Dua beradik durjana rogol pelajar kolej dijel 16 tahun, tiga sebatan
Hakim Yong Zarida Sazali membuat keputusan itu terhadap R Vigneswaran, 31, dan R Sivaraman, 28, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.
Kedua-dua beradik itu pekerja pasar raya juga terpaksa menghuni penjara mulai semalam, apabila permohonan mereka supaya pelaksanaan hukuman ditangguhkan ditolak mahkamah.
Mengikut pertuduhan, Vigneswaran dan Sivaraman didakwa merogol mangsa yang kini sudah berkahwin di Hotel Talents Motor Park, Kampung Raja Uda, di sini, antara 11.15 malam dan 1 pagi, 15 April 2004.
Atas perbuatan itu, masing-masing didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan
Pada prosiding semalam, pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nurbaya Jamil, manakala tertuduh diwakili peguam bela, V Murali.
Terdahulu, Siti Nurbaya ketika membantah rayuan tertuduh terhadap hukuman berkata, kesalahan itu amat serius kerana meninggalkan kesan mendalam terhadap fizikal dan emosi mangsa.
“Mangsa ketika memberi keterangan masih dapat mengingati dengan jelas apa yang berlaku, walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu,” katanya.
Menurutnya, hukuman setimpal perlu bagi memelihara kepentingan awam kerana tertuduh bukan saja merompak tetapi turut merogol mangsa.
“Tertuduh dalam kes ini sudah menyalahgunakan kekuatan mereka sebagai lelaki dengan merogol mangsa,” katanya.
Berdasarkan keterangan saksi sepanjang perbicaraan, mangsa dan rakan lelakinya ditahan empat lelaki yang menaiki Proton Iswara, ketika berjalan kaki pulang selepas makan malam di Subang Jaya.
Tiga penyangak itu menangkap rakannya, seorang lagi menahan mangsa, sebelum mereka dipaksa menaiki kenderaan itu.
Tertuduh pertama memandu kenderaan, tertuduh kedua duduk di tempat duduk depan, manakala yang lain mengawal mangsa dan rakannya di tempat duduk belakang kereta, menggunakan pisau dan parang..
Tidak serik
Oleh Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my
mnasif@hmetro.com.my
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang terlepas hukuman mati apabila dibebaskan mahkamah daripada tuduhan mengedar dadah, kembali mengulangi perbuatan sama sebaik selesai menjalani hukuman sekatan di negeri ini bersama teman wanitanya serta seorang lelaki lain yang baru seminggu dikenakan tahanan buang daerah.
Lebih mengejutkan, polis bukan saja menahan tiga suspek terbabit bersama sejumlah dadah jenis heroin dan ganja, malah turut menemui sepucuk pistol dan peluru hidup selain aksesori milik pasukan keselamatan itu seperti tali pinggang dan jaket pemantul cahaya dipercayai digunakan untuk penyamaran dan melepasi sekatan jalan.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata, suspek pertama berusia 39 tahun, seorang pendawai elektrik dari Johor pernah ditangkap mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 di Skudai, Johor kerana memiliki 10 kilogram ganja sebelum dibebaskan mahkamah dan ditahan mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 2004 dan tamat sekatan di negeri ini pada 2006.
Beliau berkata, suspek kedua berusia 32 tahun dari Kedah dipercayai teman wanita suspek pertama
Menurutnya, suspek ketiga, seorang lelaki berusia 27 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan adalah orang sekatan jenayah berasal dari Sungai Petani, Kedah yang baru seminggu berada di negeri ini.
“Menerusi pemeriksaan badan terhadap suspek pertama, polis menemui tujuh botol dadah jenis heroin dengan anggaran berat 24.5 gram.
“Pemeriksaan lanjut dalam sebuah Proton Wira pula membawa kepada penemuan 287 botol disyaki heroin dengan anggaran berat 1,004.5 gram, 32 gram ganja, sepucuk pistol separuh automatik jenis Walther, satu kelopak peluru dan lapan peluru hidup jenis .22 Caliber.
“Turut dirampas satu rambut palsu, satu tali pinggang berlogo polis,” katanya. pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini, semalam.
Hadir sama Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Superintendan K Manoharan dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid.
Mohd Shukri berkata, hasil pemeriksaan di rumah pula, polis merampas tiga botol dadah disyaki jenis heroin dengan anggaran berat 10.5 gram, 46 pil Eramin5, 51 peluru hidup dan satu jaket pemantul cahaya milik polis.
“Keseluruhan anggaran berat kasar heroin No 4 ialah 1,039 gram dan nilai dadah dirampas berjumlah RM418,640 manakala 83 peluru hidup dirampas.
“JSJN turut menyita wang tunai berjumlah RM5,602 dan akaun bank berjumlah RM87,390 daripada suspek,” katanya
Kebumi sebelah kubur tunang
Loh Geik Ting, 25, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi semalam di Hospital Seberang Jaya (HSJ), 19 jam selepas kejadian, manakala tunangnya, Lim Ku Thang, 25, rentung dalam van dinaiki mereka. Abang mangsa, Fook Ngen, 29, berkata adiknya yang melecur teruk di seluruh badan tidak dapat diselamatkan walaupun berjaya keluar dari van hasil bantuan orang ramai.
Katanya, mayat adiknya dibawa pulang ke kampung mereka di Kaki Bukit, Kangar, Perlis bagi membolehkan ahli keluarga memberi penghormatan terakhir.
“Bagaimanapun, kami bercadang mengebumikan Geik Ting di sebelah kubur tunangnya di Seberang Prai kerana mereka dijangka berkahwin tahun depan.
“Kedua-dua pihak keluarga sudah bersetuju Geik Ting dan tunangnya perlu disemadikan bersama walaupun selepas mereka mati,” katanya.
Fook Ngen berkata, adiknya seorang yang rajin bekerja selain tidak pernah gagal pulang ke kampung untuk memberi penghormatan kepada mendiang ibu mereka dan kali terakhir dia pulang ke kampung ialah Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi kelmarin, van dinaiki Geik Ting dan Lim dalam perjalanan ke Taman Chai Leng, Prai, terbakar selepas bertembung dengan Perodua Viva dipandu pekerja industri, A Mogan, 26.
Pelajar 15 tahun dibelasah 5 rakan hingga lembik
Mangsa berusia 15 tahun itu ditendang, dilibas dengan tali pinggang, kayu, selain dicekik dan ditampar kumpulan terbabit sebelum dia diselamatkan saudaranya yang kebetulan turut berada di lokasi kejadian.
Menurut sumber polis, kejadian berlaku jam 2 pagi ketika mangsa s minum di restoran bersama beberapa rakan lain di kawasan Bukit Langat, Ampang sebelum didatangi kumpulan berkenaan.
“Kumpulan lelaki terbabit yang juga rakan mangsa menunggang motosikal sebelum mereka mengajak remaja itu secara paksa pergi ke restoran di kawasan Lembah Jaya.
“Mangsa menumpang motosikal rakannya itu dan sejurus tiba di belakang restoran berkenaan, mangsa dibelasah lima rakannya itu,” katanya
Menurutnya, mangsa dibelasah kerana dia dikatakan menghilangkan topi keledar dipinjam daripada salah seorang rakannya itu dan mereka tidak berpuas hati kerana mangsa enggan membayar ganti rugi.
“Mangsa bernasib baik apabila dia diselamatkan saudaranya kebetulan turut berada di kawasan itu sebelum membawanya pulang,” katanya.
Sumber terbabit berkata, mangsa mendapatkan rawatan di hospital kerana cedera di pinggang dan leher sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
No comments:
Post a Comment