Maut bertembung ambulans ATM
Kemalangan pertama berlaku jam 1.50 pagi di Kilometer 60, Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli mengorbankan seorang pemandu van, Alias Shukri Nawang, 51, dari Besut, Terengganu manakala kemalangan kedua berlaku jam 2 petang di Kilometer 68, Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli mengorbankan dua pekerja lombong bijih besi, Lee Min Song, 56, dari Kuantan, Pahang dan seorang warga China, Ning Shao Ping, 54.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud berkata, mangsa kemalangan pertama meninggal dunia akibat cedera parah di badan ketika dirawat di Hospital Tanah Merah (HTM) dan mayatnya dituntut keluarganya untuk dikebumikan selepas dibedah siasat, kelmarin.
Katanya, mangsa memandu van sarat dengan muatan makanan laut dan dalam perjalanan dari Besut menuju Pulau Pinang.
“Mangsa dipercayai hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah ambulans Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Rejimen Sempadan 1, Kem Batu 11 yang datang dari arah bertentangan. Perlanggaran menyebabkan ambulans yang membawa lima anggota tentera itu terbalik. “Dua anggota tentera yang cedera parah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan seorang lagi dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya.
Menurutnya, kemalangan kedua berlaku apabila pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dinaiki mangsa yang maut terbabas sebelum terbalik beberapa kali ke bahu jalan selepas bergesel dengan sebuah Proton Saga yang cuba dipotong.
“Mayat mangsa dibawa ke HTM untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya,” katanya.
Arah tanggal seluar
Oleh Mahaizura Abd Malik
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
LAPOR...Amir menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
Mereka turut mendakwa dipaksa melakukan tekan tubi 700 kali selain ditampar, diterajang dan ditumbuk di beberapa bahagian badan serta muka apabila gagal mematuhi arahan berkenaan.
Kejadian itu berlaku Isnin lalu, kumpulan pelajar terbabit baru pulang ke asrama pada jam 5.30 petang selepas keluar ke pusat beli-belah berhampiran sebelum ditahan tiga guru.
Kemarahan guru terbabit berpunca daripada tindakan kumpulan pelajar berkenaan memuat naik hasil kreativiti mereka selepas selesai menduduki kertas Matematik bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Video klip selama tiga minit dua saat yang dimuat naik dalam Youtube pada 5 November lalu itu memaparkan gelagat kumpulan pelajar terbabit melepaskan tekanan masing-masing selepas tamat mengambil kertas berkenaan dengan meniru sebahagian aksi lawak sebuah program realiti televisyen.
Bawa ‘beban’ 60kg
Oleh Suzaini Sulaiman
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
SEMAKIN BESAR...Hassan menunjukkan ketumbuhan di bahagian belakang bahu Rohaya.
Rohaya berkata, akibat ketumbuhan itu, berat badannya kini meningkat hampir 130 kilogram (kg) dan berat lipoma itu saja dianggarkan hampir 60 kg. Ibu kepada dua anak yang tinggal di Kampung Parit Empat, Ban Tiga, Sekincan, di sini, berkata, masalah lipoma itu bermula sejak dia berusia empat tahun. Ia semakin membesar terutama selepas dia berkahwin lapan tahun lalu.
Masalah itu juga membuatkan tidur Rohaya tidak pernah lena. Setiap malam dia hanya mampu tidur tidak lebih daripada tiga jam sebelum terjaga kerana bahagian lipoma itu menjadi kebas.
“Saya tak boleh tidur dalam keadaan telentang dan mengiring, jadi saya terpaksa baring dalam keadaan senget. Bahagian lipoma itu kemudian akan menjadi kebas mengakibatkan saya terjaga dari tidur,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Rohaya juga sukar bergerak kerana cepat berasa penat disebabkan terpaksa membawa ‘beban’ yang berat itu. Dia juga tidak boleh duduk atau tidur di atas lantai kerana ia akan menyukarkannya untuk bangun. “Saya pernah menjalani pembedahan membuang beberapa bahagian yang membengkak itu ketika berusia 11 tahun, tetapi ia semakin membesar,” katanya.
Katanya, dia pernah mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh beberapa tahun lalu dan doktor memaklumkan ketumbuhan itu boleh dibuang dengan kos mencecah RM50,000.
Katanya, beberapa bulan lalu dia menghidap demam panas hingga mengakibatkan ketumbuhan di badannya melecet dan berair.
Orang ramai yang ingin membantu Rohaya boleh menghubungi nombor telefon 019-6405286.
‘Tak ku duga berpisah’
Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my
fauzie@hmetro.com.my
TOLONG...orang ramai membantu mengangkat mayat mangsa nahas.
Dalam kejadian jam 12.45 tengah malam itu, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mahmud Mat, di sini, Hasroy Haniff Hamsah, 17, serta dua rakan, Shahrul Azwan Jaafar Shah, 18 dan Mohd Faqih Mohd Nor, 18, mati di tempat kejadian.
Bagaimanapun, seorang lagi rakan mereka, Mohd Hasri Razali, 19, hanya cedera ringan.
Semua mangsa yang berasal dari Peramu Jaya 3 dikatakan tercampak keluar dari Proton Wira mereka naiki yang dipandu Shahrul Azwan terbabas sebelum melanggar penghadang jalan dan terbalik ketika memotong sebuah van jenazah.
Ketika kejadian, semua mangsa dikatakan dalam perjalanan menuju Kuantan.
Saksi lihat kereta dipandu laju
Dalam kejadian jam 12.45 tengah malam itu, mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian adalah pemandu kereta, Shahrul Azwan Jaafar Shah, 18; Mohd Faqih Mohd Nor, 18, dan Hasroy Haniff Hamsah, 17 manakala, seorang lagi rakan mereka, Mohd Hasri Razali, 19, cedera ringan dan dibawa ke di Hospital Pekan untuk rawatan lanjut.
Semua mangsa yang terbunuh berasal dari Peramu Jaya 3, di sini.
Saksi kejadian, Hassan Ali, 48, dari Kampung Ubai berkata, sebelum kemalangan, dia melihat Proton Wira itu dipandu laju dan cuba mengejar sebuah Perodua Myvi di depan.
“Sebelum tiba di selekoh, ada sebuah van jenazah dan kedua-dua kenderaan berkenaan memotong kereta berkenaan, namun Proton Wira itu tidak menyedari sudah menghampiri selekoh menyebabkan hilang kawalan lalu merempuh besi penghadang jalan dan terbalik beberapa kali,” katanya.
Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/Trafik Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke Kuantan dari Peramu Jaya 3.
“Semua mangsa tercampak dari kenderaan menyebabkan tiga meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera ringan,” katanya.
Ramai ‘malu’ guna jejantas
Tinjauan Harian Metro di beberapa laluan di sekitar ibu kota antaranya Jalan Pudu, Jalan Imbi dan Jalan Tun Razak mendapati masih ramai tidak menggunakan kemudahan itu sebaliknya melintas jalan yang boleh membahayakan mereka.
Lebih mengecewakan apabila ada antara mereka dilihat membimbing kanak-kanak dan mendukung bayi sebelum melintasi jalan yang dipenuhi kenderaan dipandu laju.
Warga kota, Zulhelmi Ramli, 26, berkata, orang ramai seharusnya menggunakan jejantas dengan sebaiknya bukan membuat tindakan yang boleh meragut nyawa.
“Semua orang tahu jalan dilalui banyak kenderaan dan dipandu laju. Disebabkan itu kerajaan menyediakan jejantas untuk keselamatan dan kegunaan bersama.
“Keputusan tidak menggunakan jejantas sesuatu merugikan kerana ia wang rakyat yang seharusnya dimanfaatkan bersama,” katanya.
“Lebih elok menggunakan jejantas kerana bukan saja nyawa yang perlu diselamatkan, tetapi nyawa anak-anak kecil dan pemandu lain perlu diutamakan,” katanya.
Puja objek undang syirik
Pengasas Pusat Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Ladzim Al-Azhari berkata, ada di kalangan sesetengah anggota masyarakat begitu percaya kepada kuasa alam sehingga menghabiskan wang bagi mendapatkan objek yang disifatkan pelik.
“Walaupun kita hidup bertamadun dan percaya Allah maha berkuasa namun sikap sedemikian bahaya kerana ia membawa syirik,” katanya yang dihubungi, semalam.
Beliau mengulas mengenai masih ada di kalangan anggota masyarakat yang berhabis wang ribuan ringgit bagi mendapatkan objek pelik seperti batu geliga, keris dan minyak tertentu kononnya mampu memberikan manfaat kepada mereka.
Kelmarin, Harian Metro melaporkan seorang lelaki membelanjakan RM32,000 untuk mendapatkan ‘batu geliga’ yang didakwa ada kuasa hikmat untuk menundukkan isterinya yang kuat berleter. Dia bagaimanapun ditimpa padah apabila mengalami masalah pendengaran dipercayai kesan penggunaan batu itu. Abdul Malek berkata, setiap ciptaan Allah mempunyai hikmah, tetapi manusia jangan terlalu percaya kepada perkara itu sehingga mensyirikkan Tuhan.
“Kita boleh katakan sehelai daun yang gugur juga mempunyai hikmah dan hanya Allah yang tahu.
Menurutnya, manusia hanya boleh berikhtiar sebaik mungkin dan berdoa kerana segala yang berlaku di atas izin Allah.
No comments:
Post a Comment