Dirempuh ketika tukar tayar, mangsa terperosok bawah lori
6 Januari 2013
Dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, mangsa yang maut di tempat kejadian, Bashier Ahmed Abd Sulami, 45, bersama dua rakannya Hasan, 31, dan seorang lagi rakan sedang membaiki tayar dibantu pemandu lori lain, Khairunizam Abdullah, 33, sebelum dirempuh sebuah lori muatan makanan ringan dipandu seorang lelaki berusia 51.
Jurucakap polis berkata, Hasan tersepit di bawah lori makanan ringan terbabit selepas dirempuh dan terseret. Khairunizam tercampak di lokasi berdekatan.
“Ketika kejadian keempat-empat mangsa sedang menukar tayar sebelah kanan hadapan lori muatan perabot itu sebelum dirempuh lori mua-tan makanan ringan terbabit.
“Rempuhan kuat menyebabkan tiga mangsa berkenaan gagal mengelak, namun seorang rakan mangsa sempat melarikan diri sebaik menyedari sebuah lori makanan ringan meluncur laju ke arah lori dinaiki mereka bertiga,” katanya.
Jurucakap polis berkata, rempuhan berlaku sekelip mata dan mangsa belum sempat memasang tayar baru selepas dibantu Khairunizam yang memberhentikan lorinya tidak jauh dari lokasi kejadian bersama isteri dan dua anak kecil mereka.
“Hasan dirempuh, diseret beberapa meter sebelum tertimbus dengan tanah tebing jalan dan tersepit di bawah lori makanan ringan berkenaan. Badan mangsa turut bergelumang dengan minyak hitam.
“Sementara itu, Khairunizam yang tercampak selepas dirempuh hanya terbaring, namun berada dalam keadaan sedar sebelum sebuah lori berhenti dan menghulurkan bantuan menghubungi bantuan kecemasan,” katanya.
Menurutnya, dalam keadaan tersepit di celah bawah lori makanan ringan itu, Hasan tidak mampu bersuara, bagaimanapun dia memberi isyarat gerakan perlahan tangannya sebelum anggota bomba dan penyelamat tiba untuk membantu mengeluarkannya.
Sempat hubungi majikan
Majikan mangsa maut, Muhammad Bashar, 35, berkata, ketika kejadian mangsa bersama dua lagi rakan dalam perjalanan pulang ke Nilai, Negeri Sembilan, selepas selesai menghantar perabot di Muar, Johor, sebelum terbabit kemalangan.
“Kira-kira jam 10.45 malam mangsa ada menghubungi saya memberitahu tayar hadapan sebelah kanan pecah sebelum saya kemudiannya menerima maklumat mereka semua terbabit dalam kemalangan tanpa mengetahui mangsa sudah meninggal dunia.
“Saya tak sangka itu panggilan terakhir mangsa kepada saya selama lebih sepuluh tahun mangsa tinggal di negara ini. Sebagai sumbangan akhir kami akan bantu selesaikan segala urusan penghantaran mangsa pulang semula ke Pakistan,” katanya.
Sukar keluarkan mangsa
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan S.A.Pillay berkata, lapan anggota bersama sebuah jentera dan dua unit Skuad Gerak Cepat (SGC) bergegas ke lokasi kejadian dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil.
“Setiba di lokasi mendapati mangsa maut berada di tebing jalan manakala mangsa yang tersepit terperosok di bawah lori makanan ringan yang sudah terbalik mengiring ke kanan dalam keadaan enjin masih hidup kerana penggunaan enjin hidraulik.
“Anggota mengalami kesukaran mengeluarkan mangsa kerana kedudukan mangsa dan bomba menggunakan peralatan khas untuk memotong beberapa bahagian bawah enjin sebelum menarik keluar mangsa.
“Bomba mengambil masa lebih 45 minit untuk keluarkan mangsa yang berada dalam keadaan lemah serta sudah dibasahi minyak lori sebelum diserah kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),” katanya.
Pengarah Pertahanan Awam Alor Gajah, Leftenan Muda Hamdan Mohd Saat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kemalangan berkenaan kira-kira 11.20 malam dan bergegas ke lokasi kejadian
“Mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Alor Gajah dan Hospital Melaka menggunakan dua buah ambulan dari JPAM,” katanya.
Bagaimanapun, mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka selepas menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), kira-kira 9 pagi semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Gadis mati leher dikelar
6 Januari 2013
Mangsa, S Sintuja, 19, pelajar sebuah kolej swasta di sini sejak setahun lalu ditemui dalam keadaan terbaring atas lantai bilik tidur oleh sepupunya kira-kira 8.30 malam.
Menurut sumber, turut dijumpai sebilah pisau di atas katil tidak jauh dari mayat mangsa berada.
“Siasatan awal mendapati, mangsa berasal dari Temerloh, Pahang itu menetap di asrama kolej tetapi sering bertandang dan bermalam di rumah bapa saudaranya pada setiap cuti hujung minggu.
“Mangsa akan dijemput oleh bapa saudaranya setiap petang Jumaat dan menghantarnya kembali ke asrama pada hari Ahad,” katanya.
Sumber berkata, semasa kejadian, kesemua pintu dalam rumah berkenaan tidak berkunci namun tiada tanda menunjukkan berlakunya pecah masuk atau kecurian.
“Berdasarkan keterangan bapa saudara mangsa, pada hari kejadian, dia keluar dari rumah kira-kira 6 petang dan hanya pulang semula selepas menerima panggilan anaknya memaklumkan tentang insiden tersebut kira-kira 9 malam.
“Susulan itu, bapa saudara dan sepupu mangsa kini ditahan reman bagi membantu siasatan kes berkenaan,” kata sumber kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan menerima laporan kejadian.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Setakat ini, polis masih menyiasat motif kejadian, manakala mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk bedah siasat.
'Balik sekejap pun jadilah'
6 Januari 2013
Hamidah Chin, 55, berkata, dia tidak menyangka tegurannya kepada anak sulung, Suhaidi Shuid, 37 terkesan dan menjadi punca kehilangannya.
Menurutnya, Suhaidi membawa isteri dan dua anaknya keluar rumah selepas sambutan Aidiladha pada 2010.
“Ketika itu arwah suami, Shuid Husain masih ada namun, semasa ayahnya meninggal hujung tahun lalu Suhaidi tidak pulang seolah-olah marah kepada kami yang memberi teguran kepadanya.
“Kali terakhir kami berjumpa bersama dia sekeluarga adalah pada Aidiladha tahun yang sama (2010).
“ Bagaimanapun, ketika arwah suami meninggal, bapa saudara Suhaidi iaitu Mohd Nayan Kassim, 53, dapat menghubungi Suhaidi selepas mencari nombor telefonnya dan memaklumkan kematian ayahnya,” katanya.
Hamidah berkata, namun Suhaidi enggan pulang manakala berdasarkan semakan rekod laporan polis berkaitan kemalangan yang pernah dibuat Suhaidi Februari lalu, dia dipercayai pernah tinggal di Bagan Serai, Perak.
“Tetapi pencarian kami ke Bagan Serai hampa berikutan dia tidak lagi tinggal di situ. Bagaimanapun, teguran saya itu hanya untuk kebaikannya malah kini tidak tertanggung rindu kepadanya, " katanya.
Menurutnya, tidak pernah terdetik di hatinya untuk membenci mahupun marah terhadapnya (Suhaidi) bahkan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan anaknya itu dunia dan akhirat.
“Sementara mak masih ada, besar harapan agar Suhaidi pulang dan bersama sekeluarga seperti sebelumnya malahadiknya juga merinduinya,” katanya.
Hamidah juga membuat laporan polis berhubung kehilangan Suhaidi.
Orang ramai yang mengetahui di mana Suhaidi hubungi adiknya, Suhaimi ditalian 019275278.
Trauma dengan bunyi kereta api
6 Januari 2013
Sayu mendengar siren kereta api
Setiap kali mendengar siren kereta api pada waktu petang, Wan Suziana Wan Mohd Nizam, 28, pasti sayu kerana saat itulah dia kehilangan suami, iaitu ketika melintas landasan pertengahan bulan lalu.
Suziana berkata, dia pasti berhenti sejenak daripada melakukan sebarang kerja dan ayat yang keluar dari mulut sama ada ‘awal kereta api kali ini atau lewat pula kereta api petang ini’.
Menurutnya, tindakan luar kawal ini mungkin disebabkan rasa rindunya terhadap arwah suami, Mohd Zudilman Che Ismail, 34.
“Saya tidak dapat mengelak daripada mengungkap kata-kata itu kerana ia memberi pengalaman pahit kepada saya dan anak-anak,” katanya, semalam.
Hilang arah
Suziana berkata, pada saat dia mendapat berita mengenali kemalangan suami, dia hilang arah, panik dan tidak tahu apa tindakan yang perlu diambil.
Sehingga kini katanya, dia buntu untuk mencari rezeki buat lima anak-anaknya yang masih kecil, berusia 10 bulan hingga 10 tahun.
Menurutnya, dia tidak mempunyai sebarang kemahiran apatah lagi sijil untuk mencari pekerjaan di luar negeri.
“Selepas ini, saya sanggup mempelajari apa sahaja kemahiran, demi menyediakan sesuap nasi untuk anak-anak.
“Amanah yang diberikan arwah suami, akan dipikul sehingga mereka berjaya di dunia dan cemerlang di akhirat,” katanya, semalam.
Mohon bantuan peralatan
Demi anak-anak, Suziana sanggup bersengkang mata mempelajari apa sahaja kemahiran jahitan, masakan dan lain-lain.
Dengan cara ini katanya, dia dapat bekerja dari rumah dan menjadi pengusaha kecil-kecilan di peringkat kampung.
“Kaedah ini juga akan memudahkan saya menjaga anak-anak yang masih kecil, di samping mengelakkan saya daripada meminta simpati penduduk kampung setiap hari.
“Sekiranya saya diberi bantuan peralatan perusahaan, saya dapat menjana pendapatan dan memperoleh sumber kewangan dengan lebih stabil,” katanya, semalam.
Harap bantuan kebajikan anak-anak diluluskan
Suziana berkata, dia mengharapkan bantuan kebajikan lima anak-anaknya diluluskan dengan secepat mungkin.
“Saya bersyukur kerana penduduk di sini amat prihatin dengan keperluan kami sekeluarga, memandangkan semua kelengkapan persekolahan anak-anak dibeli di saat-saat akhir.
“Sekiranya bantuan tidak dipanjangkan, saya yakin anak-anak pasti malu untuk ke sekolah, dengan mengenakan seragam lama,” katanya, semalam.
Menurutnya, dia amat bersyukur kerana anak-anak mengerti dengan keadaan yang dihadapi dan tidak menunjukkan sebarang kerenah.
Selepas kejadian itu katanya, anak-anak bersikap lebih berdikari dan bijak mengatur masa malah menjaga keperluan adik-beradik yang lain.
Dalam kejadian ini, suami Suziana yang juga pekerja sambilan Telekom Malaysia maut selepas terpelanting akibat dilanggar kereta api dari arah Pasir Mas ke Tanah Merah Pada 15 Disember lalu.
Mangsa dikatakan cuba melintas landasan sambil memegang telefon bimbit, namun tidak mendengar laungan jiran dan penduduk yang berada berdekatan.
Mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Maksiat dalam ruang sempit
6 Januari 2013
Dalam operasi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam, setiap bilik dilengkapi pili air, juga ‘hiasan’ gambar wanita dalam keadaan menyolok mata di dinding, termasuk berpeket-peket kondom ditinggalkan, cukup menggambarkan betapa jijiknya aktiviti berlangsung dalam ruang yang hanya memuatkan satu katil bersaiz bujang.
Turut ditemui, buku senarai langganan yang mengenakan caj serendah RM100 bagi setiap pelanggan dan majalah-majalah lucah.
Walaupun beberapa kali diserbu dan dimusnahkan, premis pelacuran di Jalan Petaling, di sini terus beroperasi, memaksa penguatkuasaan dibuat dengan memecahkan struktur serta bilik-bilik yang dibina untuk aktiviti tidak bermoral itu.
Sebanyak 168 bilik meliputi tujuh premis dimusnahkan dalam operasi disertai 162 anggota pelbagai agensi terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Jabatan Imigresen.
Ketua Operasi DBKL, Minhad Ahmad, berkata, bagaimanapun tiada sebarang tangkapan dibuat kerana kesemua premis yang diserbu dikosongkan terlebih dahulu.
Menurutnya, hasil serbuan mendapati terdapat 10 hingga 20 bilik dibina dalam satu-satu premis, yang mana terdapat tilam, tisu dan beberapa peralatan lain dipercayai digunakan untuk tujuan persundalan.
“Tindakan diambil di bawah peruntukan Akta jalan, parit dan bangunan 1974 (Akta 133), ke atas sambungan membina halangan dan sekatan dalam bangunan yang dibuat tanpa kebenaran Datuk Bandar Kuala Lumpur.
“Pihak DBKL akan mengesan pemilik premis dan memberikan notis atas kesalahan membina halangan tanpa kebenaran, dan sekiranya didapati bersalah, kita akan kenakan tindakan mahkamah,” katanya pada sidang media selepas operasi semalam.
Beliau menambah, pihak DBKL akan terus memantau premis-premis terlibat memastikan sarang maksiat yang dimusnahkan tidak dibina semula.
Katanya, berdasarkan tindakan sebelum ini, jumlah premis dan bilik yang dimusnahkan menunjukkan pengurangan, hasil pemantauan dan tindakan berterusan dijalankan.
“Jika sebelum ini bahagian atas dan bawah digunakan bagi tujuan itu, kini aktiviti dijalankan di tingkat atas sahaja, yang turut mempunyai jalan keluar di bahagian belakang premis,” katanya.
Maut dalam banjir
6 Januari 2013
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, seorang pekerja kedai keranda, Chen Yoke Pah, 54, ditemui terbaring di hadapan rumahnya oleh jiran.
Mangsa dipercayai baru selesai mengemas rumahnya dan selepas itu keluar ke halaman untuk melihat jiran yang lain mengemas barang.
Dia secara tiba-tiba dipercayai sesak nafas sebelum rebah di hadapan rumahnya yang dinaiki air sebelum disedari jiran yang kemudiannya membawanya masuk ke dalam rumah semula.
Jiran mangsa bergegas menelefon ambulans meminta bantuan dan pasukan perubatan terpaksa meredah air banjir setinggi lebih kurang 0.3 meter sebelum sampai ke rumah mangsa.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa disahkan mati akibat serangan jantung.
Menurutnya, berdasarkan rekod perubatan, selain menghidap penyakit jantung, mangsa juga mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis.
“Mangsa dibawa ke Hospital Bentong menggunakan kenderaan polis untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Lelaki Ajak Bapa, Saudara rogol Anaknya Sendiri
Manusia kini semakin kejam dan tidak berperikemanusiaan!Mana mungkin ayah yang selama ini menjadi tempat bergantung telah sanggup mempergadaikan maruah anak sendiri.
Di Ipoh, satu peristiwa menyayat hati telah berlaku kepada dua adik-beradik perempuan yang masing-masing berusia enam dan lapan tahun.
Mereka dikhabarkan telah diperlakukan seperti hamba seks sejak beberapa tahun lalu.
Lebih menyedihkan apabila bukan bapa saja yang terjebak dalam kejadian yang dilaknat Allah SWT ini, malah datuk, makcik dan pakcik turut berkelakuan sama!
Oleh yang demikian, bapa kepada dua kanak-kanak ini telah ‘menculik’ mereka ke rumahnya dengan mengikat mata mereka, memberi dadah dan ubat malah mengikat tangan tanpa belas kasihan.
Lalu, mereka (termasuk datuk, pakcik dan makcik) melakukan serangan seksual dan menyiksa kanak-kanak yang masih ‘mentah’ itu! Perkara ini hanya dikenalpasti, apabila kanak-kanak berkenaan mengadu yang mereka berasa sakit pada alat kemaluan kepada ibunya.
Selepas ibunya membawa anak perempuannya ke hospital, doktor memberitahu anaknya yang berusia lapan tahun mengalami koyakkan pada selaput dara manakala anak bongsunya telah mengalami luka pada bahagian sama.
Lebih mengejutkan, apabila ibunya mendakwa yang bekas suami dan keluarga lelaki itu telah mengadakan pesta seks!
Sehubungan itu, dia telah membuat laporan polis pada 27 Disember lalu.
Ketua Polis Perak Timbalan Comm Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.
Terkini, menerusi Berita Harian, polis telah menahan lima suspek bagi membantu siasatan dakwaan kes rogol dan cabul dua adik-beradik perempuan berkenaan.
Suspek berusia antara 17 dan 70 tahun.
DCP Mohd Shukri berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 376 (b) Kanun Keseksaan kerana rogol.
Semoga pesalah mendapat hukuman setimpal!
Oleh: KASIH ISA/mynewshub
Sisters sexually abused by dad, uncle and even grandpa
IPOH: Two sisters, aged six and eight, are alleged to have been sexually abused by their father, grandfather, aunt and uncle over several years.
Their mother only learned of the abuse recently after her daughters complained to a relative of pain in the lower part of their bodies.
The parents are divorced and the mother usually leaves her daughters with a relative in Taiping before going to work.
It is learnt that the ex-husband would forcibly take his daughters to his home, feed them drugs, blindfold them and tie their hands together.
It was claimed that the father, grandfather, aunt and uncle would sexually abuse and torture the girls.
After sending her daughters to a hospital, the mother claimed that her eight-year-old daughter was found to have a torn hymen while her youngest daughter’s private part had wounds.
The mother, who also claimed that her ex-husband and his family would organise sex parties, lodged a police report on Dec 27.
When contacted, Perak police chief Deputy Comm Datuk Mohd Shukri Dahlan confirmed that a police report had been lodged and investigations are ongoing.
“We cannot simply arrest anyone and we are in the midst of getting a child expert to get statements from the two girls,” he said, declining to elaborate further.
DCP Mohd Shukri said the case was being investigated under Section 376(b) of the Penal Code for rape. -thestar
No comments:
Post a Comment