Wednesday, September 5, 2012

DENGAN KUAT MEMEGANG@PEGANGAN AGAMA ...MENYEBABKAN SESEORANG ITU BERDISIPLIN.....BILA HUDUD TAK MAHU DIGUNAKAN SEBAGAI UNDANG2...NIKMAT ALLAH YANG LAIN GUNA@DIKECAPI....UNDANG2NYA DINAFI...MUSIBAH TANGGUNGLAH

Budak maut rumah dirempuh pemandu lelap

Posted on the September 6th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

KEADAAN kereta yang merempuh sebuah rumah kedai di Kampung Dalam Rhu, Tumpat kelmarin.
TUMPAT – Gara-gara seorang pemandu terlelap ketika memandu kereta, seorang budak berusia dua tahun terkorban manakala si ibu pula cedera apabila sebuah kereta Mercedes merempuh rumah kedai di Kampung Dalam Rhu di sini kelmarin.
Semasa kejadian pada pukul 6.30 petang, kereta yang dipandu seorang lelaki itu merempuh dinding konkrit rumah kedai setingkat tersebut sebelum kenderaan itu masuk pula ke ruang tamu tempat kanak-kanak itu bermain.


Akibat rempuhan itu, rumah kedai tersebut hampir ranap.
Mangsa yang terkorban ialah Adam Firdaus Syukri. Semasa ditemui mangsa didapati berlumuran darah dengan badannya dalam keadaan tersungkur berhampiran salah sebuah tayar kereta tersebut.
Adam kemudian dikejarkan ke Hospital Tumpat (HT) namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat mengalami kecederaan dalaman yang teruk di kepala.
Sementara itu, ibu mangsa, Nik Salwani Abdullah, 26, yang mengandung anak keempat hanya cedera ringan di beberapa bahagian badan.
Dia yang trauma dengan tragedi itu masih dirawat di HT. Semasa kejadian suami Nik Salwani tiada di rumah.
Kosmo

Pelanggan cuci kereta ditawar seks percuma

Posted on the September 6th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

Kad cuci yang diberikan kepada pelanggan selepas mencuci kereta di premis tersebut
SHAH ALAM – Cuci kereta sembilan kali dapat perkhidmatan seks secara percuma.
Itu promosi yang dibuat sebuah premis pelacuran yang berselindung di sebalik kegiatan cuci kereta di Sunway Mentari, Petaling Jaya.


Bagi menarik minat pelanggannya, pemilik premis menawarkan sembilan pelacur warga Vietnam berusia 18 hingga 28 tahun.
Bagaimanapun, hanya pelanggan berbangsa Cina dibenarkan untuk mendapatkan promosi tersebut.
Pelanggan yang datang ke premis itu akan diberikan kad dan sekiranya cukup sembilan kali mencuci kereta, mereka boleh menebus seorang gadis di situ untuk aktiviti seks.
Bagaimanapun, taktik kotor premis yang beroperasi tiga bulan lalu itu terbongkar selepas diserbu polis, kelmarin, kira-kira jam 12 tengah malam.
Dalam serbuan itu, lima pelanggan sedang melakukan seks dan empat penjaga premis serta wanita yang menyalahgunakan pas lawatan tersebut ditahan.
Ketika serbuan, ada yang cuba melarikan diri dan menyorok di dalam stor.
Polis turut menemui kad cuci kereta serta beberapa kondom yang disembunyikan di dalam ketuhar gelombang mikro.
Siasatan polis mendapati premis itu juga mengenakan bayaran RM130 hingga RM180 kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan seks.
Dalam perkembangan lain, polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman menyerbu dua premis yang menawarkan urutan batin oleh wanita warga China di Selayang, semalam.
Operasi yang diketuai Inspektor Mohamad Md Jaid itu menahan 12 tukang urut berusia 20 hingga 36 tahun.
Premis yang beroperasi tiga tahun lalu itu menyasarkan pemandu lori sebagai pelanggan tetap.
Sinar

Tukar Siaran Televisyen, Pemuda Maut Ditikam Abang

Posted on the September 6th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
KUALA TERENGGANU: Gara-gara perselisihan faham menukar siaran televisyen, seorang pemuda maut dipercayai ditikam abangnya di Kampung Telaga Papan di Kemaman di sini malam Selasa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata dalam kejadian kira-kira 8 malam itu kedua-dua beradik itu dikatakan bergaduh dan bergelut kerana salah faham tersebut.
“Semasa bergelut suspek mencapai objek tajam dan menikam perut mangsa. Sebelum itu pada hari yang sama kedua beradik ini juga bergaduh kerana berebut motosikal,” katanya.
Katanya mangsa, berusia 23 tahun, dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kerteh, Kemaman sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.


“Selepas pergelutan itu suspek yang berusia 37 tahun terus melarikan diri. Mangsa dipercayai meninggal dunia setelah terkena tikaman tajam pada bahagian badan,” katanya.
Manoharan berkata suspek berjaya ditangkap kira-kira 4.15 pagi Rabu di Kampung Telaga Papan, Kemaman.
Katanya hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek juga positif dadah jenis Methamphetamine.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

Peguam negara pandang serius keputusan kes rogol, failkan rayuan

Posted on the September 6th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 28 Ogos lalu yang membebaskan seorang juruelektrik dengan ikat jamin RM25,000 dan bon jaminan berkelakuan baik atas tuduhan merogol gadis bawah umur.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu kenyataan hari ini berkata rayuan tersebut telah difailkan pada 29 Ogos lalu.
Jabatan itu juga akan memohon agar pendengaran rayuan di Mahkamah Tinggi dipercepatkan kerana berpendapat ia wajar dihujahkan semula isu tafsiran undang-undang berkaitan hukuman bagi kesalahan rogol terhadap kanak-kanak serta pemakaian sewajarnya peruntukan Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah terhadap kesalahan serius sedemikian, katanya.


Dalam kes tersebut, Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz membebaskan Chuah Guan Jiu, 22, yang dihakimi mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol teman wanitanya berusia 12 tahun, tahun lepas, setelah mengambil kira faktor usia tertuduh yang masih muda dan ini merupakan kesalahan pertamanya.
Abdul Gani berkata jabatan itu juga meneliti keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Melaka terhadap satu lagi kes rogol, yang mana pemain boling kebangsaan Noor Afizal Azizan yang disabit di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah telah dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik kerana merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh Melaka pada 2009.
Katanya pihaknya mengambil kira bahawa kes itu telah dibicara dan didengar sehingga ke tahap mahkamah yang terakhir mengikut undang-undang, yang mana pembuatan rayuan lanjut ke Mahkamah Persekutuan tidak lagi mungkin.
Dalam hal ini, katanya, Jabatan Peguam Negara sedang menimbangkan penggunaan kuasa inheren mahkamah dengan mengambil kira bahawa kuasa untuk membuat semakan tersebut sepatutnya terbatas kepada salah aturan tatacara yang tidak melibatkan kesalahan atau perkara substantif.
“Jabatan ini juga perlu mengambil kira keperluan bagi kemuktamadan sesuatu keputusan mahkamah khususnya apabila keputusan kes telah berakhir di Mahkamah Rayuan berdasarkan bidang kuasa rayuannya.
“Jabatan berpendapat bahawa penyimpangan keadilan ini bagi mereka yang paling memerlukan perlindungan undang-undang perlu diperbetulkan,” katanya.
Beliau berkata Jabatan Peguam Negara memandang serius kedua-dua keputusan mahkamah tersebut dan berpendirian bahawa kes rogol menghendaki hukuman deteren dikenakan untuk menunjukkan kebencian dan ketidaksenangan masyarakat terhadap perbuatan jenayah hina sedemikian.
“Jabatan ini berpendapat bahawa kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, terutamanya kesalahan yang melibatkan mangsa kanak-kanak, yang pada hakikatnya meningkatkan keseriusan kesalahan tersebut, bukan suatu kesalahan di bawah hal keadaan yang meringankan dan bukan kes yang mewajarkan budi bicara mahkamah di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah digunakan, tidak kira sama ada pesalah merupakan pesalah kali pertama mahupun pesalah muda,” katanya.
Abdul Gani berkata secara prinsip dan moralnya, seseorang yang melebihi umur 18 tahun, terutamanya yang dikenali dan dipercayai oleh mangsa kanak-kanak tidak wajar mengambil kesempatan terhadap seseorang kanak-kanak kerana kanak-kanak pada usia bawah 18 tahun masih belum mencapai kematangan yang sewajarnya.
Katanya, walaupun dikatakan terdapat keizinan daripada seorang mangsa kanak-kanak bagi sesuatu perlakuan seksual, namum kesahihan keizinan tersebut perlu dipersoal memandangkan usia dan ketidakmatangan fikiran kanak-kanak tersebut.
“Pada hakikatnya, adalah mustahil seorang kanak-kanak yang belum matang fikirannya dapat memahami kesan dan akibat keizinan yang diberikan untuk membolehkan suatu keizinan yang berkesan di sisi undang-undang,” katanya.
Abdul Gani berkata kes jenayah rogol terhadap mangsa di bawah masing-masing umur 16 dan 12 tahun kian menurun.
Berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, pada tahun 2009, kes rogol melibatkan mangsa bawah 13 tahun ialah 281 kes, sementara yang melibatkan mangsa antara 13 dan 15 tahun ialah 1,767 kes.
Statistik ini menurun kepada 1,777 kes pada tahun 2010 (214 kes bagi bawah 12 tahun, 1,563 kes bagi 13 hingga 15 tahun), dan seterusnya kepada 1,652 kes pada tahun 2011, iaitu 202 kes melibatkan mangsa berumur bawah 12 tahun dan 1,450 melibatkan mangsa berumur antara 13 dan 15 tahun.
Setakat Julai tahun ini, jumlah kes rogol statutori yang dilaporkan ialah 859 kes, iaitu 109 melibatkan mangsa bawah 12 tahun dan 750 kes melibatkan mangsa berumur 13 hingga 15 tahun.
“Salah satu faktor penurunan tersebut ialah hukuman berat yang telah diperkenalkan pada tahun 2007 dan dilaksanakan dengan sewajarnya oleh mahkamah setakat ini,” katanya.
Abdul Gani berkata merujuk kepada statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung pendaftaran kelahiran anak tanpa maklumat bapa di mana ibu berumur di bawah 18 tahun, ia jelas menunjukkan bahawa ramai kanak-kanak bawah 18 tahun telah melahirkan anak luar nikah akibat daripada tindakan seseorang dewasa yang telah mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak tersebut.
Beliau berkata mengikut statistik JPN dari tahun 1997 hingga Julai 2012 mengenai perkara tersebut mengikut keturunan, sebanyak 14,370 kes telah dilaporkan iaitu kaum Melayu mencatatkan sebanyak 8,269 kes, diikuti dengan kaum lain-lain iaitu sebanyak 4,940 kes.
Kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan 739 dan 423 kes. – Bernama

Mangsa samun ‘rugi’ RM200,000 disoal siasat

Posted on the September 5th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
Johor Bahru: Polis Johor menyiasat kenyataan seorang mangsa samun yang mendakwa kerugian RM200,000 apabila barangan kemasnya lesap dipercayai dilarikan anggota polis yang menjalankan siasatan.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata pihaknya sudah mengadakan perjumpaan dengan mangsa petang kelmarin bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian terbabit. Katanya, siasatan berhubung kes itu kini berada pada peringkat akhir manakala kertas siasatan sedang disiapkan untuk diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
“Polis menerima empat laporan, termasuk daripada mangsa sendiri menyatakan rasa tidak puas hati kerana barang berharga miliknya hilang selepas dimasukkan dalam kereta polis yang datang menjalankan siasatan di rumahnya.
“Dakwaan mangsa ini adalah serius. Siasatan kini hampir selesai dan kita sedang mendapatkan keterangan daripada beberapa lagi individu sebelum menyiapkan kertas siasatan terbabit,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Polis Kontinjen Johor (IPK) di sini, semalam.


Semalam akhbar melaporkan Lim Kok Yong, 58, kerugian sebanyak RM200,000 apabila barangan kemas, termasuk peninggalan neneknya lesap sejurus dimasukkan ke dalam but kereta polis peronda di rumahnya dekat Taman Munsyi Ibrahim di sini.
Berita Harian

Suami lanyak sampai lembik

Posted on the September 5th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

GANAS…detik-detik Amanda dipukul suaminya di butik milik mereka.
IPOH: Seorang wanita muda nekad merakam aksi dia dibelasah suaminya selama hampir setengah jam sebelum rakaman itu dimuat naik ke Internet menerusi laman YouTube sehingga menarik perhatian lebih 35,878 pelayar.
Klip video bertajuk ‘Suami Belasah Isteri’ itu memaparkan mangsa, Amanda Fong Kim Yen, 19, yang mengandung dua bulan ditumbuk, disepak, ditampar dan dicekik suaminya yang berusia 20-an hingga cedera teruk.
Kejadian berlaku sekitar jam 4.30 petang 23 Ogos lalu di sebuah butik menjual aksesori dan pakaian yang diusahakan pasangan terbabit di Ipoh Garden South, di sini.


Rakaman video menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik sendiri oleh Amanda ke akaun facebook (fb) miliknya pada 30 dan 31 Ogos lalu sebelum ia turut dimuat naik ke laman YouTube kelmarin.
Lebih mengejutkan, Amanda turut berkongsi pengalaman pahit itu menerusi catatan di laman facebook termasuk menyiarkan gambar kesan lebam dan luka akibat dibelasah suaminya.
Harian Metro

13 kali kena rogol abang ipar

Posted on the September 5th, 2012 under Jenayah by admin

  • Share

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah
KUALA KETIL – Ibarat jatuh ditimpa tangga, itulah terjadi kepada dua beradik berusia 23 dan 24 tahun mendakwa dirogol abang ipar mereka di rumah abang iparnya dan di kediaman mereka di sebuah kampung di sini.
Salah seorang dari dua beradik itu dirogol sebanyak 13 kali sejak 2007-2010, manakala seorang lagi dirogol sebanyak sembilan kali sejak 2005 sehingga 2010.


Lebih malang, salah seorang dari dua beradik itu turut dirogol sebanyak dua kali oleh seorang bomoh yang kononnya bertujuan merawat masalah gadis malang itu.
Kejadian terkutuk itu diceritakan sendiri oleh kedua-dua mangsa kepada ibu saudara mereka seterusnya bertindak membuat laporan di Balai Polis Kuala Ketil.
Keadaan itu mengakibatkan lelaki berusia 40-an dan mempunyai tiga cahaya mata itu menyerah diri kepada polis pada jam 10 pagi, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan.
Menurutnya, kejadian itu disiasat mengikut seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol, sabit kesalahan dikenakan hukuman penjara selama tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat.
Sinar

Remaja wanita dihukum rotan kerana berzina

Posted on the September 5th, 2012 under Luar Negara by admin

  • Share
MALE, Maldives – Sebuah mahkamah di Maldives menjatuhkan hukuman rotan di khalayak ramai ke atas seorang remaja wanita berusia 16 tahun selepas dia mengaku berzina, kata beberapa pegawai semalam.
Remaja yang tidak dinamakan itu didapati bersalah selepas dia membuat pengakuan menerusi undang-undang syariah.
Pengakuan itu dibuat selepas keluarganya mengadu bahawa dia telah melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki berusia 29 tahun pada Julai lalu.


Lelaki tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun berdasarkan peruntukan undang-undang sivil di sebuah mahkamah di daerah Raa atoll pada Ahad lalu kerana melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur.
Seorang pegawai mahkamah berkata, gadis itu boleh menolak untuk melakukan hukuman sebat di khalayak ramai untuk digantikan dengan hukuman tahanan rumah selama lapan bulan di bawah undang-undang tempatan.
Mahkamah mengarahkan hukuman rotan itu dilakukan apabila gadis itu berusia 18 tahun. – AFP

Dipaksa bayar RM20,000 elak gambar bogel disebar

Posted on the September 5th, 2012 under Jenayah by admin

  • Share

MICHAEL CHONG (dua dari kiri) dan Ku Chin Wah (kanan) bertanyakan sesuatu kepada dua wanita yang menjadi mangsa ugut gambar bogel di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Seorang wanita kini terpaksa hidup dalam ketakutan apabila bekas teman lelakinya mengugut akan menyebarkan gambar bogelnya jika dia gagal membayar RM20,000 dalam tempoh terdekat ini.
Teman lelaki itu menuntut bayaran tersebut sebagai habuan untuk dia menghentikan tindakannya itu.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chow, 29, berkata, gambar bogelnya yang diambil ketika mandi tanpa disedari itu dihantar oleh lelaki berkenaan melalui laman sosial Facebook minggu lalu.
“Dia meminta saya membayar RM60,000 untuk menyelesaikan perkara tersebut namun disebabkan saya tidak mempunyai wang yang mencukupi, dia kemudiannya mengurangkan permintaannya kepada RM40,000.
“Saya memberitahunya bahawa saya masih tidak mampu membayar wang tersebut, akhirnya dia meminta saya membayar RM20,000 sahaja tetapi dengan syarat saya perlu menghantar tiga keping gambar bogel saya yang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah dan Ketua Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong di sini semalam.
Chow menambah, dia mengenali lelaki tersebut dua tahun lalu sebelum menjalin hubungan dengannya selama empat bulan namun disebabkan lelaki berusia 31 tahun itu sering bertindak ganas, mereka telah berpisah pada awal tahun ini.
“Bagaimanapun, saya tidak sangka dia sanggup berbuat demikian malah turut mengugut akan menghantar gambar bogel tersebut kepada mana-mana bakal suami apabila saya berkahwin kelak, selain meminta wang sebanyak RM120,000.
“Kini hidup saya tidak tenteram dan dalam ketakutan serta tertekan setiap hari. Saya mohon pihak polis mengambil tindakan segera ke atas lelaki itu kerana tindakannya akan memusnahkan kehidupan saya,” katanya yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul sejurus kejadian tersebut.
Di samping itu, seorang lagi mangsa yang ditimpa nasib malang yang sama, Jenny, 30, kini terpaksa menanggung malu selepas bekas teman lelakinya memuat naik gambar bogelnya di laman sosial Facebook.
“Dia memuat naik gambar bogel saya yang diambil ketika saya menyalin baju tanpa disedari selepas kami berpisah April lalu.
“Malah, dia berkata akan menjadikan saya ‘terkenal’ kerana mahu membalas dendam terhadap tindakan saya yang memutuskan hubungan dengannya,” katanya yang turut membuat laporan polis di Balai Polis Damansara Mei lalu.
Tambahnya, dia mengenali lelaki yang berasal dari Seremban itu ketika belajar di sekolah menengah dan mereka kemudiannya bersama tahun lalu.
“Saya memilih untuk meninggalkannya disebabkan sikapnya yang panas baran malah pernah memukul saya sehingga berdarah hidung.
“Namun, tidak sangka dia sanggup berbuat demikian sehingga menyebabkan saya terpaksa menanggung malu dengan rakan dan keluarga saya,” ujarnya.
Kosmo

Pukau, sihir memang wujud

Posted on the September 5th, 2012 under Agama,Tempatan by admin

  • Share

KUANTAN – Umat Islam perlu percaya kepada kewujudan syaitan dan jin yang mempunyai kaitan dengan kejadian pukau atau sihir.
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Zuridan Mohd Daud berkata, pukau boleh dikategorikan sebagai sihir dan sebagai Islam mengharamkan umatnya dengannya.
“Bila kita sebut pukau ia bersangkutan dengan syaitan dan boleh dikategorikan sebagai sihir termasuk menggunakan jin jahat,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kejadian pukau di beberapa premis perniagaan dalam pusat membeli belah di sini, dua hari lalu.


Beliau berkata, kejadian pukau banyak dilaporkan berlaku sama ada dalam kalangan umat Islam atau sebaliknya.
“Sebagai Muslin, kita perlu mempercayai perkara seperti itu selagi ia tidak bercanggah dengan syariat Islam atau membawa mudarat,” katanya.
Zuridan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan Sinar Harian semalam mengenai geng pukau warga Pakistan yang berjaya diberkas oleh pengawal keselamatan ketika cuba memperdayakan peniaga di sebuah pusat membeli belah, di sini.
Katanya, masyarakat boleh mengetahui mengenai pukau atau sihir tetapi haram beramal dengannya kerana antara amalan syirik dan ada yang melakukannya untuk tujuan jahat,” katanya.
Zuridan berkata, pukau membabitkan penguasaan fikiran dan sebagai pendinding daripada terkena pukau ialah menggunakan doa serta ayat-ayat al-Quran.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya ayat al-Quran bagi mengelakkan santau yang boleh mengganggu tidur, sentiasa berkhayal dan tidak sedarkan diri.
Sinar

‘Isteri saya dunia akhirat’

Posted on the September 5th, 2012 under Jenayah by admin

  • Share

Orang ramai melihat keadaan peragut yang berjaya ditahan.
BEDONG – Niat seorang lelaki membantu mangsa ragut bertukar tragedi apabila dia maut selepas dua hari dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani kerana kecederaan parah di kepala akibat hentakan kuat.
Mangsa, Mohd Majdi Abd Hamid, 33, sempat menarik beg tangan yang berada dalam genggaman suspek dan berlaku pergelutan sebelum terjatuh.


Akibat hentakan kuat, Mohd Majdi mengalami kecederaan parah di kepala dan tidak sedarkan diri manakala seorang suspek berjaya ditahan oleh orang awam yang menyaksikan kejadian sementara seorang lagi rakannya melarikan diri.
Selepas dua hari mendapatkan rawatan, Mohd Majdi disahkan meninggal dunia pada jam 6.11 pagi semalam.
Mengimbau kejadian itu, dua peragut berpura-pura sedang minum di sebuah kedai dekat pekan Bedong sebelum meragut beg mangsa yang juga pengunjung di kedai makan terbabit kira-kira jam 12.30 tengah hari Ahad lalu.
Dalam kejadian itu, suspek yang dikatakan seorang anggota tentera bersama seorang lagi rakan sedang minum sambil memerhatikan mangsa.
Selepas menghabiskan minuman, kedua-dua suspek terus menghidupkan enjin motosikal sebelum sempat mencapai beg tangan milik seorang wanita.
Difahamkan, ketika cubaan untuk melarikan diri, jalan raya ditutup bagi memberi laluan kepada kereta api melintas.
Kedua-dua suspek kemudian berpatah balik sebelum sempat dihalang pengunjung kedai makan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Ong Aik Chang berkata, kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Arwah suka menolong orang
“Sepanjang tujuh tahun berkahwin, dia tidak pernah ungkapkan perkataan itu, namun malam sebelum kejadian dia ada memberitahu bahawa saya adalah isterinya dunia dan akhirat,” kata isteri Mohd Majdi.
Nor Baizura Rohim, 30, berkata, allahyarham suaminya seorang yang mudah simpati kepada sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan dan suka menolong orang tanpa mengira bangsa dan agama.
Penolong Pegawai Anti Dadah, di C&C Rehab Center Kampung Selamat, Seberang Perai Utara itu berkata, dia tidak menyangka kata-kata itu merupakan petanda ajal suaminya yang juga bertugas sebagai Penolong
Pegawai Anti Dadah di Klinik C&C 1Malaysia, Karangan.
“Kalau boleh, saya tidak mahu memikirkan bagaimana ia berlaku. Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan sesiapa atas kejadian ini dan menerimanya sebagai takdir ALLAH SWT,” katanya.
Menurutnya, mereka sekeluarga yang tinggal di Bandar Utama, Sungai Petani berkunjung ke rumah ibu Nor Baizura dekat Kampung Baru, Bedong.
Jatuh ketika tarik beg
Sebelum kejadian, katanya, arwah keluar dengan anak kedua, Nur Asma Nuha, 5, tanpa memberitahu ingin minum di sebuah kedai makan dekat Pekan Bedong kira-kira jam 12.30 tengah hari Ahad lalu.
“Bagaimanapun, ada orang kampung yang nampak kejadian datang memberitahu motosikal milik adik yang dinaiki arwah terlibat dalam kemalangan.
“Apabila saya sampai di tempat kejadian, arwah sudah tidak sedarkan diri dan saya difahamkan akibat terjatuh ketika ingin menarik beg ragut dari penjenayah dalam keadaan motosikal suspek sedang bergerak,” katanya.
Allahyarham Mohd Majdi yang koma sejak kejadian tersebut kerana kecederaan parah di bahagian kepala dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Baru, Bedong selepas solat Asar.
Hasil perkongsian hidup bersama Nor Baizura selama tujuh tahun, Allahyarham meninggalkan tiga orang anak iaitu Mohd Atip Naufal, 6, Nur Asma Nuha, 5, dan Nahiz Nahfiz, 2.
Sinar

Zizan Razak Terpaksa Memilih Kerana Dituduh Tidak Berdisiplin

Posted on the September 5th, 2012 under Artis by admin

  • Share
KUALA LUMPUR: Salah faham dan dakwaan yang menuduh Zizan Razak tidak komited pada kerja menyebabkan pelawak dan pengacara itu mengambil pendekatan mahu menumpukan kepada tawaran tertentu sahaja pada satu-satu masa.
Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 28, berkata, dia kini hanya memberi perhatian terhadap satu atau dua tawaran dalam tempoh tertentu sejak tuduhan liar kononnya tidak memberikan komitmen pada promosi filem diperkatakan sebelum ini.
Ujar Zizan, dia hanya memberikan tumpuan pada promosi filem Hantu Kapchai yang akan ditayangkan tidak lama lagi dan persiapan untuk pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012 bersama Johan.


“Sebelum ini, timbul tuduhan kononnya saya tidak beri kerjasama dan tidak komited pada promosi filem-filem lakonan saya kerana melakukan banyak kerja serentak.
“Keputusan ini (fokus pada kerja tertentu) tiada kaitan pun dengan situasi di mana saya pernah jatuh sakit sebelum ini akibat kuat bekerja. Saya bukan memilih kerja tetapi mahu lebih fokus pada satu atau dua tawaran sahaja,” katanya.
Zizan berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran program terbaru berjudul Jejak Jepun bersama Zizan di sebuah hotel di sini, petang Selasa.
Ia merupakan sebuah program enam episod yang berkonsepkan diari kembara (travelog) di pelbagai destinasi menarik di sekitar Jepun.
Menerusi program selama setengah jam ini, Zizan akan berkongsi dengan penonton pengalamannya mengembara ke Osaka, Kobe, Wakayama, Kyoto, Shirahama, Yokohama dan Tokyo.
Katanya, pengalaman pertama mengacarakan travelog memberikan dimensi dan pengalaman baru kepadanya yang selama ini hanya menerajui program hiburan sahaja.
“Program ini membuka minda saya dan memberikan kelainan daripada program-program hiburan yang selalu saya acarakan. Konsep yang santai dan bebas itu memudahkan kerja saya untuk berinteraksi dan berkongsi pengalaman di Jepun dalam travelog ini.
“Bukan sahaja saya dapat pengetahuan baru mengenai negara itu, malah ia mendedahkan saya kepada budaya dan disiplin masyarakat mereka dalam kehidupan seharian serta kerja.
“Kalau diberi peluang, saya mahu mengacarakan program begini lagi,” katanya yang berada di Jepun selama dua minggu pada penghujung Jun lalu.
Sementara itu, Pengurus Kumpulan Saluran Hiburan Astro Azlin Reza Azmi berkata, Zizan dipilih sebagai pengacara kerana karakter yang lincah dan bersahaja.
“Kami percaya Zizan mampu mengacarakan program ini dengan sentuhan dan gayanya yang tersendiri pasti memikat hati penonton,” katanya.
Program ini bakal ditayangkan bermula 12 September depan pada setiap Rabu pukul 9 malam di Astro Prima (saluran 105).
mStar

Guru al-Quran mati dibunuh

Posted on the September 5th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

Mayat mangsa dibawa ke rumah mayat Hospital Tengku Anis untuk bedah siasat. Gambar kecil: Wan Kalthom
PASIR PUTEH – Guru al-Quran yang membantu kerja memasak untuk majlis hari raya di rumah anaknya di Kampung Jebak, Jeram, dekat sini ditemui maut dibunuh dengan sudip.
Ketika kejadian, mangsa, Wan Kalthom Wan Husin, 68, balik ke rumah yang terletak hanya 100 meter dari rumah anaknya kira-kira jam 10 pagi untuk mengambil sudip.
Selepas tiga jam tidak muncul, anak mangsa, Raja Zailah Raja Hussin, 40, menyuruh anaknya, Nik Mohd Irham Razali, 13, menjenguk ibunya kira-kira jam 1 petang.


Nik Mohd Irham berkata, ketika dia sampai, pintu depan dan tengah berkunci dari dalam dan dia memasuki rumah untuk mencari neneknya melalui pintu belakang yang terbuka.
“Saya terkejut melihat nenek tertiarap di lantai dengan kepalanya berdarah,” katanya.
Raja Zailah berkata, dia yang tergamam melihat ibunya terbaring kaku bergegas memberitahu penduduk dan saudara mara.
“Ibu saya baik orangnya, tidak memusuhi sesiapa pun di kampung ini tetapi saya kesal kerana ada orang yang mengkhianatinya.
“Dia tinggal bersendirian di rumah itu pada siang hari sahaja kerana dia tidur di rumah saya pada sebelah malam,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, siasatan awal mendapati, ada kesan luka sepanjang lapan sentimeter (cm) dan tiga cm lebar di belakang kepala mangsa, selain luka di pipi kiri sepanjang dua cm panjang dan satu cm lebar.
“Kami percaya penjenayah tersebut menggunakan sudip yang dipegang mangsa berikutan menemui peralatan memasak itu yang terbelah dua,” katanya.
Mazlan berkata, siasatan juga mendapati suspek melakukan jenayah tersebut dengan tergesa-gesa kerana tidak menggeledah rumah tersebut dan hanya mengambil seutas gelang tangan yang bernilai kira-kira RM4,000 dan tidak mengambil cincin serta subang yang dipakai mangsa.
“Kami percaya suspek mengekori mangsa ketika Wan Kalsom pulang ke rumahnya dan dipercayai mengenali suspek berikutan tiada kesan pergelutan di dalam rumah tersebut.
“Suspek juga dipercayai berasal daripada kampung sama dan kami meminta orang ramai yang menyalurkan maklumat berhubung kejadian tersebut kepada Bilik Gerakan IPK Kelantan di talian 09-7450999 bagi membantu polis untuk mengesan suspek,” katanya.
Sinar

Banjir Kilat Sebabkan Kesesakan Teruk Di Lembah Klang

Posted on the September 5th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

Pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa menggunakan bot untuk memindahkan mangsa banjir di Taman Sri Serdang pada malam Selasa. -Foto THE STAR OLEH: ROHAIZAT MD DARUS.
PETALING JAYA: Hujan lebat yang turun lewat petang Selasa menyebabkan kejadian banjir kilat melanda sekaligus mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di beberapa jalan utama di Kuala Lumpur, Serdang, Bangi, Nilai dan Kajang.
Laluan trafik sangat perlahan dan adakalanya tidak bergerak menghala ke selatan bandar raya hingga sebelum tol Sungai Besi.


Kesesakan tersebut menjadi lebih buruk di Jalan Istana hingga ke pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Sungai Besi akibat banjir kilat yang berlaku.
Pada kira-kira pukul 9 malam, PLUS Expressways Bhd (PLUS) membuka laluan alternatif sebelum laluan tol bagi membolehkan pemadu membuat pusingan ‘u’ untuk kembali ke bandar raya.
Sementara itu, di Lebuh Raya Besraya, banjir kilat yang berlaku dihadapan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang menyebabkan kesesakan yang teruk sekitar, Hotel Palace of The Golden Horses, Mines dan Balakong dengan hanya satu lorong boleh digunakan.
Kesesakan turut berlaku di hadapan bangunan Minlon menghala ke stesen KTM Serdang.
Paras air naik di KM303.8 laluan Universiti Pertanian-Kajang yang memaksa laluan di kedua-dua belah jalan tersebut terpaksa ditutup.
Di Lebuh Raya SILK, banjir kilat melanda sekitar Bandar Sg Long memaksa jalan menghala ke Cheras dan Kajang terpaksa ditutup dan trafik dilencongkan ke Putrajaya.
Di Lebuh Raya KESAS pula, kesesakan bermula di Vista Komanwel menghala ke MRR2, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Sri Petaling.
Kesesakan trafik turut dilaporkan berlaku di Subang Jaya sekitar bulatan Persiaran Kewajipan dan kawasan Sunway, lebuh raya NPE dan SPRINT.

No comments:

Post a Comment