Tuesday, July 10, 2012

BILA AGAMA TIDAK MENJADI PEGANGAN YANG BETUL...BILA ISLAM TIDAK DIHAYATI DENGAN BAIK..BILA HIDUP BERPANDU PADA ALAM SEKITAR...YANG MENAFI UNDANG2 ALLAH SWT...

Seksaan jam 2 pagi

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang juga yatim piatu didakwa diperlakukan seperti ‘hamba abdi’ oleh ibu dan bapa saudaranya sejak sebulan lalu.
Kanak-kanak itu mendakwa dia bukan saja dipaksa bangun tidur seawal jam 2 pagi untuk melakukan pelbagai kerja rumah seperti mengemas dan mencuci pakaian serta tandas, malah jika enggan atau lewat berbuat demikian dia ditampar, diterajang serta dipukul dengan penyangkut baju serta rotan.
Bagaimanapun, penderitaan kanak-kanak berkenaan yang didera pasangan suami isteri berusia 30-an itu berakhir jam 1.30 tengah hari kelmarin apabila diselamatkan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas mangsa menceritakan kejadian dia didera kepada guru di sekolahnya.

Sebaik menceritakan kejadian itu kepada gurunya yang kemudian memaklumkan kepada JKM, sepasukan anggota polis bergegas ke rumah pasangan terbabit di Bandar Mahkota, di sini, sebelum menahan kedua-dua mereka untuk siasatan lanjut.


Sumber polis berkata, rahsia penderitaan mangsa terbongkar selepas kanak-kanak itu mengadu kepada guru sekolahnya mengenai kekejaman ibu dan bapa saudaranya.

Tiga tahun tidak sebilik

Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura@hmetro.com.my

TAK SEHALUAN...Salyo duduk di depan manakala Sasha duduk di belakang sambil ditemani ibunya, Siti Aishah Abdullah di mahkamah, semalam.
TAK SEHALUAN...Salyo duduk di depan manakala Sasha duduk di belakang sambil ditemani ibunya, Siti Aishah Abdullah di mahkamah, semalam.
KUALA LUMPUR: Selepas berhadapan dengan pelbagai spekulasi berikutan dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Gombak Timur, dekat sini, baru-baru ini, bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Salyo Priyanto Nutosoemarsono di sini, semalam.
Lafaz cerai itu diucapkan Salyo pada jam 2.55 petang di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Sasha.
Sasha selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Lebih menarik, Sasha memohon untuk menyerahkan satu nota kepada mahkamah kerana tidak mahu mendedahkan punca kemelut rumah tangga mereka secara terbuka ketika ditanya sebab memfailkan permohonan cerai itu.


“Kalau saya bagi nota pada Yang Arif, Yang Arif boleh baca kan?” tanya Sasha sebelum menyerahkan nota kepada mahkamah.

Kempunan rumah baru

Oleh Muhammad Saufi Hassan
saufi@hmetro.com.my

HANGUS...Rosnizam melihat basikal yang turut hangus dalam kebakaran rumah dua tingkat malam kelmarin.
HANGUS...Rosnizam melihat basikal yang turut hangus dalam kebakaran rumah dua tingkat malam kelmarin.
KUALA NERANG: Impian tiga beranak membina rumah baru menggunakan wang simpanan berjumlah RM60,000 yang disorok di beberapa tempat dalam rumah mereka berkecai apabila kediaman berkenaan di Kampung Janing, di sini, musnah dalam kebakaran tengah malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, rumah dua tingkat berkenaan musnah dijilat api yang dipercayai berpunca daripada kejadian litar pintas di bahagian atas rumah.

Kebakaran itu turut mencederakan penghuni rumah, Razak Abdul, 66, yang melecur badannya tetapi tidak serius dan kini dirawat di Hospital Kuala Nerang (HKN) manakala isterinya, Zaharah Hassan, 40-an dan anak lelaki mereka, Rosnizam Razak, 34, tidak cedera.
Rosnizam berkata, kejadian berlaku pantas menyebabkan mereka tidak sempat berbuat apa-apa termasuk menyelamatkan wang tunai yang mahu digunakan untuk membina rumah baru.

“Kami tidak sempat menyelamatkan wang yang disimpan di merata tempat seperti dalam almari, bawah katil dan dalam bantal kerana ketika itu saya hanya memikirkan keselamatan ibu dan bapa.

“Ayah sudah lama berhasrat membina rumah lain berikutan lokasi rumah sedia ada sering dilanda banjir. Tambahan pula, rumah sedia ada ini sudah agak uzur kerana sudah berusia 40 tahun.

“Kami bercadang mengupah kontraktor dalam sehari dua ini untuk membina rumah baru lain,” katanya.

Menurut Rosnizam, dia berada di dapur manakala bapa serta ibunya sedang menonton televisyen apabila mereka dikejutkan dengan bau hangit dari tingkat atas.
Dia bergegas ke tingkat atas dan mendapati sebuah bilik sedang terbakar lalu memberitahu bapanya mengenai kebakaran itu, tetapi tidak sempat berbuat apa-apa.

Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Nerang, Abdul Manaff Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.05 malam dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 30 minit kemudian.

Katanya, anggotanya mengambil masa hampir sejam untuk mengawal kebakaran kerana api sudah terlalu marak dan pihaknya percaya kejadian itu berpunca daripada litar pintas.

Menurutnya, kelewatan pasukannya tiba di lokasi kejadian berikutan mereka baru selesai memadamkan kebakaran di kawasan Padang Terap sebelum bergegas ke rumah mangsa, sejurus menerima panggilan kecemasan.

Kereta hampir putus



KUALA KANGSAR: Mengerikan apabila kereta Perodua Kancil dinaiki dua guru remuk teruk, malah hampir putus dua apabila kenderaan itu bertembung sebuah kereta di Jalan Ipoh-Gerik, berhampiran Kuari Pecah Batu, di sini, menyebabkan seorang daripada guru terbabit maut manakala rakannya parah, kelmarin.
Kejadian berlaku apabila kereta di naiki guru Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMKJC) Kota Tampan itu gagal mengelak sebuah kereta Nissan Cefiro yang memasuki laluannya menyebabkan kedua-dua kenderaan bertembung.

Dalam kejadian pada jam 9.15 itu, mangsa dikenali sebagai Bang Kah Hin, 30, dari Kulim, Kedah maut akibat parah di kepala dan beberapa bahagian badan manakala rakannya, Chua Hui Thean, 29, parah.
Sementara itu, pemandu sebuah kereta satu lagi yang berusia 44 tahun parah dan dirawat di Hospital Kuala Kangsar (HKK).

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Muhammad berkata, siasatan mendapati dua guru berkenaan dalam perjalanan pulang selepas mengunjungi pasar malam di Highland Park, di sini.

“Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

‘Dia terlalu taksub’

Oleh Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: “Saya terkejut dengan kejadian ini dan tak tahu nak cakap macam mana,” kata Siti Marliyah Marjunid, 55, ibu kepada Muhdalina Ahmad, 28, yang terlantar di Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan polis dalam kejadian amuk bersenjatakan pedang samurai bersama seorang lelaki kelmarin.
Marliyah yang sangat sedih dengan kejadian menimpa anak keduanya itu berkata, dia langsung tidak menduga Muhdalina atau lebih mesra dengan panggilan ‘Ina’ boleh bertindak sedemikian kerana selama ini pun dia tidak menaruh sebarang syak wasangka.

“Saya juga tidak mengetahui perkenalannya dengan lelaki terbabit. Sudah dua hari dia hantar anaknya bersama saya. Ketika menghantar anaknya dia cuma cakap ada kerja sikit, tapi tak cakap pun nak ke mana.

“Memang sebelum ini dia meminta kami menjaga dua anaknya sekiranya dia mempunyai urusan di luar. Ketika masih bekerja dulu pun, dia menghantar anaknya ke rumah jiran,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Putrajaya, di sini, semalam.


Marliyah ke hospital berkenaan untuk menemui Muhdalina yang kini masih dirawat dengan kawalan ketat polis.

Dipercayai alami masalah mental



KUALA LUMPUR: Dua individu, masing-masing seorang lelaki dan wanita yang mengamuk menggunakan pedang samurai berhampiran Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, kelmarin dipercayai mengalami masalah mental akibat terlalu taksub dengan ajaran sesat dianuti mereka.
Dalam kejadian itu, lelaki dikenali sebagai Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Imam Mahdi’ meninggal dunia 15 minit ketika dimasukkan ke hospital selepas terkena dua tembakan dilepaskan polis manakala wanita dikenali sebagai Muhdalina Ahmad, 28, pula cedera satu das tembakan di paha. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, dua individu itu disyaki mempunyai masalah mental kerana mengamalkan ajaran sesat yang kumpulannya belum dikenal pasti.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui kumpulan ajaran sesat diikuti mereka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), di sini, semalam.
Beliau berkata, sebelum kejadian itu, kedua-dua suspek dikatakan dihantar sebuah kenderaan ke tempat kejadian dan polis masih menjejaki individu yang bertanggungjawab menghantar mereka. Menurutnya, di tempat kejadian, polis menemui dua pedang samurai dengan satu daripadanya sepanjang kira-kira satu meter dan sebilah pisau pemotong daging yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

“Polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan ke arah mereka termasuk dua das yang terkena suspek lelaki dan satu das terkena suspek wanita bagi mempertahankan diri daripada terus diserang dan meminta orang ramai tidak mempolitikkan kejadian berkenaan.

“Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat,” katanya sambil menambah kedua-dua suspek dikatakan baru mengenali antara satu sama lain dan masing-masing sudah berkahwin.

Mohmad berkata, wanita berkenaan direman mulai hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 307, 427, 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1), Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Dalam perkembangan sama, seorang lelaki berusia 30-an yang mendakwa wakil kepada isteri suspek menunggu di pekarangan HKL sejak jam 2 petang untuk menuntut mayat.
Mayat suspek dibawa ke HKL kira-kira jam 10 pagi semalam dan setakat jam 6 petang, proses bedah siasat masih belum selesai.

Ditemui tidur dalam masjid

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my

KUANTAN: Pelajar perempuan tingkatan dua Maahad Tahfiz Pahang, Tanjung Lumpur, di sini, yang dilaporkan hilang selepas solat Subuh pada pagi Ahad lalu dikatakan berada dalam keadaan separuh sedar ketika keluar dari asrama sekolah berkenaan sebelum mendapati dirinya berada di sekitar kawasan Gombak, Selangor, malam kelmarin.
Bagaimanapun, misteri kehilangan mangsa, Zuhairatul Jannah Md Zulkifli, 14, yang juga anak kepada seorang pegawai kanan Jabatan Pelajaran Pahang terjawab apabila dia ditemui sedang tidur di dalam Masjid Sungai Mulia, dekat Gombak, dalam keadaan selamat, malam kelmarin.

Sumber polis berkata, mangsa ditemui beberapa penduduk berada dalam masjid berkenaan sebelum dibawa ke Rumah Perlindungan Sungai Mulia untuk diberi bantuan.
Pemilik rumah perlindungan berkenaan kemudian menghubungi abang mangsa bagi memaklumkan penemuan itu sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Gombak kira-kira jam 11 pagi semalam.

Harian Metro difahamkan, berdasarkan keterangan awal daripada pelajar perempuan terbabit, dia memaklumkan berada dalam keadaan separuh sedar ketika keluar sehelai sepinggang dari asrama sekolah berkenaan pada pagi kejadian sebelum mendapati dirinya berada di Gombak.

Abang mangsa yang enggan dikenali ketika dihubungi semalam, memaklumkan keluarganya enggan mengulas mengenai kejadian menimpa Zuhairatul dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

“Kami bersyukur dia selamat, selebihnya terserah kepada polis untuk meneruskan siasatan,” katanya yang turut enggan memaklumkan di mana Zuhairatul berada kini ketika ditanya mengenai perkara itu. Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani berkata, polis berjaya menjejaki pelajar perempuan terbabit berada di Kuala Lumpur selepas dikesan membuat pengeluaran wang di sebuah mesin juruwang automatik (ATM) menggunakan kad ATM miliknya, kelmarin. “Mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Kaunseling diberikan kepada pelajar perempuan terbabit untuk mententeramkan keadaannya di Balai Polis Gombak sebelum dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sharifuddin berkata, keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai penemuan itu semalam danberdasarkan siasatan awal kes berkenaan tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.

‘Dia isteri kelima saya’

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Pengantin baru, Idris Laboh, 71 yang pitam ketika dinikahkan dengan pasangannya, Rohani Lee Abdullah, 53, Isnin lalu, mendedahkan perkahwinannya itu perkahwinan kelima dan mahu menghabiskan sisa hidup bersama isterinya di Rumah Seri Kenangan (RSK) Taman Kemumin, dekat sini.
Idris atau lebih dikenali sebagai Pok Yeh berkata, dia hanya mengingati nama dua bekas isterinya, iaitu isteri pertama dan kedua.

“Isteri pertama saya bernama Hawa Samir dari Labok, Machang manakala isteri kedua, Eshah Awang dari Gua Musang. Saya tidak mengingati nama isteri ketiga dan keempat.

“Saya bercerai dengan isteri pertama sehingga ketiga, manakala isteri keempat meninggal dunia. Saya tiada anak dengan keempat-empat isteri itu dan saya tidak tahu khabar terkini ketiga-tiga isteri yang bercerai dengan saya,” katanya ketika ditemui Harian Metro di RSK, semalam.


Harian Metro semalam melaporkan Idris bergelar suami kepada Rohani selepas tiga kali melafazkan akad nikah dan dia mengakui terkejut sehingga pitam sebaik melihat wajah isteri yang cantik disolek.

Suspek remaja hingusan



MELAKA: Bukan calang-calang peragut apabila seorang remaja hingusan dipercayai suspek utama kes ragut menyebabkan kematian kerani akaun di Jalan Benteng, Kampung Balai Panjang, di sini, Sabtu lalu.
Remaja berusia 17 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah inap desa di Semabok pada jam 7 malam kelmarin, selepas penahanan seorang lelaki dipercayai rakan jenayahnya di Merlimau, Jasin beberapa jam sebelum itu.

Suspek dipercayai pembonceng motosikal Yamaha 125Z yang terbabit dalam perbuatan ragut hingga menyebabkan mangsa, Tang Mui Choo, 35, maut sehari selepas kejadian.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) negeri, Superintendan R Gunarajan berkata, suspek ditahan bersama dua rakan berusia 20-an di inap desa itu.

Katanya, pihaknya percaya dapat menyelesaikan kes dengan penangkapan empat suspek itu.

“Suspek berusia 17 tahun itu mengaku menjadi pembonceng dan meragut beg si mati.

“Kami masih menjalankan gerakan memburu rakan suspek iaitu penunggang motosikal berusia 20-an,” katanya.

Hadir sama, Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, Asisten Superintendan R Kumares dan Pegawai Risikan/Operasi Bahagian Siasatan Jenayah IPD Melaka Tengah, Asisten Superintendan Koh Teck Chew.
Gunarajan berkata, dengan penangkapan itu, pihaknya percaya dapat menyelesaikan 15 kes iaitu tujuh kes pecah rumah dan lapan kes ragut di negeri ini.

Menurutnya, modus operandi kumpulan itu adalah tinggal di inap desa sebelum keluar melakukan jenayah dipercayai untuk membeli dadah.

“Hasil tangkapan suspek, polis menemui tiga komputer riba, telefon bimbit (lapan), barangan elektrik, beg duit, mata wang asing, jaket, topi keledar dan barangan peribadi. Polis percaya turut menemui beg mangsa yang diragut Sabtu lalu,” katanya.

‘Lelong’ kereta

Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my

TAKBAI (Selatan Thailand): Pemilik kenderaan dari Malaysia dikatakan sengaja menjual kenderaan mereka khususnya kereta model Perodua Kancil kepada penduduk Thailand dengan harga hanya antara RM3,000 hingga RM5,000 semata-mata bagi ‘melepaskan diri’ daripada membayar ansuran bulanan.
Selepas itu, pemilik kenderaan terbabit membuat laporan polis di Malaysia dengan mendakwa kenderaan mereka dicuri bagi menuntut pampasan insurans kenderaan.

Itulah taktik kotor sebahagian pemilik lebih 70 buah kenderaan khususnya kereta Perodua Kancil yang tersadai di stor Jabatan Kastam Thailand, di sini.

Timbalan Ketua Jabatan Kastam Takbai, Wan Omar Mustapa, berkata semua kenderaan yang tersadai itu dirampas oleh pelbagai agensi penguat kuasa seperti polis, tentera dan kastam.


Katanya, hasil siasatan yang dilakukan mendapati kebanyakan kenderaan itu dijual oleh rakyat Malaysia kepada penduduk Thailand tanpa perjanjian ‘hitam putih’ sehingga terpaksa dirampas untuk siasatan.

4 dikurung penyamun terpaksa umpil pintu



BENTONG: Seorang guru wanita terpaksa menjadi ‘MacGyver’ apabila nekad menggunakan apa saja objek yang ada dalam tandas bagi mengumpil pintu selepas dikunci daripada luar apabila dikurung tiga penyamun dalam kejadian di Taman Hijau, Karak, dekat sini, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa berusia 49 tahun bersama ibunya berusia 75 tahun serta dua anak perempuan masing-masing berusia 13 dan 20 tahun, terpaksa mengambil masa 10 minit untuk mengumpil pintu sebelum menghubungi suaminya berusia 49 tahun bagi meminta bantuan.

Ketika kejadian, tiga penyamun terbabit yang meninggalkan kenderaan dinaiki berhampiran rumah mangsa meluru masuk sebelum seorang daripada mereka mengacukan sebilah parang pada leher ibu mangsa yang kebetulan berada di luar rumah kerana sedang berehat sambil membaca akhbar.
Bagaimanapun, tiga penyamun terbabit kemudian mengarahkan ibu mangsa mendiamkan diri sebelum seorang daripada penyamun itu mengarahkan mangsa bersama dua anaknya berkumpul di dalam sebuah bilik.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, berkata selepas mangsa menunjukkan tempat simpanan barangan berharga, tiga penyamun terbabit kemudian merampas komputer riba, empat telefon bimbit, wang tunai RM500 serta barang kemas.

Menurutnya, selepas hampir 20 minit berada dalam rumah, tiga penyamun terbabit kemudian mengarahkan semua mangsa masuk ke dalam tandas sebelum seorang daripada penyamun itu mengunci pintu daripada luar.

Katanya, ketika mangsa bersama keluarga dikurung, tiga penyamun terbabit mengambil kesempatan untuk melarikan diri bersama barangan curi dengan menaiki sebuah kenderaan. yang ditinggalkan di tepi jalan.

“Mangsa bersama keluarganya berjaya melepaskan diri selepas mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum menghubungi suami dan meminta bantuan jiran bagi membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Karak.
“Bagaimanapun, semua mangsa terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan kerana mereka dikatakan terpaksa mengikut arahan tiga penyamun berkenaan yang bersenjatakan parang,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, polis tidak menolak kemungkinan berdasarkan modus operandi yang digunakan, tiga penyamun itu turut terbabit dalam beberapa siri kejadian samun di daerah lain.

Katanya, siasatan masih lagi dijalankan dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.

Tipu suami, bohong polis

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@mediaprima.com

MUAR: Dalam usaha menutup kecurangannya, seorang wanita sanggup membuat laporan polis palsu mendakwa dia dirogol apabila teman lelakinya berjaya ditahan dan dipukul suaminya dalam satu kejadian di kuarters ladang di Pagoh, kelmarin.
Dalam kejadian jam 2 pagi itu, wanita berusia 38 tahun berkenaan dikatakan membawa masuk teman lelakinya yang juga warga asing ke dalam rumahnya di kuarters ladang berkenaan, sedangkan suaminya yang berusia 30-an lena tidur di dalam bilik rumah yang sama.

Bagaimanapun ketika mereka bermesra di ruang tamu berkenaan, anak perempuan wanita itu yang berusia sembilan tahun tiba-tiba keluar dari biliknya untuk ke tandas sebelum terkejut menyaksikan pelakuan pasangan berkenaan.

Berikutan itu, kanak-kanak itu menjerit dan mengejutkan bapanya yang tidur di dalam bilik.


Akibatnya, lelaki itu bergegas melarikan diri ke asramanya, namun dikejar suami wanita terbabit.

No comments:

Post a Comment