Bekas pembuat tattoo Yakuza kini jadi Imam
Tapi pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu berubah apabila dia mengumandangkan Azan. Takazawa kini menjadi Imam di sebuah masjid di Ibu kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadat, Takazawa menggunakan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.
Dia menhenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan serban warna putih. “Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia,” ujarnya seperti dilaporkan oleh laman web islamicmovement.org.
Pertemuan dengan orang berserba putih itu masih di ingatan Takazawa. Dua tahun selepas memeluk Islam, dia bertemu lagi dengan seorang yang menjadi inspirasinya itu. “Dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya, “katanya.
Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di kawasan Shinjuku. Dia telah melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Mekah. Nama Takazawa menjadi terkenal dan dia menjadi seorang di antara lima imam Masjid besar di Jepun.
Diterjemahkan dari sumber islampos
‘Sarang’ pil gugur
Kuala Lumpur: Menjadikan forum ubat dan ruang sembang sebagai ‘sarang’ untuk menjual pil gugur, seorang lelaki yang mendakwa dirinya penasihat kepada doktor pelatih mendapat keuntungan secara mudah apabila menjual pil itu secara terbuka kepada sesiapa saja.
Dengan hanya menaip ‘pil gugur’ di Internet, forum berkenaan terpampang sebagai antara carian popular, sekali gus memudahkan sesiapa membeli pil untuk menggugurkan janin, sama ada pasangan suami isteri yang enggan menimang cahaya mata ataupun remaja terlanjur.
Pemantauan Harian Metro mendapati forum itu menarik minat ramai pelayar Internet yang kebanyakannya bertanya mengenai keberkesanan pil, cara mendapatkannya dan masalah lain yang berkaitan.
Selain pelawat forum, beberapa ejen pembekal ubat sama mengiklankan produk mereka di situ, malah ada di antara mereka bersaing dengan menawarkan harga lebih rendah bagi memancing pelanggan.
PIL yang didakwa digunakan untuk menggugurkan janin.
Untuk memudahkan pelanggan menghubungi mereka, nombor telefon juga dipamerkan di forum berkenaan namun ada juga antara mereka memilih untuk berurusan menerusi e-mel bagi mengenal pasti identiti pelanggan sebelum berurusan.
Suami hentak isteri berpantang
Kangar: “Selain ditetak menggunakan pisau dan diseret dalam keadaan telanjang, kepala saya juga dihentak dengan alu lesung,” Anira Aziz, 27, dibelasah suaminya yang berang selepas mendakwa dia ada hubungan sulit dengan lelaki lain.
Kejadian berlaku di rumah pasangan itu di Kampung Repoh, dekat sini, jam 3.45 pagi kelmarin.
Akibat kejadian itu, mangsa yang juga ibu kepada tiga anak perempuan dan masih berpantang selepas kelahiran anak bongsunya 42 hari lalu menerima lebih 10 jahitan di belakang badan dan kepala, selain lebam pada mata kirinya.
“Saya begitu malu dan hanya mampu menangis akibat menanggung kesakitan apabila diperlakukan dengan kejam oleh suami sendiri,” katanya.
ANIRA yang lebam mata kiri mendukung anak ketiganya, Nur Asyikin.
Anira berkata, tidak cukup dengan diheret dan dibelasah, suaminya yang berusia 40-an turut membakar motosikal miliknya di depan rumah.
Hidangan ‘ayam’ China
Kuala Lumpur: Pernah beberapa kali diserbu, tetapi sebuah restoran yang menawarkan khidmat gadis gebu pelayan pelanggan (GRO) terus menjalankan operasi sebelum diserbu lagi, malam kelmarin.
Malah, GRO berkenaan yang mendapat komisen lumayan jika mampu membuatkan lelaki hidung belang membelanja mereka minuman keras di restoran itu turut boleh dibawa pulang untuk menjadi teman tidur jika kena dengan bayarannya.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, dalam operasi bersepadu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi jam 11.30 malam itu menahan enam wanita warga China berusia 20-an.
“Ketika serbuan, wanita terbabit sibuk melayan dan menemani pelanggan.“Hasil pemeriksaan ke atas enam wanita terbabit, tiga daripada mereka memiliki pasport manakala tiga lagi tidak memiliki dokumen perjalanan sah,” katanya.
Polis maut motor terbabas
Petaling Jaya: Seorang anggota polis Balai Bukit Puchong, Subang Jaya, maut apabila motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ketika melalui lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan berhampiran pusat beli-belah Empire Gallery, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, Konstabel Khairul Naim Mohd Saudi, 25, yang menunggang motosikal Yamaha CRS 800 seorang diri menghala ke ibu negara meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dijalankan sebelum jenazah diserahkan kepada warisnya.
Dibelasah kerana lambat beberapa minit
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 32 tahun, mengalami bengkak mata kanan, lengan dan badan selepas ditumbuk, dipukul dan ditendang suaminya itu.
