Thursday, September 9, 2010

BERAT MATA MEMANDANG..BERAT LAGI BAHU MEMIKUL...BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH....BAGI MASIH HIDUPA BAHGIA DISAMPING KELUARGA DAN SANAK SAUDARA...


Enam SMS tak dibalas

Oleh Ahmad Saufi Mansor dan Shukor Kasim

2010/09/10

MELAKA: Enam kiriman SMS yang tidak dibalas menjadi petanda awal kepada Lans Koperal Mohd Farid Nayan, 28, bahawa Aidilfitri kali ini bakal disambut penuh hiba apabila isteri tersayang, Nuriliana Naib, 22, terbunuh dalam kemalangan di Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, di sini, semalam.
REMUK...kereta mangsa yang terbabit kemalangan.
REMUK...kereta mangsa yang terbabit kemalangan.
PILU...Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Che Suza Che Hitam (kiri) menenangkan Mohd Farid, semalam.
PILU...Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Che Suza Che Hitam (kiri) menenangkan Mohd Farid, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, Nuriliana maut di tempat kejadian selepas kereta Perodua Kancil dipandunya terbabas lalu melanggar pokok.

Adiknya, Amirul Adzim Naib, 17, yang turut menaiki kereta berkenaan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka (HM) kerana parah di kepala.

“Saya ada menghantar enam SMS bertanyakan dirinya, tetapi langsung tidak berjawab menyebabkan saya tidak sedap hati kerana kebiasaannya dia akan membalasnya segera,” kata Mohd Farid.

Bapa dua anak itu berkata, dia terkilan kerana tidak sempat membeli baju raya untuk arwah isterinya seperti dijanjikan.

“Pakaian untuk dua anak kami sudah dibeli. Disebabkan isteri saya ada masalah kesihatan dan terpaksa ke Hospital Jasin tiga hari lalu, saya berjanji membawanya membeli pakaian kami petang ini (semalam).

“Lagi pun saya baru mendapat cuti hari ini (semalam). Tetapi, kini dia sudah pergi buat selama-lamanya,” katanya.

Ketika kejadian, Nurilian dan Amirul dalam perjalanan pulang ke rumah keluarga mereka di Taman Bemban Utama, Jasin, selepas melawat bapa mereka, Naib Adzim, 49, yang dimasukkan ke HM akibat serangan sakit jantung, kira-kira jam 4.30 pagi

Mohd Farid, anggota polis peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, di sini, berkata sebelum kejadian itu, arwah isterinya ada menghubunginya ketika bertugas memaklumkan mahu pergi ke HM melawat bapanya.

Menurutnya, dia menghubungi isteri kira-kira jam 7.30 pagi dan arwah memaklumkan sudah mahu pulang ke rumah dan menasihatkannya memandu berhati-hati.

Katanya, berikutan itu, dia pulang ke rumah mereka di Kuarters Polis Bemban, Jasin, selepas selesai bertugas kira-kira jam 8 pagi sebelum dimaklumkan rakan kereta dinaiki isterinya mungkin terbabit kemalangan tidak lama selepas itu.

“Rakan saya bertanyakan mengenai kereta (Perodua) Kancil itu siapa yang memandunya kerana berlaku kemalangan di Jalan Tun Kudu (Bukit Katil) menyebabkan saya yang tidak sedap hati bergegas ke tempat kejadian,” katanya ketika ditemui semalam.

Arwah meninggalkan suami serta dua anak yang masih kecil, Mohamad Adam Izwan, 3, dan Nor Erina Shahirah, 2.

Sementara itu, abang mangsa, Marzwan Nizam, 28, yang menetap di Ujung Pasir, berkata sebelum kejadian, adiknya yang juga anak kedua daripada tiga beradik pergi ke HM melawat bapa mereka yang mengalami sakit jantung, awal pagi semalam.

“Selepas itu, kami pulang berasingan dengan Nuriliana dan Amirul Adzim menuju Bemban melalui Jalan Tun Kudu sebelum saya mendapat khabar kedua adik saya itu terbabit kemalangan di lokasi berkenaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Duyung, dekat sini.

Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Superintendan Poonam E Kling, berkata kejadian berlaku apabila kereta dipandu mangsa dipercayai terbabas lalu melanggar sebatang pokok di kanan bahu jalan.

