Pembikin filem anti-Islam tidak menyesal hina nabi
NEW YORK – Seorang penganut Kristian Koptik kelahiran Mesir yang menghasilkan filem anti-Islam dan mencetuskan protes di seluruh dunia Islam menyatakan dia tidak menyesal menghina Nabi Muhammad SAW, menurut satu temu ramahnya dengan akhbar New York Times.
Dalam komen umum pertama sejak filem berdurasi selama 14 minit bertajuk Innocence of Muslims mencetuskan kemarahan pada September lalu, penganut Kristian tersebut, Mark Basseley Youssef memberitahu New York Times, dia mahu mendedahkan apa yang digelarnya ‘kebenaran sebenar’ dan meningkatkan kesedaran mengenai keganasan yang dilakukan atas nama Tuhan.
Filem itu turut menyentuh tentang sentimen anti-Amerika di negara Arab dan dunia Islam.
Ia dihasilkan selepas insiden seorang lelaki Islam membunuh 13 orang di Fort Hood, Texas pada 2009.
Kejadian itu menyebabkan dia berasa semakin marah.
Temu ramah itu dijalankan secara bertulis menerusi peguamnya.
“Saya fikir, sebelum skrip filem itu ditulis, saya patut membakar diri sendiri di tengah-tengah orang ramai supaya rakyat Amerika dan dunia tahu mesej yang ingin saya sampaikan,” kata Youssef.
Youssef yang turut dikenali sebagai Nakoula Basseley Nakoula dikenakan hukuman penjara selama setahun kerana melanggar peraturan pembebasannya dari penjara atas kesalahan menipu bank. – Reuters
Kes Rogol, Bunuh Menggemparkan Penduduk Marudu
KOTA KINABALU- Polis menahan seorang lelaki berumur 40 tahun yang dikaitkan dengan kes rogol dan pembunuhan kejam seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di Kota Matudu, Sabah.
Suspek, merupakan warga asing yang mengendalikan sebuah kedai perabot ditahan pada kira-kira pukul 10 pagi Selasa selepas mayat Norikoh Saliwah ditemui dibuang di tepi jalan dekat Kampung Ranau pada kira-kira pukul 12.40 petang pada Ahad, kira-kira 2 kilometer dari bandar Kota Marudu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Assiten Superitendan Kamaruddin Sulaiman mengesahkan penangkapan itu berkata, polis percaya budak perempuan itu dirogol dan dibunuh.
Menurut rakan-rakan dan keluarga mangsa, gadis itu kali terakhir dilihat pergi ke kedai perabot bersama kakak dan sepupu mereka.
Kakak dan sepupu dikatakan meninggalkannya di kedai kerana mangsa pergi untuk melihat perabot di tingkat atas kedai.
Ia adalah kali terakhir gadis itu dilihat oleh kakak dan sepupunya yang hanya menyedari dia pada tengah hari Ahad.
Polis, yang pada mulanya menjumpai mayat di tepi jalan, mengesyaki dia menjadi mangsa langgar lari. – The Star
NOTA: Ketika ditemui, mangsa dalam keadaan yang amat menyayat hati; dengan mata yang hampir terkeluar, rambut kusut, mulut ternganga dengan kesan merah, jari-jemari terpisah dan kejang manakala sebelah kakinya bengkok.
Mynewshub
Puteri Umno: 'Doa KO BN pencabulan tak boleh dimaaf'
28 November 2012
Sehubungan itu tegas Rosnah, beliau tidak pernah mendengar atau diajar untuk menyatakan doa kemusnahan sesuatu kaum atau sesama Islam.
Malah katanya, beliau juga sudah kehilangan rasa hormat terhadap Pas ekoran doa yang dilafazkan.
"... tidak pernah diajar dalam Islam. Saya cukup kecewa. Kalau dulu saya masih ada rasa hormat kepada sebuah parti Islam iaitu Pas melalui pemimpinnya yang tidak ekstrem.
"Apabila doa dilafaz oleh pemimpin Pas, saya hilang hormat kepada parti yang menyatakan mereka memperjuangkan Islam. Ia penghinaan kepada umat Islam secara keseluruhan kerana pemimpin Pas sendiri, Nik Aziz (Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) menyatakan doa ini dibenarkan dalam Islam, ini juga salah. Apabila melakukan kesalahan, kesalahan itu cuba disembunyikan melalui menggunakan agama," kata beliau dalam temu bual bersama Sinar Harian Online di Hotel Seri Pasifik di sini, semalam sempena Perhimpunan Agung Puteri Umno.
"Sekali lagi, itu juga penghinaan besar," kata beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan sambil menambah, "saya umat Islam, ia sebagai pencabulan satu penghinaan besar yang tidak mampu dimaafkan."
"Bukan kerana mendoakan Umno tetapi ada kesanggupan doakan saudara seagama sudah tentu satu perkara cukup menyedihkan," kata beliau.
Doa yang dikritik Umno dan Barisan Nasional dibacakan pada satu Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan sempena Muktamar Tahunan Pas di Kota Bharu baru-baru ini.
Ditanya sama ada Puteri yakin kemenangan Umno secara keseluruhan dan kekal berkuasa, Rosnah yang menerajui pergerakan itu sejak empat tahun lalu berkata, "Umno kekal, insya-ALLAH. Saya tidak mahu takbur dalam menjawab soalan ini."
"Saya yakin sebenarnya dengan apa yang dilaksanakan dan proses transformasi yang dilakukan, membuktikan Umno dan BN adalah
parti untuk rakyat," katanya.
Rosnah berkata, segala yang dilakukan untuk rakyat dan yakin mereka tahu mengenai perubahan yang dibawa parti sejak tiga tahun lalu.
"Mereka akan beri sokongan tidak berbelah bahagi kepada Umno.
"Saya yakin kita dapat peperangan ini dengan kemenangan selesa, tubuhkan kerajaan. Itu doa saya sebagai ahli parti, ibu dan individu.
"Doa orang muda yang ingin melihat kesinambungan kepimpinan yang sedia ada kerana kita mempunyai pemimpin yang baik dan cemerlang. Pemimpin yang boleh ke arah negara yang gemilang daripada apa yang telah kita lalui," katanya lagi.
Pemuda Umno 'doa Pas selamat' dan kembali ke pangkal jalan
28 November 2012
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perjuangan Umno tidak seperti Pas yang sanggup mendoakan kehancuran orang lain demi kepentingan politik.
Menurutnya, perjuangan Umno tidak pernah terkeluar daripada landasan Islam, sebaliknya mempertahankannya.
Beliau berkata, Umno akan mendoakan kebaikan kepada parti itu untuk kembali ke pangkal jalan dan tidak lagi sesat di bawah ketaksuban dengan pemimpinnya yang gemar menyemai kebencian.
"Di bawah nilai Islam, pimpinan tertinggi Pas sanggup mendoakan kebinasaan Umno.
"Sesiapa sahaja yang mereka tak suka, mereka akan doakan lekas binasa.
"Tetapi tak apa, kita bukan seperti mereka, kita sama-sama doakan agar ahli Pas selamat selamanya, dan suatu hari nanti mereka dapat kembali ke pangkal jalan dan tidak lagi sesat," kata beliau ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pemuda Umno hari ini.
Sebelum ini, doa "K.O" yang dipimpin oleh adik Muryidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat mendoakan kehancuran Umno.
Doa itu dikatakan sebagai menyalahi Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang membolehkan sesiapa yang ingkar tergolong dalam kelompok kafir, atau telah berhenti menganut agama Islam.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, jika doa yang dibuat oleh pembangkang itu diajar kepada anak-anak, keadaan nasib agama dan bangsa tidak akan baik.
Beliau berkata, apabila isu Islam dibangkitkan oleh orang bukan Islam di dalam Pakatan Rakyat, ulama Pas terus membisu.
UMNO doakan orang Islam kembali ke pangkal jalan
KUALA LUMPUR – Perhimpunan UMNO malam tadi mendoakan supaya orang Islam di negara ini tidak menjahanamkan sesama sendiri, dan memohon supaya mereka yang tersasar kembali ke jalan yang diredhai.Doa yang dibacakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu jelas menunjukkan niat UMNO jauh berbeza dengan Pas baru-baru ini yang mengadakan solat hajat dan mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional.
