Friday, April 29, 2011

JANGAN KITA CAKAP AGAMA..KALAU BUKAN BIDANG KITA...ORANG DAH BERTAUBAT...PATUT SOKONG...BUKAN KUTUK....ITU JUGA BONGKAK...JIKA ORANG MENGAJAK KEBAIKAN PATUT SYUKUR DAN BERTERIMA KASIH....BATIL ITU JELAS...YANG HAQ@BENAR JUGA JELAS....JANGAN KITA TASABUH@MENYERUPAI KAUM LAIN....

‘Bob usah hipokrit, riak’

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak,” kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap ‘menyerang’ dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.
Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.

“Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.


“Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri.

“Kita pernah sama-sama ‘cari makan’ dalam bidang sama, tetapi apabila rasa nak beralih arah kenapa pula dia nak kutuk bidang yang pernah digelumangi,” katanya yang mendakwa mengenali Bob Lokman sejak 1985.

Ruang solat kecoh

Oleh Muhd Izawan Baharin
izawan@hmetro.com.my

SUMPAH LAKNAT...Shazryl melafazkan sumpah laknat di depan Izhan sambil diperhatikan Rahim dan Shuib.
SUMPAH LAKNAT...Shazryl melafazkan sumpah laknat di depan Izhan sambil diperhatikan Rahim dan Shuib.
KUALA LUMPUR: Ruang solat utama Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul, di sini, semalam kecoh dengan pelbagai gelagat individu yang dipercayai penyokong pembangkang bagi mengganggu majlis lafaz sumpah laknat Trio Datuk T.
Kekecohan berlaku beberapa minit selepas umat Islam selesai menunaikan solat Jumaat apabila tolak menolak dan jeritan qazaf serta takbir dilaungkan terutama selepas kehadiran beberapa pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ke masjid itu.

Keadaan semakin sesak apabila jemaah mengerumuni ruang solat kerana menyangka Trio Datuk T iaitu ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim sudah tiba untuk melafazkan sumpah laknat.
Ada di antara jemaah berebut naik ke tingkat satu masjid untuk melihat dengan jelas apa yang berlaku selain merakamkan video dengan telefon bimbit.

Disebabkan keadaan semakin tidak terkawal, Pengerusi Masjid, Abdul Razak Hussain naik ke mimbar dan merayu orang ramai segera mengosongkan ruang solat bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Keadaan kembali tenang dan ruang solat utama itu segera dikunci pengurusan masjid, tetapi di halaman masjid masih bising apabila sekumpulan lelaki berkumpul sambil memegang poster supaya qazaf dilaksanakan.

Trio Datuk T akhirnya tiba kira-kira jam 4 petang dan menyebabkan suasana kembali kecoh, malah ketika wakil media termasuk puluhan individu lain berkumpul di ruang solat untuk menunggu sumpah dilafazkan, ketegangan berlaku apabila ada pihak mempersoalkan polis yang menasihatkan semua orang supaya memberi lebih ruang.

Suasana tegang turut berlaku apabila ada wakil media menegur sikap individu di situ yang seolah-olah melambatkan majlis kerana mahu ‘bertegang urat’ dengan polis.
Eskay, Rahim dan Shuib memasuki ruang solat itu pada jam 4.20 petang dengan memakai baju kalis peluru di bahagian dalam baju Melayu masing-masing kemudian menunaikan solat sunat dua rakaat.

Ketika Eskay cuba membaca teks lafaz sumpah laknat itu, seorang lelaki tiba-tiba duduk di depan mereka dengan memberi nasihat bahawa kaedah itu tidak ada dalam hukum syarak, tetapi mereka boleh membuat pilihan meneruskannya.

Lelaki itu yang memperkenalkan diri sebagai penceramah bebas, Syamsul Firdaus berkata, tujuan dia memberi nasihat itu sebagai menunaikan tanggungjawab seperti disarankan Rasulullah s.a.w.

Eskay yang mengangguk faham kemudian meneruskan lafaz sumpah laknat sambil memegang naskhah al-Quran di hadapan Timbalan Imam Masjid Amru Ibni Al-As, Izhan Shahril.

“Wallahi; Wabillahi; Watallahi. Aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu.

“Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini maka Allah melaknat akan diriku,” katanya.

Wartawan sempat bertanya kepada Rahim sama ada beliau turut mahu melakukan sumpah laknat namun segera menunjukkan kepada Shazryl dan berkata: “Dia (Eskay) bagi pihak (semua).” Rahim dilihat mahu menjawab beberapa lagi soalan daripada wartawan, tetapi segera dibawa keluar dari ruang masjid apabila keadaan kembali kecoh dan tolak menolak berlaku semula.

Umpama kisah Cinderella

RAI...Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah turut memeriahkan perkahwinan William-Kate.
RAI...Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah turut memeriahkan perkahwinan William-Kate.
LOS ANGELES: Perkahwinan umpama dalam kisah pari-pari antara Putera William dan Kate Middleton semalam memukau dunia dengan kira-kira dua bilion orang di seluruh dunia turut menonton dan meraikan majlis berkenaan.
Di sebuah pub terkenal di Sunset Boulevard, Hollywood yang dihiasi Union Jack dengan model Kate dan William diletakkan di depan pintu masuk, 300 pengunjung terpaku di depan televisyen bagi menyaksikan majlis itu.

“Di Hollywood memang ramai pelakon terkenal, tetapi tidak menarik perhatian kami,” kata Paula Haifley, 30, seorang pengunjung pub.
Rakannya, Katie Christiansen, 24, berkata, kehadirannya ke pub itu bagi meraikan majlis perkahwinan yang dinanti-nantikan.

“Kami mahu meraikannya. Ia memberi kami peluang untuk berpakaian cantik dan meraikan kemeriahan yang jarang disambut di sini,” katanya.

Berhampiran Hollywood Boulevard, muzium patung lilin, Madame Tussauds turut menyediakan skrin gergasi bagi menyediakan siaran langsung perkahwinan itu.

Seorang pembaca dari London, Andrew Rule memberi komen di akhbar Sydney’s Daily Telegraph bahawa majlis perkahwinan itu umpama kisah Cinderella yang menenggelamkan Hollywood.

“Hari ini dunia menyaksikan perkahwinan itu membuktikan kisah pari-pari boleh menjadi kenyataan,” katanya dalam akhbar berkenaan yang menyediakan lima muka surat pertama untuk menyiarkan laporan perkahwinan itu.
Stesen penyiaran Australia, ABC termasuk dua rangkaian komersial terbesar negara itu menyediakan siaran langsung majlis perkahwinan yang ditayangkan pada waktu malam di Sydney.

Akhbar New Zealand Herald turut menyifatkan hari perkahwinan itu sebagai 'hari paling menggembirakan' di muka depan dengan memaparkan gambar pasangan pengantin muda berkenaan.

Seorang penduduk Wellington, Kip Marshall berkata, dia menyaksikan siaran langsung perkahwinan itu bersama dua cucu perempuannya di rumah.

“Kami memakai pakaian cantik, mahkota plastik dan menghias rumah. Ia satu keraian kerana tiada siapa tahu adakah kita akan menyaksikan perkahwinan diraja lagi. Mungkin mereka akan menyaksikan perceraian diraja sebelum perkahwinan diraja lain,” katanya.

Di Asia pula, puluhan juta penduduk menyaksikan perkahwinan itu di siaran perdana termasuk menyediakan slot perbincangan, komen dan paparan kehidupan kerabat diraja Britain.

Kedutaan Britain di rantau Asia pula menganjurkan parti dengan menyediakan skrin besar untuk tatapan jemputan VIP. Di Hong Kong, sambutan disambut di kelab malam dan pub manakala hotel mewah di Karachi, Pakistan menyediakan skrin gergasi kepada penonton golongan atasan.

Seorang eksekutif perniagaan, Ahmed Naveed, 34, berkata, majlis perkahwinan itu menyebabkan dia melupakan tragedi pengeboman yang berlaku hampir setiap hari di negaranya yang dikaitkan dengan militan Taliban.

“Ia sesuatu yang berbaloi untuk dirai. Saya seronok kerana sekurang-kurangnya ada sesuatu yang menggembirakan disiarkan di televisyen selain darah dan bom,” katanya.

Di Malaysia, sekolah swasta yang menggunapakai kurikulum British, Alice Smith School dihiasi dengan bendera Britain dan kain rentang berwarna-warni manakala murid meraikannya dengan membuat kad perkahwinan dan kek cawan.

“Ia peluang terbaik kepada kami untuk mengucapkan selamat kepada pasangan pengantin itu,” kata Pengetua sekolah, Steve Caulfied.

Di Kenya, tempat William melamar Kate, Oktober lalu perhimpunan umpama meraikan perkahwinan berlansung di kafe dan restoran sekitar Nairobi.

“Ia perkahwinan diraja, seorang putera dengan puteri. Ia sangat unik,” kata seorang pemandu, Michael Chege, 20, yang berharap dapat menyaksikan siaran langsung walaupun sibuk bekerja.

Sementara itu, di Paris, ramai pihak mengunjung tugu berhampiran Pont d’Alma yang menjadi lokasi tidak rasmi bagi mengingati ibu William, Puteri Diana yang maut dalam kemalangan jalan raya di situ.

Bunga ros merah jambu diletakkan di kaki tugu, Flame of Freedom berdekatan terowong yang menjadi lokasi kemalangan pada 1997 dengan mesej ringkas; “Kepada Diana, mengingati kamu pada hari istimewa ini.” - AFP



Thursday, April 28, 2011

BUKAN TUTUP AURAT....BUNGKUS AURAT SAJA...

Menutup Aurat atau Melapik Kain?

Editor: Zulhafidz
MENUTUP aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Bolehkah ustaz memberikan nas-nas dari al-Quran ataupun rujukan hadis yang menjelaskan balasan bagi wanita Islam yang tidak menutup aurat.
Menutup Perkara yang Memalukan atau Sudah Hilang Malu?
JAWAPAN DALAM kamus Lisan al-Arab karangan Ibn Manzur menjelaskan maknatabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan serta kecantikannya kepada lelaki. (Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, jld:3, hlm:33). Ini bermaksud apa sahaja perbuatan seorang wanita dalam menghiasi wajahnya serta tubuhnya supaya dilihat oleh orang lelaki dan ia termasuk juga memperagakan fesyen pakaian.
Dalam persoalan ini anda boleh lihat adanya tiga kategori wanita. Yang pertama, menutup aurat dengan sempurna. Kedua, menutup aurat tetapi tidak sempurna dan ketiga, langsung tidak menutup aurat.
Kumpulan pertama
Menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.
Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Kategori ini mutakhir ini cukup banyak.
Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.
Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan "Daripada tak tutup langsung lebih baik tutup." Kata-kata ini, tampak baik, semacam positif, pada hakikatnya suatu yang dangkal.
Kenapa perlu dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah kira baik... Kenapa tidak dibandingkan dengan yang lebih sempurna dalam menutup aurat?
Itulah manusia yang banyak sangat beralasan dalam urusan dunia dibandingkan dirinya denga yang lebih baik, manakala dalam urusan agama membandingkan dirinya dengan yang paling teruk.
Tidak salah berfesyen dalam bertudung tetapi sebelum dilihat kepada aspek fesyen, adalah lebih baik dilihat aspek hukum. Mungkin ada yang berpendapat bahawa pandangan saya agak jumud. Tetapi suka saya nyatakan bahawa takut saya pada Pencipta mengatasi keinginan nafsu manusia. Cuba lihat diri anda yang sempurna kejadiannya, cantik, rambut ikal mayang, sihat dan sebagainya.
Manusia itu sempurna tidak kira lelaki mahupun perempuan. Siapa yang menjadikan manusia berpasangan, ada lelaki ada perempuan? Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah Allah SWT.
Dialah yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita hendaklah menutup aurat.
Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai 'AhlulBait'dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33)
Seorang ahli tafsir mengulas ayat ini dengan berpendapat: "Tabarruj wanita bermakna dia (wanita) meletakkan penutup (kain selendang) atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan segala perhiasannya, termasuklah rantai dilehernya." (Ibn Kathir, jld: 3, hlm: 482-483).
Manakala Abu Ubaidah berpendapat: "Tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan kecantikannya yang memungkinkan orang lelaki ghairah."(Tafsir al-Alusiy, jld: 21, hlm: 8)
Ulasan ulama dalam ayat di atas serta kaitannya dengan perhiasan di zaman jahiliah. Maksudnya sebelum kedatangan Islam orang Arab perempuan memang sudah menutupi kepala mereka.
Setelah Islam menyinari bumi, dan lokasi sinaran itu ialah Mekah. Jadi masalah sosial juga berlegar dalam persoalan masyarakat hari itu.
Selepas turunnya ayat dari surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud: Dan hendaklah kami tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu dan terus dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan daripada kamu, hai 'ahl al-bait' dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.
Lantaran itu, wanita-wanita Islam segera menutup aurat dengan sempurna sehingga tidak mendedah rambut, leher dan segala perhiasan di leher mereka. Inilah perbezaan yan ketara antara wanita Islam zaman ini dengan wanita Islam di zaman Nabi SAW.
Generasi al-Quran ini cukup unik dan dinamik. Apabila sampai sahaja perintah Allah SWT melalui al-Quran, mereka segera menyahut tanpa sebarang bantahan dan alasan.
Sebagai balasannya, Allah SWT menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, yang pastinya di atas sifat tunduk dan patuh kepada perintah dan suruhan Allah SWT, mereka kelak akan dibalas dengan syurga yang tidak tergambar nikmatnya.
Hari ini macam-macam alasan diberi untuk melepaskan diri daripada perintah Allah SWT.
Dulu, zaman Nabi SAW, orang-orang Arab kuat nafsu, sebab itulah wanita zaman itu kena berkelubung, pakaian warna hitam, tutup muka dan sebagainya. Kalau betul apa yang didakwa, minta tolong kemukakan kes-kes rogol dan pencabulan yang ada pada masa itu. Itu di zaman jahiliah.
Wanita Melayu juga pada satu ketika dahulu, mungkin awal 1950an, perempuan-perempuannya berkelubung dengan kain batik, bila dengar suara lelaki lari menyorok, tidak mudah keluar rumah.
Maksudnya pergerakan dan perwatakan mereka dikawal oleh kedua-dua orang tua. Adakah pada awal tahun 1950 banyak kes rogol, pencabulan, buang anak, gugurkan janin, anak luar nikah, lari dari rumah, kanak-kanak hilang dan sebagainya?
Keruntuhan moral, budaya dan ancaman luaran yang menyebabkan segala macam bencana manusiawi yang tidak pernah berlaku di zaman jahiliah dan juga di awal kemerdekaan berlaku hari ini.
Dewasa ini orang pakai tudung sempurna pun tidak selamat, ini pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham.
Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.
Jarang pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Biasanya pembeli akan memilih kuih tertutup dengan tudung saji. Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.
Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut:-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِہِنَّ‌ۖ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوۡ ءَابَآٮِٕهِنَّ أَوۡ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآٮِٕهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ أَخَوَٲتِهِنَّ أَوۡ نِسَآٮِٕهِنَّ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُهُنَّ أَوِ ٱلتَّـٰبِعِينَ غَيۡرِ أُوْلِى ٱلۡإِرۡبَةِ مِنَ ٱلرِّجَالِ أَوِ ٱلطِّفۡلِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يَظۡهَرُواْ عَلَىٰ عَوۡرَٲتِ ٱلنِّسَآءِ‌ۖ وَلَا يَضۡرِبۡنَ بِأَرۡجُلِهِنَّ لِيُعۡلَمَ مَا يُخۡفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ‌ۚ وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya
(Surah An-Nur 24: Ayat Ke 31)


