Dilenyek treler bapa
Muar: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut dengan kepala pecah akibat dihempap tayar lori kontena dipandu bapanya yang terbabas dan terbalik di Batu 10 Jalan Pagoh-Muar, di sini, ketika mangsa bersama kakak serta ibu bapanya dalam perjalanan ke Muar, semalam.
Dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, Mohd Afiq Amrin, 5, maut di tempat kejadian selepas lori dipandu bapanya, Mohd Yazid Banain, 44, terbabas di satu selekoh menyebabkan kenderaan berkenaan terbalik ke dalam parit berhampiran.
Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar Razali Ismail berkata, satu jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.
Kepala budak lima tahun berkecai lepas lori kontena terbabas dalam parit.
Katanya, pihaknya mengambil masa hampir 20 minit untuk mengeluarkan Mohd Yazid yang tersepit di tempat duduk serta isteri dan anak perempuannya di tempat duduk belakang pemandu sebelum mengalihkan lori berkenaan bagi mengeluarkan mangsa yang berada di bawah tayar.
Macam ni pun ada!
Puchong: Satu mayat lelaki dibungkus kain dipercayai sengaja ditinggalkan ahli keluarganya di tepi rumah seorang wanita di Jalan Mawar, Batu 13 1/2, Puchong di sini kerana tiada wang mengebumikannya, pagi semalam.
Walaupun terdapat kesan luka di leher mayat itu, tetapi siasatan polis mendapati ia kesan pembedahan dilakukan sebelum ini.
Pekerja berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ina berkata, ketika pulang ke rumah, dia terkejut melihat satu bungkusan kain sebelum mendapati rambut terkeluar daripada kain itu menyebabkan dia terus berlari menjerit memanggil suaminya yang berada di dalam rumah.
ANGGOTA polis mengangkat mayat lelaki yang ditemui di Jalan Mawar, Puchong.
Menurutnya, sebaik menghampiri rumahnya, dia pelik apabila melihat satu objek yang dibungkus dengan kain sebelum terkejut selepas terlihat rambut dari celahan kain itu.
Kambing RM1 seekor
Johor Bahru: Sempena sambutan Maulidur Rasul Khamis ini, seorang penternak kambing menawarkan haiwan itu dengan harga RM1 seekor untuk bayi yang dilahirkan pada hari berkenaan di hospital kerajaan negeri ini.
Pengarah Urusan Osman Goat Farm, Osman Cheya Kutty (gambar) berkata, tawaran itu terhad kepada 24 pasangan yang melahirkan anak di hospital awam seluruh Johor. Menurutnya, tujuan pihaknya berbuat demikian bagi meringankan beban ibu bapa beragama Islam yang ingin melakukan akikah.
“Saya memulakan perniagaan ini 20 tahun lalu dan ia antara perancangan untuk menghargai pelanggan menerusi cara unik.
Osman berasal dari Kangkar Tebrau, di sini, menawarkan kambing dengan harga RM1 kepada pasangan yang mengemukakan sijil kelahiran anak di pejabatnya di 38, Jalan Enau, Kangkar Tebrau, dalam tempoh sebulan.
Menurutnya, dia berharap pasangan yang melahirkan anak pada 24 Januari tidak melepaskan peluang merebut tawaran berkenaan kerana harga sebenar kambing antara RM850 dan RM900 bergantung kepada berat dan jenis.
“Kami menawarkan harga istimewa kepada masjid dan surau iaitu RM590 seekor, tetapi tempahan perlu dibuat dalam tempoh sebulan.
“Selain itu, harga istimewa itu hanya terhad kepada 400 ekor sebulan,” katanya yang menternak lebih 1,000 kambing di Kangkar Tebrau.
Wakil masjid atau surau, katanya, hanya perlu membawa surat pengesahan daripada pengurusan masjid dan surat itu ketika berurusan di pejabat kami.
Sebarang maklumat boleh menghubungi di talian 019-7563000, 07-3554200 atau melayari laman web www.osmangoatfarm.com. untuk keterangan lanjut.
Alyah ‘terduduk’
Petaling Jaya: “Saya tidak tahu menahu mengenai wang RM40,000 yang dikata dilarikan bekas pembantu peribadi, malah saya tidak tahu langsung berapa jumlah duit di dalam akaun kerana urusan perbankan diuruskannya,” kata Alyah Hassan.
Penyanyi lagu Kau Yang Terindah itu berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan dalam satu blog kononnya bekas pembantu peribadinya, Hafiz Rayza bertanggungjawab terhadap kehilangan duit itu.
“Jangan terus menyalahkan dia kerana banyak cerita yang tidak betul mengenai kami diperkatakan baik di media mahupun blog.
Alyah Hassan
“Saya sedar, ramai rakan media yang cuba mendapatkan penjelasan saya mengenai kontroversi yang timbul sejak isu pakaian di Anugerah Planet Muzik (APM) di Singapura pada Disember lalu hinggalah sekarang kehilangan Hafiz.
Kerana mahu mewah, wanita tempatan berkerjaya rela tubuh diratah
KUALA LUMPUR – Memiliki kerjaya dan mampu menyara hidup dengan pendapatan bulanan ternyata tidak memadai bagi sesetengah wanita tempatan yang sanggup menjadi pelacur kelas atasan demi kemewahan.Mengetepikan aspek moral dan agama, mereka ini bekerja secara sambilan dan hanya melayan pelangggan apabila ada masa terluang, namun apabila diberkas, ada yang mendakwa terperangkap dengan jerat sindiket.
Hakikatnya, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan, sindiket itu tidak memaksa wanita terbabit memperdagangkan diri, tetapi hanya mempelawa dengan jaminan upah lumayan.
“Ada wanita yang sudah biasa dengan aktivitinya ini selalunya akan memaklumkan sendiri kepada mami sekiranya mereka mempunyai waktu terluang,” katanya.
Berdasarkan serbuan sebelum ini, Abdul Jalil berkata terdapat mami yang sebenarnya merupakan pengusaha salun kecantikan dan menjalankan kegiatan tidak bermoral itu secara sambilan.
“Lazimnya kalau seorang pelacur memperoleh RM450, mami akan dapat komisen RM200,” katanya menambah berdasarkan siasatan, seorang pelacur mengenakan caj antara RM450 dan RM800 untuk menjadi teman berhibur selama empat jam, serta minimum RM1,500 untuk hubungan seks.
Kegiatan itu yang membabitkan wanita berusia dalam lingkungan 18 tahun dan 20-an dikesan di sekitar Lembah Klang, Johor Baharu serta Pulau Pinang dan bergerak secara eksklusif, membabitkan pelanggan elit dan profesional.
“Apa pun kegiatan ini masih boleh dikira dan ia masih terkawal. Kita sentiasa jalankan risikan, pemantauan termasuk operasi dan bekerjasama rapat dengan badan-badan bukan kerajaan bagi membantu wanita-wanita yang telah tersasar atau mempunyai masalah latar belakang seperti ini,” katanya.
Mereka yang ditahan, sama ada terlibat atau menjadi ejen bagi kegiatan itu boleh disiasat mengikut Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan.
Statistik terkini D7 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan 2,772 wanita tempatan ditangkap terbabit pelacuran tahun lepas, berbanding 1,801 pada 2011, iaitu peningkatan 54 peratus.
Sebanyak 42,788 serbuan dijalankan tahun lepas dengan serbuan tertinggi di Johor Baharu iaitu 8,749 serbuan berbanding 7,288 serbuan pada 2011. Ini diikuti Kuala Lumpur (8,620); Selangor (6,663) dan Perak (5,426).
Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial, Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah), Jeevan S. Ramamurthy berkata kos sara hidup
yang tinggi bukan lagi faktor utama kegiatan pelacuran dalam kalangan wanita terbabit kerana sebahagian mereka mempunyai kerjaya.
Bagaimanapun katanya ada sesetengah terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu kerana terpengaruh dengan ajakan kawan yang mempunyai kenalan lelaki kaya.
“Sekali mereka terjebak, timbul rasa suka dan faktor itu jugalah yang membuatkan mereka dengan rela hati untuk melayan termasuk melayan nafsu sendiri dan pelanggannya,” katanya. – Bernama
Gadis 24 tahun bungkus dan campak bayi luar nikah
Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Aziz Salleh berkata, gadis berusia 24 tahun itu berasal dari Pasir Puteh, Kelantan dan dipercayai bekerja di sebuah pasar raya di Temerloh.
“Dia dibawa ke HOSHAS oleh rakannya selepas mengadu sakit perut.
Aziz berkata, dipercayai selepas melihat keadaan bayi perempuan itu sudah tidak bernyawa, gadis terbabit mengambil plastik dalam tong sampah sebelum membungkus mayat bayinya dan membuang dalam tong sampah.
Katanya, gadis terbabit kemudian berlagak selamba ketika berjalan keluar dari tandas berkenaan sebelum dipanggil oleh doktor yang bertugas untuk menjalani pemeriksaan.
“Doktor terbabit terkejut selepas mendapati perut gadis berkenaan kempis sebelum memanggil seorang jururawat dan meminta menjalankan pemeriksaan di dalam tandas yang dikunjungi gadis itu.
“Hasil pemeriksaan, jururawat terbabit menemui beberapa titik darah berhampiran tong sampah sebelum membuka tong itu lalu melihat plastik dipenuhi darah bersama mayat bayi berkenaan,” katanya.
Katanya, selepas dimaklumkan penemuan mayat bayi perempuan itu, doktor terbabit menghubungi Balai Polis Temerloh dan polis menahan gadis berkenaan.
Siasatan awal mendapati, bayi perempuan itu berusia enam bulan dan disahkan meninggal dunia ketika dalam kandungan namun punca kematian masih dalam siasatan.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. – Bernama
Mayat bayi perempuan ditemui di loji kumbahan
KUALA LUMPUR – Mayat seorang bayi perempuan ditemui terapung di loji kumbahan Indah Water Sepakat Indah, Sg Chua, Kajang dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab. Rashid Ab. Wahab berkata mayat bayi perempuan yang cukup sifat itu dijumpai pada pukul 4.41 petang oleh seorang lelaki yang kebetulan lalu di kawasan loji kumbahan itu.
“Siasatan awal polis mendapati mayat bayi itu dibuang dalam ruang kumbahan pangsapuri sebelum hanyut ke loji utama,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
- Bernama
Pam bayi dalam tandas hotel
GEORGETOWN: Seorang wanita bertindak di luar batasan apabila dipercayai mengepam bayi yang baru dilahirkannya ke dalam tandas di sebuah hotel di Jalan Macalister, di sini, kelmarin.Bagaimanapun, wanita terbabit tidak menyedari imejnya ketika berlegar-legar di kawasan hotel itu sebelum masuk ke tandas berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Melalui rakaman CCTV itu, wanita berusia 20-an terbabit dilihat menuju ke tandas hotel kira-kira jam 7 malam, tetapi kejadian berkenaan hanya disedari beberapa jam selepas itu ketika seorang pekerja pencuci membersihkan tandas.
“Pihak pengurusan hotel terbabit kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis dan susulan daripada itu, sepasukan anggota penyiasat dan juga unit forensik bergegas ke lokasi kejadian.
Harian Metro
Remaja dinoda bapa tiri, disisih ibu kandung
AMPANG JAYA: Seorang remaja berusia 16 tahun bukan saja menjadi mangsa rogol bapa tirinya selama lima tahun, malah disisih dan dimarahi ibunya sendiri selepas menceritakan kejadian itu tahun lalu di Pandan Perdana, di sini hingga menyebabkan dia terpaksa menumpang di rumah saudaranya.Kejadian malang itu bermula ketika remaja itu berusia 11 tahun apabila bapa tirinya berusia 50-an mengambil kesempatan merogolnya ketika ibunya tiada di rumah.
Remaja berkenaan pada mulanya takut untuk memberitahu perkara itu kepada ibunya, namun mengambil keputusan menceritakan hal itu selepas sering diganggu bapa tirinya itu.
“Mangsa menolak permintaan, namun diugut akan dihalau keluar sekiranya tidak menurut perintah. Lelaki itu memaksa mangsa melakukan hubungan terlarang berkenaan.
“Mangsa dirogol sebanyak dua kali. Lelaki itu turut memberi amaran kepada mangsa supaya tidak menceritakan kejadian kepada ahli keluarga sekiranya mahu selamat,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, tidak tahan dengan penderitaan yang ditanggung mangsa memberitahu ibunya berkenaan perangai buruk bapa tirinya minggu lalu, namun dimarahi dan dituduh memfitnah.
“Remaja itu kemudian melarikan diri dengan berlindung di rumah saudara dan membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah, kelmarin,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan.
Source: Harian Metro
Dirogol 2 lelaki
GEORGETOWN: Pengalaman hitam terpaksa ditempuh seorang janda apabila tubuhnya ‘dijamah’ dua lelaki di kawasan sunyi di Teluk Kumbar, awal pagi kelmarin.Lebih menyedihkan, kejadian berlaku dalam kereta milik seorang daripada empat lelaki yang mulanya berniat menghantar mangsa pulang selepas keluar berhibur di sekitar Queensbay, dekat sini.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsaberusia lewat 20-an keluar berhibur bersama empat rakan lelaki dan dia mengenali seorang daripada mereka.
Menurut sumber, semua mereka dalam keadaan mabuk dan mangsa dibawa kumpulan lelaki itu di sekitar kawasan sunyi, dipercayai tapak perkuburan Cina.
“Wanita itu sekali lagi dipaksa mengadakan seks dengan seorang lagi lelaki dan ia juga berlaku dalam kenderaan terbabit,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang tidak berpuas hati membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Barat Daya.
Timbalan Ketua Polis Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat mangsa.
“Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan dan seorang suspek berusia 20-an ditahan bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.
Source: Harian Metro
Diperkosa adik lelaki ibu tiri lepas tonton bola
JERTIH: Padah menerima pelawaan menonton perlawanan bola sepak bersama adik lelaki ibu tiri, seorang pelajar berusia 15 tahun dirogol suspek di rumah ibu suspek dekat sini, Ahad lalu.Selepas kejadian di Kampung Beting Lintang, dekat sini, mangsa berturutan dirogol suspek dua kali lagi di rumah datuk saudara mangsa di kampung sama pada Isnin dan Selasa selepas itu.
“Mangsa dirogol kali ketiga di depan rumah datuk saudara mangsa pada hari seterusnya kira-kira jam 10 malam,” katanya.
Katanya, mangsa yang takut dengan kejadian itu mengadu perkara berkenaan kepada seorang saudaranya.
Menurutnya, keluarga mangsa membawanya ke Balai Polis Kampung Raja, dekat sini, membuat laporan kejadian itu Khamis lalu.
Harian Metro
No comments:
Post a Comment