Wednesday, March 14, 2012

ISLAM MENJADI SASARAN..NAMPAK SANGAT AGAMA NI ADALAH AGAMA YANG BENAR...ALLAH JAGA ISLAM..ITU JANJI ALLAH


Pedang berdarah punca terbakar


HABIB menunjukkan sebilah pedang yang terdapat di rumah Zainab di Kampung Penambang Bunga Emas, Kota Bharu yang dipercayai menjadi punca kemunculan api misteri.


KOTA BHARU – Seorang pengamal perubatan tradisional mendakwa serangan api misteri di rumah seorang warga emas di Kampung Penambang Bunga Emas di sini dipercayai berpunca daripada beberapa bilah senjata lama yang disimpan di rumah tersebut.
Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Habib Din berkata, tujuh senjata berkenaan termasuk golok, pisau dan sebilah pedang lama yang disimpan di dalam rumah Zainab Sulaiman, 75, mempunyai aura panas jika tidak dipulihara dengan baik.
Menurutnya, keadaan rumah warga emas tersebut menjadi semakin ‘panas’ apabila pedang lama tersebut bukan sahaja mengandungi kesan darah kering malah tertera kalimah suci.
“Saya minta Mok Nab (Zainab) mengeluarkan semua senjata lama itu kerana dari segi ilmu perubatan tradisional, barangan lama ini terutamanya pedang berunsurkan besi mempunyai aura panas.
“Pedang tersebut mungkin merupakan punca kemunculan api misteri tersebut kerana kebanyakan senjata lama memerlukan cara tertentu untuk menyimpannya,’’ kata beliau kepada Kosmo! ketika ditemui di rumah Zainab di sini semalam.

Lima didakwa bakar remaja

KUALA LUMPUR – Dua beradik antara lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang dekat sini semalam atas tuduhan cuba membunuh seorang remaja dengan membakar mangsa menggunakan minyak petrol sehingga tubuhnya terbakar 80 peratus dan masih kritikal di Hospital Sungai Buloh.
Tertuduh, Muhd. Nazrul Md. Noor, 25, Mohamad Nor Akmal Tarmezi, 23, Muhamad Ammar Ashman Jamil, 21, Muhd. Nazrin Md. Noor, 22, dan Mohamad Firdaus Mohamad Sururi, 21, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut.
Nazrul dan Nazrin adalah adik-beradik, Nor Akmal dan Ammar masing-masing pelajar Universiti Selangor (Unisel) manakala Firdaus bekerja sebagai penghantar surat.
Mereka didakwa cuba membunuh penganggur Muhd. Syahirudin Mohd. Shauki, 20, juga bekas rakan serumah Nazrul dengan membakar mangsa menggunakan minyak petrol di Jalan Kampung Sepakat, Mukim Sungai Tengi, Gedangsa, (di antara tiang TNB nombor 33 dan 34) Hulu Selangor di sini pada pukul 5.45 pagi 26 Februari 2012.

Curi kereta: Ibu enam anak dipenjara


ROHAYU yang dihukum penjara 11 bulan selepas didapati bersalah menyimpan kereta curi dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman penjara 11 bulan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan menyimpan sebuah kereta curi dalam kejadian Disember tahun lalu.
Tertuduh Rohayu Hamzah, 33, yang merupakan ibu kepada enam orang anak membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menyimpan sebuah kereta jenis Proton Waja milik Azman Kasim, 53, bernombor pendaftaran DAU 9657 kira-kira pukul 8.50 pagi hingga 9.50 pagi di jalan utama Kampung Pengkalan Kubur, Kampung Raja, Besut pada 25 Disember tahun lalu.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan mengetahui bahawa kereta tersebut merupakan harta curi dan dengan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Selamat kerana tangisan bayi


KEADAAN dua buah rumah kedai yang musnah dalam kebakaran di Kampung Berangan, Tumpat semalam.


TUMPAT – Tangisan kuat dua bayi berjaya menyelamatkan mereka dan bapa saudara daripada rentung selepas dua buah rumah kedai di Kampung Berangan dekat sini dijilat api semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, pasangan adik-beradik berkenaan, Mohd. Hafiz Asraf Mohd. Sanusi, 2, dan Nurul Ain Balqis, 1, sedang bermain di ruang tamu di tingkat atas rumah kedai berkenaan.

Pada masa sama, bapa saudara mereka, Shamsul Qamar Ismail, 21, sedang tidur di sebuah bilik di tingkat yang sama.
Seorang lagi bapa saudara kanak-kanak terbabit, Solahuddin Ismail, 36, berkata, ketika kejadian, dia sedang berniaga di kedai runcitnya di tingkat bawah.
“Tiba-tiba saya terdengar suara tangisan dua anak saudara saya dari tingkat atas yang bunyinya seperti dalam ketakutan.
“Dalam masa yang sama juga, saya terhidu asap tebal dan mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku lalu bergegas ke tingkat atas,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Imam mati ketika masjid dibakar

BRUSSELS, Belgium - Sebuah masjid dekat sini yang dibakar dengan sengaja telah mengakibatkan seorang imam mati, kata pihak berkuasa kelmarin.
Jurucakap Pejabat Pendakwa Raya Brussels, Jean-Marc Meilleur berkata, seorang lelaki telah ditangkap.
Menurutnya, lelaki yang yang ditangkap itu merupakan seorang Muslim yang dilahirkan pada tahun 1978.
Beliau berkata, lelaki berkenaan yang bersenjatakan pisau dan kapak turut menyimbah bahan bakar dipercayai sebagai petrol.
Meilleur berkata, para jemaah berjaya menangkapnya dan lelaki itu dikurung di dalam sebuah bilik di masjid tersebut.
Beliau menjelaskan kejadian itu berlaku di antara pukul 6 dan 7 petang pada waktu tempatan.
Akhbar Le Soir melaporkan bahawa imam tersebut yang berusia 47 tahun mati semasa dia cuba untuk memadamkan kebakaran.
Menurut akhbar itu, ratusan orang berhimpun di luar masjid itu dan berada dalam keadaan terkejut ekoran kejadian tersebut. - Agensi

No comments:

Post a Comment