BERPAKAIAN TAPI BERTELANJANG~??

~Tak nampak yg ditulis..tp tengok gambar pun tahu.
BERPAKAIAN TP BERTELANJANG[x cukup syarat]~
Sabda Nabi S.A.W.
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ‏ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ ‏ ‏مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ
الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Maksudnya: ‘Dua golongan dari ahli neraka, yang belum pernah aku lihat mereka, (iaitu) satu kaum yang memiliki pemukul, seperti ekor lembu, yang mereka gunakan untuk memukul orang dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka bagaikan pundak unta, mereka tidak akan memasuki syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga dapat dicium dari jarak yang jauh.” (HR Muslim)

Kaum yang memiliki pemukul adalah golongan yang memukul manusia tanpa sebab yang dibenarkan oleh Syara’.

Manakala perkataan kasiyaat ‘ariyaat (berpakaian tetapi bertelanjang) ditafsirkan oleh para ulama sebagai:

  1. Wanita yang menerima nikmat-nikmat daripada Allah tetapi tidak bersyukur. Dia tidak melakukan ketaatan kepada Allah dan tidak meninggalkan maksiat dan keburukan dalam keadaan dia menerima nikmat yang berupa harta dan selainnya.
  1. Hadith juga membawa maksud wanita-wanita yang berpakaian yang tidak menutup auratnya disebabkan nipis,ketat dan pendek pakaiannya, maka ia tidak memenuhi maksud berpakaian menutup aurat.
Manakala perkataan :

Ma-ilaat pula membawa maksud:

Cenderung kepada maksiat dan perkara-perkara keji, dan mengurangkan kefardhuan seperti solat dan seumpamanya.

Mumilaat pula ialah:
Menyeru orang lain kepada kejahatan dan kerosakan. Dengan perkataan dan perbuatan, mereka memalingkan orang lain kepada kejahatan dan maksiat.

**~Sedikit pengajaran yg diambil dari Al-Hadith utk hari ini..yang nak ditekankan..ttg pakaian muslimah hari ini..byk yg rasa diri mereka berpakaian..tp sebenarnya 'telanjang'~..tak mengikut tuntutan syariat yg sebenar..apekah maksud menutup aurat yg digariskan dalam Al-Quranul Kareem dan hadis..??same2 kita renungkan..buat diri sendiri juga..moga tak memandang ringan hal ni..peliharalah diri..tutuplah auratmu..kerana di situ ada hikmahnya.bukan utk menyusahkan, tetapi utk menyelamatkan. hargai diri..jangan murahkan dirimu di khalayak ramai.terutama di hadapan yg bukan halal bagimu~! jangan rendahkan darjatmu wahai insan istimewa..MUSLIMAH..

tutuplah..tutuplah..tutuplah...segala perhiasan yg indah yg ada padamu...biar hanya yg muhrim dan layak/halal utkmu sahaja yg mengetahuinya..semoga dirimu terus dihargai, diberkati dan dilindungi, wahai muslimah yg ku sayangi...uhibbukum fiLLah~! Tetap teguh duhai hati...



BERPAKAIAN TAPI BERTELANJANG



Siapa wanita itu? Cantik pakaiannya, atur langkahnya sopan. Tambah berseri lagi bila “MENUTUP AURAT” dengan sempurna. Alangkah bertuahnya kalau itulah isteri kita, anak-anak gadis kita.
Kita kaum lelaki sentiasa ke surau masjid, apatah lagi di bulan Ramadhan. Tapi sayangnya, setengah di kalangan kita…….isterinya, anak gadisnya BERPAKAIAN TETAPI BERTELANJANG. Berpakaian tetapi masih menampakkan bentuk badan.
Lihatlah foto-foto di bawah, contoh pakaian yang tidak menepati arahan Allah.

Wahai suami, Wahai ayah………………. Janganlah anak gadis dan isteri anda membawa anda ke neraka.
Ust. Yusof Embong

FITNAH AKHIR ZAMAN

Dedah aurat menempah dosa dan laknat Allah! Wanita di zaman ini telah ramai meninggalkan ajaran islam. Mereka berpakaian tetapi telanjang, meniru pakaian orang kafir yang jelas haram hukumnya. Dan mereka memuja (fanatik) pakaian artis yang terang-terang bertentangan dengan hukum islam, mereka suka berpakaian yang ketat, singkat dan nipis, mendedahkan rambut, dada dan pusat. Mereka mendedahkan tubuh (aurat) dan mengiklankannya dikhalayak ramai dengan sombong, megah, hilang malu dan harga diri. Dan tidak takut lagi kepada dosa dan azab (laknat) Allah!

Pemerintah, mufti-mufti, alim ulamak, para khatib, ustaz-ustazah, pendakwah, para suami, ibu bapa dan masyarakat tidak bersungguh-sungguh untuk menasihati dan mencegahnya. Akhirnya berlakulah zina, maksiat-maksiat dan buang anak (bayi) dengan bermaharajalela di dalam kehidupan manusia hari ini, akibat daripada penyakit mendedahkan aurat dan pergaulan bebas di antara laki-laki dan wanita tanpa batas-batas agama dan undang-undang, maka akan tibalah waktu-waktu bala kemurkaan daripada Allah!

OLEH ITU MARILAH KITA SEGERA TAUBAT DAN KEMBALI KEPADA HUKUM-HUKUM ALLAH SEMENTARA NYAWA MASIH ADA DI DALAM JASAD. WAHAI MEREKA-MEREKA YANG BERTANGGUNGJAWAB, SESUNGGUHNYA KAMU SEKALIAN AKAN DISOAL OLEH ALLAH PADA HARI AKHIRAT DAN KAMU SEKALIAN TIDAK SEKALI-KALI AKAN TERLEPAS DARIPADA AZAB ALLAH YANG AMAT BERAT!

KAMI MENUNTUT UNDANG-UNDANG ISLAM UNTUK KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH WANITA DAN UMAT ISLAM ZAMAN INI.


Firman Allah;
“Allah yang mencintakan kamu kepada iman, dan Allah yang menghias iman itu dalam hati kamu, dan Allah membencikan kamu kepada kufur (kekafiran) dan perlanggaran (kefasikan) dan maksiat dosa. Merekalah orang yang dapat petunjuk, itu semua kurniaan dari Allah dan nikmat, dan Allah maha mengetahui lagi bijaksana.” (Al-Hujaraat: 8 )


-SEBARKAN-

TERENGGANU DARUL IMAN. SYA’ABAN 1429 HIJRAH



"Dari Abu Hurairah ra. dari Rasulillah saw beliau berkata:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum aku lihat saat ini; pertama, satu kaum yang membawa cemeti (cambuk) seperti ekor sapi. Mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Kedua, wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang (nisa'un kasiyatun 'ariya�t). Mereka berlengang-lenggok dan menggoyang-goyangkan kepala mereka seperti ponok unta yang condong. Wanita-wanita tersebut tidak akan masuk surga dan tidak dapat mencium baunya pun. Padahal bau surga itu dapat tercium dari jarak sekian dan sekian"(HR. Muslim).
‘Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa keluar dari rumah), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal(perempuan yang baik-baik), maka dengan itu, mereka tidak diganggu.Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani’(Al-Ahzab 33 : 59)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (AN NUUR (Cahaya) ayat 31)

“ Tidakkah aku meninggalkan fitnah, setelah aku(wafat), yang lebih berbahaya terhadap laki-laki daripada wanita” (HR Bukhori dan Muslim)

“Janganlah salah seorang dari kalian berkhalwat dengan seorang wanita karena sesungguhnya syaitan menjadi orang ketiga diantara mereka berdua.” (HR. Ahmad 1/18, Ibnu Hibban [lihat Shahih Ibnu Hibban 1/436], At-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Awshoth 2/184, dan Al-Baihaqi dalam sunannya 7/91. Dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Shahihah 1/792 no. 430)

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka janganlah ia berkhalwat dengan seorang wanita tanpa ada mahrom wanita tersebut, karena syaitan menjadi orang ketiga diantara mereka berdua.” (HR. Ahmad dari hadits Jabir 3/339. Dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Irwaul Gholil jilid 6 no. 1813)

“Dari Ibnu Abbas, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Janganlah seorang laki-laki berkhalwat dengan seorang wanita kacuali jika bersama dengan mahrom sang wanita tersebut.’ Lalu berdirilah seseorang dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, istriku keluar untuk berhaji, dan aku telah mendaftarkan diriku untuk berjihad pada perang ini dan itu,’ maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata, ‘Kembalilah!, dan berhajilah bersama istrimu.’” (HR. Al-Bukhari no. 5233 dan Muslim 2/975)

“Sesungguhnya diantara yang aku takutkan atas kamu adalah syahwat mengikuti hawa nafsu pada perut kamu dan kemaluan kamu serta fitnah-fitnah yang menyesatkan” (Shohih, HR Ahmad)



Berpakaian tapi Bertelanjang



berpakaian tapi bertelanjangberpakaian tapi bertelanjang


apa hukum islam Tidak tahu pakai Tudung Ahli Neraka
Category:
Student Groups - Study Groups
Description:
Antara Wanita yang Tidak Akan Masuk Surga BISMILLAH... Rasulullah saw pernah bersabda : "Dua kelompok ahli neraka yang belum saya lihat: Satu kaum bersama mereka cemeti-cemeti seperti ekor unta, mereka memukul manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, berjalan melenggok, tidak taat kepada Allah, kepala mereka seperti pundak unta yang condong. Wanita-wanita ini tidak masuk surga dan tidak pula mencium bau surga, padahal baunya surga dapat dihidu sejauh perjalanan... (read more)
Privacy Type:
Open: All content is public.

Contact Info


Email:
syariefa_salmah@yahoo.com
Office:
main main Tudung
Location:
jalan jalan cari Tudung



News:
mama_twin menulis "Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya. Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian. Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian. dipetik dari : website darulnuman

Berpakaian Hakikatnya Bertelanjang




Ini gambar yang saya snap sewaktu hujan renyai-renyai di hadapan KLCC semalam,bukan mengata sesiapa..sekadar renungan kita bersama tentang kebenaran hadith Nabi Mohammad SAW yang diriwayat Muslim.Agak kurang bermutu kualiti gambarnya kerana menggunakan talipon bimbit murah sahaja.


Hukum memakai tudung bagi wanita adalah wajib. Walau bagaimanapun wanita tersebut wajib memahami bahawa memakai baju ketat, pendek, singkat dan jarang bukanlah termasuk dalam ajaran Islam dan tidak termasuk dalam kategori menutup aurat yang sebenar dalam Islam.

Terdapat hadith Nabi Mohammad SAW yang menyatakan.."Akan berlaku pada akhir zaman, wanita yang memakai pakaian tetapi bertelanjang, kerana pakaiannya yang jarang sehingga nampak auratnya" - Hadith Riwayat Muslim.

Perempuan yang berpakaian sedemikian pada hakikatnya masih dikatakan mendedahkan auratnya berdasarkan kepada hadith Nabi SAW tersebut yang menceritakan ramalan Rasulullah SAW tentang akan ada sesetengah kaum wanita di kalangan umatnya yang akan berpakaian tetapi bertelanjang.

Maka di sini 'BERTUDUNG TAPI MEMAKAI SKIRT '??Jadi hakikatnya tiada beza dengan gadis cina yang berjalan sebelahnya.Moralnya di sini jika nak bertudung lakukan seikhlasnya jangan ada sebab yang lain, melainkan hanya takutkan Allah dan azabnya..renung-renungkanlah..Wallahulam.


BERPAKAIAN TAPI BERTELANJANG


Umat Islam hari ini menghadapi krisis hilang rasa malu. Tidak merasa berdosa dan bangga menayangkan bentuk tubuh badan kepada umum. Sangat murah harga diri. Bertudung berbaju dan berseluar ketat itulah fesyen terkini umat Islam. Mereka lebih moden dari orang Barat. Penyakit berpakaian tak cukup kain telah menghinggapi wanita islam.

Musuh Islam tidak perlu menggunakan senjata untuk menakluki negara orang Islam tetapi cukup sekadar mereka fesyen terbaru yang boleh memesongkan pegangan umat Islam dari agama mereka. Cara terkini umat Islam berpakaian amat menakutkan.
Mana suara JAKIM, YADIM, JAIN? Adakah mereka tidak melihat gejala berpakaian tetapi telanjang sebagai sesuatu yang menjadi ancaman kepada umat Islam.


DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang­ lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

H.R. Muslim

Keterangan
Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.
Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.


PERMAINAN MENGHINA ISLAM...ITU SIFAT JAHAT PEREKANYA....BAGAIMANA JIKA BENDA ITU BERLAKU PADA DIRI KITA...KELAKUAN JUGA SEOLAH2 MENGHINA HUKUM ALLAH...

Permainan hina Islam

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Georgie Joseph dan Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
am@hmetro.com.my

pix_middle
KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan kaabah.
Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu kaabah.
Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.


Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.


Nyaris maut curi kabel

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

MELECUR...suspek yang melecur kini dirawat di Hoshas, Temerloh.
MELECUR...suspek yang melecur kini dirawat di Hoshas, Temerloh.
MARAN: Tindakan seorang lelaki mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pencawang sebuah tapak kilang lama, di sini, mengundang padah apabila dia nyaris maut akibat terkena renjatan elektrik berkuasa 11,000 watt dalam kejadian awal pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin, berkata lelaki terbabit dipercayai penagih dadah berusia 24 tahun melecur teruk kira-kira 36 peratus di seluruh tubuhnya dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 1.25 pagi itu polis menerima maklumat mengenai pencerobohan di pencawang berkenaan sebelum menghantar sepasukan anggota untuk menyiasat.
“Anggota yang tiba di tempat kejadian menemui peralatan seperti spanar dan parang dipercayai digunakan untuk memotong kabel serta telefon bimbit milik lelaki terbabit.

“Namun, lelaki terbabit sudah dihantar orang awam ke Klinik Kesihatan Maran selepas menemuinya separuh hangus,” katanya, semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati lelaki terbabit sudah mencuri peralatan TNB di tempat sama sebelum melakukannya kali kedua secara berseorangan dalam usaha untuk mencari wang dipercayai hendak membeli dadah.

“Mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan tetap melecur dari kepala hingga pinggang selepas terkena renjatan elektrik berkuasa tinggi dan polis masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap TNB Maran, berkata akibat tindakan lelaki terbabit, bekalan elektrik di pusat bandar terputus selama 32 minit sebelum mengesan kerosakan kira-kira satu jam kemudian.
Menurutnya, pihaknya masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit dan percaya mempunyai kaitan dengan beberapa kes kecurian kabel yang dilaporkan berlaku sejak tahun lalu.


Maizawati lahir anak lelaki

Oleh Rosyahaida Abdullah
rosyahaida@hmetro.com.my

GEMBIRA...Maizawati bersama anak ketujuh.
GEMBIRA...Maizawati bersama anak ketujuh.
KUALA LUMPUR: Bekas isteri penceramah bebas Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 35, selamat melahirkan cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan suami ketiga, Mohd Yassin Ben @ Abdul Rahim, 23, jam 4.08 pagi kelmarin.
Bayi lelaki seberat 2.86 kilogram itu dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur dinamakan Muhammad Qhalef Izz Qhusairy Mohd Yassin.

Maizawati berkata, kehadiran cahaya mata pertama buat dia dan suami akan menambah keharmonian rumah tangga yang dibina setahun lalu.
Menurutnya, meskipun suami tidak berada bersamanya di saat bayi dilahirkan berikutan tuntutan kerja di luar negeri, dia tetap bersyukur kerana ditemani anak perempuannya selain ahli keluarga terdekat.

“Saya berterima kasih kepada semua kakitangan hospital yang terbabit dalam memastikan proses kelahiran Qhalef berjalan lancar.

“Syukur tidak terhingga kerana bayi ini dilahirkan sihat dan tiada masalah. Terima kasih juga kepada suami yang sentiasa memberi sokongan moral di saat saya melalui saat getir itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Selain Muhammad Qhalef Izz Qhusairy, Maizawati turut mempunyai empat anak lelaki dan dua anak perempuan hasil dua perkahwinannya yang lalu.

BILA PERKARA YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU....SAPE PUN TAK BOLEH MENOLAK....SEDARLAH KITA MAKHLUK YANG LEMAH...MAKA BERTAQWALAH...

Gadis berkhalwat melutut rayu dibebas

TANAH MERAH: Seorang gadis sanggup berlutut sambil menangis di depan sepasukan penguat kuasa agama dan merayu dilepaskan kerana dicekup berkhalwat bersama pasangannya awal pagi kelmarin, berikutan takut keluarganya tahu perbuatannya itu.
Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi di sebuah rumah sewa di Taman Barakah di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas, di sini, gadis berusia 19 tahun dari Banggol Jenerih itu sempat ‘berlakon’ di depan penguat kuasa, semata-mata ingin mengelak ditahan.

Malah, kekasihnya berusia 20 tahun itu memberi pelbagai alasan termasuk mendakwa dihalau keluarga dari rumahnya di Manal Satu menyebabkan tiada pilihan dan terpaksa bermalam di rumah teman wanitanya itu.
Menurut sumber, sebelum dicekup, pemuda yang bekerja sebagai tukang kimpal itu dikatakan terpaksa menunggu di luar rumah sebaik mendapati dua rakan serumah teman wanitanya itu belum keluar bekerja.

Namun, selepas dua rakan serumah kekasihnya keluar, dia terus masuk ke rumah bagi mengelak kehadirannya dikesan jiran.

Sumber berkata, sepasukan penguat kuasa bergegas ke kawasan taman perumahan terbabit sebaik menerima maklumat daripada orang ramai.

Sambil memperkenalkan diri, penguat kuasa berkenaan mengetuk pintu rumah beberapa kali, namun pasangan terbabit enggan membukanya menyebabkan mereka terpaksa meminta bantuan polis.

Beberapa minit kemudian, gadis yang bekerja sebagai pembantu jurujual di kedai serbaneka 24 jam itu akhirnya membuka pintu rumah, namun mengejutkan mereka apabila dirinya hanya dibaluti selimut.
Gadis itu mendakwa dia seorang di rumah berkenaan, namun hasil pemeriksaan selanjutnya, mereka menemui seorang pemuda berpakaian lengkap sedang bersembunyi dalam bilik air dengan keadaan tubuh menggigil kerana ketakutan.

Siasatan awal mendapati, kedua-duanya bukan mahram dan dikatakan baru berkenalan kira-kira lima bulan lalu selepas gadis terbabit berjanji dengan teman lelakinya untuk mendapatkan jawatan kosong di tempat kerjanya itu.

Ketika hendak dibawa ke pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah, gadis itu merayu-rayu dan berlutut di kaki anggota penguat kuasa agama, meminta dilepaskan, namun tidak diendahkan.

Sementara itu, pegawai JHEAIK Tanah Merah, Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan penangkapan itu.


Penarik kereta parah ditetak angkara dendam



TEMERLOH: Akibat dendam lama, seorang penarik kereta kini bertarung nyawa apabila ditetak dan dibelasah dua lelaki bersenjatakan parang serta besi, dalam kejadian di sebuah restoran di Jalan Bahagia, dekat sini, tengah hari kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia lingkungan 40-an diserang dua lelaki yang tidak dikenali ketika menunggu anak majikannya yang juga seorang wakil rakyat di Temerloh.

Sebelum kejadian, mangsa berada dalam restoran berkenaan sementara menunggu anak majikannya pulang dari sekolah dan dipercayai tidak menyedari kehadiran dua lelaki terbabit yang menunggang motosikal.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Md Nor Mansor, berkata dua lelaki terbabit kemudian menghampiri mangsa sebelum seorang daripadanya terus melibas sebatang besi ke badan mangsa.

Menurutnya, seorang lagi suspek dikatakan menyerang mangsa menggunakan sebilah parang di bahagian kepalanya.

Katanya, mangsa yang bermandikan darah di kepala tidak mampu berbuat apa-apa kerana dibelasah bertubi-tubi oleh dua lelaki terbabit sebelum pengsan di tempat kejadian.

“Melihat mangsa yang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan sambil berlumuran darah, dua lelaki terbabit terus melarikan diri dengan menunggang motosikal sebelum mangsa dibantu orang awam yang berada dalam restoran berkenaan.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah), Temerloh untuk menerima rawatan awal sebelum dipindahkan pula ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, siasatan turut mendapati, orang ramai yang berada di tempat kejadian tidak berani untuk tampil membantu mangsa kerana bimbang dicederakan dua lelaki berkenaan yang bertindak ala mafia ketika membelasah mangsa.

Katanya, bagaimanapun, polis percaya kejadian berkenaan berkemungkinan mempunyai motif dendam lama, namun siasatan lanjut berhubung masih diteruskan.

Md Nor berkata, hingga kini, mangsa belum sedarkan diri dan polis akan mengambil keterangan berhubung kejadian itu sebaik saja mangsa sudah pulih.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit supaya tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Temerloh untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.


Hampir pitam lihat foto anak

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

IPOH: Tidak sampai empat jam selepas mengadakan sidang akhbar berhubung kehilangan bayi lelakinya yang diculik, semalam, seorang ibu hampir pitam sejurus mengetahui anaknya mati dan mayatnya ditemui dibuang di tepi lebuh raya, Sabtu lalu.
Dalam kejadian 5.45 petang itu, mayat bayi lelaki lengkap berpakaian dan berstokin kaki itu ditemui disumbat dalam bag kanvas sebelum dicampak berhampiran plaza tol Bandar Baharu, Kedah.

Ketika ditemui mayatm kanak-kanak malang yang dibuang tidak sampai 12 jam itu dalam keadaan lebam di kepala, selain hidung berair.

Mangsa sebelum itu dikatakan dilarikan seorang lelaki yang juga kenalan rapat ibu mangsa pada Jumaat lalu selepas ia diserahkan untuk jagaan sementara.


Difahamkan, wanita berkenaan, M Kavitha, 36, mengecam wajah bayi berusia sembilan bulan itu sejurus dipanggil polis dan ditunjukkan gambar wajah mayat bayi ditemui Sabtu lalu.

Dia diminta membuat pengecaman di Balai Polis Simpang, Taiping, kira-kira jam 5 petang semalam selepas membuat sidang akhbar di Bangunan Darul Ridzuan, pada sebelah tengah hari sebelum itu.


Buruh disyaki tetak 10 jari lelaki direman 7 hari


GOMBAK: Polis menahan reman seorang buruh berusia 20-an dipercayai individu yang bertanggungjawab menyerang dan menetak 10 jari tangan seorang lelaki sehingga putus berhampiran Stesen Kereta Api Tanah Melayu (KTMB) Kuang, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pihaknya telah berjaya menahan suspek di Gombak pada hari kejadian.

“Suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, bagaimanapun dia ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

“Setakat ini, motif serangan dipercayai berpunca daripada dendam lama.


“Mangsa yang juga baru dibebaskan dari penjara kini dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB) dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.

Belasah dalam wad

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

AMPANG: Seorang lelaki sanggup membelasah teman wanitanya lebih 10 kali sejak menjalin hubungan cinta lima bulan lalu hanya kerana diminta mencari pekerjaan atau mahu memutuskan hubungan.
Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, mangsa yang sebelum ini dirawat kira-kira seminggu di sebuah hospital di sini, kerana dibelasah teman lelakinya itu sekali lagi dibelasah hanya kerana mangsa mahu memutuskan hubungan mereka dengan alasan tidak tahan dengan sikap panas baran teman lelakinya itu.
Mangsa dibelasah di dalam wad ketika teman lelakinya itu datang melawatnya. Walaupun terdapat beberapa pesakit lain dalam wad berkenaan tetapi teman lelaki mangsa tidak menghiraukannya sebaliknya terus menumbuk muka mangsa hingga lebam di bibir.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Fiza, 36, berkata sebelum dimasukkan di hospital itu, dia dipukul, ditendang, diterajang dan dihentak dengan kepala oleh teman lelakinya di muka dan badan hingga cedera.


Katanya, pergaduhan tercetus apabila dia sudah tidak tahan dengan sikap panas baran teman lelakinya yang sering bertindak di luar batasan memukulnya lebih 30 minit.


Mati dihempap balak

Oleh D J Dolasoh
am@hmetro.com.my

LENGGONG: Seorang lelaki yang baru menimang cahaya mata, maut dalam keadaan mengerikan apabila pecah kepala dan patah tulang leher selepas dihempap sebatang pokok balak yang tiba-tiba tumbang.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang kelmarin, mangsa, Badli Shah Sulaiman, 29, mati serta-merta di lokasi kejadian ketika sedang melakukan kerja menebang kayu balak berhampiran kawasan pembalakan Pos Piah, di sini.

Kakak ipar mangsa, Hasniza Harun, 28, berkata mangsa baru memperoleh bayi pertamanya lima bulan lalu hasil perkahwinan dengan adiknya, Nor Hanim Harun, 25.
Menurutnya, Badli menunjukkan tingkah laku aneh apabila dilihat menjadi pendiam ketika ke rumah ibu bapanya di di Felda Lasah, Sungai Siput, di sini, Ahad lalu.

“Dia tidak banyak bercakap tetapi banyak meluangkan masa bermanja dengan anak tunggalnya walaupun hanya pulang sekejap saja,” katanya ketika ditemui di luar bilik mayat, di Hospital Sungai Siput (HSS), di sini, semalam.

Difahamkan, mangsa baru sebulan bekerja di kawasan pembalakan itu dan jarang pulang kerana tinggal di rumah kongsi berhampiran hutan berkenaan.

“Arwah sebelum ini tinggal di Kamunting, Taiping sebelum berpindah dan tinggal bersama keluarga kami di Felda Lasah ini,” katanya.

Sementara itu, isteri mangsa yang ditemui di HSS enggan ditemubual kerana terlalu bersedih dan hampir pengsan selepas menerima berita menimpa suaminya.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abd Manab Bahrum berkata, mangsa dilaporkan maut apabila sebatang balak yang reput tiba-tiba patah dan menimpanya ketika dia dan seorang lagi rakan sedang menarik balak menggunakan tali petang kelmarin.

“Ketika kejadian, mangsa sedang menarik kayu balak tetapi sebatang kayu balak lain yang reput berhampirannya tiba-tiba patah dan terus menghempap badan mangsa.

“Mereka menebang enam batang balak pada waktu pagi tetapi sebatang daripadanya tidak tumbang menyebabkan mereka terpaksa menarik dengan menggunakan tali pada sebelah petang,” katanya.

Bagaimanapun, belum sempat ia tumbang, sebatang lagi balak yang berada berhampirannya tiba-tiba patah sebelum menghempap mangsa.

“Mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan serius termasuk patah leher, tulang belakang, tangan kanan manakala tulang betis yang patah terkeluar dan pecah kepala.

“Rakan mangsa berusia 40-an sempat menyelamatkan diri daripada dihempap balak berkenaan,” katanya.

Mayat mangsa dapat dikeluarkan dengan menggunakan pacuan empat roda kira-kira sejam selepas kejadian sebelum dihantar ke Hospital Sungai Siput (HSS) untuk bedah siasat jam 3 pagi semalam sebelum dituntut ahli keluarga.


Rumah babi’

Oleh Sharifah Norfaezah Wan Ahmad Makki Mashor
norfaezah@nstp.com.my

TAK SESUAI...rumah yang didakwa dijadikan gudang menyimpan daging babi di Taman Maju Jaya, Ampang.
TAK SESUAI...rumah yang didakwa dijadikan gudang menyimpan daging babi di Taman Maju Jaya, Ampang.
AMPANG: Penduduk di Taman Kencana Fasa 2A, di sini, menggesa premis yang didakwa dijadikan gudang menyimpan daging babi oleh seorang penduduk yang didirikan bersebelahan rumahnya di Jalan Bunga Mawar, Taman Maju Jaya, dipindahkan ke kawasan lain.
Gudang terbabit yang dipercayai beroperasi sejak tiga tahun lalu terletak kira-kira 50 meter dari perumahan Taman Kencana Fasa 2A sehingga meresahkan penduduk terutama beragama Islam.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Kencana 2A, Latisah Pit, 46, berkata pemilik rumah itu tidak wajar mendirikan gudang terbabit.
Menurutnya, keadaan itu menjejaskan keselesaan penduduk kerana setiap hari pada awal pagi sekurang-kurangnya empat lori kontena yang mengangkut daging babi melalui kawasan taman perumahan berkenaan menuju Taman Maju Jaya.

“Seawal jam 4 pagi, penduduk terganggu bunyi bising lori kontena yang mengangkut daging babi melalui lorong perumahan kami. Saya tidak bersetuju kerana jalan di lorong ini jalan mati dan agak mengganggu lalu lintas,” katanya.

Penduduk mendakwa, disebabkan lokasi kilang yang berada di jalan mati lori kontena yang berat itu sering menyebabkan kenderaan penduduk rosak akibat dilanggar lori terbabit.

Seorang lagi Ahli Jawatankuasa persatuan penduduk taman berkenaan, Norhamidah Nordin, 52, berkata kenderaan miliknya pernah tercalar dan kemik akibat dilanggar lori kontena itu.

Katanya, lori terbabit bukan saja merosakkan kenderaan, malah turut menyebabkan jalan di kawasan itu merekah kira-kira tujuh meter, sedikit mendap dan memecahkan bonggol jalan di situ.
Sementara itu, Ketua Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Norhayati Ahmad, berkata pihaknya belum menerima apa-apa aduan mengenai perkara itu, namun akan menjalankan siasatan dengan mengkaji secara keseluruhan dari segi operasi kilang itu.

“Pihak MPAJ akan mengkaji perkara itu dan sekiranya mendapati operasi kilang itu kurang sesuai, kami akan mengeluarkan notis arahan kepada pemilik untuk berpindah,” katanya ketika dihubungi, semalam.



Dua kali terkejut

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my

MARAN: Seorang peneroka yang terlelap di ruang tamu rumahnya ketika menunggu siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara Eropah antara Real Madrid menentang Barcelona, awal pagi semalam, tergamam apabila dikejutkan tiga penyamun yang mengacukan parang di lehernya dalam kejadian samun di Felda Jengka 18, dekat sini.
Kira-kira lima jam selepas kejadian pada jam 2.30 pagi itu, mangsa Ramli Saad, 58, sekali lagi terkejut apabila diberitahu tiga penjenayah terbabit ditembak mati dalam ladang kelapa sawit berdekatan rumahnya.

“Saya lihat ramai orang berkumpul di situ dan apabila sampai di sana, seorang rakan memberitahu ada penyamun kena tembak dan mereka adalah kumpulan yang menyamun saya,” katanya Ramli berkata, dia terjaga daripada tidur apabila badannya ditepuk seorang daripada tiga penyamun terbabit yang turut mengacu parang di lehernya sebelum tangannya diikat menggunakan dawai ampaian, manakala mukanya ditekup dengan tuala.
Selepas diikat dan diarahkan diam, penjenayah bertopeng dipercayai warga asing itu menggeledah rumahnya dan melarikan empat telefon bimbit serta wang tunai RM300.

Ramli yang juga pembekal baja berkata, ketika kejadian dia berseorangan di ruang tamu rumahnya, manakala isterinya, Normah Khalid, 53, dan tiga anaknya serta dua cucunya nyenyak tidur dalam bilik.

“Saya memang ‘kaki bola’ dan menyokong pasukan Barcelona terlelap seketika sementara menunggu perlawanan itu bermula.

“Saya sama sekali tidak menyangka apabila dikejutkan tiga lelaki bertopeng yang mengacu parang ke leher saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Menurutnya, dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana khuatir dicederakan.
“Selepas menggeledah kira-kira lima minit, mereka melarikan diri apabila gagal membuka tiga pintu bilik tidur di rumah saya.

“Mereka hanya melarikan empat telefon bimbit dan dompet saya mengandungi wang tunai RM300,” katanya memaklumkan penyamun terbabit masuk melalui bahagian belakang rumahnya yang sedang diubahsuai.

Ramli berkata, selepas tiga penyamun terbabit melarikan diri, dalam keadaan tangan masih terikat, dia menjerit memanggil anak sulungnya yang juga seorang orang kurang upaya (OKU).

“Saya bertempik meminta pertolongannya yang kemudian membuka ikatan pada tangan saya dan mengejutkan ahli keluarga yang lain.

“Mereka semua terkejut kerana langsung tidak menyedari rumah kami dimasuki penyamun,” katanya yang menghubungi polis selepas itu.

Menurutnya, dia hanya mengetahui penjenayah terbabit ditembak mati dalam ladang kelapa sawit berdekatan rumahnya apabila keluar ke kedai di simpang masuk Felda berkenaan kira-kira jam 7 pagi.

“Ketika saya sampai mayat penjenayah itu sudah dibawa polis. Yang tinggal hanyalah Perodua Viva berwarna merah dinaiki mereka tersadai selepas melanggar pokok sawit dan beberapa anggota polis melakukan siasatan,” katanya.

Tiga penjenayah terbabit ditembak mati sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Felda berkenaan, kira-kira tiga kilometer dari rumah mangsa dan sejam selepas melakukan rompakan.


Pelanggan bertempiaran kereta rempuh restoran

KOTA BHARU: “Saya terkejut sebaik mendengar bunyi geseran tayar dan tergamam melihat sebuah kereta meluncur ke arah meja makan pelanggan di luar kedai,” kata Mohd Hanif Ibrahim, 25, saksi kejadian sebuah kereta merempuh kedai makan di Jalan Dusun Muda, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, pelanggan sebuah restoran di hadapan Wisma Persekutuan, dekat sini, bertempiaran lari apabila sebuah kereta terbabas sebelum merempuh meja di luar restoran itu.

Kejadian itu hampir meragut nyawa seorang pekerja restoran berkenaan yang mengemas meja, namun dia bernasib baik kerana sempat melompat dan terselamat.
Mohd Hanif berkata, dia melihat kereta terbabit terbabas dan hampir melanggar pembahagi jalan sebelum pemandunya yang gagal mengawal kenderaan mengubah laluan lalu merempuh barisan meja makan di luar kedai.

“Saya dengar bunyi geseran tayar dan terus berpaling untuk melihat, tetapi dengan sekelip mata kereta itu sudah tersadai di tepi restoran,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Pemilik restoran, Sapuroh Mustafa, 38, berkata, dia yang tidur di bangunan atas restoran itu tersentak sejurus mendengar dentuman kuat dan bangun untuk mengetahui kejadian sebenar.

“Saya ke bawah dan terkejut apabila melihat keadaan sebuah kereta yang remuk dan tersadai di bahagian tepi restoran, selain meja dan bangku berselerak.

“Dalam keadaan mengantuk saya melihat restoran bersepah. Saya mendengar orang ramai yang berada di situ mengatakan kereta terbabit terbabas sebelum merempuh restoran saya,” katanya ditemui di tempat kejadian semalam.
Sementara itu, seorang lagi saksi yang enggan namanya disiarkan berkata, pemandu kereta terbabit yang tidak cedera menghilangkan diri sebaik kejadian.

Bagaimanapun, selepas hampir sejam kejadian, rakan pemandu terbabit yang enggan dikenali muncul dan memaklumkan kepada anggota polis yang berkawal di tempat kejadian bahawa rakannya berada di balai untuk membuat laporan.

Menurut pelanggan restoran, Mohd Razman Abd Rahim, 24, motosikalnya yang diletakkan di tepi restoran turut menjadi ‘mangsa’ rempuhan itu.

Berikutan itu, pemilik restoran dan pelanggan serta pemandu kereta terbabit membuat laporan serentak di Balai Polis Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin.