Sunday, November 18, 2012

SETIAP KEKEJAMAN AKAN DAPAT PEMBALASAN...ALLAH TETAP AKAN MENGHUKUMNYA....KITA TUNGGU...INSYAALLAH

49 Warga Palestin Syahid: Keganasan Israil Ke Atas Gaza Meningkat Menjelang Hari Ke-5

Posted on the November 18th, 2012 under Luar Negara by admin

PNN – Lebih 30 serangan udara mengenai beberapa tempat di Semenanjung Gaza yang meningkatkan jumlah kesyahidan penduduk Palestin kepada 49 dan lebih daripada 452 cedera termasuk 145 kanak-kanak dan 75 wanita.
Sumber perubatan di Gaza mengatakan dua kanak-kanak, Jumana dan Tamer Abu S’efan terbunuh dalam serangan ke atas rumah mereka dan ramai lagi orang awam cedera dalam siri seranga udara terbaru yang dilancarkan oleh IOF di kawasan Beit Lahiya di utara Semenanjung Gaza.
Empat warga Palestin cedera dalam serangan udara yang dilancarkan di kejiranan al-Remal di tengah Semenanjung Gaza di mana pesawat tempur Israil melancarkan tiga roket ke Kompleks As-Saraya. Krew perubatan dan penyelamat memindahkan mangsa yang cedera ke Hospital al-Shifa.

Media Palestin melaporkan serangan udara Israil yang lain dilancarkan pada waktu subuh ke atas kompleks pejabat media di bandar Gaza yang mencederakan enam wartawan.
Sumber perubatan mengesahkan jurugambar, Kahder Al-Zahhar telah kehilangan kakinya akibat serangan udara Israil ke atas menara media di tengah bandar Gaza.
Saksi-saksi mengatakan kapal perang Israil turut menyerang pelbagai kawasan berhampiran pesisir pantai kem pelarian Nussairat di tengah Semenanjung Gaza.
Mereka turut berkata kapal perang Israil giat menembak ke arah kediaman awam di bahagian barat kem.
Sumber perubatan di Hospital al-Shifa baru sahaja melaporkan terdapat penduduk Palestin yang syahid dalam serangan udara Israil di kejiranan al-Shaja’ya.
Agensi Berita Rasmi Palestin, WAFA memaklumkan seorang wanita Palestin, Sa’diyeh al-Deed telah terbunuh dalam serangan Israil di kejiranan al-Shaja’ya.
Aman Palestin

2 warga Palestin terbunuh dan 9 yang lain cedera

Posted on the November 18th, 2012 under Luar Negara by admin


GAZA, (PIC)– Dua warga Palestin terbunuh dan sembilan lagi cedera dalam siri serangan yang dijalankan oleh pesawat perang Israil pada petang Sabtu ke atas Semenanjung Gaza, mensasarkan tiga motorsikal dan kereta awam.
Pemerhati lapangan berkata pesawat perang IOF memulakan serangan udara dengan menembak sebuah peluru berpandu ke arah motorsikal di timur kota Deir al-Balah berhampiran kawasan Abu al-Ajin. Beliau menambah akibatnya seorang remaja terbunuh sementara tiga yang lain cedera dan dipindahkan ke Hospital Al-Aqsa di Deir al- Balah.
Beliau melaporkan bahawa pasawat udara Israil menembak peluru berpandu ke arah motorsikal di kota Juhor al-Dik di tenggara bandar Gaza, membunuh seorang remaja Palestin berusia 25 tahun dan mencederakan dua yang lain.

Pesawat tempur penjajah mengebom motorsikal ketiga berhampiran kawasan Morag di utara Rafah di mana dua penduduk Palestin cedera dan dibawa ke hospital.
Pesawat tempur turut mengebom kereta orang awam di kejiranan Zaitoun di tenggara bandar Gaza yang mencederakan dua warga Palestin dan dipindahkan ke Hospital Shifa.
Dengan itu jumlah syuhada yang terbunuh dalam keganasan Israil yang dilancarkan sejak hari Rabu 14 November meningkat kepada 43 orang.
Aman Palestin

Israel ancam tingkat serangan

Posted on the November 19th, 2012 under Luar Negara by admin


MAYAT seorang wanita Palestin dikeluarkan daripada runtuhan selepas rumah keluarganya di kejiranan Tufah, di Bandar Gaza musnah dibom tentera udara Israel semalam.
GENTING GAZA – Pihak Israel mengancam untuk meningkatkan serangan ke atas Gaza, biarpun usaha gencatan senjata giat dijalankan bagi menghentikan serangan yang memasuki hari kelima semalam.
Bedilan tentera Israel telah meragut enam lagi nyawa yang terdiri daripada tiga orang kanak-kanak dan seorang bayi berusia 18 bulan.

