Friday, September 17, 2010

KAH KAH ...LAWAK..KEJE NI BUKAN KERJA PERLU KELULUSAN TINGGI..CUMA BAKAT...ADA JUGA PERKARA MELANGGAR HUKUM...KENTUT DAN TAHINYA WANGI KOT...TUA KEREPOT GAK....PULAU AJE...ORANG SOMBONG MACAM NI

SOSEH SOSEH: Geli geleman nak salam peminat!



2010/09/16

BIASANYA kalau jadi artis atau selebriti, ­seseorang itu tentu akan berbangga jika ada ramai peminat. Tahu sajalah kalau lebih ramai peminat menyokong artis itu, tentu dia akan lebih berjaya tidak kira dalam ­bidang nyanyian atau lakonan.
Peminat jugalah yang akan menentukan kejayaan ­seseorang bintang menjadi juara dalam program realiti TV mahupun menggondol trofi dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
Tapi artis yang seorang ini membuatkan SS jadi ­menyampah dan menyumpah. Terkejut SS mendengar ­perangainya di belakang kamera apabila dia sangat memilih kasta untuk bersalam dengan peminat.

Bayangkan dalam satu insiden di luar Kuala Lumpur dulu, ada sumber SS melihat artis keturunan ­kacukan itu semacam jijik untuk bersalaman dengan peminat kebanyakan. Apa tidaknya selepas ­bersalaman dengan beberapa peminat di satu majlis, dia terus ­membasuh tangan dengan air mineral dengan wajah yang kononnya geli geleman sangat! Dalam situasi lain, apabila berjalan di celahan peminat yang beratur ­menunggu, dia terus angkat kedua-dua tangannya ke atas.

Kenapa? Ada pesakit kusta atau ­pembawa kudis buta beratur di situ ke? SS rasa mungkin juga tahap antibodi dalam tubuh artis itu sangat lemah ­sehingga doktor ­menasihatkan dia agar jangan bersalaman dengan orang kebanyakan. Tapi kalau jumpa orang di kelab hiburan, SS tahu dia bukan saja setakat bersalaman, berlaga ‘cheek to cheek (pipi) pun boleh buat lama-lama sampai tahap gaban! Orang macam itu, bagi SS lebih baik ‘blah’ saja daripada dunia seni. Lagi ­cepat lagi bagus, sebab ­perangai sebegitu tak akan ke mana. Kalau dah rasa ‘class’ atau aristokrat sangat, pakailah sarung tangan macam ratu atau permaisuri di Eropah. Masalahnya dia tu ratu ke?

No comments:

Post a Comment