Thursday, July 22, 2010

JUMPA LAGI..BILA NAK SELESAI...PERSENDA LAGI HUKUM ALLAH

Wanita jumpa bayi



2010/07/23

JOHOR BAHRU: Bungkusan sampah yang bergerak-gerak di bawah tempat duduk seorang wanita di hentian bas Jalan Persiaran Mutiara Emas awal pagi semalam menyelamatkan bayi baru lahir yang ditinggalkan ibu tidak berhati perut.
Hanya berbalut kain batik dan diletakkan dalam beg plastik, bayi perempuan comel menempuh kesejukan apabila ditinggalkan di atas simen di bawah tempat duduk hentian bas tidak jauh dari Hospital Sultan Ismail (HSI).
Ternyata bayi itu bernasib baik apabila ditakdirkan ditemui wanita dalam perjalanan ke tempat kerja itu jam 6.40 pagi semalam.

Curiga dengan isi kandungan beg plastik yang bergerak-gerak itu, wanita terbabit memeriksa bungkusan dan terkejut mendapati bayi perempuan masih bertali pusat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob ketika dihubungi, mengesahkan kejadian.



Bayi putus kepala ditemui

PELABUHAN KLANG - Seorang penyelam Royal Selangor Yatch Club tidak menyangka plastik hitam yang diingatnya berisi bangkai ayam yang dilihat terapung di Yatch Club rupa-rupanya mengandungi mayat bayi lelaki yang sudah terputus kepala.

Menurutnya, kira-kira jam 3.30 petang semalam, dia bersama beberapa rakan sedang menarik bot untuk dibawa ke darat bagi dibersihkan melalui landasan yang dikhaskan.

“Ketika berada dalam bot, saya ternampak kaki kecil sebesar tapak tangan dewasa dalam satu plastik hitam yang terapung berhampiran landasan.

“Saya memaklumkan rakan-rakan namun semua mengesyaki ia adalah kaki ayam yang dibuang orang ramai.

“Namun firasat saya kuat mengatakan ia adalah kaki manusia dan lantas saya turun ke dalam air lalu membawa plastik itu ke daratan,” katanya.

Menurutnya, sebaik membuka plastik, dia dan rakan-rakan terkejut mendapati ia adalah mayat bayi yang sudah terputus kepala.

“Kelihatan ia masih bertali pusat dan lehernya dipenuhi darah bercampur air. Perutnya juga sudah kembung dipenuhi air.

“Berdasarkan keadaan mayat, saya yakin ia baru dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab ke laut. Saya segera memberitahu pengurus yang kemudiannya menghubungi polis memaklumkan kejadian itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, sumber polis berkata, hasil siasatan mendapati bayi berkenaan adalah bayi lelaki.

“Ia dibungkus bersama sehelai lampin pakai buang dalam satu plastik hitam. Berdasarkan keadaan mayat kita mengesyaki ia dibuang ke laut dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

“Bagaimanapun kita akan menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan itu. Semua maklumat bakal diketahui melalui bedah siasat yang akan dijalankan pagi esok (hari ini),” katanya.

“Mayat bayi itu kemudian dihantar ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang,” katanya

No comments:

Post a Comment