Saturday, August 28, 2010

MANA TUDUNGNYA....TU AURAT...WAJIB TUTUP....

Umie kian lengkap

Oleh MURSHID EUNOS
murshid@hmetro.com.my
2010/08/29

LAMA tidak berjumpa aktres jelita ini, panjang lebar yang dibualkan hingga mengheret ke jam 1 pagi duduk bersembang di balkoni kediaman mewahnya di lantai 32. Meskipun bergelar isteri dan bersandar pada status barunya, Datin Paduka Umie Aida masih sama.
GEMBIRA... Umie bersama rakan yang menghadiri majlis berbuka puasa dan solat Tarawih.
GEMBIRA... Umie bersama rakan yang menghadiri majlis berbuka puasa dan solat Tarawih.
Siapa sangka, di sebalik status tinggi dan gaya karakter profesional sepertinya, Khairuddin suami yang baik dan rendah diri. Paling penting, celah Umie, dia bertuah kerana suaminya ringan tulang dan sangat memahaminya.

“Sejak dulu suami saya memang rajin orangnya, terutama membersihkan rumah. Tidak perlu disuruh, dia sendiri yang melakukannya dan saya hanya mengambil alih tugas di dapur untuk menyediakan masakan.

“Suami jenis pembersih dan dia tidak kisah langsung membantu saya mengemas rumah. Malah sejak awal kami mendirikan rumah tangga lagi, suami banyak menjaga soal kebersihan rumah. Manakala saya menguruskan perkara lain, termasuk anak. Saya syukur sangat memilikinya.

“Hampir setahun bersama, Alhamdulillah keserasian antara kami kian menebal. Sebulan dua pertama memang diakui kami masih kekok tetapi hingga kini baik saya mahupun suami, kami dapat cari persefahaman itu.
“Saya sudah tahu bila dia marah dan bagaimana untuk diselesaikan dan begitu juga suami yang makin memahami setiap kali saya merajuk.

“Sebagai isteri, saya menyifatkan Khairuddin sebagai insan penyayang dan sentiasa bijak menyelesaikan masalah. Saya sangat gembira kerana sepanjang kami berkahwin dan tinggal sebumbung dengan anak, suami memberi segala kasih sayangnya dan dapat menyayangi anak saya seperti anak kandungnya,” katanya yang memiliki dua anak bujang, Mohd Daniel Firdaus, 17, dan Mohd Zulhilmy, 16.

Pengorbanan Umie cuma mengurangkan aktiviti lakonan. Meskipun hatinya meronta, tetapi Aktres Terbaik di Festival Filem Malaysia menerusi Embun ini akur dan tidak sesekali menyesal dengan keputusannya.

Jelas Umie yang kini menjengah usia 37 tahun, suami tidak pernah melarang untuknya terus berlakon, cuma sebagai isteri yang ingin sehidup semati bersama keluarga, keputusan mengurangkan aktiviti seni itu datang daripada jiwanya.

Duta pusat pelangsingan badan Marie France Bodyline ini berkali-kali menyifatkan suaminya yang disapa ‘sayang’ itu adalah penyokong utamanya.

“Saya sendiri yang ingin rehat daripada lakonan. Tiada siapa pernah melarang, malah suami sentiasa menyokong apa juga keputusan yang ingin saya lakukan.

“Sejak dulu ketika anak masih kecil, saya terlalu sibuk bekerja hingga masa bersama mereka terhad. Ada kalanya saya terfikir akan ruginya kerana tidak dapat meluangkan masa dengan mereka.
“Mana tidaknya, kerja saya terlalu banyak hingga jarang sekali berpeluang untuk berehat. Namun anak faham yang saya sibuk mencari duit bagi membesarkan mereka.

“Justeru sebaik mendirikan rumah tangga, memang saya sendiri berhasrat meluangkan masa bersama keluarga. Mungkin ini masanya untuk saya membentuk sebuah keluarga yang lebih stabil dan sempurna.

“Sekarang saya berpeluang memasak untuk mereka dan menyiapkan segala persiapan persekolahan. Saya lihat, sifat keibuan serta tanggungjawab sebagai isteri semakin menyerlah kerana setiap hari saya berpeluang menguruskan hal rumah tangga keluarga.

“Sebenarnya saya terlalu penat untuk terus aktif berlakon seperti dulu. Letih rasanya untuk kembali berkejar-kejar ke lokasi, mendalami watak dan skrip serta menyudahkan segala proses lain. Maklumlah sudah bertahun-tahun lamanya saya mencari rezeki sebagai pelakon.

“Memang penat sangat, terutama apabila saya mendapat watak berat yang memerlukan saya menggali mainan emosi dalaman, ia tidak semudah disangka. Setiap kali lakonan yang meminta saya bergelut dengan mainan emosi, memang nak pengsan rasanya. Justeru saya sekarang lebih memilih watak dan tawaran yang benar-benar memberi kepuasan,” katanya.

Pertama kali menyambut Aidilfitri sebagai isteri tidak banyak menyuntik kejanggalan buat aktres Kala Malam Bulan Mengambang, Jimi Asmara dan Diva Popular ini. Malah julung kali menyambut raya bersama suami memberi seribu perasaan bahagia buatnya.

“Kami akan menyambut raya pertama di rumah mak dan kemudian pulang ke kampung suami di Pulau Pinang. Saya tidak sabar-sabar untuk merasai kemeriahan beraya sebagai isteri dan berpeluang mengucup tangan suami di pagi Syawal nanti.

“Jika sebelum ini saya hanya melihat keseronokan teman rapat menyambut raya bersama suami dan keluarga, tahun ini saya sendiri merasainya.

“Memang seronok dapat menyambut kedatangan Ramadan bersama, berbuka dan bangun sahur setiap pagi. Inilah satu fasa kehidupan yang sudah lama saya nanti. Alhamdulillah ia termakbul,” katanya.

Bertanya akan perancangan menambah ahli keluarganya, lantas Umie menjawab sambil berseloroh, suami dan dirinya masih ternanti-nanti rezeki itu.

Selain pasrah dengan ketentuan, Umie dan suami tidak henti-henti berusaha dan sememangnya bersedia menimang cahaya mata sendiri, cuma waktunya belum tiba

No comments:

Post a Comment