Monday, January 7, 2013

JENAYAH YANG MENGERUNKAN...MAKA UNDANG ALLAH SAJA YANG DAPAT MEMBENTERASNYA

pix_topright

Tragedi kandang lembu

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
Subang Jaya: “Saya lihat suami seperti ayam dicencang. Mana tidaknya, tempurung kepalanya terkoyak dan jari tangan serta kakinya putus,” kata S Sumawari, 44, mengenai kecederaan suaminya, L Ganesh, 41, akibat ditetak dengan parang di sebuah kandang lembu di Batu 14, Puchong, di sini.
Dalam kejadian jam 7 pagi kelmarin, Ganesh ditetak abang iparnya selepas suspek berusia 52 tahun itu berang dengan tindakannya membuang sampah berhampiran kandang lembu milik suspek.
Sumawari berkata, ketika kejadian, dia berada di rumah sebelum anak saudara memberitahu suaminya cedera ditetak abangnya.

“Saya bergegas ke tempat kejadian. Sebaik tiba, saya melihat suami terbaring berhampiran kandang lembu dalam keadaan berlumuran darah.
FotoJARI Ganesh yang ditetak.

“Suami saya cedera teruk kerana lapan jari kakinya dan ibu jari tangan kanannya putus, manakala tempurung kepalanya terkoyak,” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, semalam.

 pix_topright

Pusat Kusta 'ditawan' warga asing

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Elrafaei Sapi
Sungai Buloh: Kedudukannya yang agak tersorok biarpun terletak berhampiran ibu negara, menyebabkan tidak ramai menyedari Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) di sini, kini ‘ditakluk’ pekerja asing.
Tinjauan Harian Metro hasil maklumat diperoleh mendapati tidak kurang 50 rumah yang dulunya didiami pesakit kusta kini menjadi tempat tinggal pendatang warga Indonesia terbabit hingga kawasan itu bertukar menjadi perkampungan mereka.
Mereka yang sebahagian besarnya dipercayai berstatus pendatang asing tanpa izin (Pati) boleh disifatkan hidup senang-lenang di situ kerana memiliki rumah dan menikmati kemudahan bekalan elektrik serta air secara percuma yang disediakan kerajaan untuk pesakit sebelum ini.

Pekerja asing terbabit yang dianggarkan berjumlah hampir 200 orang dilihat sewenang-wenangnya mengusahakan tanah di situ untuk menanam rumput dan bunga hiasan.
Foto

Kegiatan itu turut dilakukan di satu kawasan yang terletak betul-betul di belakang papan tanda menyatakan tanah itu milik Kementerian Kesihatan dan penceroboh akan didakwa.

 pix_topright

Bergelut tepi jalan

Oleh Isma Ismail
Butterworth: “Saya nampak pergelutan antara anggota polis dan tahanan di tepi jalan itu tetapi tak berani rapat kerana bimbang mereka bersenjata,” kata seorang saksi kejadian empat anggota pengiring tahanan diserang kumpulan terbabit di tepi Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), berdekatan susur keluar Pantai Bersih, di sini, semalam.
Menurut lelaki tidak mahu dikenali itu, selepas kumpulan terbabit masuk ke dalam van dan terus memecut meninggalkan tempat kejadian, baru dia mendekati kawasan itu.
Katanya, terdapat seorang anggota polis terlentang dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kecederaan di kepalanya.

“Kemudian semakin ramai pengguna lebuh raya berhenti dan memberi bantuan serta membalut kepala anggota polis terbabit dan menghubungi ambulans bagi mengejarkannya ke hospital,” katanya.
FotoGARI yang dijumpai berhampiran van polis.

“Mulanya saya sangka ada orang menghalang kenderaan polis sebelum menyerang mereka, rupa-rupanya anggota polis terbabit diserang oleh tahanan yang dibawanya,” katanya.

Leher hampir putus

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
Manjung: Seorang lelaki warga emas yang lumpuh ditemui maut dalam keadaan leher hampir putus dan pembantu rumahnya turut dibunuh penjenayah yang memecah masuk rumah mangsa di Kampung Koh, di sini, petang semalam.
Sumber polis berkata, kejadian disedari seorang rakan mangsa yang terlihat mangsa pertama, Nga Mee Jai @ Nga Mee Kok, 68, terbaring berlumuran darah di sisi kerusi roda pada jam 4.30 petang semalam, sebelum dia menghubungi polis.
Menurutnya, Nga yang masih bujang dan tinggal bersendirian di rumah itu ditemui mati dibunuh di ruang tamu, manakala pembantu rumahnya dikenali sebagai D Hemalata, 23, terbujur di ruang makan di kediaman itu.

"Siasatan polis mendapati mangsa mati akibat dikelar dengan objek tajam di lehernya manakala pembantu rumahnya dipercayai dipukul dengan objek keras di kepala.
Foto

“Mayat pembantu rumah terbabit turut diseret penjenayah dari bilik tidur ke ruang makan rumah itu berdasarkan kesan darah yang ditemui,” katanya.



Macam pelarian

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
Kuala Lumpur: Seorang ibu tunggal beranak tiga sekali lagi membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, ekoran tidak tahan lagi diganggu samseng along.
Sebelum ini, ibu tunggal berkenaan mengadu di biro sama tahun lalu.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Zarina, 30-an, berkata, hidupnya kini dalam ketakutan dan berpindah lebih empat kali kerana diancam samseng along termasuk dua kali anak bongsunya yang berusia lima tahun diculik kumpulan terbabit.
Beliau berkata, anaknya diculik kumpulan along pada 2009 dan Februari tahun lalu.

Katanya, dia kini merempat di sebuah kem tentera di Selangor semata-mata untuk lari dari samseng along.

“Saya diburu along selepas bekas suami membuat pinjaman RM15,000 dan kini hutang itu meningkat RM60,000.
FotoZARINA bersama anak bongsunya yang pernah diculik samseng along.
“Tanpa pengetahuan, suami membuat pinjaman menggunakan nama saya hingga kumpulan along mencari saya dan kini lebih empat kali berpindah rumah demi keselamatan diri serta tiga anak perempuan berusia lima hingga 12 tahun,” katanya di sini, semalam. Menurutnya, dia trauma selepas anak bongsunya diculik along pada Februari tahun lalu selama sebulan selepas tidak mampu membayar pampasan RM4,000 ekoran tiada wang.

“Saya berusaha mendapatkan wang itu dengan meminjam daripada saudara-mara dan kawan-kawan sebelum membayar kepada along terbabit bagi membebaskan anak saya,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam pada Disember 2011.
Harian Metro 6 Januari tahun lalu melaporkan, Zarina membuat aduan di MCA selepas diburu along dan sudah tiga kali berpindah rumah ekoran hutang yang dipinjam suaminya sebanyak RM15,000.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong berkata, bagi mengelakkan mangsa terus diburu, dia sudah berjumpa Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah hari ini (semalam) bagi membincangkan perkara itu.

Anak merengek nak sekolah

Oleh Hamid Karim
Shah Alam: “Baju dan buku sekolah sudah dibeli, tapi anak saya tidak dibenarkan ke sekolah. Bukan anak saja menangis, saya juga menitiskan air mata kerana terlalu sebak kerana melihat kesungguhannya untuk menuntut ilmu.
“Lebih memilukan, anak saya akan bangun awal pagi dan mengenakan pakaian sekolah sejak 2 Januari lalu, tapi saya terpaksa memujuknya dengan menyelimutkannya supaya terus tidur walaupun dalam keadaan berpakaian lengkap sekolah rendah,” luah pemastautin tetap, Hassan Basri Sulaiman, 51.

Hassan berkata, permohonan anak lelakinya, Muhammad Ridhuan Hassan, 7, untuk masuk ke tahun satu di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun, di sini, ditolak walaupun lahir di negara ini dan mempunyai sijil kelahiran yang sah.
Menurutnya, dia hairan permohonan anaknya ditolak dengan alasan anaknya bukan warganegara Malaysia menyebabkan anaknya tidak dibenarkan masuk ke tahun satu. “Anak perempuan saya sudah mengisi borang permohonan kemasukan sekolah rendah menerusi online, tetapi apabila tiba hari persekolahan (2 Januari), kakitangan sekolah memberitahu anak saya tidak boleh diterima masuk.

“Saya kemudiannya diberikan borang khas dan di minta pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang untuk berjumpa pegawai pelajaran bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya, semalam. Katanya, lebih membingungkan, selepas bertemu pegawai bertugas, kami menerima surat dari Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) yang mengarahkan saya membuat pasport anak dan menyediakan visa bekas isteri saya sedangkan bekas isteri sudah meninggalkan kami sejak anaknya berusia setahun setengah.

Jurucakap Kementerian Pelajaran ketika dihubungi meminta Hassan membawa anaknya itu untuk membuat rayuan memasuki sekolah rendah di Unit Sektor (bukan warganegara), Kementerian Pelajaran dengan segera.
Katanya, Hassan diminta membawa semua dokumen termasuk sebarang sokongan seperti sijil kelahiran anaknya dan dokumen peribadi milik bekas isterinya.

No comments:

Post a Comment