Monday, July 9, 2012

BERILAH JIKA ITU HAK BAPA...AKHLAK MENUNJUKKAN BUDI PERKERTI....JANGAN PERTIKAI HAK ALLAH...BERMAKNA KITA ISTIHAR MENENTANG ALLAH SWT....

Sup Janin Bayi Yang Terkenal Di China

Posted on the July 9th, 2012 under Luar Negara by admin
Sup Janin bayi merupakan sup yang paling terkenal di China pada satu ketika dulu. Sup Janin bayi ini paling digemari oleh seseorang yang inginkan tenaga batin yang kuat. Menurut kepercayaan mereka, janin bayi mampu membuatkan seseorang lelaki itu bertenaga dan mampu bertahan lebih lama dalam hubungan seksual.
Kebanyakan sumber daripada janin bayi itu diambil daripada wanita atau gadis yang sudah terlanjur dan hendak menggugurkan kandungan mereka. Cerita ini ditulis oleh seorang wartawan di Taiwan setelah mendengar desas desus mengenai makanan menambah kekuatan dan stamina yang dibuat dari janin manusia. ’Healthy Soup‘ yang dipercayai dapat mendapat stamina dan menambah tenag a batin lelaki yang di hasilkant dari janin bayi manusia berumur 6 – 8 bulan dapat dibeli pada harga 3000-4000 RMB (matawang setempat).
Wan, seorang warga Taiwan mengaku mengamalkan dan pelanggan tetap ‘Healthy Soup‘. Sebagai hasilnya, lelaki berusia 62 tahun menjelaskan khasiat ‘Healthy Soup‘ ini mempertahankan kemampuannya untuk dapat berhubungan seks beberapa kali dalam semalam. Penulis diajak oleh pengusaha tersebut di atas ke salah satu restoran yang menyediakan ‘Healthy Soup’ di kota Fu San – Canton dan diperkenalkan kepada tukang masak restoran tersebut.”Healthy Soup’ lebih dikenali sebagai BAIKUT oleh penggemar makanan tersebut.






Tukang masak restoran menyatakan jenis makanan tersebut tidak mudah di dapati kerana stock agak terhad. Ditambahkan pula bahwa makanan tersebut harus disajikan secara fresh, bukan frozen. Tetapi kalau berminat, mereka menyediakan ari-ari bayi (plasenta) yang dipercaya dapat meningkatkan ghairah seksual dan juga ubat awet muda. Tukang masak restoran tersebut mengatakan jika memang menginginkan Healthy Soup’, dia mencadangkan untuk pergi ke sebuah desa di luar kota di mana ada sepasang suami isteri yang isterinya sedang mengandung 8 bulan.Diceritakan pula bahawa si isteri sebelumnya sudah pernah mengandung 2 kali, tetapi kedua anaknya lahir dengan jenis kelamin perempuan. Jika kali ini lahir perempuan lagi, maka ‘Healthy Soup’ boleh didapati dalam waktu dekat.

 Cara pembuatan ‘Healthy Soup’, seperti yang diceritakan oleh jurnalis yang membuat liputan kisah ini adalah sebagai berikut:
Janin yang berumur beberapa bulan, ditambah Pachan, Tongseng, Tongkui, Keichi, Halia, daging ayam dan Baikut, di stim selama 8 jam, setelah itu dimasak seperti memasak sup. Beberapa hari kemudian seorang sumber menghubungi penulis untuk meberitahu bahwa di Thaisan ada restoran yang sudah mempunyai stok untuk ‘Healthy Soup’. Bersama sang pengusaha,penulis dan fotografer pergi ke restoran di Thaisan untuk bertemu dengan tukang masak restoran tersebut yang tanpa membuang waktu langsung mengajak rombongan untuk melawat ke dapur.
Di atas papan potong tampak janin tak bernyawa itu tidak lebih besar dari seekor kucing. Tukang masak menjelaskan bahwa janin tersebut baru berusia5 bulan. Tidak dijelaskan berapa harga belinya, yang pasti itu tergantung besar-kecil, hidup-mati janin tersebut dan sebagainya (Ya Tuhan!!!). Kali ini, harga per mangkuki ‘Healthy Soup’ 3,500 RMB karena stok sukar diperolehi.
Sambil mempersiapkan pesanan kami,dengan hati terbuka tukang masak tersebut menerangkan bahwa janin yang keguguran atau di gugurkan, biasanya mati, dapat dibeli hanya dengan beberapa ratus RMB saja, sedang kalau dekat tarikh kelahiran dan masih hidup, harga semakin meningkat semahal 2.000 RMB. Urusan bayi itu diserahkan ke restoran dalam keadaan hidup atau mati, tidak ada yg mengetahu Setelah selesai,’Healthy Soup’ disajikan panas di atas meja, penulis dan fotografer agak keberatan untuk menjamah, kerana setelah kunjungan di dapur, sudah kehilangan semua selera makan, maka cepat-cepat meninggalkan mereka dengan alasan tidak sedap badan. Menurut beberapa sumber, janin yang menjadi makanan amalan semua adalah janin bayi perempuan. Apakah ini merupakan akibat kebijaksanaan pemerintah China untuk mewajibkan satu anak dalam satu keluarga yg berlaku sampai sekarang, atau hanya karena kegemaran orang akan makanan sihat sudah mencapai suatu keadaan yang tidak berperikemanusian dan hilangnya sifat manusiawi.
Sumber: Abadi Romeo

Ulama: Hukum mengundi wajib

Posted on the July 9th, 2012 under Agama,Tempatan by admin

HAJI ATAU UNDI PRU13?
Majoriti ulama berpendapat hukum mengundi adalah wajib dan ia berdasarkan kepada konsep penyaksian iaitu menjadi saksi bahawa calon yang undi adalah baik dan layak untuk memegang amanah sebagai pemerintah.
Pendapat ini digunakan oleh Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Syeikhul Al-Azhar Syeikh Ahmad Tayyib, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah dan sebagainya.
Justeru warganegara yang layak mengundi wajib mengundi atas dasar memberikan penyaksian. Jika calon tersebut tidak layak serta tidak amanah maka ia tidak boleh berkompromi dengannya. Membangunkan negara Islam adalah kewajipan kerana menegakkan syariat secara menyeluruh mesti dilakukan melalui pentadbiran sesebuah negara. Maka tanpa melalui pilihan raya, gerakan Islam tidak akan mampu meraih ruang kuasa untuk mentadbir negara.





Secara ringkas:
Mengundi adalah satu kewajipan kerana mengundi merupakan wasilah bagi memilih kepimpinan Islam dalam mendirikan negara Islam.
Mengundi dalam pilihan raya termasuk dalam konteks jihad kerana menentang kezaliman dan menolak pihak yang melawan syariat Islam bagi memenangkan pihak Islam atau gerakan yang membawa perjuangan Islam.
Dalam ilmu usul fiqh, kewajipan mengundi termasuk dalam wajib mudhaiyaq (sempit) iaitu mesti dilaksanakan pada waktu itu juga. Iaitu tempoh mengundi bagi pilihan raya Malaysia adalah lima tahun sekali, maka kewajipan mengundi adalah pada waktu pilihan raya sahaja iaitu dalam tempoh lima tahun sekali.
Kewajipan mengundi adalah setiap kali berlakunya pilihan raya.
Muhamad Zuhaili Saiman, Pengerusi Felo MANHAL PMRAM 2012
Dari blog – Permata Perjuangan

Susulan kes cerai: Rita bantah permohonan hak lawatan

Posted on the July 9th, 2012 under Artis by admin

SHAH ALAM – Pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar hari ini mengemukakan notis bantahan di Mahkamah Tinggi Syariah berhubung permohonan suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak untuk mendapatkan hak lawatan ke atas dua anak mereka.
Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain mewakili Rita memberitahu mahkamah bahawa terdapat beberapa tuduhan dalam notis permohonan Mohd Aidil selaku plaintif yang tidak dipersetujui Rita.
Beliau antara lain mendakwa Mohd Aidil, yang juga pemain bola sepak kebangsaan, tidak menyatakan alamat tempat tinggal secara khusus tetapi hanya menulis USJ Subang Jaya.





“Mohd Aidil turut memfailkan tuntutan sama di Mahkamah Syariah Seremban dan dimaklumkan telah ditarik balik,” katanya.
“Plaintif dalam surat permohonan kembali taat yang difailkan terhadap defendan, menuntut isterinya tinggal di USJ Subang Jaya, juga tidak menyatakan alamat tepat.
“Setelah meneliti tuntutan, terdapat masalah berkenaan bidang kuasa mahkamah bagi membicarakan kes ini,” katanya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini,hari ini.
Sehubungan itu, Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar memerintahkan Rita selaku defendan memfailkan notis bantahan awal dengan mengemukakan alasan dan merujuk perkara-perkata berkaitan.
“Notis bantahan perlu difailkan dalam tempoh tujuh hari dari hari ini manakala hujahan bertulis hendaklah diserahkan sebelum atau pada 30 Ogos ini,” katanya.
Beliau menetapkan 25 September ini untuk memberikan keputusan sama ada mahkamah itu mempunyai bidang kuasa untuk meneruskan kes atau tidak.
Rita, 36, berbaju kurung moden ungu tiba di mahkamah jam 9.25 pagi manakalasuaminya tidak hadir dan diwakili peguam Norasyada Osman.
Norasyada pada prosiding memaklumkan Aidil Zafuan ada latihan bola sepak.
Permohonan hak lawatan dan bermalam bersama dua anak difailkan Aidil Zafuan pada 20 Jun lalu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan diserahkan kepada isterinya pada 27 Jun lalu.
Mohd Zaidi di luar mahkamah berkata, Aidil Zafuan turut memfailkan tuntutan sama di Mahkamah Syariah Seremban dan dimaklumkan ia ditarik balik.
Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.
Media sebelum ini melaporkan rumah tangga pasangan suami isteri itu tegang berikutan Aidil Zafuan keluar dari rumah mereka di Damansara.
Sinar

Rakyat Amerika yang memeluk agama Islam kini cecah hampir 7 juta orang

Posted on the July 9th, 2012 under Agama,Luar Negara by admin
Menghadapi bermacam-macam orang dari bangsa dan ideologi yang berbeza, Isa Parada, seorang mualaf Hispanic asal Houston, sedang cuba untuk menghubungkan perbezaan antara komuniti Latin dan komuniti Muslim Amerika, cuba untuk menjadi contoh bagi komuniti Islam Latin yang semakin berkembang.
“Masyarakat Islam dan komuniti Hispanik tidak tahu banyak tentang mereka antara satu sama lain,” kata Isa Parada, yang bekerja di beberapa masjid melalui Islamic Society of Greater Houston, kepada Houston Chronicles.
Di New York dan Houston, Parada pernah menjadi aktivis gereja kerana keluarganya yang merupakan paroki Katolik (pengurus dalam suatu wilayah), membaca kitab bersama keluarganya. Masuk Islam pada tahun 1996, dan mendapat tentangan dari keluarganya yang menuduhnya menolak budaya mereka.





“Ketika saya bertaubat, orang Hispanik banyak berfikir saya menolak budaya Latino saya,” katanya.
“Mereka fikir saya harus ‘menjadi orang Arab untuk menjadi Islam yang baik.”
Parada mendapati bahawa masyarakat Islam tidak tahu bagaimana menghadapi masyarakat Hispanik dan kurang mempunyai sumber daya para mualaf yang mampu berbahasa Sepanyol. Bekerja sama dengan Mujahid Fletcher, seorang mualaf Hispanik dari Houston, mereka kini menghasilkan video, fail audio dan kisah-kisah berbahasa Sepanyol untuk mendidik komuniti Hispanik tentang Islam. Mereka melancarkan situ yang disebut Islaminspanish.org.
Parada percaya bahawa Islam adalah jawapan segala persoalan keagamaan yang dulu dia miliki ketika masih menjadi remaja Katolik.
Selain perbezaan budaya, Parada menyatakan bahawa menjadi seorang muslim sesuai pada isu-isu penting pada komuniti Latin, seperti imigresen dan kekerasan.
“Anda tidak akan melihat ramai Muslim memandang rendah terhadap orang luar,” kata Parada.
“Mereka tahu bagaimana rasanya disisihkan, dipandang rendah dan diperlakukan sebagai warga kelas dua.”
Bekerja sebagai seorang imam di Houston, ia tertumpu pada pendidikan pemuda yang ia berharap untuk menjauhi kehidupan ‘jalanan’ dan jauh dari pengaruh negatif.
Untuk alasan ini dan lain-lain, Parada mengatakan komuniti Muslim Latin akan terus berkembang.
“Ketika saya pertama kali memeluk agama Islam, hanya ada kira-kira 20 orang Islam Hispanik di Houston, tapi di bulan lain semakin berkembang, di salah sebuah masjid dengan lebih daripada 100 orang Latin yang hadir,” kata Parada.
Meskipun tidak ada angka yang tepat, Amerika Syarikat dipercayai menjadi rumah bagi hampir tujuh juta orang Islam. Menurut Pew Research Center, 6 peratus Islam Amerika adalah Hispanik. Selebihnya, satu daripada 10 mualaf Amerika adalah Hispanik, dan angka itu terus meningkat. The American Muslim Council menempatkan jumlah Islam Latino di AS sekitar 200,000 pada tahun 2006.
Komuniti terbesar Islam Latino ada di daerah dengan angka tertinggi Latin, seperti New York City, Chicago, Los Angeles dan Miami. California adalah negara bahagian dengan jumlah muslim Latin yang paling besar.
Sumber: Halim Islam Online


Tolak hudud seperti pertikai al-Quran

Posted on the July 8th, 2012 under Agama by admin

JOHOR BAHRU – Hukum hudud perlu diterima semua umat Islam dan menolaknya boleh dianggap sama seperti mempertikaikan al-Quran kerana hukum berkenaan telah disebut di dalam kitab itu.
Pendakwah, Dr Mohd Sukki Othman berkata, perbincangan yang lebih terperinci mengenai perkara ini perlu diadakan bagi membentuk kefahaman yang jelas dalam kalangan masyarakat khususnya golongan bukan Islam.
“Hudud adalah sesuatu yang disebut dalam al-Quran dan kalau kita cakap ia tidak sesuai, maknanya kita telah menafikan kesahihan kitab itu.





“Umat Islam perlu terima hukum ini cuma pelaksanaannya perlu dibentuk dengan lebih efisien dan teratur agar ia mendatangkan kebaikan secara menyeluruh kepada semua pihak.
“Di samping itu, pendidikan dan kefahaman berterusan yang jelas mengenai hukum ini amat penting supaya tidak menimbulkan kekeliruan dan rungutan di kemudian hari,” katanya.
Mohd Sukki yang juga Pensyarah di Universiti Putra Malaysia berkata, hukum hudud tidak bercanggah dengan Perlembagaan negara ini yang mendukung agama Islam sebagai agama Persekutuan.
“Apabila Islam dijadikan agama Persekutuan negara ini bermakna kita (Malaysia) menerima secara keseluruhan, jadi hukum hudud ini tidak bercanggah dengan Perlembagaan negara,” katanya.
Katanya, cadangan yang dikemukakan Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat mengenai pelaksanaan hudud menunjukkan ruang untuk melaksanakan undang-undang itu lebih mudah.
“Melihat kepada senario hari ini menunjukkan hukum hudud mula diterima kedua-dua pihak (Umno dan Pas), jadi ada ruang lebih mudah untuk dibincang ke arah pelaksanaan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Himpunan Ustaz dan Ulama (Murshid), Dr Zaharuddin Abd Rahman berkata, pelaksanaan hukum hudud di negara ini sentiasa relevan terutamanya dalam keadaan masalah sosial yang semakin membimbangkan dan makin meruncing pada masa ini.
“Saya percaya hukum hudud dapat membantu mengurangkan gejala negatif dan membentuk akhlak masyarakat dengan lebih baik.
“Namun pelaksanaan perlu diproses dengan penjelasan yang menyeluruh kepada masyarakat supaya tidak menimbulkan salah faham,” katanya.
Katanya, isu ketidakadilan dalam pelaksanaan hudud bagi bukan Islam tidak timbul kerana undang-undang itu merupakan pilihan bagi mereka, malah undang-undang sedia ada juga tidak terbatal setelah hudud diguna pakai.
“Saya yakin walaupun hudud dilaksanakan, ia hanya akan diguna pakai pada kadar minimum berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan,” katanya.
Sinar

No comments:

Post a Comment