Wednesday, July 18, 2012

TAK DE TELEFON BANYAK MASALAH...NAK TAMBAH MASALAH...APA MUSTAHAK PELAJAR PERLU TELEFON...DULU TAK DE TELEFON PUN....

Jual tubuh demi gajet

Oleh Mary Victoria Dass dan Mahaizura Ab Malik
am@hmetro.com.my

SARAH...kesal terlanjur
SARAH...kesal terlanjur
JOHOR BAHRU: Kegilaan terhadap pelbagai gajet dan alat telekomunikasi canggih menyebabkan seorang gadis berusia 14 tahun menjual tubuh termasuk meniduri lelaki berusia 60-an bagi mendapatkan wang untuk membeli barangan kegemaran mereka itu.
Perlakuan pelajar tingkatan dua dari Ulu Tiram, dekat sini, itu terbongkar apabila keluarganya menyedari dia memiliki barangan berjenama serta gajet terbaru yang setiap satu daripadanya berharga ribuan ringgit.
Gadis terbabit pada awalnya mendakwa gajet berkenaan kepunyaan rakan sekolah namun keluarga yang curiga membawanya mendapatkan kaunseling di Pejabat MCA Johor Jaya sebelum dia mengakui menjual tubuh kerana mahu memiliki barangan berkenaan.

Ketika berkongsi pengalamannya, gadis mahu dikenali sebagai Sarah berkata, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu sejak awal tahun ini.


“Setiap kali menjual tubuh, saya memperoleh RM200 hingga RM300. Jumlah itu lumayan dan membolehkan saya membeli pelbagai gajet terbaru seperti komputer tablet termasuk iPad dan telefon pintar, BlackBerry selain beg tangan berjenama terkenal.

Ular tegak ayun kepala

Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my

BERBISA...anggota JPAM memegang ular tedung selar jantan yang  ditangkap di sebuah rumah di Kampung Datuk Johan, Serting Tengah.
BERBISA...anggota JPAM memegang ular tedung selar jantan yang ditangkap di sebuah rumah di Kampung Datuk Johan, Serting Tengah.
KUALA PILAH: “Isteri saya nampak ular tedung selar berwarna keemasan menegakkan kepalanya serta badan mengikut ayunan buaian bayi di ruang tamu rumah sebelum meminta bantuan jiran menghalau ular itu.
“Seorang jiran warga Indonesia yang cuba menghalau ular itu dengan buluh, bagaimanapun terkejut dan berlari sebelum melompat keluar ikut tingkap sebab ular itu menyerang,” kata Habibur Rahman Daud, 60.

Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, Habibur Rahman dan isterinya Shahariah Mohd Sharif, 58, serta beberapa penduduk Kampung Datuk Johan, Serting Tengah, di sini, nyaris dipatuk seekor ular tedung selar jantan sepanjang lebih empat meter dan seberat kira-kira enam kilogram itu.
Menurut Habibur Rahman, ketika kejadian dia keluar ke kedai kopi sebelum menerima panggilan telefon daripada kakak iparnya menyuruh pulang segera kerana rumah dimasuki ular.

“Isteri beritahu ketika berbaring di sofa ruang tamu sambil menonton televisyen, dia nampak cuaca di luar mendung dan ingin mengangkat kain di jemuran.

“Dia keluar melihat langit mendung sebelum berpaling ke rumah dan tersentak melihat seekor ular tedung selar pada kedudukan menegak dan meliuk-liukkan badan dengan kepala kembang seperti bersedia untuk mematuk buaian yang berayun ditiup angin.

“Buaian itu memang saya sediakan untuk cucu yang pulang ke kampung. Mujur ketika kejadian tujuh anak dan tiga cucu tidak balik kampung,” katanya.

Menurutnya, sejurus melihat ular itu, isterinya meminta bantuan jiran manakala dia sendiri mencari seorang penangkap ular dikenalinya.
Katanya, dengan bersenjatakan sebatang buluh setiap seorang mereka masuk ke rumah itu, namun ular itu sudah tiada di ruang sebelum terdengar bunyi bising seperti barang terjatuh di dapur.

“Kami memeriksa di dapur sebelum ternampak kepala ular di bawah sinki dan ia agresif apabila cuba dihalau dengan buluh.

“Saya dengan bantuan penduduk bertindak menutup semua tingkap dan pintu rumah lalu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Pilah dan pihak berkenaan dapat menangkap ular itu,” katanya.

Katanya, itu kejadian kedua ular masuk ke rumahnya di Lorong Bunga Raya, Kampung Datuk Johan, Serting Tengah, di sini, yang dikelilingi kebun kelapa sawit dan tebu dalam tempoh empat tahun berpindah ke situ.

“Dua tahun lalu sebaik saja bangun untuk solat Subuh, saya dapati seekor ular tikus di hujung kepala, bagaimanapun ular itu dapat dibunuh,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi JPAM Kuala Pilah, Mohd Faizal Abd Razak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.55 petang sebelum dapat menangkap ular tedung selar jantan sepanjang lebih empat meter dan seberat kira-kira enam kilogram itu dalam tempoh 15 minit.