Doa Muhyiddin: “Ya Allah Ya Tuhan kami, terimalah doa kesejahteraan buat sekalian kami, jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri, kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai.
“Ya Allah, bimbinglah kami di jalan yang lurus, redhakanlah jalan perjuangan kami, tetapkanlah kami di jalanMu Ya Allah.”
Kosmo
Doa 'KO BN': Pas langgar Enakmen Syariah Kelantan, kata Shahrizat
28 November 2012
Menurut Shahrizat, doa tersebut yang dipimpin oleh adik Murysidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat sebagai menyalahi Seksyen 24 Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang membolehkan sesiapa yang ingkar tergolong dalam kelompok kafir, atau telah berhenti menganut agama Islam.
"... atau tidak patut dapat diterima, sebagai menganuti agama Islam, atau tidak mempercayai, mengikuti, menganuti, atau tergolong dalam agama Islam.
"Adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya," jelas Shahrizat ketika menyampaikan ucapan dasar sayap wanita Umno, di Dewan Merdeka, hari ini.
Shahrizat kemudian menggesa seluruh perwakilan menilai apakah kepimpinan yang seumpama itu layak untuk mentadbir negara ini.
"Apakah tindakan Pas itu tidak bersalah? Saya serahkan kepada perwakilan dan rakyat Malaysia untuk menilainya," katanya.
Justeru menurut Shahrizat, rakyat di negara ini harus menolak kepimpinan yang dibawa oleh pembangkang kerana perikatan itu sanggup melakukan apa sahaja dengan survival politik mereka.
"Mereka bukan sahaja tidak ada pengalaman memerintah, tetapi lebih ketara lagi mereka adalah parti yang tidak moderate, rigid, dan mempunyai sikap politik yang amat menakutkan.
"Matlamat nafsu mereka nak ke Putrajaya (nauizubillah) manghalalkan cara politik mereka. Sikap pembangkang sebegini tentunya tidak layak untuk memerintah negara kerana ia memusnahkan ummah," bidas Shahrizat.
"Mereka kata Umno tidak bebas, tidak adil dan tidak boleh menerima perbezaan pendapat, tetapi realiti adalah di sebaliknya. Merekalah yang kuat mengutuk, mengeji, menghina, mengaib, memfitnah dan mendoakan kemusnahan orang di stadium apabila isu yang dibahaskan bertentangan dengan kehendak dan fahaman mereka," tempelaknya lagi.
Gaza dengan warna yang baru
Namun sejak berlakunya penjajahan oleh British sebelum diserahkan kepada Israel mereka telah membolot semua tempat-tempat yang cantik yang mempunyai nilai komersial pelancongan.
Gaza yang disrang sejak Pilihanraya 2006 ketika Hamas menjadi kuasa utama politik ketika itu, Gaza diserang bertubi-tubi oleh Israel dan kuasa besar dunia seperti US yang tidak mengiktiraf Hamas walaupun mereka dipilih dengan cara demokrasi pilihanraya, satu sistem yang diagung-agungkan US dan Barat sebelum ini.
Gaza dilihat mampu bangun walaupun tekanan yang diterima tidak munasabah untuk sebuah kawasan kecil yang berpenduduk 1.7 juta manusia.
Semoga selepas perang 8 hari ini dan gencatan senjata yang dicapai gaza dapat terus hidup dengan warnanya yang baru juga kedaulatannya yang baru.
Qattada
Zain Saidin Tidak Tolak Jodoh Dengan Rozita Che Wan
PETALING JAYA: Pelakon kacak Zain Saidin berkata dia tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan aktres Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta pada masa akan datang.Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 28, berkata, dia menyuarakan hasrat itu kerana hatinya sudah lama tertarik dengan sikap baik hati dan keikhlasan wanita berusia 39 tahun itu.
“Saya akui memang menyukai Che Ta tetapi lebih daripada itu saya tidak boleh komen,” luahnya ketika dihubungi mStar Online, baru-baru ini.
Ujar Zain, walaupun gosip yang mengaitkan mereka seolah tidak pernah berakhir, hubungan mereka pada waktu ini masih lagi sekadar teman biasa.
“Memang saya mahu dan tertarik pada dia tetapi kami hanya berkawan pada masa ini. Saya tidak nafikan mahu menjalin hubungan melebihi apa yang kami lalui sekarang.
“Kalau benar ada sesuatu yang terjalin antara kami, sudah tentu saya akan berkongsi dengan khalayak,” terangnya.
Mengenai perkembangan kerjaya, Zain berkata, dia bakal terbang ke India selama tiga minggu untuk penggambaran drama bersiri Cinta Agra tidak lama lagi.
“Drama itu akan menjalani penggambaran di Malaysia dan India tetapi saya belum pasti bila jadual penggambaran di sana akan bermula.
“Pada masa ini, saya masih menjalani penggambaran drama bersiri KL Drift The Series di bawah Skop Productions.
“InsyaAllah, selepas itu penggambaran drama Oh My English bagi musim kedua pula menyusul pada Januari depan,” tuturnya.
Terbaru, aktor berdarah kacukan itu didakwa berasa cemburu ekoran keintiman Rozita dengan pelakon baru, Shah Iskandar di lokasi penggambaran.
mStar
Aidil Kecewa, Rita Dakwa Suami Tidak Cakap Benar
PETALING JAYA: Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak mengakui kecewa apabila isterinya, Rita Rudaini Mokhtar sering mengeluarkan kenyataan kononnya dia tidak pernah mempedulikan dua anaknya.
Aidil, 25, berkata, sebagai seorang bapa, dia sedih dengan kenyataan sebegitu seolah-olah dia tidak mempunyai perasaan terhadap dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
“Bapa mana yang tak sedih apabila Rita pernah berkata anak-anak tidak pernah bertanyakan tentang saya.
Beritahu Aidil, walaupun masalah dia dan Rita masih lagi belum selesai, dia tetap akan berusaha untuk mendapatkan hak melawat anak-anaknya itu.
“Walau apa pun terjadi, saya akan pastikan dapat berjumpa dengan anak-anak. Saya tidak sanggup kehilangan mereka.
“Saya sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan hak sebagai seorang bapa,” tegasnya.
Ditanya adakah Aidil akan meneruskan kes penceraiannya dengan Rita, dia enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut.
Dalam pada itu, dia juga turut kesal apabila diberitahu Rita dan anak-anaknya kini berada di Australia tanpa pengetahuannya.
“Sepatutnya, Rita perlu memberitahu setiap perkara yang dibuat bersama anak-anak terutamanya apabila melibatkan ke luar negara.
“Sebagai seorang bapa yang masih memberikan nafkah, saya berhak tahu setiap pergerakan anak-anak,” tuturnya dengan nada kesal.
Sementara itu Rita Rudaini dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online memberitahu, Aidil tidak jujur dalam memberikan kenyataan.
Kata Rita dia tidak pernah menghalang Aidil untuk berjumpa anak-anaknya tetapi dia yang bertindak keluar dari rumah kelamin mereka di Damansara, dekat sini tanpa sebab.
Tegasnya juga jika Aidil seorang yang bertanggunjawab, sudah tentu dia akan hadir ke mahkamah apabila diarahkan berbuat demikian sebelum ini untuk menyelesaikan kes mereka tetapi sudah beberapa kali dia tidak muncul.
“Dia bagi alasan sibuk kerana bermain bola sepak. Dari situ kita boleh mengukur kejujuran kata-kata Aidil itu,” katanya.
Lebih menyedihkan Aidil juga didakwa Rita tidak memberi nafkah kepada anak-anak sehingga memaksanya menghantar saman melalui peguamnya kira-kira dua bulan lalu untuk tuntutan tersebut tetapi bintang bola sepak itu memberi alasan tidak menerima saman berkenaan.
Katanya, alasan itu tidak benar sama sekali kerana keluarga Aidil pernah berhubung dengan wakil peguam Rita yang melahirkan rasa kurang senang selepas menerima saman berkenaan.
“Saya mahu Aidil bercakap benar. Jangan putar belitkan cerita. Saya akan tetap meneruskan tindakan saya untuk menuntut keadilan,” katanya.
Rita, 35 dan Aidil, 25, bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah yang berpanjangan.
mStar
No comments:
Post a Comment