Wednesday, February 8, 2012

BILA SABAR TIADA PADA DIRI...SIKAP GOPOH GAPAH...TANPA USUL PERIKSA...DITAMBAH KEDUA2 ADA PERASAAN EGO...MAKA BERJAYA SYAITAN MENGUJUDKAN KEMARAHAN DAN PERGADUHAN...

Pawang minum darah ayam jantan



AFP 
RUSDI JAM TONI menghirup darah daripada seekor ayam jantan pada perarakan festival Cap Goh Meh di Jakarta kelmarin.



JAKARTA - Seorang pawang tempatan bernama Rusdi Jam Toni dari Sambas menghirup darah seekor ayam jantan semasa festival Cap Goh Meh di sini kelmarin.
Seorang lagi pawang yang dikenali sebagai Fasidami menyemburkan darah ayam jantan selepas dia menghirupnya daripada haiwan itu.
Cap Goh Meh merupakan hari penutup sambutan Tahun Baru Cina. - AFP

Janda, gadis pilihan sindiket dadah



NOOR RASHID (kiri) menunjukkan dadah yang disembunyikan dalam silinder piston kereta yang dirampas pada sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Sindiket pengedaran dadah didalangi warga Afrika kini memilih untuk merekrut keldai dadah dalam kalangan janda atau gadis-gadis yang bekerja di pasar raya atau berniaga secara kecil-kecilan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, modus operandi sindiket dadah itu adalah melantik wanita tempatan menjadi anggota sindiket dadah dan menyuruh mereka mencari keldai dadah lain di negara ini.
“Keldai dadah yang menjadi pilihan sindiket dadah masa ini adalah janda, gadis-gadis yang bekerja di pasar raya atau menjalankan perniagaan kecil sendiri,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut beliau, wanita-wanita yang bergaji kecil atau mempunyai masalah dalam kewangan diyakini lebih mudah direkrut menjadi keldai dadah.
Noor Rashid memberitahu, sepanjang tahun lalu, seramai 76 orang rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan dadah dan daripada jumlah itu 49 orang merupakan keldai dadah.
“Daripada 49 orang keldai dadah yang ditahan itu separuh daripada mereka merupakan wanita,” katanya.
Beliau berkata, kesemua 49 keldai dadah ditahan di negara asing seperti China seramai 13 orang, Indonesia (13), New Zealand (10), Thailand (5), Singapura (3) dan seorang masing-masing Australia, Belanda, Argentina, Macau dan Pakistan.
Kata beliau lagi, keldai dadah itu tahu bahawa kandungan barangan yang dibawa mereka ialah dadah dan mereka secara sukarela menjadi keldai dadah kepada sindiket itu demi mendapatkan puluhan ribu ringgit.

Lelaki disangka mati muncul semula



ADI SAIFUL (kanan) menunjukkan pasport membuktikan bahawa dia ke Singapura kepada Azizah di Kampung Bukit Sawa, Marang semalam.



MARANG - Misteri kehilangan seorang lelaki selepas menonton perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara Kelantan dan Terengganu pada 11 Jun tahun lalu akhirnya terjawab.
Pada Ahad lalu, lelaki terbabit, Adi Saiful Che Kor, 27, pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Sawa di sini selepas lapan bulan menghilangkan diri kerana bekerja di Singapura.
Kemunculan semula lelaki itu melegakan seluruh ahli keluarganya selepas mereka dimaklumkan oleh beberapa bomoh bahawa Adi Saiful kononnya sudah meninggal dunia.
Mengimbau semula apa yang berlaku, Adi Saiful berkata, ketika itu dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kuantan.
"Selepas tengok bola di Bukit Jalil (Stadium Nasional), saya balik semula ke Kuantan. Saya kemudian dapat kerja di Singapura melalui seorang ejen.
"Sebelum bertolak ke Johor Bahru menaiki bas kira-kira seminggu kemudian, telefon bimbit saya hilang dan saya bercadang menghubungi keluarga setelah bekerja di sana," katanya di sini semalam.
Sepanjang berada di Singapura, dia bekerja di sebuah kedai dobi dengan gaji bulanan sebanyak S$1,200 (RM2,800), namun dia tidak dibenarkan meninggalkan negara itu dalam tempoh enam bulan pertama.

Kakitangan KFC tendang pelanggan



RAKAMAN pergaduhan antara kakitangan KFC dengan seorang pelanggan yang berlaku di sebuah restoran makanan segera di Shah Alam baru-baru ini.



KUALA LUMPUR – Gara-gara tidak sabar menunggu ayam goreng yang dipesan, seorang pelanggan bukan sahaja ditumbuk malah turut ditendang oleh seorang kakitangan KFC dalam satu kes pergaduhan baru-baru ini.
Kejadian tersebut yang didakwa berlaku di salah sebuah cawangan restoran makanan segera tersebut di Shah Alam itu sempat dirakam oleh orang ramai.
Rakaman pergaduhan selama 28 minit itu kemudian dimuat turun ke laman perkongsian video, YouTube yang juga disiarkan di beberapa laman blog.
Difahamkan pergaduhan itu berlaku ekoran pesanan yang dibuat oleh pelanggan tersebut tidak sampai setelah menunggu selama satu jam ekoran KFC cawangan tersebut didakwa telah kehabisan ayam.
Pelanggan tersebut yang marah telah meminta pihak KFC untuk memohon maaf namun tidak diendahkan sebaliknya kakitangan restoran itu telah menjerit ke arah pelanggan: “Kalau mau makan, buat sendiri lah.”
Menerusi video tersebut, pertengkaran yang bermula dengan berbalas cakap itu akhirnya berakhir dengan tindakan seorang kakitangan KFC menumbuk dan menendang pelanggan tersebut sebelum dileraikan oleh rakannya.
Sementara itu, KFC Holdings (Malaysia) Berhad memaklumkan bahawa pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung kes pergaduhan itu yang didakwa berlaku awal Februari lalu.

 

Selindung di sebalik kerja amal

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) mendapati kegiatan serpihan kumpulan Al-Arqam yang diharamkan kini bergerak melalui pelbagai nama syarikat, persatuan dan pertubuhan amal.
Ketua Pengarahnya, Datuk Osman Mustapha berkata, selepas Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan kumpulan Al-Arqam yang bergerak melalui Syarikat Rufaqa Corporation pada tahun 2007 lalu, saki-baki ahli mereka dikesan bergerak melalui Syarikat Global Ikhwan Sdn. Bhd. (GISB) pada tahun 2008.
"Semuanya adalah usaha mereka (ahli-ahli) untuk terus menghidupkan semula ajaran yang telah diharamkan itu," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.
Menurut Osman, Jakim kini sedang giat menjalankan operasi membanteras saki-baki pengikut kumpulan itu yang cuba menyebarkan fahaman ajaran sesat mereka.
Jakim dengan kerjasama kesemua Jabatan Agama Islam Negeri menggunakan pendekatan secara bersepadu bagi tujuan berkenaan.
"Tindakan yang diambil bersama agensi kerajaan yang berkaitan adalah berlandaskan bidang kuasa masing-masing.
"Antara contoh tindakan yang telah diambil ialah pemeriksaan JAIP (Jabatan Agama Islam Perak) ke atas sebuah program anjuran Kelab Taat Suami di Rumah Tamu GISB Zon Ipoh baru-baru ini," ujarnya.

Tikus jadi haiwan peliharaan



GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan seekor tikus yang dipelihara oleh Kimberly Jackson di rumahnya di Falmouth, Maine.



WALTHAM, Amerika Syarikat (AS) - Tikus kini dijadikan haiwan peliharaan di AS dengan para pemilik haiwan itu menganggap ia bijak dan suka bermain.
Seorang pemilik haiwan itu, Robin Ruslau dari Dresden, negeri Maine, AS pada mulanya menyayangi tikus selepas seorang anak perempuannya meminta dia menjaga seekor haiwan tersebut.
Anak perempuannya itu membuat permintaan itu kerana tuan haiwan tersebut pergi bercuti.
"Saya seolah-olah tidak mempercayai betapa luar biasa haiwan itu. Selepas berakhirnya dua minggu (menjaga tikus itu), saya tidak mahu melepaskan haiwan itu," kata Ruslau.
Menurut para pemilik haiwan peliharaan itu, tikus suka bermain dan penyayang jauh berbeza daripada reputasi tikus yang dianggap binatang menjijikkan. - Agensi

No comments:

Post a Comment