Sabotaj parti: Dua ahli Umno dipecat
KUALA LUMPUR – Dua ahli Umno dari kawasan Semporna Sabah dipecat manakala seorang digantung tiga tahun atau satu penggal pemilihan kerana didapati bersalah terbabit dalam kes sabotaj parti.
Tindakan ini susulan penubuhan satu jawatankuasa khas baru-baru ini bahawa sesiapa yang didapati mensabotaj parti akan dikenakan tindakan tegas oleh parti terbabit.
Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menegaskan, bahawa tiada sebarang kompromi kepada sebarang anasir yang cuba merosakkan perjuangan parti termasuk pelanggaran disiplin yang telah, sedang dan akan diambil.
Kes-kes yang telah diputuskan oleh jawatankuasa itu membabitkan kesalahan-kesalahan seperti sabotaj parti iaitu melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli Umno.
“Tidak mengikut perintah-perintah parti dan juga tidak menjalankan dasar-dasar parti iaitu melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli Umno yang melibatkan Bahagian Arau, Padang Besar dan Kangar, Perlis iaitu empat orang didapati bersalah dan diberi amaran dan seorang didapati tidak bersalah,” katanya lagi.
Menurut Ahmad Rithauddeen, keputusan itu hasil daripada persidangan anggota Lembaga Disiplin pada 6 September dan 8 Oktober lalu.
Nama-nama individu yang terbabit ialah Ab. Habi Mustapha (Semporna), yang melakukan kesalahan di bawah Fasal 20.8 (b) dan (c) Perlembagaan Umno Dibaca Bersama Perkara 3.1.2 dan 3.1.4 Tataetika Ahli Umno, didapati bersalah dan dipecat.
Rakannya dari bahagian sama, Abdul Majid Palah yang melakukan kesalahan fasal sama turut dikenakan hukuman pecat dari parti.
Seorang lagi dari bahagian Semporna, Nisfu Palah, terlibat dengan kesalahan fasal 20.8 (b) dan (c) Perlembagaan Umno Dibaca Bersama Perkara 3.1.2 dan 3.1.4 Tataetika Ahli Umno, yang digantung tiga (3) tahun daripada 6 September 2012 atau satu (1) Penggal Pemilihan.
Empat yang lain, Syed Atif Syed Abu Bakar dan Abdul Halim Abdullah Sunny dari Arau, Yaacob Man (Padang Besar) dan Biswardi Mohamad Hasbi (Kangar), masing-masing diberikan amaran.
Sementara Datuk Zahidi Zainul Abidin dari Padang Besar setelah dilakukan siasatan didapati tidak bersalah.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas yang akan bertanggungjawab memantau dan mengambil tindakan ke atas mana-mana ahli parti yang mengkhianati atau mensabotaj parti tersebut pada 19 Oktober lalu.
Sinar
Maut dilenyek treler, Angkat rakan putus dua
GOPENG: “Anggota badan beberapa rakan saya bersepah di atas jalan, malah otak mereka turut hancur. Lebih menyedihkan, ketika saya mengangkat mayat seorang daripada mereka yang tubuhnya hampir putus dua akibat digilis treler.”
Itu kata Abdul Nasir Abdul Rahman, 49, rakan empat pekerja kontraktor syarikat Projek Penyelenggara Lebuhraya Berhad (Propel) yang terbunuh selepas digilis dan diseret sebuah treler lebih 10 tan berhampiran Kilometer 294.1, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Gopeng, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi yang turut menyebabkan enam parah itu, treler membawa coklat terbabit hilang kawalan dan memasuki lorong kecemasan lalu merempuh lapan pekerja Propel yang melakukan tugas pemasangan kabel optik di bahu lebuh raya.
Treler itu turut merempuh empat kenderaan iaitu sebuah lori satu tan, van, pacuan empat roda dan kereta Proton Iswara yang dinaiki semua mangsa untuk ke tempat mereka bekerja.
Mangsa yang terbunuh ialah Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shakin Baru, Ipoh, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kampung Masjid, Kuala Kangsar dan Mohd Hafez Yunos, 39, dari Taman Keramat, Kuala Lumpur yang mati di tempat kejadian.
Harian Metro
Masjid, surau diminta laksana solat hajat, bacaan Qunut Nazilah untuk Palestin
KUALA LUMPUR – Semua masjid dan surau di seluruh negara diminta mengadakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan penduduk Palestin yang sedang berdepan dengan kekejaman Israel.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau juga telah meminta masjid-masjid utama di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia iaitu Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Wilayah Persekutuan serta seluruh masjid di Wilayah Persekutuan untuk berbuat demikian mulai hari ini.
Beliau berkata inisiatif itu sebagai sokongan masyarakat Malaysia kepada penduduk Palestin.
Serangan Israel ke atas wilayah Gaza sejak minggu lepas mengakibatkan lebih 100 penduduk Gaza terbunuh termasuk kanak-kanak dan warga tua, serta mencederakan ratusan yang lain. – Bernama
Doa hancurkan Umno tak salah
DOA untuk menghancur dan menjahanamkan Umno-BN yang disebut di Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini adalah bermaksud mengalahkan parti dan gabungan tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.Dalam arena politik Malaysia, Pas dan Umno sekian lama bertanding untuk memenangi hati rakyat bagi mendapatkan kuasa pemerintahan. Dasar sekular dan nasionalis perkauman yang diperjuangkan oleh Umno-BN jelas bertentangan dengan dasar Pas yang ingin menegakkan Islam yang syumul dan menyeluruh.
Umno-BN hanya menjadikan Islam sebagai amalan ritual yang dipenjara dalam institusi, program dan majlis agama, bukan sebagai rujukan dan dasar dalam pemerintahan.
Justeru, atas sebab inilah Pas berlawan dengan Umno-BN dan bertanding dalam pilihan raya untuk mengalahkan parti dan gabungan tersebut. Ini kerana perjuangan dan dasarnya jauh bertentangan dan menyimpang daripada Islam yang dibawa oleh Nabi Junjungan S.A.W.
Untuk mencapai kemenangan dalam ‘peperangan’ pilihan raya ini, kehancuran pihak lawan adalah sangat penting. Hancurnya Umno-BN bukan bermaksud hancur dan binasa individu yang berada di dalamnya. Hancurnya Umno-BN ialah parti dan gabungan tersebut tidak mampu meneruskan survival dan kelangsungan perjuangan yang berlawanan dengan Islam apabila kalah dalam pilihan raya.
Kehancuran ini adalah agar rakyat Malaysia tidak lagi berada di bawah pemerintahan Umno-BN yang telah menyebabkan kerosakan yang parah kepada negara. Malaysia perlu diselamatkan daripada pemerintahan yang seumpama ini.
Doa untuk keburukan dan kehinaan untuk orang lain adalah bukan perkara asing dalam Islam. Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. telah menaiki mimbar sambil berkata: “Amin, amin, amin.” Dikatakan kepada baginda: “Wahai Rasulullah! Apa yang kamu buat ini?” Baginda menjawab: “Jibril a.s. berkata kepada aku, kehinaan kepada seseorang hamba apabila dia memasuki Ramadan tidak diampunkan untuknya dosa. Maka aku berkata amin. Kemudian Jibril berkata, kehinaan kepada seseorang hamba apabila disebut namamu dia tidak berselawat ke atas mu. Maka aku berkata amin. Jibril berkata lagi, kehinaan kepada seseorang hamba yang sempat dengan kedua ibu bapanya atau salah seorang daripadanya tetapi tidak boleh memasukkannya ke dalam syurga (kerana tidak berbuat baik kepada mereka) maka aku berkata amin.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Baihaqi. Dalam riwayat yang lain malaikat Jibril mendoakan agar dibinasakan atau dijauhkan rahmat daripada ALLAH bagi ketiga-tiga mereka yang disebutkan di atas.
* Azhar Yahya, Timbalan Pengerusi Ulama Pelapis Pas Pusat
Lima dituduh miliki ganja di masjid
KOTA BHARU – Lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan memiliki ganja seberat 7.60 gram di sebuah masjid di Sungai Keladi di sini Isnin lalu.Bagaimanapun, kesemua mereka mengaku tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan ketika dihadapkan di depan Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor.
Mohd. Salman merupakan seorang peniaga barangan bundle dari Kuala Lumpur, Khairul Anuar (pekerja kilang dari Johor Bahru) dan Shaifulizan pemotong rumput dari Ipoh, Perak.
Abdullah pula bekerja sebagai kelindan lori dan Abdul Halim seorang buruh masing-masing berasal dari sini.
Menurut pertuduhan, mereka dituduh secara bersama memiliki dadah jenis ganja (kanabis) seberat 7.60 gram di Masjid Kampung Tanjung Chat, Sungai Keladi pada pukul 11.45 malam 19 November lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dan menetapkan 6 Januari depan untuk sebutan kes.
Kosmo
Israel Minta Tunda Genjatan Senjata
Kini masuk hari ke-8, keganasan Israil ke atas Semenanjung Gaza masih berterusan. Pesawat udara Israil dan trak tentera melancarkan serangan baru yang mensasarkan kawasan berlainan di Semenanjung Gaza sementara sumber Israil melaporkan beberapa roket mengenai tentera Israil pada malam semalam dan pagi ini.
Sumber berbahasa Ibrani mendedahkan bahawa genjatan senjata yang bermula semalam telah ditunda dan Saluran 10 Israil mengatakan penangguhan diminta oleh pihak Israil.
Sumber rasmi Hamas mengatakan genjatan senjata akan ditunda untuk satu atau dua hari berdasarkan permintaan Israil.
Sumber media melaporkan wartawan agensi berita Iran cedera sewaktu serangan Israil pada waktu subuh.
Tentera Israil mendakwa mereka menyerang stok senjata, lokasi ketenteraan Hamas dan terowong yang digunakan untuk memindahkan bahan api dari Mesir ke Gaza.
Tentera Israil mengatakan mereka mensasarkan 1,500 sasaran di Gaza sejak “Operasi Turus Pertahanan”, 200 telah disasarkan pada hari semalam dan pagi Rabu.
Penjajah Israil memusnahkan rumah, jambatan dan institusi kerajaan di Gaza.
Dalam serangan udara terbaru, F16 mengebom rumah Mohammad al-Shaf’I di kem pelarian al-Breij di tengah Semenanjung Gaza pada waktu subuh.
Pesawat udara turut mengebom rumah Mohammad al-Hadidi di kem pelarian al-Nusseirat, memusnahkan Jambatan Wad Gaza dan jambatan lama di kawasan al-Meghrafa.
Jumlah syuhada meningkat kepada 139 dan beratus-ratus cedera.
Jumlah kematian dan kecederaan akibat keganasan Israil ke atas Gaza hari ini meningkat kepada 139 syuhada dan 1,040 mangsa cedera termasuk kanak-kanak dan wanita.
Pada subuh Rabu, dua adik-beradik: Ahmad dan Khaled Abu Mura terbunuh dalam serangan udara yang mengenai Rafah, terdapat penduduk yang turut terbunuh di kawasan al-Zawayda di Gaza. Sementara itu seorang penduduk, Hassan Yousef terbunuh dalam serangan udara di Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza.
Selain itu seorang penduduk Palestin turut terbunuh dan tiga cedera dalam serangan udara terbaru berhampiran Masjid al-Shaf’e di Jabaliya di Semenanjung Gaza.
Tiga wartawan turut terbunuh pada petang Selasa: Mohammad Mussa Abu Aicha ketika serangan udara di kawasan al-Baraka di selatan Deir al-Balah sementara Hussam Salameh dan Mahmoud al-Koumi pula terbunuh dalam serangan udara yang mensasarkan kenderaan mereka di kejiranan al-Nseir di barat laut Gaza. Tiga penduduk Palestin turut syahid dalam serangan Israil yang mensasarkan sekumpulan orang awam di Jalan Baghdad di kejiranan al-Shaj’yeh.
Sumber: Palestine News Network | Terjemahan: Seri Wani (Sukarelawan AP)
Al-Qassam Mengaku Bertanggungjawab Pelancaran Roket Di Jerusalem
Pada hari Selasa 20 November 2012, Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Pergerakan Hamas, mendakwa tanggungjawab melancarkan roket di Jerusalem.
Siren dibunyikan di penempatan Baitulmuqaddis dan di Bethlehem. Sumber bahasa Ibrani mendedahkan bahawa roket mendarat di Benjamin Settlement, yang terletak di antara tanah Ramallah dan Baitulmuqaddis.
Sumber: PNN – Palestine News Network | Terjemahan: Mohd Akmal Arif (Sukarelawan AP)
Tabung masjid jadi sasaran pencuri di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR – Kegiatan pecah tabung masjid menjadi kebimbangan jemaah Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Taman Sri Rampai, Setapak di sini apabila tabung masjid itu menjadi sasaran buat kali ketiga dalam tempoh seminggu lalu.Satu sumber berkata, kejadian terbaru pada malam kelmarin hanya disedari oleh imam masjid berkenaan yang terkejut apabila mendapati mangga pada tabung itu sudah dipecahkan manakala tabung kosong.
“Kejadian pecah tabung itu kemungkinan berlaku antara pukul 10 malam hingga pukul 3 pagi semalam selepas kesemua jemaah pulang sebaik selesai menunaikan solat Isyak,” kata sumber itu.
Menurut sumber itu, dua hari sebelum itu, dua kejadian sama berlaku berturut-turut dengan pencuri mengait duit dari dalam tabung menggunakan dawai penyangkut baju yang diubai suai.
Tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian pertama dan kedua.
Jelas sumber itu lagi, imam masjid berkenaan tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh orang awam yang menjadikan masjid sebagai tempat tidur sementara dan mereka yang mengetahui selok-belok dalam masjid itu.
Kosmo
Bernikah pada usia 13 tahun
KULIM: “Saya akan bertanggungjawab malah sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik,” kata Mohd Fahmi Alias, 19, yang berkahwin dengan Nor Fazira Saad, 13, di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu.
Mohd Fahmi berkata, dia dan isterinya akan berdikari selain menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga untuk melalui kehidupan sebagai suami isteri.
Menurutnya, atas persetujuan kedua-dua ibu bapa mereka dan untuk mengelak berlaku maksiat adalah lebih baik mereka berdua berkahwin walaupun pasangannya itu masih muda remaja.
“Kedua-dua ibu bapa kami bersetuju untuk mengahwinkan kami, malah Nor Fazira sendiri sanggup mengalas tanggungjawab dan sudah bersedia menjadi seorang isteri.
“Daripada bergelumang maksiat dan melakukan perkara yang dilarang, jalan terbaik ialah kami berkahwin, walaupun pada pandangan masyarakat ia agak janggal pada zaman sekarang ini kerana berkahwin pada usia terlalu muda.
“Malah saya tidak menghalang sekiranya isteri ingin melanjutkan pelajaran, semua bergantung kepada kepada kemahuannya,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Naga Lilit, di sini, semalam.
Katanya, mereka akan mengadakan majlis kenduri di sebelah lelaki pada Sabtu ini di rumah keluarganya.
Mohd Fahmi yang juga anak sulung daripada empat beradik berkata, dia sudah bersedia bergelar suami dan tidak kisah pandangan rakan-rakan seusia.
Isterinya, Nor Fazira tidak mengganggap usia mudanya menjadi penghalang untuk menjadi isteri isteri dan sudah bersedia menjalankan tanggungjawabnya itu.
“Yang penting kami mendapat restu kedua-dua ibu bapa kami dan saya banyak menerima tunjuk ajar daripada keluarga mentua.
“Saya tidak kisah apa orang lain kata, penting perbuatan kami tidak salah, malah adalah lebih baik daripada kami terbabit gejala sosial,” katanya yang tidak bersekolah sejak menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tahun lalu.
Sementara itu, bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, tindakannya mengahwinkan anak di usia muda kerana mahu menjaga nama semua pihak dan tidak mahu anaknya terjebak maksiat.
Katanya, dia membenarkan anak gadisnya itu berkahwin kerana Nor Fariza enggan pulang ke rumah dan mahu tinggal di rumah teman lelakinya. “Siapa tak sayangkan anak dan sanggup untuk mengahwinkan mereka dalam usia terlalu muda, namun saya terpaksa juga mengahwinkan anak saya walaupun usianya baru 13 tahun bulan depan.
“Hanya Allah tahu perasaan saya… walaupun pahit demi untuk menjaga nama baik keluarga saya dan keluarga besan lebih baik saya mengahwinkan anak dengan lelaki pilihannya.
“Anak saya bernikah pada 17 November lalu selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November lalu,” katanya.
Dia berkata, majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500.
“Saya berharap menantu serta keluarganya membimbing anak saya menjadi anak dan isteri yang baik,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kulim, Sheikh Radzi Abdul Mutalib, berkata, bagi perempuan berusia 16 tahun ke bawah dan lelaki berusia 18 tahun ke bawah, mereka perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk kebenaran bernikah di bawah umur dari Mahkamah Rendah Syariah Kulim.
“Ia mengikut seksyen 18 (1)(a) Enakmen Undang Undang keluarga Islam Kedah 2008,” katanya.
Harian Metro
Remaja Tak Sangka Bersetubuh Dengan Bapa Kandung Sendiri!
Mangsa yang kini berusia 16 tahun memberitahu Mahkamah Sesyen semalam, dia tidak mengetahui lelaki berusia 54 tahun dikenali sebagai ‘Mat Kedah’ itu ialah bapa kandungnya ketika melakukan perbuatan itu di atas tilam di dalam bilik tidurnya yang turut dihuni ibu kandungnya.
Hasil hubungan itu, mangsa yang kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Rembau, Negeri Sembilan selama tiga tahun melahirkan seorang bayi perempuan yang kini berusia setahun tujuh bulan selepas disahkan mengandung pada Ogos 2010.
Mangsa mengakui kesan kejadian itu menyebabkan dia berasa malu kerana penghuni lain di rumah perlindungan mengetahui dia mengandung anak luar nikah.
Ketika ditanya Emelia apa tindakan ibunya apabila mengetahui dia mengandung hasil perbuatannya dengan tertuduh, mangsa memberitahu ibunya tidak berkata apa-apa dengan alasan perkara itu sudah terjadi.
“Saya melakukan perbuatan itu bukan sebab paksaan dia (tertuduh) tetapi dengan rela hati,” katanya.
Emelia sempat menasihatkan mangsa supaya menjaga anaknya dengan baik dan mengingatkan wanita itu supaya tidak mengulangi perbuatan berkenaan serta mencari rezeki halal untuk membesarkan anak itu yang kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selama tiga tahun.
Sebelum menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh yang kelihatan sugul sepanjang prosiding kes, Emelia menempelak lelaki yang mempunyai empat rekod jenayah termasuk rogol dan dadah.
Tertuduh memberitahu mahkamah dia tidak tahu mangsa adalah anak kandungnya malah pada awal prosiding kes memberitahu hubungan dengan mangsa atas dasar kawan.
Mengikut fakta kes, pengadu adalah bapa angkat mangsa bertindak membuat aduan polis selepas mendapati anak angkatnya itu mengandung enam bulan hasil perbuatan tertuduh kerana bimbang anak dikandungnya itu akan dijual dan mangsa dijadikan pelacur.
Pada sekitar Julai 2010, mangsa memanggil tertuduh dan ibu untuk tidur di atas tilam di dalam bilik tidurnya sebelum lelaki itu merogolnya pada jam 1 pagi tetapi dia hanya bertindak mendiamkan diri. – Berita Harian
No comments:
Post a Comment