Menurutnya, mangsa dalam perjalanan dari arah persimpangan lampu isyarat Bukit Katil berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menuju Tehel sebelum terbabit kemalangan yang menyebabkan kenderaan itu remuk teruk di bahagian depan.

“Mangsa dipercayai mati di tempat di kejadian manakala adiknya dikejarkan ke HM akibat parah. Kami masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya




Raya sugul tanpa Adam

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

2010/09/10

KOTA BHARU: Ketika umat Islam bergembira meraikan 1 Syawal hari ini, seorang ibu, Nik Suzila Nik Hashim, 32, hanya mampu menitiskan air mata apabila kejadian ngeri mengorbankan anaknya berusia tiga tahun masih terngiang-ngiang dalam fikirannya.
pix_middle
Bagi Nik Suzila, Aidilfitri kali ini tidak membawa sebarang makna apabila hilai tawa Mohamad Adam Muszahffar tidak lagi kedengaran di rumah mereka di Kampung Sungai Budor, di sini.

Menurutnya, sukar baginya ketika ini menerima kehilangan anak bongsunya itu terutama apabila dilakukan suami sendiri yang mengalami masalah mental.

Katanya, kehilangan anaknya itu dua minggu sebelum Aidilfitri memberi tamparan paling hebat kepada keluarganya setiap kali teringat anak kecil itu.

“Mana-mana ibu bapa pun, memang sukar menerima kejadian seperti ini apabila anak kesayangan pergi dalam keadaan begitu.

“Apatah lagi dia dan bapanya begitu rapat sebelum ini, tetapi takdir menentukan Adam pergi selama-lamanya,” katanya selepas melawat Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol, di sini, semalam


Menurutnya, kebanyakan ahli keluarganya juga masih sugul sejak kejadian itu menyebabkan Syawal kali ini hanya disambut secara sederhana.

Katanya, dia akan menyambutnya di rumah ibunya, Noraini Ahmad, 58, bersama saudara-mara lain

“Biarpun anak sudah tiada, namun saya bersyukur kerana ibu sering memberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama dua lagi anak, Nur Syafika Muhaimin, 8, dan Siti Aisyah, 2,” katanya.

Dalam kejadian 24 Ogos lalu, Mohamad Adam dilaporkan mati selepas disembelih bapanya sendiri kira-kira jam 12 tengah hari.

Suspek yang dipercayai mempunyai masalah mental kemudian cuba bertindak mengelar leher sendiri sejurus kejadian, namun berjaya ditahan polis.

Sementara itu, Nik Suzila berkata, lebih menyedihkan apabila sentiasa terbayang-bayang wajah anaknya itu setiap kali ke bahagian dapur iaitu tempat berlaku kejadian itu.

Katanya, kedua-dua anaknya juga sering tercari-cari dan bertanyakan mengenai adik mereka.

“Nur Syafika dan Siti Aisyah sering bertanyakan mengenai arwah selain bapa mereka.

“Saya cuba mengelak kerana terlalu sedih jika bercakap mengenainya,” katanya.

Suspek, Muhaimin Sautar, 33, yang sudah didakwa di Mahkamah Majistret baru-baru ini diarahkan ditempatkan di hospital psikiatri selama sebulan bagi mendapatkan laporan perubatan berhubung keadaannya.

Nik Suzila berkata, dia akan menziarahi suaminya itu yang kini ditahan di Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru pada 24 September depan.

“Saya sedia memaafkannya dan masih sedia menerimanya jika dia pulih daripada penyakitnya itu,” katanya.


ADATLAH MANUSIA TAK BERIMAN...SIFAT MEMANG BEGITU...MENYANJUNG ORANG YG MULIA DENGAN KEKAYAAN SERTA BERPANGKAT...DAN MEMANDANG RENDAH ORANG MISKIN SERTA TAK BERKEDUDUKAN...MEREKA INI GULUNGAN SOMBONG DAN TAK INGAT MATI...IA TAK TAHU KUASA BOLEH MENARIK NIKMAT ITU SEKELIP MATA....


'Rela makan nasi bergaram'

Oleh Mary Victoria Dass

2010/09/10

JOHOR BAHRU: “Kami rela makan nasi bercampur garam di pondok usang kami berbanding ke rumah saudara yang tidak pernah memberi layanan mesra,” kata remaja, Kamaruzaman Rahmat Kamal, 17, semalam.
DAIF...Kamarulbahrin (dua dari kiri)  dan Kamaludin melihat abang mereka, Kamaruzaman melukis komik di depan pintu pondok usang.
DAIF...Kamarulbahrin (dua dari kiri) dan Kamaludin melihat abang mereka, Kamaruzaman melukis komik di depan pintu pondok usang.
Anak sulung daripada tiga beradik itu menceritakan pengalaman menyambut lebaran dilalui sejak beberapa tahun lalu dan masih terluka dengan sikap dingin saudara-maranya memandang rendah kemiskinan keluarganya.

Menurutnya, meskipun mereka mengunjungi kediaman beberapa saudara- mara dengan harapan mampu meraikan Aidilfitri dengan meriah selepas kematian ibunya lebih lapan tahun lalu, namun hajat itu tidak pernah kesampaian.

Katanya, bagi memastikan pertalian persaudaraan tidak terputus, bapanya yang bekerja sebagai pemandu teksi gantian sanggup meminjam wang daripada rakan bagi menampung kos balik ke kampung di luar Johor Bahru.

“Malangnya, kehadiran kami tidak pernah disenangi di mana kami adik-beradik dipandang rendah kerana tidak mampu memakai baju raya atau kemas seperti sepupu lain.

“Malah, pengalaman yang tidak dapat saya lupakan apabila kami tidak diberi layanan hingga terpaksa minum bekalan air kosong dari rumah biarpun terdapat pelbagai juadah raya dimasak di situ,” katanya yang menambah keluarganya masih bergantung kepada air hujan untuk memasak dan mandi kerana tidak mempunyai kemudahan bekalan air.

Malah, pondok usang dihuni mereka di kawasan tanah paya bakau bersebelahan Taman Sri Pandan tidak mempunyai bekalan elektrik hingga memaksa mereka menggunakan lilin pada waktu malam.

Kamaruzaman berkata, bagi mengelakkan perkara sama berulang, tahun ini bapanya dan dua adik lelakinya, Kamarulbahrin, 16 dan Kamaludin, 9, mengambil keputusan meraikan Aidilfitri di pondok usang mereka.

Menurutnya, meski pun menyambut Aidilfitri dalam keadaan serba kekurangan dengan hanya memakan nasi putih bersama serbuk kari, mereka masih bersyukur berbanding terpaksa menempuhi situasi mengguris hati di kediaman saudara-mara.

“Kami yang menghuni di rumah yang ditinggalkan kosong di tanah paya bakau berhampiran Taman Sri Pandan lebih setahun lalu tidak mampu melakukan sebarang persiapan raya melainkan membersihkan pondok yang hanya menunggu masa menyembah bumi.

“Hanya dengan wang RM20 diperoleh jualan lukisan komik ciptaan saya kepada rakan sekolah, kami membeli sekampit beras biarpun berkeinginan memakan ketupat dan rendang hari ini,” katanya.

Kamaruzaman yang belajar di tingkatan lima berkata, biarpun keluarganya pernah memohon rumah penduduk pendapatan rendah sebelum ini, mereka tidak memperoleh sebarang maklum balas.

“Ayah menjadi pemandu teksi gantian memperoleh pendapatan RM10 hingga RM15 sehari di mana dengan wang itu menampung perbelanjaan persekolahan saya dan dua adik,” katanya

INI SIBUK DENGAN JUDI...MACAM TAK MATI2 DAN RASA SEMPAT BERTAUBAT


Kaki ekor cuba sogok Jais



2010/09/10

PUTRAJAYA: Seorang lelaki berusia 50-an sanggup mengaku bukan Islam dan cuba menyogok penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi melepaskan diri selepas ditahan ketika membuat pertaruhan di premis judi ekor Taman Intan, Klang, kelmarin.
Lebih mengaibkan, dia memberi alasan terpaksa membeli nombor ekor bagi memperoleh sumber pendapatan untuk menampung keperluan keluarga bagi meraikan Aidilfitri.
Sebelum penahanan lelaki itu, sekumpulan enam penguat kuasa Jais melakukan pemantauan dan siasatan di premis judi terbabit sebelum mendapati puluhan lelaki beragama Islam asyik membeli nombor ekor, kira-kira jam 4.30 petang.

Sejurus serbuan dilakukan pelanggan pusat judi ekor itu bertempiaran lari, namun lima daripada mereka termasuk empat warga tempatan berusia 40-an hingga 50-an dan seorang warga Indonesia berusia 30-an ditahan


NI MUFTI2 DAN AHLI2 AGAMA BERPENGARUH...HANYA BUAT BODOH HUKUM ALLAH SEDANG MEREKA PENASIHAT PEMERENTAH...ADAKAH MEREKA TAK TAKUT KEMURKAAN ALLAH....TAK PERJUANGKAN DENGAN PENUH KESUNGGUHAN....ADAKAH KEMEWAHAN SERTA PANGKAT YANG TINGGI MEMBUATKAN LEMAH NAK MELAKUKANNYA...SUDAHKAH DE JAWAPAN BILA DITANYA OLEH ALLAH SWT NANTI....KALAU ADA...TABIKLAH....



Kecoh 'bayi' dalam sampah



2010/09/10

GOMBAK: Hampir tiga jam terpaksa dihabiskan sepasukan anggota forensik untuk mencari ‘mayat bayi’ dalam timbunan sampah yang dikatakan dibuang dalam tong sampah di pasar raya besar di Batu Caves, di sini, semalam.
Namun, usaha mencari itu sia-sia apabila mereka gagal menemui mayat bayi yang pada mulanya didakwa dilihat seorang individu yang menghubungi pihak pengurusan pasar raya berkenaan sebelum ia disahkan panggilan palsu.
Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata sebelum itu, ada orang awam menghubungi pihak pengurusan pasar raya berkenaan dan memaklumkan ternampak bungkusan dipenuhi darah mengandungi mayat seorang bayi.

“Sejurus itu, pihak pengurusan pasar raya berkenaan menghubungi pemandu lori sampah yang ketika itu dalam perjalanan ke tapak pelupusan sampah di Puncak Alam, Shah Alam.

“Pemandu berkenaan yang ketika itu hampir tiba di tapak pelupusan berkenaan berpatah balik ke pasar raya itu,” katanya


TAK FIKIR BAHAYA...KERANA IA SEORANG PEREMPUAN...



Air mata ibu berlinangan terkenang anak hilang ketika sahur



2010/09/10

MELAKA: Hanya linangan air mata menghiasi kemeriahan 1 Syawal kepada keluarga Zambri Zangee, 44, hari ini apabila anak sulungnya, Nurul Atiqah, 16, menghilangkan diri dengan meninggalkan rumah ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri, Rabu lalu.
Kehilangan Nurul Atiqah masih misteri kepada keluarga terbabit terutama ibunya, Nuraspalela Abdullah Sani, 35, berikutan anaknya tidak menunjukkan sebarang tanda akan meninggalkan mereka selepas bersama-sama menyediakan persiapan termasuk memasang langsir rumah.
Zambri yang menetap Kampungku Sayang, Bukit Baru, di sini, yang menangisi kehilangan anak sulungnya, berkata kehilangan Nurul Atiqah hanya disedari isterinya ketika mahu mengejutkan mereka keluarga bersahur kira-kira jam 4 pagi.

Menurutnya, ketika itu, pelajar Sekolah Menengah St David itu didapati tiada dalam biliknya dan semua anaknya termasuk anak kedua, Nurul Syazwina, 10, yang tidur sebilik dengannya langsung tidak menyedari ketiadaan kakaknya.

Katanya, dua adiknya yang lain, Mohd Zulhelmi, 15, dan Mohd Zuhairi, 8, turut gagal mengesan kehilangan kakak mereka sambil menyatakan tiada sebarang perubahan kepada kakaknya ketika berbuka kali terakhir bersama.

Zambri membuat laporan kehilangan anaknya di Balai Polis Bukit Baru


TIADA UNTUNGNYA BERLUMBA...PELUANG NAHAS LEBIH TINGGI....



Maut rempuh lori



2010/09/10

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang berlumba kereta dengan beberapa lagi rakannya maut selepas kereta dipandunya merempuh belakang sebuah lori di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), pagi semalam.
REMUK...kereta mangsa yang terbabit kemalangan, semalam.
REMUK...kereta mangsa yang terbabit kemalangan, semalam.
Lebih mengerikan apabila mayat lelaki itu ditemui dengan kepala pecah dan leher hampir putus.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, pemandu kereta terbabit, Poon Soon Wei, 22 dari Saujana Akasia, Sungai Buloh, maut di tempat kejadian.

Menurut jurucakap polis, mangsa berlumba dengan beberapa kenderaan lain dan gagal mengelak sebuah lori satu tan yang berada di lorong tengah.

“Kejadian berlaku apabila Proton Saga BLM yang dipandu mangsa menghala Damansara merempuh belakang sebelah kiri lori dengan muatan sampah yang bergerak perlahan di lorong tengah lebuh raya itu menyebabkan kereta itu berpusing.

“Mangsa yang memandu laju gagal mengelak sebuah lori menyebabkan ia merempuh sebelah kiri lori dan kesan rempuhan yang kuat menyebabkan bumbung kereta serta sisi lori tercabut. Akibatnya, pemandu kereta itu parah di muka dengan kepala hampir putus,” katanya.

Bagaimanapun, pemandu lori, Mohd Zin Ahmad, 42, tidak cedera.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mayat dari kenderaan yang remuk.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat


INI JALAN PENYELESAIAN....TU SEBAB HADIS ADA MENYEBUT BAGAIMANA HENDAK MEMILIH JODOH@ISTERI....BAGI WANITA GUNA HADIS SAMA..CUMA KIASKAN SAHAJA...


Bapa kemaruk wanita

Oleh Suraya Roslan

2010/09/10

KUALA LUMPUR: Lantaran tidak tahan dengan sikap bapanya yang kerap bertukar isteri, seorang remaja mengambil nekad memusnahkan dirinya dengan mengambil dadah jenis syabu.
Remaja dikenali sebagai Zack, 19, tertekan dengan cara hidup ayahnya yang sering berkahwin dengan wanita dari negara jiran. “Yang terbaru saya mengetahui ayah mengahwini wanita dari Laos dan meninggalkan ibu keseorangan. Sayu hati ini apabila melihat ibu merintih supaya tidak ditinggalkan, tetapi ayah yang begitu kemaruk untuk beristeri muda langsung tidak peduli semua itu,” katanya ketika ditemui di sebuah pusat pemulihan di ibu negara di sini, semalam.
Zack juga dikenali sebagai pelajar pintar di sekolahnya itu mengambil keputusan mencuba dadah jenis syabu kerana begitu terpengaruh dengan desakan rakan.

“Saya kerap menceritakan mengenai masalah keluarga yang dialami dan begitu tertekan dengan hidup ini, malah pernah beberapa kali cuba membunuh diri, nasib baik ada rakan yang sudi membantu dan menghalang,” katanya.

Namun, ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari, rakan yang membantu Zack juga sebenarnya bertujuan mahu memusnahkan dirinya saja.

“Rupanya niat mereka membantu adalah untuk membinasakan saya apabila disuruh mencuba sejenis dadah yang mampu menyelesaikan segala masalah di dunia ini. Saya yang pada mulanya tidak percaya, cuba juga akhirnya...dan ternyata memang best dan layan hingga saya tidak dapat lagi hidup tanpanya,” katanya.

Bermula pada detik itu, Zack menjadi hamba dadah dan terpaksa melakukan jenayah untuk membeli barang terlarang itu.

“Ayah dan ibu terus tidak mempedulikan saya selepas mengetahui saya terjebak dengan najis dadah. Dan bermula pada detik itu, kami terus terputus hubungan terutama dengan ayah.

“Saya akui, sering menjadi pelajar harapan di sekolah lantaran mendapat keputusan cemerlang, namun akibat tekanan keluarga saya sanggup memusnahkan diri sendiri,” katanya.

Zack yang kini sudah insaf berharap hubungannya dengan keluarga dapat dipulihkan segera. Kini Zack yang menghuni di sebuah pusat pemulihan di ibu negara secara sukarela selama enam bulan untuk membentuk diri menjadi insan lebih berguna



HARAP MAKLUM..MUDAH2AN JADI PENGAJARAN...


