Monday, June 18, 2012

JAHAT TAHAP MAKSIMUM...ZINA...AMBIK HAK ORANG...GUNA SIHIR...MUNGKIN NI BANYAK BERLAKU...MAKA HUKUM HUDUD YANG DAPAT MENYELESAIKANNYA...KALAU DAH KAHWIN...SABIT ....MAKA IA DIREJAM SAMPAI MATI....

Tawanan santau

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

ADU...Kamariah menceritakan kejadian menimpanya kepada wartawan.
ADU...Kamariah menceritakan kejadian menimpanya kepada wartawan.
CHEMOR: Seorang janda beranak empat bukan saja menjadi ‘hamba seks’ bapa saudara sendiri selama hampir dua tahun, malah puluhan ribu ringgit wang peninggalan arwah suaminya serta wang bantuan kebajikan empat anaknya turut dibolot lelaki terbabit yang dipercayai ‘menakluk’ wanita itu dengan ilmu hitam.
Janda berusia 34 tahun dikenali sebagai Kamariah, mendakwa dia seperti lembu dicucuk hidung apabila mengikut segala arahan bapa saudaranya itu termasuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu serta menyerahkan wang simpanannya.
“Dia (bapa saudara) mengawal wang ditinggalkan bekas suami termasuk wang bantuan anak berjumlah RM400 sebulan yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Hidup saya umpama mayat hidup selama hampir dua tahun dipercayai terkena ilmu guna-guna itu menyebabkan saya beberapa kali hampir membunuh diri selain mengabaikan makan minum empat anak berusia antara dua dan 12 tahun,” katanya yang kini menjalani rawatan bagi membuang kesan ilmu hitam berkenaan.

 

Cari pasal tukar saluran TV

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my

CEKUP...anggota polis menahan suspek yang cuba melarikan diri selepas disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Naning,  kelmarin.
CEKUP...anggota polis menahan suspek yang cuba melarikan diri selepas disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Naning, kelmarin.
GEORGETOWN: Akibat menukar saluran televisyen (TV) ketika perlawanan bola sepak Euro 2012 berlangsung, seorang lelaki cedera dipukul pelanggan lain di sebuah pusat hiburan di Lebuh Naning, di sini, yang tidak puas hati dengan tindakan lelaki itu, pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.10 pagi itu, lelaki berusia 30-an terbabit menukar saluran televisyen ketika perlawanan di antara pasukan Russia dan Greece, menyebabkan pengunjung pusat hiburan itu tidak berpuas hati.
Jurucakap polis berkata, berlaku pertengkaran antara lelaki berkenaan dengan beberapa pengunjung sehingga tercetus pergaduhan yang berlarutan hingga ke luar pusat hiburan terbabit.

Menurutnya, polis yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan berjaya meleraikan pergaduhan berkenaan.

Rita kemuka bantahan

Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my

TABAH...Rita yakin Allah sentiasa bersamanya menghadapi kesusahan.
TABAH...Rita yakin Allah sentiasa bersamanya menghadapi kesusahan.
PETALING JAYA: “Saya berasa tak susah pun dengan semua ini (prosiding mahkamah) dan mengikut saja kerana Allah sentiasa bersama saya dan keluarga,” kata aktres popular, Rita Rudaini Mohamad@Mokhtar ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Rita yang baru pulang daripada mengerjakan umrah pada 3 Jun lalu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Aidil Zafuan Abd Razak, 25, yang tidak hadir pada prosiding bagi sebutan permohonan kembali taat terhadapnya yang dikemukakan suaminya itu, bulan lalu.
“Saya sanggup melalui tempoh masa yang lama turun naik mahkamah demi anak-anak. Tak rasa susah pun, semua ini kerana Allah sentiasa memberi semangat buat saya dan keluarga,” katanya.

Terdahulu, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad menetapkan 9 Julai ini sebagai tarikh sebutan bagi Rita memfailkan bantahan awal berhubung permohonan kembali taat yang dikemukakan Aidil.

Sayu lihat tangisan ibu

Oleh Alias Abd rani
lias@hmetro.com.my

IKUT EMOSI...remaja ditahan selepas membatalkan niatnya terjun bangunan.
IKUT EMOSI...remaja ditahan selepas membatalkan niatnya terjun bangunan.
KUCHING: Seorang remaja lelaki membatalkan niat terjun dari tingkat tiga bangunan empat tingkat selepas melihat kelibat ibu dan bapanya yang menangis selain merayu dia tidak meneruskan tindakan berkenaan di Chong Ling Park, Jalan Tabuan, di sini, kelmarin.
Difahamkan, kejadian jam 8 malam berlaku apabila remaja berusia 18 tahun yang bekerja di rumah urut berdekatan mengambil tindakan nekad itu selepas berdepan tekanan perasaan akibat masalah keluarga.

Menurut sumber, perbuatan remaja terbabit dilihat orang ramai sebelum menghubungi polis.
“Remaja terbabit menyewa di bilik di bangunan berkenaan, duduk di tepi tingkap, seolah-olah mahu terjun.

“Sebaik menerima panggilan kecemasan, polis mendapatkan bantuan bomba dan penyelamat bagi memujuk remaja berkenaan.

“Apabila semua usaha buntu, polis terpaksa menghubungi keluarga remaja itu sebelum ibu dan bapa lelaki itu tiba beberapa minit kemudian,” katanya.

Katanya, dalam keadaan menangis, pasangan suami isteri itu kemudian kemudian bergegas ke tingkat tiga bagi memujuk anak mereka itu supaya tidak meneruskan perbuatan itu.

“Usaha dan pujukan pasangan itu membuahkan hasil apabila remaja terbabit membatalkan niat sambil meluru memeluk kedua ibu dan bapanya,” katanya.
Beliau berkata, remaja terbabit dibawa ke Balai Polis Simpang Tiga untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Renjatan elektrik dera kontraktor

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Seluruh tubuh menjadi lemah selepas direnjat menggunakan alat renjatan elektrik itu lebih lima kali. Malah, ketika dipukul dengan gari, saya tidak lagi mampu bergerak mahupun berkata-kata,” kata Leoni, 47.
Leoni yang bekerja sebagai kontraktor berkata demikian ketika mengulas tindakan dua lelaki yang menderanya selepas enggan meneruskan kerja pengubahsuaian rumah seorang daripada suspek secara percuma dalam kejadian bermula kira-kira jam 6.30 petang, Jumaat lalu.

Menurut Leoni, dia diperlakukan kejam oleh dua suspek berusia 30-an hampir tujuh jam sebelum ditinggalkan di bahu jalan berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini kira-kira jam 1 pagi.
Bercerita lanjut mengenai kejadian itu, Leoni berkata, dia yang melakukan pengubahsuaian sebuah rumah milik seorang daripada suspek sejak sebulan lalu enggan meneruskan kerjanya itu selepas lelaki terbabit tidak mahu membuat bayaran seperti dijanjikan.

“Mengikut perjanjian asal, saya akan dibayar RM2,500 sebagai bayaran pendahuluan malangnya selepas sudah melakukan kerja ubah suai hampir 30 peratus, lelaki itu masih gagal untuk membayar wang berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Leoni, dia bagaimanapun dihubungi seorang lelaki yang mendakwa mahu bertemu dengannya di kawasan PWTC yang pada mulanya menyamar sebagai pelanggan yang juga mahu melakukan pengubahsuaian.

“Bagaimanapun, ketika bertemu dengan lelaki terbabit, dia mendapati bekas pelanggannya yang gagal melunaskan bayaran untuk pengubahsuaian rumahnya juga berada di sana.

“Ketika itu, barulah saya sedar lelaki terbabit menggunakan rakannya cuba untuk memerangkap saya,” katanya memberitahu mereka kemudiannya merampas barangan berharga miliknya seperti telefon bimbit dan wang tunai RM3,500.
Katanya, dua suspek itu juga kemudian menghubungi rakan kongsinya untuk meminta wang berjumlah RM4,000 sebagai wang tebusan bagi membebaskannya.

“Keengganan rakan saya menuruti kehendak mereka menyebabkan kumpulan itu mula bertindak ganas. Saya diberi renjatan eletrik selain dipukul dengan gari,” katanya memberitahu ketika diperlakukan demikian, dua tangannya diikat.

Dua suspek kemudiannya meninggalkan Leoni di bahu jalan berhampiran PWTC selepas kumpulan terbabit mendapati dia sudah lemah.

Dengan bantuan orang ramai Leoni kemudiannya dibawa membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk tindakan lanjut sebelum diberikan rawatan di sebuah hospital di kawasan berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

‘Mata-mata’ OKU dicekup lagi



TANJUNG KARANG: Walaupun sudah ditahan Januari lalu, seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) masih tidak serik untuk menjadi ‘tonto’ pusat perjudian haram apabila dia ditahan lagi di sebuah premis di Jalan Jeti Baru, di sini, petang kelmarin.
Lelaki yang cacat tangan kanan berusia 44 tahun itu dikatakan sanggup mengambil risiko itu hanya kerana mahukan upah RM30 sehari untuk menjadi ‘mata dan telinga’ pusat perjudian berkenaan selain turut dibekalkan ‘walkie-talkie’ bagi mengawasi kawasan itu.

Namun, tindakan licik lelaki terbabit gagal apabila dia bersama sembilan kaki judi berusia 45 hingga 65 tahun ditahan dalam ‘Ops Dadu’ oleh sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kira-kira jam 5 petang kelmarin.
Ketua Cawangan D7 Selangor, Asisten Superintendan, Adzli Abu Shah yang mengetuai serbuan itu berkata, polis turut merampas wang tunai RM19,500, satu ‘walkie-talkie’ dan beberapa peralatan perjudian dalam serbuan itu.

“Dianggarkan seramai 28 kaki judi berada dalam premis itu, namun ada yang melarikan diri termasuk terjun ke dalam sungai berhampiran dan berenang ke kawasan hutan bakau,” katanya.

Adzli berkata, pihaknya menjalankan intipan selama sebulan sebelum mengadakan serbuan dan kegiatan judi itu digelar perjudian pasar malam oleh kaki judi berikutan dijalankan secara terbuka seolah-olah urusniaga di pasar malam.

Katanya, ada kaki judi yang sanggup datang dari Seremban, Banting dan Kuala Lumpur semata-mata untuk berjudi di situ.

Semua suspek yang juga warga tempatan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 7 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Gurauan mati jadi kenyataan



PASIR PUTEH: “Malam semalam (kelmarin) dia tanya sambil bergurau, adakah saya akan berkahwin lain jika dia meninggal dunia.
“Saya tidak sangka gurauan itu menjadi petanda dia akan pergi buat selamanya,” kata Rokiah Ibrahim, 45, apabila suaminya, Zulfelkeri Johan, 52, maut dalam kemalangan membabitkan dua lori dalam kejadian di simpang tiga Tok Bali, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang juga pemborong sayur menaiki lori satu tan dipandu rakannya, Abdul Bahrin Yaacob, 31, sebelum kenderaan mereka bertembung dengan sebuah lori lima tan yang cuba memasuki simpang.
Kejadian itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan tersepit di tempat duduk penumpang hadapan.

Rokiah berkata, arwah sempat berbual bersama sambil bercakap mengenai kematian dengannya.

Katanya, dia tidak mengambil serius mengenai perbualan arwah, namun menjawab tidak akan berkahwin lain sekiranya suaminya itu sudah tiada.

“Namun, saya terkejut gurauan itu membawa kepada berita buruk apabila dimaklumkan mengenai kemalangan ini,” katanya.

Katanya, suaminya keluar dari rumah mereka di Pasir Tumboh kira-kira jam 5 pagi untuk menghantar bekalan sayur di Kuala Terengganu.
“Saya tersentak selepas menerima panggilan daripada polis yang memaklumkan suami terbabit dalam kemalangan,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Anis (HTA), di sini.

Rakan mangsa, Abdul Bahrin turut cedera parah dalam kejadian itu dan dihantar ke hospital sama, manakala seorang lagi pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

Ugut simbah asid sebelum samun



KUALA LUMPUR: Sekumpulan empat penyamun berusia 30-an dikesan menggunakan asid bagi menakutkan mangsa sebelum bertindak menyamun mereka.
Modus operandi kumpulan itu ialah menghampiri mana-mana wanita yang bersendirian sebelum menunjukkan botol berisi asid dan mengugut untuk menyimbah ke wajah mangsa sebelum memaksa masuk ke dalam kereta.

Difahamkan, kejadian samun seumpama itu adalah pertama kali dilaporkan berlaku.

Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 6 petang kelmarin, di sebuah kawasan Transit Aliran Ringan (LRT) Sentul, di sini, seorang wanita berusia 30-an kerugian lebih RM5,000 selepas disamun kumpulan berkenaan.

‘Cinta saya tidak pudar’

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Kasih sayang saya terhadap tunang makin bertambah walaupun dia kehilangan sebelah kaki kanan dan kami merancang untuk berkahwin awal tahun depan sebaik keadaannya pulih,” kata, Norfaizan Abu Kassim, 27, tunang kepada Mohd Hafiz Zamri, 26, mangsa samun dan tembak dalam kejadian berhampiran Plaza Tol Seremban-Labu, malam Khamis lalu.
Beliau berkata, mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini, namun terpaksa ditangguhkan memandangkan tunangnya masih dalam keadaan trauma.

Katanya, walaupun tunangnya kehilangan sebelah kaki, tetapi dia tetap cintakan lelaki itu dan mahu dia pulih seperti sedia kala.
“Saya mengenalinya dua tahun lalu sebelum mengambil keputusan bertunang Mac lalu selepas melihat dirinya begitu mengambil berat dan mahu kami disatukan.

“Walau apa terjadi, saya tetap akan berkahwin dengannya dan mahu dia pulih secepat mungkin,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian, dia baru saja selesai bertugas dan berada di pejabat plaza tol sebelum dihubungi rakannya yang memberitahu tunangnya kemalangan.

Katanya, dalam keadaan panik, dia turun untuk melihat kejadian itu dan terkejut selepas melihat tunangnya pengsan dalam keadaan berlumuran darah.

“Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika itu dan berdoa supaya tunang saya selamat,” katanya yang mengambil cuti semata-mata untuk menjaga dan memberi semangat kepada tunangnya itu.
Sementara itu, Hafiz berkata, dia reda dengan apa yang terjadi dan masih trauma selepas ditembak bertalu-talu oleh penjenayah itu.

“Saya hanya ingat diri dikejar dan ditembak penjenayah yang menaiki sebuah kereta sebelum pengsan.

“Saya tersedar ketika berada di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) sebelum dihantar ke HKL untuk rawatan lanjut,” katanya.

Kesal dakwaan mentua



TUMPAT: “Saya terkilan atas tuduhan itu yang mendakwa saya memukul arwah hingga menyebabkan kuburnya terpaksa digali semula Sabtu lalu,” kata Mohd Azdi Daud, 38. Suami kepada seorang guru, Balkis Shamsuddin, 40, itu meluahkan rasa kesal terhadap keluarga mentuanya yang melemparkan dakwaan berkenaan.
Menurutnya, dia tidak menyangka apabila mereka turut membuat laporan polis mengatakan isterinya meninggal kerana dipukul olehnya.

“Ketika kematian isteri, saya tiada di rumah kerana menghadiri kursus di Kuala Terengganu,” katanya.
Menurutnya, dia lega apabila hasil bedah siasat yang dilakukan polis mengesahkan isterinya meninggal akibat sakit jantung.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment