Duit Raya Felda RM43.2 Juta
SIK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengumumkan pemberian wang Hari Raya berjumlah RM43.2 juta kepada kesemua peneroka Felda.Najib berkata pemberian ini sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda dan membantu perbelanjaan persiapan Hari Raya mereka.
Beliau berkata kadar ini terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda.
Katanya 103,597 peneroka atau 91.9 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM41.4 juta manakala 9,038 orang atau 8.02 peratus peneroka yang tidak bersama Felda masing-masing menerima RM200 melibatkan peruntukan berjumlah RM1.8 juta.
Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dilaksanakan sejak 2003. Bayaran pada tahun ini bertambah RM0.6 juta atau 1.39 peratus berbanding bayaran tahun 2011 iaitu RM42.6 juta.
Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan sagu hati kepada jawatankuasa masjid di semua Felda berjumlah RM792,500, peruntukan untuk Program Ihya Ramadan sebanyak RM951,000 dan Program Ihya Ramadan kawasan Parlimen Felda RM540,000.
“Semua janji kita tunaikan… itu pun (selaras dengan ajaran) Islam. Walaupun Felda dah disenarai (di Bursa Malaysia) bantuan yang sebelum ini diberi kita teruskan. Jadi duit raya tetap kita beri kepada peneroka,” katanya.
Hadir sama isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharum, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Dalam kunjungan ke Parlimen Sik hari ini, Perdana Menteri turut melancarkan program bantuan Kasih Felda kepada kampung tradisional yang berhampiran kawasan Felda.
Program ini berbentuk pembaikan rumah uzur yang perlu dinaik taraf.
Di Kedah, sebanyak 1,000 rumah dikenal pasti menerima bantuan sebanyak RM5,000 setiap rumah dengan jumlah bantuan sebanyak RM5 juta.
Perdana Menteri kemudian berbuka puasa bersama peneroka Felda dan penduduk di kawasan Parlimen Sik. BERNAMA
Azarbaijan Pindah Solat Jumaat ke Hari Sabtu
Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan memerintahkan kepada para khatib masjid di seluruh negara itu untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu. Arahan itu dikeluarkan pada 30 Jun yang lalu.
Alasan pemindahan tersebut kerana dinilai mengganggu jam kerja, di mana hari Jumaat di Azarbaijan adalah hari kerja rasmi negara itu.
Menurut pemerintah Azarbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan dapat mengurangkan beban para pegawai dan pekerja pemerintah.
“Pemerintah risau solat Jumaat menjadi medan pendidikan politik yang boleh menggugat kewibawaan pemerintah. Solat Jumaat tidak boleh dipindahkan hari sesuka hati,” ujarnya.
Republik Azarbaijan adalah negara kecil yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dilaporkan, jumlah komuniti muslim di sana mencapai 90% dari jumlah keseluruhan penduduknya.
Kedekatan regim yang berkuasa dengan Israel, menyebabkan dasar-dasar pemerintah cenderung anti Islam. Sehingga kini, warga muslim Azarbaijan masih memperjuangkan hak-hak kaum muslimah untuk memakai tudung.
sumber: http://www.exelroze.info
Arab Saudi berang atlet judo tidak dibenar pakai tudung
LONDON – Arab Saudi bertindak mengemukakan aduan kepada Jawatan Kuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) selepas berang dengan keputusan saat akhir penganjur yang melarang atlet judo heavyweight, Wodjan Shaherkani memakai tudung semasa bertanding.
Kelmarin, jurucakap IOC memaklumkan mereka kini sedang mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Judo Antarabangsa (IJF) dan Jawatan Kuasa Olimpik Arab Saudi untuk mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan atlet muda berumur 18 tahun itu menyertai acara tersebut.
“Berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh IJF, Wodjan tidak boleh memakai tudung semasa bertanding untuk acara seni mempertahankan diri itu atas faktor keselamatan,” kata Presiden IJF, Marius Vizer.
Arab Saudi sebelum ini bersetuju membenarkan atlet wanita bersaing dalam temasya Sukan Olimpik London untuk pertama kali dengan syarat mereka mengenakan kod pakaian yang tidak melanggar hukum agama Islam.
Sinar
Mufti setuju atlit Olimpik tangguh puasa
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani dan bekas mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya atlit Muslim yang mewakili Malaysia di temasya Sukan Olimpik, menangguhkan ibadah puasa.
“Setuju (dengan Harussani dan Dr Asri) sebab mereka (atlit) musafir dan mereka berhak ambil rukhsah dan keringanan yang diperkenankan oleh syarak,” kata Dr Juanda melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, tokoh agama itu berkata ia terserah kepada atlit tersebut sama ada berpuasa ataupun tidak sekalipun ia merupakan “keluasan agama”.
Malah Dr Asri yang juga pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) dilaporkan The New Straits Times sebagai berkata, atlit boleh berbuat demikian kerana mereka bermusafir.
Isu berkenaan turut mendapat perhatian Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) supaya bersidang bagi memutuskan pandangan mereka berhubung perkara itu.
Setiausaha PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor kepada dihubungi Malaysiakini petang ini berkata pandangan yang dikemukakan itu bukan pandangan rasmi kerajaan.
“Umat Islam memerlukan satu panduan yang sama. Kita menghormati padangan Tan Sri Harussani dan Dr Asri. Tetapi pandangan mereka tidak mewakili satu badan yang berpusat dari kerajaan.
“Itu pandangan peribadi mereka,” katanya yang menambah PUM telah berbincang mengenai perkara itu sebelum ini.
Bagaimanapun masyarakat Islam sangat memerlukan keputusan majlis itu dan PUM mahu diselaraskan di peringkat kebangsaan, kata Dr Mohd Roslan lagi.
Malaysiakini
Puasa satu kewajipan walaupun dalam olimpik
Mufti Dubai, Ahmed Abdul Aziz Al Haddad berkata, umat Islam yang bersaing di sukan Olimpik perlu menjalani ibadah berpuasa tanpa mengira ia akan memberi kesan kepada prestasi mereka ataupun tidak.
“Atlet Muslim mesti berpuasa kerana mereka mewakili Islam di sukan Olimpik.
“Mereka menjadi duta untuk iman mereka. Pengertian Islam mestilah hadir dalam tindakan mereka, dan mereka tidak jatuh ke dalam apa-apa yang Islam melarang.” katanya.
“Jika seseorang merasa keletihan yang melampI JUMAATau, syariah membenarkan seseorang itu untuk berbuka puasa.
“Lagipun, syariah adalah fleksibel,” katanya lagi.
ADA PUASA JUMAAT...ADA PUASA SABTU...WALAUPUN SATU GARISAN BUMI@MUTLAK...NEGARA BERJIRAN...KEBANYAKKAN NEGARA ISLAM BERPUASA HARI JUMAAT
145 Korban Jumaat Pertama Ramadhan di Syria
Sumber pembangkang Syria melaporkan seramai 145 orang awam menjadi korban di seluruh negara pada hari Jumaat pertama dalam bulan Ramadhan, kebanyakan mangsa terbunuh di ibu negara Damsyik dan pinggirnya. Mereka menamakan Jumaat semalam sebagai “Jumaat Ramadhan Pertolongan”.
Syria dan kebanyakan negara Arab mula berpuasa pada hari Jumaat 20 Julai.
Sementara Jaringan Hak Asasi Manusia mencatatkan kematian Jumaat semalam mengikut wilayah:
- Halab: 25 orang
- Idlib: 23 orang
- Dar’a: 20 orang
- Dir Az-Zur: 16 orang
- Hamah: 11 orang
- Homs: 10 orang
- Damsyik: 38 orang
Sumber: Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria
Peluk Islam 30 minit sebelum mati syahid
Mikhail memperingatkan kita kepada seorang sahabat Rasulullah yang bernama Al-Asiram (atau namanya ‘Amru bin Thabit bin Qais) yang memeluk Islam dalam Perang Uhud lalu menemui syahid dalam perang tersebut dan dikhabarkan oleh Baginda SAW bahawa beliau berada dalam syurga Allah.
Sumber: Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria
‘Penembak Batman’ pesakit mental
AURORA, Colorado – Suspek penembak tayangan perdana filem Batman, James Holmes (gambar) dilaporkan telah menemui seorang pakar psikiatri berpengalaman mengenai skizofrenia sebelum membunuh 12 orang, menurut dokumen mahkamah kelmarin.
Skizofrenia merupakan sejenis penyakit mental yang menyebabkan gangguan perasaan dan tingkah laku.
Holmes menghantar sebuah buku nota mengandungi butiran dan lakaran tentang rancangannya untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai itu kepada pakar psikiatri Universiti Colorado di Amerika Syarikat (AS), Lynne Fenton.
Kewujudan buku nota itu hanya diketahui selepas Hakim Daerah Arapahoe, William Sylvester mendedahkan permintaan pihak pembelaan agar polis menyerahkan buku nota itu kepada mereka.
Permintaan itu dibuat dengan alasan buku nota tersebut adalah komunikasi antara pesakit dan doktor yang dilindungi di bawah undang-undang AS dan tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah.
Holmes, 24, yang mengambil program ijazah kedoktoran dalam bidang neurosains di Universiti Colorado Denver, Amerika Syarikat akan didakwa di mahkamah esok kerana melakukan 12 pembunuhan dan 58 cubaan membunuh.
Hakim akan mendengar permohonan pihak pembelaan pada hari yang sama.
Lelaki itu masuk ke pawagam Century 16 di sini, dalam negeri Colorado melalui laluan kebakaran sejurus selepas tayangan Batman: The Dark Knight Rises bermula dan membaling beberapa tin bom asap ke dalam panggung.
Beberapa saksi memberitahu, selepas melepaskan sedas tembakan ke udara, Holmes menembak ke arah penonton dengan menggunakan sepucuk raifal pada 20 Julai lalu.
Raifal berkenaan berupaya melepaskan 60 das tembakan seminit.
Polis berkata, Holmes yang turut mewarnakan rambutnya merah seperti warna rambut musuh Batman, Joker kemudian menyerah diri di luar pawagam berkenaan.
Lelaki itu kini ditahan bersendirian dalam sebuah kurungan di Pusat Tahanan Daerah Arapahoe. Dia berdepan hukuman mati jika didapati bersalah.
Namun, pihak berkuasa Colorado hanya melaksanakan hukuman tersebut ke atas seorang banduan di negeri itu sejak tahun 1976.
Sementara itu, akhbar AS, Deccan Chronicle melaporkan pada minggu ini bahawa Jabatan Polis Aurora menafikan terdapat penembak kedua dalam serangan tersebut.
Seorang rakan Holmes yang disoal siasat sebelum ini dibebaskan selepas dia didapati tiada kaitan dengan kes tersebut. – Agensi
Kembar Siam berjaya dipisah
KUALA LUMPUR – Pakar-pakar perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mencatat satu lagi sejarah apabila berjaya memisahkan kembar Siam berusia setahun yang berasal dari Segamat, Johor dan bercantum di bahagian tulang pinggul baru-baru ini.Mereka yang terdiri daripada 19 pakar bedah dan anastetik serta 36 jururawat dan pegawai perubatan berjaya memisahkan kembar Muaiman Azli dan Muaimin dalam satu pembedahan maraton selama 24 jam.
Pasangan kembar tersebut yang bercantum di bahagian tulang pinggul dan turut berkongsi usus dan saluran kencing tetapi tiada lubang dubur, selamat menjalani pembedahan untuk pemisahan pada 15 Julai lalu.
“Kami berjaya memisahkan mereka pada pukul 10.10 malam pada hari pertama pembedahan iaitu 14 Julai lalu sebelum dua pasukan pakar bedah bertanggungjawab ke atas bayi tersebut masing-masing.
“Mereka kini berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan pembedahan bagi tampalan kulit memandangkan luka pembedahan itu agak besar,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut meluangkan masa melawat kembar berkenaan di Wad Pediatrik, HKL.
Muaiman dan Muaimin telah dilahirkan pada 14 April tahun lalu di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru sebelum mereka ditempatkan di HKL keesokan harinya iaitu 15 April.
Tambah Zakaria, salah seorang daripada bayi berkenaan akan memiliki satu kaki sahaja memandangkan hanya tiga anggota badan berkenaan yang terbentuk.
“Kita lihat dulu keadaan mereka dalam masa dua minggu. Sekiranya semua berjalan lancar kembar berkenaan akan mula menjalani fisioterapi,” katanya.
Kosmo
Lahar api dari ‘pintu ke alam neraka’
ASHGABAT – Pada pandangan pertama, ia mungkin salah satu dari babak dramatik filem fiksyen sains, tetapi lubang lahar berapi di tengah Gurun Karakum, Terkmenistan sebenarnya disebabkan kesilapan manusia lebih 40 tahun lalu.Selamat datang ke Derweze atau lebih dikenali sebagai ‘pintu ke alam neraka’.
Kumpulan itu kemudian membakar lubang berkenaan kerana bimbang ia akan mengeluarkan sejenis gas beracun.
Sebaliknya lubang berkenaan terbakar sehingga ke hari ini.
Kebakaran lubang gas itu boleh dilihat dari jarak satu kilometer sekitar Derweze .
Pada April 2010, Presiden Terkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedow mengarahkan pihak berkuasa menutup lubang tersebut.
Sinar
Wasiat pemuda Saudi yang mati syahid di Syria
Salah seorang pemuda yang berasal dari Saudi, Muhammad Salim El-Harbi yang dikurniakan syahid di bumi Syria dalam satu pertempuran dengan askar dan talibarut Basyar di Lazaqiyah, Syria pada 7 Ramadhan 1433 bersamaan 26 Julai 2012. Beliau sempat menulis sepucuk surat berupa wasiat buat keluarganya:
“Kepada bonda yang tercinta, kepada ayahanda dan sekalian keluarga. Demi Allah! Saya tidak mengharapkan sesuatu kecuali redha Tuhan, bantuanNya buat agama kita, cintakan kepada jihad dan menuntut syahid. Dengan izin Allah, saya akan memberikan syafaat buat kalian semua. Ketahuilah! Bahawa mati itu tidak dapat ditolak sesiapapun walaupun kalian cuba menghalang kematian daripada saya, jika dia (mati) datang maka saya tidak dapat keluar. Ketahuilah! Bahawa jihad itu tidak akan dapat mempercepatkan atau melewatkan kematian seseorang. Firman Allah :(Setiap umat itu mempunyai ajal, apabila datang ajal mereka tidak akan disegerakan atau dilewatkan walau satu saat.)
Ditulis oleh Muhammad Salim El-Harbi.
Semoga Allah menerima beliau dari kalangan syuhadaNya.
Sumber: Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria
Lusuh: Mutu wang kertas baru dipersoal
Demikian persoalan yang timbul di beberapa laman facebook.
Bank Negara Malaysia sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, ciri-ciri yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara telah menjadi inspirasi dalam reka bentuk wang kertas terbaru itu.
Namun dengan bukti yang ada, menjelaskan bahawa ciri kualiti tidak diambil berat oleh BNM terhadap pengeluaran wang kertas baru berkenaan.
GB
Rakan artis bidas Abby
BUKAN sekali kenyataan dikeluarkan dramatis yang baru berhijrah, Abby Abadi mendatangkan rasa kurang senang rakan artis lain.
Seperti dilaporkan sebuah portal, Abby mendakwa artis yang berhijrah sepertinya hanya akan mempunyai pekerjaan jika kerajaan sedia ada tidak lagi memerintah.
Abby yang baru menjadi ahli Pas seumur hidup berkata, ruang mereka untuk berkarya menjadi sempit dan hanya parti itu yang boleh membawa perubahan.
Malah, Umie turut menasihatkan Abby agar tidak menggunakan politik untuk berdakwah.
Sebelum ini, Datuk AC Mical turut berkecil hati dengan Abby kerana dikatakan menghina pasukan polis.
Sinar
Kaki dangdut tak hirau bulan Ramadhan
KUALA LUMPUR: Ketika individu seusia sibuk bertadarus atau melakukan ibadat sunat sementara menunggu sahur, sekumpulan warga emas yang mengunjungi beberapa pusat hiburan di Lembah Klang terus hanyut dengan gelekan alunan irama dangdut premis berkenaan sambil dibelai pelayan pelanggan (GRO) muda.
Lebih memalukan, ada di antara warga emas terbabit tanpa segan silu meneguk minuman keras, seolah-olah tiada langsung perasaan bersalah melakukan maksiat di bulan puasa.
Malah, difahamkan, ada di kalangan GRO berkenaan boleh dibawa ‘tidur’ jika bayaran ditawarkan warga emas itu memuaskan.
Agak menggelikan hati apabila ada di kalangan warga emas itu seolah-olah jalan bertatih kerana kepenatan akibat terlalu lama berdangdut bersama wanita muda di pentas tarian.
Harian Metro
Lagu tema kemerdekaan paling buruk dalam sejarah negara
Saya tertarik untuk mengulas tentang lagu tema sambutan kemerdekaan negara ke-55 yang kini sedang hangat diperkatakan di kalangan rakyat khususnya anak muda Malaysia.
Jika diteliti respon dan sambutan di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan laman-laman blog, ternyata lagu Janji Ditepati yang mana liriknya ditulis oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim ini diperlekeh dan dijadikan bahan jenaka oleh khalayak internet khususnya di kalangan anak-anak muda.
Semakan saya di laman YouTube mendapati, setiap video yang memaparkan lagu ini menunjukkan bilangan pengunjung yang mengundi untuk tidak menyukai (dislike) jauh lebih tinggi berbanding pengunjung yang mengundi untuk menyukai (like) video lagu ini.
Bermula dari rangkap awal lagu ini yang mengungkapkan perumpamaan kabur — “macam malam ikut siang, macam bulan ikut matahari” — diikuti dengan “satu Malaysia terus berjuang, janji kita ditepati”, pendengar pastinya gagal memahami apa sebenarnya yang cuba disampaikan menerusi lagu ini.
Apa kaitan malam, siang, Bulan dan Matahari dengan konsep 1Malaysia? Apakah 1Malaysia ini hanya retorik bersifat janji kosong sehingga objek-objek angkasa lepas seperti Bulan dan Matahari pun boleh ditawarkan kepada rakyat?
Maka dari rangkap awal lagi lirik pembukaan lagu ini sudah bermasalah dan gagal menyampaikan sebarang mesej kepada pendengar.
Pendengar kemudiannya akan dibuai dengan lirik perihal “janji dikota” (kononnya) dan kemudiannya bertemu dengan bait paling bermasalah iaitu “janji sudah ditepati, kini masa balas budi”. Persoalan yang timbul adalah janji siapa yang sudah ditepati? Dan apa maksudnya “kini masa balas budi”?
Pendengar yang bijak pasti akan dapat memahami bahawa lirik ini secara tersirat bertujuan memerangkap minda khalayak seolah-olah Umno-BN (kerajaan sekarang) telah berjaya menepati janji dan kini telah sampai masanya rakyat (pendengar) supaya mengundi Umno-BN dalam pilihan raya umum akan datang sebagai membalas budi atas janji-janji tersebut.
Lantaran itu, timbul persoalan apakah kewajaran bagi sesebuah lagu yang seharusnya bertemakan penghayatan kemerdekaan diolah sebagai medium propaganda picis dan ditransformasikan menjadi lagu kempen untuk meraih undi dalam pilihan raya?
Pada bahagian korus pula, secara jelas dapat disimpulkan bahawa lagu ini sebenarnya adalah wahyu penguasa yang diturunkan sebagai ingatan kepada rakyat.
Ini berbeza dengan lagu-lagu tema sambutan kemerdekaan sebelum ini khususnya di era Dr Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi yang lebih berteraskan unsur kekitaan dan kebersamaan di antara pelbagai lapisan rakyat.
Keseluruhan bahagian korus lagu ini jika diteliti sememangnya tiada langsung penzahiran elemen patriotisme dan penghargaan terhadap nikmat kemerdekaan yang dikecapi negara. Apa yang ditonjolkan hanya sekadar memuja-muja dan mengangkat retorik kosong janji 1Malaysia yang sehingga kini masih kabur dan mengelirukan.
Akhir sekali adalah pada rangkap ‘rap’ — lirik yang mengisi rangkap akhir ini paling parah dan bersifat cacamarba. Entah apa yang bersarang dalam benak si penulis lirik sehingga terhasil bait-bait lirik yang lemah, dangkal dan membosankan.
Alangkah jeleknya bila mana lirik rap pada rangkap terakhir itu diselit dengan istilah (Bantuan Rakyat 1Malaysia) BR1M, klinik dan kedai yang berorientasikan retorik 1Malaysia.
Apa kaitan BR1M, klinik dan kedai dalam proses penyampaian mesej kemerdekaan dan semangat patriotisme kepada rakyat? Ini langsung tiada kena mengena dengan semangat patriotisme.
Dan paling memalukan adalah tatkala dihebahkan kepada khalayak bahawa penulis lirik lagu ini merupakan seorang yang memegang jawatan menteri dan bertanggungjawab menjaga portfolio kebudayaan.
Jelas, menerusi lagu ini, Umno-BN cuba untuk memanipulasi sentimen patriotisme bersempena sambutan ulangtahun kemerdekaan negara dengan menerapkan propaganda lekeh dalam usaha terdesak mereka untuk meraih undi menjelang PRU yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.
Tidak dapat tidak untuk disimpulkan bahawa tiada langsung sebarang elemen patriotisme di dalam lagu ini melainkan puja-pujian dan sanjungan melangit ke atas retorik 1Malaysia serta pujukan halus supaya rakyat terus mengekalkan kuasa di tangan Umno-BN.
Semangat kemerdekaan dan nilai patriotisme langsung tidak dirasai di dalam lagu ini.
Justeru, rakyat khususnya anak muda tidak wajar untuk terus membiarkan diri mereka dihenyak dan diperbodohkan oleh propaganda sempit ini.
Kemerdekaan seharusnya dirai dan dihargai dengan menghayati nilai patriotisme berasaskan semangat pencerahan yang tulen; bukannya dengan propaganda lapuk yang disandarkan pada sebuah lagu “kemerdekaan” paling buruk dalam sejarah negara.
Najwan Halimi merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia. Tulisan ini merupakan pandangan peribadinnya dan tidak menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment