Monday, July 30, 2012

JANGAN BERIBADAH DAN TUTUP AURAT...TINGGAL MAKSIAT HANYA PADA BULAN RAMADAN SAJA...MALAH SELAGI HIDUP

Syaleza mati akibat leher dijerut


SAAT BAHAGIA. Gambar Norazman dan Syaleza ketika berkahwin tiga tahun lalu.



SHAH ALAM – Polis semalam mengesahkan keputusan bedah siasat mendapati Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar menemui ajal dengan cara lehernya dijerut hingga mengakibatkan mangsa kekurangan oksigen sebelum mati lemas. Sehubungan itu, polis telah menahan suami wanita itu, Norazman Ba- shah, 31, selepas selesai upacara pengebumian jenazah Syaleza, 31, di kampungnya di Felda Redong 1, Labis, Segamat, Johor pada pukul 10.15 malam kelmarin bagi membantu siasatan kes yang diklasifikasikan sebagai bunuh itu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (gambar kecil) berkata, lelaki berusia 31 tahun tersebut kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dekat sini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. “Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu. “Selain suaminya, kita juga telah mengambil keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Tertuduh mati dalam mahkamah



ANGGOTA polis mengusung keluar mayat Fazlie dari kamar Mahkamah Majistret 1 Melaka semalam.



MELAKA – Suasana tenang di Mahkamah Majistret 1 di Kompleks Mahkamah Melaka semalam bertukar menjadi gempar apabila seorang tertuduh lelaki tiba-tiba rebah lalu meninggal dunia di luar kandang tertuduh.
Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, seorang tertuduh, Fazlie Khamis, 28, yang menghadapi pertuduhan memiliki heroin meninggal dunia selepas seorang jurubahasa membacakan pertuduhan terhadapnya.
Sumber polis memberitahu, sebelum kejadian, Fazlie dibawa ke Mahkamah Majistret tersebut seorang diri dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah dan duduk di kerusi di luar kandang pesalah dalam keadaan yang sangat lemah di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.
“Bagaimanapun selepas pertuduhan dibacakan, tiada sebarang tindak balas atau pengakuan salah direkodkan dan tertuduh hanya menundukkan mukanya.
“Disebabkan kakitangan mahkamah melihat tertuduh seperti tidak sihat, mereka kemudian menghubungi ambulans sebagai persediaan.
“Pada masa yang sama, tertuduh ketika itu dilihat masih boleh bergerak dan jurubahasa mahkamah kemudian membaca sekali lagi pertuduhan kepada tertuduh buat kali kedua dan tertuduh masih diam,” kata sumber polis itu semalam.
Tambah sumber polis itu lagi, selepas pertuduhan kali kedua dibacakan tidak berapa lama selepas itu, Fazlie kemudian tiba-tiba rebah ke lantai dan pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati tertuduh telah meninggal dunia.

Satria Neo WWW 1 tak terlibat nahas



KERETA Proton Satria Neo yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Yong Peng, Sabtu lalu.



KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menafikan bahawa kereta Proton Satria Neo milik ayahanda baginda, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang menggunakan nombor pendaftaran WWW 1 terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Menerusi akaun laman sosial Twitternya @HRHJohor2, Tunku Ismail menjelaskan, kereta yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Yong Peng sekitar pukul 12.30 tengah hari pada Sabtu lalu itu sebenarnya ialah kereta jenis dan warna yang hampir sama tetapi bukan kereta milik Sultan Johor.

Polis dituduh pukul pekerja hotel

Posted on the July 31st, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

MOHD. AZUAN ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Seremban semalam.
SEREMBAN – Seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah atas tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta di Hotel S2 di sini baru-baru ini selepas dihadapkan ke tiga Mahkamah Majistret semalam.
Di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh., Inspektor Mohd. Azuan Yasin, 32, dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan menakutkan Mohamed Nadzeem Zainal Larifin, 25, menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai pistol pada pukul 2.50 pagi di ruang tamu Hotel S2 di sini pada 17 Julai lalu.



Dia juga dituduh memecah cermin pintu hadapan kereta bernombor pendaftaran MBB 1531 milik Tan Chee Luan, 25, sehingga menyebabkan pemilik kenderaan itu kerugian sebanyak RM150 pada pukul 5.45 pagi di kedai kopitiam dekat Temiang di sini pada tarikh dan masa sama.
Di hadapan Majistret Haslina Basarudin pula Mohd. Azuan dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan menakutkan Koh Wen Gio, 32, menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai pistol pada pukul 2.50 pagi di ruang tamu Hotel S2 di sini pada 17 Julai lepas.
Sementara itu, di hadapan Majistret S.Megaswary pula, tertuduh didakwa memecah pintu belakang sebelah kiri kereta bernombor pendaftaran NBV 8822 milik Tan Chee Hold, 32, yang menyebabkan pemiliknya kerugian sebanyak RM180 dalam kejadian pada pukul 5.45 pagi di kopitiam dekat Temiang di sini pada tarikh sama.
Bagi pertuduhan mendatangkan kecederaan, Mohd. Azuan didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau sebat.
Kosmo

Mati dipercayai dibelasah anak





KUCHING - Seorang lelaki warga emas yang bertarung nyawa selepas dipercayai dipukul anak lelaki sendiri akhirnya meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak semalam selepas menerima rawatan hampir dua minggu.
Jeni Kaderi, 77, dipercayai bergaduh dengan anaknya yang berusia 41 tahun pada 17 Julai lalu di rumah mereka di Kampung Sinar Bumi Lama di sini sehingga cedera di rusuk, lebam di mata kiri, telinga kanan dan pendarahan di paru-paru kanan.
Bagaimanapun, suspek yang juga dikenali sebagai 'Ribut' pandai memperdayakan jiran-jiran mereka bahawa bapanya cedera selepas terjatuh tangga.
Namun, rahsia itu terbongkar selepas adik perempuannya datang ke rumah tersebut dan menemui bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum meminta anak saudaranya membawa mangsa ke hospital.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad (gambar) berkata, mangsa meninggal dunia pada pukul 1 pagi dan doktor mengesahkan sembilan tulang rusuk kanan mangsa patah.
Serentak dengan itu, polis menahan reman suspek untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

62 ditangkap di Jakarta



AFP
BEBERAPA pelajar universiti berjalan melintasi bar De Most di Jakarta kelmarin.



JAKARTA - Polis Indonesia semalam menyatakan, 62 orang ditangkap, kebanyakannya remaja di bawah umur kerana menyerang sebuah bar di selatan negara ini yang menyediakan arak dalam bulan Ramadan.
Menurut Ketua Detektif Polis Jakarta Selatan, Hermawan, sekumpulan 150 pemuda dengan sebahagian mereka berusia 13 tahun membawa pedang dan kayu golf semasa menyerbu bar De Most pada malam Sabtu lalu dengan memecah botol arak dan merosakkan tempat itu.
"Daripada 62 orang yang ditahan itu, kebanyakannya berusia di bawah umur dan sebahagian mereka bersenjatakan pedang samurai, sabit dan batang golf.
"Mereka memecahkan tingkap, pintu dan menghempas botol arak kerana mahu semua kedai menjual arak ditutup bagi memastikan bulan Ramadan tidak dicemari," tambah beliau.
Seramai 23 orang telah dituduh menyebabkan harta benda rosak manakala empat lagi didakwa membawa senjata tajam.
Hermawan berkata, kumpulan itu menggelarkan diri mereka sebagai Majlis Pembela Nabi Muhammad.
"Adalah menjadi kebiasaan untuk saya dan pengikut saya menyerbu tempat-tempat maksiat semasa Ramadan.
"Mereka (para pengunjung bar) melakukan dosa di sana. Mereka mabuk dan tiada tindakan diambil terhadap mereka," kata ketua kumpulan itu, Habib Bahar yang berusia 33 tahun kepada akhbar dalam talian, Kompas.com. - AFP

Anjing mati kena mercun bola

Posted on the July 31st, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

NIBONG TEBAL – Angkara pertikaian hutang RM6,000 antara dua rakan, seekor anak anjing menjadi korban letupan mercun bola yang dibalingkan ke sebuah rumah di Taman Tang Ling, Simpang Ampat dekat sini baru-baru ini.
Kejadian pada pukul 3.30 petang Jumaat lalu bukan saja menakutkan penghuni rumah yang gagal membayar hutang malah turut menggemparkan penduduk lain di seluruh taman itu yang mulanya menyangka letupan tersebut berpunca daripada ledakan bom.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat berkata, polis mulanya menerima maklumat terdapat kejadian letupan bom di halaman sebuah rumah di Taman Tang Ling



“Sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian sebelum siasatan mendapati bunyi letupan kuat yang disangka bom sebenarnya letupan segumpal mercun bola.
“Akibat letupan kuat tersebut, seekor anak anjing milik penghuni rumah terbabit mati dipercayai terkena percikan api daripada mercun tersebut,” kata beliau.
Kosmo

Penoreh sayu beraya tanpa kaki



ZULFITRI (kanan) dan Saad (dua dari kanan) berbual dengan Suaid selepas menyampaikan sumbangan kerusi roda di Kampung Kota Mengkuang, Wang Tepus, Jitra semalam.



JITRA - Sayu hati seorang penoreh getah di Kampung Kota Mengkuang, Wang Tepus di sini yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa sebelah kaki apabila terpaksa dipotong akibat penyakit kencing manis yang ditanggungnya selama 15 tahun.
Suaid Mat Kasa, 54, hilang kaki kanan dari paras betis akibat jangkitan kuman dan terpaksa menjalani pembedahan pada 28 Jun lalu.
Menurutnya, dia menitiskan air mata apabila dimaklumkan oleh doktor Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bahawa jangkitan kuman itu semakin merebak dan bagi mengelak ia bertambah serius kaki itu perlu dipotong.
"Saya berasa sedih, namun terpaksa menerima takdir Tuhan. Pada mulanya amat terasa kehilangan kaki kerana sebelum ini mampu bergerak dengan bebas tetapi kali ini pergerakan terbatas.
"Tidak banyak kerja yang boleh saya lakukan termasuk menyara keluarga dengan menoreh getah," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya semalam.

Diana manfaat Ramadan dengan ibadah

Posted on the July 30th, 2012 under Artis by admin

  • Share

Nurdiyana Amir Hashim
Kali pertama menyambut Ramadan selepas berhijrah tahun lalu pastinya memberi kelainan kepada pelakon cantik dan manis, Diana Amir.
Diana atau nama sebenarnya, Nurdiyana Amir Hashim berkata, berbanding tahun sebelumnya, tahun ini dia dapat merasakan lebih ketenangan ketika menunaikan ibadah puasa.
“Jika dibandingkan dengan sebelum ini, memang ketara perbezaannya. Malah, nikmat berpuasa lebih dirasai kerana saya benar-benar memberikan perhatian kepadanya sahaja.



“Lagi pun dahulu bagi saya, berpuasa hanya menahan makan daripada lapar dan dahaga. Tetapi kini, saya sedar bulan ini memberikan seribu satu fadilat dan kelebihan,” katanya kepada Zass.
Jelas anak kelahiran Birmingham, England ini juga, dikesempatan yang ada, dia tidak ketinggalan melakukan pelbagai ibadah seperti melibatkan diri dengan aktiviti keagamaan.
“Alhamdulillah, biasanya saya sering menerima undangan untuk memberikan ceramah mengenai hijrah di hari-hari biasa, tetapi di bulan Ramadan, saya tetap diberi peluang untuk berkongsi pengalaman,” katanya.
Pada masa sama, akui Diana, tahun ini dia turut berhasrat memenuhi solat Tarawih.
“Kalau dulu saya tidak peka dengan ibadat yang perlu dilakukan ketika bulan Ramadan, tetapi tahun ini saya tidak mahu mengulanginya lagi.
“Biarlah saya yang dahulu menjadi satu kenangan dan pengalaman. Kerana terlalu asyik mengejar tugas sebagai pelakon, saya mengabaikan tanggungjawab terhadap solat wajib dan solat Tarawih,” katanya.
Tolak tawaran seni
Lari dari kebiasaannya, Diana juga mengambil peluang berehat sepenuhnya daripada karier seninya.
“Bulan ini merupakan bulan terbaik untuk muhasabah dan mendidik diri, sebab itulah sepanjang menjalani ibadah puasa, saya tidak menerima sebarang tawaran lakonan.
“Bagi saya biarlah perhatian diberikan kepada aktiviti keagamaan sahaja. Lagi pun, bulan-bulan lain kita sudah sibuk bekerja,” kata pelakon filem 7 Petala Cinta ini.
Bagaimanapun, jelas Diana, dia tidak menolak sekiranya menerima undangan bagi aktiviti kebajikan seperti berbuka puasa bersama golongan memerlukan dan anak yatim.
“Program kebajikan juga adalah cara kita mendekatkan diri dengan Allah SWT. Selain dapat menggembirakan insan yang kurang bernasib baik, kita juga dapat membuka mata serta hati golongan lain untuk turut bersama dalam program ini.
“Saya yakin sebagai selebriti adakala apa yang dilakukan oleh kita menjadi ikutan. Dan biarlah, apa yang diikut itu adalah ke arah kebaikan,” ujarnya yang berpeluang mengerjakan umrah buat kali pertama pada Jun lalu.
Selain itu, Diana turut meluangkan masa sebanyak tiga kali seminggu untuk menghadiri kelas agama dan usrah.
Berbuka dengan keluarga
Bercerita menu pilihannya di bulan puasa, Diana berkata, dia tidak kisah untuk menikmati apa saja juadah ketika berbuka dan bersahur.
“Walaupun menetap bersama kawan-kawan tetapi saya akan pulang ke rumah emak di Puchong untuk berbuka bersama mereka.
“Jadi apa sahaja yang dimasak oleh emak, saya akan makan. Antara menu kegemaran saya seperti Masak Lemak Cili Padi dan Ayam Goreng Berempah,” ujarnya.
Sehingga kini, Diana berkata, dia masih belum berkesempatan berkunjung ke bazar Ramadan.
“Saya jarang pergi ke bazar sementelah lagi emak sudah memasak banyak makanan di rumah. Selain boleh mendatangkan pembaziran, rasanya lebih baik saya bersederhana sahaja,” kata anak keempat daripada tujuh beradik ini.
Dalam perkembangan lain, Diana bakal muncul dengan filem terbarunya September ini yang berjudul Assalamualaikum Cinta, bergandingan bersama aktor, Kamal Adli.
Menerusi filem itu, Diana memainkan peranan sebagai anak kepada seorang ustaz yang membantu Kamal Adli (seorang selebriti), untuk mendalami ilmu agama.
Sinar

10 Wasiat Rasulullah saw kepada puterinya Fatimah Az Zahra’

1.Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya pasti Allah akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji tepung, melenyapkan keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu.

2.Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung (memasak makanan) untuk suami dan anak-anaknya nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.

3.Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang telanjang.

4. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan Allah akan menghalangnya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat kelak.

5.Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan adalah keredaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu, ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6.Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan Allah menetapklan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Jika meninggal ketika melahirkan maka dia tidak membawa dosa sedikitpun.

7.Ya Fatimah tidaklah wanita yang tersenyum di hadapam suaminya melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

8.Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur suaminaa dengan rasa senang hari melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang.

9.Ya Fatimah tidaklah wanita yang melayan suaminya selama sehari semalam dengan senang hati serta ikhlas melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupaya pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan pahala kepadanya pahala seratus kali beribadah haii dan umrah.

10. Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suaminya dan menyikatkanya, meminyakkan janggut dan memotong misainya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudahkan sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian taman-taman syurga. Allah membebaskannya dari siksa neraka serta dapat melintasi siratul mustakim dengan mudah.

Waallahukhlam...

Israel tembak lelaki Palestin

BAITULMUQADDIS - Polis sempadan Israel menembak mati seorang lelaki Palestin dan mencederakan dua yang lain di sebuah pusat pemeriksaan untuk memasuki bandar ini semalam.
Jurucakap polis sempadan, Shai Hakimi berkata, lelaki berkenaan yang berusia 40 tahun, Akram Badr berada di dalam sebuah kereta yang dipandu laju melintasi sebuah pusat pemeriksaan.
Kereta yang dinaikinya cuba merempuh beberapa anggota polis yang mengarahkannya supaya berhenti.
Namun, polis Palestin memberitahu, kereta mangsa berada di laluan salah dan bergerak mengundur untuk memasuki laluan betul apabila polis sempadan Israel melepaskan tembakan kerana menyangka kenderaan itu cuba melanggar mereka.
Hakimi berkata, polis tidak pasti sama ada lelaki Palestin itu bersenjata. - AP

Ditangkap jual nasi bungkus



PEGAWAI Penguat Kuasa MBAS memeriksa sebuah gerai yang menjual makanan kepada orang Islam yang tidak berpuasa pada Operasi Ramadan di Jalan Gangsa, Alor Setar semalam.



ALOR SETAR – Jual nasi bungkus kepada orang tidak berpuasa pada harga pakej menggunakan kereta di lokasi tersembunyi di tepi tapak pembuangan sampah haram.
Itu yang dilakukan seorang lelaki berusia 55 tahun dipercayai untuk mendapatkan wang lebih pada bulan Ramadan ini.
Bagaimanapun, rahsia lelaki itu terbongkar apabila Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menyerbu kereta jenis Proton Saga miliknya yang diletakkan di belakang deretan bangunan berhampiran Terminal Bas Shahab Perdana di sini semalam.
Dalam serbuan Operasi Ramadan kira-kira pukul 12 tengah hari itu, lelaki terbabit sedang menunggu pelanggan dan hasil pemeriksaan di dalam kereta menemui masing-masing 50 bungkus nasi berlauk dan minuman.
Kesemua makanan dan minuman tersebut disembunyikan di dalam beberapa bungkusan plastik berwarna hitam yang diletakkan di tempat duduk belakang dan but kereta.
Difahamkan, nasi bungkus dijual antara RM5 hingga RM7 mengikut jenis lauk kepada pekerja di kawasan sekitar yang kebanyakannya pekerja bengkel.
Dalam operasi berasingan yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah dan Jabatan Kesihatan negeri itu, MBAS menyerbu sebuah gerai ditutupi kain kanvas di tepi Jalan Gangsa di sini.

Lebih 300 juta bergelap di India



AFP
SEJUMLAH penumpang menunggu ketibaan kereta api di sebuah stesen semasa bekalan elektrik terputus sehingga menjejaskan perkhidmatan itu di New Delhi semalam.



NEW DELHI - Kegagalan rangkaian penghantaran elektrik menyebabkan lebih 300 juta orang di sini dan di sebahagian besar utara India terpaksa bergelap semalam apabila negara itu mengalami gangguan bekalan tenaga yang terburuk dalam tempoh lebih sedekad.
Bekalan elektrik di sini dan tujuh negeri lain terputus selepas tengah malam dan masih belum pulih pada awal pagi.
Gangguan itu menyebabkan beribu-ribu pekerja terkandas ekoran banyak perkhidmatan tren elektrik di sini terpaksa dibatalkan.
"Saya lewat selama 45 minit untuk ke tempat kerja. Pada mulanya bekalan elektrik terputus sejak pukul 2 pagi dan selepas itu, perkhidmatan tren tergendala selama 13 minit," kata seorang lelaki berusia 32 tahun, Keshav Shah yang berkerja di sebuah firma perisian komputer sekitar 30 kilometer dari sini.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Tenaga, Sushilkumar Shinde tanpa mengulas lanjut menyalahkan satu insiden dekat Agra sebagai punca gangguan elektrik berlaku.
Menurutnya, 60 peratus bekalan elektrik pulih menjelang lewat pagi dengan keseluruhan perkhidmatan kembali seperti biasa pada tengah hari semalam.
Gangguan bekalan elektrik sehingga lapan jam sehari kerap berlaku di sebahagian besar negara itu yang mencetuskan bantahan orang ramai ketika India kini mengalami cuaca paling panas dalam tempoh beberapa tahun. - Reuters

Robot dikawal dengan telefon pintar



AFP
ANNA duduk di ruang kawalan robot itu.



TOKYO - Syarikat Suidobashi di Jepun mencipta robot setinggi empat meter yang boleh dikawal dengan menggunakan telefon iPhone, lapor akhbar MailOnlone kelmarin.
Ia juga boleh dikawal dengan sebarang telefon bimbit yang mempunyai rangkaian 3G.
Robot yang bernama Kuratas itu dijual pada harga AS$1 juta (RM3.16 juta).

AFP
ORANG ramai melihat robot Kuratas pada Festival Takjub di Chiba kelmarin.



Bagaimanapun, pergerakan robot itu juga boleh dikawal di ruang kokpit.
Dalam demontrasi pada Festival Takjub di Chiba, kelmarin, seorang wanita yang dikenali sebagai Anna duduk di dalam kokpit itu yang mengandungi peralatan untuk mengawal pergerakan robot tersebut.
Dua jurutera, Wataru Yoshizaki dan Kogoro Kurata terlibat dalam penciptaan robot tersebut sejak 2010. - Agensi

4 maut bas sekolah dirempuh kereta api



AFP
ORANG ramai melihat sebuah bas sekolah dirempuh kereta api di Kotmehatab, India semalam.



KOTMEHATAB, India - Seramai empat pelajar terbunuh dan 19 lagi cedera apabila sebuah bas sekolah dirempuh kereta api di sini semalam.
Ketika kejadian bas tersebut membawa 23 orang pelajar sekolah rendah.
Nahas itu berlaku di sebuah lintasan kereta api di utara India.
Menurut seorang pegawai polis, Suba Singh, kereta api itu bergerak laju daripada biasa ketika ia merempuh bas tersebut.
Beliau berkata, ketika nahas, bas tersebut sedang melintas di lintasan tersebut.
Pelajar yang cedera dihantar ke hospital berdekatan. - Agensi

Ikan paus yang diselamatkan ditemui mati



AFP
BEBERAPA aktivis berusaha untuk menyelamatkan seekor ikan paus sperma dekat pantai Karawang, Jawa Barat pada Jumaat lalu.



JAKARTA - Seekor ikan paus sperma yang dibantu kembali semula ke laut telah ditemui mati kira-kira 25 kilometer dari tempat ia terdampar selama empat hari, kata seorang pegawai Rangkaian Bantuan Haiwan Jakarta, Pramudya Harzani.
Ikan paus sepanjang 12 meter itu ditemui terdampar di sebuah kawasan cetek dekat pantai Karawang, Jawa Barat pada Rabu lalu.
Namun, beberapa penyelamat berjaya membantu ikan tersebut bergerak ke kawasan laut dalam apabila ia ditarik dengan menggunakan 10 buah kapal dan sebuah bot tunda pada Sabtu lalu.
Menurut Harzani, bangkai ikan tersebut ditemui beberapa anggota penyelamat di Muara Gembong. - AP

300 maut kerana sindrom angguk


AP
GAMBAR fail 20 Februari lalu menunjukkan seorang kanak-kanak menghidap sindrom angguk di Kitgum, Uganda.



KITGUM, Uganda - Lebih 300 remaja di Uganda maut kerana penyakit misteri yang menjangkiti semakin ramai kanak-kanak di utara negara Afrika dan di beberapa kawasan di Sudan Selatan.
Penyakit itu dikenali sebagai sindrom angguk kerana pesakit akan menganggukkan kepala mereka dan berkelakuan seperti diserang sawan.
Penyakit berkenaan turut membantutkan tumbesaran kanak-kanak dan memusnahkan keupayaan kognitif dengan menyebabkan mereka gagal melakukan tugas mudah.
Sebahagian pesakit tidak mengenali ibu bapa mereka.
"Kami melakukan ujian ke atas beberapa kanak-kanak ini dan mendapati keadaan sebahagian mereka tidak berubah manakala sebahagian lain terus merosot tetapi tiada seorang pun yang beransur sembuh," kata Scott Dowell yang merupakan Pengarah Divisyen Pengesanan Penyakit Global dan Tindak Balas Kecemasan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).
Beberapa pegawai Uganda berkata, sekitar 3,000 kanak-kanak di negara Afrika Timur itu menghidap penyakit berkenaan.
Menurut mereka, setakat ini punca penyakit maut itu tidak dapat dipastikan.
Saintis CDC kini berusaha untuk mengenal pasti mengapa penyakit itu cuma menyerang kanak-kanak berusia antara lima hingga 15 tahun. - AP

No comments:

Post a Comment