Angka korban terbaharu itu kini menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terkorban meningkat kepada 52 orang.
Serangan udara yang dilakukan turut menggegarkan dua pusat media di bandar ini menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang wartawan cedera dan salah seorang kehilangan kaki, kata jurucakap kesihatan, Ashraf al-Qudra kepada agensi berita AFP.
Sementara stesen televisyen Rusia, RT memberitahu pejabatnya di Genting Gaza musnah dalam serangan yang dilakukan semalam. Namun semua kakitangannya selamat.
Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Luar Britain, William Hague memberi amaran, tindakan Israel menceroboh Genting Gaza akan menyebabkan simpati dan sokongan masyarakat antarabangsa terhadap Israel hilang.
Hague memberitahu stesen televisyen Sky News, korban orang awam akan meningkat jika serangan darat dilakukan dan ia hanya memanjangkan tempoh konflik.

SEKUMPULAN lelaki Palestin menunaikan sembahyang jenazah ke atas mayat Iyad Abu Khoussa yang berusia setahun setengah di sebuah masjid di kem pelarian Bureij, Genting Gaza semalam.
Komen beliau hadir selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pasukan tentera daratnya bersedia untuk menggempur Genting Gaza bagi menentang pejuang Hamas.
Di Tel Aviv, bunyi siren terus kedengaran bagi memberi amaran kepada pejalan kaki dan pemandu kereta supaya mendapatkan perlindungan daripada serangan yang dilakukan oleh pejuang Hamas.
Tujuh buah roket telah dilancarkan ke arah Tel Aviv sejak Khamis lalu. Tiga daripadanya meletup di laut, tiga lagi dipintas oleh sistem perisai Iron Dome dan satu lagi mengenai kawasan lapang. – Agensi

Liga Arab Minta Perlindungan Antarabangsa Bagi Warga Palestin

Posted on the November 18th, 2012 under Luar Negara by admin


KAHERAH, (PIC)– Liga Arab meminta komuniti dunia untuk menyediakan perlindungan kepada warga Palestin, kepimpinan mereka dan kemungkinan untuk menghadapi keganasan Israil.
Setiausaha Agung Liga membentangkan “nota penjelasan” sewaktu mesyuarat pada hari Sabtu bagi menteri-menteri luarArab di Kaherah, mengarahkan tanggungjawab komuniti dunia untuk keamanan dunia dan keselamatan.
Beliau berkata penghebatan serangan tentera Israil ke atas Semenanjung Gaza telah bergabung dengan kesenyapan antarabangsa yang difahami oleh Israil sebagai lampu hijau untuk meneruskan keganasan mereka.

Masanya hampir tiba untuk komuniti dunia menamatkan sikap berdiam diri untuk bertindak terhadap keganasan ini, kata liga tersebut.
Penunjuk perasaan mengelilingi premis liga mengutuk keganasan Israil ke atas Gaza dan menuntut keputusan tegas dan berani untuk mengekang Israil.
Aman Palestin

Israel akui peningkatan kemampuan Briged al Qassam

Posted on the November 18th, 2012 under Luar Negara by admin

Regim Israel sebelum ini sentiasa berlagak sombong dak bongkak dengan tanggapan bahawa mereka mampu meratah wilayah Gaza yang sekangkang kera ini dengan mudah.
Namun situasinya sangat berbeza ketika ini sekali pun mereka telah mengerahkan puluhan ribu tentera elit dan tentera simpanan mereka untuk membaham penduduk Gaza yang dikepung.
Kini :
  1. Beberapa berita pro-Israel mengakui bahawa sebuah jet pejuang F-16 mereka telah ditembak di Gaza dan belum menjumpai kedua-dua juruterbangnya.
  2. Beberapa lokasi strategik Israel telah dihujani oleh roket al Qassam termasuk Ben Gurion International Airport, Israeli Knesset dan bandar-bandar Eshkol, Ashdod, Ashkelon dan Be’er Sheva.
  3. Sebuah roket al Qassam hampir mengenai (200 m) Kedutaan USA di Tel Aviv.
  4. Iron-Dome, sistem penangkis peluru berpandu Israel hanya berjaya menangkis hanya 20 % daripada serangan roket al Qassam.
  5. Israel juga telah mengiktiraf bahawa roket al Qassam yang telah menemui target di Tel Aviv adalah roket tempatan buatan Gaza.
Wahai zionis, anda tidak boleh terlalu sombong dan bongkak dengan kekuatan anda kerana era keangkuhan anda akan sampai ke penghujungnya.
“Dan mereka merancang, Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik Perancang” Surah al-Imran ayat 54
‎Dr Zainur Rashid Zainuddin

22 Syahid Termasuk 7 Kanak-Kanak, 225 Cedera Dalam Serangan Udara Israel

Posted on the November 17th, 2012 under Luar Negara by admin


17 November 2012 – GAZA, (PIC) Tentera penjajah Israil memulakan hari ke-3 keganasan ke atas Semenanjung Gaza, mengebom dengan ganas dan berterusan pelbagai sasaran di bahagian-bahagian berlainan di semenanjung tersebut di mana sejak petang Rabu jumlah syuhada meningkat kepada 22 orang termasuk ketua briged Al-Qassam, Ahmed al-Jabari dan mencederakan lebih 255 orang dalam berdozen-dozen serangan Israil yang mengenai kebanyakan bahagian di Semenanjung Gaza.
Sumber perubatan di Semenanjung Gaza memaklumkan wartawan PIC bahawa 7 orang kanak-kanak, seorang wanita mengandung dan 2 orang warga tua termasuk dalam senarai yang syahid sementara 225 orang cedera selepas kesyahidan 3 orang dalam serangan Israil yang mensasarkan rumah di Jalan al-Sika di kota Beit Hanoun pada lewat petang Khamis.
Dr. Ashraf Qudra, jurucakap Kementerian Kesihatan menyatakan pesawat tempur Israil mensasarkan orang awam di kota Beit Hanoun yang mengakibatkan kanak-kanak Fares Bassiouni, 9, Uday Jamal Nasser, 16 dan Tariq Jamal Nasser, 14 syahid selain mencederakan Nasser, ayah kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak perempuan Hanin Tafesh, 10 bulan pula syahid pada petang Khamis di Hospital Shifa di Gaza akibat kecederaan sewaktu serangan tersebut.
Bagi pihak Kementerian Kesihatan, menterinya Gaza Mufid Al-Makhllaty menyatakan “apa yang berlaku di Semenanjung Gaza adalah jenayah perang, kaedah Israil bertindak di Semenanjung Gaza mengimbas kenangan Perang Furquan di mana 1,520 warga Palestin dibunuh dengan kejam dan mencederakan 5,000 yang lain”.
Angkatan tentera udara Israil masih meneruskan serangan ke atas pelbagai kawasan dan sasaran di Semenanjung Gaza hingga ke saat ini.
Aman Palestin

Ribuan Hadiri Pengkebumian Jabari

Posted on the November 17th, 2012 under Luar Negara by admin


GAZA, (PIC)– Ribuan penduduk berarak dalam perhimpunan pengkabumian komander tentera Hamas Ahmed Al-Ja’bari pada hari Khamis termasuk sejumlah ketua Hamas.
Jenazah Ja’bari yang terbunuh dalam serangan udara Israil pada hari Rabu dibawa dari Hospital Shifa ke kediaman keluarganya di pinggir bandar Shujaia di Gaza untuk melihatnya buat kali terakhir.

Ketua-ketua Hamas mengambil bahagian dalam perhimpunan pengkebumian dan solat terakhir untuk syuhada itu di Masjid Omari sebelum dikebumikan di Makam Ridwan di utara Gaza, bukan Makam Syuhada disebabkan masalah keselamatan dan kedudukannya yang hampir dengan sempadan timur semenanjung.
Ketua-ketua Hamas memuji syuhada Ja’bari dan berikrar darahnya tidak akan tersia.
Aman Palestin

Wanita Hamil, Dua Kanak-Kanak Cedera Dalam Serangan Terbaru Israel Ke Atas Gaza

Posted on the November 17th, 2012 under Luar Negara by admin


GAZA, (PIC)– Sumber perubatan memaklumkan seorang wanita hamil dan dua kanak-kanak cedera dalam serangan terbaru Israil ke atas Gaza.
Dr. Ashraf Al-Qudra, jurucakap kementerian kesihatan memberitahu wartawan bahawa serangan dan tembakan Israil selepas tengah malam Rabu mencederakan 12 penduduk lantas membawa peningkatan jumlah kecederaan kepada 150 sejak keganasan bermula pada hari Rabu.
Beliau berkata pesawat perang Israil tidak berhenti terbang merentasi semenanjung berdasasrkan kepada bunyi letupan yang berterusan kedengaran di pelbagai kawasan akibat serangan terkini.
Tiga anggota Briged Qassam terbunuh dalam serangan awal pada hari Khamis di Khan Younis, selatan Semennjung Gaza.

Sumber perubatan memaklumkan wartawan PIC bahawa 15 penduduk Palestin telah terbunuh dalam serangan Israil sejak hari Rabu termasuk ketua komander sayap bersenjata Hamas, Briged Qassam, Ahmed Al-Ja’bari,seorang bayi berusia 11 bulan, seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun, seorang wanita muda dan seorang lelaki berusia 65 tahun.
Aman Palestin

No comments:

Post a Comment