Mohd. Yusof Awang Besar membacakan surah yasin di pusara isterinya, Norliza Ishak dan anaknya, Amirul Ayman yang dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan, 4 Sept. Kedua beranak itu mati selepas dibunuh di rumahnya di Port Dickson, Negeri Sembilan. - Utusan/ROSNI MASRI
MOHD YUSOFF menyiram air ke pusara isteri dan anaknya yang ditanam dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Pulau Kerbau, Palekbang, petang semalam.Luluh...
Oleh Fazurawati Che Lah
2010/09/05
MOHD Yusoff Awang Besar yang baru pulang dari Mesir hampir pengsan ketika menunggu jenazah isteri dan anak tunggalnya dipercayai dibunuh di Port Dickson, kelmarin, untuk dikebumikan di Tumpat, Kelantan, semalam.TUMPAT: Melangkah longlai.... hasrat menyambut Aidilfitri bersama isteri dan anak terkubur dengan tragedi menyayat hati.
Perasaan sedih yang menyelubungi suasana di rumah seorang ustazah dan anaknya yang dipercayai mati dibunuh di Port Dickson, Negeri Sembilan, kelmarin bertambah pilu apabila suami mangsa yang baru tiba dari Mesir hampir pengsan sehingga terpaksa dipapah ketika menunggu jenazah dua insan tersayang itu dibawa pulang dari hospital
Mohd Yusoff Awang Besar, 35, sebelum itu melangkah longlai sebaik tiba di
halaman kediaman arwah isterinya di Kampung Pulau Kerbau, Palekbang, di sini dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, kira-kira jam 4 petang semalam.
Ahli perniagaan itu dipapah masuk ke dalam rumah untuk berehat dan menunggu hampir setengah jam sebelum jenazah isterinya, Norliza Ishak, 35, dan anak tunggal mereka, Amirul Ayman, 10, yang ditempatkan di Hospital Tumpat tiba di kediaman berkenaan.
Mohd Yusoff yang sepatutnya pulang ke tanah air dua hari lalu untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarganya menggagahkan diri menatap wajah dua insan tersayang itu buat kali terakhir sebelum jenazah disembahyang dan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Sungai Pinang, kira-kira dua kilometer dari rumah mereka.
Wakil media yang menunggu hampir dua jam gagal menemubual Mohd Yusoff yang sudah 11 tahun mengendalikan perniagaan di Mesir selepas dimaklumkan beliau masih dalam terkejut serta bersedih dengan tragedi menimpa isteri dan anaknya.
Dua beranak itu ditemui mati kira-kira jam 10 pagi kelmarin dengan kedua-dua tangan serta kaki diikat menggunakan pita pelekat dan tali, manakala muka dibalut dengan kain sarung di kediaman mereka di Apartmen Seri Bandar, Taman Bandar, Port Dickson.
Siasatan awal polis mendapati seorang jiran Norliza mendakwa terdengar jeritan anak mangsa antara jam 4 hingga 5 petang Khamis lalu, manakala laporan awal hasil bedah siasat merumuskan dua beranak itu mati akibat sesak nafas
MOGA PEMBUNUH DAPAT DITANGKAP DAN DIHUKUM
Sudah sedia kuih raya
Oleh MOHD SABRAN MD SANI dan FAZURAWATI CHE LAH
am@hmetro.com.my
2010/09/04
am@hmetro.com.my
2010/09/04
Perasaan sedih yang menyelubungi suasana di rumah seorang ustazah dan anaknya yang dipercayai mati dibunuh di Port Dickson, Negeri Sembilan, kelmarin bertambah pilu apabila suami mangsa yang baru tiba dari Mesir hampir pengsan sehingga terpaksa dipapah ketika menunggu jenazah dua insan tersayang itu dibawa pulang dari hospital
Mohd Yusoff Awang Besar, 35, sebelum itu melangkah longlai sebaik tiba di
halaman kediaman arwah isterinya di Kampung Pulau Kerbau, Palekbang, di sini dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, kira-kira jam 4 petang semalam.
Ahli perniagaan itu dipapah masuk ke dalam rumah untuk berehat dan menunggu hampir setengah jam sebelum jenazah isterinya, Norliza Ishak, 35, dan anak tunggal mereka, Amirul Ayman, 10, yang ditempatkan di Hospital Tumpat tiba di kediaman berkenaan.
Mohd Yusoff yang sepatutnya pulang ke tanah air dua hari lalu untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarganya menggagahkan diri menatap wajah dua insan tersayang itu buat kali terakhir sebelum jenazah disembahyang dan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Sungai Pinang, kira-kira dua kilometer dari rumah mereka.
Wakil media yang menunggu hampir dua jam gagal menemubual Mohd Yusoff yang sudah 11 tahun mengendalikan perniagaan di Mesir selepas dimaklumkan beliau masih dalam terkejut serta bersedih dengan tragedi menimpa isteri dan anaknya.
Dua beranak itu ditemui mati kira-kira jam 10 pagi kelmarin dengan kedua-dua tangan serta kaki diikat menggunakan pita pelekat dan tali, manakala muka dibalut dengan kain sarung di kediaman mereka di Apartmen Seri Bandar, Taman Bandar, Port Dickson.
Siasatan awal polis mendapati seorang jiran Norliza mendakwa terdengar jeritan anak mangsa antara jam 4 hingga 5 petang Khamis lalu, manakala laporan awal hasil bedah siasat merumuskan dua beranak itu mati akibat sesak nafas.
KENANGAN... gambar menunjukkan Norliza memangku anaknya Amirul Aiman bersama suaminya Mohd Yusof Awang Besar.
Ishak berkata, sepatutnya arwah anak sulung dan cucunya dijangka pulang bersama suami, Mohd Yusof Awang Besar, 35, semalam bagi menyambut Aidilfitri, namun berikutan mempunyai urusan penting di Mesir, hasrat Mohd Yusof untuk pulang ke Malaysia terpaksa ditunda ke tarikh lain.
“Hanya arwah Norliza dan anaknya mahu pulang dulu. Kami sekeluarga memang tidak sabar menunggu kepulangan arwah tiga beranak memandangkan sudah lama tidak bertemu suaminya, manakala arwah kali terakhir berjumpa Jun lalu.
“Saya dapat tahu melalui guru di sekolahnya bahawa arwah membeli pelbagai jenis kuih raya untuk dibawa pulang. Menjadi kemestian untuk arwah berbuat demikian, namun kali ini kuih raya dibelinya tidak dapat kami rasa,” katanya.
Ishak berkata, walaupun masih terkejut dengan kejadian yang menimpa anak sulung dan cucunya, dia sekeluarga reda dengan pemergian mereka.
“Kak Long (gelaran Norliza) anak yang bertanggungjawab dan sentiasa mengambil berat hal berkaitan adik beradik lain. Kali terakhir arwah pulang ke kampung dua bulan lalu bersama Ayman untuk meraikan majlis kenduri cukur jambul anak saudaranya.
“Ketika kami berjumpa, arwah tidak menunjukkan perubahan, malah dia gembira bertemu kami sekeluarga,” katanya.
Sementara itu, adik Norliza, Zulhilmi Ishak, 19, berkata dia pelik dengan sikap kakaknya kerana tidak membalas mesej menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) Khamis lalu, sedangkan pertanyaan terbabit biasanya segera dibalas atau menghubungi keluarganya di kampung.
“Entah macam mana, hati saya tergerak untuk bertanya soalan ‘kak long tak beli baju raya ke?’. Saya menghantar SMS, tetapi pelik kerana mesej yang dihantar jam 4.30 petang itu tidak dibalas.
“Biasanya, kak long balas mesej saya. Kalau tidak balas pada kadar segera pun, dia menghubungi keluarga bila ada kelapangan. Situasi itu menyebabkan saya berprasangka baik yang kak long sibuk dengan tugasnya sebagai ustazah.
“Arwah kakak peramah dan bertanggungjawab terhadap semua adik beradiknya. Dia sering membantu kami dan sebab itu kami terasa kehilangannya.
“Kami juga hairan bagaimana kejadian itu berlaku, sedangkan setahu kami dia tidak mempunyai musuh,” katanya.
Sementara itu, jenazah Norliza dan Ayman tiba di Hospital Tumpat pagi semalam, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pinang, dekat sini, selepas solat Asar
Sesak nafas punca kematian
PORT DICKSON – Punca kematian seorang guru kelas Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) Sekolah Kebangsaan Port Dickson, Norliza Ishak, 35, dan anaknya, Amirul Ayman Mohd Yusof, 10, Khamis lalu sudah dikenal pasti. Menerusi bedah siasat dijalankan Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban, kedua-dua mangsa mati kerana sesak nafas.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh berkata, bedah siasat itu mengesahkan mangsa sesak nafas akibat mulut dan hidung ditutup pita pelekat.
Selain itu, kepala mangsa dibalut kain basah manakala kaki dan tangan diikat.
"Setakat ini, polis masih menyiasat semua sudut bagi mengesan suspek.
“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.
Sementara itu, adik ipar mangsa, Mohd Nazmi Awang Besar, 35, berkata, jenazah kedua-dua beranak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Kerbau, Palekbang, Tumpat, Kelantan. selepas Maghrib, semalam
Sesak nafas punca ajal
2010/09/04
“Kita (polis) belum mengetahui kesan kecederaan lain dan masih menunggu laporan penuh hasil bedah siasat dari Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) yang biasanya diperoleh dalam tempoh seminggu.
“Siasatan akan dijalankan secara menyeluruh merangkumi semua sudut, terutama mengenal pasti motif kejadian dan suspek yang terbabit dalam kes itu,” katanya kepada Metro Ahad di sini, semalam.
Menurut Baljeet, pihaknya sehingga kini belum mempunyai petunjuk positif mengenai kes berkenaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan pecah masuk ditemui dan kita percaya penjenayah masuk melalui pintu depan sebelum menguncinya ketika keluar,” katanya.
Beliau juga mengatakan polis belum mengenal pasti barangan mangsa yang hilang.
Orang ramai yang ada maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6462999 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Sementara itu, seorang jiran yang enggan dikenali berkata, Norliza sering tersenyum jika mereka bersemuka.
“Saya sememangnya terkejut dengan insiden itu kerana mangsa dianggap baik dan tidak mencampuri hal orang lain,” katanya.
Harian Metro semalam melaporkan, kedua-dua tangan dan kaki Norliza serta Amirul Ayman diikat dengan tali serta pita pelekat, manakala mulut ditutup dengan kain sarung ketika ditemui di rumah mereka.
Mayat mereka ditemui kira-kira jam 10 pagi oleh rakan dan pihak pengurusan bangunan yang melakukan pemeriksaan selepas mangsa tidak hadir mengajar di sekolah rendah di sini.
Norliza yang berasal dari Kampung Pulau Kerbau, Palekbang, Tumpat, Kelantan, tinggal di apartmen itu bersama anak lelakinya kerana suami menjalankan perniagaan di Mesir
'Dah beli tiket balik raya'
Oleh Mohd Sabran Md Sanidan, Mohd Nur Asnawi Daud dan Nor Aziah Othman
2010/09/04
2010/09/04
ANGKAT...polis mengangkat mayat dua beranak yang ditemui mati dalam apartment, semalam.
Norhayati berkata, dia berjanji menghantar Norliza, guru agama dan Amirul Ayman ke stesen bas Terminal One, Seremban kerana dua beranak itu dijadual menaiki bas jam 10 malam.
“Arwah nampak seronok ketika beritahu mahu pulang ke kampungnya di Pulau Kerbau, Palekbang, Tumpat, kerana dia dapat cuti agak lama tahun ini,” kata Norhayati.
Menurutnya, dia sempat keluar bersama Norliza di sekitar Port Dickson membeli-belah sebelum menghantarnya pulang ke rumah, petang kelmarin.
“Pagi ini (semalam) saya tak nampak anaknya di kelas menyebabkan saya tak sedap hati, lalu saya cari Norliza yang mengajar di sekolah sama. Tetapi rakan beritahu mereka juga tidak melihatnya. Saya menelefon Norliza dan anaknya, namun kedua-duanya tiada jawapan,” katanya
Norhayati berkata, dia mengambil keputusan pergi ke rumah mangsa, namun mendapati ia berkunci menyebabkannya pulang semula sebelum memberitahu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Port Dickson (SKPD), Maimunah Samek.
“Saya dan beberapa guru pergi semula ke rumah mereka sebelum menemui dua beranak itu dalam keadaan menyayat hati di dalam bilik air,” katanya
Norliza tinggal di apartmen itu bersama anak lelakinya kerana suaminya menjalankan perniagaan di Mesir.
Sementara itu, adik ipar mangsa, Mohd Nazmi Awang Besar, 35, yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana, berkata, kali terakhir dia berjumpa arwah kira-kira dua minggu lalu.
“Saya terkejut dengan kejadian ini dan menghubungi suami mangsa (Mohd Yusuf Awang Besar, 37,) yang menjalankan perniagaan di Mesir.
“Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, saya menganggapnya sebagai takdir dan reda dengan pemergiannya,” katanya.
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Awaluddin Hasan berkata, pihaknya terkejut dengan kejadian menimpa kakitangannya dan meminta semua guru mendoakan yang terbaik kepada arwah dan anaknya.
Menurutnya, pihaknya memaklumkan kepada semua guru besar sekolah memastikan tempat kediaman guru masing-masing berada dalam keadaan selamat atau boleh menginap di kuarters sekolah yang berhampiran
Rumah berkunci, mulut tersumbat
2010/09/04
Mayat Norliza Ishak, 35, serta anaknya, Amirul Ayman Mohd Yusoff, 10, ditemui kira-kira jam 10 pagi oleh rakan dan pihak pengurusan bangunan yang melakukan pemeriksaan selepas mangsa tidak hadir mengajar di sekolah rendah di sini.
Norliza berasal dari Kampung Pulau Kerbau, Palekbang, Tumpat, Kelantan, tinggal di apartmen itu bersama anak lelakinya kerana suaminya menjalankan perniagaan di Mesir.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh berkata, berdasarkan siasatan awal, kedua-dua mangsa dipercayai mati beberapa jam lalu sebelum mayat mereka ditemui dalam keadaan tangan dan kaki diikat menggunakan tali dan pita pelekat.
“Ketika kejadian, rumah mangsa berkunci,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata, mayat dua beranak malang itu ditemui seorang rakan dan pihak pengurusan bangunan yang datang memeriksa rumahnya selepas mangsa tidak hadir ke sekolah seperti kebiasaannya
“Rakannya itu mendapatkan bantuan daripada pihak pengurusan bangunan untuk masuk ke dalam rumah mangsa sebelum menemui mayat dua beranak itu dalam bilik air lalu menghubungi polis.
“Polis tidak menemui kesan kecederaan atau darah dalam rumah mangsa dan ketika ditemui, keadaan rumahnya berkunci kemas. Kami juga sedang menyiasat sama ada barang berharga mangsa hilang,” katanya
Baljeet berkata, seorang jiran mangsa terdengar jeritan anak mangsa antara jam 4 hingga 5 petang kelmarin, namun tidak mengendahkannya kerana menyangka ia perkara biasa.
Katanya, berdasarkan semakan polis, belum pernah terjadi kejadian samun atau pecah rumah di apartmen berkenaan.
Sepasukan polis daripada Unit Forensik turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu kerja penyiasatan.
“Polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di mana sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.
“Setakat ini, kami belum membuat sebarang tangkapan dan siasatan daripada segenap aspek sedang giat dilakukan termasuk mengenal pasti motif kejadian,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya untuk dikebumikan.
Katanya, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6462999 atau balai polis berhampiran.
NEGARA
Hanya jasad Norliza, Amirul yang pulang
TUMPAT - Suami Norliza Ishak yang ditemui mati dibunuh bersama anaknya, Amirul Ayman Mohd. Yusof di flat di Jalan Sutera Lama, Port Dickson kelmarin sempat pulang bagi menyaksikan jenazah kedua-dua insan yang disayanginya itu buat kali terakhir sebelum dikebumikan.
Mohd. Yusof Awang Besar, 37, yang bergegas pulang dari Kaherah, Mesir tiba di Kota Bharu kira-kira pukul 4.30 pagi semalam.
Bagaimanapun dia yang masih terkejut dan sedih dengan insiden kematian dua beranak itu kelihatan tidak dapat menahan sebak di atas tragedi yang berlaku enggan ditemu bual.
Difahamkan Mohd. Yusof berniaga kedai makan di bandar raya Kaherah selepas menuntut di Universiti Al-Azhar dalam bidang Usuluddin dan berkahwin dengan Allahyarham ketika belajar di sana.
Sementara itu, jenazah Norliza dan Amirul Ayman yang tiba dari Hospital Port Dickson di Hospital Tumpat pada pukul 6 pagi semalam selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pinang di sini petang ini.
Ibu Allahyarham Norliza, Zainab Mahmud, 53, berkata, anak sulungnya itu merupakan tempat keluarga bergantung hidup kerana banyak membantu adik-adiknya yang seramai 14 orang.
"Setiap tahun, dia yang akan membeli pakaian raya untuk adik-adiknya di kampung yang masih bersekolah," katanya.
Menurut Zainab, kebiasaannya adik-adik Norliza tidak sabar-sabar menunggu kepulangan kakaknya untuk melihat pakaian baru mereka yang akan dipakai pada Hari Raya Aidilfitri
Penantian ayah bertukar tunggu jenazah pulang
2010/09/04
Ishak berkata, kematian anak dan cucunya diketahui sebaik dimaklumkan adik ipar kepada anaknya, kira-kira jam 11 pagi semalam.
“Ketika itu, adik ipar anak saya bertanya sama ada saya sudah mengetahui perkara sebenar (kematian Norliza dan anak) dan saya menjawab tidak mengetahui apa-apa. “Apabila diberitahu apa yang berlaku, saya terperanjat dan tubuh menjadi lemah, lalu memaklumkan kejadian itu kepada isteri saya (Zainab Mahmood, 53,) yang ketika itu mendengar ceramah kuliah subuh,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Kerbau, Palekbang, di sini, malam tadi.
Dia yang bekerja kampung berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian dua beranak terbabit, meskipun sebak dengan cara pemergian dua beranak terbabit selepas ditemui terbunuh di rumah mereka.
Menurutnya, berita kematian terbabit sudah dimaklumkan kepada suami Norliza yang kini dalam penerbangan pulang dari Mesir ke Kuala Lumpur selama 12 jam sebelum menuju ke Kuala Terengganu berikutan sudah kehabisan tiket
4 lelaki seret wanita masuk van
2010/09/04
Dalam kejadian kira-kira 6.55 pagi itu, mangsa berusia 31 tahun itu tergamam apabila ditarik sebelum diseret ke dalam van bernombor pendaftaran WTH5050.
Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, wanita itu diikat menggunakan baju luar yang dipakainya manakala belakangnya turut dipukul.
“Kami percaya nombor pendaftaran van palsu dan masih siasat sama ada van itu dicuri atau tidak,” katanya.
Zakaria berkata, wanita itu turut diarah menyerahkan telefon bimbit dan beberapa dokumen penting miliknya.
“Mangsa tidak dapat mengecam muka keempat-empat suspek, tetapi pasti keempat-empat mereka orang tempatan
Menurutnya, selepas penyamun mengambil barangan terbabit, wanita itu dicampak di Stesen Komuter Sungai Buloh dalam keadaan tangan terikat.
“Mujurlah ada dua wanita nampak kejadian itu membantu membuka ikatannya.
Setakat ini, jumlah kerugian belum dapat dipastikan,” katanya.
Sumbat mulut, ikat tangan
Oleh Yahya Awang
2010/09/04
2010/09/04
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang di Kampung Tebuk, Permatang Raja, Pantai Remis, mayat mangsa, Esha Rejab, ditemui di dalam rumah oleh jirannya.
Ketua Polis Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah, berkata mangsa yang juga ibu tunggal anak lima, tinggal di rumah berkenaan seorang diri.
Beliau berkata, kejadian itu disedari jirannya mengesyaki sesuatu buruk berlaku kepada mangsa selepas melihat seseorang memasuki kediaman warga emas itu.
“Jiran mangsa yang terkejut dengan kejadian itu memeriksa keadaan mangsa sebelum mendapati wanita itu sudah meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati, terbaring dengan mulut disumbat kain manakala tangannya diikat.
“Sebaik dimaklumkan jiran mangsa, kami bergegas ke tempat kejadian dan menemui sepasang sarung tangan digunakan penyamun berkenaan. Selain itu, keadaan dalam rumah mangsa juga berselerak digeledah penyamun mencari barang berharga,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Katanya, siasatan mendapati penyamun memasuki rumah mangsa menerusi bumbung berdasarkan kesan umpilan di atap rumah berkenaan.
Yusuf berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti barangan hilang dan sehingga kini, hanya telefon bimbit mangsa dipercayai hilang.
Kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan samun disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Yusuf berkata, penjenayah dipercayai lebih seorang dan memasuki rumah mangsa menerusi bumbung rumah.
Menurutnya, mangsa mendapat pencen arwah suami sebagai pesara tentera dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk dibedah siasat
Penganggur ditahan bantu siasatan kes bunuh ustazah, anak
2010/09/07
SEREMBAN: Polis memberkas seorang penganggur bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang ustazah yang mati dibunuh bersama anak lelakinya di sebuah apartmen di Jalan Sutera Lama berhampiran pasar Port Dickson, dekat sini, Jumaat lalu.
Lelaki berusia 34 tahun itu diberkas polis Sabtu lalu bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam berkenaan.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh yang mengesahkan tangkapan itu, berkata suspek kini direman hingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, Norliza Ishak, 35, serta anaknya, Amirul Ayman Mohd Yusoff, 10, ditemui mati dengan kedua-dua tangan dan kaki diikat menggunakan tali serta pita pelekat manakala mulut ditutup dengan kain sarung.
Mayat kedua-dua mangsa ditemui oleh rakan dan pihak pengurusan bangunan yang melakukan pemeriksaan selepas Norliza tidak hadir mengajar di sebuah sekolah rendah, di sini.
Norliza berasal dari Kampung Pulau Kerbau, Palekbang, Tumpat, Kelantan, tinggal di apartmen itu bersama anak lelakinya kerana suaminya menjalankan perniagaan di Mesir.
Mereka yang mempunyai maklumat kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di talian 06-6462999 atau balai polis berhampiran
Jiran ditahan bantu kes bunuh ustazah, anak lelaki
TELUK KEMANG 6 Sept. - Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan polis berhubung kes pembunuhan seorang ustazah, Norliza Ishak, 35, dan anak lelakinya, Amirul Ayman Mohd. Yusof, 10, di Jalan Sutera Lama, Port Dickson, dekat sini Jumaat lalu.Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baljeet Singh berkata, lelaki itu yang dipercayai jiran mangsa ditahan berhampiran tempat kejadian semalam, bagi membantu siasatan kes tersebut.
Katanya, lelaki berkenaan yang mempunyai dua anak dan menyewa di kawasan flat sama sejak beberapa tahun lalu, kini ditahan reman sehingga Jumaat ini.
Tambahnya, siasatan sedang dilakukan termasuklah mengenal pasti sepenuhnya identiti serta latar belakang lelaki berkenaan.
"Kita difahamkan lelaki itu tidak bekerja dalam tempoh yang lama dan kita sedang menyiasatnya," katanya di Port Dickson, dekat sini hari ini.
Baljeet bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya sama ada mangsa telah diperlakukan jenayah seksual.
"Kita tidak dapat mengesahkan lagi perkara ini dan saya harap tiada sebarang spekulasi dibuat berhubung dakwaan berkenaan.
"Lagipun laporan penuh perubatan terhadap mangsa masih belum diperoleh. Beri kami masa untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini," tegasnya.
Dalam kejadian Jumaat lalu, Norliza dan Amirul Ayman ditemui mati dibunuh dalam keadaan kaki dan tangan terikat serta kepala mangsa dibalut dengan kain sarung dalam bilik air sebuah flat di Jalan Sutera Lama, dekat sini.
Norliza yang merupakan ustazah di Sekolah Kebangsaan Port Dickson dan anaknya belajar di sekolah yang sama, sepatutnya pulang berhari raya di Kelantan, Sabtu lalu, ditemui mati oleh rakannya.
Pihak polis percaya kejadian itu berlaku pada pukul 4 hingga 5 petang berdasarkan keadaan mayat yang sudah mula lebam dan ketika ditemui, kedua-dua mayat berkenaan berada dalam keadaan terlentang.
Norliza yang berasal dari Kampung Pulau Kerbau, Palek Bang, Kelantan hanya tinggal bersama anaknya itu kerana suaminya, Mohd. Yusof Awang Besar, 37, sedang menguruskan perniagaan di Kaherah, Mesir.
Ditanya mengenai barangan yang didakwa hilang oleh bapa Norliza, Ishak Mohd. Isa termasuklah wang tunai, komputer dan telefon bimbit di flat berkenaan, Baljeet memberitahu, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan.
Katanya, kes itu disiasat di Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
No comments:
Post a Comment