Belanjakan semua gaji

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

NGERI...keadaan di tempat kemalangan yang mengorbankan tiga sahabat, malam kelmarin. Gambar kecil, Muhammad Azrul.
NGERI...keadaan di tempat kemalangan yang mengorbankan tiga sahabat, malam kelmarin. Gambar kecil, Muhammad Azrul.
SEREMBAN: “Sebaik tiba di tempat kejadian, saya cukup sayu apabila melihat abang dalam keadaan menyedihkan dengan mayatnya tersepit di pintu tempat duduk penumpang bahagian hadapan.”
Demikian keluh Mohd Afendi Baharuddin, 23, mengimbas pengalaman ketika tiba di lokasi kemalangan jalan raya yang mengorbankan tiga nyawa termasuk abangnya, Muhamad Nazri, 27, di Batu 4, Jalan Seremban-Jelebu, di sini, malam kelmarin.
Dua lagi mangsa kemalangan pada jam 11.10 malam itu ialah Mohd Azrul Abd Rahman, 31, dan Mohd Shahrizal Ngah, 31.

Ketiga-tiganya adalah kakitangan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Sembilan dan ketika kejadian, mereka dalam perjalanan dari arah Jelebu menuju ke Seremban dipercayai untuk makan malam menaiki Proton Wira dipandu Mohd Shahrizal.


Mohd Afendi berkata, dia diberitahu mengenai kemalangan membabitkan abangnya selepas menerima panggilan daripada ayah ketika sedang makan malam bersama sepupunya di Seremban 2.

Gurauan mati

Oleh Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Gurauan seorang lelaki yang memberitahu rakan kononnya dia mungkin sudah ‘tiada’ pada malam ini menjadi kenyataan apabila dia maut dalam kemalangan di Kampung Membatu, Ketereh, kelmarin.
Dalam kejadian itu, Muhammad Alias Che Mat, 23, yang bekerja sebagai pemasang jeriji besi, maut selepas kereta Proton Wira yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh pokok getah di kebun getah milik keluarganya, kira-kira jam 8.50 malam.

Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Mayatnya dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya.


Abang mangsa, Muhammad Ali Che Mat, 36, berkata, dia hanya mengetahui gurauan adiknya itu selepas diberitahu rakannya.

Kaki ‘berbisa’

Oleh Khairul Hamizy Ramlee
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: “Seluruh badan terasa panas dan saya dapat rasakan bisa ular itu bergerak pantas sebelum merebak ke jantung serta anak tekak,” kata Azizah Sidek, 43, yang nyaris maut dipatuk ular senduk dalam kejadian di rumahnya di Kampung Lubuk Periuk, Kuala Berang, Khamis lalu.
Azizah yang ditemui di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam, berkata, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, dia bersama anaknya, Mohd Fazlizan Mohd Rozila, 16, turun ke dapur untuk memasak nasi dan sup ayam untuk makan tengah hari.

Hasratnya itu tidak kesampaian apabila seekor ular senduk sepanjang satu meter berwarna hitam yang bersembunyi di sebalik tong beras keluar dan membelit kaki kanan Azizah selepas dia terpijak ekor reptilia terbabit.

Ibu lima anak itu berkata, dia panik selepas anaknya menjerit memberitahu ada ular membelit kakinya.


“Pada mulanya saya menyangka haiwan yang membelit kaki adalah kucing kerana banyak kucing jiran berkeliaran di kawasan rumah.

PIBG tak setuju



KUALA LUMPUR: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak merestui cadangan Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah atas alasan ia membawa lebih banyak keburukan terutama dari segi tumpuan pelajar terhadap pembelajaran.
Pengerusi PIBG Nasional Prof Datuk Dr Mohamad Ali Hassan (gambar) berkata pelajar tidak sepatutnya dibenarkan membawa sebarang peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit ke sekolah kerana ini bukan sahaja boleh mengganggu tumpuan mereka terhadap pelajaran, malahan akan mewujudkan budaya tunjuk menunjuk dalam kalangan mereka.

Beliau berkata, langkah ini juga dikhuatiri akan disalah guna termasuk membuat rakaman yang tidak sepatutnya selain mengganggu kesihatan untuk jangka masa panjang.
“Telefon bimbit tidak boleh dibenarkan pada waktu sekolah, kalau luar waktu sekolah itu terpulang kepada ibu bapa atau penjaga,” katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau mengulas keputusan Kementerian Pelajaran yang membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah, mulai tahun depan. - Bernama

Disamun tiga ‘mangsa nahas’

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my

PETRA JAYA: Niat murni seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) membantu tiga lelaki yang terbabit dalam ‘kemalangan’ membawa bala kepadanya apabila diugut dengan pedang samurai sebelum disamun ‘mangsa nahas’ itu dalam kejadian di Jalan Bako, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, mangsa yang juga seorang penjawat awam dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Bako Hilir ke pusat bandar raya Kuching, sebelum ternampak sebuah motosikal terbalik di tengah jalan raya dan ada tiga lelaki melambaikan tangan meminta pertolongan.

Menurut mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wan, 26, dia memberhentikan motosikal untuk membantu lelaki berkenaan kerana menyangkakan mereka terbabit dalam kemalangan.

“Rupa-rupanya itu cuma lakonan mereka kerana sebaik saya turun daripada motosikal, dua lelaki mengacukan pedang samurai di leher dan pinggang kanan saya manakala seorang lagi mengacukan pisau lipat di pinggang kanan.


“Mereka menyuruh saya diam jika tidak mahu diapa-apakan, selain meminta menyerahkan semua barang yang ada dalam beg yang dibawa sebelum beg saya dirampas,” katanya ketika membuat laporan di Balai Polis Simpang Tiga.

No comments:

Post a Comment