Berpelukan di bilik mandi
Oleh Junaidi Ladjana dan Riaty Abada
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
MARAK...rumah kedai di Jalan Lama Beluran Dua, pekan Beluran yang terbakar, kelmarin.
ANGKAT...anggota polis membawa mayat mangsa dari bahagian atas rumah kedai terbabit.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mayat Siti Jainah Abd Razak, 32, bersama dua anaknya, Siti Noraznizah Husin, 9, dan Siti Norajikah Husin, 5, berasal dari Kampung Kolapis, di sini, ditemui berpelukan di bilik mandi bahagian atas rumah kedai mereka.
Tiga beranak itu terperangkap selepas gagal membuka tingkap jeriji yang berkunci, manakala suaminya, Husin Ismail, 30-an, dan anak lelaki sulung mereka, Azrul Nizam, 12, yang ketika kejadian berada di tingkat bawah, sempat menyelamatkan diri.
Kebakaran itu memusnahkan sebahagian daripada ruangan restoran dan Pejabat Perhubungan Parlimen Beluran yang terletak bersebelahan kedai menjual perkakas rumah terbabit.
Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintendan V Sivanathan berkata, ketika kejadian, mangsa bersama dua anak perempuannya tidur di tingkat atas kedai berkenaan, namun mereka terjaga apabila berlaku kebakaran dan cuba menyelamatkan diri.
Mati selepas ‘layang’ nota
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
mhafis@hmetro.com.my
MALANG...mayat mangsa diusung ke dalam trak untuk dibawa ke hospital.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, wanita berusia 30-an itu yang baru beberapa bulan bekerja dengan majikannya bertindak nekad melarikan diri dengan memanjat balkoni, namun tergelincir sebelum terjatuh dan maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa dipercayai cuba melarikan dari rumah majikannya selepas penemuan bungkusan pakaian dan nota yang turut berada di bawah kondominium itu.
Menurutnya, pihaknya percaya mangsa membuang bungkusan baju dan nota terbabit terlebih dahulu sebelum dia bertindak berani memanjat balkoni dalam percubaannya untuk melarikan diri.
“Bagaimanapun, tindakannya itu tidak berhasil selepas gagal mengimbangi badan dan terjatuh dari tingkat sembilan serta maut di tempat kejadian.
Rayu dana RM112.2 juta
PENERANGAN...Ahmed menjelaskan peruntukan dana perlu disalurkan kepada penduduk Gaza kepada wartawan Harian Metro.
Menteri Perhubungan Sosial dan Pekerjaan Palestin, Ahmed Alkurd yang ditemui wartawan Harian Metro di sini, semalam berkata, serangan tentera Yahudi itu mengakibatkan kemusnahan teruk ratusan kediaman penduduk di Semenanjung Gaza.
Menurutnya, hujan roket serta peluru berpandu kapal laut, pesawat F-16 dan dron dilepaskan tentera Israel seolah-olah mempunyai dua tujuan iaitu membunuh rakyat Gaza dan sekali gus memastikan mangsa merempat tanpa tempat tinggal.
“Berdasar perangkaan awal, kira-kira 800 penduduk Gaza kini hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah sama sekali akibat dibedil roket Israel. Mereka kini tidak ubah seperti pelarian.
“Selain itu kira-kira 8,000 rumah lagi mengalami kemusnahan sederhana namun memerlukan bantuan kewangan bagi membaik pulih kerosakan dialami,” katanya.
Ahmed berkata, kekurangan dana dan bantuan antarabangsa menyebabkan kerajaan Palestin gagal memberi bantuan segera kepada mangsa yang kini menghuni khemah sementara atau di celah runtuhan rumah mereka.
Menurutnya, bantuan kewangan dari negara luar terutama Malaysia diakuinya sentiasa prihatin dengan penderitaan rakyat Palestin turut diperlukan bagi membantu kira-kira 1,300 penduduk mengalami kecacatan kekal atau cedera parah akibat serangan lapan hari itu.
“Kesediaan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia termasuk Muslim Care dalam memberikan bantuan berterusan kepada rakyat Gaza sejak tiga tahun lalu, membuktikan kesungguhan rakyat Malaysia membantu penduduk Gaza,” katanya.
Ahmed juga menyatakan rasa syukur kerana rakyat Gaza kini tidak lagi berperang bersendirian kerana mereka turut dibantu ‘saudara’ dari Malaysia, Turki, Indonesia dan Mesir yang sentiasa menghulurkan sumbangan tanpa diminta.
Denda pembikin bah
Oleh Ardyhansah Amat
ardyhansah@hmetro.com.my
ardyhansah@hmetro.com.my
TINJAU...Ahmad Phesal meninjau projek 71 banglo di Bukit Gasing.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya tidak menolak masalah banjir di bandar raya ini turut berpunca daripada projek pembangunan yang mengabaikan sistem saliran air dan longkang.
“Jika didapati bersalah, mereka (pemaju) dikenakan tindakan termasuk kompaun tidak kurang RM1,000 bagi setiap kesalahan. Dalam masa sama, DBKL sudah mengenal pasti 38 kawasan lokasi panas yang kerap berlaku banjir seperti Jalan Kuching, Segambut dan Sungai Besi.
“Malah, kerja pembersihan longkang daripada tersumbat akibat sampah-sarap atau tanah sudah dilakukan bagi mengatasi masalah banjir di sini,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, DBKL turut menubuhkan unit khas penguat kuasa yang sentiasa bersedia mengawal lalu lintas ketika banjir.
“Di Kuala Lumpur, aliran trafik perlahan apabila hujan lebat berlaku. Oleh itu, setiap kali mendung, unit khas ini bersedia untuk bergerak ke lokasi yang dikenal pasti bagi mengawal lalu lintas.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah DBKL, Datuk Amin Nordin Abd Aziz berkata, DBKL tidak membenarkan lori tanah melalui jalan raya di Pantai Dalam ke tapak projek pembangunan 71 banglo Bukit Gasing selama dua minggu, bermula kelmarin.
‘Sangka ajal sudah sampai’
“Saya sangka ajal sudah sampai dan tak sangka masih hidup,” kata Abdul Mohamad Isme, 27, seorang daripada ribuan rakyat Palestin yang menjadi mangsa keganasan rejim Israel sepanjang bedilan roket selama lapan hari bermula 14 November lalu.
Dia yang ditemui di Hospital Khan Younis, di sini, semalam berkata dia ditembak tentera Israel ketika sedang berada di ladang pokok Zaitun miliknya di Alkara pada 20 November lalu. Menurutnya, sekumpulan tentera Zionis tiba-tiba muncul sebelum mengacukan raifal dan senjata berat ke arahnya dari jarak dekat.
“Tanpa sebarang amaran, tentera terbabit terus melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah saya yang tidak bersenjata.
Abdul Mohamed berkata, dia hanya tersedar selepas dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan terpaksa menjalani pembedahan bagi merawat perut hingga belakang tubuhnya yang ditembusi peluru.
“Saiz peluru digunakan amat luar biasa dan saya kini tidak mampu menggerakkan tubuh kecuali tangan,” katanya dalam keadaan menderita kesakitan.
“Tapi, jangan fikir saya akan mengalah. Tanah ini milik kami dan saya tetap akan kembali ke situ jika diizinkan Allah SWT sembuh kelak,” katanya.
Kebanyakannya membabitkan golongan kanak-kanak dan belia yang dirawat di Hospital Khan Younis dan Hospital Al Sifa’ di sini, akibat putus kaki atau lumpuh selepas terkena letupan roket dan tembakan senjata berat.
Seorang mangsa dirawat di Hospital Khan Younis, Abdul Malek Abu Syamil, 26, putus kaki kanan akibat ditembak roket disasarkan pesawat tanpa juruterbang dikenali sebagai Drone milik Zionis.
Dalam kejadian 17 November lalu, pesawat Drone yang terbang di ruang angkasa Gaza bertindak melepaskan roket ke arahnya yang sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah.
“Dalam sekelip mata ledakan kuat berlaku sebelum motosikal ditunggang berkecai. Saya turut terpelanting sebelum mendapati kaki kanan hancur dan putus.
“Malah tulang tangan dan kaki kiri saya turut patah remuk. Saya cuba bangkit namun gagal dan jatuh pengsan akibat terlalu sakit,” katanya.
Menurutnya, tindakan gila tentera Isreal menggunakan pesawat Drone untuk menyerang orang awam di Gaza adalah taktik pengecut dan tidak berperikemanusiaan.
Terpaksa tempuh 18 sekatan
DOA dan harapan melangit saya dan jurugambar, Azhar Mat Ganti untuk
melepasi sekatan di pintu sempadan Rafah-Gaza akhirnya dimakbulkan Tuhan
tepat jam 3.39 petang waktu tempatan kelmarin.
Usaha dan halangan dihadapi silih berganti sejak Jumaat lalu tidak sekelumit mematahkan semangat kami untuk cuba memasuki bandar Gaza bersama tiga wakil persatuan Muslim Care Malaysia.
Untuk sampai ke garisan ‘penamat’ di Tebing Gaza ini, kami melepasi satu persatu 18 sekatan di pos kawalan serta pemeriksaan tentera Mesir di sepanjang laluan antara Kaherah ke sempadan Rafah.
Jelingan tajam tanpa sedikit pun menunjukkan riak senyuman di wajah pegawai tentera bertugas menyebabkan kami hanya diam kaget serta berdoa dalam hati memohon perjalanan ini dipermudahkan.
Rata-rata pos pemeriksaan meletakkan sejumlah tentera beruniform lengkap dengan raifal dan dua kereta kebal yang dihalakan muncung meriamnya ke arah Rafah.
Sekali pandang, situasi ini kelihatan seperti tentera Mesir sedang bersiap sedia untuk menghadapi pertempuran besar dalam tempoh terdekat.
Keadaan berjaga-jaga ini dipercayai ada kaitan dengan tindakan
rakus Zionis melakukan pembunuhan terhadap penduduk Tebing Gaza yang
tidak disenangi Presiden Mesir, Mohamed Morsi dan Perdana Menterinya,
Hisham Qandil.
Susulan itu langkah kawalan ketat diambil dengan menghalau ‘orang luar’ mendekati pintu sempadan Rafah apatah lagi tanpa dokumen sokongan atau kebenaran dari pihak kerajaan Mesir sendiri.
Kegembiraan menjejakkan kaki ke bumi suci Gaza segera dizahirkan
dengan melakukan sujud syukur sambil menadah tangan ke hadrat Ilahi.
KLANG: “Ibu...tolong lihat belakang saya, cedera tak?,” itulah
pertanyaan pelajar, Lim Yok Ying, 17, kepada ibunya sebelum rebah akibat
ditikam seorang lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan pisau ketika
perjalanan pulang ke rumahnya dalam kejadian di Taman Selatan, di sini
selepas selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), di
sini, Isnin lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Lim, terpaksa berjalan hampir 500 meter ke pejabat ibunya bagi mendapatkan kepastian mengenai kecederaan dialaminya sebelum rebah dan dikejarkan ke hospital berhampiran.
Akibat kehilangan darah yang banyak, Lim, dilaporkan koma selama dua hari sebelum keadaannya dilaporkan kembali stabil, semalam.
Berikutan itu, ibu kepada Lim yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 30-an, memberitahu sudah membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan, semalam.
Menceritakan semula kejadian itu, Lee, berkata dia yang berada di pejabatnya didatangi Lim sebelum anaknya itu menunjukkan belakangnya.
KUALA LUMPUR: Hanya kerana anak berusia setahun dua bulan terjatuh
atasnya, seorang suami sanggup menendang isteri sebelum menggugut mahu
menghempas anaknya itu ke lantai dalam kejadian di Taman Dagang, Ampang,
kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, mangsa yang berusia 24 tahun hendak mengejutkan suaminya yang berusia 20-an daripada tidur sebelum anak perempuannya yang berusia setahun dua bulan terjatuh atas lelaki berkenaan.
Sumber polis berkata, mangsa yang terkejut melihat anaknya terjatuh tidak mampu berbuat apa-apa dan apabila mahu mendukung semula anaknya, suaminya yang ketika itu baru tersedar daripada tidur terus agresif menendang mangsa beberapa kali.
Menurutnya, selepas kejadian itu, mangsa membawa anaknya duduk di sofa.
“Ketika itu, tiba-tiba suaminya muncul dan terus memukul kepala dan muka mangsa beberapa kali dengan bantal sebelum mencampak anaknya ke lantai, namun bernasib baik kerana mangsa sempat mengambil anaknya itu sebelum terjatuh.
“Suami mangsa turut menampar anaknya itu,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
Beliau berkata, mangsa yang takut anaknya dicederakan mengambil
dompet dan kunci kereta sebelum melarikan diri ke balai polis
berhampiran.
Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner
Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu
dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
KAJANG: Seorang guru sekolah memandu maut selepas keretanya yang
rosak dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 18.1
Lebuhraya Cheras-Kajang berhampiran susur Balakong, di sini semalam.
Ketika kejadian jam 10.30 pagi, kereta Perodua Kancil dipandu mangsa, Manap Repin, 73, tiba-tiba mengalami kerosakan menyebabkannya dia turun untuk memeriksa.
Mangsa dikatakan membuka bonet dan memeriksa bahagian enjin sebelum masuk semula ke dalam keretanya.
Bagaimanapun, sebuah SUV Honda CRV yang melalui laluan sama tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta mangsa.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang berada di tempat duduk pemandu disahkan maut di tempat kejadian akibat mengalami hentakan yang kuat di bahagian dada.
“Difahamkan, mangsa dalam perjalanan ke sebuah institut memandu di Gombak untuk mengadakan ceramah kelas memandu,” katanya.
Akibat rempuhan itu, bahagian belakang kereta mangsa remuk manakala
pemandu Honda CRV berkenaan mengalami kecederaan dan dihantar ke
Hospital Kajang untuk rawatan.
Katanya, seorang pemandu sebuah treler yang mengekori kereta mangsa terselamat kerana sempat mengelak ketika kenderaan mangsa berhenti secara tiba-tiba.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Kemalangan itu menyebabkan laluan dari arah Kajang ke Cheras sesak
kira-kira tiga kilometer.
ANTARA aksi manja Mulan dengan Abdullah.
MALANG: Persahabatan dijalin sejak kira-kira empat tahun lalu
membolehkan seekor harimau Benggala menjadi sahabat kepada manusia.
Haiwan liar yang dinamakan sebagai Mulan itu kini menjadi kawan akrab kepada Abdullah Sholeh.
Mulan - kini berusia empat tahun dan seberat lebih 171 kilogram - mula dijaga Abdullah sejak haiwan berkenaan berusia tiga bulan. Sejak dipelihara, hubungan Mulan dengan Abdullah semakin rapat dan kini haiwan yang lazimnya ganas dan berbahaya kepada manusia itu boleh bergurau dengan penjaganya.
Bagaimanapun, Abdullah bukanlah pemilik Mulan, sebaliknya dia cuma dibayar sebagai penjaga oleh majikannya, Noer Mohammaed Sholeh.
Mereka kini tinggal di sebuah kawasan di Malang, Indonesia.
Dikenali sebagai “pengasuh harimau” Abdullah dilaporkan sering menolak untuk tidur di katil sendiri, sebaliknya dia lebih selesa tidur bersama Mulan di kandang haiwan berkenaan. Ditanya perasaannya terhadap Mulan, Abdullah, 31, berkata dia tidak pernah takut atau bimbang terhadap harimau bertina berkenaan.
“Saya menganggap Mulan sama seperti rakan lain.
“Apabila dia menggigit atau mencakar, itu petanda Mulan seekor harimau yang normal,” katanya. - TS
LONDON: Ketika orang ramai teruja dengan kemunculan fesyen baru
sempena musim dingin kini, tidak ramai yang menyedari setiap jaket
dihasilkan biasanya menyimpan ‘cerita hitam’ sebelum ia disiapkan.
Di sebalik jenama terkemuka pada produk berkenaan, sejumlah haiwan terutama angsa - dikorbankan kerana ia menyediakan sumber asas penciptaan jaket terkini yang menarik. Bulu angsa itu dicabut dari angsa berkenaan yang masih hidup, menyebabkan haiwan itu menanggung kesakitan dan pendarahan.
Bulu diambil daripada haiwan hidup kerana kualitinya boleh terjejas apabila haiwan berkenaan dibiarkan mati terlebih dulu. Bahan berkualiti tinggi iaitu bulu lembut yang dicabut dari bahagian dada angsa - boleh mencecah harga jualan sehingga �22 (RM107) sekilogram.
Ia jauh lebih lumayan dan menguntungkan berbanding harga bulu daripada angsa mati cuma �1.60 (RM7.81) sekilogram. - DM
SYDNEY: Polis Australia membongkar sindiket curi data kad kredit
terbesar dan menumpaskan kumpulan Romania yang dikatakan dalang
penipuan itu.
Hasil siasatan antarabangsa, empat orang didakwa di Romania kerana mencuri butiran kira-kira 30,000 pemegang kad kredit dan menggunakan maklumat itu untuk membeli barang di seluruh dunia bernilai Aus$30 juta (RM94.4 juta).
Polis melaporkan, data itu dicuri dengan menggodam sistem komputer di kira-kira 100 kedai runcit di Australia.
Ia kemudian digunakan untuk membuat kad kredit palsu lalu digunakan untuk membuat urus niaga palsu di beberapa lokasi di Eropah, Hong Kong dan Amerika Syarikat.
Siasatan dibuat selepas institut kewangan Australia mengesan urus niaga kad kredit mencurigakan. Siasatan kemudian melibatkan agensi penguatkuasa di 13 negara. -AFP
NEW DELHI: “Guru Ketawa” India, Madan Kataria, yang berjaya mengajar
beribu-ribu orang di seluruh dunia untuk ketawa demi mendapatkan
kesihatan yang baik, membuat satu pengakuan yang tidak disangka-sangka.
Dia kurang mempunyai deria lucu.
“Tapi anda tidak begitu mememerlukannya untuk ketawa,” kata Kataria, pengasas “Yoga Ketawa”, satu pergerakan yang berjaya menarik minat di seluruh dunia termasuk selebriti Oprah Winfrey dan Goldie Hawn.
Kataria, yang sentiasa mengembara untuk menyebarkan ajaran “ketawa tanpa sebab”, pernah dipanggil untuk mengajar pekerja ketika sesi aktiviti membina semangat berpasukan di syarikat gergasi antarabangsa seperti Hewlett-Packard dan pembuat kereta Volvo.
Kini, dia dalam proses menubuhkan “Universiti Ketawa” di bandar Bangalore di atas tanah yang didermakan oleh kontraktor binaan dan dana AS$250,000 (RM761,194) daripada seorang penderma tidak dikenali.
“Kami akan mula kerja pembinaan dalam masa tiga minggu dan menjelang 2013, ia akan beroperasi. Kami mahu menubuhkan ibu pejabat untuk komuniti yoga ketawa seluruh dunia,” katanya.
Kataria membayangkan mengadakan sesi ketawa dan persidangan di pusat itu dan menubuhkan sebuah unit perubatan alternatif untuk mengembangkan ilmu perubatan mengenai kesan ketawa yang memberi manfaat kepada kesihatan.
Kajian menunjukkan ketawa menghasilkan bahan kimia otak endorfin yang menghasilkan rasa senang hati yang dikaitkan dengan rasa sejahtera.
“Ketawa adalah perkara paling sihat yang boleh anda buat.. ia ubat paling mujarab,” katanya. - AFP
Usaha dan halangan dihadapi silih berganti sejak Jumaat lalu tidak sekelumit mematahkan semangat kami untuk cuba memasuki bandar Gaza bersama tiga wakil persatuan Muslim Care Malaysia.
Untuk sampai ke garisan ‘penamat’ di Tebing Gaza ini, kami melepasi satu persatu 18 sekatan di pos kawalan serta pemeriksaan tentera Mesir di sepanjang laluan antara Kaherah ke sempadan Rafah.
Jelingan tajam tanpa sedikit pun menunjukkan riak senyuman di wajah pegawai tentera bertugas menyebabkan kami hanya diam kaget serta berdoa dalam hati memohon perjalanan ini dipermudahkan.
Rata-rata pos pemeriksaan meletakkan sejumlah tentera beruniform lengkap dengan raifal dan dua kereta kebal yang dihalakan muncung meriamnya ke arah Rafah.
Sekali pandang, situasi ini kelihatan seperti tentera Mesir sedang bersiap sedia untuk menghadapi pertempuran besar dalam tempoh terdekat.
Susulan itu langkah kawalan ketat diambil dengan menghalau ‘orang luar’ mendekati pintu sempadan Rafah apatah lagi tanpa dokumen sokongan atau kebenaran dari pihak kerajaan Mesir sendiri.
Rebah depan ibu
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Lim, terpaksa berjalan hampir 500 meter ke pejabat ibunya bagi mendapatkan kepastian mengenai kecederaan dialaminya sebelum rebah dan dikejarkan ke hospital berhampiran.
Akibat kehilangan darah yang banyak, Lim, dilaporkan koma selama dua hari sebelum keadaannya dilaporkan kembali stabil, semalam.
Berikutan itu, ibu kepada Lim yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 30-an, memberitahu sudah membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan, semalam.
Menceritakan semula kejadian itu, Lee, berkata dia yang berada di pejabatnya didatangi Lim sebelum anaknya itu menunjukkan belakangnya.
Lelaki tendang isteri marah anak terjatuh ke atasnya
Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, mangsa yang berusia 24 tahun hendak mengejutkan suaminya yang berusia 20-an daripada tidur sebelum anak perempuannya yang berusia setahun dua bulan terjatuh atas lelaki berkenaan.
Sumber polis berkata, mangsa yang terkejut melihat anaknya terjatuh tidak mampu berbuat apa-apa dan apabila mahu mendukung semula anaknya, suaminya yang ketika itu baru tersedar daripada tidur terus agresif menendang mangsa beberapa kali.
Menurutnya, selepas kejadian itu, mangsa membawa anaknya duduk di sofa.
“Ketika itu, tiba-tiba suaminya muncul dan terus memukul kepala dan muka mangsa beberapa kali dengan bantal sebelum mencampak anaknya ke lantai, namun bernasib baik kerana mangsa sempat mengambil anaknya itu sebelum terjatuh.
“Suami mangsa turut menampar anaknya itu,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang.
Maut kereta rosak
Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my
asmah@hmetro.com.my
Ketika kejadian jam 10.30 pagi, kereta Perodua Kancil dipandu mangsa, Manap Repin, 73, tiba-tiba mengalami kerosakan menyebabkannya dia turun untuk memeriksa.
Mangsa dikatakan membuka bonet dan memeriksa bahagian enjin sebelum masuk semula ke dalam keretanya.
Bagaimanapun, sebuah SUV Honda CRV yang melalui laluan sama tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta mangsa.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang berada di tempat duduk pemandu disahkan maut di tempat kejadian akibat mengalami hentakan yang kuat di bahagian dada.
“Difahamkan, mangsa dalam perjalanan ke sebuah institut memandu di Gombak untuk mengadakan ceramah kelas memandu,” katanya.
Katanya, seorang pemandu sebuah treler yang mengekori kereta mangsa terselamat kerana sempat mengelak ketika kenderaan mangsa berhenti secara tiba-tiba.
Harimau 170kg jadi sahabat
ANTARA aksi manja Mulan dengan Abdullah.
Haiwan liar yang dinamakan sebagai Mulan itu kini menjadi kawan akrab kepada Abdullah Sholeh.
Mulan - kini berusia empat tahun dan seberat lebih 171 kilogram - mula dijaga Abdullah sejak haiwan berkenaan berusia tiga bulan. Sejak dipelihara, hubungan Mulan dengan Abdullah semakin rapat dan kini haiwan yang lazimnya ganas dan berbahaya kepada manusia itu boleh bergurau dengan penjaganya.
Bagaimanapun, Abdullah bukanlah pemilik Mulan, sebaliknya dia cuma dibayar sebagai penjaga oleh majikannya, Noer Mohammaed Sholeh.
Mereka kini tinggal di sebuah kawasan di Malang, Indonesia.
Dikenali sebagai “pengasuh harimau” Abdullah dilaporkan sering menolak untuk tidur di katil sendiri, sebaliknya dia lebih selesa tidur bersama Mulan di kandang haiwan berkenaan. Ditanya perasaannya terhadap Mulan, Abdullah, 31, berkata dia tidak pernah takut atau bimbang terhadap harimau bertina berkenaan.
“Apabila dia menggigit atau mencakar, itu petanda Mulan seekor harimau yang normal,” katanya. - TS
Angsa jadi mangsa kerakusan industri fesyen
Di sebalik jenama terkemuka pada produk berkenaan, sejumlah haiwan terutama angsa - dikorbankan kerana ia menyediakan sumber asas penciptaan jaket terkini yang menarik. Bulu angsa itu dicabut dari angsa berkenaan yang masih hidup, menyebabkan haiwan itu menanggung kesakitan dan pendarahan.
Bulu diambil daripada haiwan hidup kerana kualitinya boleh terjejas apabila haiwan berkenaan dibiarkan mati terlebih dulu. Bahan berkualiti tinggi iaitu bulu lembut yang dicabut dari bahagian dada angsa - boleh mencecah harga jualan sehingga �22 (RM107) sekilogram.
Ia jauh lebih lumayan dan menguntungkan berbanding harga bulu daripada angsa mati cuma �1.60 (RM7.81) sekilogram. - DM
Polis Australia banteras sindiket penipuan kad kredit terbesar
Hasil siasatan antarabangsa, empat orang didakwa di Romania kerana mencuri butiran kira-kira 30,000 pemegang kad kredit dan menggunakan maklumat itu untuk membeli barang di seluruh dunia bernilai Aus$30 juta (RM94.4 juta).
Polis melaporkan, data itu dicuri dengan menggodam sistem komputer di kira-kira 100 kedai runcit di Australia.
Ia kemudian digunakan untuk membuat kad kredit palsu lalu digunakan untuk membuat urus niaga palsu di beberapa lokasi di Eropah, Hong Kong dan Amerika Syarikat.
Siasatan dibuat selepas institut kewangan Australia mengesan urus niaga kad kredit mencurigakan. Siasatan kemudian melibatkan agensi penguatkuasa di 13 negara. -AFP
Ketawa untuk sihat
Dia kurang mempunyai deria lucu.
“Tapi anda tidak begitu mememerlukannya untuk ketawa,” kata Kataria, pengasas “Yoga Ketawa”, satu pergerakan yang berjaya menarik minat di seluruh dunia termasuk selebriti Oprah Winfrey dan Goldie Hawn.
Kataria, yang sentiasa mengembara untuk menyebarkan ajaran “ketawa tanpa sebab”, pernah dipanggil untuk mengajar pekerja ketika sesi aktiviti membina semangat berpasukan di syarikat gergasi antarabangsa seperti Hewlett-Packard dan pembuat kereta Volvo.
Kini, dia dalam proses menubuhkan “Universiti Ketawa” di bandar Bangalore di atas tanah yang didermakan oleh kontraktor binaan dan dana AS$250,000 (RM761,194) daripada seorang penderma tidak dikenali.
“Kami akan mula kerja pembinaan dalam masa tiga minggu dan menjelang 2013, ia akan beroperasi. Kami mahu menubuhkan ibu pejabat untuk komuniti yoga ketawa seluruh dunia,” katanya.
Kataria membayangkan mengadakan sesi ketawa dan persidangan di pusat itu dan menubuhkan sebuah unit perubatan alternatif untuk mengembangkan ilmu perubatan mengenai kesan ketawa yang memberi manfaat kepada kesihatan.
Kajian menunjukkan ketawa menghasilkan bahan kimia otak endorfin yang menghasilkan rasa senang hati yang dikaitkan dengan rasa sejahtera.
“Ketawa adalah perkara paling sihat yang boleh anda buat.. ia ubat paling mujarab,” katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment