Wednesday, November 21, 2012

JIKA JUJUR@AMANAH TAK MENGIRA SAPE...NI LAH TUNTUTAN ISLAM...KITA KENA KIRA KESELESAAN SERTA HAK INDIVIDU PENDUDUK SEKITAR


Empat maut, empat cedera dalam kemalangan dekat Gopeng



REMPUH...kereta yang terhimpit selepas dilanggar sebuah treler. FOTO Supian Ahmad
REMPUH...kereta yang terhimpit selepas dilanggar sebuah treler. FOTO Supian Ahmad
IPOH: Empat pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) maut manakala empat lagi rakan sekerja mereka cedera selepas dirempuh sebuah treler yang membawa muatan coklat di Kilometer 294.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gopeng, awal hari ini.
Ketua Polis Perak Datuk Mohamad Shukri Dahalan berkata kemalangan berlaku pada 4.30 pagi ketika lapan pekerja Propel itu sedang menjalankan kerja penyelenggaraan di lorong kiri lebuh raya berkenaan.

Sebelum itu, treler dari arah Johor Bahru ke Ipoh yang hilang kawalan itu merempuh kereta Proton Iswara, MPV Mitsubishi Triton, van dan lori kecil milik pekerja Propel itu yang diletak di lorong kecemasan sebelum melanggar lapan pekerja terbabit, katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Empat pekerja yang maut ialah Ismady Mohd Rodzi, 32, dari Kulim, Kedah, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kuala Kangsar, Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shatin, Ipoh dan Hafiz Yunus, 39, dari Kuala Lumpur.

Tiga daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Pekerja Propel yang cedera pula ialah Dino Azmi, 36, Azhan Ismail, 44, Mahyuddin Idris, 48, dan Shafudin Abdul Jalil, 31.

Turut mengalami kecederaan ialah pemandu treler yang hanya dikenali sebagai Zulkifli dan kelindannya, Mohd Rozi Mat Sharif, 44.

Kesemua mayat dibawa ke HRPB manakala mangsa yang cedera dihantar ke HRPB dan Hospital Kampar bagi menerima rawatan.

Mohamad Shukri berkata ketika kejadian, keadaan lokasi berbukit dan pemandu treler itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya semasa menuruni cerun ketika hujan renyai.

Pemandu lori terbabit akan ditahan selepas dirawat untuk siasatan lanjut, katanya. - Bernama

Tambat hati guna foto duit

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmerto.com.my

LAPOR...Kuar menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
LAPOR...Kuar menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
IPOH: Gambar longgokan wang dan kereta mewah yang dipaparkan dalam laman sosial facebook (fb) sudah cukup menjadi ‘modal’ bagi seorang lelaki bagi mencairkan hati wanita kononnya untuk menjalin hubungan cinta sebelum menipu mangsa lebih RM60,000.
Mangsa kasanova fb itu yang hanya mahu dikenali sebagai I Kuar, 24, berkata, lelaki berusia lewat 20-an terbabit dikenalinya awal tahun ini dan hanya berhubungan melalui Internet serta telefon tanpa berjumpa.
“Dia mendakwa menjalankan perniagaan dan banyak mendapat tawaran tender kerajaan. Perbualannya dalam fb menambat hati saya dan kami bertukar nombor telefon.

“Sejak itu kami saling menghantar SMS bagi bertanya khabar sehingga pada tengah malam 14 Mac lalu dia menghubungi saya dalam keadaan tergesa-gesa dan mendakwa ditimpa musibah,” katanya yang ditemui di Biro Aduan Barisan Nasional (BN) di sini, semalam.

Menurutnya, suspek mendakwa seorang pekerjanya melarikan wang syarikat RM8,000 yang sepatutnya digunakan untuk menjalankan projek perniagaan.

Ghaib ketika berjalan

Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
rnorain@hmetro.com.my

USUNG...anggota bomba membawa keluar mayat Pek Sheng (gambar kecil) yang ditemui lemas.
USUNG...anggota bomba membawa keluar mayat Pek Sheng (gambar kecil) yang ditemui lemas.
KUANTAN: “Saya hairan bagaimana anak saya boleh hilang sedangkan dia berjalan di tengah-tengah antara kami lima beranak. Sebelum itu saya lihat dia begitu ceria berlari-lari bersama dua beradiknya yang lain.
“Sebaik menyedari kehilangannya, hati saya terus terdetik sesuatu yang buruk menimpanya dan cuba mencari di kawasan sekeliling namun gagal,” kata Chan Tah Jek, 45, bapa kepada murid tahun tiga yang ditemui mati dalam sebuah lubuk di kawasan perkelahan Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing, dekat sini.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari kelmarin, Chan Pek Sheng, 9, hilang ketika dia bersama empat ahli keluarganya dan empat sanak saudara lain dalam perjalanan turun dari kawasan perkelahan itu.
Bagaimanapun, mayat kanak-kanak itu hanya ditemui jam 1.30 tengah hari semalam oleh pasukan mencari dan menyelamat membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan dibantu penduduk kampung berhampiran.

Tah Jek berkata, mereka pergi ke kawasan air terjun berkenaan pada jam 6.40 pagi kelmarin kerana tertarik dengan kisah keindahan pelangi selain mahu membawa tiga anaknya berseronok sempena cuti sekolah.

Katanya, sebelum kehilangan anak bongsunya itu disedari, dia melihat mangsa bergelak ketawa bersama dua beradiknya yang lain, namun tidak menyangka itu kali terakhir dia melihat anaknya.
“Salah seorang anak memaklumkan Pek Sheng berjalan bersama saya sedangkan saya langsung tidak melihatnya ketika itu.

“Saya hanya mampu berdoa agar Pek Sheng dijumpai dengan selamat walaupun saya tahu harapan itu agak tipis. Saya tidak sangka keseronokan kami berakhir dengan kejadian sedih ini,” katanya yang tinggal di Kluang, Johor.
Tah Jek membuat laporan kehilangan anaknya itu di Balai Polis Sungai Lembing sebelum gerakan mencari dan menyelamat dimulakan jam 2 petang kelmarin. Bagaimanapun, operasi dihentikan jam 6 petang berikutan cuaca gelap.

Sementara itu, Penguasa Kanan 1 Bomba di sini, Zulfahmi Sutaji berkata, mayat mangsa ditemui dalam sebuah lubuk oleh penduduk kampung kira-kira dua kilometer (km) dari lokasi kali terakhir mangsa dilihat.

“Selepas mendapat maklumat dari penduduk tempatan, anggota saya terus menyelam ke lubuk berkenaan dan menjumpai mayat mangsa di dasar lubuk itu dan dibawa keluar.

“Punca kejadian masih lagi disiasat dan tidak menolak kemungkinan mangsa tergelincir ke dalam lubuk berkenaan sebelum lemas,” katanya ketika di temui di Balai Polis Sungai Lembing selepas operasi berkenaan dihentikan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, semakan mendapati keluarga itu tidak memaklumkan kepada mana-mana pihak berkuasa sebelum memasuki kawasan air terjun berkenaan.

“Kejadian ini boleh dielak jika mana-mana pihak yang ingin memasuki kawasan rekreasi bagi berkelah atau berkhemah memaklumkan terlebih dulu kepada pihak berkuasa. Ini bagi memudahkan kami merekodkan setiap butiran dan memberikan nasihat kepada mereka untuk tujuan keselamatan.

“Selain itu, kawasan rekreasi juga perlu dilengkapi papan tanda amaran mencukupi bagi memberi maklumat kepada pengunjung di samping menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk keselesaan pengunjung,” katanya.

Drebar teksi pulangkan RM2.7j

SIA terkejut temui wang dalam beg kertas hitam dalam teksinya.
SIA terkejut temui wang dalam beg kertas hitam dalam teksinya.
SINGAPURA: Seorang pemandu teksi warga tempatan diumumkan sebagai wira selepas dia memulangkan wang tunai Sg$1.1 juta (RM2.74 juta) kepada pasangan pelancong Thai yang tertinggal wang itu dalam teksinya.
Sia Ka Tian, 70, terkejut apabila menemui wang dalam beg kertas hitam di tempat duduk penumpang belakang semalam selepas dia menurunkan pasangan itu di sebuah pusat beli-belah.

“Bila saya lihat wang itu, saya menyangka berdepan masalah. Saya pasti sekurang-kurangnya ada $200,000 (RM499,749) dalam beg itu,” kata pemandu teksi veteran yang sudah memandu teksi selama 31 tahun sepertimana dipetik daripada Straits Times.
Namun, bila dia membawa wang itu ke pejabat syarikat pengangkutan ComfortDelGro, rakannya yang menghitung wang itu terkejut mendapati ada RM2.74 juta dalam bentuk not kertas 1,000.

“Wang itu tidak penting buat saya. Ia bukan milik saya, jadi, bagaimana saya boleh gunakannya?,” katanya kepada akhbar berkenaan.

Sia menerima ganjaran wang tunai yang tidak didedahkan jumlahnya daripada pasangan terbabit dan syarikat pengangkutan itu juga bercadang memberinya ganjaran atas kejujurannya. - ST

Remaja seksa, bunuh kekasih dijel seumur hidup



LONDON: Seorang remaja yang menyeksa dan membunuh teman wanitanya dalam satu serangan ganas, dihukum penjara seumur hidup, semalam.
Penuntut kolej, Hannah Windsor, 17, diikat pada pokok, diserang secara seksual, dicekik dan dicederakan dengan sebilah pisau oleh Adam Lewis, 18.

Lewis dari Wirral, Merseyside sebelum ini menafikan tuduhan membunuh Hannah tetapi menukar pengakuan sejurus sebelum perbicaraan bermula di Liverpool. Dia juga mengaku salah atas dua tuduhan serangan seksual ke atas mangsa. Ketika membacakan hukuman penjara seumur hidup, hakim berkata, hanya Lewis yang tahu apa berlaku ke atas Hannah. “Bagaimanapun, jelas kamu sengaja melakukan kecederaan ke atas mangsa sehingga menyebabkan dia mengalami kesakitan amat sangat,” katanya. Lewis mengalami kesukaran belajar dan tahap IQ rendah tidak menunjukkan sebarang emosi ketika hakim memberitahunya bahawa laporan patologi mengenai kematian Hannah “menggerunkan.” Mayat Hannah dalam keadaan separuh bogel ditemui tersorok di bawah daun, ranting dan kotoran di Bidston Hill, Wirral, pada 19 Mei lalu.
Hannah tinggal di sebuah asrama untuk remaja gelandangan ketika serangan ke atasnya berlaku. Pendakwa, Neil Flewitt, berkata kecederaan dialami Hannah “amat menakutkan.” Menurut Flewitt, mangsa diikat pada pokok, diserang secara seksual dan ditikam berkali-kali di dada, perut dan belakang.

“Mulutnya pula ditutup dengan pita pembedahan dan dia dicekik dengan gabungan tangan serta tali,” katanya. Siasatan juga mendapati, ada beberapa kecederaan parah pada kemaluan mangsa.

Sementara itu, media melaporkan, Hannah dan Lewis menghidap masalah dikenali sebagai ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) yang menyebabkan kemampuan pembelajaran mereka terganggu.
Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di sekolah khas di Wirral. Bercakap di luar mahkamah, ibu Hannah, Gaynor Murray, berkata semalam adalah “hari terbaik dalam hidupnya” selepas hakim membuat keputusan. - DM

Wanita diperkosa, dikurung sebelum dipaksa berlatih telan dadah

SAMUT PRAKAN: Seorang rakyat Nigeria dituduh memperkosa seorang wanita tempatan, mengururungnya selama seminggu dan memaksa mangsa berlatih menelan dadah agar dia dapat digunakan untuk menyeludup kokain ke Amerika Syarikat.
Polis semalam menyelamatkan mangsa berusia 29 tahun itu yang dikunci dalam sebuah bilik sewaan di kompleks apartmen di daerah Muang. Menurut polis, mangsa diperdaya pergi ke bilik itu oleh lelaki Nigeria berkenaan yang dipanggil Maxie.

Wanita itu berkata, dia bertemu suspek di laman web mencari pasangan dan bersembang dengannya untuk beberapa lama sebelum suspek memintanya bertemu untuk membincangkan peluang perniagaan. Suspek mendakwa bekerja dalam industri pelancongan. “Saya pergi ke sana kerana dia memberitahu akan membantu saya pergi ke AS untuk bertemu dengan bapa saya yang tinggal di sana,” kata mangsa kepada polis.
Mangsa bertemu suspek di bilik terbabit pada 12 November lalu, di mana dia diperkosa, dibelasah dan dikunci. Wanita itu berkata, suspek merampas kad pengenalan dan telefon bimbitnya. Menurut mangsa, suspek memaksanya menelan kondom berisi serbuk setiap hari sepanjang dia dikurung.

Suspek memberitahunya dia perlu berlatih kerana dia akan digunakan untuk menyeludup kokain ke AS. Mangsa berjaya diselamatkan ketika suspek tertinggal telefon bimbitnya. Mangsa menghubungi rakannya yang bekerja di stesen radio yang kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis. - BP

‘Kami nak 7 hari’

Oleh Rizanizam Abdul Hamid
mrizanizam@hmetro.com.my

BANTAH...Mohd Ridzuan (duduk tengah) bersama peniaga  ketika sidang media, kelmarin.
BANTAH...Mohd Ridzuan (duduk tengah) bersama peniaga ketika sidang media, kelmarin.
KUALA LUMPUR: “Sudah setahun kami bersabar dan akur arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya tidak berniaga pada setiap Isnin dan Selasa walaupun ramai peniaga di sini menanggung kerugian ribuan ringgit.
“Apa salahnya, benarkan kami berniaga tujuh hari seminggu sempena musim cuti sekolah pada November dan Disember ini saja, itu pun DBKL tolak,” kata Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Uptown Danau Kota, Taman Setapak Indah, Ahmad Fauzi Abdul Karim, di sini, malam kelmarin.

Menurut beliau, tindakan DBKL menolak permohonan persatuan itu dalam surat rasmi bertarikh 9 Oktober lalu yang dihantar kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menimbulkan rasa tidak puas hati 333 peniaga berlesen di tapak Uptown berkenaan.
Katanya, melalui surat rasmi DBKL yang diterimanya tiga hari lalu bertarikh 18 Oktober, DBKL menolak rayuan peniaga untuk berniaga pada Isnin dan Selasa sempena cuti sekolah dengan alasan kewujudan bazar malam itu tidak disenangi penduduk sekitar. “Malah, DBKL juga menyebut terdapat cadangan supaya uptown yang cukup dikenali hampir tujuh tahun ini yang beroperasi dari Rabu hingga Ahad bermula dari jam 9 malam hingga 4 pagi ditutup dan dipindahkan ke tempat lain.

“Kami ada isteri, anak dan hutang yang perlu ditanggung dan peluang cuti sekolah ini masa untuk kami memperoleh pendapatan lebih,” katanya.

Katanya, sebelum ini, semua 333 peniaga Melayu di situ akur dengan arahan DBKL untuk menutup perniagaan pada setiap Isnin dan Selasa sejak setahun lalu.
Jika dicampur bilangan hari tidak berniaga, katanya, mereka sudah menutup perniagaan selama 96 hari yang bersamaan tiga bulan sepanjang tahun lalu.

“Kalau DBKL tidak dapat beri dua hari pun, sekurang-kurangnya beri kami berniaga satu hari.
“Malam ini (kelmarin) DBKL sengaja menutup lampu jalan supaya kami tidak boleh berniaga, seolah-olah kami ini peniaga haram,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah simpati dengan nasib peniaga terbabit dan berusaha membantu mereka.

“Kami beri tempoh selama seminggu kepada DBKL untuk mengatasi masalah ini dan membenarkan peniaga berniaga pada Isnin dan Selasa pada cuti sekolah ini.

“Jika tidak, kami akan berkumpul di pintu masuk bangunan Parlimen bagi mendesak isu ini segera diselesaikan,” katanya.

No comments:

Post a Comment