Saturday, January 26, 2013

ARAK ITU IBU SEGALA MAKSIAT...ISLAM HARAMKAN...HUKUM ISLAM DIROTAN 40X ROTAN DIZAMAN RASULLULLAH SAW...80X DIZAMAN SYAIDINA UMAR R.A

pix_topright

SALUN UNTUK BERMANJA

Ia dilabel sebagai kedai gunting rambut atau salun, namun anehnya sebahagian besar pelanggan bukan ke situ untuk menggunting rambut, sebaliknya kerana ingin menikmati pakej belaian manja daripada wanita separuh umur yang sebahagiannya layak digelar nenek.
Dengan bayaran serendah RM10 untuk pakej selama 30 minit, deretan kedai di Jalan Mustafa Al Bakri, di sini, amat popular dalam kalangan lelaki.

Ini kerana pakej disediakan itu termasuk boleh memeluk dan baring di atas riba ‘tukang gunting’ wanita berpakaian seksi biarpun berusia 40-an dan 50-an, selain diurut seluruh tubuh di atas sofa khas.
Tinjauan Harian Metro di satu daripada premis itu mendapati di ruang depan disediakan kerusi untuk menggunting rambut yang sudah usang, namun ia jarang digunakan.

Ini kerana kebanyakan pelanggan yang melanggan pakej belaian manja dibawa ke bahagian belakang premis yang dilengkapi sofa empuk, selain bar mini menjual minuman.

Bagi Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak (Wawasan) Fauzi Muda, aktiviti tidak sihat salun belaian manja itu wajar segera dihentikan kerana ia satu kerja maksiat dan boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan.
“Nyata mereka bukan menjalankan perniagaan menggunting rambut, tetapi lebih kepada khidmat berorientasikan seks, biarpun bukan 100 peratus khidmat pelacuran. “Memandangkan kegiatan ini sudah lama berlaku, tindakan drastik perlu segera dilakukan untuk menghentikannya. Jika tidak kesan negatifnya kepada masyarakat pasti menjadi lebih buruk,” katanya.

Menurutnya, ketika ini sebahagian besar pelanggan membabitkan golongan dewasa, namun ada kemungkinan pada masa akan datang, remaja termasuk pelajar sekolah turut bertumpu ke salun belaian manja itu.
“Ini kerana caj dikenakan murah iaitu RM10 dan saya percaya faktor ini menyebabkan kegiatan tidak bermoral terbabit amat laris,” katanya.

Seorang pekerja restoran berhampiran deretan salun terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Harun, 40, berkata, kegiatan maksiat di situ seolah-olah sudah menjadi mercu tanda di jalan berkenaan sejak lebih 10 tahun lalu.

Menurutnya, apa yang ditawarkan pekerja wanita yang sebahagiannya layak digelar nenek itu bukan kepakaran menggunting rambut, tetapi lebih kepada khidmat belaian kasih sayang untuk lelaki yang kemaruk.

“Mungkin pelanggan terdiri daripada lelaki sepi atau tidak mendapat kasih sayang daripada pasangan masing-masing. Mereka biasanya datang jam 12 tengah hari hingga 7 malam.

“Di dalam salun, pelanggan dilayan bagai raja kerana mereka boleh baring di atas riba wanita separuh usia itu sambil dibelai.

“Malah, pelanggan bebas merasai kehangatan pelukan dan urutan manja daripada wanita terbabit tanpa membabitkan hubungan seks,” katanya.

Seorang pelanggan salun yang hanya mahu dikenali sebagai Wan, 35, berkata, dia sering ke situ kerana khidmat disediakan disifatkannya lain daripada lain. “Di sini, saya dilayan bagai raja. Mereka (pekerja kedai gunting) ini pandai mengambil hati, bijak berkomunikasi dan memanjakan lelaki. “Walaupun tua, tapi mereka ini banyak pengalaman. Ringkas kata, mereka tahu apa yang lelaki mahukan,” katanya yang belum berkahwin.

Ditanya sama ada dia berasa jijik berdamping wanita warga emas terbabit, Wan hanya tersenyum dan mendakwa ia ‘terapi minda’ untuk menghilangkan tekanan kerja.

“Saya dapat tahu ada pelanggan yang berantakan rumah tangga selepas isteri mereka mengetahui hubungan mereka dengan wanita kedai gunting ini.

“Malah, saya pernah melihat ada wanita datang menyerang pekerja kedai gunting ini yang didakwa menjadi punca suami mengabaikan tanggungjawab mereka,” katanya.pix_topright

Memang anak kami...William

Oleh Narimah Mohamad
SUBANG JAYA: Berdasarkan pengecaman ahli keluarga Zheng Zhong, polis mengesahkan mayat ditemui di Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, adalah William Yau yang dilaporkan hilang di Putra Height, 16 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pengecaman dibuat ibu bapa mangsa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang berdasarkan pakaian dan kesan parut, pagi tadi.
Mayat William, 6, ditemui tersangkut di sebuah bot berhampiran jeti Sungai Sireh, dekat sini.

Kanak-kanak berkenaan dilaporkan hilang pada Rabu minggu lalu selepas keluar dari kenderaan ibu bapanya ketika mereka sekeluarga singgah di kedai alatan elektrik di Jalan Putra Mahkota, Putra Height.

KRONOLOGI KEHILANGAN WILLIAM YAU

16 JANUARI 2012- William Yau Zhen Zhong berusia enam tahun hilang ketika ibu bapa kanak-kanak itu bersama tiga lagi anak yang lain singgah di kedai menjual barangan elektrik di Putra Heights.

18 JANUARI 2012 - Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dipercayai hilang di Jalan Putra Mahkota 7/6c Putra Heights.

20 JANUARI 2012 - Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli mengadakan sidang media menjelaskan individu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan (KK) kerana melarikan mangsa daripada penjaga yang sah yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

21 JANUARI 2012 - Keluarga William menerima panggilan daripada individu yang mendakwa mempunyai maklumat mengenai anak mereka. Bagaimanapun, individu terbabit meminta keluarga mangsa memberikan sejumlah wang terlebih dulu sekiranya mahu mendapatkan maklumat lanjut.

22 JANUARI 2012 - Polis meneliti lebih 10 kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kejadian William dilapor hilang, namun kelibat mangsa tidak dapat dikesan.

Keterangan lebih 10 individu termasuk ahli keluarga mangsa juga diambil dan belum menemui sebarang petunjuk berkenaan kehilangan kanak-kanak terbabit malah, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) turut mengambil inisiatif melakukan rondaan selepas menerima maklumat daripada orang awam mengenai kanak-kanak itu di kawasan Segambut Dalam, di sini.

23 JANUARI 2012 - Gerakan mengesan William masih diteruskan polis menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) dengan mencari di kawasan kejadian di Jalan Putra Mahkota 7/6C, Putra Heights bermula kira-kira jam 9.30 pagi.

24 JANUARI 2012 - Mayat seorang budak lelaki berbaju kuning ditemui yang tersangkut di sebuah bot berhampiran jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, kira-kira jam 6.30 petang.

Berdasarkan ketinggian, kanak-kanak lelaki itu berusia di antara enam atau tujuh tahun. Dia memakai baju T berwarna kuning, berseluar pendek dan berkulit putih. Di baju T tersebut tertera tulisan 'Active Group' berwarna putih dan 'Best Team' berwarna biru.

25 JANUARI 2012 - Berdasarkan pakaian yang dicam ahli keluarga, mayat budak lelaki yang dijumpai di Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, lewat petang 24 Januari, disahkan William yang dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu.

 

 pix_topright

Tahan parang perompak

Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun boleh digelar ‘hero cilik’ apabila cuba melawan seorang daripada tiga perompak yang memasuki rumah keluarganya di sini, Rabu lalu.
Bagaimanapun, tindakan beraninya itu berakhir tragedi apabila dia cedera di kedua-dua belah tangan selepas menahan libasan parang dihayun suspek menyebabkan remaja itu terpaksa menerima 15 jahitan.

Mangsa yang juga murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah di daerah ini, terpaksa dibawa ke Hospital Batu Gajah bagi mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan keluar kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang di Taman Bemban Raya itu, mangsa yang tinggal bersendirian di rumah didatangi tiga lelaki kononnya pekerja Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang ingin menukar meter elektrik.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, mangsa sempat menelefon ibu yang sedang bekerja di sebuah kilang bagi memaklumkan kehadiran tiga lelaki itu. Beliau berkata, mangsa terkejut apabila tiga lelaki itu memasuki rumah dan mencekik lehernya sebelum menggeledah rumah bagi mencari barangan berharga menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong.

“Jeritan mangsa didengari seorang jiran yang kemudian datang membantu. Sebelum beredar, seorang daripada suspek sempat melibas kanak-kanak berkenaan dengan parang.
“Jiran mangsa sempat bergelut dengan suspek sebelum seorang daripada suspek berjaya diberkas selepas dibantu beberapa jiran lain,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Katanya, suspek berusia 33 tahun dari Taman Seri Ara, Parit itu ditahan reman tujuh hari berakhir 30 Januari ini bagi membantu siasatan.
Shaharon berkata, suspek turut mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah, manakala identiti dua lagi suspek gagal diperolehi sehingga kini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kumpulan berkenaan mula bergiat aktif sejak akhir tahun lalu selain terbabit dalam modus operandi sama iaitu menyamar sebagai pekerja TNB.

“Siasatan awal mendapati tindakan suspek sukar diragui memandangkan suspek lengkap berpakaian seperti pekerja TNB dan membawa perkakasan membaiki meter elektrik.

“Kami juga akan bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berkaitan jenayah dilakukan kumpulan sama di Chemor sekitar Disember lalu,” katanya.

Katanya, beliau menasihatkan kepada orang awam supaya berwaspada dengan individu tidak dikenali dan tidak sesekali membenarkan mereka masuk ke dalam rumah tanpa sebab.

 pix_topright

Gaduh dua geng

Tindakan pantas kakitangan bertugas di Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, menghubungi polis berjaya menamatkan kekecohan yang hampir mencetuskan pergaduhan dua kumpulan membabitkan 20 lelaki, kelmarin.
Difahamkan, kejadian jam 11 malam itu tercetus selepas dua penunggang motosikal cedera akibat pergaduhan di Kota Sentosa.

Sumber berkata, sebelum kejadian seorang lelaki yang cedera, pekerja kafe siber berusia 25 tahun menunggang motosikal di Muara Tuang sebelum terserempak dua penunggang motosikal lain.
“Ketika itu, dua penunggang terbabit mengejek sambil menimbulkan provokasi sebelum menyepak motosikal lelaki berkenaan menyebabkan mereka bergaduh di kedai serbaneka di Kota Sentosa.

“Akibat pergaduhan itu, pihak terbabit turut cedera dan mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak sebelum bertemu sekali lagi hingga berlaku perang mulut,” katanya.

Keadaan menjadi semakin panas apabila masing-masing membawa rakan dan kekecohan ditimbulkan menyebabkan kakitangan hospital terpaksa menghubungi polis meminta bantuan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Sebuah kereta peronda polis (MPV) tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian menyebabkan kumpulan terbabit bersurai.

 pix_topright

Niat berseronok berakhir duka

Niat dua remaja perempuan 13 tahun melarikan diri dari pusat perlindungan swasta untuk minum minuman keras dengan tiga rakan lelaki membawa padah apabila mereka dipercayai dicabul dan hampir menjadi mangsa rogol di sebuah hotel di sini, selepas mabuk.
Dalam kejadian pada jam 5 pagi, 13 Januari lalu, seorang daripada remaja itu melihat dua daripada tiga lelaki itu menanggalkan pakaian rakannya yang mabuk sebelum dia menjerit meminta tolong.

Mangsa dikenali sebagai Moi, 13, berkata, sebelum kejadian, dia bersama rakan seusia dikenali sebagai Lam serta 13 penghuni pusat perlindungan itu melawat sebuah sekolah di daerah ini.
Bagaimanapun, katanya, dia dan Lam mengambil keputusan keluar minum minuman keras bersama rakan lelaki dikenali sebagai R.

Katanya, mereka minum di sebuah kedai di Kampung Abdullah sebelum R serta dua rakan lelaki berusia 20-an tiba dan minum bersama.

“Tidak lama kemudian R beredar meninggalkan kami berempat terus minum minuman keras dan akibatnya, saya dan Lam mabuk. Kami dibawa ke sebuah hotel di Jalan Genuang, di sini.
“Saya tidak sedarkan diri dan apabila terjaga pada jam 5 pagi, saya dapati seluar panjang tiada manakala baju terselak menyebabkan saya mengesyaki dicabul dua lelaki berkenaan,” katanya.

Menurutnya, dia mengajak Lam meninggalkan hotel itu sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.
Sementara itu, Lam berkata dia tidak begitu mabuk kerana tidak banyak minum seperti Moi dan ketika di bilik hotel, dia masih sedar serta berpura-pura tidur.

“Saya nampak dua lelaki itu membuka baju dan seluar Moi. “Melihat keadaan itu, saya menegur perbuatan mereka, namun tidak dipedulikan dua lelaki berkenaan, saya mengejutkan Moi mengajaknya keluar dari bilik itu dan membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, penjaga Pusat Perlindungan Pelajar swasta yang diduduki mangsa dikenali sebagai Low, 40-an, berkata, pengurusan membawa 15 pelajar pusat itu melawat sebuah sekolah di daerah ini sebagai aktiviti harian mereka.

“Kami beroperasi sejak lebih 10 tahun lalu dan setiap pagi menghantar semua 15 pelajar kurang berkemampuan di pusat kami ke beberapa sekolah bukan kerajaan.

“Bagaimanapun, pada hari kejadian dua pelajar itu tiada di lokasi ketika pemandu van menjemput mereka menyebabkan dia mengambil keputusan menghantar 13 pelajar lain pulang ke asrama. “Pada tengah hari 17 Januari lalu, dua pelajar berkenaan pulang ke asrama dan menceritakan kejadian berlaku,” katanya.

Menurutnya, semakan rekod mendapati dua pelajar itu mendaftar masuk ke pusat berkenaan awal 2012 dan ibu seorang daripada mereka dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kurang berkemampuan.

Sementara itu, Jurucakap Penguatkuasaan Bahagian Taska dan Pusat Perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor berkata, semua Taska dan pusat perlindungan perlu berdaftar dan memaklumkan kepada JKM.

Menurutnya, pengurusan perlu mengikut garis panduan ditetapkan bukannya mengikut peraturan sendiri hingga membahayakan keselamatan penghuni.

“Kami menyiasat sama ada pusat berkenaan berdaftar dengan JKM atau tidak sebelum mengambil tindakan.

“Kami memandang serius kejadian itu kerana remaja berkenaan hilang melebihi 24 jam, namun tiada tindakan dilakukan pengurusan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Hanafi Daud mengesahkan laporan dibuat mangsa dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Katanya, bertindak atas laporan itu, polis menahan seorang suspek tiga hari lalu yang direman bagi membantu siasatan.


Mengapa Arak Diharamkan Di Dunia Tetapi Dihalalkan Di Syurga

 
Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, memuliakan manusia dengan semulia-mulianya, melebihkannya daripada sekalian ciptaan yang lain, mempermudahkan kepada mereka segala benda di bumi dan di langit  (taskhir) dan menjadikannya sebagai khalifah di muka bumi.

Al-`Izz bin Abd al-Salam berkata: “Ketahuilah sesungguhnya Allah s.w.t. tidak mensyariatkan satu hukumpun melainkan untuk maslahah dunia, maslahah akhirat atau untuk maslahah dunia dan maslahah akhirat sekaligus sebagai limpahan kurniaan-Nya kepada manusia. Bukanlah termasuk dalam tanda-tanda limpahan, rahmat, hikmat dan kemudahan daripada Allah, jika dibebankan manusia dengan kesukaran yang tidak mempunyai faedah dunia dan akhirat”. ( Syajarah al-Ma’arif Wa al-Ahwal, hal. 401)

Syariat dibina di atas prinsip menjaga lima kepentingan dharuri iaitu agama, nyawa, keturunan, akal dan harta. Imam al-Ghazzali berkata: Ada lima maksud Syariat terhadap para makhluk iaitu menjaga agama mereka, nyawa mereka, akal mereka, keturunan mereka dan harta mereka. Oleh itu setiap perkara yang mengandungi penjagaan terhadap lima asas ini dikatakan maslahah dan setiap menghilang lima asas ini disebut sebagai mafsadah dan menghindarinya adalah maslahah. (Al-Mustasfa, jil 1 hal. 289)
Merujuk kepada arak dan pergaulan bebas, tidak dinafikan bahawa sememangnya manusia mahu hidup dalam kenikmatan dan keseronokan. Bagi seorang mukmin, alam dunia dan alam syurga amat jauh perbezaannya. Sifat hidup di dunia adalah terbatas, terikat dengan hukum syarak, penuh dengan ujian. Kenikmatan yang dikecapi tidak diperolehi dengan senang tetapi memerlukan pengorbanan dan perjuangan.

Arak diharamkan kerana ‘illah atau sifat yang ada padanya iaitu memabukkan. Sifat memabukkan ini relevan dengan penjagaan akal. Mengambil arak bererti menutup kewarasan akal untuk berfikir sehingga diri sendiri dan masyarakat terdedah kepada bahaya dan mudarat. Objektif pengharaman arak dilihat kepada kesan daripada arak yang membawa kepada kemudaratan. Pengambilan arak akan menjejaskan kesihatan terutamanya kerosakan hati. Selain itu, arak menyebabkan ketagihan sehingga peminumnya sanggup membelanjakan jumlah wang yang banyak untuk mendapatkannya. Di sini berlaku pemborosan dan pembaziran sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lain.

Arak yang ada di akhirat lain pula sifatnya yakni tiada sifat memabukkan. Oleh kerana sifatnya yang berbeza di dua alam itu, maka dibenarkan arak di syurga sebagai suatu nikmat bukan minuman yang menyakitkan.

Sementara zina pula, persetubuhan yang tidak berdasarkan kepada aqad perkahwinan yang sah tetapi semata-mata memenuhi hawa nafsu. Ia merosakkan akhlak, meruntuhkan maruah (keperibadian) dan sistem kekeluargaan. Ia menjejaskan kesihatan manusia dan mendedahkannya dengan pelbagai penyakit. Keturunan menjadi celaru sehingga tiada diketahui siapa ayahnya yang sebenar sehingga anak mengalami gangguan emosi dan psikologi.

Oleh sebab itu, Islam mensyraiatkan perkahwinan supaya seseorang itu ada jalan untuk memenuhi tuntutan seksualnya dengan cara yang halal, selamat, suci, beradab dan terhormat. Mencari keseronokan di luar perkahwinan akan menafikan nilai-nilai ketamadunan dan peradaban. Perkahwinan lebih bersifat membina sistem kekeluargaan seterusnya membentuk masyarakat yang sejahtera.

Bidadari di syurga umpama isteri yang menjadi milik mutlak penghuni, tidak berkongsi dengan sesiapa, tiada yang pernah menjeling kepadanya. Hanya menanti kedatangan orang mukmin. Dia tidak melahirkan anak, tidak mengalami haidh dan segala macam yang dialami oleh manusia. Kenikmatan bersamanya tidak mengakibatkan sebarang risiko. Hal ini berbeza sama sekali dengan pergaulan bebas.

Ringkas kata, pengambilan arak dan pergaulan bebas hanya membawa kepada porak peranda, kekacauan dalam kehidupan manusia baik pada tingkat indivdu mahupun masyarakat.

Sewajarnya, manusia itu mengetahui bahawasanya dia diikat dengan hukum supaya mengetahui bahawa ada kehidupan satu lagi yang lebih utama, lebih kekal (Surah al-Dhuha, Surah al-A’la). Jikalau dunia ini berjalan tanpa ada peraturan dan undang-undang bahkan yang ada undang-undang rimba, kelangsungan hanya untuk orang yang kuat maka hancur dan musnah kebahagiaan manusia.

Di syurga tiada lagi keterikatan dengan  hukum kerana, perjalanan hidup di sana atas sifat sejahtera tidak memudaratkan, aman dan penuh kenikmatan.

Allah s.w.t. berfirman:

إِلَّا مَنْ تَابَ وَآَمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَأُولَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ شَيْئًا (60) جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدَ الرَّحْمَنُ عِبَادَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّهُ كَانَ وَعْدُهُ مَأْتِيًّا (61) لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا إِلَّا سَلَامًا وَلَهُمْ رِزْقُهُمْ فِيهَا بُكْرَةً وَعَشِيًّا (62) تِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي نُورِثُ مِنْ عِبَادِنَا مَنْ كَانَ تَقِيًّا (63)

Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun, - (Iaitu) syurga " ‘Adn " yang telah dijanjikan oleh (Allah) Ar-Rahman kepada hamba-hamba-Nya disebabkan kepercayaan mereka akan perkara-perkara yang ghaib; Sesungguhnya Tuhan itu, janjinya tetap berlaku. Mereka tidak akan mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia tetapi mereka sentiasa mendengar perkataan yang baik-baik; dan makan minum untuk mereka disediakan di dalamnya, pagi dan petang (sepanjang masa). Itulah taman syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang-orang. yang bertaqwa dari hamba-hamba kami. (Surah Maryam: 60-63)

Kesimpulannya, sebagai seorang muslim, terutamanya yang sering interaksi dengan masyarakat sewajarnya dia mengetahui matlamat pensyariatan hukum atau falsafah di sebalik perintah dan larangan serta hikmat syariah supaya dakwahnya itu lebih berkesan dan menyakinkan.

والله أعلم بالصواب



Disediakan oleh Muhammad Hanief Awang Yahaya


Punca arak diharamkan dalam Islam


Pernahkah kita bertanya kepada diri kita sendiri kenapa arak membawa kesan yang sangat buruk dalam kehidupan manusia dan kenapa ia diharamkan oleh Islam? Sebahagian sebabnya adalah:
1. Merosakkan akhlak dan akidah dengan memalingkan manusia daripada beriman kepada Allah SWT dan merosakkan syakhsiahnya.
2. Dari aspek sosial boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia, memporak-perandakan rumah tangga, keluarga, masyarakat dan negara.
3. Merosakkan kesihatan manusia seperti tekanan darah tidak menentu, rosaknya urat saraf, menyebabkan hepatitis, sakit jantung, rosak buah pinggang, kanser, angin ahmar, lumpuh, keracunan dan gila.
4. Ketagihan arak atau alkohol akan mengakibatkan kehilangan nyawa serta menyebabkan kesengsaraan kepada jutaan manusia di seluruh dunia.
5. Kesan jangka panjang alkohol akan membawa perubahan metabolisma kepada akal fikiran, organ hati dan menyekat peranan otak dari berfungsi dengan baik.
6. Kes zina, rogol, sumbang mahram dan AIDS lebih tinggi di kalangan peminum alkohol. Menurut kajian Biro Keadilan. Mangsa Jenayah Kebangsaan( Jabatan Keadilan Amerika Syarikat ) pada tahun 1996 sahaja, purata 2713 kes rogol berlaku setiap hari. Statistik ini menunjukkan bahawa kebanyakkan perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut.
7. Menurut statistik rasmi di United Kingdom, alkohol menyebabkan hampir 45-46 peratus kejadian jenayah, ia juga melibatkan 39 peratus keganasan dalam rumah tangga dan kajian juga menunjukkan hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.
8. Minum arak adalah ibu segala kejahatan dan merupakan sebesar-besar dosa. Ini dijelaskan oleh Rasulullah saw menerusi sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At- Tabrani yang bermaksud “Arak adalah ibu segala kejahatan dan ia adalah sebesar-besar dosa”.
9. Sesuatu yang banyak memabukkan sekalipun sedikit hukumnya tetap haram berdasarkan hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Ahmad, Tirmizi, An Nasai dan Abu Daud yang bermaksud: “Tiap-tiap sesuatu yang memabukkan dalam jumlah yang banyak atau sedikit maka hukumnya adalah haram”. Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk atau pun setitik.
10. Orang yang minum arak dan melaksanakan urusan yang berkaitan dengannya akan dilaknat dan dimurkai oleh Allah SWT. Sabda Nabi saw yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi, Ibnu Majah daripada Anas ra bermaksud: ” Sepuluh orang yang dikutuk Allah berkaitan dengan arak ialah pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.”
Dengan itu jelaslah kepada kita bahawa semua urusan yang berkaitan dengan arak menjadi haram dan dilaknat oleh Allah SWT.
Sumber Siasah 10-16 oktober 2010


KENAPA ISLAM HARAMKAN ARAK?

Larangan arak sebetulnya telah wujud dari zaman awal-awal lagi, arak telah menghabiskan begitu banyak perbelanjaan serta menyebabkan kesengsaraan yang begitu dasyat di dunia ini. Arak telah menyebabkan masalah sosial dan hubungan kejiranan, mengikut statistik jenayah dan perceraian meningkat disebabkan oleh arak.
I. Islam melarang minum arak secara bertahap. Sila rujuk ayat di bawah ini :
Dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya (An-Nahl 16;67).

Ayat di atas memberi peringatan tentang bahaya arak secara halus dan belum diharamkan. Sila rujuk ayat larangan seterusnya :

Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah (Muhammad) pada keduanya ada dosa yang cukup besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya... (Al-Baqarah 2;219).

Ayat ini membuktikan bahawa bahaya arak lebih besar daripada manfaatnya. Sila rujuk ayat seterusnya:

Jangan kamu menghampiri solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu sedar apa yang kamu ucapkan (An-Nisaa' 4;43).

Larangan minum arak dalam ayat ini terhad dalam shalat sahaja. Perintah larangan dalam ayat ini sudah tegas sungguhpun dalam masa terhad sehingga turunlah ayat di bawah ini :
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, Qurban untuk patung berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu memperolehi kejayaan (AL-Maidah 5;90)
II. Bible juga melarang meminum arak seperti tersebut dalam ayat di bawah ini:

Minuman keras membuat orang mabuk dan merepek. Bodohlah orang yang menjadi mabuk (Proverb 20;1)

Arak adalah minuman untuk orang-orang yang hampir mati dan sengsara. Biarlah mereka meminumnya untuk melupakan kemiskinan dan kesengsaraan (Proverb 31;6-7)

Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu(Ephesians 5;18)

Ayat-ayat di atas tidak mengharamkan arak secara langsung tetapi peringatan tentang bahaya arak.

III. Kesan minum arak
1. Pusat kawalan manusia terletak pada otak, otak yang mengawal atau menghalang manusia jika bertindak salah. Manusia yang tidak sedar diri kerana pengaruh arak akan menggunakan bahasa kesat/kotor terhadap ibubapa atau saudara-mara serta anak-anak mereka. Semasa manusia mengambil arak, maka kawalan otak tidak dapat berfungsi dengan sepatutnya. Ini adalah satu sebab kenapa orang mabuk akan melakukan sesuatu di luar kebiasaan harian. Ia akan menggunakan kata-kata kesat dan tak dapat mengawal kesilapan yang dilakukan bahkan terhadap ibubapa sendiri. Bahkan sampai kencing dalam seluar, jalan tidak terkawal dan berperangai buruk.

2. Kes pelacuran, rogol, sumbang mahram (incest) dan pesakit AID berlaku pada peminum arak.

Mengikut soal selidik yang dibuat oleh U.S. Department of Justice pada tahun 1996 setiap hari ada 2.713 kes rogol di USA. Statistik menunjukkan kebanyakan perogol adalah mabuk (di bawah pengaruh arak) yang melakukan pelbagai jenayah lain. Mengikut statistik juga 8% rakyat Amerika melakukan sumbang mahram maknanya 1 daripada 12 rakyat Amerika melakukan sumbang mahram. Begitu juga dengan penularan penyakit AID pesakit utamanya adalah peminum arak.

3. Semua peminum arak bermula daripada parti sosial. Pada mulanya mereka hanya berjinak-junak dengan minum sedikit arak, mereka mendakwa dapat kawal diri dalam pengambilan arak sehingga tidak akan mabuk. Mengikut kajian semua peminum arak bermula dengan social drinker, tidak ada seorangpun peminum arak berniat untuk menjadi peminum arak sejati. Peminum arak tidak pernah berkata selepas lama minum arak dengan dapat kawal diri tidak pernah mabuk.

4. Sekiranya peminum arak mabuk dan melakukan satu kesilapan maka dia akan menyesal seumur hidup. Sekiranya peminum arak melakukan satu kesilapan sebab tak dapat mengawal dirinya sebab mabuk misalnya rogol atau sumbang mahram, sungguhpun selepas itu insaf dan bertaubat maka manusia akan pulaukan seumur hidupnya. Mereka dianggap sebagai penjenayah berat dan tidak dapat dipulihkan semula dan melakukan kerusakan yang tak dapat ditebus semula.

III. Arak juga diharamkan oleh Muhammad. Muhammad berpesan :

a. Arak adalah ibu daripada segala kejahatan dan itu adalah kejahatan yang cukup memalukan (Sunan Majah I Buku 3, Buku tentang orang mabuk, Chapter 30 Hadith NO. 3371)

b. Barang yang memabukkan diharamkan maupun sedikit ataupun banyak (Sunan Majah I Buku 3, Buku tentang orang mabuk, Chapter 30 Hadith NO. 3392)

c. Bahkan bukan hanya orang yang minum arak sahaja mendapat dosa bahkan yang menjual atau memudahkan transaksi untuk mendapatkan arakpun sama.
"Allah akan melaknat sepuluh kumpulan manusia termasuk yang menjual atau memudahkan transaksi membekalkan arak. Orang yang menghasilkan, menghantarnya, orang yang tolong membelinya, orang yang melayannya untuk minum, orang yang menjualnya, orang yang menggunakan wang hasil jualan arak, orang yang membelinya dan juga orang yang membeli arak daripada seseorang" (Sunan Majah I Buku 3, Buku tentang orang mabuk, Chapter 30 Hadith NO. 3380 dilaporkan oleh Anas).

IV. Penyakit yang disebabkan oleh arak.
Pelbagai hasil kajian menguatkan lagi kenapa minum arak dilarang, kematian tertinggi di dunia ini disebabkan oleh arak. Beberapa contoh penyakit yang disebabkan minum arak seperti :

a. Penyakit Limpa dan hati yang disebabkan oleh minum arak

b. Kanser Osofagus/kerongkong, Kanser kepala dan leher, kanser hati (Hepatoma), dan kanser usus.

c. Penyakit osofagus, gastrik, sakit pankreas, dan Hepatitis disebabkan oleh pengambilan alkohol.

d. Kardimiopati, tekanan darah tinggi, Koroni Arteroklerosis, Angina dan kerosakan hati disebabkan pengambilan arak berlebihan.

e. Penyakit Stroke, Apofleksi, sawan dan pelbagai jenis Paralisis yang disebabkan oleh arak

f. Pheripheral Neuropathy, Cortical Atrophy, Cerebeller Atrophy merupakan sindrom yang disebabkan oleh pengambilan arak.

g. Wernicke; sindrom Korsakoff serta amnesia kehilangan kawalan dalam bercakap dan hilang daya ingat disebabkan pengambilan arak

h. Beriberi dan Pellagra disebabkan oleh pengambilan arak.

i. Meracau yang melampau semasa atau selepas minum arak bahkan dapat menyebabkan kematian,

J. Penyakit kulit, Eczema dan pelbagai penyakit lain yang cukup serius.
 


Halal dan Haram dalam Islam

 

2.1.18.3.3 Kalau Binatang Itu Didapati Sudah Mati

Kadang-kadang terjadi, seorang pemburu melepaskan panahnya mengenai seekor binatang, tetapi binatang tersebut menghilang, beberapa saat, kemudian dijumpainya sudah mati. Hal ini bisa jadi sudah berjalan beberapa hari lamanya.
Dalam persoalan ini, binatang tersebut bisa menjadi halal dengan beberapa syarat:
1) Bahwa binatang tersebut tidak jatuh ke dalam air.
Seperti yang dikatakan oleh Nabi s.a.w.:
"Kalau kamu melemparkan panahmu, maka jika kamu dapati binatang itu sudah mati, makanlah, kecuali apabila binatang tersebut kamu dapati jatuh ke dalam air, maka kamu tidak tahu: apakah air itu yang menyebabkan binatang tersebut mati ataukah panahmu?" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
2) Tidak terdapat tanda-tanda mati karena bekas panah orang lain yang menjadi sebab matinya binatang tersebut.
Seperti apa yang pernah ditanyakan Adi bin Hatim kepada Rasulullah s.a.w.:
"Ya Rasulullah! Saya melempar binatang, kemudian saya dapati pada binatang tersebut ada bekas panahku yang kemarin, apakah boleh dimakan? Maka jawab Nabi, 'Kalau kamu yakin, bahwa panahmulah yang membunuhnya dan tidak ada bekas (digigit) binatang buas, maka makanlah.'" (Riwayat Tarmizi)
3) Binatang tersebut belum sampai busuk; sebab menurut tabiat yang wajar akan menganggap kotor dan jijik terhadap binatang yang sudah busuk, lebih-lebih kalau hal itu dimungkinkan akan membawa bahaya.
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Abu Tsa'labah al-Khasyani sebagai berikut:
"Kalau kamu melemparkan panahmu, kemudian binatang itu menghilang sampai tiga hari dan kamu dapati sudah mati, maka makanlah selama binatang tersebut belum busuk." (Riwayat Tarmizi)

2.1.19 Khamar (Arak)

KHAMAR adalah bahan yang mengandung alkohol yang memabukkan.
Untuk lebih jelasnya, di sini akan kami sebutkan beberapa bahaya khamar terhadap pribadi seseorang, baik akalnya, tubuhnya, agamanya dan dunianya. Akan kami jelaskan juga betapa bahayanya terhadap rumahtangga ditinjau dari segi pemeliharaannya maupun pengurusannya terhadap isteri dan anak-anak. Dan akan kami bentangkan juga betapa mengancamnya arak terhadap masyarakat dan bangsa dalam existensinya, baik yang berupa moral maupun etika.
Sungguh benar apa yang dikatakan oleh salah seorang penyelidik, bahwa tidak ada bahaya yang lebih parah yang diderita manusia, selain bahaya arak. Kalau diadakan penyelidikan secara teliti di rumah-rumah sakit, bahwa kebanyakan orang yang gila dan mendapat gangguan saraf adalah disebabkan arak. Dan kebanyakan orang yang bunuh diri ataupun yang membunuh kawannya adalah disebabkan arak. Termasuk juga kebanyakan orang yang mengadukan dirinya karena diliputi oleh suasana kegelisahan, orang yang membawa dirinya kepada lembah kebangkrutan dan menghabiskan hak miliknya, adalah disebabkan oleh arak.
Begitulah, kalau terus diadakan suatu penelitian yang cermat, niscaya akan mencapai batas klimaks yang sangat mengerikan yang kita jumpai, bahwa nasehat-nasehat, kecil sekali artinya.
Orang-orang Arab dalam masa kejahilannya selalu disilaukan untuk minum khamar dan menjadi pencandu arak. Ini dapat dibuktikan dalam bahasa mereka yang tidak kurang dari 100 hama dibuatnya untuk mensifati khamar itu. Dalam syair-syairnya mereka puji khamar itu, termasuk sloki-slokinya, pertemuan-pertemuannya dan sebagainya.
Setelah Islam datang, dibuatnyalah rencana pendidikan yang sangat bijaksana sekali, yaitu dengan bertahap khamar itu dilarang. Pertama kali yang dilakukan, yaitu dengan melarang mereka untuk mengerjakan sembahyang dalam keadaan mabuk, kemudian meningkatkan dengan diterangkan bahayanya sekalipun manfaatnya juga ada, dan terakhir baru Allah turunkan ayat secara menyeluruh dan tegas, yaitu sebagaimana firmanNya:
"Hai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, berhala, dan undian adalah kotor dari perbuatan syaitan. Oleh karena itu jauhilah dia supaya kamu bahagia. Syaitan hanya bermaksud untuk mendatangkan permusuhan dan kebencian di antara kamu disebabkan khamar dan judi, serta menghalangi kamu ingat kepada Allah dan sembahyang. Apakah kamu tidak mau berhenti?" (al-Maidah: 90-91)
Dalam kedua ayat tersebut Allah mempertegas diharamkannya arak dan judi yang diiringi pula dengan menyebut berhala dan undian dengan dinilainya sebagai perbuatan najis (kotor). Kata-kata His (kotor, najis) ini tidak pernah dipakai dalam al-Quran, kecuali terhadap hal yang memang sangat kotor dan jelek.
Khamar dan judi adalah berasal dari perbuatan syaitan, sedang syaitan hanya gemar berbuat yang tidak baik dan mungkar. Justru itulah al-Quran menyerukan kepada umat Islam untuk menjauhi kedua perbuatan itu sebagai jalan untuk menuju kepada kebagiaan.
Selanjutnya al-Quran menjelaskan juga tentang bahaya arak dan judi dalam masyarakat, yang di antaranya dapat mematahkan orang untuk mengerjakan sembahyang dan menimbulkan permusuhan dan kebencian. Sedang bahayanya dalam jiwa, yaitu dapat menghalang untuk menunaikan kewajiban-kewajiban agama, diantaranya ialah zikrullah dan sembahyang.
Terakhir al-Quran menyerukan supaya kita berhenti dari minum arak dan bermain judi. Seruannya diungkapkan dengan kata-kata yang tajam sekali, yaitu dengan kata-kata: fahal antum muntahun? (apakah kamu tidak mau berhenti?).
Jawab seorang mu'min terhadap seruan ini: "Ya, kami telah berhenti, ya Allah!"
Orang-orang mu'min membuat suatu keanehan sesudah turunnya ayat tersebut, yaitu ada seorang laki-laki yang sedang membawa sloki penuh arak, sebagiannya telah diminum, tinggal sebagian lagi yang sisa. Setelah ayat tersebut sampai kepadanya, gelas tersebut dilepaskan dan araknya dituang ke tanah.
Banyak sekali negara-negara yang mengakui bahaya arak ini, baik terhadap pribadi, rumah tangga ataupun tanah air. Sementara ada yang berusaha untuk memberantasnya dengan menggunakan kekuatan undang-undang dan kekuasaan, seperti Amerika, tetapi akhirnya mereka gagal. Tidak dapat seperti yang pernah dicapai oleh Islam di dalam memberantas dan menghilangkan arak ini.
Dari kalangan kepala-kepala gereja bertentangan dalam menilai bagaimana pandangan Kristen terhadap masalah arak, justru karena di Injil ditegaskan: "Bahwa arak yang sedikit itu baik buat perut."
Kalau omongan itu betul, niscaya yang sedikit itu perlu dihentikan, sebab minum arak sedikit, dapat membawa kepada banyak. Gelas pertama akan disambut dengan gelas kedua dan begitulah seterusnya sehingga akhirnya menjadi terbiasa.

2.1.19.1 Setiap Yang Memabukkan Berarti Arak

Pertama kali yang dicanangkan Nabi Muhammad s.a.w. tentang masalah arak, yaitu beliau tidak memandangnya dari segi bahan yang dipakai untuk membuat arak itu, tetapi beliau memandang dari segi pengaruh yang ditimbulkan, yaitu memabukkan. Oleh karena itu bahan apapun yang nyatanyata memabukkan berarti dia itu arak, betapapun merek dan nama yang dipergunakan oleh manusia; dan bahan apapun yang dipakai. Oleh sebab itu Beer dan sebagainya dapat dihukumi haram.
Rasulullah s.a.w. pernah ditanya tentang minuman yang terbuat dari madu, atau dari gandum dan sya'ir yang diperas sehingga menjadi keras. Nabi Muhammad sesuai dengan sifatnya berbicara pendek tetapi padat, maka didalam menjawab pertanyaan tersebut beliau sampaikan dengan kalimat yang pendek juga, tetapi padat:
"Semua yang memabukkan berarti arak, dan setiap arak adalah haram." (Riwayat Muslim) Dan Umar pun mengumumkan pula dari atas mimbar Nabi, "Bahwa yang dinamakan arak ialah apa-apa yang dapat menutupi fikiran." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

2.1.19.2 Minum Sedikit

Untuk kesekian kalinya Islam tetap bersikap tegas terhadap masalah arak. Tidak lagi dipandang kadar minumannya, sedikit atau banyak. Kiranya arak telah cukup dapat menggelincirkan kaki manusia. Oleh karena itu sedikitpun tidak boleh disentuh.
Justru itu pula Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan:
"Minuman apapun kalau banyaknya itu memabukkan, maka sedikitnya pun adalah haram." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi) "Minuman apapun kalau sebanyak furq6 itu memabukkan, maka sepenuh tapak tangan adalah haram." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi)

2.1.19.3 Memperdagangkan Arak

Rasulullah tidak menganggap sudah cukup dengan mengharamkan minum arak, sedikit ataupun banyak, bahkan memperdagangkan pun tetap diharamkan, sekalipun dengan orang di luar Islam. Oleh karena itu tidak halal hukumnya seorang Islam mengimport arak, atau memproduser arak, atau membuka warung arak, atau bekerja di tempat penjualan arak.
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. pernah melaknatnya, yaitu seperti tersebut dalam riwayat di bawah ini:
"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)
Setelah ayat al-Quran surah al-Maidah (90-91) itu turun, Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak, maka barangsiapa yang telah mengetahui ayat ini dan dia masih mempunyai arak walaupun sedikit, jangan minum dan jangan menjualnya." (Riwayat Muslim)
Rawi hadis tersebut menjelaskan, bahwa para sahabat kemudian mencegat orang-orang yang masih menyimpan arak di jalan-jalan Madinah lantas dituangnya ke tanah.
Sebagai cara untuk membendung jalan yang akan membawa kepada perbuatan yang haram (saddud dzara'ik), maka seorang muslim dilarang menjual anggur kepada orang yang sudah diketahui, bahwa anggur itu akan dibuat arak. Karena dalam salah satu hadis dikatakan:
"Barangsiapa menahan anggurnya pada musim-musim memetiknya, kemudian dijual kepada seorang Yahudi atau Nasrani atau kepada tukang membuat arak, maka sungguh jelas dia akan masuk neraka." (Riwayat Thabarani)

2.1.19.4 Seorang Muslim Tidak Boleh Menghadiahkan Arak

Kalau menjual dan memakan harga arak itu diharamkan bagi seorang muslim, maka menghadiahkannya walaupun tanpa ganti, kepada seorang Yahudi, Nasrani atau yang lain, tetap haram juga.
Seorang muslim tidak boleh menghadiahkan atau menerima hadiah arak. Sebab seorang muslim adalah baik, dia tidak boleh menerima kecuali yang baik pula.
Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu guci arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:
Rajul: Bolehkah saya jual?
Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.
Rajul: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?
Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.
Rajul: Habis, apa yang harus saya perbuat?
Nabi: Tuang saja di selokan air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)


Halal dan Haram dalam Islam
Oleh Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi
Alih bahasa: H. Mu'ammal Hamidy
Penerbit: PT. Bina Ilmu, 1993

No comments:

Post a Comment