Si kecil hilang tangan
Oleh Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com.my
sfhassan@hmetro.com.my
TRAGIS...Nik Nur Aida melihat keadaan anak tunggalnya yang terlantar di wad hospital. Gambar kecil, contoh mesin yang mengundang kecelakaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa dikatakan tidak menangis, sebaliknya menjerit memanggil ibunya supaya menyelamatkannya.
Menceritakan kejadian itu, Nik Nur Aida berkata, dia yang bekerja sebagai pembantu kedai menjual santan sebelum itu ditemani anak lelakinya.
Menurutnya, dia kemudian pergi ke sinki untuk membersihkan peralatan mesin pemerah itu tanpa menyedari suis mesin masih belum ditutup.
“Anak saya seorang yang aktif dan tidak sedar dia bermain berhampiran mesin sebelum mengambil kerusi dan memanjat mesin berkenaan.
Bahtera kasih terkulai layu
Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop
hafizee@hmetro.com.my
hafizee@hmetro.com.my
KESAL...Shahrul menceritakan masalahnya kepada wartawan Harian Metro.
Itu keluhan lelaki hanya mahu dikenali sebagai Shahrul, 25, yang percaya masalahnya itu angkara wanita terbabit yang ingin merosakkan rumah tangganya selepas mengugut berbuat demikian sekiranya dia berkahwin dengan wanita lain.
Shahrul berkata, pada mulanya dia menyangka menghadapi masalah seksual atau lemah tenaga batin sejurus melangsungkan pernikahan dan selepas berbincang dengan isteri, mereka berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian, namun pegawai perubatan mengesahkan dia sihat dan normal.
Berikutan itu, Shahrul bersama isteri berbincang dengan keluarga dan mereka dicadangkan berubat secara Islam kerana mungkin ada pihak menggunakan cara halus untuk merosakkan rumah tangganya.
Menceritakan kembali kisahnya selepas menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan Islam di sini, Shahrul berkata, dia kesal kerana mempermainkan perasaan wanita negara jiran itu yang juga pembantu di sebuah kedai alat telekomunikasi.
Sihir guna batang keladi
Menurutnya, ‘sihir ribath’ akan dilakukan dengan menggunakan batang keladi serta dibacakan jampi sebelum di bakar dengan api sehingga batang keladi itu lembik.
Katanya, tindakan terbabit akan menyebabkan zakar orang yang dituju itu turut menghadapi kesan sama seperti batang keladi itu dan ia menyebabkan tanggungjawab sebagai suami tidak dapat dilaksanakan.
Malek berkata, perkara ini amat dilarang dalam Islam kerana tindakan itu sama seperti meruntuhkan masjid dan amat dimurkai Allah.
“Kaedah rawatan yang digunakan ialah dengan membacakan ayat al-Quran di telinga mangsa bagi mengeluarkan jin-jin yang berada dalam tubuh mangsa serta dimandikan dengan air yang dibacakan doa.
“Penyakit seperti ini dapat diubati dengan tiga kali rawatan dan ia kes yang selalu dihadapi bukan saja membabitkan rumah tangga namun di antara jiran dan rakan sekerja,” katanya ketika dihubungi.
Debaran ibu 3 anak ‘diculik’
Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my
surayaroslan@hmetro.com.my
JUMPA SEMULA...kereta mangsa yang dilarikan suspek.
Begitupun ‘drama’ penculikan kanak-kanak berusia tiga, 11 dan 12 tahun itu berakhir dalam masa 40 minit hasil tindakan pantas polis melakukan gerakan mengesan Proton Wira milik mangsa, sekali gus memberkas suspek iaitu sepasang suami isteri di sekatan jalan raya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.20 petang ketika wanita terbabit bersama tiga anaknya itu pergi ke sebuah pasar raya di Senawang.
Katanya, kurang dua minit selepas wanita berusia 42 tahun itu masuk ke pasar raya, seorang lelaki berusia 30-an dikatakan terus melarikan kereta itu bersama tiga anak mangsa.
“Selepas memandu sejauh 20 meter suspek bertindak meninggalkan dua anak mangsa berusia 11 dan 12 tahun di tepi jalan berhampiran sebuah pasar raya besar dipercayai kerana tidak tahan mendengar tangisan kedua-duanya.
Kumpul dana baiki masjid runtuh di Gaza
PRIHATIN...Zulkifli (dua dari kiri) dan Exco Muslim Care di KLIA, semalam.
Muslim Care kini giat mengumpul dana termasuk sumbangan daripada pelajar Malaysia yang menuntut di United Kingdom.
Timbalan Presidennya, Zulkefli Mohd Nani berkata, dua ahli Muslim Care iaitu Bendahari Agungnya, Zulkifli Wahijan dan Exco Muslim Care, Riduan Mohamad Nor bertolak ke United Kingdom dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi semalam, untuk bertemu pelajar Malaysia di sana.
Menurutnya, rancangan mengutip dana bagi membina masjid di Tebing Gaza itu sudah dirancang sebelum perang meletus 20 November lalu namun ia akan diperhebatkan berikutan beberapa masjid di bandar Gaza dilaporkan musnah.
“Setakat ini, RM100,000 berjaya dikumpul dan kami menjangka mampu memperoleh RM1 juta pada penghujung tahun ini bagi tujuan membina atau membaik pulih masjid di sana,” katanya.
Menurutnya, misi itu mendapat kerjasama NGO dan kerajaan Mesir untuk memasuki Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah.
‘Rakan kongsi’ kebas RM75,000
Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
PETALING JAYA: Seorang peniaga kerugian lebih RM75,000 akibat
terpedaya dengan helah seorang lelaki mendakwa sebagai kontraktor yang
mahu menjadikan mangsa sebagai rakan kongsi projek pembersihan rentis
talian pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB), lebih setahun lalu.
Malah, lelaki terbabit turut menjanjikan pulangan RM40,000 dalam tiga bulan selepas mangsa menyerahkan wang berkenaan pada Mac tahun lalu, namun sehingga kini dia tidak memperoleh keuntungan dijanjikan menyebabkan dia membuat laporan polis mendakwa ditipu. Menurut sumber, mangsa bertemu lelaki terbabit di sebuah restoran di Sungai Buloh dan menawarkannya menjadi rakan kongsi projek pembersihan rentis talian pencawang TNB di Perak.
“Lelaki itu mendakwa kekurangan modal untuk membiayai pendahuluan projek itu berjumlah RM160,000 menyebabkan dia perlu mencari rakan kongsi.
“Dia juga meyakinkan mangsa jika membuat pelaburan kos modal projek itu tidak melebihi RM100,000 manakala keuntungan RM60,000 dibahagi sama rata antara mereka,” katanya.
Katanya, tertarik dengan tawaran itu, mangsa bersetuju menjadi rakan kongsi dan menyerahkan RM75,000 secara berperingkat.
“Selepas pembayaran dibuat, lelaki terbabit menunjukkan dokumen sebuah syarikat yang kononnya akan menguruskan projek berkenaan,” katanya.
“Pada Ogos tahun lalu, mangsa cuba mendapatkan kembali wang modal dan keuntungan dijanjikan daripada lelaki terbabit, tetapi gagal kerana lelaki terbabit tidak dapat dihubungi,” katanya.
Katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh, baru-baru ini, selepas gagal menemui lelaki terbabit dan mengesyaki dirinya tertipu.
Dua korban hubungan sulit
Lelaki terbabit dikenali sebagai Yasin, 30-an, dilihat berada di kawasan perumahan berkenaan beberapa hari lalu sebelum menghilangkan diri selepas kejadian itu.
Mangsa dikenali sebagai Kusnul, 30, ditemui mati berlumuran darah di ruang tamu rumah terbabit manakala Rokiah, 29, iaitu isteri Yasin, ditemui terbaring di depan pintu biliknya.
Kejadian dipercayai berlaku awal pagi semalam, hanya disedari jiran jam 8 pagi sebelum memaklumkan perkara itu kepada saudara Kusnul yang kemudian menghubungi polis.
Rumah berkenaan disewa Kusnul bersama isterinya yang kini berada di Indonesia kerana bersalin anak sulung mereka dan Rokiah, rakan sekampung Kusnul, tinggal bersama mereka sejak setahun lalu manakala suaminya bekerja di Pulau Pinang. Difahamkan, Yasin dan Rokiah mempunyai dua anak di Indonesia. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan dua mayat dalam rumah berkenaan jam 10 pagi.
Menurutnya, berdasarkan kesan kecederaan pada kedua-dua mangsa, polis tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan senjata tumpul untuk memukul mereka hingga mati.
‘Saya tidak boleh terima’
Menurutnya, dia masih trauma dengan kejadian itu dan kekal terpahat dalam ingatannya sebagai tragedi hitam.
Ditanya sama ada dia memaafkan perbuatan suaminya, wanita itu hanya mendiamkan diri sebelum memberikan telefon bimbit kepada adik iparnya dikenali sebagai Liza, 23.
Liza yang juga adik kepada suspek berkata, selepas seminggu kejadian itu berlaku, keadaan kakak iparnya semakin pulih, namun enggan bercakap mengenai peristiwa malang itu.
Menurutnya, kakak iparnya itu masih dibayangi kejadian berkenaan, tetapi tetap cuba melupakan kejadian yang berlaku.
“Alhamdulillah...dia semakin baik, namun hari ini (semalam), anak sulungnya yang berusia dua tahun demam.
Menurutnya, mereka sekeluarga juga tidak mahu bercakap apa-apa lagi berhubung kejadian itu dan menyerahkan kepada polis menjalankan siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof berkatam tempoh reman suspek berakhir semalam dan polis masih melakukan siasatan lanjut dengan melanjutkan tempoh reman.
“Kita menyambung reman suspek seminggu lagi bagi mengumpul bukti dan siasatan lanjut sebelum kertas siasatan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 malam Jumaat lalu, suspek yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah bertindak kejam dengan mengelar leher anak bongsunya dengan pisau pemotong daging.
Buru teman baru kekasih
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin
rudy@hmetro.com.my
rudy@hmetro.com.my
Berikutan kejadian itu, polis kini giat memburu kekasih baru wanita terbabit kerana disyaki menyebabkan kematian mekanik berkenaan.
Mangsa, Hendson Uka, 24, meninggal dunia di Hospital Sibu, jam 2 pagi semalam akibat cedera parah di kepala dan badan.
Sumber berkata, sebelum kejadian, pada jam 8 malam mangsa meminjam kereta majikannya untuk menemui bekas teman wanitanya itu di sebuah pasar raya di sini, kerana mahu berbincang dan menyelesaikan masalah.
Mangsa membawa bekas teman wanitanya berusia awal 20-an balik, namun ketika melalui Jalan Tiong Hua, tercetus pergaduhan sehingga kereta dipandu mangsa terbabas dalam longkang.
Bayi bekas makanan
Oleh Mary Victoria Dass
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, bayi berkenaan ditemui seorang pegawai polis.
“Secara kebetulan, pegawai polis itu membuat rondaan di tepi jalan bersebelahan pondok bas di kawasan kediaman itu.
“Pegawai polis itu curiga apabila menemui bungkusan berwarna putih di tepi pondok bas berkenaan dan apabila dibuka, beliau terkejut mendapati bekas menyimpan makanan itu mengandungi bayi berkenaan,” katanya.
Menurut Manayi, bayi berkenaan masih bertali pusat dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Manayi berkata, pegawai polis itu kemudian merujuk bayi berkenaan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.
“Bayi berkulit cerah dan comel itu dinamakan Adam Qayum dan kini berada di bawah jagaan JKM,” katanya.
Manayi berkata, ketika ditemui, tiada sebarang maklumat ibu bapanya dijumpai dan meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan keluarga Adam supaya tampil.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan bolehlah menghubungi kami di talian 07-2232607.
“Kami juga berharap ibu bapa Adam tampil membincangkan masa depannya,” katanya.
Tersilap beri ‘puting’
Oleh Khairul Hamizy Ramlee
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Fatin Syamimi yang ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, dia sedang bekerja sebelum terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada suami, Mohd Aizudin Razali, 26, memaklumkan Mohd Hafizie Farhan tercekik biji rambutan diberikan abangnya, Mohd Haikal Fikri, 2.
“Saya difahamkan Mohd Haikal dan suami sedang memakan rambutan di ruang tamu tetapi suami kemudian bergegas ke dapur membuat susu selepas melihat Mohd Hafizie yang berada di bilik terjaga daripada tidur.
“Bagaimanapun, Mohd Haikal yang mendengar adiknya menangis masuk ke bilik dan menyuapkan biji rambutan mungkin kerana mahu menenangkan adiknya ketika suami masih di dapur.
“Tindakan Mohd Haikal hanya disedari suami apabila melihat keadaan Mohd Hafizie yang berubah pucat dan sesak nafas.
No comments:
Post a Comment