Rupa makhluk asing menyerupai obor-obor
LONDON – Tanggapan masyarakat terhadap rupa makhluk asing yang biasanya dilabelkan berwarna hijau sama sekali meleset.Pakar Satelit Britain, Maggie Aderin-Pocock berkata, rupa makhluk asing adalah seperti obor-obor gergasi dan berwarna oren.
Katanya, warna oren bertindak sebagai penyamaran, manakala bahagian berbentuk bawang berfungsi sebagai alat apungan.
“Makhluk ini tidak akan hidup di dalam laut, tetapi di atmosfera planet seperti Musytari, di mana ia boleh terapung,” katanya.
Cicak Spiderman ditemui di Kenya
NAIROBI – Sepasang suami isteri berjaya merakamkan cicak Spideman atau nama saintifiknya, Mwanza Flat Headed Agama ketika menghadiri bengkel fotografi di Taman Negara Masai Mara di Kenya, minggu lalu.Cassio Lopes bersama isterinya Alessandra hampir tidak percaya apabila spesies cicak yang berasal dari Afrika itu muncul mendekati mereka.
“Cicak itu mempunyai warna di dada, lengan dan kaki, ia menyerupai cicak dalam animasi Spiderman dan hanya melekat pada batu berhampiran sungai,” katanya.
Sinar
Muslimat Mesir Lancarkan Saluran TV Wajib Berpurdah
Semua pekerja di saluran baru yang bernama Maria, serta para tetamu yang menjadi pembicaraan dalam program-programnya adalah wanita yang mengenakan niqab atau purdah, menurut Safaa al-Refaie, pimpinan stesen TV baru tersebut.
“Niqab adalah garis merah yang tidak boleh dilanggar,” ujar Refaie seperti dilaporkan oleh akhbar pemerintah Mesir, al-Ahram. Dia menolak untuk mendedahkan sumber pembiayaan saluran tvnya.
“Mesej kami akan diarahkan kepada perempuan Muslim, mengajar mereka sunnah Nabi Muhammad,” kata Refaie.
Refaie menambah, saluran ini dibuka juga dengan maksud untuk mendapatkan kembali martabat perempuan dalam niqab. Selama beberapa dekad terakhir perempuan dengan niqab kerap dianiaya dan dikenakan pemutusan hubungan kerja. Ketika era bekas Presiden Mesir Husni Mubarak, pengenaan tudung dilarang di saluran TV Mesir. Pengacara perempuan tidak dibenarkan untuk muncul di skrin dengan memakai tudung.
Jika saluran tersebut menyiarkan program tentang suatu masalah dan tidak dapat mencari seorang penceramah yang memakai niqab, maka, menurut Refaie, saluran akan memberi mereka dua pilihan: baik untuk memakai niqab sementara selama program, atau wajah mereka dikaburkan saat program sedang ditayangkan.
Yasser Abdul Aziz, seorang ahli Media Mesir mengatakan bahawa ia menganggarkan saluran tersebut tidak akan mampu bertahan lama, walaupun mungkin menarik sejumlah besar penonton. Menurutnya, selama lima dekad terakhir, saluran yang mencapai puncak popular adalah mereka yang bergantung pada nilai-nilai sederhana.
Sementara itu, aktivis hak asasi manusia Mesir Negad al-Boraire menggambarkan Maria sebagai ‘latihan’ dari kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat. Ia mengatakan bahawa sekatan wanita tanpa tudung dalam program-program di Maria, bukanlah bentuk diskriminasi.
Sejak tumbangnya Mubarak, pada Februari 2011, aktivis Islam semakin menunjukkan peranan dalam perpolitikan di Mesir. Negara ini diperintah oleh Muhammad Mursi, yang mempunyai akar dalam kumpulan Ikhwanul Muslimin, yang dilarang di bawah pemerintahan Mubarak.
Sumber: Halim Islam Online
Thierry Henry: Islam Adalah Agama Pilihan Terbaik
“Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya ingin percaya kepada sebuah agama,” kata penyerang New York Red Bulls.
Menurut Henry, menjadi seorang Muslim itu tidak boleh setengah-setengah. “Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati saya.”
“Dan itu benar-benar menyedihkan bahawa banyak orang tidak meluangkan masa untuk cuba memahami Islam.”
Penyerang Les Bleus Perancis yang berjaya meraih Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2000 ini menekankan, jika seseorang benar-benar percaya kepada Allah, maka sudah seharusnya setiap Muslim harus menjadi orang yang taat. “Kalau percaya ajaran Islam, seseorang harus percaya pada Al Quran dan Rasul terakhir,” kata Henry.
Sumber: Halim Islam Online
Ulama mahu pengarang akhbar dihukum mati
Tindakan itu dibuat selepas pengarang akhbar harian Al-Ahdath Al-Maghribia, Mokhtar el-Ghzioui, secara terbuka menyokong seorang aktivis hak asasi manusia Maghribi yang menghalalkan hubungan seks sebelum perkahwinan.
Beliau membuat komen penuh kontroversi itu dalam temu bual dengan sebuah stesen televisyen pada minggu lepas.
Abby berhasrat sertai demo bebas tahanan ISA esok
KUALA LUMPUR: Bebarapa minit sebelum berakhirnya program, Abby Abadi telah menyatakan hasratnya untuk menyertai protes Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi menuntut pembebasan 45 tahanan ISA pada 8 Julai ini di hadapan Kem Tahanan Kamunting (Kemta).
“Saya akan sertai protes menuntut pembebasan 45 tahanan ISA, entah kenapa malam ini hati saya tergerak untuk bersama-sama dengan rakyat turun berhimpun bagi menuntut secebis keadilan,” ujar Abby lagi.
Beliau menyatakan demikian pada forum yang diadakan di pekarangan Tapak Pekan Selasa, Batu Kurau anjuran PAS Kawasan Larut, lapor laman web Persepsi Kita Berbeza.
Usia Bukan Halangan Cinta Ella Dan Azhar
Ella, 46, berkata, apa yang lebih penting adalah keserasian di antara mereka dan menyanjungi personaliti suaminya iaitu Azhar Ghazali, 30-an yang cukup matang dan memahami dirinya.
"Ini dikatakan jodoh yang ditentukan Allah. Saya tidak melihat pada faktor usia sebaliknya memandang nilai dirinya yang cukup memahami diri saya dan matang sebagai seorang lelaki. Tambahan pula kami cukup serasi," ujarnya.
Penyanyi lagu Layar Impian itu selamat diijabkabulkan dengan Azhar iaitu seorang juruterbang syarikat Firefly dengan sekali lafaz di kediaman pengantin perempuan di Teluk Gadung di sini kira-kira pukul 10.30 malam Sabtu lalu.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Nurul Iman, Klang, Baharuddin Abu Bakar berwalikan abang sulung pengantin perempuan, Mohd Noor Izam Aminudin.
Ella dan Azhar sebelum itu telah ditunangkan sebelum majlis akad nikah bermula.
Dalam pada itu, Azhar berkata, dia juga tidak melihat soal usia sebagai penghalang dan menjadikan perkahwinan Nabi Muhammad S.A.W. bersama Siti Khadijah sebagai contoh terbaik dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.
"Rasulullah juga berkahwin dengan Siti Khadijah yang jauh lebih berusia darinya dan baginda dapat hidup dengan bahagia dan penuh berkat.
Ditanya mengenai keistimewaan Ella di matanya, Azhar berkata, sifat isterinya yang seorang penyayang dan cukup bersederhana menjadikan hatinya tertawan dengan ratu rock negara itu.
Ujar Azhar, walaupun sebelum ini ada beberapa rintangan dalam hubungan mereka sepanjang sembilan tahun berkenalan, dia bersyukur akhirnya dapat disatukan dengan isteri tercinta.
"Mungkin dulu kami tidak matang dan tidak bersedia untuk bergelar suami isteri tetapi sikap penyayang dan sederhananya membuatkan hati saya sentiasa terpaut kepadanya.
"Ini dinamakan jodoh dan saya gembira kami akhirnya dapat disatukan," katanya.
Sementara itu, Ella berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan membahagiakan suaminya.
Ella berkata, walaupun sudah terbiasa hidup solo sebelum ini, dia tidak bimbang untuk menyesuaikan diri dengan status barunya itu dan yakin dapat melaksanakan tugas itu dengan baik.
"Bila saya putuskan untuk mendirikan rumah tangga itu bererti saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri kepada seorang suami.
"Insya Allah semuanya akan berjalan dengan lancar. Doakan kebahagiaan kami berdua," katanya.
Dalam perkembangan sama, ibu Ella, Yang Asmah Yong, 85, memanjatkan kesyukuran hasratnya untuk melihat puteri kesayangannya itu berkahwin akhirnya tercapai.
Yang Asmah berkata, dia sudah menantikan saat ini begitu lama dan cukup gembira dengan perkahwinan tersebut.
"Rasanya makciklah orang yang paling gembira sekali apabila Ella akhirnya berkahwin dan doa makcik semoga dia kekal bahagia sehingga ke akhir hayat," katanya.
Pasangan itu akan diraikan dalam majlis menyambut menantu di Muar, Johor pada minggu hadapan dan resepsi seterusnya akan diadakan pada 1 Disember di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Rayu anak gadis lari ikut teman lelaki pulang
8 Julai 2012
Tindakan Nurayu Nasir, 24, menghilangkan diri sejak Ogos 2008 itu menyebabkan ibunya, Asnah Aman, 51, sering jatuh sakit sehingga dimasukkan ke hospital beberapa kali akibat tekanan darah tinggi dan sesak nafas.
Menurut kakak sulung Nurayu, Melati Nasir, 31, adiknya meninggalkan rumah ketika berusia 20 tahun selepas keluar kira-kira jam 9 pagi, membawa bersama semua barangan miliknya dan tidak pulang semula selepas itu.
“Adik yang hanya tinggal berdua di rumah bersama nenek ketika itu memberitahu hendak ke kedai tetapi sehingga kira-kira jam 12.30 tengah hari, adik tidak pulang.
“Risau dengan keselamatannya, nenek menghubungi ayah, Nasir Ayob, 51, yang kemudian bergegas pulang dan mendapati pakaian, barangan peribadi dan gambar Nurayu
tiada di biliknya," katanya ketika ditemui di Taman Pertam Jaya, di sini, semalam.
Melati berkata, adiknya yang merupakan anak keempat daripada 10 beradik dipercayai lari mengikut teman lelaki, yang juga anak seorang bergelar Datuk dan tinggal di kawasan berhampiran.
“Sikap adik yang pemalu dan kurang bercakap berubah sejak mengenali lelaki itu dan dipercayai adik bertindak keluar rumah selepas hubungan mereka terhalang.
“Ayah mahu dia menyambung pelajaran kerana mendapat tawaran ke sebuah universiti selepas tamat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),” katanya.
Sementara itu, katanya, hasil maklumat beberapa rakan ayahnya, Nurayu dikatakan berada di Terengganu bersama lelaki itu, bagaimanapun usaha menjejakinya beberapa kali ke negeri itu menemui jalan buntu.
“Kami pernah membuat semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan terkejut apabila mendapati alamat terkini adik pada kad pengenalannya ialah rumah lelaki itu. Ini menguatkan lagi sangkaan kami dia lari mengikut lelaki tersebut.
“Saya mewakili ahli keluarga merayu supaya adik segera menghubungi kami kerana kesihatan emak semakin merosot, malah kami seluruh keluarga rindukan dia dan berharap dapat menyambut Aidilfitri bersama-sama tahun ini,” katanya.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Nurayu diminta menghubungi Melati di talian 019-771 8766 atau ibunya 010-501 8899.
Niat murni bertukar tragedi
8 Julai 2012
Turut maut, warga emas terbabit yang juga dirempuh lori sama membawa muatan roti.
Kejadian berlaku kira-kira 7.30 malam di Kilometer 4 Jalan Tampin-Gemas, di sini, apabila H Duraiswami, 34, bersama isteri, A Mere Minna, 37, dan anaknya, D Kugen, 2, dalam perjalanan pulang dari pekan Tampin ke rumah di Taman Repah Baru, di sini dengan menaiki motosikal jenis Honda EX5.
Ketika di tempat kejadian, mangsa dikatakan terserempak dengan seorang warga emas berusia sekitar 60-an di tepi jalan di sebuah jambatan.
Pada mulanya, tiga beranak itu meneruskan perjalanan mereka, namun dikatakan berpatah balik beberapa meter untuk bertanya warga emas berkenaan.
Musykil lihat lelaki di tepi jalan waktu malam
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai berbuat demikian kerana musykil melihat warga emas terbabit berada di tepi jalan pada waktu malam dan berniat untuk bertanya.
"Bagaimanapun, sebaik saja dia selesai bertanya dan mahu meneruskan perjalanan semula, sebuah lori dari arah depan merempuh motosikal mangsa," katanya.
Menurutnya, motosikal mangsa tercampak kira-kira tujuh meter, lalu mengenai warga emas terbabit.
"Pada mulanya, pemandu lori berusia 30-an itu cuba memberi bantuan awal, namun bertindak meninggalkan lokasi dan membuat laporan di Balai Polis Tampin selepas mendapati orang ramai mengerumuni kawasan berkenaan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Cari waris warga emas
Menurut Kooi Cheang, Duraiswami disahkan maut ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban kira-kira 9 malam, sementara isteri dan anaknya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Warga emas berkenaan pula maut kira-kira 12 tengah malam tadi (semalam) di Hospital Tampin, dekat sini," katanya,
Beliau berkata, setakat ini polis sedang mencari waris warga emas berkenaan yang tidak mempunyai sebarang rekod pengenalan diri.
"Warga emas itu juga dikatakan sering kelihatan berjalan kaki dari Gemencheh ke pekan Tampin dengan berseluar pendek," katanya.
Beliau berkata, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mayat tiga beranak berkenaan akan disemadikan di tempat pembakaran mayat di Bukit Jelutong, Melaka, petang ini.
No comments:
Post a Comment