Sunday, July 29, 2012

HATI2 DIJALAN RAYA...PANDU DENGAN CERMAT...JANGAN SOMBONG BONGKAK...MOHON PERLINDUNGAN ALLAH SWT...LAKSANA UNDANG2 ALLAH UNTUK MEMBENTERAS ZINA...ROGOL..CURI ...TAK SOLAT DLL

Eksekutif wanita TV9 ditemui mati

29 Julai 2012
PETALING JAYA - Seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata mayat Syaleza Jaffar, 31, ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya, Norazman Bashah, pada kira-kira 7 malam.

"Mayat mangsa ditemui di bilik kedua rumah mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati tidak ada unsur jenayah dalam kejadian itu dan buat masa ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Sementara itu, bapa mangsa Jaffar Bakri, 60, berkata beliau hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anak sulungnya.

"Anak saya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh suami Syaleza kira-kira 9.30 malam tadi," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat, Hospital Sungai Buloh di sini.

Jaffar berkata Syaleza menghubungi ibunya pagi semalam dan memberitahu dirinya tidak sihat.

"Selalunya dia akan berbual panjang tetapi semalam perbualannya tidak lama," katanya yang tinggal di Segamat, Johor.

Beliau berkata Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. - Bernama
Bongkar rahsia gadis lahir bayi sendirian
RAHAYU MUSTAFA
29 Julai 2012
ACP-K-Manoharan
$entry.content.caption.value
KUALA TERENGGANU – Tanpa pengetahuan keluarga, seorang gadis berusia 22 tahun melahirkan bayi lelaki hasil hubungan luar nikahnya seorang diri di rumah keluarganya di Kampung Lubuk Pandan, Wakaf Tapai, Marang kelmarin.

Bagaimanapun, rahsia keterlanjuran gadis itu terbongkar apabila adik lelaki bongsunya ternampak banyak darah mengalir dari lantai bilik kakaknya sebelum memaklumkan kejadian itu kepada ibunya kira-kira jam 2 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, ketika kejadian, gadis berkenaan dilaporkan berada seorang diri dalam bilik manakala ibu dan ahli keluarga lain duduk di ruang tamu.

“Setelah dimaklumkan anak bongsu, ibunya ke bilik gadis tersebut dan mendapati dia sudah melahirkan seorang bayi lelaki.

“Ibunya yang berusia 49 tahun kemudian menghubungi pihak polis sebelum gadis itu dan bayinya dibawa ke hospital menggunakan ambulans,” katanya, di sini semalam.

Bagaimanapun kata Manoharan, bayi malang yang cukup sifat itu dilaporkan meninggal dunia.

“Berdasarkan siasatan awal, ibunya memaklumkan tidak mengetahui anak gadisnya yang tidak bekerja itu hamil dan kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.
Peniaga buah maut diseret 12 meter
Wartawan Sinar Harian
29 Julai 2012
Mayat mangsa terperosok di bawah lori.
Mayat mangsa terperosok di bawah lori.
Buah-buahan dijual mangsa bertaburan di tempat kejadian.
Buah-buahan dijual mangsa bertaburan di tempat kejadian.
RANTAU PANJANG - Seorang peniaga buah di sini maut selepas gerainya yang terletak di Kilometer 19 Rantau Panjang Pasir Mas di Kampung Gual Tinggi dirempuh sebuah lori petang kelmarin.

Rempuhan lori membawa muatan tanah bijih besi itu menyebabkan mangsa, Nik Mariam Nik Ya, 52, diseret kira-kira 12 meter dari gerainya.

Kejadian kira-kira 1 petang itu menyebabkan mangsa cedera parah pada beberapa anggota badan, sementara pemandu lori lelaki berusia 30 tahun dan berasal dari Kampung Pulau Pak Amat, hanya cedera ringan serta mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Pasir Mas.

Buah-buahan seperti nanas bertaburan di atas tanah sekitar tempat berniaga dan motosikal milik mangsa yang terletak di tempat kejadian turut rosak.

Anak kedua mangsa, Siti Mariam Daud, 31, berkata, ibunya seolah-olah tahu ajalnya sudah dekat apabila memaklumkan kepada rakannya sehari sebelum kejadian merupakan kali terakhir dia memesan buah untuk dijual.

Siti Mariam memberitahu ibunya tidak memaklumkan sebabnya dan rakannya pula tidak menyangka yang itu merupakan perubahan sikap yang ditunjukkan arwah sebelum kejadian.

“Disebabkan tinggal berasingan, saya tidak pasti masa emak keluar berniaga, kadangkala dia keluar menoreh terlebih dahulu sebelum berniaga buah,” katanya.

Siti Mariam juga berkata, ibunya turut menyuarakan hasrat membeli baju untuk dipakai pada hari raya nanti dan bercadang menjahit manik.

Menurutnya, sepupunya pula ada memberitahu pada malam kejadian ibunya merasa letih dan mengantuk daripada biasa.

“Selepas ibu beritahu keadaannya ketika itu, sepupu bertanya sama ada dia makan ubat atau sebaliknya.

“Ibu beritahu sepupu dia tidak makan ubat memandangkan dia tidak ada sebarang penyakit,” katanya.

Siti Mariam berkata, Selasa lalu merupakan hari terakhir dia berjumpa ibunya ketika berbuka puasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati pemandu yang memandu sendirian itu dipercayai mengantuk.

Menurutnya, mayat peniaga buah yang berniaga di jalan Rantau Panjang ke Pasir Mas di Kampung Gual Tinggi itu terseret kira-kira 12 meter ke dalam parit.

“Pemandu cedera ringan sementara mangsa meninggal di tempat kejadian,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat mangsa dikeluarkan dengan kerjasama penduduk dan Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang.
Padah ingkar amaran berhenti
NORAIZURA AHMAD
29 Julai 2012
Keadaan Proton Waja yang remuk selepas bertembung dengan Proton Gen2 di persimpangan Taman SPPK, Seg
Keadaan Proton Waja yang remuk selepas bertembung dengan Proton Gen2 di persimpangan Taman SPPK, Segambut, malam kelmarin. Gambar kecil: Dua suspek yang cedera diberi rawatan se
KUALA LUMPUR – Tindakan pantas seorang pemandu membuat laporan polis selepas dipintas sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan, malam kelmarin, membantu pihak berkuasa mengesan kenderaan terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi semalam, mangsa terus memandu Perodua Myvi ke balai polis berhampiran di Rawang, selepas menyedari kereta Proton Waja yang dinaiki lima lelaki  berumur 18 hingga 23 tahun bertindak mencurigakan.

Berdasarkan laporan yang dibuat mangsa, polis berjaya mengesan suspek di Jalan Templer Rawang kira-kira jam 4 pagi, tetapi suspek memecut kenderaan selepas tidak mengendahkan arahan polis supaya berhenti.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abd Rahim Abdullah berkata, kenderaan yang dinaiki suspek terbabit dalam kemalangan apabila bertembung dengan sebuah kereta Proton Gen2 yang dinaiki empat wanita warga Thailand di persimpangan Taman SPPK, Segambut.

“Semua lima suspek dan empat wanita cedera parah dan dibawa ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

“Dua daripada lima suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan kita akan siasat penglibatan mereka dalam kes samun kenderaan.

“Siasatan awal mendapati Proton Waja yang digunakan suspek adalah kenderaan yang dilaporkan hilang di Desa Jaya, pada 26 Julai lalu,” katanya, semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, polis turut menemui lima bilah parang dalam kereta Proton Waja tersebut.
Tukang urut menangis dicekup
Wartawan Sinar Harian
29 Julai 2012
Sebahagian 14 tukang urut yang ditahan dalam serbuan di sebuah premis tidak bernama di Jalan KS 3A,
Sebahagian 14 tukang urut yang ditahan dalam serbuan di sebuah premis tidak bernama di Jalan KS 3A, Taman Kinrara Seksyen 3, lewat malam kelmarin.
PUCHONG - Dua tukang urut yang leka melayan pelanggan masing-masing di sebuah premis di Jalan KS 3A, Taman Kinrara Seksyen 3 di sini, menangis teresak-esak apabila premis tempat mereka bekerja diserbu pihak berkuasa, lewat malam kelmarin.

Kedua-duanya saling berpelukan dan sengaja menangis dengan suara kuat apabila mendapati jurugambar media bertali arus merakamkan wajah mereka yang cuba disembunyikan di sebalik bantal.

Dalam serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kira-kira jam 11.30 malam itu, 14 tukang urut ditahan masing-masing tujuh warga Vietnam dan tujuh warga China.

Pegawai Turus D7 IPK Selangor, Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, ketika diserbu, lima tukang urut berusia 19 hingga 30 tahun leka memberi khidmat kepada pelanggan warga tempatan di dalam bilik-bilik kecil yang dipisahkan dengan dinding.

Menurutnya, tiga kondom belum digunakan turut ditemui dan pihaknya percaya wujud aktiviti pelacuran di premis terbabit.

Katanya, premis dipercayai beroperasi tanpa lesen sejak setengah sebulan lalu dan pengusaha dikatakan menawarkan pakej sekali perkhidmatan percuma sekiranya pengunjung mendapatkan khidmat urutan lebih 10 kali di premis sama.

“Pengusaha premis menawarkan harga RM99 bagi satu sesi dan pelanggan mereka turut diberikan satu cop di atas ‘kad kunjungan’ setiap kali premis dikunjungi.

“Kita dapati setiap bilik-bilik kecil juga mempunyai bilik air yang menempatkan sebuah katil,” katanya.

Rohan Shah berkata, lima pelanggan warga tempatan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bagi membantu siasatan.

Menurutnya, pengusaha bakal disiasat di bawah Seksyen 55 B Akta Imigresen kerana menggaji pekerja asing tanpa permit manakala tukang urut disiasat di bawah Seksyen 39 B Peraturan-peraturan Imigresen kerana bekerja tanpa permit sah

“Salah seorang tukang urut yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Imigresen,” katanya.

Seorang penjaga premis berusia lingkungan 30-an turut ditahan dan dibawa ke IPD Serdang.
Kereta hilang dipajak jurujual
Wartawan Sinar Harian
29 Julai 2012
Saidi membuat laporan polis berhubung kehilangan keretanya yang difahamkan dipajak kepada orang lain
Saidi membuat laporan polis berhubung kehilangan keretanya yang difahamkan dipajak kepada orang lain oleh seorang jurujual.
ALOR GAJAH - Kepercayaan yang diletakkan seorang lelaki kepada jurujual untuk menjaga keretanya sementara pulang ke kampung mendapatkan wang untuk membayar tunggakan kereta berkenaan hilang apabila kereta dibelinya itu ‘dipajak’ kepada orang lain.

Itulah nasib yang dialami Saidi Sebot, 49, yang kehilangan kereta Proton Persona yang diserah kepada seorang jurujual kereta untuk menjaganya dari ditarik balik, namun apa yang diharapkan berlaku sebaliknya. 

Difahamkan, kereta milik Saidi itu mengalami tunggakan sebanyak tujuh bulan akibat masalah kewangan yang dialami dan nekad menyerahkannya kepada seorang jurujual kereta bagi mengelak ditarik bank.

Malangnya, keretanya itu dipercayai dipajakkan kepada pihak ketiga menyebabkan dia mengalami kerugian hampir RM60,000 setelah keretanya lesap tanpa dikesan.

Saidi dari sebuah tanah rancangan Felda, dekat sini mendakwa, seorang lelaki yang juga jurujual kereta berusia 24 tahun berjumpa dengannya pada April lalu menyatakan keretanya sudah tertunggak tujuh bulan.

Menurutnya, jurujual itu meminta kunci kereta diserahkan kepadanya untuk penyimpanan sementara di dalam stor.

"Saya yang tidak tahu apa-apa hanya menurut sahaja tanpa memikirkan muslihat sebenar.

"Malah jurujual itu turut memberikan jaminan yang saya boleh mengambil semula keretanya dengan bersyarat saya perlu menjelaskan semua ansuran bulanan yang  tertunggak," katanya.

Saidi berkata, kemudiannya saya berbincang dengan isteri, Sulabiah Sanang, 47, sebelum pulang ke kampung di Perak untuk mengambil sedikit wang.

"Selepas dua bulan saya datang ke bank bagi membuat ansuran kereta sebanyak RM1,600 untuk tiga bulan dan mengambil semula kereta.

"Malangnya saya dimaklumkan pihak bank bahawa kereta saya tiada dalam simpanan mereka dan pihak bank meminta saya berhubung dengan jurujual berkenaan," katanya.

Katanya, ketika menyerahkan resit bayaran kepada jurujual berkenaan untuk menuntut kereta, jurujual itu cuba mengelak dan berdalih sebelum mendakwa keretanya hilang.

"Selepas didesak beberapa kali saya dimaklumkan kereta saya sudah dipajakkan kepada pihak ketiga dengan sejumlah bayaran yang ditetapkan dan katanya ia boleh diambil semula.

"Saya minta dia mengambil kereta yang dipajakkan itu dan menyerahkan semula kepada saya tetapi jurujual itu mencabar saya untuk mengambil kereta itu sendiri," katanya.

Bimbang sesuatu tidak diingini berlaku, Saidi membuat laporan di Balai Polis Hutan Perca, dekat sini awal Jun lalu. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin berkata, pengadu menyerahkan keretanya kepada sebuah syarikat kereta untuk disimpan.

“Kemudian penarik kereta dari sebuah bank datang dan mengambil kereta berkenaan setelah penyewanya gagal menjelaskan ansuran bulanan dan kereta ada dalam simpanan bank,” katanya.
Terjatuh dari tingkat empat
Wartawan Sinar Harian
29 Julai 2012
Pangsapuri tempat mangsa ditemui terjatuh, petang kelmarin.
Pangsapuri tempat mangsa ditemui terjatuh, petang kelmarin.
BANDARAYA MELAKA - Seorang lelaki ditemui mati dipercayai terjatuh di sebuah pangsapuri lapan tingkat dekat Bukit Beruang di sini, petang kelmarin.

Low Kuen Hoi, 26, dari Batu Berendam ditemui pengawal keselamatan pangsapuri berkenaan, kira-kira 5.20 petang yang kemudian bertindak menghubungi polis.

Menurut sumber, mangsa dipercayai terjatuh di bahagian tangga tingkat empat pangsapuri yang sebahagian besarnya dihuni pelajar sebuah universiti berhampiran.

Difahamkan, pemeriksaan awal di kawasan berkenaan turut membawa kepada penemuan segugus kunci, sepasang kasut dan sebuah telefon bimbit dipercayai milik mangsa di tingkat empat dipercayai tempat mangsa terjatuh.
Bayi maut tercampak keluar kereta

28 Julai 2012
SEREMBAN - Seorang bayi berusia enam bulan maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dipandu bapanya yang terbabas di Kilometer 232.5 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam semalam, Faris Iqbal Abdullah mengalami kecederaan teruk di kepala dan meninggal dunia ketika mendapat rawatan kecemasan di Hospital Melaka.

Bapa mangsa, Faiq Irfan Abdullah, 38, pula patah bahu kiri manakala ibunya Faniseh Mohamad, 35, yang turut berada di dalam kenderaan itu patah bahu kanan dan bengkak di muka dan kedua-dua mereka menerima rawatan di hospital sama.

Jurucakap polis berkata siasatan awal mendapati kereta proton Iswara Aeroback yang dipandu bapa mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah kereta Perodua Myvi menyebabkan kereta dinaiki mangsa hilang kawalan.

"Akibat geselan itu, kereta yang dinaiki tiga beranak itu terbabas ke kiri jalan dan merempuh tembok batu penghadang jalan menyebabkan mangsa tercampak keluar.

"Pemandu bersama isteri dan bayi lelaki cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut. Bagaimanapun, bayi itu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi tadi," katanya.

Katanya pemandu kereta Perodua Myvi terbabit pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut berhubung punca sebenar kejadian masih dijalankan. - Bernama
Kemalangan: Tak sempat tarik mangsa

28 Julai 2012
Kemalangan: Tak sempat tarik mangsa
Mangsa maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Jempol.
JEMPOL- Hasrat dua pemuda yang ingin membantu seorang lelaki terjatuh akibat terlanggar pokok tumbang tidak kesampaian apabila kedua ereka tidak sempat menarik mangsa yang terbaring di tepi jalan di kilometer 34 jalan Bahau-Kemayan, kira-kira jam 9.24 malam semalam.

Difahamkan, mangsa tidak sempat diselamatkan dua pemuda terbabit apabila sebuah kereta jenis Persona dari arah Bahau turut gagal mengelak pokok berkenaan dan melanggar mangsa yang ketika itu masih hidup.

Kejadian bermula apabila mangsa, Toh Ah Lai, 48, menunggang motosikal jenis Yahama sendirian dari arah Bahau menghala ke Kemayan dikatakan terjatuh susulan terlanggar pokok getah tumbang di lokasi kejadian.

Menurut sumber, sebelum kereta Persona berkenaan muncul, dua pemuda itu yang menaiki Kereta Proton Waja memberhentikan kenderaan mereka di bahu jalan bagi membantu mangsa yang cedera.

“Kereta Proton Waja itu berhenti di bahu jalan dan dua lelaki terbabit keluar untuk membantu mangsa.

“Namun malangnya, mereka tidak sempat membantu susulan kereta Proton Persona tiba-tiba muncul dari arah Bahau lalu merempuh pokok dan mangsa.

“Pemandu kereta Persona cuba mengelak tetapi gagal dan sekali lagi merempuh kereta Proton Waja yang berada dibahu jalan,” katanya.

Menurut sumber lagi, kereta Proton Waja itu kemudiannya tercampak sehingga ke bahu jalan menghala ke Bahau.

“Bagaimanapun, dua lelaki berusia 40-an serta pemandu dan penumpang kereta Proton Persona terselamat dan mangsa maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Jempol,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Mohd Sabri Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Maut terperosok belakang lori
Wartawan Sinar Harian
28 Julai 2012
Maut terperosok belakang lori
Seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia cawangan Port Dickson memeriksa keadaan mayat.
PORT DICKSON - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar belakang sebuah lori yang diletakkan di tepi lebuh raya.

Sinar Harian difahamkan, kejadian berlaku di kilometer 14.1 Lebuhraya Seremban-Port Dickson kira-kira jam 3 petang, kelmarin.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, mangsa, S Ravi, 26, menunggang motosikal jenis Modenas GT100 seorang diri.

"Mangsa dipercayai gagal mengelak sebuah lori satu tan yang berhenti di tepi jalan sebelum melanggar belakang lori berkenaan.

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala mati di tempat kejadian," katanya.

Sementara itu, pemandu lori, Mohd Akmal Hijas Mokhtar, 26, berkata, dia bersama empat lagi rakan dari sebuah syarikat kontraktor membuat kerja penyelenggaraan paip Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains).

Menurutnya, ketika kejadian dia dan rakan-rakannya berada kira-kira 10 meter di bawah gaung di tepi lebuh raya untuk membaiki paip air Sains.

"Tiba-tiba kami terdengar dentuman kuat di atas lebuh raya sebelum bergegas naik dan melihat sebuah motosikal bersama penunggangnya terperosok di belakang lori," katanya.

Katanya, selepas itu, mereka segera menelefon pihak polis bagi meminta bantuan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan dituntut ahli keluarga, pagi semalam.
Mangsa kemalangan masih hidup dilanggar kereta
Wartawan Sinar Harian
28 Julai 2012
Mangsa kemalangan masih hidup dilanggar kereta
Ah Lai yang cedera maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Jempol.
JEMPOL- Hasrat dua pemuda yang ingin membantu seorang lelaki terjatuh akibat terlanggar pokok tumbang tidak kesampaian apabila kedua mereka tidak sempat menarik mangsa yang terbaring di tepi jalan di kilometer 34 jalan Bahau-Kemayan, kira-kira jam 9.24 malam, semalam.

Difahamkan, mangsa tidak sempat diselamatkan dua pemuda terbabit apabila sebuah kereta Persona dari arah Bahau turut gagal mengelak pokok berkenaan dan melanggar mangsa yang ketika itu masih hidup.

Kejadian bermula apabila mangsa, Toh Ah Lai, 48, menunggang motosikal jenis Yahama sendirian dari arah Bahau menghala ke Kemayan dikatakan terjatuh susulan terlanggar pokok getah tumbang di lokasi kejadian.

Menurut sumber, sebelum kereta Persona berkenaan muncul, dua pemuda itu yang menaiki kereta Proton Waja memberhentikan kenderaan mereka di bahu jalan bagi membantu mangsa yang cedera.

“Kereta Proton Waja itu berhenti di bahu jalan, lalu keluar dua lelaki yang ingin membantu mangsa.

“Namun malangnya, mereka tidak sempat membantu apabila kereta Proton Persona tiba-tiba muncul dari arah Bahau lalu merempuh pokok dan mangsa.

“Pemandu kereta Persona cuba mengelak tetapi gagal dan sekali lagi merempuh kereta Proton Waja yang berada di bahu jalan,” katanya.

Menurut sumber lagi, kereta Proton Waja itu kemudiannya tercampak sehingga ke bahu jalan menghala ke Bahau.

“Bagaimanapun, dua lelaki berusia 40-an serta pemandu dan penumpang kereta Proton Persona terselamat dan mangsa maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Jempol,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Mohd Sabri Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Lelaki cuba larikan kereta di pusat cuci kereta ditahan

27 Julai 2012
SEREMBAN - Polis menahan seorang lelaki yang cuba melarikan sebuah kereta di pusat cuci kereta di Bandar Seremban Selatan dekat sini, semalam.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Hamdan Majid berkata dalam kejadian pada pukul 3.58 petang itu, pemilik kereta berkenaan meninggalkan kunci kereta di dalam Toyota Hilux miliknya semasa menghantar kenderaan itu untuk dicuci.
 
"Sebuah kereta lain datang dan seorang lelaki yang keluar dari kereta itu terus masuk ke dalam Toyota Hilux itu dan cuba melarikannya. Namun pada masa sama pemilik kereta yang berumur 30-an masuk melalui pintu sebelah kiri dan berjaya menangkap lelaki itu dengan bantuan orang awam dan polis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
 
Beliau berkata siasatan mendapati kereta Myvi yang ditinggalkan suspek yang berumur 23 tahun dari Melaka itu adalah kereta yang dilapor hilang di Klang, Selangor.
 
Lelaki itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.
 
Sementara itu, Hamdan berkata seorang pegawai polis berpangkat Inspektor berumur 32 tahun yang didakwa mencederakan dua pekerja sebuah hotel di Seremban 2 dan merosakkan dua kereta akan dituduh di mahkamah Isnin ini.
 
Pegawai polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban itu kini ditahan kerja, katanya. - Bernama
Bawa tembikar guna motosikal sejak 20 tahun
Wartawan Sinar Harian
29 Julai 2012
Hock Bee menghantar tembikar yang dipesan pelanggan.
Hock Bee menghantar tembikar yang dipesan pelanggan.
BANDAR BAHARU - Seorang pengusaha tembikar lebih senang memindah dan menghantar barangan yang ditempah pelanggannya hanya menggunakan motosikal sejak 20 tahun lalu.

Tan Hock Bee, 55, berkata, motosikal Modenas Kris miliknya yang diubah suai mampu membawa muatan empat tembikar setinggi dua meter.

Menurutnya, kebanyakan tembikar yang ditempah dari China dan Kemboja diperbuat daripada kaca, ia mudah pecah dan tidak sesuai dibawa menggunakan lori.

“Semasa proses pemindahan, tembikar ini harus diletakkan secara berdiri dan dilapik dengan bahan lain supaya mengurangkan hentakkan kerana hanya bahagian bawahnya sahaja yang keras, manakala bahagian lain mudah pecah dan retak.

“Untuk memastikan ia tidak rosak atau retak saya akan membawanya dengan motosikal. Tapak tembikar itu diletakkan di atas dawai.

“Dengan cara ini tembikar yang dibawa tidak mengalami hentakkan dan bergoyang kerana tembikar dibawa diletakkan di bahagian spring motosikal,” katanya.

Hock Bee berkata, cara itu berkesan kerana sehingga kini belum ada tembikar yang dibawanya pecah atau retak.

Menurutnya sekiranya berlaku kerosakan tembikar mereka akan mengalami kerugian kerana ia tidak boleh ditukar, malah kos membelinya juga mahal.

“Tembikar yang besar akan dijual dengan harga ribuan ringgit mengikut keunikan lukisan serta kisah yang dipaparkan pada tembikar itu.

“Bagaimanapun, seni tembikar ini selalunya diminati bangsa Cina yang berusia 40 tahun ke atas. Selain menjadi kemegahan dan perhiasan di dalam rumah, tembikar ini juga tanda kemewahan pemiliknya,” katanya.
Dua cedera termasuk kanak-kanak, mangsa pertama letupan mercun

29 Julai 2012
Dua cedera termasuk kanak-kanak, mangsa pertama letupan mercun
Kanak-kanak berusia sembilan tahun, Tuan Mohd Hafiz setelah terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup ketika bermain mercun itu di Kampung Kuala Kangkong. - Foto Bernama
Dua cedera termasuk kanak-kanak, mangsa pertama letupan mercun
Mohd Sohibullah, 27, dipercayai mungkin buta mata di sebelah kirinya, cedera di bahu dan tangan kiri setelah terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup.
ALOR SETAR - Dua cedera termasuk seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun akibat terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup di Kampung Kuala Kangkong, dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 7 malam itu, kanak-kanak terbabit Tuah Mohd Hafiz Mohd Razli, 9, cedera di dahi dan badan sementara jirannya Mohd Sohibollah Saad, 27, cedera di mata, bahu dan tangan kiri.

Mercun bola itu dibeli Mohd Sohibollah di Bazar Ramadan di Tandop dua hari lepas dan merancang untuk bermain bersama Tuah Mohd Hafiz sementara menunggu waktu berbuka puasa, petang semalam.

"Masa kejadian...saya yang pegang mercun dan dia menyalakan api sebelum sumbu mercun tersebut jatuh ke dalam bekas plastik berisi 40 biji mercun," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, malam semalam.

Katanya, sumbu mercun yang terjatuh dan masih menyala itu tidak sempat dibuang dari bungkusan mercun bola yang berada berdekatan.
 
Rentetan itu, satu letupan kuat berlaku dan Mohd Hafiz terpelanting dan tidak sedarkan diri, kata Mohd Sohibollah yang bekerja di sebuah syarikat percetakan di sini.

Katanya, panik dengan keadaan yang menimpa Tuah Mohd Hafiz, dia segera mendapatkan bantuan jiran dan kedua-dua mereka dikejarkan ke Klinik Kesihatan Simpang Empat sebelum dirujuk ke HSB untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Pengarah HSB Datuk Dr Juita Mohd Ghazali berkata Sohibollah telah selesai menjalani pembedahan pada matanya dan kini ditempatkan di wad mata hospital berkenaan.

"Dia ditempatkan di wad itu untuk pemeriksaan lanjut terhadap kecederaan yang dialaminya," katanya ketika dihubungi.

Sementara Tuah Mohd Hafiz yang sebelum ini dirawat di wad Kanak-kanak HSB telah dibenarkan pulang.- Bernama
Aleesya perlu bantuan biaya pembedahan implan koklea
ROSDALILAH ZAHARI
29 Julai 2012
Nor Aainy menunjukkan alat bantuan pendengaran yang dipakai Aleesya Analia pada sidang media di sini
Nor Aainy menunjukkan alat bantuan pendengaran yang dipakai Aleesya Analia pada sidang media di sini, semalam.
IPOH - Kelincahan dan senyuman yang terukir di bibir Aleesya Analia Norhaid, 3, menyembunyikan penderitaannya yang disahkan mengalami cacat pendengaran dikenali sebagai sensori neural pada kedua-dua belah telinganya.

Ibunya, Nor Aainy Kamal Bashah, 33 memaklumkan, Aleesya Analia kini memerlukan kira-kira RM80,000 untuk menjalani pembedahan implan koklea bagi membolehkan dia mendengar serta bertutur seperti kanak-kanak normal.

Menurut Nor Aainy, untuk masa ini, Aleesya Analia mendengar dengan bantuan alat pendengaran yang dibeli dari Hospital Pakar Ipoh (KPJ-ISH) serta pinjaman daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

"Setakat ini, kami hanya ada RM10,000 yang disumbangkan KPJ-ISH bagi membiayai kos pembedahan Aleesya Analia yang dijadualkan sekitar Oktober atau November nanti," katanya.

Nor Aainy berkata, masalah pendengaran anaknya itu disedari sewaktu kanak-kanak itu berusia lapan bulan, dan sepanjang tujuh bulan membuat rawatan serta pemeriksaan sebelum itu, dia tidak pernah dimaklumkan sebarang masalah kesihatan oleh pihak hospital.

" Aleesya Analia sering keluar masuk hospital kerana masalah kesihatan seperti demam dan batuk. Dalam masa itu, saya sedari perubahan yang berlaku pada dirinya dan mengesyaki dia ada masalah pendengaran.

"Pada Ogos 2010, saya bawa dia menjalani pemeriksaan telinga, hidung dan tekak (ENT) di KPJ-ISH, sebelum dirujuk ke HRPB. April 2011, selepas menjalani ujian, HRPB mengesahkan anak saya mempunyai masalah pendengaran. Dia dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada Oktober tahun sama," katanya ketika ditemui, semalam.

Tambah Nor Aainy, pemeriksaan dan ujian audiologi yang dijalankan di PPUKM menunjukkan Aleesya Analia sesuai menjalani pembedahan implan koklea yang mana kos pembedahannya sebanyak RM70,000 (pembelian alat koklea implan) dan RM7,000 untuk terapi audiologi dan pertuturan.

Katanya, Aleesya Analia perlu menjalani pembedahan segera, iaitu semasa anak kecil itu masih berusia tiga tahun kerana proses itu akan mempunyai implikasi berbeza jika usia Aleesya Analia mencecah empat tahun.

"Saya kini bekerja sebagai kerani dengan pendapatan RM1,600 sebulan, manakala suami tidak lagi bekerja sejak dua tahun lalu kerana masalah kesihatan. Saya juga terpaksa ambil cuti tanpa gaji untuk menemani Aleesya Analia ke PPUKM bagi mendapat rawatan.

"Saya juga akan mengambil cuti panjang tanpa gaji untuk menjaga Aleesya Analia memandangkan tempoh enam bulan selepas pembedahan merupakan tempoh kritikal untuk menentukan pembedahan itu berjaya atau sebaliknya," katanya.

Sementara itu, Ketua Urusetia Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Mohd Rawi Abdullah memohon orang ramai, terutama badan korporat tampil menyalurkan bantuan bagi membiayai kos pembedahan.

Sumbangan boleh disalurkan akaun CIMB 0803-0061795-52-8 atas nama Nor Aainy Kamal Bashah atau menghubungi talian 017-2720930 untuk maklumat lanjut.
Masjid lama masih 'ummphh'
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
29 Julai 2012
Masjid Panglima Kinta.
Masjid Panglima Kinta.
Tidak sampai 20 minit tiga kuali besar berisi bubur lambuk telah habis diagih-agihkan kepada orang r
Tidak sampai 20 minit tiga kuali besar berisi bubur lambuk telah habis diagih-agihkan kepada orang ramai.
Orang ramai telah mula beratur di dapur Masjid India Muslim Ipoh seawal 4.30 petang bagi mendapatkan
Orang ramai telah mula beratur di dapur Masjid India Muslim Ipoh seawal 4.30 petang bagi mendapatkan bubur lambuk di masjid berkenaan.
Masjid India Muslim Ipoh.
Masjid India Muslim Ipoh.
IPOH - Masjid serta surau sekitar bandar raya Ipoh pasti sesak dengan kehadiran umat Islam yang mahu mengimarah masjid dengan pelbagai aktiviti seperti solat tarawih, tadarus al-Quran, qiamulail dan sebagainya; tidak termasuk jamuan moreh dan berbuka puasa.

Kewujudan masjid baru di sekitar bandar raya ini turut menyediakan juada bersahur kepada jemaah, namun di sebalik kewujudan masjid baru, umat Islam di sini masih berpusu-pusu mengunjungi tiga masjid lama seperti Masjid Panglima Kinta, Masjid Kampung Paloh dan Masjid India Muslim.

Sungguhpun berusia lebih seratus tahun, masjid-masjid lama ini masih mampu menarik orang ramai untuk melaksana pelbagai aktiviti dan tidak keterlaluan jika dikatakan ketiga-tiga masjid lama ini memiliki kisah menarik serta keunikan tersendiri.


Masjid warisan, transit jemaah
 

MASJID Panglima Kinta yang berusia 114 tahun dan berada bawah kelolaan muzium serta dikategorikan sebagai masjid warisan di negeri ini menjadi contoh keunikan masjid-masjid lama.

Imam masjid berkenaan, Abdul Aziz Mat Ali berkata, masjid berkenaan masih lagi beroperasi seperti biasa seperti menganjurkan majlis-majlis ilmu selain solat lima waktu sebagaimana masjid-masjid lain.

Menurutnya, setiap kali Ramadan, masjid itu akan menganjurkan program berbuka puasa, solat sunat terawih, jamuan moreh, tadarus al-Quran, qiamullail serta majlis ilmu yang disampaikan penceramah undangan khas.

"Masjid ini lebih berfungsi sebagai 'masjid transit' keraja tiada kariah tetap. Kebanyakan pengunjung adalah mereka yang bekerja di kawasan berhampiran atau orang luar yang singgah untuk menunaikan solat," katanya.

Masjid Panglima Kinta merupakan masjid pertama dibina di Ipoh oleh Datuk Panglima Kinta Mohamed Yusof pada 1898 dan antara keunikan masjid ini adalah memiliki seni bina asli serta tanah perkuburan khusus untuk keluarga Datuk Panglima Kinta di bahagian belakang.

Di bahagian hadapan masjid pula dibina Madrasah Kamaliah, iaitu sekolah Arab pertama di Ipoh, dan seorang pengunjung tetap, Hamdan Ibrahim mengakui lebih selesa ke masjid ini biarpun tinggal berjauhan.

"Walaupun lama, ia tetap selesa kerana beberapa penambahbaikkan yang dibuat. Masjid ini turut mengambil giliran solat Jumaat kerana berdekatan sebuah lagi masjid lama, iaitu Masjid Kampung Paloh," katanya.


Tahlil setiap malam

Sinar Harian berkesempatan mengunjungi Masjid Kampung Paloh dan ternyata masjid yang genap usianya 100 tahun pada tahun ini masih diimarahkan jemaah dari kawasan sekitar seperti Kampung Paloh, Kampung Tebing Tinggi dan Kampung Temiang.

Imam Masjid Kampung Paloh, Sain Abd Samod berkata, masjid berkenaan tidak pernah sunyi daripada kunjungan ramai, khususnya untuk solat lima waktu.

Malah katanya, masjid berkenaan turut menganjurkan majlis-majlis ilmu termasuk majlis-majlis sambutan sempena hari kebesaran Islam seperti Maulidur Rasul, Israk Mikraj, Awal Muhararam, Nisfu Syaaban dan sebagainya.

“Seperti masjid-masjid lain juga, kami juga menganjurkan aktiviti seperti solat tarawih, tadarus al-Quran dan sebagainya. Pada 10 malam terkahir Ramadan setiap tahun, kami akan menganjurkan qiamullail di masjid ini. Juadah sahur turut disediakan,” katanya.

Seorang lagi imam masjid berkenaan, Mustapha Ali, 50 berkata sempena Ramadan, setiap malam masjid berkenaan akan menganjurkan majlis tahlil yang ditaja oleh para waris-waris kepada pengasas masjid berkenaan.

Katanya, waris berkenaan turut menyalurkan sumbangan untuk pihak masjid menguruskan perbelanjaan masjid seperti air, elektrik dan lain-lain.

“Sejak dahulu lagi, waris-waris pengasas masjid akan berebut-rebut menganjurkan majlis tahlil di sini. Selain itu, ada juga pihak-pihak persendirian yang menyalurkan sumbangan bagi membiayai perbelanjaan kami,” katanya.

Seroang jemaah yang singgah untuk menunaikan solat di masjid berkenaan, Rosli Ahmad Tarmizi, 34, berkata, dia sering singgah untuk di masjid berkenaan selain Masjid Panglima Kinta untuk menunaikan solat berikutan tempat kerjanya berhampiran dengan kedua-dua masjid tersebut.

“Kedua-dua masjid ini berdekatan, jadi senanglah untuk saya singgah dan menunaikan solat apabila telah masuk waktu. Saya berpendapat kedua-dua masjid ini sememangnya boleh menjadi antara mercu tanda bandar raya Ipoh,” katanya.


Bubur lambuk 5 periuk licin

SETERUSNYA Sinar Harian sempat ke sebuah lagi masjid tertua di bandar raya Ipoh iaitu Masjid India Muslim yang dilaporkan telah berusia 108 tahun itu.

Apa yang menariknya, masjid ini setiap tahun menyediakan bubur lambuk dan diagih-agihkan secara percuma kepada orang ramai, khususnya umat Islam di sekitar bandar raya.

Setiausaha masjid berkenaan, Yusof Veera berkata, untuk memasak bubur lambuk ini, pihak masjid menggunakan 65 kilogram beras setiap hari dan bubur lambuk berkenaan akan dimasak menggunakan lima periuk besar di dapur masjid berkenaan.

Tambahnya, setiap periuk tersebut akan diisi dengan 13 kilogram beras yang akan dimasak mulai tengahari sebelum diagih-agihkan kepada orang ramai.

“Sejak dahulu lagi sememangnya kita ada sediakan bubur lambuk ini kepada orang ramai. Alhamdulillah, sambutan yang diterima memang menggalakkan.

“Seperti yang dilihat pada hari ini, tidak sampai sejam, kelima-lima periuk besar berisi bubur lambuk ini telah licin.

“Sebenarnya tiada apa-apa resipi istimewa pada bubur lambuk ini. Cuma kita tidak menggunakan daging atau ayam pada masakan ini, cuma sayur-sayuran dan rempah ratus. Mungkin itu agaknya yang memberi kelainan,” katanya lagi.

Sementara itu, seorang jemaah di masjid berkenaan, Mohd Roslan Ibrahim, 41 berkata, biarpun masjid berkenaan boleh dikategorikan sebagai sebuah masjid lama, namun dirinya tetap kagum dengan kebersihan masjid berkenaan.
Katanya, biarpun pertama kali singgah untuk bersolat dan berehat sebentar di masjid berkenaan, dirinya dapat merasakan suasana ketenangan dan damai di situ.

“Terus terang saya katakana, masjid ini memang mendamaikan, saya kagum dengan kebersihannya,” katanya.
Kebakaran kenderaan dipercayai khianat
Wartawan Sinar Harian
28 Julai 2012
Kebakaran kenderaan dipercayai khianat
Tiga motosikal milik mangsa musnah dalam kebakaran.
BATU GAJAH – Bunyi letupan di halaman rumah, menyebabkan seorang juru kimpal serta keluarganya terjaga dari tidur, sekali gus menyedari kebakaran yang berlaku di halaman rumah mereka di Taman Pinggiran Timah Jaya, Tanjung Tualang, di sini, semalam.

Mangsa, Loo Siew Seng, 42 sekeluarga selamat, namun dua kereta, tiga motosikal dan dua basikal berkuasa elektrik bernilai lebih RM70,000 musnah dalam kebakaran pada jam 3 pagi itu.

Siew Seng memaklumkan, selepas mendengar bunyi letupan terbabit, dia mendengar bunyi sebuah motosikal memecut meninggalkan kawasan rumahnya.

"Saya jenguk keluar dan melihat semua kenderaan kami terbakar, lantas saya kejutkan ibu bapa, isteri serta anak-anak untuk menyelamatkan diri. Kebakaran juga menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan rumah," katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Halid Md Zin berkata, enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian dengan dibantu anggota bomba sukarela dan api berjaya dipadamkan dalam masa 20 minit.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shahrum Anuar Abdul Latif mengesahkan kejadian dan tidak menolak kemungkinan kejadian berkenaan disebabkan perbuatan khianat.
Rezeki Ramadan terjejas
AZIZAN INCHE HARUN
29 Julai 2012
Penduduk bersama Syed Othman (dua, kanan) menunjukkan keadaan lubang saluran utama yang melimpah sej
Penduduk bersama Syed Othman (dua, kanan) menunjukkan keadaan lubang saluran utama yang melimpah sejak tiga bulan lepas.
PASIR GUDANG – Lebih 20 peniaga dan penduduk di Jalan Bayan Taman Megah Ria, di sini merungut ekoran masalah lubang saluran utama kumbahan yang melimpah masih berlarutan sejak tiga bulan lepas.

