dipercayai menyamun mangsa dan melarikan dompet serta telefon bimbit mangsa.

“Orang ramai mempunyai maklumat atau mengenali suspek diminta menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di talian 03- 21460522 sambungan 597, Hotline Polis KL (Rakan Cop) di 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728 atau balai polis berhampiran,” katanya.

Sementara itu, Zuraidah berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Kuala Lumpur, turut meminta orang ramai membantu mengesan seorang wanita tempatan dikehendaki sebagai saksi pendakwaan awam bagi satu kes dadah.

Nur Hayati Mohd Rosli, 21, beralamat Nombor 53, Kampung Malay Reserve, Tambun Perak, dikehendaki hadir perbicaraan pada 6 hingga 10 Ogos di Mahkamah Tinggi Jenayah (3) Kuala Lumpur.

“Kali terakhir Nur Hayati dikesan ialah di E-10-3, Mentari Court Bandar Sunway, Selangor,” katanya.
Orang ramai mempunyai maklumat atau mengenalinya diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Kumbat Anak Tan di talian 013-8944360 atau Pusat Kawalan IPKKL di talian 03-21460584/585 selepas waktu pejabat,” katanya.

No comments:

Post a Comment