Difahamkan, wanita beranak tiga itu sering menjadi mangsa suaminya yang berusia 30-an ketika dalam keadaan mabuk dan mereka juga kerap bertengkar.
Menurut sumber, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kajang kelmarin., akibat tidak tahan lagi dipukul hingga mendatangkan kecederaan selain turut dipukul di depan anak-anak.
Katanya, ketika kejadian, mangsa lambat mengambil suaminya yang mabuk di depan sebuah kelab di ibu kota kerana ada urusan kerja.
“Ketika dalam perjalanan pulang, mereka bertengkar kerana suaminya naik marah apabila mangsa lambat mengambilnya.
“Mangsa cuba mempertahankan diri sebelum suaminya bertindak menumbuk mata dan badan hingga mereka tiba di rumah,” katanya di sini, semalam.
Sumber berkata, ketika di rumah, sekali lagi mangsa dipukul. Mangsa cuba merayu supaya tidak diperlakukan sebegitu tetapi tidak diendahkan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Rela badan dipatuk ular
Kerian: Seorang bapa menjadi penyelamat kepada anak tunggalnya apabila merelakan badannya dipatuk ular ketika leka bermain bersama anaknya.
Md Noor Mahat, 47, berkata ketika kejadian di Kampung Sungai Baru, Simpang Empat, Semanggol, di sini, Jumaat lalu kira-kira jam 2.30 petang, dia yang baru saja pulang menunaikan solat Jumaat berehat di atas sofa.
Menurutnya sebaik melihat anaknya berbaring di tilam yang diletakkan diatas lantai, dia tergerak hati untuk untuk bermain dan berbaring bersama anaknya Alif Haikal, 6.
“Ketika bermain dengan Haikal, tiba-tiba saya ternampak seekor anak ular senduk sebesar jari telunjuk orang dewasa keluar dari bawah sofa dan menjalar dengan begitu laju seperti mahu mematuk kami.
“Saya tidak sempat berbuat apa-apa kecuali memeluk dan melindungi anak saya memandangkan jarak antara sofa dan tempat kami bermain tidak sampai setengah meter,” katanya.
Polis tunggu laporan bedah siasat
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata, persoalan itu akan terjawab selepas mengetahui hasil laporan bedah siasat daripada pakar forensik yang diketahui selewat-lewatnya pada Selasa ini (esok).
“Buat masa sekarang, polis masih menyiasat kes ini sebagai mati mengejut. Polis menafikan kes sudah disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana masih menunggu laporan forensik, namun akan melakukan siasatan terperinci merangkumi segenap aspek,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Terdahulu, mangsa, Nur Effa Sahira Ringkasan, ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila tubuhnya disumbat ke dalam tong dram yang dipenuhi air, kira-kira 500 meter dari rumahnya.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan hampir reput oleh penduduk kampung yang turut membantu pihak berkuasa mengesan kanak-kanak berkenaan.
Ajal ikut kereta isteri pulang rumah
Malah, kereta dipandu mangsa, Lee Lit Wai, 43, turut merempuh belakang kereta dipandu isterinya sebaik diserang penyakit itu ketika mereka berada di Jalan Kepong Baru, jam 9.30 malam.
Sebelum kejadian, mangsa, isteri dan keluarga isteri baru selesai makan malam.
Abang ipar mangsa yang enggan dikenali berkata, selesai menikmati hidangan, adik ipar dan adik perempuannya pulang ke rumah mereka di Taman Seri Gombak dengan memandu kereta masing-masing.
Katanya, adik iparnya yang memandu Nissan Sentra memandu secara perlahan sambil mengekori kereta dipandu isterinya, Honda CRV.
“Bagaimanapun, tidak sampai 10 minit perjalanan, adik saya terkejut selepas suaminya melanggarnya dari belakang di Jalan Kepong Baru. Apabila turun untuk melihat suami, dia terkejut suaminya tidak sedarkan diri,” katanya.
Macam Thunderbird
Ia kelihatan seperti pesawat dalam siri televisyen, Thunderbird 2.
Pesawat 79 meter panjang itu, ML 866, boleh berlepas dan mendarat secara menegak serta mampu mengangkut barangan sehingga seberat 66 tan.
Prototaip ini yang dinamakan Dragon Dream berwarna hijau, sama seperti jet pengangkut Penyelamat Antarabangsa yang dikendalikan Virgil Tracy dalam siri kegemaran ramai zaman 60-an itu.
Pesawat itu yang dibina oleh Worlwide Aeros Corp di California dengan dibiayai tentera Amerika Syarikat dan Nasa akan menjalani ujian penerbangan sepenuhnya beberapa bulan lagi.
Ketua syarikat itu, Igor Pasternak berkata: “Anda boleh mengangkut banyak barangan pada satu masa dan terbang jarak jauh.
THUNDERBIRD 2 yang asal.
Terowong canggih seludup dadah ditemui
Pintu masuk ke terowong berkenaan yang masih dalam pembinaan terletak di sebuah gudang kira-kira 300 meter dari sempadan antara bandar Mexicali di Mexico dan Calexico, California, kata Ketua Polis Mexicali, Marco Antonio.
Terowong 10 meter dalam dan 30 meter panjang itu mempunyai sistem pengudaraan dan pencahayaan serta dianggap struktur paling canggih seumpamanya pernah ditemui sejak beberapa tahun lalu, kata Carrillo.
Pihak berkuasa menemui terowong itu selepas mendapat maklumat daripada orang tidak dikenali. Seorang lelaki ditahan di tempat kejadian. - AFP
Satu tangan jaga anak
Tetapi, dia kini berbahagia menjadi bapa yang penyayang kepada William Alexander, menukar lampin, memberi makan dan menyarungkan pakaian kepada bayi itu hanya menggunakan satu tangan.
Andy yang dianugerah pingat Sun Millies pada 2010, berkata: “Saya sungguh bahagia melakukan tugas bapa. Ia sungguh menakjubkan. “Menjadi bapa adalah proses pembelajaran dan bukan mudah. Namun, saya sudah dapat menyesuaikan diri. William tidak meragam selagi dia kenyang! ” Isterinya, Claire, 31, dari St Helens, Merseyside berkata: “Mereka sudah menjalinkan ikatan yang amat baik. Andy adalah bapa semula jadi. Dia tahu apa yang perlu dilakukan.
“Saya tidak terkejut. Apa saja masalah yang dihadapinya, dia akan mencari jalan untuk menanganinya.
Pandu ke hospital lepas ditembak
Dalam kejadian di Damansara kira-kira jam 11 malam, Jumaat lalu itu, mangsa yang berusia 36 tahun memandu kereta BMW bersama teman wanitanya dalam perjalanan ke rumah saudaranya di SS20.
Mereka diekori dua lelaki dengan menaiki sebuah kereta sebelum tiba-tiba kereta mangsa dihalang dan salah seorang daripada lelaki itu melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa dari jarak dekat.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, selepas ditembak, mangsa yang cedera parah cuba memandu ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi meninggal dunia dua jam kemudian.
ANGGOTA polis mengangkat jenazah mangsa.
Bekal GRO taktik lariskan perniagaan
Difahamkan, premis yang beroperasi di Bandar Baru Petaling Jaya, di sini, baru dua minggu menyediakan perkhidmatan GRO ekoran gagal mengaut keuntungan sepanjang beroperasi sebelum ini.
Bertindak atas maklumat awam, sepasukan polis cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya menyerbu pusat hiburan berkenaan, jam 11 malam, kelmarin.
Dalam operasi diketuai Inspektor Ahmad Izuddin Mohd Johari itu, lapan GRO warga China, Kemboja dan Filipina ditahan ketika leka melayan pelanggan.
Katanya, ketika serbuan, 20 pelanggan berada dalam premis itu.
“Pemeriksaan dokumen turut dijalankan terhadap pelanggan sebelum semua dibebaskan. “Kami turut menahan sebuah kumpulan muzik warga Filipina bagi pemeriksaan permit hiburan,” katanya.
Katanya, pihaknya turut menahan penjaga premis terbabit bagi membantu siasatan lanjut selain merampas peralatan audio.
Menurutnya, dalam operasi itu, penyelia pusat hiburan berkenaan gagal mengemukakan lesen dengan alasan masih dalam proses pembaharuan.
Kisah mengenai seorang paderi Melayu
Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk & gt; sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia.Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi Pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia. Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia, Singapura dan orang Filipina. Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar $60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura.
Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan Membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat. Jumlah Kristian seram! ai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Para hendak mengenali mereka Lelaki – Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher Hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari $60.00). Perempuan – Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur – Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang
Plaza.
Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water).
Setelah diberi minum-1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja $12.6 juta, sumber dari Sabah, Serawak,Filipina dan Singapura. Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail Orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru – akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian.
Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk. Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek – lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar) 1982. Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib.
Punca terjebak dalam Kristian:
- Desakan hidup
- Kurang agama
Target Kristian:
Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)
Beliau beri penerangan kepada
- Polis Bukit Aman
- Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)
Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat:
- Tidak boleh hisap rokok
- Tidak boleh minum arak
- Tidak boleh makan benda-benda berdarah
- Tidak boleh kahwin.
> > > > >> > PENGUMUMAN – HARAP DISAMPAIKAN KPD ORANG ISLAM KITA
“Sebarkanlah walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW) “Nescaya Allah Memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (Surah Al- Ahzab:71)
No comments:
Post a Comment