Sunday, November 18, 2012

ISLAM BOLEH BATAL

Bunyi api memercik

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

HANGUS...Jebat melihat buku dalam rumahnya yang musnah.
HANGUS...Jebat melihat buku dalam rumahnya yang musnah.
KUALA LUMPUR: Tiga rumah sederet, satu daripadanya dihuni keluarga jurukamera TV3, Jebat M Roseli, 49, di Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, di sini, musnah dalam kebakaran, jam 7.50 pagi semalam.
Jebat berkata, dia kerugian lebih RM30,000 selepas rumah yang didiaminya sejak 23 tahun lalu bersama isteri dan empat anaknya berusia 16 hingga 25 tahun, musnah dalam kejadian itu.

Difahamkan, kebakaran bermula daripada rumah Jebat sebelum merebak ke dua rumah bersebelahan.
Menurut Jebat, ketika kejadian dia baru tiba di pejabatnya di Sri Pentas, Bandar Utama, Damansara, di sini, sebelum menerima panggilan telefon daripada anak lelakinya.

“Ketika kejadian itu, anak sulung saya tidur dan dikejutkan dengan bunyi percikan api. Sebaik keluar dari bilik dia mendengar sekali lagi bunyi percikan api dan melihat kebakaran di bahagian dapur.

“Anak saya segera keluar rumah dan memberitahu jiran. Api dipercayai merebak cepat menyebabkan mereka hanya sempat menyelamatkan diri masing-masing,” katanya ketika ditemui, semalam. Menurutnya, ketika kejadian hanya anak lelakinya itu berada di rumah kerana dia sudah ke pejabat.
“Isteri pula ke Putrajaya mengikuti seminar perniagaan bersama seorang anak kami. Dua lagi anak saya masing-masing mengikuti seminar di Gambang dan ke Kerinchi,” katanya.

Katanya, keluarganya kini tinggal sementara di dewan berhampiran bersama keluarga jiran.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, Azhar Yusof, ketika dihubungi memberitahu kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Katanya, pihaknya menerima panggilan jam 8.10 pagi sebelum empat jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan usaha memadamkan kebakaran dilakukan selama 30 minit.

Tiada jaringan urus warga emas



KUALA LUMPUR: Ketiadaan sistem mengurus warga emas yang teratur dipercayai punca utama golongan lanjut usia di Malaysia memilih aktiviti sendiri bagi memuaskan diri, termasuk terbabit kegiatan membelakangkan agama, nilai budaya dan adat.
Kaunselor yang juga pendakwa bebas, Dr Rubiah Hamzah berkata, Malaysia tidak memiliki sistem sempurna untuk membimbing warga emas terutama berusia 50 tahun ke atas menghabiskan sisa hidup dengan aktiviti yang seimbang antara jasmani dan rohani.

Sebaliknya beliau berkata, pendekatan sedia ada lebih menjurus kepada pembentukan akidah dan kerohanian, namun masih gagal menarik kumpulan mempunyai masalah jiwa itu yang bersatu di bawah jaringan ‘geng’ moden, terkini dan berstatus tinggi.
“Bila terjadi begini bermakna dakwah kita gagal. Aktiviti kerohanian yang wujud pun tidak seimbang dengan jasmani, jadi mereka merasakan tiada badan induk atau sistem yang benar-benar menggalakkan pelaksanaan aktiviti sihat dan bermoral.

“Kalau dibandingkan dengan negara seperti Jepun misalnya, mereka ada kelab untuk warga emas ceburkan diri, contoh untuk minat melancong, mereka ada kelab pelancongan dan kelab pencinta ikan, tapi negara kita tak ada khusus untuk galakkan begini.

“Itu jadinya ada warga emas yang tidak segan membentuk komuniti mereka sendiri, kelab yang memberi keseronokan kepada ahli kumpulan sama status dan minat serta tiada sekatan mana-mana pihak,” katanya ketika di hubungi di sini, semalam.
Beliau mengulas kemudahan pakej nenek gedik yang ditawarkan beberapa spa yang beroperasi di sekitar Bukit Bintang, di sini, kepada wanita pertengahan umur dan mereka yang berstatus nenek serta ada yang bergelar Datin. Metro Ahad semalam melaporkan, pakej itu ditawar berserta pemuda tampan dan bertubuh sasa sebagai tukang urut yang sanggup melakukan ‘lebih’ demi memuaskan pelanggan yang rata-ratanya mereka yang kaya wang ringgit, tetapi miskin belaian lelaki. Mengulas lanjut, Dr Rubiah berkata, pihak berkuasa perlu memikirkan sesuatu untuk ‘mengikat’ spa yang berselindung dengan nama pusat kesihatan ini daripada terjebak dengan maksiat dan menawarkan produk merosakkan orang Islam.

“Golongan begini kita boleh gambarkan sebagai tiada niat (untuk melakukan), tapi mempunyai kesempatan disebabkan pusat yang banyak menawarkan pakej menarik untuk mereka, apatah lagi mereka sendiri dahaga kasih sayang dan sakit emosinya,” katanya.

‘Saya ingat dia tidur’

Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com

KOTA KINABALU: Seorang pengawal keselamatan yang baru memulakan tugas terkejut menemui mayat rakan sekerja di tempat duduk di luar bilik pengawal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Likas, di sini, pagi semalam.
Lelaki terbabit yang juga bekas anggota tentera, Md Shukari Ab Rahman, 53, ditemui meninggal dunia dalam keadaan duduk.

Rakan sekerjanya yang hanya mahu dikenali sebagai Saodah, 20, berkata, ketika kejadian dia baru saja memulakan tugas dan melihat rakannya (mangsa) duduk di luar bilik berkenaan.

“Ketika itu, saya berkemas di dalam pondok kawalan berdekatan bilik pengawal keselamatan dan melihat Shukari (mangsa) duduk di bangku. Saya memanggil beberapa kali, namun dia tidak menyahut. Ketika itu saya ingatkan dia tidur.

“Selepas siap berkemas, saya kemudian pergi ke tempatnya terkejut apabila melihat tubuhnya pucat, tidak bergerak dan dipercayai sudah meninggal dunia.

Tiga wira redah api selamat lelaki



KUCHING: “Kami tidak sampai hati membiarkannya, apatah lagi melihat dia meraung meminta tolong,” kata Saiful Norniza, 23, seorang daripada tiga sahabat yang menyelamatkan seorang lelaki apabila keretanya terbakar di Batu 7, Jalan Penrinssen, Kota Sentosa, Khamis lalu.
Saiful Noriza, Haidi Medhi, 24, dan Mohammad Zulfika Rosbi, 19, dianggap wira apabila menyelamatkan Kong Soon Lim, 36, dari Matang dalam kejadian pada jam 11.50 malam itu.

Kata Saiful, dia sedar sebarang kemungkinan boleh berlaku, tetapi dia dan rakan sanggup menggadai nyawa menyelamatkan lelaki terbabit.
“Kami bertiga cuba memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api diambil dari stesen minyak berdekatan, tapi gagal. Ketika itu, api semakin membesar menyebabkan saya dengan Haidi berpatah balik ke stesen minyak mengambil dua lagi alat itu,” katanya.

Sementara itu, Zulfika berkata, ketika Saiful dan Haidi berusaha memadam kebakaran, dia memecah cermin tingkap pemandu lalu menarik mangsa keluar. “Mangsa dikeluarkan dan kami bersyukur kerana usaha menyelamatkan akhirnya berjaya walaupun ketika itu api sedang marak dan mungkin kereta boleh meletup,” katanya.

Kejadian berlaku ketika mangsa baru saja menghantar seorang rakan pulang ke rumah di Batu 7, Jalan Penrissen, sebelum kereta dipandu hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan.
Sebelum itu, kereta mangsa berpusing beberapa kali sebelum terbalik di tengah jalan, menyebabkan letupan kuat dan kereta mula terbakar.

Mangsa yang melecur di keseluruhan badan dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan selanjutnya.

Amukan lupa alamat

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Tiga bersaudara cedera di beberapa anggota badan akibat dipukul dengan kayu oleh seorang pengawal keselamatan warga Nepal yang berang selepas berlaku pertengkaran antara mereka di sebuah kondominium di Sri Hartamas, dekat sini, malam kelmarin.
Kejadian berlaku jam 10.45 malam, selepas seorang daripada mangsa Nazri Nizar Adnan, 14, yang berkunjung ke rumah bapa saudaranya di kondominium itu terlupa membawa pas masuk ketika mahu masuk semula ke unit kediaman.

“Sebelum kejadian saya turun ke lobi untuk bertemu bapa saya, namun ketika ingin naik semula ke rumah bapa saudara di tingkat lapan, pengawal berkenaan menahan saya kerana tidak mempunyai pas masuk.

“Pengawal itu menyuruh saya menulis nama pada buku pelawat, saya tidak membantah dan menurut arahannya, tapi pengawal itu bertindak kurang ajar memaki hamun serta memanggil saya bodoh hanya kerana tidak ingat alamat unit kondominium bapa saudara,” katanya ketika ditemui, semalam.

Nazri berkata, selepas itu dia mengadu kebiadaban pengawal terbabit kepada ibu dan bapa saudaranya, mereka sekeluarga turun ke lobi untuk mendapatkan penerangan daripada pengawal keselamatan itu.

Nyaris lemas kaki tak cecah dasar pantai

MASJID TANAH: “Saya terkejut kaki tidak lagi mencecah dasar pantai sebelum menyedari dihanyutkan ombak ke tengah laut. Nasib baik jeritan dan lambaian tangan saya disedari rakan di darat,” kata Mohd Hafizi Hamdi, 23, yang nyaris lemas selepas dihanyutkan 100 meter di Pantai Tanjung Bidara di sini, petang kelmarin.
Nasib menyebelahi pemuda itu apabila dia diselamatkan anggota penyelamat pantai selepas dihanyutkan ombak besar ketika mandi bersama rakan di pantai itu pada jam 4.45 petang.

Difahamkan, mangsa yang sebelum itu berendam dalam laut sambil berbual dengan rakannya, Mazlinda Johari, 21, tidak menyedari kehadiran ombak sebelum dia dihanyutkan ke tengah laut.
Mohd Hafizi yang datang bersama rakannya dari Seremban, Negeri Sembilan, berkata, mereka menggunakan pelampung sewa untuk berenang 10 meter dari pantai.

“Ketika kejadian, rakan memberitahu mahu naik ke darat untuk mengambil minuman kemudian menyedari tubuh saya semakin jauh dari pantai.

“Saya baru tersedar kaki tidak sampai ke dasar pantai,” katanya yang tidak tahu berenang dan mula panik.
Dia kemudian menjerit sekuat hati sambil melambai tangan ke arah pantai yang dilihat rakan lalu memaklumkan kejadian kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di menara kawalan.

Dua anggota penyelamat pantai JPAM berenang ke arahnya yang terkapai-kapai dan menariknya ke pantai.

30 jam gagal temui lelaki jatuh sungai



KLANG: Usaha 30 jam untuk mencari lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Rasau, Batu Tiga Lama, di sini, jam 12.30 tengah hari kelmarin, masih menemui jalan buntu, setakat semalam.
Anggota bomba dan penyelamat yang mula menjalankan operasi mencari sejak jam 1.40 tengah hari kelmarin sebelum dihentikan jam 5.30 petang semalam masih gagal menemui mangsa, K Subramaniam, 32, yang menghidap sawan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Mohd Fariz Asmuni, berkata, operasi yang dihentikan jam 7 malam kelmarin disambung pada jam 9.20 pagi semalam membabitkan enam anggota dari Sungai Pinang dan dibantu lima anggota unit skuba dari Balai Bomba Shah Alam.
“Operasi mencari dilakukan di sepanjang Sungai Rasau, di sini, hingga ke pertembungan Sungai Klang kira-kira tiga kilometer dari tempat mangsa terjatuh.

“Selain itu, kami turut mencari di kawasan darat berhampiran Sungai Rasau hingga ke jambatan Bukit Badak dalam jarak sama,” katanya di sini, semalam.

Katanya, operasi mencari dihentikan jam 5.30 petang semalam dan diteruskan pada pagi ini.

Penyanyi dicabul



KUALA LUMPUR: Tiga lelaki menjadikan tempat parkir sebuah pusat beli-belah di Jalan Klang Lama, di sini, sebagai lokasi untuk cuba merogol seorang wanita ‘diculik’ ketika menunggu teksi di hadapan hotel di Sri Petaling, lima kilometer (km) dari situ.
Kejadian berlaku jam 11 malam Jumaat lalu, ketika mangsa berusia 29 tahun yang bekerja sebagai penyanyi di hotel berkenaan berseorangan menunggu teksi untuk pulang ke rumah.

“Mangsa dipaksa masuk ke dalam kereta sebelum dibawa tempat letak kereta, mereka mencabul mangsa dan cuba menanggalkan pakaiannya, namun diselamatkan seorang lelaki lalu di situ,” katanya.

Lori terjun 10 meter

Oleh Mohd Idris Sulaiman
am@hmetro.com.my

BOTA: Sebuah lori tiga tan tanpa muatan terjunam setinggi 10 meter ke bawah sebuah jambatan, di sini, sebelum terhempas di atas beting pasir di Sungai Perak menyebabkan pemandunya maut di Kilometer 43, Jalan Ipoh - Lumut, di sini, pagi semalam.
Kejadian menyebabkan pemandunya, Lo Su Soon, 56, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di tempat duduk pemandu manakala dua kelindan masing-masing warga Indonesia, Santiagi, 32, dan warga Nepal dikenali sebagai Gangoraj Gsimere, 30-an, cedera ringan.

Dalam kejadian jam 8.45 pagi itu, lori dinaiki tiga mangsa termasuk pemandu dan dua pekerja itu hilang kawalan ketika cuba memotong sebuah jengkaut yang melalui Jambatan Sultan Iskandar, Titi Gantung, di sini dan merempuh penghadang jambatan sebelum terjunam.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Leong Ah Kow berkata, lori berkenaan sedang dalam perjalanan dari Bota ke Lumut sebelum ditimpa kemalangan.

Beliau berkata, lori dipandu Su Soon gagal memotong sebuah jengkaut di hadapannya namun, tidak berjaya sebelum bahagian hadapan lori tersangkut pada bahagian penyodok kenderaan terbabit.

“Lori itu kemudian hilang kawalan sebelum terjunam ke bawah jambatan menyebabkan kenderaan berkenaan terlingkup di atas daratan pasir,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Katanya, pihaknya turut mendapat bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar terutama bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu. “Mayat mangsa di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Changkat Melintang (HCM) untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga petang tadi (semalam),” katanya.

‘Barbie Manusia’ nafi guna teknik pertindihan imej



LONDON: Dengan pinggangnya yang ramping, penampilan yang menawan dan payudara yang tersembul “Barbie Manusia” telah menjadi fenomena yang menggemparkan.
Namun, penampilannya yang kelihatan lebih daripada manusia biasa dalam satu video terbaru menimbulkan keraguan atas dakwaannya dia tidak menggunakan teknik pertindihan imej Photoshop dalam sesi fotografinya. Laman web TheDirty.com telah memuat naik beberapa video terbaru menunjukkan Valeria Lukyanova atau nama sebenar “Barbie Manusia” kelihatan nyata berbeza berbanding dengan penampilannya dalam foto biasa.

Pengasas laman web itu, Nik Richie menggelarnya ‘Michael Jackson Ukraine’.
“Gadis itu adalah palsu. Dia menggunakan teknik tindihan imej terhadap fotonya sejak dia mula dikenali di Internet,” tulis seseorang tanpa nama dalam komen TheDirty.com.

“Videonya tidak menggunakan teknik pertindihan imej. Adakah dia masih kelihatan sama? Ada bertan lagi video di luar sana dan seperti yang anda lihat, dia kelihatan tidak sama seperti fotonya yang menggunakan teknik pertindihan imej.” Laman itu turut menuduh Valeria sebagai bekas pengantin tempahan.

Valeria menafikan dia menjalani pembedahan plastik atau menggunakan teknik pertindihan imej dalam fotonya.
Dalam satu daripada video terbarunya, Valeria memerengkan kepalanya di sudut yang tidak selesa dan membuka peluang untuk pelbagau kritikan dilemparkan, tetapi kelihatan seperti perempuan biasa berbanding imej Barbie yang diketengahkan hingga namanya melonjak.

Penulis blog mengaku bedah wajah



SINGAPURA: Kenyataannya, kecantikan akan membuka banyak pintu peluang kepada seseorang itu.
Penulis blog tempatan, Peggy Heng, 23, tanpa segan silu mengaku membuat pembedahan kosmetik untuk meningkatkan kariernya sebagai seorang model dan peserta pertandingan kecantikan.

Sebelum ini, dia sering mengkritik mereka yang sanggup melakukan pembedahan kosmetik untuk kelihatan cantik.

Perubahan sikapnya jelas. Seperti ramai yang dipengaruhi oleh kecantikan, dia turut terikut-ikut kerana mahu menjadi terkenal dan kaya melalui kecantikan wajah.

Malah, dia menjadi seorang mata duitan, sekali lagi tanpa segan silu.

Sebelum perjalanannya ke Seoul untuk pembedahan kosmetik Julai lalu, dia menawarkan The New Paper, paparan eksklusif untuk apa yang dilalui ketika pembedahan itu.

Minggu ini, Heng mahu berkongsi mengenai perjalanan menjadi seorang yang cantik.

“Saya rasa sangat gembira sekarang malah lebih yakin daripada dulu,” katanya.

Katanya, “Sebelum ini saya bimbang sudut mana untuk kelihatan cantik di depan kamera tetapi sekarang saya tidak bimbang lagi dan sangat gembira dengan hasilnya.”

Pembedahan mata dan hidung, menelan belanja 16 juta won (RM45,000 dan ditaja oleh syarikat pembedahan kosmetik Korea, Item Clinic.

Katanya, tidak semua orang nampak perbezaan sebelum dan selepas pembedahan kosmetik itu dan hanya anggota keluarga terdekat dapat melihat bahagian mana yang melalui pembedahan kosmetik.

Ini kerana orang ramai perlu melihatnya tanpa mengenakan alat mekap.

Antara kekurangan yang tidak disukainya sebelum pembedahan termasuk mata yang kecil, hidung bulat, dagu lebar. - TNP

Sumbat mayat dalam tong drum

POLIS membawa tong berisi mayat.
POLIS membawa tong berisi mayat.
ANDERSON (Carolina Selatan): Polis menahan seorang lelaki yang didakwa membunuh dua orang lebih sebulan lalu dan menyumbatkan mayat mereka dalam tong drum sebelum membuangnya ke dalam tasik di sini.
Pihak berkuasa semalam menahan John Michael Young di bandar Anderson, tempat di mana mayat berkenaan ditemui.

Polis berkata, Young ditahan kira-kira jam 1 pagi di kediamannya di West Lake Street di sini. Dia didakwa dengan dua pertuduhan bunuh dan memindahkan mayat secara tidak sah. Polis mendakwa dua pertuduhan terhadapnya selepas menggeledah kediamannya tidak jauh dari Tasik Hartwell, merampas mesin gergaji dan beberapa bilah parang, kata jurucakap Sherif daerah Anderson, Chad McBride. Polis berkata dalam waran tangkap bahawa Young disyaki membunuh Tony McGinnis, 52, September lalu dan Andrea Mitchell, 37, Oktober lalu dengan membelasah mereka di kepala dalam hutan dekat kediamannya. Polis tidak menyatakan motif pembunuhan itu tetapi berkata, mangsa bukan dibunuh secara rawak.
“Kami percaya suspek mensasarkan mangsa atas alasan tertentu.

“Saya tidak percaya suspek berada di sana mensasarkan mangsa secara rawak tanpa sebarang alasan,” kata McBride. Mayat Andrea ditemui Rabu lalu dalam tong plastik yang separuh tenggelam di dalam tasik berkenaan selepas seorang pegawai polis melihat tong itu dan memeriksanya.

Polis kembali ke tasik itu keesokan harinya dan menemui mayat McGinnis yang dikerat dalam tong drum kira-kira 10 kaki dalam air.
Dua mangsa itu saling mengenali dan turut mempunyai beberapa teman lain yang sama.

Suspek kedua, Shaine David Fischer ditahan dan didakwa dengan dua pertuduhan subahat dalam pembunuhan itu. Polis berkata, dia membantu Young membuang mayat mangsa dalam tasik. Waran tangkap menyatakan Fischer mengakui peranannya dalam pembunuhan itu dan membawa polis kepada penangkapan Young. - DM

Dua-dua jerit minta tolong

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

SEREMBAN: “Saya terkejut melihat Proton Wira berpusing beberapa kali sebelum pemandu wanita itu menjerit meminta tolong,” kata Jamal Mohd Mustafa, 52, saksi kemalangan dua kenderaan di Jalan Lama Bukit Mantin, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.15 petang itu, Proton Wira dipandu Kiew Lee Ling, 24, dari arah Seremban dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di laluan bertentangan menyebabkan kereta Perodua Kenari dipandu, Phong Teck Yong, 36, yang cuba mengelak, terjunam ke dalam Sungai Belihoi.

Kejadian menyebabkan Kiew patah pinggang manakala Phong patah kaki kanan dan mereka dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk menerima rawatan.

Jamal berkata, dia yang menunggang motosikal dari arah Mantin menghala ke Seremban, berhenti menghulurkan bantuan apabila melihat kemalangan itu sebaik mendengar mangsa menjerit meminta tolong.

“Saya tidak dapat mengeluarkan wanita itu dari dalam kereta berikutan dia patah pinggang. Ketika itu saya juga mendengar jeritan meminta tolong dari sebuah lagi kereta yang terjunam ke dalam sungai.

Lantai rumah jadi ‘dapur’ segera



SEREMBAN: “Seminggu sebelum kejadian ini, tiba-tiba air di dalam mangkuk tandas menggelegak hingga menakutkan saya,” kata Indon Abdullah, 61, yang dibelenggu ketakutan apabila mendakwa rumah didudukinya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang, dekat sini, pelik kerana lantainya terlalu panas sehingga boleh memanaskan air.
Menurutnya, dia dan suami, Abdul Rahman Gumpal, 70, menyedari kejadian itu jam 9 malam, Jumaat lalu selepas pulang dari masjid.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa kejadian lain sehinggalah jubin panas ini terjadi.

“Ia seperti misteri kerana berlaku secara tiba-tiba dan pertama kali sejak 30 tahun kami tinggal di rumah ini,” katanya di sini, semalam.

Indon berkata, kejadian disedari suaminya apabila mendapati lantai jubin panas di luar rumah berhampiran garaj sehingga mampu mengeringkan air di dalam jag.

“Saya terkejut sebaik suami memberitahu kejadian itu dan tersentak sebaik memijak jubin depan rumah yang panas.

“Saya terus menghubungi Balai Bomba Senawang meminta bantuan, bagaimanapun disahkan tiada apa-apa berlaku.

“Buntu memikirkan masalah ini, saya dan suami kini sedang menunggu Jabatan Mineral dan Geosains negeri datang untuk melakukan pemeriksaan teliti,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan, Mustafar Hamzah ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan berhubung perkara itu.

‘Orang Melayu murtad sebab perlekeh Islam’

KOTA BHARU: “Murtad ini bukan disebabkan orang Kristian atau paderi. Saya nak kata tidak. Orang Melayu murtad kerana dia sendiri memperlekehkan Islam. Umno tolak Islam, maka nampak dia perlekehkan Islam,” kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau dengan tegas menyatakan pendiriannya sambil menggambarkan Umno jelas menolak Islam berdasarkan dasar perjuangan parti itu selain menyifatkan tindakan itu dianggap murtad.

Menurutnya, tidak kira siapa, malah Umno sekali pun, jika dengan sengaja menolak Islam sudah dianggap murtad.
“Kalau Umno ajak nak jaga Islam, yang ulama kamu (Umno) tolak. Bila Umno buang Islam dari dasar hidup, maka Umno agama apa? Agama apa yang Umno pakai? Kristian ke Buddha ke atau tidak ada agama? “Tidak kira siapa pun, kalau dia tok guru sekali pun kalau murtad, murtadlah. Kalau tolak Islam, walaupun tidak ada mufti beritahu, kalau sengaja tolak Islam, murtad,” katanya pada sidang media selepas ucapan penggulungan sempena Muktamar Pas Tahunan Pas Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Muktamar yang berlangsung sejak Jumaat lalu melabuhkan tirainya selepas tiga hari bersidang dengan ucapan penggulungan disampaikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas yang ada sekarang bukan diwujudkan orang Pas, sebaliknya mereka hanya menyambung perjuangan ulama yang ditolak Umno.
“Pas yang diperjuangkan sekarang ini bukan orang Pas yang buat. Kita tolong membajai Pas yang dibuat Biro Ulama Umno pada 1961.

“Umno ketika itu menolak ulama dia sendiri, jadi bila Umno sekarang nak ajak Pas bela Islam (sedangkan) ulama sendiri dia tolak, mana boleh terima ulama kami (Pas). Ini logiknya,” katanya.
Pada masa sama, Nik Abdul Aziz turut mempertahankan tindakan Pas mengadakan solat hajat dan berdoa supaya Umno dihancurkan sempena perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, Jumaat lalu.

“Tak salah doa macam tu. Kalau serangga pun kita bunuh, macam nyamuk dan pacat, kita racun. Tetapi, ini (Umno) menyebabkan akidah, akidah salah. “Apabila Umno tolak Islam, apa taraf Islam? Takkan sebab dia hormatkan Islam, dia buang Islam,” katanya.

Boleh murtad jika perlekeh Islam

Harakahdaily, 18 Nov 2012
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sesiapa sahaja orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam).

Katanya, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi zaman ini.

"Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia.

"Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, bagaimana PAS boleh percaya dengan ajakan Umno untuk bersama-sama mereka membela Islam sedangkan sejarah membuktikan Umno sendiri menolak ulamak dalam biro agama Umno waktu perjuangan kemerdekaan dahulu.

"PAS bukan dicipta oleh orang PAS tapi oleh biro agama Umno. Kami hanya jaga sahaja.

"Sekarang (Umno) nak ajak PAS (bersama-sama) bela Islam. Alim ulamak kamu pun kamu tolak, takkan kamu nak terima ulamak kami pula. Itu logiknya," tegasnya memberi analogi.

Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut ditanya wartawan berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang mengaitkan Umno dengan murtad.

Presiden PAS itu bagaimanapun berkata, huraian berhubung murtad boleh dirujuk dalam Kitab Mustika Hadis yang diterbitkan Jabatan Perdana Menteri.

"Baca kitab itu, ada hukum mengenai orang yang memperlekehkan Islam. Itu kitab yang ditandatangani Tun Dr Mahathir," katanya tidak mahu mengulas panjang.

Carian Harakahdaily terhadap kitab dimaksudkan itu mendapati, bahagian kedua di bawah tajuk 'Iktikad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam', menyebut;

Melalui percakapan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengecil dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, ayat-ayat-Nya dan hukum-hukum-Nya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasul-Nya.

Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulamak mensabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.

Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam:

1. “Hukum apa ini?”

2. “Hukum ini sudah lapuk.”

3. “Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana mnghalangi kemajuan.”

4. “Dalam zaman yang serba maju ini kaum wania tak perlu dibungkus-bungkus.”

5. “Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?”

6. “Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya?”

7. “Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya?”

8. “Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai kiamat kita tak maju.”

9. Berkata: “Perbuatan yang demikian tidak beradab” – apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w selepas makan: menjilat sisa makanan dijarinya.

10. Berkata: “Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat” – apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunat.

11. Berkata: “Si anu dah mulai menyalak” – semasa ia mendengar azannya.

12. Membaca ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi dan nama-nama Tuhan dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.

13. Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, pada hal orang itu tidak diyakini ada padanya sesuatu sebab yang menjadikannya kafir, sebagaimana yang diterangkan oleh hadis Ibnu Umar yang diriwayatkan oleh Muslim.

No comments:

Post a Comment