Tuesday, September 4, 2012

BUATLAH SESUATU ITU IKUT ISLAM...NI LAH AKAN DIKIRA DIAKHIRAT KELAK...JIKA BUAT IKUT OTAK SEMATA2...MUNGKIN NERAKA LAH TEMPAT YANG SESUAI

Sham Kamikaze persoal ‘Gangnam Style’

Posted on the September 4th, 2012 under Artis by admin

  • Share

Sana sini, masyarakat memperkatakan mengenai muzik lagu Korea, Oppa Gangnam Style atau lebih dikenali Gangnam Style yang mencipta fenomena termasuk di negara kita.
Meraih populariti berganda secara mendadak sejak video tarian ini diperkenalkan melalui Youtube, Jae Sang Park, atau PSY mencuri perhatian ramai.
Sehingga kini, jumlah tontonan video lagu ini di Youtube melebihi 80 juta penonton sekali gus mengangkat nama PSY sebagai superstar.


Tarian pelik seakan tarian kuda yang diperkenalkan mengundang gelak ketawa penonton. Selain itu, elemen lawak, rap dan kepelbagaian warna menjadikan video ini mendapat jolokan ramai.
Merungkai maksud Oppa Gangnam Style, ada mendakwa ia bermaksud I love Gangnam Style dan ia merujuk kepada gaya hidup mewah di daerah Gangnam, Seoul.
Ia juga diistilahkan sebagai Gang (River) dan Nam (Selatan). Namun ada juga yang menyifatkan Gangnam bermaksud, ‘Saya Ingin Menjadi Yahudi’.
Sebetulnya, masih banyak perkara tersurat yang tidak kita ketahui menerusi lagu ini.
Walaupun gaya muzik Korea Selatan ini mencetus fenomena hebat di negara kita, namun ia masih mendapat tentangan beberapa pihak. Penceramah bebas, Sham Kamikaze, menerusi Twitternya, berkata, umat Islam tidak sepatutnya terikut dengan budaya luar.
“Saya sendiri tidak pasti apa itu Gangnam Style, tetapi apa saya tahu, di Youtube ada jutaan yang menonton termasuk umat Islam.
“Walaupun ia menjadi fenomena, namun persoalannya, mengapa kita senang terikut dengan apa jua budaya yang dihidangkan?
“Sepatutnya kita harus menilai dan mengambil kira hukum di sisi ALLAH SWT,” katanya.
Seni kreatif: Zed Zaidi
Menganggap fenomena itu sebagai seni baru, Presiden Seniman, Zed Zaidi, menerima kehadiran muzik tarian unik ini.
Walaupun ramai yang menyelar penyebaran muzik video ini, namun bagi Zed, tiada apa yang perlu dimanipulasikan.
“Muzik Gangnam Style tiada apa yang pelik. Ia hanyalah idea baru yang mempunyai karakter tersendiri dan boleh dikongsi bersama. Tanpa saya sedari, muzik ini mendapat perhatian dan berjaya menarik minat jutaan penonton.
“Tiada apa yang negatif kerana itu cara muzik baru yang kreatif. Cuma, ada bahagian paparan video tidak elok dipertonton kepada kanak-kanak.
“Selain itu, semuanya ok sahaja. Tarian juga sangat menarik dan lebih kurang sama dengan cara menunggang kuda,” katanya.
“Setiap seni yang baru harus dihargai. Jangan hanya pandai memanipulasikannya tanpa menampilkan bukti bahawa muzik itu salah atau bertentangan.
“Bagi saya, ia hanyalah sekadar hiburan semata-mata dan boleh dijadikan cara senaman,” katanya.
Sinar

Suspek rogol anak majikan dicari

Posted on the September 4th, 2012 under Jenayah by admin

  • Share
Mohd Adnan menunjukkan gambar suspek bagi membantu siasatan kes rogol di Pandamaran, Klang baru-baru ini.
SHAH ALAM – Seorang pekerja warga Bangladesh disyaki merogol anak majikan sendiri berusia tujuh tahun, ketika mangsa ditinggalkan bersama kakaknya berusia lapan tahun di rumah mereka di Pandamaran, Klang, 25 Ogos lalu.
Ibu bapa mangsa keluar rumah kira-kira jam 2 petang, manakala suspek berusia 31 tahun berada di luar kediaman itu sedang melakukan kerja-kerja membasuh kanopi.


Sumber berkata, sebaik ibu bapa mangsa beredar, suspek mengambil kesempatan masuk ke rumah milik majikannya itu dan terus mengarahkan mangsa berbaring di bahagian ruang tamu.
Katanya, suspek baru dua bulan bekerja dengan bapa mangsa, terus merogol kanak-kanak itu dan ia dilihat kakak mangsa.
Menurutnya, setelah ibu bapa mangsa pulang, kanak-kanak itu mengadu sakit di bahagian kemaluan, sebelum kakak mangsa menceritakan kejadian yang berlaku.
“Ibu bapa mangsa buat laporan polis dan pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang mengesahkan mangsa dirogol,” katanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya sedang mencari seorang lelaki bernama Sahadat Hossai, bagi bantu siasatan.
“Sesiapa mengenali atau mempunyai maklumat diminta ke balai polis terdekat atau hubungi 03-33762222,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.
Difahamkan, suspek mempunyai dokumen sah bekerja di negara ini dan menyewa di kawasan Pandamaran.
Sinar

Lelaki ditetak depan doktor

Posted on the September 4th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

JEMPOL: Lima lelaki bertindak nekad mengekori seorang lelaki yang cedera dalam pergaduhan hingga ke Jabatan Kecemasan Hospital Jempol (HJ), di sini, sebelum menetak mangsa, dalam kejadian malam kelmarin.
Kejadian jam 8 malam itu turut disaksikan kakitangan hospital termasuk doktor serta jururawat yang terkejut melihat tindakan ala mafia suspek yang menyerang mangsa.
Sebelum itu, pada jam 6 petang hari sama, mangsa, lelaki berusia 35 tahun terbabit dalam pergaduhan dengan seorang daripada suspek berusia 21 tahun kerana tidak puas hati apabila lelaki itu mengganggu adiknya di Taman Satelit, Bahau, di sini.


Menurut sumber, dalam pergaduhan itu, suspek cedera di kaki, manakala mangsa cedera di kepala sebelum dibawa adiknya ke Hospital Jempol tanpa menyedari suspek masih tidak puas hati dan membawa empat rakan mengekorinya ke hospital.
“Lima lelaki berusia 20-an itu memasuki kawasan hospital berkenaan dengan membawa parang dan menyerang mangsa yang mendapatkan rawatan dengan ditemani keluarganya,” katanya.

Baik saya diam diri – Sham Kamikaze

Posted on the September 4th, 2012 under Artis by admin

  • Share

KUALA LUMPUR: “Saya tak mahu cakap apa-apa mengenai perkara itu. Lebih baik tunggu saja,” kata pemuzik dan pendakwah bebas, Sham Kamikaze, 36.
Beliau ketika dihubungi Harian Metro petang semalam bercakap dalam nada ‘bengang’ apabila diminta mengulas mengenai tindakan isterinya, Farazila Abdul Jabar, 31, yang dilaporkan sudah memfailkan perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada 30 Ogos lalu.
“Dalam Islam pun dilarang manusia untuk membuka aib sesiapa, oleh itu lebih baik saya berdiam diri!,” katanya. Difahamkan, kes perceraian mereka akan disebut dalam mahkamah berkenaan pada 27 September ini.


Sebelum ini, Farazila dilaporkan mengambil keputusan itu (memfailkan perceraian) selepas pelbagai usaha dilakukan bagi menyelamatkan kemelut rumah tangganya dengan Sham atau nama sebenarnya, Shamril Mohd Salleh. Farazila juga mendakwa mereka hanya mengecapi nikmat kebahagiaan dalam perkahwinan pada tahun pertama dan selepas itu krisis rumah tangga mula melanda. Namun dia enggan mendedahkan punca utama kenapa dia memohon cerai kerana ia terlalu peribadi.
Pasangan itu bernikah pada 17 Ogos 2008 secara rahsia di Batu Pahat, Johor.
Terdahulu, Sham yang juga komposer dan gitaris kumpulan rock mengejut peminatnya apabila mengambil keputusan meninggalkan bidang seni yang disertainya sejak sekian lama.
Sham ketika itu akui dia menerima hidayah daripada Allah dan mengambil keputusan melakukan kerja sebagai pendakwah bebas.
Harian Metro

Kenapa Awak Tak Rogol Saya?

Posted on the September 4th, 2012 under Agama by admin

  • Share
Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.


Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati.
Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.
Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan.
Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
Renungan
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita.
Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku… semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat… sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
Semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam, InsyaAllah.
Wallahu’alam….
Oleh: Zakri Ali Rangkuti

Sharbinee: ‘Saya tak jual perlawanan’

Posted on the September 4th, 2012 under Sukan by admin

  • Share

KUALA TERENGGANU – Penjaga gawang pasukan Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli menafikan terlibat ‘menjual’ perlawanan ketika menentang Kedah Sabtu lalu dan bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan itu.
Kontroversi itu bermula apabila Sharbinee dikatakan menjadi sasaran kemarahan pengendali skuad Penyu, Peter Butler selepas penjaga gol itu melepaskan gol mudah ketika Terengganu mendahului Kedah 1-0 di laman sendiri kelmarin.
Mohd Sharbinee berkata, dia sedia disiasat badan anti rasuah itu kerana dia tiada apa-apa yang hendak disembunyikan.


“Saya mahu membersihkan nama saya dan biar SPRM siasat, tuduhan ini amat menyedihkan apabila mereka melabelkan saya pemain yang mudah ‘dibeli’.
“Walhal saya tidak pernah melakukan perbuatan itu dalam mana-mana perlawanan sekalipun. Sekiranya saya ada melakukan kesilapan, saya rela ditegur atau dikritik, tetapi bukannya dengan cara sebegini,” katanya ketika ditemui di Jalan Sultan Zainal Abidin, dekat sini semalam.
Dalam pada itu, bekas penjaga gawang kebangsaan itu turut mengakui dia membuat kesilapan dalam perlawanan ketika menentang Kedah tempoh hari, dan tidak takut untuk mengaku kesalahan itu.
“Apabila berlaku perkara seperti ini (dituduh jual perlawanan), ia memberi tamparan hebat buat saya untuk berdepan dengan masyarakat, lebih-lebih lagi peminat bola sepak.
“Saya bersedia menerima kritikan terutamanya daripada jurulatih, tetapi bukannya dimalukan di hadapan peminat dalam stadium,” katanya.
Menurutnya, tindakan Peter Butler yang mengkritiknya di hadapan penonton menyebabkan dia hilang sabar dan bertindak membaling botol air ke arah jurulatih kelahiran England itu.
“Saya akui hilang sabar ketika itu, dia sepatutnya mengkritik saya dalam bilik persalinan dan saya sedia mendengar bukannya melemparkan kutukan pada saya dalam padang.
“Malah saya juga hairan dengan tindakan dia (Butler) kerana sebelum ini kami mempunyai hubungan yang baik,” katanya.
Sementara itu, Sharbinee berkata, dia bersedia berundur jika perkhidmatannya tidak diperlukan lagi, tetapi bukan dengan cara sebegini, sambil menyangkal khabar angin mengatakan dia akan bersama pasukan Johor musim depan.
“Saya suka bermain untuk Terengganu tetapi jika saya perlu meninggalkan pasukan ini, maka saya tidak mahu untuk dengan cara seperti ini (rasuah).
“Mengenai khabar angin itu (beralih ke Johor), ia sama sekali tidak betul dan saya masih pemain Terengganu. Buat masa ini saya mahu menyelesaikan masalah yang berlaku dengan cara terbaik,” katanya.
Justeru, dia akan menunggu keputusan yang akan dibuat Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh sebelum membuat keputusan mengenai tindakan lanjut secara profesional.
Sebelum ini, dua lagi pemain Terengganu, Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi Ashari turut disingkirkan daripada pasukan Terengganu yang didakwa oleh bekas jurulatih Kelantan itu melanggar disiplin dengan membawa pulang wanita ke bilik penginapan, ketika menentang Kedah di Stadium Darul Aman minggu lalu.
Bagaimanapun, dua pemain ini tampil menyangkal dakwaan itu dan menuntut Peter Butler memohon maaf, namun bagi Mohd Sharbinee, dia tidak akan meminta Butler berbuat demikian.
“Jika dia merasakan dia seorang jurulatih profesional, maka dia akan melakukan perkara yang sepatutnya,” katanya.
Terengganu bakal kehilangan beberapa tonggak utama termasuk Mohd Sharbinee dalam saingan pusingan kedua Kumpulan B, Piala Malaysia ketika turun menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah esok (malam ini).
Selain itu, skuad Penyu juga tidak dapat menurunkan penyerang import Liberia, Francis Forkey Doe, kerana digantung satu perlawanan berikutan dilayangkan kad merah ketika menentang Kedah Sabtu lalu.
Sinar

No comments:

Post a Comment