Tuesday, January 3, 2012

BILA DITELITI BERITA2 DIBAWAH NI..KEHIDUPAN MACAM TAK SELESA LAGI..RASA TIDAK AMAN..DENGAN ROMPAKAN..ZINA..CABUL..BUNUH..DLL..ADAKAH TERFIKIR LAKSANAKAN HUKUM ALLAH..NAFSU DAN SEGALA ALLAH YANG CIPTA@BERI...MAKA ALLAH SAJA TAHU BAGAIMANA CARA NAK MENGATASINYA...SESUAI SIFAT ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI DAN MAHA BIJAKSANA...BETUL TAK

Lelaki Nepal dalam kamar

Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my

KLANG: “Memang selama ini naluri keibuan saya seperti ada sesuatu yang tak kena kepada anak gadis. Akhirnya saya bertindak menyiasat sendiri dan luluh hati apabila menangkap anak saya dengan lelaki Nepal di bilik tidur rumah kami,” kata seorang ibu berusia 30-an.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam kelmarin di Pelabuhan Klang, di sini, wanita terbabit berpura-pura tidur untuk melihat pergerakan anak gadisnya berusia 17 tahun yang sebelum ini di adu jiran menjalinkan hubungan dengan warga asing.

Menurutnya, pada malam kejadian dia nekad mengintai pergerakan anak gadisnya itu selepas kerap menerima aduan perihal kurang menyenangkan.
“Biasanya saya tidur di ruang tamu sebab lebih senang menjaga suami yang sakit. Namun, saya runsing memikirkan aduan mengenai anak saya oleh jiran-jiran.

“Kira-kira jam 12.30 tengah malam saya dan suami sudah masuk tidur di bilik dan sebelum itu memang saya lihat anak mundar-mandir macam ada yang tak kena.

“Saya mengintai dan melihat anak keluar membuka pintu rumah sebelum mengajak seorang lelaki di dalam biliknya. Pada masa itu perasaan saya hanya Allah saja yang tahu,” katanya.

Dia dan suami menyerbu ke dalam bilik berkenaan sebelum memberkas warga Nepal berusia 20-an.

Menurutnya, ketika pintu bilik dibuka dia geram melihat lelaki itu berada di atas katil anak gadisnya dan mereka mengaku sudah sembilan bulan menjalin hubungan dan lelaki itu adalah bekas rakan sekerja kilang anak gadisnya.
Bagaimanapun, katanya, dalam kekecohan di rumahnya itu, lelaki Nepal terbabit menyusup keluar dan gagal dikesan.

Sehubungan itu, wanita berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan semalam dan merujuk anak gadisnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan dan siasatan dilakukan menjurus kepada kes rogol.

“Apapun, polis perlu menunggu laporan daripada hospital sebelum siasatan lanjut dijalankan. Setakat ini suspek yang dikenalpasti belum diberkas,” katanya.


Helah lapuk tak menjadi

TAHAN... sebahagian wanita warga asing yang dicekup  dalam operasi cegah maksiat.
TAHAN... sebahagian wanita warga asing yang dicekup dalam operasi cegah maksiat.
PUCHONG: Biarpun menyedari taktik menyorok dalam stor sudah lapuk, namun helah sama tetap menjadi pilihan wanita warga asing yang panik ketika premis yang dijadikan pusat maksiat diserbu.
Dalam serbuan kira-kira jam 6.40 petang semalam dijalankan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Jalan 1/19 Bandar Puteri, dekat sini, lapan wanita warga asing dari China, Vietnam dan Filipina hanya mampu berdiam diri sebaik tempat persembunyian mereka diserbu.

Helah dengan membiarkan premis di tingkat satu dalam keadaan seperti tidak berpenghuni dengan penuh tampalan iklan sewa bangunan bagi mengaburi pihak berkuasa gagal apabila taktik itu berjaya dikesan polis.
Pegawai Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Asisten Superintendan Azli Abu Shah berkata, pihaknya menahan empat wanita warga China, tiga dari Vietnam serta seorang dari Filipina berusia antara 23 hingga 30 tahun yang disyaki menawarkan khidmat urut batin.


Padah keluar dengan isteri rakan baik



JOHOR BAHRU: Padah keluar dengan isteri kenalan baik, seorang lelaki maut dibelasah dan ditikam suami kepada wanita terbabit menggunakan objek tajam di sebuah pasar raya di Plentong di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa, Sarmin Arsad, 40, dikatakan baru selesai membeli-belah bersama wanita berusia lingkungan 30-an terbabit.

Difahamkan, suspek yang terserempak dengan isterinya bersama Sarmin di perkarangan tempat letak kenderaan pasar raya berkenaan terkejut melihat gelagat dan aksi mereka ketika berjalan bersama.
Suspek yang berang menyaksikan perkara itu terus menyerang mangsa dan menghamburkan kata-kata kesat sebelum nekad menyerang serta menikam Sarmin.

Akibat panik dengan tindakannya sendiri, suspek melarikan diri manakala Sarmin dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk rawatan.

Sarmin bagaimanapun disahkan mati sejurus tiba di HSI.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mangsa mati ketika dalam perjalanan ke HSI akibat pendarahan teruk selepas dibelasah dan ditikam di dada sebelah kiri menggunakan objek tajam.

“Suspek yang berusia 41 tahun melarikan diri sejurus kejadian namun kami berjaya menahannya beberapa jam selepas itu. Dia kini direman untuk siasatan lanjut.
“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HSI untuk bedah siasat dan kejadian terbabit mencetuskan suasana panik di kalangan pelanggan pasar raya berkenaan,” katanya.

Menurut Roslan, pihaknya masih menyiasat motif sebenar kejadian dan orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kes diminta tampil membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Serang hendap kebas RM1j

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

ALOR GAJAH: Sekumpulan penjenayah nekad menyerang dua penghantar emas dengan menetak tangan dan memukul kepala mereka sebelum melarikan dua beg barang kemas bernilai hampir RM1 juta di Pulau Sebang, dekat sini, tengah hari semalam.
Kejadian jam 1 tengah hari itu menyebabkan seorang mangsa parah di tangan manakala rakannya cedera ringan.

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa berusia 20-an hingga 30-an bersama seorang lagi rakan baru selesai menjalankan urusan jual beli emas di kedai emas berdekatan sebelum didatangi dua lelaki tidak dikenali.
Difahamkan, ketiga-tiga penghantar emas dari Damansara, Kuala Lumpur menuju ke Alor Gajah membawa beg berisi emas dianggarkan bernilai RM900,000 sebelum meneruskan perjalanan ke Johor atas urusan sama. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, mangsa bersama seorang lagi rakan baru selesai menghantar bekalan barangan kemas di kedai berkenaan sebelum berjalan menuju ke arah kereta yang diletakkan di hadapan kedai terbabit.

“Belum sempat memasuki kereta, mereka didatangi dua lelaki menghayunkan sebilah parang ke tangan seorang daripada mereka sebelum memukul kepala seorang mangsa menggunakan senjata tumpul.

“Kedua-dua suspek merentap dua kotak berisi lebihan barangan emas dibawa sebelum melarikan diri menggunakan Proton Waja,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Beliau berkata, seorang mangsa cedera di tangan sementara seorang lagi cedera di kepala selepas dipukul.

Beliau yang diiringi Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Negeri (Operasi dan Risikan), Superintendan R Gunarajan dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) Alor Gajah, Asisten Superintendan Zabidi Kader Mohamed berkata, suspek dipercayai mengekori mangsa sejak dari Kuala Lumpur.
“Kami mengesyaki suspek memerhatikan mangsa dan mengikut mereka dari Kuala Lumpur lagi sebelum mencuri peluang sebaik melihat mangsa keluar dari kedai emas terbabit dengan membawa dua kotak berisi emas.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil ke balai polis berdekatan membantu siasatan,” katanya.

Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu kerja penyiasatan.


Dijel curi 2 kotak seluar dalam



KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri dua kotak seluar dalam lelaki berharga RM15 setiap satu, seorang bekas pemandu lori dijatuhkan hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Tertuduh, M Tharmalingan, 30, dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Pasar Raya OU, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada jam 2.47 petang, 1 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Tharmalingan turut dihukum mengikut Peraturan 25 (1) (n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana gagal menunjukkan kad pengenalan diri dan sebarang dokumen kepada polis bagi tujuan pemeriksaan di tempat dan tarikh sama pada jam 3 petang.


Berlantai tanah

Oleh Safuri Kamarudin
am@hmetro.com.my

BALING: Sebuah keluarga di Kampung Baru/Surau, Mukim Bakai, Kuala Ketil, dekat sini, hidup dalam kedaifan dengan menjadikan sebuah pondok berdindingkan buluh, beratap zink dan berlantaikan tanah dialas tikar getah sebagai tempat berteduh.
Abdullah Hassan, 39, dan isterinya, Hafiza Ridzuan, 41, serta anak tunggal mereka, Mohd Akmal, 15, melalui keperitan itu akibat dihimpit kemiskinan kerana hanya bergantung kepada pendapatan suaminya yang bekerja kilang di Prai, Pulau Pinang.

Hafiza berkata, dengan pendapatan tidak seberapa, mereka tidak mampu mengumpul wang membina rumah baru berikutan ia digunakan bagi keperluan harian termasuk kos rawatannya yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Saya tidak mampu nak bantu suami menambah pendapatan keluarga kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan manakala gaji diperoleh suami digunakan membeli keperluan dapur dan membeli ubat manakala selebihnya untuk persekolahan anak.

“Kami teringin tinggal di rumah baru yang selesa seperti orang lain dengan kemudahan bekalan elektrik dan air, tetapi apakan daya akibat dihimpit kemiskinan maka impian itu tidak tercapai,” katanya.

Hafiza berkata demikian ketika menerima kunjungan Penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim di rumahnya, semalam.


Turut hadir, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Ketil, Mohd Khairul Azhar Abdullah dan Pengerusi Biro Kebajikan Umno Baling, Noor Azman Ramli.

Katanya, akibat kesempitan hidup, dia terpaksa menghantar Mohd Akmal tinggal di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Bakai (SMKB) kerana rumahnya tiada kemudahan untuk anaknya mentelaah pelajaran.

“Anak saya sering merungut kerana tidak selesa belajar dengan keadaan rumah yang tidak terurus dan tidak mempunyai kemudahan untuk belajar.

“Dialah harapan keluarga walaupun kami dikurniakan seorang anak dan tidak akan mensia-siakan harapannya supaya belajar dengan bersungguh-sungguh meskipun kami tergolong dalam keluarga yang miskin,” katanya.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata, pihaknya sudah meluluskan pembinaan sebuah rumah baru dengan peruntukan sebanyak RM16,000 bagi membolehkan keluarga itu hidup lebih selesa.

Menurutnya, ini berikutan keseluruhan struktur rumah berkenaan sudah reput dan tidak sesuai untuk keluarga terbabit.

“Saya akan menyegerakan membina sebuah rumah baru supaya keluarga itu hidup lebih selesa dengan kemudahan elektrik dan bekalan air bersih,” katanya.


30 samseng serang pelanggan restoran



PETALING JAYA: Niat seorang pemandu teksi menjamu selera di sebuah restoran di PJS6, Desa Mentari, di sini, bersama seorang rakan terbantut apabila dia serta beberapa pelanggan lain diserang sekumpulan 30 lelaki dalam kejadian jam 10 malam, kelmarin.
Mangsa yang dikenali sebagai Maniam, 41, berkata ketika itu, dia baru tiba di restoran berkenaan bersama rakannya, pemandu lori.

Menurutnya, ketika menunggu makanannya, tiba-tiba lebih 30 lelaki bermotosikal menyerbu masuk ke dalam restoran itu.

“Semua lelaki bersenjatakan parang, kayu dan topi keledar itu bukan saja memecahkan barangan kedai termasuk kerusi meja, malah kami turut diserang.


“Kami terkedu dengan tindakan agresif mereka yang sanggup membelasah semua pelanggan tidak kira wanita atau warga emas,” katanya, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.


Cabul wanita

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Bangladesh berusia 30-an yang juga pekerja sebuah stesen minyak di Taman Usahawan Kepong, di sini, tergamak mencabul seorang wanita yang meminta bantuannya, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, suri rumah berusia 40-an itu mulanya dikatakan meminta bantuan suspek menolongnya membuka penutup tangki minyak kereta miliknya selepas gagal dibuka.

Ketika mangsa leka mengisi minyak, suspek tiba-tiba datang memeluknya dari belakang menyebabkan wanita itu terkejut lalu terus menjerit meminta bantuan sambil memarahi suspek.


Mangsa diperkosa sebelum dibunuh



IPOH: Hasil bedah siasat ke atas mayat wanita yang ditemui berbungkus dengan selimut di tepi Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, petang kelmarin mendapati mangsa dirogol terlebih dulu sebelum dibunuh dan dicampak di lokasi berkenaan.
Mangsa berusia antara 25 dan 30 tahun itu turut hancur di bahagian mukanya akibat disimbah cecair asid selain mengalami kecederaan di beberapa anggota badan termasuk kepala akibat dipukul benda tumpul.

Akhbar ini semalam melaporkan sekumpulan penduduk Orang Asli yang memburu dan mengutip hasil hutan terkejut apabila terserempak mayat mangsa kira-kira jam 2 petang, kelmarin berhampiran perkampungan Orang Asli Kampung Juang, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya belum memperoleh identiti mangsa, malah sedang berusaha mengesannya menerusi maklumat data orang hilang.

Beliau berkata, pihaknya turut mengesahkan mangsa sudah mati dalam tempoh tiga hari lalu sebelum mayatnya dicampak di laluan berkenaan.

“Kami juga sudah menghantar DNA mangsa ke makmal untuk mengenal pasti identiti mangsa. Selain itu, kami juga akan meneruskan siasatan terperinci untuk mengesan suspek yang terbabit dalam pembunuhan itu.

“Siasatan awal polis mengesyaki mangsa dibunuh dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, pihaknya juga meminta kepada sesiapa yang kehilangan ahli keluarga supaya dapat menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.


Jumpa pun tak ingin’

Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli dan Nazdy Harun
am@hmetro.com.my
KUALA TERENGGANU: “Tengok muka dia pun saya tidak ingin apatah lagi memaafkan perbuatannya,” kata Zakaria Mohd Amin, 42, yang geram dengan tindakan tidak berperikemanusiaan seorang peragut menyebabkan anak dan isterinya cedera dalam kejadian ragut di Jalan Rajawali, Pulau Serai, Dungun, kelmarin.
“Buat masa ini saya masih Dia berkata, hatinya sebak melihat keadaan anak, Mohd Najmi Aiman Zakaria, 5, dan isterinya, Norita Omar, 37, cedera teruk di kepala, tangan dan kaki akibat perbuatan peragut berkenaan yang cuba meragut beg tangan isterinya yang diletak dalam bakul motosikal ditunggang dua beranak itu.

“Buat masa ini saya masih belum sedia berhadapan dengan peragut itu kerana bimbang bertindak di luar kawalan. Apa yang pasti saya tidak akan memaafkannya.

“Bapa dan suami mana tidak berang jika anak dan isteri diperlakukan begitu.

Perbuatan peragut itu kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Jika kecederaan itu datangnya dari kemalangan, saya boleh terima tetapi kecederaan itu berpunca daripada perbuatan disengajakan oleh individu yang buta hati,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment