Gadis berkhalwat melutut rayu dibebas
Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi di sebuah rumah sewa di Taman Barakah di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas, di sini, gadis berusia 19 tahun dari Banggol Jenerih itu sempat ‘berlakon’ di depan penguat kuasa, semata-mata ingin mengelak ditahan.
Malah, kekasihnya berusia 20 tahun itu memberi pelbagai alasan termasuk mendakwa dihalau keluarga dari rumahnya di Manal Satu menyebabkan tiada pilihan dan terpaksa bermalam di rumah teman wanitanya itu.
Menurut sumber, sebelum dicekup, pemuda yang bekerja sebagai tukang kimpal itu dikatakan terpaksa menunggu di luar rumah sebaik mendapati dua rakan serumah teman wanitanya itu belum keluar bekerja.
Namun, selepas dua rakan serumah kekasihnya keluar, dia terus masuk ke rumah bagi mengelak kehadirannya dikesan jiran.
Sumber berkata, sepasukan penguat kuasa bergegas ke kawasan taman perumahan terbabit sebaik menerima maklumat daripada orang ramai.
Sambil memperkenalkan diri, penguat kuasa berkenaan mengetuk pintu rumah beberapa kali, namun pasangan terbabit enggan membukanya menyebabkan mereka terpaksa meminta bantuan polis.
Beberapa minit kemudian, gadis yang bekerja sebagai pembantu jurujual di kedai serbaneka 24 jam itu akhirnya membuka pintu rumah, namun mengejutkan mereka apabila dirinya hanya dibaluti selimut.
Siasatan awal mendapati, kedua-duanya bukan mahram dan dikatakan baru berkenalan kira-kira lima bulan lalu selepas gadis terbabit berjanji dengan teman lelakinya untuk mendapatkan jawatan kosong di tempat kerjanya itu.
Ketika hendak dibawa ke pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah, gadis itu merayu-rayu dan berlutut di kaki anggota penguat kuasa agama, meminta dilepaskan, namun tidak diendahkan.
Sementara itu, pegawai JHEAIK Tanah Merah, Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan penangkapan itu.
Penarik kereta parah ditetak angkara dendam
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia lingkungan 40-an diserang dua lelaki yang tidak dikenali ketika menunggu anak majikannya yang juga seorang wakil rakyat di Temerloh.
Sebelum kejadian, mangsa berada dalam restoran berkenaan sementara menunggu anak majikannya pulang dari sekolah dan dipercayai tidak menyedari kehadiran dua lelaki terbabit yang menunggang motosikal.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Md Nor Mansor, berkata dua lelaki terbabit kemudian menghampiri mangsa sebelum seorang daripadanya terus melibas sebatang besi ke badan mangsa.
Menurutnya, seorang lagi suspek dikatakan menyerang mangsa menggunakan sebilah parang di bahagian kepalanya.
Katanya, mangsa yang bermandikan darah di kepala tidak mampu berbuat apa-apa kerana dibelasah bertubi-tubi oleh dua lelaki terbabit sebelum pengsan di tempat kejadian.
“Melihat mangsa yang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan sambil berlumuran darah, dua lelaki terbabit terus melarikan diri dengan menunggang motosikal sebelum mangsa dibantu orang awam yang berada dalam restoran berkenaan.
“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah), Temerloh untuk menerima rawatan awal sebelum dipindahkan pula ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya di sini, semalam.
Katanya, bagaimanapun, polis percaya kejadian berkenaan berkemungkinan mempunyai motif dendam lama, namun siasatan lanjut berhubung masih diteruskan.
Md Nor berkata, hingga kini, mangsa belum sedarkan diri dan polis akan mengambil keterangan berhubung kejadian itu sebaik saja mangsa sudah pulih.
“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit supaya tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Temerloh untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.
Hampir pitam lihat foto anak
Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my
mhusni@hmetro.com.my
Dalam kejadian 5.45 petang itu, mayat bayi lelaki lengkap berpakaian dan berstokin kaki itu ditemui disumbat dalam bag kanvas sebelum dicampak berhampiran plaza tol Bandar Baharu, Kedah.
Ketika ditemui mayatm kanak-kanak malang yang dibuang tidak sampai 12 jam itu dalam keadaan lebam di kepala, selain hidung berair.
Mangsa sebelum itu dikatakan dilarikan seorang lelaki yang juga kenalan rapat ibu mangsa pada Jumaat lalu selepas ia diserahkan untuk jagaan sementara.
Difahamkan, wanita berkenaan, M Kavitha, 36, mengecam wajah bayi berusia sembilan bulan itu sejurus dipanggil polis dan ditunjukkan gambar wajah mayat bayi ditemui Sabtu lalu.
Dia diminta membuat pengecaman di Balai Polis Simpang, Taiping, kira-kira jam 5 petang semalam selepas membuat sidang akhbar di Bangunan Darul Ridzuan, pada sebelah tengah hari sebelum itu.
Buruh disyaki tetak 10 jari lelaki direman 7 hari
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pihaknya telah berjaya menahan suspek di Gombak pada hari kejadian.
“Suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, bagaimanapun dia ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.
“Setakat ini, motif serangan dipercayai berpunca daripada dendam lama.
“Mangsa yang juga baru dibebaskan dari penjara kini dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB) dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.
Belasah dalam wad
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my
idayu@hmetro.com.my
Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, mangsa yang sebelum ini dirawat kira-kira seminggu di sebuah hospital di sini, kerana dibelasah teman lelakinya itu sekali lagi dibelasah hanya kerana mangsa mahu memutuskan hubungan mereka dengan alasan tidak tahan dengan sikap panas baran teman lelakinya itu.
Mangsa dibelasah di dalam wad ketika teman lelakinya itu datang melawatnya. Walaupun terdapat beberapa pesakit lain dalam wad berkenaan tetapi teman lelaki mangsa tidak menghiraukannya sebaliknya terus menumbuk muka mangsa hingga lebam di bibir.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Fiza, 36, berkata sebelum dimasukkan di hospital itu, dia dipukul, ditendang, diterajang dan dihentak dengan kepala oleh teman lelakinya di muka dan badan hingga cedera.
Katanya, pergaduhan tercetus apabila dia sudah tidak tahan dengan sikap panas baran teman lelakinya yang sering bertindak di luar batasan memukulnya lebih 30 minit.
Mati dihempap balak
Oleh D J Dolasoh
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang kelmarin, mangsa, Badli Shah Sulaiman, 29, mati serta-merta di lokasi kejadian ketika sedang melakukan kerja menebang kayu balak berhampiran kawasan pembalakan Pos Piah, di sini.
Kakak ipar mangsa, Hasniza Harun, 28, berkata mangsa baru memperoleh bayi pertamanya lima bulan lalu hasil perkahwinan dengan adiknya, Nor Hanim Harun, 25.
Menurutnya, Badli menunjukkan tingkah laku aneh apabila dilihat menjadi pendiam ketika ke rumah ibu bapanya di di Felda Lasah, Sungai Siput, di sini, Ahad lalu.
“Dia tidak banyak bercakap tetapi banyak meluangkan masa bermanja dengan anak tunggalnya walaupun hanya pulang sekejap saja,” katanya ketika ditemui di luar bilik mayat, di Hospital Sungai Siput (HSS), di sini, semalam.
Difahamkan, mangsa baru sebulan bekerja di kawasan pembalakan itu dan jarang pulang kerana tinggal di rumah kongsi berhampiran hutan berkenaan.
“Arwah sebelum ini tinggal di Kamunting, Taiping sebelum berpindah dan tinggal bersama keluarga kami di Felda Lasah ini,” katanya.
Sementara itu, isteri mangsa yang ditemui di HSS enggan ditemubual kerana terlalu bersedih dan hampir pengsan selepas menerima berita menimpa suaminya.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abd Manab Bahrum berkata, mangsa dilaporkan maut apabila sebatang balak yang reput tiba-tiba patah dan menimpanya ketika dia dan seorang lagi rakan sedang menarik balak menggunakan tali petang kelmarin.
“Ketika kejadian, mangsa sedang menarik kayu balak tetapi sebatang kayu balak lain yang reput berhampirannya tiba-tiba patah dan terus menghempap badan mangsa.
“Mereka menebang enam batang balak pada waktu pagi tetapi sebatang daripadanya tidak tumbang menyebabkan mereka terpaksa menarik dengan menggunakan tali pada sebelah petang,” katanya.
Bagaimanapun, belum sempat ia tumbang, sebatang lagi balak yang berada berhampirannya tiba-tiba patah sebelum menghempap mangsa.
“Mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan serius termasuk patah leher, tulang belakang, tangan kanan manakala tulang betis yang patah terkeluar dan pecah kepala.
“Rakan mangsa berusia 40-an sempat menyelamatkan diri daripada dihempap balak berkenaan,” katanya.
Mayat mangsa dapat dikeluarkan dengan menggunakan pacuan empat roda kira-kira sejam selepas kejadian sebelum dihantar ke Hospital Sungai Siput (HSS) untuk bedah siasat jam 3 pagi semalam sebelum dituntut ahli keluarga.
Rumah babi’
Oleh Sharifah Norfaezah Wan Ahmad Makki Mashor
norfaezah@nstp.com.my
norfaezah@nstp.com.my
TAK SESUAI...rumah yang didakwa dijadikan gudang menyimpan daging babi di Taman Maju Jaya, Ampang.
Gudang terbabit yang dipercayai beroperasi sejak tiga tahun lalu terletak kira-kira 50 meter dari perumahan Taman Kencana Fasa 2A sehingga meresahkan penduduk terutama beragama Islam.
Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Kencana 2A, Latisah Pit, 46, berkata pemilik rumah itu tidak wajar mendirikan gudang terbabit.
Menurutnya, keadaan itu menjejaskan keselesaan penduduk kerana setiap hari pada awal pagi sekurang-kurangnya empat lori kontena yang mengangkut daging babi melalui kawasan taman perumahan berkenaan menuju Taman Maju Jaya.
“Seawal jam 4 pagi, penduduk terganggu bunyi bising lori kontena yang mengangkut daging babi melalui lorong perumahan kami. Saya tidak bersetuju kerana jalan di lorong ini jalan mati dan agak mengganggu lalu lintas,” katanya.
Penduduk mendakwa, disebabkan lokasi kilang yang berada di jalan mati lori kontena yang berat itu sering menyebabkan kenderaan penduduk rosak akibat dilanggar lori terbabit.
Seorang lagi Ahli Jawatankuasa persatuan penduduk taman berkenaan, Norhamidah Nordin, 52, berkata kenderaan miliknya pernah tercalar dan kemik akibat dilanggar lori kontena itu.
Katanya, lori terbabit bukan saja merosakkan kenderaan, malah turut menyebabkan jalan di kawasan itu merekah kira-kira tujuh meter, sedikit mendap dan memecahkan bonggol jalan di situ.
Sementara itu, Ketua Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Norhayati Ahmad, berkata pihaknya belum menerima apa-apa aduan mengenai perkara itu, namun akan menjalankan siasatan dengan mengkaji secara keseluruhan dari segi operasi kilang itu.
“Pihak MPAJ akan mengkaji perkara itu dan sekiranya mendapati operasi kilang itu kurang sesuai, kami akan mengeluarkan notis arahan kepada pemilik untuk berpindah,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Dua kali terkejut
Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my
fauzie@hmetro.com.my
Kira-kira lima jam selepas kejadian pada jam 2.30 pagi itu, mangsa Ramli Saad, 58, sekali lagi terkejut apabila diberitahu tiga penjenayah terbabit ditembak mati dalam ladang kelapa sawit berdekatan rumahnya.
“Saya lihat ramai orang berkumpul di situ dan apabila sampai di sana, seorang rakan memberitahu ada penyamun kena tembak dan mereka adalah kumpulan yang menyamun saya,” katanya Ramli berkata, dia terjaga daripada tidur apabila badannya ditepuk seorang daripada tiga penyamun terbabit yang turut mengacu parang di lehernya sebelum tangannya diikat menggunakan dawai ampaian, manakala mukanya ditekup dengan tuala.
Selepas diikat dan diarahkan diam, penjenayah bertopeng dipercayai warga asing itu menggeledah rumahnya dan melarikan empat telefon bimbit serta wang tunai RM300.
Ramli yang juga pembekal baja berkata, ketika kejadian dia berseorangan di ruang tamu rumahnya, manakala isterinya, Normah Khalid, 53, dan tiga anaknya serta dua cucunya nyenyak tidur dalam bilik.
“Saya memang ‘kaki bola’ dan menyokong pasukan Barcelona terlelap seketika sementara menunggu perlawanan itu bermula.
“Saya sama sekali tidak menyangka apabila dikejutkan tiga lelaki bertopeng yang mengacu parang ke leher saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Menurutnya, dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana khuatir dicederakan.
“Selepas menggeledah kira-kira lima minit, mereka melarikan diri apabila gagal membuka tiga pintu bilik tidur di rumah saya.
“Mereka hanya melarikan empat telefon bimbit dan dompet saya mengandungi wang tunai RM300,” katanya memaklumkan penyamun terbabit masuk melalui bahagian belakang rumahnya yang sedang diubahsuai.
Ramli berkata, selepas tiga penyamun terbabit melarikan diri, dalam keadaan tangan masih terikat, dia menjerit memanggil anak sulungnya yang juga seorang orang kurang upaya (OKU).
“Saya bertempik meminta pertolongannya yang kemudian membuka ikatan pada tangan saya dan mengejutkan ahli keluarga yang lain.
“Mereka semua terkejut kerana langsung tidak menyedari rumah kami dimasuki penyamun,” katanya yang menghubungi polis selepas itu.
Menurutnya, dia hanya mengetahui penjenayah terbabit ditembak mati dalam ladang kelapa sawit berdekatan rumahnya apabila keluar ke kedai di simpang masuk Felda berkenaan kira-kira jam 7 pagi.
“Ketika saya sampai mayat penjenayah itu sudah dibawa polis. Yang tinggal hanyalah Perodua Viva berwarna merah dinaiki mereka tersadai selepas melanggar pokok sawit dan beberapa anggota polis melakukan siasatan,” katanya.
Tiga penjenayah terbabit ditembak mati sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Felda berkenaan, kira-kira tiga kilometer dari rumah mangsa dan sejam selepas melakukan rompakan.
Pelanggan bertempiaran kereta rempuh restoran
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, pelanggan sebuah restoran di hadapan Wisma Persekutuan, dekat sini, bertempiaran lari apabila sebuah kereta terbabas sebelum merempuh meja di luar restoran itu.
Kejadian itu hampir meragut nyawa seorang pekerja restoran berkenaan yang mengemas meja, namun dia bernasib baik kerana sempat melompat dan terselamat.
Mohd Hanif berkata, dia melihat kereta terbabit terbabas dan hampir melanggar pembahagi jalan sebelum pemandunya yang gagal mengawal kenderaan mengubah laluan lalu merempuh barisan meja makan di luar kedai.
“Saya dengar bunyi geseran tayar dan terus berpaling untuk melihat, tetapi dengan sekelip mata kereta itu sudah tersadai di tepi restoran,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.
Pemilik restoran, Sapuroh Mustafa, 38, berkata, dia yang tidur di bangunan atas restoran itu tersentak sejurus mendengar dentuman kuat dan bangun untuk mengetahui kejadian sebenar.
“Saya ke bawah dan terkejut apabila melihat keadaan sebuah kereta yang remuk dan tersadai di bahagian tepi restoran, selain meja dan bangku berselerak.
“Dalam keadaan mengantuk saya melihat restoran bersepah. Saya mendengar orang ramai yang berada di situ mengatakan kereta terbabit terbabas sebelum merempuh restoran saya,” katanya ditemui di tempat kejadian semalam.
Sementara itu, seorang lagi saksi yang enggan namanya disiarkan berkata, pemandu kereta terbabit yang tidak cedera menghilangkan diri sebaik kejadian.
Bagaimanapun, selepas hampir sejam kejadian, rakan pemandu terbabit yang enggan dikenali muncul dan memaklumkan kepada anggota polis yang berkawal di tempat kejadian bahawa rakannya berada di balai untuk membuat laporan.
Menurut pelanggan restoran, Mohd Razman Abd Rahim, 24, motosikalnya yang diletakkan di tepi restoran turut menjadi ‘mangsa’ rempuhan itu.
Berikutan itu, pemilik restoran dan pelanggan serta pemandu kereta terbabit membuat laporan serentak di Balai Polis Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin.
No comments:
Post a Comment