Friday, July 23, 2010

NTAH BERAPA BANYAK KES ZINA DIPAPAR DI DADA AKHBAR...MUFTI2 MEMBISU TENTANG HUKUM ALLAH..MEREKA SEBAGAI PENASIHAT PEMERINTAH...MEMBISU SERIBU KATA...NAK TUNGGU APA...NAK TUNGGU DIRI MATI ATAU ALLAH TURUNKAN BALA...TU SEBAB ULAMAK DAHULU TOLAK JAWATAN MUFTI...TIDOKE

Rakam noda anak

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my
2010/07/24

KUALA LIPIS: Dia sudah ada empat isteri, namun seorang kontraktor layak digelar ‘bapa setan’ apabila tergamak menjadikan anak kandung hasil perkahwinan dengan isteri keduanya sebagai tempat memuaskan nafsu apabila memperkosa mangsa sejak berusia sembilan tahun di Kerambit, dekat sini.
Lebih keji, lelaki berusia 49 tahun itu turut merakamkan perbuatan terkutuknya merogol anak yang kini berusia 14 tahun di dalam bilik dengan telefon bimbitnya sebelum menyimpan rakaman berkenaan.

Difahamkan, setiap kali melakukan perbuatan kejinya, lelaki terbabit mengugut akan memukul atau mencederakan mangsa jika membongkarkan rahsia selama enam tahun itu kepada ibunya atau sesiapa saja.

Bagaimanapun, episod duka mangsa berakhir selepas remaja terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, menceritakan kejadian itu kepada seorang guru wanita di sekolahnya.

Terkejut dengan pendedahan itu, guru wanita berkenaan menghantar mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kuala Lipis untuk membuat laporan sebelum mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, ketika dihubungi semalam, mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu

Menurutnya, hasil pemeriksaan di HKL mengesahkan mangsa dirogol dan sepasukan anggota polis menyerbu rumah suspek sebelum menahan lelaki itu ketika dia berehat di rumahnya, kira-kira jam 2.15 petang kelmarin.

Katanya, polis turut merampas telefon bimbit lelaki terbabit yang digunakannya ketika merakamkan perbuatan terkutuk itu sebelum dibawa ke IPD Lipis untuk siasatan lanjut.

Abdul Razak berkata, pelajar itu mendakwa kejadian terbaru dia dirogol bapanya berlaku Rabu lalu ketika ibu mangsa tiada di rumah dan perlakuan jijik itu turut dirakam menggunakan telefon bimbit.

“Siasatan turut mendapati ibu mangsa mengesyaki sesuatu dan perubahan pada diri anaknya sebelum meminta mangsa menceritakan kejadian sebenar, tetapi dia enggan membongkar kejadian itu kerana bimbang dipukul atau dicederakan ayahnya.

“Mangsa anak tunggal isteri kedua lelaki terbabit kini diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dekat sini, untuk mendapatkan hak penjagaan sehingga selesai menjalani pemeriksaan di HKL,” katanya semalam.

Menurutnya, pemeriksaan awal polis terhadap telefon bimbit suspek mendapati rakaman beberapa minit itu sama dengan suasana dalam sebuah bilik tidur di rumah lelaki terbabit, namun wajahnya tidak dapat dilihat jelas.

Katanya, lelaki terbabit kini direman seminggu di IPD Lipis untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.



Serbu remaja teguk arak

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my
2010/07/24

KUALA LUMPUR: Bagai tidak percaya menyaksikan ratusan remaja bawah umur leka berpesta ‘ladies night’ sambil meneguk arak di sebuah pusat hiburan terkemuka di Jalan Yap Ah Sak, Bukit Bintang di sini, awal pagi semalam.
Namun, kegembiraan remaja terbabit tidak bertahan lama apabila pusat hiburan itu dikepung sebelum diserbu polis dan menahan 111 pengunjung.
Serbuan dilakukan kira-kira jam 2.30 pagi oleh sepasukan tiga pegawai dan 15 anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur selepas mendapat maklumat berhubung aktiviti tidak bermoral itu.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata pihaknya percaya pusat hiburan itu menjadi tumpuan remaja kerana tiada sekatan dilakukan pusat itu terhadap remaja bawah umur.

“Seramai 67 remaja perempuan dan 44 lelaki bawah umur ditahan untuk diambil keterangan dan perkara ini sudah dimaklumkan kepada ibu bapa mereka.

“Hasil soal siasat, majoriti remaja terbabit ditahan untuk kali pertama bagi kesalahan berkenaan. Mereka dibebaskan atas jaminan ibu bapa selepas diberi kaunseling,” katanya ketika dihubungi. Razali berkata, hasil risikan pihaknya, setiap minggu terutama malam Khamis pusat hiburan terbabit meriah kerana selalu menganjurkan parti ‘ladies night’.

Turut ditahan, seorang lelaki berusia 30 tahun yang juga pengurus pusat hiburan terbabit.

“Polis akan mendakwa pengurus itu di mahkamah kerana membenarkan remaja bawah umur memasuki pusat hiburan itu tanpa sekatan had umur dan majoritinya pelajar sekolah.

“Kami akan usulkan perkara ini kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyekat sebarang pembaharuan lesen pusat hiburan itu,” katanya.

Menurutnya, pusat hiburan itu beroperasi sejak setahun lalu dan keuntungan motif utama pusat hiburan terbabit membenarkan remaja bawah umur memasuki tanpa sekatan.

“Pusat hiburan terbabit pernah diserbu dua kali masing-masing oleh IPK Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi

“Polis akan menyiasat kes ini mengikut Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992 yang boleh dikenakan hukuman maksimum RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” jelasnya.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan remaja bawah 21 tahun tidak dibenarkan memasuki premis hiburan di ibu kota apabila Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 dipinda pada 2003



Adik goda, kakak ugut

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
2010/07/24

JOHOR BAHRU: Adik goda, dua kakak peras ugut. Itulah taktik digunakan tiga beradik perempuan mendapatkan wang secara mudah daripada lelaki sasaran mereka.
Si adik bekerja pelayan pelanggan (GRO), manakala dua kakaknya berperwatakan tomboi saling bekerjasama melakukan pelbagai perbuatan keji mendapatkan wang cara mudah mengikis dan mengugut lelaki menjadi mangsa mereka.
Difahamkan, sehingga kini sekurang-kurangnya lima lelaki menjadi ‘hamba’ tiga beradik itu selepas hanyut dalam godaan si GRO dan sanggup mengeluarkan wang demi memastikan rahsia mereka menjalin hubungan sulit tidak dibongkar si tomboi kepada keluarga masing-masing.

Taktik adik-beradik itu si GRO menggoda dan memerangkap mangsa, manakala si tomboi mengugut ahli keluarga mangsa tidak masuk campur atau berdepan tindakan ‘ganas’ mereka.

Menurut wanita yang mahu dikenali sebagai Effa, 46, anak sulungnya, Iwan, 24, menjadi mangsa tiga beradik itu selepas berkenalan dengan GRO terbabit menerusi rakan sekerja dan sejak itu sikapnya jauh berubah.

“Iwan bertugas sebagai jurutera d syarikat perkapalan dan dalam tiga minggu selepas berkenalan dengan GRO itu, perangainya berubah daripada anak yang baik kepada lupa segala-galanya.

“Dalam tempoh berkenaan, Iwan sanggup menghabiskan wang simpanan ribuan ringgit, selain berhutang kad kredit bagi memastikan kebahagiaan GRO terbabit,” katanya kepada Harian Metro.

Effa berkata, akibat mabuk cinta dengan GRO terbabit, Iwan dibuang kerja Mei lalu berikutan kerap ponteng semata-mata mahu menghabiskan masa dengan perempuan murahan terbabit.

Katanya, mereka sekeluarga tidak pernah menikmati hasil titik peluh daripada pekerjaan pertama Iwan dan beranggapan ijazah diperoleh anaknya hasil pengajian selama lima tahun tidak bermakna kerana dia melupakan segala tanggungjawab.

“Namun, demi masa depan Iwan, saya dan suami sanggup bersemuka dan menghubungi GRO itu untuk menasihatinya supaya menamatkan hubungan, selain mengelak anak kami terjebak dalam kancah maksiat.

“Kami tidak menyangka GRO itu dinaungi dua kakaknya berperwatakan seperti lelaki yang turut bersubahat. Tiga beradik terbabit tiba-tiba muncul di depan rumah kami dan berlagak samseng termasuk meludah serta memarahi saya dengan katakesat,” katanya

Menurut Effa, tiga beradik terbabit turut memaki-hamunnya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar hingga ia menimbulkan tekanan.

Mereka mencabar Iwan meninggalkan keluarga, selain memberi peringatan kepada Effa sekeluarga supaya tidak masuk campur urusan mereka.

“Selepas mengetahui helah ketiga-tiga beradik itu, saya membuat laporan di Balai Polis Tampoi awal bulan lalu kerana bimbang keselamatan Iwan yang kini menjadikan kediaman kami seperti rumah tumpangan,” katanya.

Effa turut terkejut apabila mendapat tahu untuk membiayai kehidupan, tiga beradik terbabit mempunyai hubungan dengan sekurang-kurangnya lima lelaki, ada yang bujang dan ada juga berkahwin


Katanya, lelaki yang terjerat dengan perangkap tiga beradik itu membiayai rumah, kereta, bil elektrik dan air hinggalah perbelanjaan bulanan mereka dan sejak Iwan kehilangan kerja, dia dilayan seperti pemandu kepada tiga beradik terbabit.

“Iwan seolah-olah berada di bawah pengaruh syaitan apabila sanggup melanggar saya menggunakan kereta GRO terbabit hingga cedera ringan, pada 25 Jun lalu.

“Bagaimanapun, Tuhan seperti mahu membalas kejahatan tiga beradik itu apabila GRO terbabit ditahan dalam operasi Jabatan Agama Johor (JAJ) di sebuah kelab malam, sehari selepas kejadian,” katanya.

No comments:

Post a Comment