Peniaga kedai makan, Shuib Mohd Noor, 26, berkata, premis perniagaannya berbau busuk dan meloyakan walaupun terletak lebih kurang 100 meter dari lubang saluran utama kumbahan yang melimpah kerana aliran air najis yang tidak pernah kering.

Menurutnya, perniagaannya terjejas hampir 50 peratus kerana kesukaran pelanggan hendak meletakkan kenderaan ekoran limpahan air kumbahan yang busuk.

“Pelanggan selalu tanya kenapa ada air lumut di persekitaran kedai saya, sedangkan itu sebenarnya air kumbahan sehingga saya tak tahu dah nak jawab apa.

“Ramai pelanggan saya lari kerana tidak tahan dengan bau busuk dan meloyakan sedangkan saya mengharapkan rezeki Ramadan yang datangkan hanya setahun sekali,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Seorang penduduk, Abdul Rahman Yusof, 55, berkata, bau  bertambah busuk apabila waktu hujan sehingga menghilangkan selera berbuka puasa dan bersahur.

Menurutnya, keadaan air najis yang kotor itu menyusahkan penduduk terutama pada bulan Ramadan untuk ke masjid berhampiran menunaikan solat terawih.

“Kita was-was hendak melintas jalan untuk ke masjid berhampiran dengan keadaan air najis yang kotor sentiasa mengalir di sepanjang jalan.

“Rasa macam dah tak tahan hari-hari kena hidu bau busuk, sedangkan ini bulan Ramadan kita berpuasa berkumpul sekeluarga hendak berbuka puasa dan bersahur, tetapi membuatkan kita hilang selera,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Kassim Maidin, 48, berkata, lubang saluran utama kumbahan sedalam lebih kurang 2.5 meter itu boleh meragut nyawa kanak-kanak sekiranya terjatuh ke dalamnya.

Menurutnya, lubang yang berada berhampiran simpang keluar masuk jelas membahayakan kerana jalan itu menjadi laluan utama pekerja kilang, kanak-kanak tadika dan pelajar sekolah serta penduduk.

“Sebelum ini pernah berlaku tayar kereta penduduk yang terjatuh ke dalam lubang itu sehingga pemandunya mengalami kerugian kerana kerosakan pada keretanya.

“Lubang ini ibarat sedang menunggu mangsa kerana bukan sahaja kanak-kanak boleh tenggelam sekiranya terjatuh, kita orang dewasa pun boleh tercedera jika tidak berhati-hati,” katanya.

Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk buat kali kedua apabila pihak bertanggungjawab yang dihubungi sebelum ini masih belum mengambil sebarang tindakan.

Menurutnya, pihaknya sekali lagi akan merujuk kepada pihak bertanggungjawab dan akan turut menghantar surat kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) kerana aduan yang dibuat gagal diambil tindakan.

“Saya dah hubungi pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sebelum ini dan mereka berjanji akan mengambil tindakan segera, tetapi nampaknya masalah itu masih terus berlarutan.

“Saya akan rujuk MBJB sekali lagi dan Isnin ini saya akan menghantar surat kepada BPA kerana memikirkan kesannya kepada penduduk terutama dari segi kesihatan dan pendapatan peniaga turut terjejas,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam MBJB, Mohd Firdaus Abdul Hamid ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya sudah maklum dengan permasalahan itu dan sedang dalam proses menjalankan kerja pembaikan.

Menurutnya, pihaknya telah mengenal pasti punca lubang saluran utama itu melimpah disebabkan tersumbat dengan sampah-sarap dan sisa-sisa makanan.

“Kita telah mengarahkan kontraktor yang dilantik untuk segerakan kerja-kerja membaik pulih lubang saluran utama itu dalam masa terdekat,” katanya.
Penjara 20 tahun: Rogol, liwat anak sendiri
Wartawan Sinar Harian
28 Julai 2012
Rogol, liwat anak sendiri, penjara 20 tahun
Tertuduh dibawa keluar daripada mahkamah.
MUAR - Mahkamah Sesyen di sini semalam, menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 12 kali sebatan ke atas seorang lelaki kerana merogol dan meliwat anaknya yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU), 20 Julai lalu.

Hakim, Mohd Fauzi Mohd Nasir menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 53 tahun mengaku bersalah melakukan sumbang mahram terhadap mangsa berusia 24 tahun.

Bagi pertuduhan pertama, dia dituduh merogol mangsa di rumahnya kira-kira jam 9 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara pertuduhan kedua, pada hari, masa dan tempat yang sama, tertuduh didakwa melakukan hubungan seks di luar tabie dan didakwa mengikut Seksyen 377C kanun sama yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela, merayu agar tidak dikenakan hukuman sebat dan minta dijamin.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya, Zairani Tugiran, memohon mahkamah mengenakan hukuman berat ke atas tertuduh kerana merogol anak kandung sendiri.

Zairani berkata, hukuman berat akan beri pengajaran kepada orang awam agar kejadian itu tidak berulang lagi.

Sementara itu, Mohd Fauzi memerintahkan hukuman terhadap tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh didakwa membawa mangsa ke sebuah bilik.

Tertuduh kemudian didakwa merogol dan meliwat mangsa. Mangsa memaklumkan kejadian kepada ibunya sebelum  membuat laporan polis pada jam 9 malam, dan tertuduh ditangkap pukul 10.10 malam hari yang sama.

No comments:

Post a Comment