Tuesday, October 19, 2010

JADIKAN PENGAJARAN SENTIASALAH MOHON PERLINDUNGAN DARI ALLAH

AWAS ....JADI PENGAJARAN..


Melambung dirempuh treler

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
asnawi@hmetro.com.my

MAUT...polis memeriksa mayat mangsa yang maut dalam kemalangan pagi semalam.  Gambar kecil, Foo.
MAUT...polis memeriksa mayat mangsa yang maut dalam kemalangan pagi semalam. Gambar kecil, Foo.
SEREMBAN: “Saya nampak treler menghala ke arah kami dengan laju lalu menarik ibu ke tepi, namun saya terkejut menyaksikan bapa melambung selepas dirempuh treler itu,” kata seorang mangsa kemalangan maut membabitkan sebuah treler dan Proton Saga di Kilometer 252.7 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini, pagi semalam.
Lew Chin Shiong, 19, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi semalam, jiran mereka, Foo Hui Theng, 19, pelajar sebuah kolej, berada di tempat duduk belakang kereta maut di tempat kejadian, manakala bapanya, Liu Ah Gan, 55, cedera di badan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk mendapatkan rawatan.

“Ketika kejadian, saya, bapa dan ibu Tan Siew Neo, 49, berada di luar kenderaan untuk menolak kereta itu yang rosak. Apabila bapa cuba memasuki lorong kecemasan, kereta itu terhenti di lorong kiri.

“Bagaimanapun, ketika hendak menolak kereta itu, tiba-tiba sebuah treler muncul lalu merempuh belakang kereta dan bapa berada di sebelah kanan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menceritakan kemalangan itu, Lew berkata, dia bersama ibu bapa dan dua jirannya dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur

Katanya, apabila tiba di tempat kejadian, tiba-tiba kereta rosak dan bapanya memandu kenderaan itu dari lorong kiri untuk masuk ke lorong kecemasan sebelum ia terhenti lalu keluar untuk menolaknya, manakala dua anak jirannya duduk tempat duduk belakang.

“Sebaik keluar dan baru hendak menolak kereta itu, tiba-tiba sebuah treler datang dan merempuh kereta bersama bapa. Kejadian itu berlaku terlalu pantas dan saya hanya sempat menarik ibu bagi mengelak dirempuh.

“Seorang jiran saya yang berada di tempat duduk belakang kereta mati dan tersepit, manakala seorang lagi yang turut berada di tempat duduk belakang cedera, namun tidak serius,” katanya Sementara itu, jurucakap polis berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi melakukan siasatan sebaik menerima panggilan kecemasan.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, kemalangan itu dipercayai berlaku selepas enjin kereta dinaiki mangsa rosak menyebabkan terhenti di lorong kiri lebuh raya. Pemandu, penumpang depan serta seorang penumpang belakang turun dipercayai untuk mengalihkan kenderaan itu.

“Bagaimanapun, tiba-tiba muncul sebuah treler lalu merempuh belakang kanan kenderaan berkenaan lalu menyeret Proton Saga itu beberapa meter ke hadapan.

“Akibat rempuhan itu, penumpang belakang sebelah kanan maut di tempat kejadian,” katanya.
Beliau berkata, pemandu treler berusia 40-an berkenaan, bagaimanapun tidak cedera dan membuat laporan polis.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut kejadian itu dan pada masa sama meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat tampil menghubungi polis.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah yang dihubungi mengesahkan kejadian, berkata siasatan lanjut sedang dilakukan.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Inspektor Ahmad Khairi Roslan di talian 06-6033394 atau balai polis berhampiran.



DOSA JIKA DAH BIASA..TIADA TERASA DOSA LAGI...SYAITAN SENTIASA MENGHASUT
JADI SERONOK DIBUAI KESERONOKAN...BAGAIMANA JIKA DALAM KESERONOKAN DOSA .... ALLAH CAGUT NYAWANYA.....



Intip 5 artis maksiat

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Lima artis terkenal dalam perhatian khas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan menjadi ‘senarai keutamaan’ individu yang bakal dicekup kerana disyaki terbabit dengan kegiatan maksiat, berkhalwat dan berjudi.
Lima artis membabitkan empat wanita dan lelaki berusia 20-an hingga 30-an itu menjadi perhatian utama Jais selepas banyak aduan dibuat orang awam secara berterusan mengenai salah laku mereka.

Mendedahkan perkara itu, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarof berkata, pihaknya menerima banyak maklumat serta aduan mengenai lima artis terbabit sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, berdasarkan aduan diterima serta pemantauan dilakukan Jais, pihaknya mengenal pasti lokasi sarang maksiat artis terbabit dan menunggu masa sesuai mencekup mereka.

“Mengikut maklumat yang kami ada, seorang daripada artis wanita terbabit berusia 30-an dikatakan selalu membawa balik teman lelakinya yang juga suami orang ke rumahnya sejak lebih dua bulan lalu

“Kegiatan sama juga dilakukan artis wanita lain yang selalu membawa kekasih ke rumahnya terutama selepas jam 10 malam. Tindakan seperti menimbulkan rasa kurang senang jiran tetangga hingga mendorong mereka membuat aduan kepada Jais,” katanya.

Shahrom berkata, artis lelaki terbabit pula menjadi sasaran Jais kerana sering berjudi dan aduan diterima jabatan itu bukan saja daripada orang awam yang tidak mahu bersubahat dengan salah laku artis itu, tapi juga anggota keluarganya yang kecewa dengan tabiat buruknya.

Menurutnya, biarpun Jais mempunyai maklumat dan bukti yang cukup untuk menahan lima artis terbabit, pihaknya mengalami sedikit kesukaran membuat serbuan kerana kawasan tempat tinggal mereka berstatus agak mewah serta dilengkapi kawalan keselamatan.

“Kebiasaannya, individu yang melakukan maksiat termasuklah lima artis ini sudah membuat pakatan dengan pengawal keselamatan agar mereka diberitahu lebih awal apabila kami membuat serbuan supaya mereka dapat meloloskan diri.

“Bagaimanapun, kami tidak boleh putus asa, sebaliknya ada strategi tersendiri untuk melaksanakan tugas kami demi memastikan segala jenis kegiatan maksiat dibanteras, termasuk yang dilakukan golongan artis,” katanya.

Pada masa yang sama, Shahrom tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi artis yang melakukan kegiatan tidak bermoral termasuk menjadikan kelab eksekutif dan pusat hiburan tertentu sebagai markas melakukan maksiat.
Menurutnya, dalam hal ini, kerjasama orang awam agar tampil membuat aduan penting bagi memastikan kegiatan artis terbabit dapat ditangani segera.

“Sebenarnya, apa yang kami lakukan bertujuan memberikan pengajaran kepada pelaku maksiat termasuk artis supaya tidak melakukan perbuatan itu.

“Sebagai individu yang menjadi perhatian ramai dan ada kelompok peminat tersendiri artis sepatutnya menunjukkan akhlak baik dan bukannya melakukan perbuatan yang merendahkan martabat mereka,” katanya.

Beliau berkata, individu yang melakukan kesalahan khalwat akan disiasat mengikut Sekyen 29(1a), Enakmen Jenayah Syariah Selangor dan yang terbabit dengan judi pula disiasat mengikut Seksyen 17(1) enakmen sama.


SENTIASALAH BERHATI2...

'Saya ikut tingkap'



RESAH...ahli keluarga sedih menunggu mayat mangsa lemas.
RESAH...ahli keluarga sedih menunggu mayat mangsa lemas.
BINTULU: “Semuanya kelam-kabut, tetapi saya dapat memecahkan tingkap bot dan berenang keluar,” kata Silo Gerenang, 58, seorang daripada tujuh penumpang yang selamat selepas sebuah bot ekspres karam di Sungai Kakus, Kelebu di sini, semalam.
Menurut Silo, sebaik bot yang membawa lebih penumpang itu terbalik selepas berlanggar dengan bot tunda balak di Ulu Sungai Anap, suasana menjadi kelam-kabut dengan jeritan penumpang meminta tolong dan ada juga berasak mencari jalan keluar menyelamatkan diri.

“Kejadian berlaku sekelip mata dan kebanyakan penumpang gagal menyelamatkan diri kerana terperangkap. Saya bersyukur dapat keluar dan berenang ke tebing sungai sebelum dibawa orang ramai ke hospital,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, sebuah bot yang sarat dengan 30 penumpang terbalik selepas bot dinaiki tersangkut tali tongkang dan 19 daripadanya masih hilang dan dikhuatiri lemas.

Sehingga jam 8 malam tadi, empat mayat ditemui manakala nasib yang lain belum diketahui. Dua mayat ditemui kira-kira jam 8 malam dan kira-kira 40 minit kemudian, satu lagi mayat yang belum dikenal pasti identiti ditemui dalam bot terbabit.


Selang lima minit kemudian mayat keempat ditemui ketika bot ekspres yang terbalik ditarik naik ke permukaan menggunakan sebuah tongkang lain.

Difahamkan, bot ekspres berkenaan tidak menyediakan jaket keselamatan kepada penumpang dan ketika kejadian ia membawa penumpang berlebihan.

Tragedi semalam mengimbas kembali beberapa kejadian bot karam di Sarawak membabitkan kehilangan ramai penumpang.

Pada April 1999, 12 pelajar Sekolah Menengah Pusa maut apabila bot laju yang mereka naiki berlanggar dengan kapal pengangkut kayu di Sungai Saribas dan sehari selepas itu, sekali lagi penduduk mendapat berita buruk apabila tujuh penumpang mati lemas selepas bot pukat tunda berlanggar tongkang pasir di sungai yang sama.

Manakala pada April 2005, kira-kira jam 4 pagi, bot pukat tunda dinaiki 16 penumpang dari Kuching ke Beladin berlanggar dengan tongkang membawa pasir menyebabkannya tenggelam mengorbankan tujuh nyawa.

Tragedi paling besar pernah tercatat dalam sejarah pengangkutan di Sarawak ialah kapal MV Pulau Kidjang, kapal pengangkut penumpang dan kargo yang karam di muara Sungai Rejang (perairan Tanjung Jerijeh) pada Disember 1973. Dalam kejadian itu, Pulau Kidjang yang dipercayai mampu memuat seramai 150 penumpang mengorbankan 121 nyawa penumpang dan hanya 38 orang terselamat dalam kejadian yang berlaku disebabkan keadaan cuaca buruk ketika pelayaran

No comments:

Post a Comment