'Dapat juga rasa nasi minyak'



2010/09/10

HULU TERENGGANU: “Lapan tahun saya tidak merasai juadah kegemaran nasi minyak disediakan ibu pada pagi raya, malah pernah terfikir mungkin tidak berpeluang lagi beraya bersama ahli keluarga.
“Bagaimanapun, berkat doa ibu, Aidilfitri tahun ini saya dan anak dapat menyambutnya bersama ibu serta ahli keluarga lain,” kata Ku Faridah Ku Seman, 33, wanita tempatan yang mengikut suami dikenali Rosman ke Lombok lapan tahun lalu ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Pueh, Kuala Berang.
Menceritakan pengalamannya menyambut lebaran di Mataram, Lombok, Ku Faridah berkata, beraya di perantauan tanpa suami dan ahli keluarga begitu memeritkan, malah Aidilfitri seperti hari biasa, cuma takbir raya berkumandang menandakan umat Islam menyambut Aidilfitri.

“Bukan saja tidak berbaju raya, malah juadah di sana hanya nasi kosong dan lauk-pauk ala kadar, tidak seperti di negara kita yang begitu meriah.

“Kebiasaannya, saya hanya menyambut raya bersama tiga anak, Mohd Haikal Daniel, 9, Puteri Balqis, 4, dan Dewi Helen Fiona, 2, namun kami tetap menziarahi keluarga mentua sebelum pulang semula ke rumah,” katanya.

Menurutnya, memandangkan dia dan anak-anak hidup merempat serta bergantung kepada pendapatan RM7 (Rp20,000) sehari di ladang tembakau, dia tidak mampu menyediakan persiapan raya anak.

“Dengan pendapatan serendah itu, apa sangat yang boleh disediakan, selain sehelai baju untuk anak bagi menceriakan mereka, hendak makan pun menagih simpati jiran, inikan pula membuat persiapan raya, bayangkan saya hanya memakai baju lama,” katanya


BELAJAR AGAMA DISURAU2 ATAU DIMASJID2 JANGAN BELAJAR TEMPAT TERSOROK ATAU SEMBUNYI2...


Kumpulan terpesong

Oleh Idris Musa

2010/09/10

KUALA LUMPUR: “Kalau dua hari lebih awal beraya, itu tidak dinamakan kekeliruan, sebaliknya sudah jauh sesat daripada Islam. Dia pandai-pandai buat ajaran sendiri. Mana ada dalam Islam, kita puasa Ramadan 28 hari!
“Memang ada ketikanya timbul kekeliruan menentukan puasa 29 hari atau 30 hari sebelum menyambut Aidilfitri iaitu satu hari sahaja, bukan dua hari seperti didakwa kumpulan terbabit,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau mengulas laporan Jamiah Al Nadzir Awwalun di Perlis yang beraya dua hari lebih awal berdasarkan perkiraan empat elemen iaitu api, air, udara dan angin selain anak bulan Syawal kononnya sudah kelihatan. Kumpulan membabitkan lima beranak dan empat penduduk tempatan itu ditahan ketika khusyuk mendengar khutbah Aidilfitri yang disampaikan ketuanya berusia 51 tahun, kira-kira jam 8.30 pagi, di sebuah surau di Taman Pertiwi Indah, Seriab, Kangar. Serbuan dilakukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) dan beberapa anggota polis menemui beberapa bungkusan kuih-muih seperti lemang dan ketupat dipercayai dibawa kumpulan terbabit untuk menyambut Aidilfitri.

Ketua kumpulan terbabit didenda RM1,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Rendah Syariah Kangar kelmarin manakala lapan pengikutnya didenda RM900 atau penjara tiga bulan selepas masing-masing mengaku bersalah terhadap tuduhan.
Jamil Khir berkata, orang ramai jangan cepat terpengaruh dengan bertopengkan agama yang menampakkan kealiman dan ‘main borong’ ajaran dibawa seseorang bagi mengelakkan diri terjebak ajaran sesat. Beliau berkata, umat Islam yang mahu mempelajari dan mendalami agama perlu berhati-hati, malah membuat penilaian bagi memastikan ajaran diikuti benar-benar bertepatan dan tidak terseleweng.

“Saya hairan, kenapa ada orang kita boleh terpengaruh. Pakaian sebegitu dipakai untuk menampakkan kealiman, tetapi berselindung di sebalik pakaian sebegitu untuk mengabui mata orang,” katanya ketika dihubungi, semalam. Jamil Khir berkata, tindakan kumpulan terbabit bertentangan ajaran Islam dan jauh terpesong daripada landasan. Beliau berkata, tindakan segera dilakukan penguat kuasa Jaips dalam membanteras kumpulan terbabit sangat dihargai.

No comments:

Post a Comment