Thursday, February 9, 2012

DIMANA PUSAT ZAKAT KUTIP JUTAAN RINGGIT...TAK KAN TERLEPAS PANDANG...ALLAH TAK TERLEPAS PANDANG BAGI ORANG YANG TAK AMANAH...MENGURUSKAN WANG ZAKAT...HUDUD TAK JALAN PELACUR DAN ZINA TAK DAPAT DIATASI

Enam beranak hidup menumpang di surau



NORMALIZA bersama empat orang anaknya ketika ditemui di surau Taman Rinting, Pasir Gudang semalam.



PASIR GUDANG - Gara-gara suami tiada kerja tetap dan sukar mendapat pekerjaan menyebabkan enam beranak terpaksa hidup merempat.
Itulah yang dialami pasangan Muhammad Shah Abdullah, 34, dan Normaliza Mustafa, 33, bersama empat anak mereka, Nor Diana Shafiza, 9, Muhammad Shariz Daniel, 8, Muhammad Shafiz Daniel, 7, dan Muhammad Aiman Daniel, 1.
Mereka sekeluarga sejak Selasa lalu terpaksa menumpang teduh di sebuah surau di Taman Rinting, Masai di sini.
Sebelum ini, mereka sekeluarga menyewa di sebuah rumah di Flat Tasek 64, Bandar Seri Alam sejak setahun lalu tetapi dihalau tuan rumah ekoran gagal menjelaskan sewa bulanan berjumlah RM270 sebulan yang tertunggak selama tiga bulan.
Keadaan mereka sekeluarga yang tidur di tempat solat bahagian luar surau amat menyedihkan kerana tidur beralas tikar tanpa bantal dan selimut.
Sejak dihalau keluar dari rumah sewa selepas Tahun Baru Cina lalu, tiga anaknya yang belajar di Sekolah Kebangsaan Seri Alam 1, Bandar Seri Alam terpaksa ponteng sekolah.

Restoran hidang pelacur China


Sebahagian pelacur China yang ditahan kelmarin.



KUALA LANGAT - Siapa sangka di tengah kebun kelapa sawit di sini wujud sebuah restoran yang bukan saja menyajikan masakan Cina malah mempunyai pilihan untuk mendapatkan 'hidangan tambahan' berupa khidmat seks daripada pegawai perhubungan pelanggan (GRO).
Restoran itu baru sebulan beroperasi dan hanya dibina dengan kayu. Ia terletak 500 meter dari jalan besar dan kira-kira 3.5 kilometer dari pekan Jenjarom, Banting.
Kegiatan tersebut terbongkar, hasil risikan polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sejak seminggu lalu sebelum membuat serbuan pada pukul 8.30 malam kelmarin.

Hilmi rayu tidak dihantar pulang



Hilmi ditahan di Kantor Imigresen Batam, Indonesia sejak Jumaat lalu.



KUALA LUMPUR - Azmin Helmi atau Hilmi, 37, yang hampir seminggu ditahan di Batam, Indonesia dikatakan tidak memberi kerjasama kepada pihak berkuasa republik itu kerana mendakwa terlalu takut jika dihantar pulang ke Malaysia.
Satu sumber berkata, Hilmi yang menjadi buruan polis negara ini kerana penyebaran gambar bogel ahli politik pembangkang, Elizabeth Wong masih ditahan di Jabatan Imigresen Indonesia di Batam Sentral bagi siasatan berhubung dokumen palsu dan tinggal melebihi tempoh di negara itu.
"Hilmi kurang memberi kerjasama kepada pihak Imigresen Indonesia kecuali ada jaminan dia tidak akan didakwa dan dibenarkan tinggal terus di Indonesia," kata sumber itu ketika dihubungi di sini semalam

Dua pegawai TH tawar Haji Ekspres



ROSLAN (kiri) dan Afizul (tutup muka) selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Dua pegawai Tabung Haji (TH), masing-masing seorang juruanalisa kanan dan kerani dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan terlibat sindiket Haji Ekspres dengan melakukan pengubahsuaian kandungan data serta menerima rasuah bagi melangkaui giliran mengerjakan ibadah haji, dua tahun lalu.
Tertuduh pertama, Afizul Md. Yasin, 34, dan Roslan Mohamed Som, 47, yang kini digantung kerja mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan dan mohon dibicarakan.
Afizul selaku juruanalisa kanan sistem, Jabatan Teknologi Maklumat TH didakwa atas tiga tuduhan berasingan menggunakan komputer didaftar dengan model Elite Book 6930p nombor siri 2CE841Z2TR serta Mac address 00-21-5D-A4-74-F6 (W) membuat capaian ke pangkalan data TH.

Pensyarah Matematik didakwa rasuah RM300


pensyarah sebuah kolej swasta Ipoh yang direman kerana kes rasuah semalam.


IPOH - Seorang pensyarah di sebuah kolej swasta di sini direman empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohamad Nasarudin Mohamed pada pukul 11 pagi semalam.
Pada 2 petang kelmarin, pensyarah mata pelajaran Matematik itu ditahan SPRM di kolej berkenaan ketika menerima wang RM300 daripada seorang penuntut bagi membolehkan pelajar itu lulus dalam satu tugasan bagi tujuan peperiksaan.
Pensyarah lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Pihak SPRM sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan dan dipercayai akan ada lagi penuntut tampil memberikan maklumat di samping kerjasama penuh diberikan pihak pengurusan kolej itu.
Difahamkan pensyarah berkenaan menjadikan penuntut yang lemah dalam pengajian mereka sebagai mangsa.

Polis rampas lima pistol



MOHD. MOKHTAR (dua dari kiri) menunjukkan salah satu daripada lima pucuk pistol yang dirampas di Johor Bahru semalam.



JOHOR BAHRU – Polis menahan lima lelaki dan merampas lima pucuk pistol serta 22 butir peluru yang dipercayai digunakan dalam kes jenayah dan pemerasan baru-baru ini.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, dalam kejadian pertama 29 Januari lalu, pihaknya merampas sepucuk pistol dan tiga butir peluru daripada seorang lelaki berusia 39 tahun di Tol Sedenak dekat Kulaijaya pada pukul 12.30 tengah hari.
“Suspek sebelum itu pergi mengutip hutang di sebuah rumah di Bukit Siput, Segamat sebelum bertengkar dan melepaskan tembakan yang terkena rumah jiran mangsa.
“Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah berkaitan kes perjudian serta dadah dan dia kini ditahan reman hingga Ahad ini bagi membantu siasatan,” katanya di sini semalam.

Sindiket ekstasi RM9.2 juta tumpas



MOHD. SHUKRI (kiri) menunjukkan sebahagian dadah dan peralatan memproses dadah yang dirampas di Malim Nawar di Ipoh semalam.



IPOH - Satu sindiket memproses dan mengedar dadah jenis pil ekstasi dipercayai antara yang terbesar di Lembah Kinta tumpas dalam serbuan polis di Malim Nawar, Kampar dekat sini pada 3 Februari lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, dalam serbuan di sebuah rumah yang dijadikan makmal dadah di Taman Malim Permai, Malim Nawar itu pihaknya berjaya merampas dadah bernilai hampir RM9.2 juta.
"Sebanyak 46.2 kilogram serbuk disyaki ekstasi yang mampu menghasilkan 462,000 pil dadah jenis sama berjaya dirampas.
"Seorang wanita berusia 31 tahun dipercayai anggota sindiket yang bersendirian di dalam rumah itu semasa serbuan turut diberkas," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini semalam.

Nikon sasar 50 peratus pasaran DSLR



DUA orang model menunjukkan model kamera DSLR terbaharu, D800 (kiri) and D800E semasa pelancaran rangkaian kamera terbaharu Nikon di Kuala Lumpur semalam.



TOKYO - Nikon Corporation Jepun (Nikon) yakin ia akan memperoleh penguasaan 50 peratus pasaran kamera refleks lensa tunggal digital (DSLR) di Malaysia tahun ini selepas operasi kilangnya di Thailand dijangka pulih sepenuhnya menjelang bulan Mac ini.
Penguasaan pasaran kamera DSLR Nikon di Malaysia menguncup kepada 40 peratus tahun lalu apabila bencana banjir yang berlaku pada bulan Oktober lalu telah menjejaskan operasi pengeluaran dan komponennya di Taman Perindustrian Rojana, Ayutthaya.
"Kilang di Thailand mula beroperasi sejak bulan lepas, namun masih belum pada kapasiti sepenuhnya," kata Pengurus Besar Komunikasi Nikon, Tetsuya Morimoto dalam temu bual bersama Bernama di ibu pejabat Nikon di sini baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment