Tuesday, September 14, 2010

MASING2 NAK LARISKAN PENJUALAN AKHBAR MASING2...KAMI PENULIS HANYA COPY PASTE...SAHAJA...

TERKINI


Kes Sosilawati: Media jangan buat laporan melampau

14/09/2010 7:05pm

KUALA LUMPUR — Media hari ini diingatkan supaya mengamalkan kekangan dan lebih berhemat serta tidak melampaui batas hingga menggugat keadilan ketika melaporkan siasatan mengenai kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dalam satu kenyataan melahirkan “pandangan berat mengenai laporan sedemikian”, terutama oleh akhbar arus perdana.
"Adalah dikesalkan, sesetengah ”pendedahan” ini, khususnya butiran tentang bagaimana mangsa menemui ajal mereka, semata-mata spekulasi,” kata beliau.
Beliau berkata, pengamal media harus ingat tentang tanggungjawab mereka. "Tidak harus wujud perbicaraan menerusi media terhadap mereka yang ditangkap.
Dengan menyebut sumber polis bagi bahan berita mereka, juga tidak akan membantu. "Malah, pemberita dan editor mungkin dipanggil untuk memberi penjelasan, atau menyatakan kewajaran berita mereka di mahkamah undang-undang nanti,” kata Mohd Bakri.
"Begitu juga, mereka tidak harus menyiarkan sesuatu, yang kemudian boleh digunakan sebagai bukti, jika berlaku perbicaraan terhadap orang atau orang-orang yang bertanggungjawab terhadap kematian Datuk Sosilawati dan tiga yang lain itu.
"Saya akui, ini kes kepentingan awam. Datuk Sosilawati adalah seorang usahawan wanita yang berjaya. Orang ramai berhak tahu apa yang telah berlaku kepada mereka dan apa yang telah dilakukan oleh polis untuk membawa pelaku kesalahan ke muka pengadilan.
"Kami tidak mempunyai masalah dengan media menyiarkan berita oleh kerana itu adalah bidang mereka, tetapi saya ingin mengingatkan mereka agar mengamalkan kekangan dan lebih berhemat serta tidak melampaui batas hingga menggugat keadilan,” kata beliau. — Bernama


KOMEN

GUNAKAN UNTUK DAKWAH...DAN PERKARA2 YANG BOLEH MENYEDARKAN MANUSIA DAN MUNGKIN SEDIKIT ILMU SERTA BERKONGSI PENGALAMAN UNTUK 
MENJADI PENDOMAN DAN TELADAN


TERKINI


Penyalahgunaan internet bakal kena tindak tegas- SKMM

14/09/2010 7:00pm

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan komunikasi sebagai platform untuk menggugat keharmonian dan sensitiviti masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
SKMM berkata pihaknya telah mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas laman web, blog dan portal berita atas talian yang didapati melanggar peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Akta itu memperuntukkan kesalahan mengikut Seksyen 211 atau 233 berkaitan pemberian kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau orang lain.
"Tindakan penguatkuasaan yang diambil termasuk mengeluarkan notis atau amaran, menyekat laman web atau blog mengikut Seksyen 263(2) dan memulakan siasatan berdasarkan peruntukan akta berkenaan,” kata SKMM dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tindakan turut diambil untuk mendakwa pesalah di mahkamah dengan persetujuan Peguam Negara selain tindakan diambil ke atas kandungan dan aktiviti di internet berdasarkan jenis kesalahan yang dilakukan dan undang-undang di bawah bidang kuasa masing-masing. — Bernama

No comments:

Post a Comment