Tak Pernah Tinggal Solat Jemaah Walau Lumpuh
Alhamdulillah dan syukur. Itu dua perkataan yang penulis mampu ungkapkan selepas menonton satu video berjudul ‘My prayes to the mosque is my life’ di laman You Tube.
Seorang lelaki tua, Abdullah Al Asiri, 77, adalah seorang yang lumpuh dari paras pinggang ke kaki sejak dia dilahirkan.
Walaupun mengalami kecacatan yang kekal itu, satu sahaja perkara yang Abdullah tidak pernah lupa untuk lakukan.
Bayangkan kalau Abdullah yang sudah tidak mempunyai kaki untuk bergerak dan hanya mengesot untuk ‘berjalan’ seperti manusia normal dalam kehidupan seharian untuk pergi menunaikan solat, kita yang lengkap mempunyai dua kaki macam mana pula?
Semoga, paparan video ini memberikan kesedaran kepada kita untuk sentiasa mengingati akan pentingnya tujuan kita hidup di muka bumi Allah S.W.T ini adalah untuk menunaikan ibadah kepada-Nya.
Dan haruslah kita untuk sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan rezeki dan limpahan rahmat yang telah Allah S.W.T berikan kepada kita.
InshaAllah.
Gesa tukar ‘Pakcik’ warden suka menghendap
KUALA NERANG – Susulan laporan mengenai dakwaan penghuni sebuah asrama anak-anak yatim dan miskin dicabul oleh warden, timbul desakan agar pihak pengurusan asrama segera menggantikan kakitangan itu dengan orang lain.Salah seorang penghuni asrama berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Liya (bukan nama sebenar, ketika ditemui Sinar Harian semalam, berkongsi pengalamannya sepanjang menjadi
penghuni di asrama berkenaan.
Menurutnya, warden berkenaan mula bertugas di situ menggantikan warden sebelumnya, sekitar tahun 2007. Sikap warden yang hanya digelar ‘pakcik’ itu sudah mula menimbulkan rasa kurang
selesa di kalangan penghuni asrama berkenaan.
“Saya sendiri pelik kenapa tidak makcik sahaja yang menjaga penghuni puteri, sudah tentu kami lebih berasa selesa.
Namun tiada tempat untuk kami mengadu mengenai perkara itu, apatah lagi apabila pihak pengurusan dilihat asyik menyokong pakcik,” katanya.
Liya berkata, berikutan keadaan tidak selesa yang mulai membelenggu mereka, masing-masing berbincang sesama sendiri dari saling mengingatkan agar tidak pergi ke mana-mana, khususnya pada waktu malam secara bersendirian.
“Sebelum timbul kes cabul ini lagi, banyak perkara yang kurang menyenangkan berlaku antaranya tindakan pakcik masuk ke bilik air puteri dengan membawa rotan ketika kami sedang mandi pada waktu siang.
“Sebab itu, saya dan penghuni lain di asrama itu berharap sangat agar warden dapat ditukar. Kami selesa dan gembira tinggal di situ, malah dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran namun kehadiran warden ini memang membuatkan kami berasa tidak selesa,” katanya.
Sementara itu, Liya turut mendakwa menyaksikan kelakuan pakcik yang bertindak memeluk dan mencium salah seorang penghuni puteri di asrama itu.
Selain pengakuan daripada Liya, seorang lagi penghuni rumah berkenaan, berusia lingkungan 16 tahun, turut tampil membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Nerang mengenai satu lagi kes cabul.
Mengikut laporan polis yang dibuat kira-kira jam 12.25 tengah hari, 2 Julai lalu, penghuni terbabit mengaku pernah dicabul ketika berusia 11 tahun.
“Saya dipeluk tanpa kerelaan. Kawan-kawan saya juga ada yang kena. Malah kami pernah dimarahinya (warden) dengan kata-kata lucah apabila mengadu kepada orang kampung bahawa dia suka menghendap dan mencabul penghuni puteri.
“Laporan ini saya buat agar polis dapat mengambil tindakan tegas terhadapnya,” katanya.
Sinar
Helah isteri buat laporan dirogol, tutup aib
MUAR – Seorang isteri tergamak membuat laporan polis palsu mendakwa dirogol, gara-gara mahu menutup aib sendiri kerana menjalinkan hubungan sulit bersama teman lelaki.Malangnya, tembelang wanita berusia 38 tahun itu terbongkar, setelah hasil pemeriksaan hospital mendapati tiada sebarang bukti dia dirogol atau berlaku kekerasan
ke atasnya.
“Sejak itu, mereka sering berjumpa termasuk mengadakan hubungan terkutuk dalam rumah wanita ini yang terletak dalam estet tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.
Jelasnya, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, kelmarin, anak lelaki wanita terbabit yang berusia sembilan tahun, telah menjadi saksi perbuatan terkutuk ibu sendiri bersama teman lelakinya di ruang tamu rumah berkenaan.
“Jeritan kanak-kanak ini telah menyedarkan suaminya yang sedang tidur lena dalam bilik utama. Suami wanita terbabit yang terkejut melihat lelaki Bangladesh itu dalam keadaan mencurigakan, bertindak mengejar lelaki terbabit,” katanya.
Katanya lagi, suami wanita itu mendapat pertolongan beberapa penduduk berhampiran yang turut mengejar lelaki Bangladesh terbabit.
Menurutnya, cubaan warga Bangladesh berusia 33 tahun itu untuk menyelamatkan diri gagal dan akhirnya dia dibelasah penduduk kampung termasuk suami wanita
berkenaan.
“Lelaki terbabit kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan termasuk lebam pada
mata,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden tersebut.
Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan.
Sinar
Mayat bayi disangka anak patung
SELAYANG – Seorang peniaga pisang goreng terkejut kerana plastik yang disangkakan mengandungi patung kanak-kanak rupa-rupanya mayat seorang bayi lelaki yang ditemui di longkang berhampiran tempat niaganya sekitar Selayang Baru di sini jam 1.30 petang, semalam.Menceritakan kejadian, saksi yang dikenali Norlisa Abdullah berkata, dia ketika itu sedang menyapu lantai kedainya untuk memulakan operasi perniagaan dan secara kebetulan menjenguk longkang yang berada di sebelah gerainya.
“Saya kemudiannya mengambil sebatang kayu untuk meneliti lebih dalam kepala mangsa sebelum pasti rambutnya adalah menyerupai bayi yang baru lahir dan lengkap bertali pusat,” katanya.
Menurutnya, plastik itu hanya diikat di bahagian leher bayi menyebabkan kepalanya terkeluar.
“Sejurus kemudian, saya meminta bantuan daripada jiran berhampiran sebelum seorang daripadanya membuat laporan polis,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, polis menerima laporan sekitar jam 2 petang dan menemui mayat bayi dalam longkang di Jalan 62, Selayang Baru di sini.
“Mayat bayi yang dijumpai dipercayai baru lahir dan masih bertali pusat serta ditutup dengan satu kotak, dibungkus kertas surat khabar dan beg plastik.
“Jantina bayi tersebut adalah lelaki dan bangsa belum diketahui serta tiada kesan kecederaan dilaporkan,” katanya.Menurutnya, kes disiasat di bawahSeksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran serta membuang bayi, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun.
Sinar
Subhanallah! Budak Berusia Setahun Sudah Mengandung
Seorang budak berstatus bayi kecil telah menggemparkan dunia perubatan di negara Arab. Budak tersebut telah dianalisis dan didapati terdapat satu objek seperti bayi dalam kandungan dalam perutnya.
Awalnya saya sangat tidak percaya dan saya menganggap ini spekulasi, tetapi setelah melihat hasil analisa pasukan doktor lengkap dengan gambar – gambar budak pelik dan kandungannya, seperti sukar untuk tidak dipercayai. Ini benar – benar fakta unik dan misteri kehidupan.
Budak berusia satu tahun ditemui hamil di Arab Saudi. Doktor mengatakan ini kes yang unik bagi dunia ini. Laporan Ilmu Perubatan mengatakan: ” Apabila ibu kanak-kanak ini hamil, dia mempunyai 2 janin dalam dirinya. Tapi salah satu janin tumbuh di dalam yang lain, inilah mengapa gadis ini lahir dengan janin dalam rahimnya. Pasukan Doktor Arab memastikan ini boleh saja terjadi dari sudut perubatan. Mari kita lihat gambar budak pelik setahun yang mengandung.
Suami isteri ditipu tiket judi palsu
ALOR GAJAH – Ghairah memiliki wang bernilai lebih RM100,000, sepasang suami isteri rugi RM14,000 selepas terpengaruh dengan tiket nombor ekor palsu.Kejadian berlaku 4 Julai lalu, apabila pasangan dari Masjid Tanah, di sini, dihampiri seorang wanita dari negara jiran yang mendakwa dirinya dalam kesusahan.
Sudin berkata, wanita terbabit tiba-tiba datang dan menyapanya serta mendakwa sedang buntu memikirkan cara mendapatkan wang kerana tidak memiliki pengenalan diri.
“Wanita berkenaan mendakwa kakak iparnya yang mengandung tumpah darah selepas tergelincir di bilik air dan memerlukan rawatan segera di hospital swasta. Dia tak berani bawa ke hospital kerajaan kerana bukan warganegara.
“Selepas berbual seketika, dia menunjukkan sekeping tiket nombor ekor yang dimenanginya dengan hadiah RM130,000 tetapi tidak menuntutnya kerana mendakwa tiada MyKad,” katanya.
Menurutnya, wanita terbabit mahu meminjam wang berjumlah RM30,000 dengan mencagarkan tiket nombor ekor itu.
“Tanpa berfikir panjang, kami segera pulang ke rumah untuk mengambil buku bank dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Wish dipandu rakan wanita terbabit.
“Kami keluarkan wang RM9,000 dan RM5,000 dari dua bank berbeza sebelum serahkan kepada wanita berkenaan,” katanya.
Sudin berkata, wanita itu berjanji seseorang akan menghubunginya keesokan hari untuk memulangkan semula wang dipinjam.
“Namun, tiada seorang pun menghubungi saya menyebabkan saya menyedari menjadi mangsa tipu,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Masjid Tanah, di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
Sinar
Rita lebih tenang setelah pulang dari Makkah
Hubungan yang pada mulanya dibina berlandaskan cinta dan kasih, kini makin goyah.
Namun, di sebalik pergolakan demi pergolakan yang berlaku, Rita tidak sedikit pun mengeluh, apatah lagi mempersoalkan ujian ALLAH SWT buatnya.
“Pernah ketika saya sedang mengandungkan Qaqa, saya masuk ke dalam bilik air untuk menangis kerana tidak mahu dilihat Rayyan, tapi Rayyan masuk ke dalam bilik air, duduk di riba saya dan menemani saya sehingga berhenti menangis.
“Setelah empat tahun berumah tangga dan pernah melalui dugaan sebegini sebelum ini, hati saya sudah kebal. Saya dah puas menangis dan kini saya tak rasa sedih lagi. Yang penting, saya bahagia bersama anak-anak dan mereka adalah kekuatan saya,” ujarnya ketika ditemui selepas pelancaran filem Balistik, kelmarin.
Demi memastikan anak-anak tidak terabai, Rita telah meletakkan syarat kepada pihak produksi bahawa waktu bekerjanya harus berakhir pada jam 10.30 malam.
“Bukan mahu berlagak diva, tapi demi memberi masa yang adil buat anak-anak, saya sudah menetapkan waktu penggambaran untuk saya harus berakhir jam 10.30 malam.
“Buat masa ini, kesemua produksi yang bekerja dengan saya tidak ada masalah dengan syarat saya itu. Jika saya bekerja, anak-anak akan ditinggalkan dengan pengasuh di rumah.
“Tapi kalau ada penggambaran di luar Kuala Lumpur, saya akan membawa anak-anak sekali dan kami akan menginap di hotel,” katanya.
Ikut rentak Aidil
Menyentuh tentang kes penceraiannya yang kini masih berjalan di mahkamah, Rita berkata, dia kini mengikut sahaja rentak permainan Aidil dan menyerahkan nasib rumah tangganya kepada takdir.
Menurut Rita, selepas pulang dari menunaikan umrah pertengahan Jun lepas, dia menjadi lebih kuat dan tenang.
“Walaupun Allah menduga saya dengan masalah rumah tangga, tapi Dia bagi ketenangan dan kebahagiaan yang tidak dapat diungkapkan.
“Malah, walaupun Ramadan belum menjelma, saya dah siapkan kelengkapan raya buat saya dan anak-anak,” katanya yang tidak sabar menyambut lebaran bersama Rayyan dan Qaqa.
Katanya, anak-anak juga tidak pernah bertanya di mana Aidil memandangkan mereka lebih rapat dengannya.
“Saya dan anak-anak tidak pernah berpisah, malah jika ibu bapa saya datang pun, mereka tidak berpeluang tidur dengan anak-anak saya kerana anak-anak mahu tidur dengan saya.
“Begitu juga dengan daddy mereka, walaupun dalam tempoh tujuh bulan selepas Aidil meninggalkan rumah, hanya tiga hingga empat kali Aidil pulang ke rumah, mereka tidak pernah tanya ke mana Aidil pergi,” jelasnya.
Dilamar Rosyam Nor
Berkongsi perkembangan seninya, Rita yang kini sedang sibuk dengan penggambaran filem Balistik mengakui berasa teruja apabila dilamar Rosyam Nor untuk membintangi filem terbitan Suhan Movie & Trading Sdn Bhd dan Asia Tropical Films Sdn Bhd (ATF).
Katanya, sejak dulu lagi, dia tidak pernah menolak lamaran Rosyam, biarpun watak kecil sekali pun.
“Kalau terima tawaran, saya akan lihat dahulu bagaimana jalan cerita, pengarah dan pelakon. Saya akui sangat selektif memilih tawaran lakonan.
“Pertama kali Rosyam tawar saya berlakon drama Rozana, dia buat saya jadi lebih bagus. Kemudian, bila dia tawar berlakon drama terbitannya, tawaran itu tidak pernah mengecewakan. Jadi, bila dia tawar saya berlakon Balistik, saya tidak teragak-agak untuk terima,” katanya.
Biarpun pernah meletakkan karier lakonan di tempat kedua sebelum ini, Rita kini terpaksa aktif kembali dalam lakonan demi mencari nafkah buat anak-anak.
“Saya meletakkan karier dan keluarga, 50-50. Tapi, saya bersyukur kerana masih diterima peminat dan ada peminat yang kata saya seperti wajah eksklusif. Susah nak lihat saya muncul di kaca televisyen, tapi bila saya muncul, mereka pasti akan menonton lakonan saya,” katanya yang merancang untuk menceburi bidang perniagaan dalam masa terdekat ini.
Sinar
Lautan Buih Serang Bandar Cape Town
Kejadian alam seperti banjir besar,hujan lebat merupakan fenomena biasa yang terjadi di atas muka bumi ini. Terdapat satu lagi yang boleh dianggap unik. Satu fenomena alam luar biasa yang jarang berlaku menyebabkan kawasan persisiran pantai di Cape Town, Afrika Selatan dibanjiri oleh air buih ‘Cuppuccino’.
Buih-buih itu jelas kelihatan melimpah sehingga melebihi pesisir pantai dan masuk ke kawasan tempat awam. Boleh lihat gambar di bawah.
Info Ringkas:
- Kejadian ganjil ini dikenali sebagai “buih laut” atau bahkan “buih pantai” dan ia berlaku disebabkan tindak balas air laut dengan kekotoran bahan organik, seperti plankton, ikan mati, tumbuh-tumbuhan mati dan lain-lain elemen yang terapung di permukaan air.
- Arus yang kuat menyebabkan air membentuk gelembung kecil yang mempunyai kecenderungan untuk “bergabung” dan menyebabkan fenomena ini berlaku.
- Saintis telah mengatakan bahawa jika kelajuan angin adalah lebih daripada enam meter sesaat, maka tenaga yang dipindahkan daripada angin untuk air secara berkadaran lebih tinggi, dan kuasa yang dikenali sebagai ketegangan yang air luar biasa tidak cukup untuk memegang molekul di permukaan bersama-sama.
- Justeru air terputus sehingga ke titisan kecil disebabkan oleh ketegangan permukaan yang menyebabkan mereka untuk muncul sebagai buih putih.
Sumber: Melayukini.net
Subhanallah! Air Liur Bayi Bertukar Jadi Kristal
Kejadian itu berlaku bukan sekali tetapi setiap kali bayi itu mengeluarkan air liurnya dan sejurus selepas itu juga ia akan bertukar menjadi kristal.
Bayi yang diberi nama Rafael berumur setahun itu dilaporkan telah mengeluarkan 102 biji kristal seperti mutiara.
“Ketika itu saya sedang menggendongnya dan melihat dia mengeluarkan air liur dan terperanjat apabila ia mengeras seperti kristal,” katanya kepada Kompas.com.
Melihat keanehan yang berlaku ke atas anaknya itu, Leni bersama suaminya membawa anak mereka itu ke klinik tetapi pihak klinik tidak dapat memutuskan jenis penyakit yang dihidapi bayi tersebut.
Kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Selepas berita ini tersebar sudah semestinya bayi ini sering menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihatnya secara dekat. Mungkin tidak hairan jika ada yang sanggup membeli bayi ini sedangkan penemuan pelik yang lain turut ramai yang menawarkan harga.
Sumber: Melayukini.net
Warga emas maut diragut
GEORGETOWN – Seorang pembantu kedai kopi maut selepas diragut dua lelaki dalam satu kejadian di tempat letak motosikal flat Padang Tembak di sini awal pagi kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, Tan Kim Chuan, 60, dikatakan baru keluar dari rumahnya untuk ke tempat kerja di Lebuh Carnavon sebelum beg tangannya diragut dari arah belakang oleh dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
Difahamkan, ketika kejadian sekitar kawasan berkenaan masih lagi sunyi dan ia berlaku tanpa disedari penduduk lain.
Bagaimanapun, kejadian berkenaan berjaya direkodkan kamera litar tertutup yang dipasang di sekitar kawasan perumahan berkenaan.
Hasil penelitian CCTV mendapati mangsa yang terbaring tidak dihiraukan penduduk yang lalu lalang di sekitar kawasan kejadian selepas beberapa minit.
Hanya lapan minit kemudian dua lelaki menghampiri dan cuba memberikan bantuan kepada mangsa.
Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan.
Sinar Harian difahamkan mangsa meninggal dunia sembilan jam kemudian selepas menjalani pembedahan untuk membuang darah beku di bahagian otak.
Sementara itu,Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Assiten Komisioner Mohd Nasir Salleh ketika ditemui berkata polis sedang meneliti rakaman CCTV berkenaan dan masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti kedua-dua suspek.
“Kita akan menhantar rakaman CCTV ini ke Jabatan Forensik Bukit Aman untuk mendapatkan imej yang lebih jelas suspek terbabir.
“Polis melancarkan satu operasi bagi mengenal pasti bekas penjenayah kes ragut untuk proses dokumentasi bagi membantu siasatan,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Nasir berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal selepas mengalami kecederaan serius di bahagian kepala.
Menurutnya, kes akan disasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Sinar
Kepala hampir terbelah dua
SUNGAI KAPAR INDAH – Seorang penggali kubur maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh bahagian belakang sebuah treler yang sedang menunggu pagar sebuah kilang dibuka di Batu 7, Jalan Kapar, berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, di sini awal pagi semalam.Treler berkenaan yang juga datang dari arah Klang berada di hadapan kilang itu sementara menunggu pengawal membuka pagar. Bagaimanapun bahagian belakang treler itu masih berada di jalan raya manakala bahagian hadapan pula sedang bersiap sedia untuk masuk ke kawasan kilang.
Ketua Trafik IPD Klang Utara, Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, kejadian berlaku sekitar jam 1.20 pagi ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Kapar.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian motosikal mangsa merempuh bahagian belakang sebuah treler dan rempuhan kuat menyebabkan kepala mangsa terhantuk pada besi di bahagian belakang treler itu sebelum mangsa tercampak ke jalan raya.
“Hantukan kuat itu menyebabkan bahagian muka dan kepala mangsa hampir terbelah dua,” katanya.
Sejurus kejadian itu, menurutnya, mangsa yang mengalami pendarahan serius di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.
Zawary berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987.
Sinar
Misteri Bahan Binaan Piramid Dijawab Dalam Al-Quran
Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.
Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ
“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.”
(Al-Qasas: 38)
Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.
Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.
Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.
Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.
Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.
Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”
Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.
Kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.
Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.
Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.
Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.
Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.
Sumber: akakdisebalikpintu.blogspot.com
No comments:
Post a Comment