Harga lelaki mahu 'jelita'
Kuala Lumpur: Membuat dagu terbelah dan runcing, memancungkan hidung, membetulkan tulang pipi serta mengambil suntikan vitamin C supaya kulit muka lebih cerah.
Jika dulu semua rawatan perubatan kosmetik itu hanya dilakukan wanita, kini ia turut dipraktikkan segelintir lelaki di Malaysia.
Pengaruh fenomena K-pop dipercayai turut menjadi faktor penyumbang kepada perkembangan terbaru ini hingga ada lelaki terbabit sanggup berhabisan ribuan ringgit bagi mendapatkan wajah idaman persis penyanyi dan pelakon Korea.
Malah, ada juga yang bertindak lebih drastik dengan melakukan pembedahan menyedut lemak di dada, perut dan paha bagi mendapatkan susuk tubuh menarik supaya lebih sesuai dengan bentuk wajah yang diubah.
Disebabkan kos untuk mengubah raut wajah dan susuk tubuh memakan belanja besar, ramai dalam kalangan ‘lelaki jelita’ itu menerima rawatan di pusat kecantikan dan bukan klinik pengamal perubatan kosmetik bertauliah.
Sedut lemak kelihatan gagah
Menurutnya, pembedahan itu dilakukan untuk mendapatkan susuk tubuh menarik serta kelihatan lebih gagah sesuai dengan bentuk wajah yang diubah. “Sebelum ini saya sedikit gempal dengan perut buncit. Namun selepas melihat kawan-kawan berjaya mendapatkan bentuk badan menarik dalam masa singkat, saya tanpa ragu-ragu melakukan pembedahan di Thailand.
“Saya langsung tak menyesal dengan apa saya lakukan, malah bangga kerana ramai kawan memuji perubahan bentuk badan saya,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi ‘lelaki jelita' yang mahu dikenali sebagai Aaron, 23, berkata, setakat ini, dia melakukan pembedahan bagi meruncingkan dagu dan mengambil ubat untuk pencerahan kulit.
Dia yang baru menamatkan pelajaran di sebuah universiti tempatan berkata, sejak berusia 14 tahun dia menjaga penampilan kerana jiwanya lembut dan lebih bersifat kewanitaan.
“Ketika berusia belasan tahun saya memakai pencuci, pelembap serta pencerah muka. Selepas masuk kolej, saya berkawan dengan mak nyah, jadi saya tahu bagaimana menjadi lebih cantik untuk mengejar teman lelaki kaya dan kacak.
Risiko bancuh ikut piawaian sendiri
Pakar kecantikan yang juga Pengasas Thalia Clinic, Dr Shaharom Sulaiman berkata, ini disebabkan ada pakar kecantikan tidak bertauliah yang membancuh sendiri bahan berkenaan selepas membelinya secara pukal untuk menjimatkan belanja.
“Bahan yang disuntik pada wajah dinamakan ‘filler’. Ia ada kepekatan berbeza untuk disuntik di muka yang berbeza.
“Masalahnya, ada individu yang kononnya digelar pakar kecantikan menggunakan filler yang dibancuh sendiri di rumah dan tidak mengikut piawaian.
“Ini kerana mereka mendapat bahan itu dalam bentuk serbuk. Akibat tersalah dos, bagi mereka yang hendak hidung mancung, hidung mereka akan leper dan kekal cacat.
“Selain itu, ada juga yang mengalami kesan sampingan seperti jangkitan kuman yang menyebabkan bahagian muka disuntik berkudis dan bernanah,” katanya.
Menurutnya, harga filler adalah RM1,500 hingga RM5,000 bergantung kepada prosedur dan kuantiti filler yang digunakan.
“Kalau ada pakar kecantikan cuma kenakan bayaran RM10 untuk satu suntikan, ada kemungkinan ia dibancuh sendiri di rumah. Ada juga kes di mana mencucuk minyak bayi ke muka pelanggan,” katanya.
Haram ubah fizikal sudah sempurna
Beliau berkata, pembedahan untuk mengubah wajah atau anggota badan diharuskan dalam syarak hanya apabila seseorang itu dilahirkan dalam keadaan fizikal yang cacat seperti sumbing, cedera teruk akibat kemalangan dan jika seseorang itu malu kerana kecacatan dialami.
“Pembedahan dilakukan selain daripada itu, hukumnya haram. Jika fizikal mereka sudah sempurna, tapi mengubahnya, ia ibarat tidak mensyukuri pemberian Allah.
“Orang yang melawan perintah Allah tidak akan dan tidak pernah menang. Mengubah diri menjadi semakin cantik maknanya kita tidak reda dengan pemberian-Nya,” katanya.
Beliau berkata, sepatutnya, ikon dalam hidup kita ialah Nabi Muhammad bukan artis K-pop atau orang lain.
“Sekarang ini pemuda-pemudi hilang ikon atau contoh terbaik diikuti, jadi mereka cepat meniru orang yang tidak sepatutnya.
“Mereka harus sedar kecantikan tidak bertahan lama kerana biar apa jua dilakukan setiap manusia pasti akan tetap dimakan usia,” katanya.
‘Berkurung’ 6 jam
Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 26 tahun ‘berkurung’ hampir enam jam selepas menetak hingga mati rakan serumahnya dalam kejadian di Flat Sri Kuching, di sini, semalam.
Dalam kejadian disedari kira-kira jam 11 pagi itu, lelaki terbabit dipercayai panik selepas membunuh rakan serumahnya iaitu seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Yulianti, 36, sebelum bertindak mengurung diri di dalam biliknya.
Difahamkan, mangsa dan lelaki terbabit ada bertengkar sebelum mangsa ditetak di belakang leher menggunakan pisau pemotong daging.
Kejadian berkenaan hanya disedari pemilik rumah berkenaan yang mahu dikenali sebagai Beh, 50, selepas memecahkan pintu rumah berkenaan.
Rakan serumah mangsa ditahan polis untuk siasatan.
Katanya, dia memecahkan mangga jeriji dan pintu rumah itu selepas berulang-kali memanggil mangsa namun tiada jawapan.
Bertengkar pertahan ‘teman’
Sungai Buloh: Akibat mahu ‘mempertahankan’ pekerja wanita warga Indonesia yang gagal mengemukakan pasport, seorang pemilik nurseri yang juga pesakit kusta bertegang leher dengan penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor.
Kejadian itu berlaku dalam operasi Jabatan Imigresen Selangor di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN), di sini, semalam susulan pendedahan Harian Metro mengenai pusat berkenaan yang kini ‘ditawan’ warga asing.
Dalam operasi dijalankan bermula jam 12 tengah hari itu, 12 warga Indonesia masing-masing sembilan lelaki dan tiga wanita berusia antara 27 dan 39 tahun ditahan.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Selangor Ramli Othman berkata, semua ditahan adalah pekerja nurseri di sekitar kawasan PKKN.
WARGA asing dibawa masuk ke dalam trak.
Katanya, semua ditahan adalah warga Indonesia. Tujuh daripadanya tinggal lebih masa manakala bakinya tidak memiliki pasport.
Separuh rentung
Sungai Buloh: Kepala terpisah daripada tubuh, beberapa anggota badan lain hilang, manakala bahagian pinggang ke atas pula hampir rentung akibat dibakar.
Begitulah keadaan mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh yang ditemui di satu kawasan pembuangan sisa bahan binaan di Subang Bestari, di sini, petang semalam.
Mayat lelaki itu ditemui seorang pengutip sampah ketika mencari barang terbuang di kawasan berkenaan, kira-kira jam 3.35 petang.
Sumber polis berkata, ketika mencari bahan buangan untuk dikitar semula, lelaki itu terhidu bau busuk lalu berusaha mengesan puncanya.
ANGGOTA unit forensik mengutip cebisan mayat terbakar.
“Dia kemudian terkejut apabila mendapati bau busuk itu adalah bau mayat seorang lelaki yang terbakar separuh badan.
Kokain dalam minyak rambut
Semua mereka diberkas dalam tiga serbuan berasingan sejak penghujung Disember lalu hingga kelmarin, membabitkan rampasan syabu seberat 33.37 kilogram dan kokain sebanyak 8.4 kilogram.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, empat daripada suspek ditahan adalah warga India dan manakala wanita terbabit rakyat Thailand yang semuanya berusia 25 hingga 41 tahun.
“Dalam kes pertama jam 2.50 petang, 26 Disember lalu, tiga lelaki warga India yang juga penumpang penerbangan dari Colombo, Sri Lanka ditahan bersama 13 bungkusan disyaki syabu seberat 8.4 kilogram yang disembunyikan dalam bagasi selain dililit pada pinggang dan betis suspek.
“Kes kedua pula pada 30 Disember tahun lalu jam 3 petang apabila polis menahan seorang wanita warga Thailand yang tiba dengan penerbangan dari Dubai kerana disyaki memiliki kokain seberat 1.8 kilogram yang disorokkan dalam tiga botol minyak rambut,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, bagi kes terbaru tahun ini, seorang lelaki warga India yang tiba dari Chennai, India, ditahan jam 12.45 tengah hari kelmarin bersama beg mengandungi 14 kotak makanan termasuk coklat dan biskut.
NOOR Rashid menunjukkan kotak makanan yang digunakan suspek untuk menyeludup syabu.
