Tuesday, August 21, 2012

BESARNYA RUMAH...MEWAH KERETANYA...RAKYAT YANG MISKIN MACAM MANA

Banglo ADUN digeledah perompak


INILAH rumah Abdullah di Taman Matang Indah, Kuching yang dipecah masuk perompak semalam.


KUCHING - Sekumpulan penjenayah bukan saja mencuri sejumlah barang berharga dan sebuah kereta Perodua Viva milik seorang ahli politik malah turut bersuka ria menghabiskan beberapa tin minuman soya selepas memecah masuk sebuah rumah banglo di Taman Matang Indah di sini semalam,
Dalam kejadian pada pukul 5 pagi, kumpulan penjenayah terbabit memasuki rumah banglo dua tingkat milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Abdullah Saidol yang semasa kejadian dikatakan berada di Kampung Rajang, Sibu.
Kejadian pecah masuk itu disedari oleh pemandu Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Sarawak (BNBBC) itu, Khairul Amir Shahrir, 27, yang pergi untuk memeriksa rumah tersebut pada pukul 8 pagi.
Bagaimanapun, Khairul Amir terkejut mendapati rumah majikannya ada kesan umpil.
Sementara itu, Abdullah Saidol semasa dihubungi berkata, kejadian itu merupakan yang pertama berlaku sejak dia dan keluarga tinggal di situ lebih enam tahun lalu.
"Saya terkilan kerana banyak hasil kerja dan dokumen penting dalam komputer hilang bersama komputer tersebut," kata beliau ketika dihubungi Kosmo!.
Menurut beliau, pencuri menggeledah bilik utama, bilik belajar, rak pakaian dan rak buku sebelum melarikan pelbagai barang berharga miliknya dan keluarga.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, penjenayah tersebut bukan setakat mencuri malah mereka juga dipercayai telah menghabiskan minuman soya di rumah mangsa.
Menurut beliau, pemeriksaan di dalam rumah tersebut menemui beberapa kesan cap jari penjenayah tetapi setakat ini belum ada tangkapan.

Shaliza kini boleh pandu kereta

Shaliza menunjukkan dia kini boleh memandu kereta di kediamannya di Kajang, Selangor.


KAJANG – Tiada apa yang lebih menggembirakan dalam kehidupan bekas pramugari Malaysia Airlines (MAS) yang menghidap penyakit urat saraf Lymphedema Praecox sejak lebih 20 tahun lalu apabila penyakitnya itu kini semakin pulih.
Ketika mula-mula menghidap penyakit itu kira-kira 23 tahun lalu, seluruh kedua-dua kakinya hingga ke paras pinggang membengkak sehingga menyerupai kaki gajah. Kini keadaan kaki Shaliza Shahzulkarib, 42, sudah jauh berubah.
Ia berikutan kegigihan ibu yang mempunyai lapan orang anak itu untuk mengubat penyakitnya termasuk menjalani pembedahan sejak dua tahun lalu.
Shaliza menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini secara ala kadar sahaja kerana baru kehilangan anak sulungnya, Mohd. Israq Safwan, 22, kerana menghidap barah.

Panjangkan tempoh rebat tol

KOTA BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meminta supaya pemegang konsesi lebuh raya melanjutkan tempoh masa pemberian diskaun dan rebat tol kepada pengguna pada musim perayaan bagi mengelak kesesakan di plaza tol.
Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, selain rebat pada hari tertentu sahaja, tempoh had masa diskaun untuk beberapa jam menyebabkan pemandu berebut pada waktu tersebut lalu menyumbang kepada kesesakan di plaza tol.
"Adalah lebih baik pihak pemegang konsesi lebuh raya melanjutkan tempoh masa diskaun dan rebat tol bagi memudahkan kelancaran lalu lintas di semua plaza tol," katanya kepada Bernama di sini semalam.
Sempena Aidilfitri dan ulang tahun kemerdekaan ke-55 tahun ini, sebanyak 24 pemegang konsesi bersetuju menawarkan diskaun dan rebat tol antara lima hingga 37.5 peratus bagi kenderaan kelas satu.
Diskaun itu bagaimanapun terhad kepada hari tertentu antara 15 Ogos hingga 23 Ogos sempena sambutan Aidilfitri dan pada 31 Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan.
Mengenai Ops Selamat sempena musim perayaan Aidilfitri yang bermula 12 Ogos lalu, beliau berkata, JPJ telah memeriksa 1,470 buah bas dan sebanyak 975 kes dikesan melibatkan pelbagai kesalahan seperti brek dan tayar tidak berada dalam keadaan baik.
"Jumlah bas tersebut adalah daripada 6,299 buah bas yang diberikan Lesen Perubahan Sementara (LPS) oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini," katanya.

Godaan palsu gadis ‘ting-ting’


KELIHATAN sekumpulan wanita dipercayai gadis ‘ting-ting’ berkumpul di kaki lima kedai di Kampung Air, Kota Kinabalu.


KOTA KINABALU – Bermodalkan tubuh badan mengghairahkan, seorang gadis yang kononnya menawarkan perkhidmatan seks mampu meraih pendapatan lumayan tanpa perlu menggadai maruah kepada lelaki berhidung belang.
Dikenali dengan gelaran ‘ting-ting’, godaan gadis jalanan itu tidak hanya tertumpu kepada lelaki kelas bawahan, malah turut berjaya memperbodohkan ramai kaum Adam yang bekerja sebagai ahli perniagaan dan kakitangan kerajaan.
Modus operandi yang dilakukan cukup mudah iaitu hanya berdiri di kaki-kaki lima premis perniagaan bermula pukul 12 malam dengan hanya berbaju ketat dan berseluar pendek.
Tinjauan Kosmo! di kawasan popular di sekitar Kampung Air dekat sini mendapati rata-rata gadis yang dipercayai menawarkan khidmat seks palsu itu berusia belasan tahun serta berasal dari Filipina dan Indonesia.
Sumber memaklumkan, kepintaran gadis-gadis itu bermula pada detik pertama bertemu pelanggannya apabila mereka sanggup menawarkan harga serendah RM30 untuk satu perkhidmatan seks.

Ditipu penjual beg tangan melalui internet


LEONG (kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya berhubung pembelian barangan tiruan sambil diperhatikan oleh Alex di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihati supaya tidak terpedaya dan lebih berhati-hati ketika membeli barangan berjenama mewah secara dalam talian kerana dikhuatiri produk yang dijual adalah tiruan.
Peguam Penasihat Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Alex Kok berkata, tawaran harga murah ke atas produk tersebut menyebabkan pembeli mudah tertipu dengan produk tiruan tersebut.
“Selain harga murah, butik-butik dalam talian juga menawarkan pilihan yang banyak dengan potongan harga hingga 50 peratus.
“Ini telah menarik minat pembeli untuk mendapatkan barangan tersebut tanpa mengetahui ia adalah tiruan. Ini memberi peluang kepada peniaga untuk memperdaya pelanggan mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.
Dalam hal ini, beliau menarik perhatian mengenai kes pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan baru-baru ini yang diperdaya oleh sebuah butik dalam talian yang menjual beg berjenama tiruan pada harga ribuan ringgit.

Tauke emas rugi RM350,000


Inilah kedai emas yang dimasuki sekumpulan perompak di Plaza Melaka Sentral semalam.


MELAKA – Sekumpulan penjenayah sanggup menebuk lima dinding papan lapis sebelum dapat melarikan sejumlah barang kemas bernilai RM350,000 di sebuah kedai emas di Jalan PMS 1, Plaza Melaka Sentral di sini semalam.
Empat dinding tersebut melibatkan dinding-dinding yang memisahkan empat buah kedai iaitu butik andaman pengantin, pusat kecantikan, kedai kosong dan kedai emas itu sendiri.
Dinding kelima melibatkan dinding di dalam kedai emas itu yang dijadikan tempat menyimpan sebuah peti besi berisi barang kemas.
Saiz setiap lubang yang ditebuk boleh memuatkan seorang lelaki dewasa.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan R. Gunarajan berkata, rompakan itu disedari pada pukul 8 pagi apabila pemilik kedai emas itu menerima panggilan daripada pemilik bangunan tersebut yang ternampak pintu belakang butik andaman pengantin terbuka.
“Siasatan mendapati kumpulan penjenayah terbabit memasuki kedai emas tersebut selepas menebuk tiga buah kedai lain di bangunan sama.
“Selepas berada di dalam kedai emas, penjenayah menebuk pula dinding papan yang menempatkan peti besi berisi barang kemas,” kata beliau ketika ditemui di sini.

‘Mini Dhaka’ jadi lubuk warga Bangladesh


PARA pelanggan yang terdiri daripada warga Bangladesh mengunjungi sebuah kedai yang diurus oleh rakan senegara mereka di Jalan Gurdwara, George Town.


GEORGE TOWN – Siapa sangka, di sebalik kehebatan Pulau Pinang dengan pelbagai mercu tanda menarik, rupa-rupanya tanpa disedari wujud satu kawasan yang didominasi warga Bangladesh di tengah-tengah pusat bandar raya ini sehingga dikenali sebagai ‘Mini Dhaka’.
Jika sebelum ini deretan kedai lama di Jalan Gurdwara di sini menjual peralatan rumah, kedai membaiki basikal serta kedai runcit, kini ia telah digantikan dengan kedai menjual pelbagai barangan keperluan warga Bangladesh termasuk kedai makan.
Tinjauan Kosmo! di sepanjang jalan itu mendapati lebih 10 premis makanan, minuman, runcit, kedai menjual peralatan telekomunikasi serta pertukaran mata wang asing diusahakan warga Bangladesh.
Setiap hari, beberapa kedai di situ yang diuruskan oleh warga Bangladesh tidak putus-putus dikunjungi rakan-rakan senegara termasuk bersantai di kaki lima sambil berbual kosong atau menghabiskan masa lapang selepas bekerja.

Tauke emas rugi RM350,000


Inilah kedai emas yang dimasuki sekumpulan perompak di Plaza Melaka Sentral semalam.


MELAKA – Sekumpulan penjenayah sanggup menebuk lima dinding papan lapis sebelum dapat melarikan sejumlah barang kemas bernilai RM350,000 di sebuah kedai emas di Jalan PMS 1, Plaza Melaka Sentral di sini semalam.
Empat dinding tersebut melibatkan dinding-dinding yang memisahkan empat buah kedai iaitu butik andaman pengantin, pusat kecantikan, kedai kosong dan kedai emas itu sendiri.
Dinding kelima melibatkan dinding di dalam kedai emas itu yang dijadikan tempat menyimpan sebuah peti besi berisi barang kemas.
Saiz setiap lubang yang ditebuk boleh memuatkan seorang lelaki dewasa.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan R. Gunarajan berkata, rompakan itu disedari pada pukul 8 pagi apabila pemilik kedai emas itu menerima panggilan daripada pemilik bangunan tersebut yang ternampak pintu belakang butik andaman pengantin terbuka.
“Siasatan mendapati kumpulan penjenayah terbabit memasuki kedai emas tersebut selepas menebuk tiga buah kedai lain di bangunan sama.
“Selepas berada di dalam kedai emas, penjenayah menebuk pula dinding papan yang menempatkan peti besi berisi barang kemas,” kata beliau ketika ditemui di sini.

Ditipu penjual beg tangan melalui internet


LEONG (kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya berhubung pembelian barangan tiruan sambil diperhatikan oleh Alex di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihati supaya tidak terpedaya dan lebih berhati-hati ketika membeli barangan berjenama mewah secara dalam talian kerana dikhuatiri produk yang dijual adalah tiruan.
Peguam Penasihat Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Alex Kok berkata, tawaran harga murah ke atas produk tersebut menyebabkan pembeli mudah tertipu dengan produk tiruan tersebut.
“Selain harga murah, butik-butik dalam talian juga menawarkan pilihan yang banyak dengan potongan harga hingga 50 peratus.
“Ini telah menarik minat pembeli untuk mendapatkan barangan tersebut tanpa mengetahui ia adalah tiruan. Ini memberi peluang kepada peniaga untuk memperdaya pelanggan mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.
Dalam hal ini, beliau menarik perhatian mengenai kes pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan baru-baru ini yang diperdaya oleh sebuah butik dalam talian yang menjual beg berjenama tiruan pada harga ribuan ringgit.

Transit baharu seludup manusia

JOHOR BAHRU – Selepas Pelabuhan Klang di Selangor dan Pelabuhan Kuala Linggi di Negeri Sembilan, sindiket penyeludupan manusia ke negara ketiga melalui Malaysia kini beralih angin dengan memilih Pengerang dan Tanjung Sedili dekat sini sebagai transit terbaharu mereka.
Ketika merungkai taktik terbaharu itu, Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan berkata, perubahan strategi itu terpaksa dilakukan oleh sindiket terbabit memandangkan lokasi tradisi iaitu di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuala Linggi kini dianggap tidak selamat lagi.
“Pada awal tahun ini, kami melihat taktik mereka sudah bergerak ke sekitar wilayah Selatan berdasarkan tangkapan dan kes mati lemas yang berlaku di sana,” katanya.
Pada tahun 2011, sebanyak 32 mangsa lemas dilaporkan sementara setakat Ogos tahun ini, sebanyak 13 warga asing terkorban.
Adon memberitahu, lazimnya sindiket akan menjadikan cuaca buruk di perairan yang dilalui untuk menggerakkan aktiviti pemerdagangan orang.
“Apabila cuaca tak elok, mereka akan lari daripada pengesan radar kita untuk ke negara jiran dan biasanya jika hujan, bot-bot kecil tak akan berada di perairan sepanjang masa.
“Dari situ, mereka akan ambil kesempatan dan terjadilah kapal karam dan lemas,” jelasnya.

Jaga jantung, kurangkan lemak

KUALA LUMPUR – Pengambilan makanan segera yang mempunyai kandungan lemak trans dan kolesterol yang tinggi perlu dikawal dengan lebih ketat berikutan kes-kes kemasukan ke wad di hospital akibat serangan jantung kini melebihi 7,300 kes setahun.
Ketua Pusat Jantung dan Paru-Paru Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Datuk Dr. Mohd. Ramzisham Abdul Rahman berkata, pengambilan berlebihan lemak trans atau lemak yang banyak terdapat dalam makanan segera seperti kentang goreng, burger dan piza menyebabkan orang ramai mudah mendapat penyakit jantung.
Menurut beliau, corak pemakanan tidak sihat itu tanpa disedari boleh menyumbang kepada risiko obesiti yang berkait rapat dengan penyakit jantung.

12,000 penduduk berdepan maut


DUA penunggang motosikal melintas jalan dengan cara berbahaya semata-mata untuk mengelak membuat pusingan U di jalan menghala ke Permas Jaya dan Pasir Gudang di Johor Bahru.


JOHOR BAHRU – Sejak setahun lalu, kira-kira 12,000 penduduk yang tinggal di sekitar Bayu Puteri dan Flat Sri Stulang mendakwa terdedah kepada ancaman maut ekoran perubahan jalan menghala ke Permas Jaya dan Pasir Gudang di sini.
Senario itu didakwa menjadi semakin buruk sejak ketiadaan lampu isyarat di kawasan tersebut berikutan pembukaan Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Timur (EDL) pada Mac lalu.
Penduduk mendakwa, perancangan yang dibuat oleh pihak berkenaan kurang bijak kerana ia kini lebih menyusahkan dan membahayakan nyawa penduduk terutama pelajar sekolah.
Subhi Saat, 51, berkata, penduduk bimbang dengan keselamatan pelajar yang terpaksa menyeberang jalan berkenaan setiap hari sedangkan kenderaan banyak dan dipandu laju.
“Setakat ini, sudah ada tiga kematian berlaku akibat kerana kemalangan di kawasan ini ,” katanya yang juga Ketua Biro Keselamatan Pergerakan Pengguna Negeri Johor ketika ditemui di sini semalam.
Katanya, kesan daripada ketiadaan lampu isyarat itu juga, pemandu yang datang dari arah pusat bandar untuk pulang ke rumah terpaksa membuat pusingan U sejauh 6 kilometer.
Seorang lagi penduduk, Rosnah Madun, 48, pula mencadangkan agar pihak yang berkaitan mewujudkan semula lampu isyarat atau membina bulatan di jalan berkenaan.
“Jika ia tidak dibuat, saya percaya akan berlaku lebih banyak lagi kemalangan, lebih-lebih lagi sekarang, penunggang motosikal gemar mengambil jalan pintas dengan naik di atas pembahagi jalan untuk melintas bagi mengelak melakukan pusingan U yang terlalu jauh,” katanya.

Ramai selesa tinggal di hotel

KUALA LUMPUR – Biasanya menjelang Aidilfitri, tiket penerbangan, bas ekspres dan kereta api menjadi rebutan warga kota untuk pulang ke kampung halaman masing-masing tetapi kini tempahan bilik hotel turut pendapat perhatian.
Perkara itu berlaku kerana trend menunjukkan sebilangan masyarakat merasakan lebih selesa untuk menginap di hotel berbanding rumah ibu bapa dan keluarga masing-masing.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia, Reginald T. Pereira, lebih 90 peratus bilik sama ada hotel lima bintang hingga hotel bajet sudah ditempah oleh perantau yang pulang menyambut hari lebaran.
“Berdasarkan tahun lalu, bilik hotel mula ditempah tiga bulan lebih awal. Ini kerana cuti panjang bukan sahaja digunakan oleh umat Islam tetapi kaum lain yang mengambil peluang untuk bercuti bersama keluarga.
“Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, tinggal di hotel mungkin lebih selesa,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Pekan Rabu berimej baharu 2016


PELBAGAI produk makanan dan minuman, kraftangan, pakaian dan buku boleh diperoleh di Pekan Rabu.


ALOR SETAR – Kompleks perniagaan bumiputera Pekan Rabu yang menjadi salah satu mercu tanda di bandar raya ini bakal tampil dengan imej lebih menarik dan suasana perniagaan yang selesa selepas projek pembangunan semula fasa ketiga siap menjelang tahun 2016.
Projek pembinaan semula yang bernilai hampir RM70 juta itu dilihat sebagai salah satu usaha untuk mengekalkan imej popular Pekan Rabu dalam kalangan pelancong tempatan dan asing di negara ini.
Bendahari Koperasi Pekan Rabu, Khamarul Bahrin Yusoff berkata, projek pembangunan semula itu penting bagi menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh kompleks perniagaan berkenaan sejak ia mula dibina pada tahun 1930.
“Masalah ruang tempat letak kereta, sistem pengudaraan dan susun letak kedai merupakan antara masalah utama yang sentiasa diutarakan oleh para pelanggan dan peniaga di sini.
“Projek fasa ketiga ini akan melihat seluruh kompleks ini dirobohkan bagi menjalankan kerja-kerja pembangunan semula yang dijangka mengambil masa hampir dua tahun setelah ia dipersetujui dan mendapat kelulusan semua pihak,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tiga anggota tentera Thai maut diserang hendap

BEBERAPA anggota skuad pemusnah bom memeriksa kawah yang terbentuk akibat letupan bom di tepi jalan yang dilakukan oleh kumpulan gerila pemisah di Narathiwat semalam.


BANGKOK - Tiga anggota keselamatan tentera Thailand maut dan dua lagi cedera semalam dalam serangan yang dilakukan gerila pemisah di selatan negara ini.
Menurut seorang pegawai Pusat Arahan Operasi Keselamatan, Kolonel Chatuporn Klumsud, seorang askar dan penduduk kampung menaiki sebuah trak pikap semasa mereka diserang hendap kira-kira pukul 10 pagi oleh sekumpulan gerila pemisah di daerah Rangae, wilayah Narathiwat, 825 kilometer ke selatan Bangkok.
Dalam kejadian itu, askar-askar tersebut mati manakala penduduk kampung itu cedera.
Menurut Klumsud, dua lagi anggota separa tentera mati ditembak dalam dua kejadian yang berasingan yang berlaku di Narathiwat dan Pattani
Agensi perisikan negara ini meramalkan peningkatan keganasan selepas bulan Ramadan berakhir.
Kira-kira 5,300 orang terbunuh dalam kejadian serangan bom, tembakan dan kebakaran sejak kumpulan gerila pemisah melancarkan serangan pada tahun 2004.
Para gerila itu mendakwa perjuangan mereka adalah untuk memisahkan tiga wilayah yang mempunyai majoriti penduduk Islam iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala daripada Thailand. - dpa Perang di Syria merebak kembali ke Lebanon


ASAP menjulang dari sebuah bangunan di lokasi pertempuran antara kumpulan Sunah dengan Syiah di Bab al-Tabbaneh, Lebanon semalam. - AFP


TRIPOLI – Dua orang terbunuh dan lebih 60 cedera dalam pertempuran antara kumpulan penganut Sunah dengan mazhab Syiah Alawi di bandar Tripoli, Lebanon, kata beberapa sumber perubatan dan keselamatan semalam.
Kumpulan lelaki bersenjata di daerah Bab al-Tabbaneh yang didiami penduduk Sunah bertempur dengan kumpulan penganut Syiah itu.
Mereka saling berbalas tembakan dan membaling bom tangan.
Menurut beberapa penduduk, pertempuran itu berlaku walaupun tentera Lebanon ditempatkan di bandar tersebut.
Menurut kenyataan tentera, askar-askar menyerbu bangunan yang digunakan oleh kumpulan lelaki bersenjata. Pada kejadian yang berlaku kelmarin, lima askar cedera dan lima lagi termasuk seorang lagi pegawai mengalami nasib yang sama semalam.
Selain daripada askar itu, seramai 35 orang awam dan lelaki bersenjata terbunuh.
Pertempuran itu berlaku disebabkan kesan peperangan di Syria.
Kebangkitan rakyat di Syria kebanyakannya didalangi oleh penduduk Sunah yang menentang Presiden Bashar Al-Assad yang merupakan penganut Syiah Alawi.
Pada awal Jun lalu, seramai 15 orang terbunuh di bandar ini kerana pertempuran melibatkan kedua-dua kumpulan tersebut. – Reuters

No comments:

Post a Comment