“Hasil pemeriksaan mendapati semua kotak terbabit berisi 32
bungkusan plastik mengandungi dadah dipercayai syabu seberat 24.97
kilogram,” katanya.Cekup wanita lagak polis
Shah Alam: Seorang wanita ditahan selepas menyamar sebagai pegawai berpangkat inspektor dari Bahagian Tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di rumahnya di Setia Alam, di sini, malam kelmarin.
Bagaimanapun, polis masih menyiasat tujuan wanita terbabit yang mempunyai pengetahuan mengenai selok-belok bidang kepolisan menyamar pegawai polis dengan mengunjungi beberapa balai polis di daerah ini dan Klang.
Dalam serbuan jam 7.45 malam itu, polis menahan suspek yang berusia 29 tahun selain merampas sehelai uniform lengkap pegawai polis berpangkat inspektor.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Zahedi Ayob (gambar) berkata, suspek berasal dari Sabah itu dipercayai sudah lama aktif menyamar pegawai polis berdasarkan hasil risikan pihaknya.
Katanya, ketika ditahan, wanita terbabit yang tidak memakai uniform lengkap polis berlegar-legar dalam kawasan perumahan di Setia Alam, di sini.
Difahamkan, sebelum ini, suspek menyamar sebagai pegawai polis dengan mengunjungi beberapa balai polis di daerah ini dan Klang.
“Polis sudah lama mendapat maklumat kejadian itu, tetapi tidak mempunyai bukti kukuh bagi menahan suspek. Namun semalam (kelmarin) sejurus menerima maklumat, suspek ditahan bagi membantu siasatan.
“Hasil pemeriksaan lanjut pada kenderaan mangsa, polis menemui uniform lengkap polis dalam keretanya Perodua Myvi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam.
Katanya, motif wanita terbabit menyamar anggota masih dalam siasatan.
“Kami tidak tahu punca suspek menyamar, tapi polis masih menyiasat sama ada ia bertujuan jenayah kerana kes seperti ini pertama kali dilaporkan berlaku di Selangor,” katanya.
Kekasih 12 jam ugut gambar bogel
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Wong, 20, mendakwa menjadi mangsa wanita itu selepas berkenalan melalui laman sosial.
Dia yang berasal dari Kranji, di sini, mengenali wanita itu melalui laman sosial VChat awal minggu lalu sebelum saling bertukar maklumat dan berbual di Internet.
“Ketika itu kami membuat perjanjian untuk saling bertukar gambar bogel masing-masing hanya sekadar untuk berseronok.
“Bagaimanapun, selepas saya menyerahkan gambar bogel saya kepadanya, wanita terbabit enggan menunaikan janji menghantar gambar bogelnya sebagai pertukaran,” katanya.
Menurutnya, dia bimbang gambar bogel berkenaan disalahgunakan wanita terbabit jika ia disiarkan di Internet, malah dia lebih khuatir jika perkara itu diketahui ahli keluarganya.
“Walaupun saya merayu kepada wanita berkenaan supaya menyerahkan kembali gambar itu, wanita terbabit memberi pelbagai alasan tidak munasabah,” katanya.
Menurutnya, wanita terbabit menghubunginya dan mengarahkan datang ke bandaraya Ipoh untuk berbincang selain memaksa memuaskan nafsu.
“Saya tambah tertekan apabila seorang lelaki yang mendakwa bapa kepada wanita terbabit tiba-tiba menghubungi saya sebelum memarahi kerana mendakwa saya sengaja menghantar gambar lucah kepada anaknya.
“Dia mengugut akan membuat laporan polis selain turut mengeluarkan pelbagai kata-kata kecaman. Saya tambah tertekan dan hampir membunuh diri kerana terlalu takut,” katanya selepas membuat aduan kepada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kranji, Chen Fook Chye di sini, semalam.
Menurutnya, dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kampar, di sini, selain membuat pemeriksaan jika ada individu tertentu yang membuat laporan berhubung gambar bogelnya.
Wanita ‘tangkap’ suami, anak saudara berpelukan
Lebih menyedihkan apabila mangsa adalah individu yang menjaga dan membesarkan anak saudaranya itu sejak kecil selepas kehilangan ibu dan bapanya yang maut dalam nahas jalan raya.
Difahamkan, suami wanita itu sudah menjalin hubungan dengan anak saudara isterinya itu sejak lima tahun lalu, namun kejadian itu hanya disedarinya kira-kira jam 12 tengah malam, kelmarin.
Menurut isteri berkenaan yang mahu dikenali sebagai Tipah, 42, dia membesarkan anak saudaranya itu sejak berusia 15 tahun.
“Anak saudara saya itu menjadi yatim piatu pada 2003 selepas ibu dan bapanya maut dalam kemalangan jalan raya,” katanya.
Katanya, skandal suami dan anak saudaranya itu terbongkar selepas dia terjaga dari tidur apabila mendapati suami tiada di sisinya.
“Saya kemudian menjalankan periksaan dan mendapati suami serta anak saudara itu berpelukan di bilik sebelah,” katanya.
Menurutnya, susulan kejadian itu, dia mendesak anak saudaranya itu berterus terang mengenai hubungannya dengan suami dan akhirnya anak saudaranya itu mengaku menjalin hubungan sulit sejak lima tahun lalu.
“Akibatnya, saya pula dibelasah suami bagi menutup hubungan sulit mereka. Saya cedera di kaki dan kepala sebelum saya melarikan diri dari rumah bagi mengelak terus dibelasah suami,” katanya.
Berikutan kejadian itu, Tipah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan. berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Bapa, anak kantoi khalwat
Melaka: Bapa borek anak rintik. Itu yang digambarkan terhadap dua beranak apabila si ayah ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang ibu tunggal dan pada masa sama anak gadisnya ditemui berkurung bersama teman lelakinya di bilik di rumah sama di Bukit Katil, di sini.
Dalam operasi jam 12.30 tengah malam, Sabtu lalu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyerbu rumah didiami seorang ibu tunggal berusia 46 tahun dan anak lelakinya berusia 15 tahun.
Dalam pemeriksaan dilakukan, anggota penguat kuasa menemui seorang lelaki berusia 48 tahun berstatus duda di ruang tamu rumah berkenaan dan siasatan mendapati dia kenalan rapat kepada wanita terbabit.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM, Rahimin Bani berkata, selepas menemui lelaki berstatus bukan muhrim itu anggotanya terus membuat pemeriksaan lanjut. Selepas soal tanya mendapati ada dua lagi individu iaitu anak kepada wanita terbabit dan anak perempuan lelaki itu yang berusia 14 tahun.
Katanya, ketika pintu sebuah bilik diketuk ia dibuka remaja perempuan berkenaan dan apabila diperiksa menemui seorang lelaki berusia 18 tahun menyorok di dalam almari.
Tengkorak kanan mangsa retak
Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Firdaus Francis Abdullah berkata, laporan forensik mendapati mangsa, Nureffa Sahira mengalami kecederaan di kepala sehingga menyebabkannya meninggal dunia.
“Hasil laporan mendapati, ada keretakan di tengkorak kanan mangsa, sekali gus menjawab persoalan punca kematian kanak-kanak berkenaan.
“Sehubungan itu, kes ini disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika disabitkan kesalahan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Menurutnya, siasatan lanjut diteruskan terhadap orang ramai yang berada di kawasan berkenaan termasuk ahli keluarga terdekat.
Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang sejak 31 Disember lalu dan akhirnya ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Salimbangun, dekat sini, Khamis lalu.
Mangsa ditemui pada jam 2 petang oleh penduduk kampung dalam keadaan tubuhnya dipenuhi ulat dan mulai reput kira-kira 500 meter dari kediamannya.
Lenyekan baring atas jalan
Miri : Seorang lelaki sengaja baring di atas jalan raya mati selepas dilanggar sebuah kereta dalam kejadian berhampiran sebuah rumah panjang di Jalan Batu Niah, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3.45 pagi itu, mangsa Thomas Sangkai, 20, dari Saratok meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Sumber berkata, mangsa bekerja di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran tempat kejadian berbaring di tengah jalan disebabkan mabuk dan dia kemudiannya dilanggar sebuah kereta Toyota Camry.
Menurutnya, keadaan jalan gelap berikutan tiada lampu di kawasan berkenaan menyebabkan pemandu kereta terbabit lingkungan 30-an tidak menyedari kehadiran mangsa di tengah jalan itu.
“Pemandu terbabit hanya menyedari kejadian itu apabila terdengar dentuman kuat di bawah keretanya. Apbila berhenti dan memeriksa baru sedar melanggar seseorang,” katanya.
Penari lelaki memalukan
Shah Alam: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menafikan malah terkejut dengan persembahan mengghairahkan pada malam mesra jabatan itu yang berlangsung di hotel terkemuka di bandar raya ini malam Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sebelum ini tidak pernah menganjur mana-mana program yang bertentangan dengan teras agama dan prinsip PDRM.
Katanya, majlis itu diadakan sempena meraikan bakal pesara dan pertukaran beberapa pegawai dan anggota.
“Malam mesra itu diadakan hanya untuk kakitangan serta anggota JSJ IPD Shah Alam saja dan diadakan secara tertutup.
“Gambar tarian seperti yang tersebar ini sebenarnya tidak diusulkan PDRM. Isu ini memang tidak timbul sama sekali ketika latihan raptai dilakukan dan kami sendiri tidak menempah penari berkenaan seperti yang disiarkan di Facebook,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment