Pengantin Muda berusia 13 tahun Dari Kedah Sedia Hidup Berkeluarga
KULIM: Pengantin muda, Mohd Fahmi Alias, menolak tanggapan bahawa tindakannya mengahwini Nor Fazira Saad yang hanya akan berusia 13 tahun bulan depan didorong oleh nafus dan tidak akan bertahan lama.Mohd Fahmi, 19, yang membantu bapanya menjalankan perniagaan keluarga mengangkut minyak sawit berkata, beliau mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan juga tidak akan menghalang isteri mudanya untuk meneruskan pengajian.
“Saya bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan saya berjanji untuk menjaganya sepanjang hidup saya,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Naga Lilit di Padang Serai, dekat sini, pada Sabtu.
Pasangan itu telah diakadnikahkan di masjid Kampung Padang Cina, berhampiran rumah keluarga pengantin perempuan, pada 17 November selepas Mahkamah Syariah di Kulim memberikan persetujuan pada 7 November.
Keluarga pengantin lelaki juga sudah mengadakan keduri doa selamat sebagai sebahagian daripada tradisi menyambut menantu.
Ditanya sama ada beliau bimbang mengenai persepsi masyarakat mengenai perkahwinan mereka, Mohd Fahmi berkata: “Adalah lebih baik berkahwin awal berbanding jika menjalinkan hubungan yang haram.
“Sejak keluarga kami memberi restu, tidak ada sebab untuk kami terus melambatkan penyatuan ini,” katanya, sambil menambah bahawa mereka telah dikenali antara satu sama lain selama bertahun-tahun.
Nor Fazira, yang menamatkan persekolahan selepas UPSR tahun lepas, berkata dia bercadang untuk meneruskan pengajian selepas suaminya memberi galakan untuk berbuat demikian.
“InsyaAllah, saya akan meneruskan pengajian menengah saya,” katanya.
mStar
Dangdut kolam pancing, Mengail ‘ikan di darat’
KUALA LUMPUR: Bagi mendapat lesen keluar rumah daripada isteri, mereka memberi alasan pergi mengail di sebuah kolam pancing di Lembah Klang.
Bagaimanapun, pada masa sama segelintir warga emas terbabit sebenarnya menyelam sambil minum air apabila turut menikmati belaian pelayan pelanggan (GRO) di pusat karaoke dangdut bersebelahan kolam berkenaan.
Lebih mengejutkan, siasatan Metro Ahad (MA) mendapati GRO yang kebanyakannya dalam lingkungan usia 30-an hingga 50-an itu turut boleh dibawa hingga ke bilik tidur berdasarkan rundingan kedua-dua pihak.
Berbanding kebanyakan pusat hiburan lain yang menawarkan wanita bergetah, premis yang beroperasi seawal jam 5 petang sehingga awal pagi ini pula menampilkan beberapa kelainan dengan kehadiran pelayan pelanggan wanita tempatan yang ada antaranya layak digelar nenek.
Harian Metro
Pusat karaoke tawar pakej maksiat
Ini berikutan tinjauan wartawan Metro Ahad mendapati segelintir pengunjung beragama Islam dilihat selamba meneguk minuman keras di gerai minuman yang dikendalikan kolam memancing terbabit, manakala sebuah premis snuker bersebelahan pusat karaoke dijadikan tempat berjudi di kalangan pengunjung. Lebih mencurigakan, bahagian dalam pusat karaoke berkenaan diawasi lebih lapan kamera litar tertutup (CCTV) seolah-olah khuatir kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.
Pakej melalaikan itu jelas menarik perhatian pengunjung hingga sanggup menipu keluarga kononnya memancing. Pemerhatian wartawan mendapati beberapa penunggang motosikal yang baru tiba di kolam itu dengan membawa bersama joran, meninggalkan kelengkapan memancing mereka di kenderaan atau kaunter dan terus memasuki pusat karaoke terbabit.
Dia mendakwa premis pusat hiburan terbabit disewakan dan pihak pengurusan kolam tidak campur tangan dalam sebarang aktiviti dijalankannya.
Bagaimanapun, kebanyakan pelanggan tetap kolam memancing itu ketika ditanya mendakwa kedua-dua premis berkenaan mempunyai kaitan di antara satu sama lain dan aktiviti yang disediakan sebagai pelaris bagi menarik perhatian pengunjung supaya tidak beralih ke kolam pancing lain.
Harian Metro
Bersedia Untuk Pusingan Seterusnya
Setelah menghilangkan kedahagaan penduduknya dengan darah warga Palestin, Israil kononnya bersetuju terhadap genjatan senjata bersama puak penentang Palestin di Semenanjung Gaza.Persefahaman, walaubagimanapun tidak bererti Israil prihatin terhadap jumlah besar orang awam Palestin yang terbunuh akibat “Wehrmacht Yahudi”. Sesungguhnya nafsu kanibal Zionis memang tidak pernah puas. Ini berdasarkan apa yang kami benar-benar pelajari dari Israil sejak pembentukan entity jahat 64 tahun dahulu.
Sewaktu keganasan terbaru, “satu-satunya demokrasi di Tebing Barat” itu telah membunuh 33 kanak-kanak, 14 wanita dan lebih daripada 60 orang awam yang tidak berdosa. Lebih daripada itu, 1,300 orang yang majoritinya orang awam yang tidak berdosa termasuk 400 kanak-kanak cedera, kebanyakan mereka parah dan terbakar.
Israil sering menjadi jenayah terhadap kemanusiaan sejak awal kewujudannya. Ia sememangnya kurang layak untuk menjadi negara biasa dengan kerajaan yang bermoral zahirnya, apatah lagi tentera yang bermoral. Ahli politik Israil dan komander tentera bermula dari peringkat sulit terendah kepada presidennya adalah penjenayah perang yang diiktiraf dengan banyaknya darah orang yang tidak berdosa di tangan mereka.
Kebanyak penduduk Israil akan hanya melantik penjenayah dan pembunuh tegar sebagai ketua politik mereka. Sebagai pembunuh besar-besaran bangsa Arab dan sebagai pelaku pembunuhan beramai-ramai, menjadikannya kelayakan utama dan paling penting untuk menjadi pemimpin Israil.
Malangnya kekejaman ini tidak menarik minat Washington, Paris, London mahupun Moscow. Mereka sebaliknya mengagumi Nazi moden. Sebagaimana teko tidak boleh memanggil cerek itu hitam, Amerika sendiri merupakan penjenayah yang memiliki sejarah panjang penghapusan etnik secara besar-besaran yang mensasarkan Nazisme Yahudi. Tidakkah Amerika telah menghapuskan 10 – 15 juta orang asli Amerika dan menamakan penghapusan etnik sebagai manisfestasi takdir?
Menariknya, perkara yang sama berlaku kepada Perancis, British dan juga Rusia.
Aspek lain wacana pencabulan barat dibandingkan dengan konflik terbaru ialah dakwaan palsu yang mengatakan Hamas memprovokasi Israil untuk menyembelih orang awam Palestin. Adakah media barat mudah terlupa yang Israil sendiri merupakan tumbuhan eksotik yang asing kepada Timur Tengah?
Keseluruhannya penceroboh-penceroboh Yahudi dengan sokongan negara-negara barat telah datang dari Eropah Timur dan merampas Palestin, mengganas dan membunuh penduduknya secara besar-besaran, memusnahkan rumah-rumah dan menghalau mereka ibarat taufan. Kini, Zionis itu memiliki keberanian dan tanpa malu menuduh mangsa mereka sebagai menakutkan dan ganas.
Kemenangan Moral
Kami penduduk Palestin tidak sombong dan tidak mengalah dengan keangkuhan antarabangsa. Kami maklum bahawa Israil ialah kuasa hebat serantau yang turut mengawal ketat kerajaan Amerika Syarikat. Kami juga maklum bahawa politik Amerika dan Eropah melutut di kaki Israil, mencari-cari peluang pengiktirafan kerjasama daripada golem Yahudi yang jahat.
Tetapi kami juga menyedari dan mengetahui jauh di sudut hati kami bahawa Israil adalah sebuah negara muflis yang membangun di atas pembunuhan dan penindasan. Tidak perlulah dinyatakan, negara seperti itu yang berperisaikan ketidakjujuran, penindasan menjadi polisinya, pembunuhan sebagai modus operandinya, tidak akan kekal.
Sesungguhnya, setiap kanak-kanak yang Israil bunuh dan setiap rumah orang awam yang pesawat perang Israil musnahkan akan menjadi sumpah yang akan mempercepatkan dan melancarkan kemusnahan muktamad Israil.
Israil, terima kasih di atas serangan hebat yang mungkin telah berjaya membunuh ramai warga Palestin yang tidak berdosa, Israil, seperti juga Nazi Jerman, kerap melakukannya.
Tetapi penentang-penentang Palestin terus bersatu dan mengekalkan keupayaan untuk terus membuat Israil dan pendatangnya, yang hidup di atas tanah milik orang lain dalam keadaan cemas.
Akhirnya penentang-penentang Palestin benar-benar belajar dari pusingan keganasan Israil ini. Diharapkan para penentang akan bertambah kuat apabila Israil memutuskan untuk memulakan pusingan keganasan seterusnya ke atas warga Palestin.
Penduduk Palestin tidak menembak roket ke arah Israil dengan perasaan bermegah-megah atau sombong atau marah atau kerana suka berperang. Mereka menembak senjata yang serba kurang dengan harapan menghalang musuh pembunuh yang nyata.
Jelasnya apabila terdapat lima atau enam terbunuh di satu pihak sementara beratus mangsa di satu pihak yang lain; kita bukan bercakap tentang perang tetapi tentang pembunuhan beramai-ramai.
Israil boleh terus duduk dalam kebiadaban dan fantasi gila harta serta kuasa mereka, tetapi akhirnya siapa yang memiliki asas moral yang tinggi akan menang. Israil menempah kemusnahan awal, terima kasih kepada kejahatan dan kezaliman mereka.
Sumber: The Palestinian Information Center | Terjemahan: Seri Wani (Sukarelawan AP)
Usir ibu kandung demi memuaskan nafsu
JITRA: Seorang lelaki yang ditinggalkan isteri tergamak mengusir ibu kandungnya keluar dari rumah mereka di Kampung Malau, di sini, semata-mata untuk memadu kasih dengan pasangannya sejak seminggu lalu.
Tindakan lelaki berusia 30 tahun yang masih berstatus suami orang itu terbongkar apabila dia dan pasangannya dicekup kerana disyaki berkhalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), pada jam 11.45 malam kelmarin.
Menurut sumber penguat kuasa agama daerah, sebelum melakukan serbuan, pihaknya menerima maklumat lelaki terbabit mengusir ibunya daripada rumah itu semata-mata untuk membolehkan dia tinggal bersama teman wanitanya.
“Malah, ibunya takut pulang ke rumah kerana anaknya mengugut mahu membunuhnya jika dia pulang,” katanya.
Harian Metro
Tergamam anak kena cabul dengan Polis
GEORGETOWN – Seorang ibu tergamam seketika, selepas anak perempuan bongsunya menceritakan dia dicabul jirannya yang merupakan anggota polis di Air Itam, tahun lalu.Ibu kepada lima orang anak berkata demikian ketika memberikan keterangan dari kandang saksi di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
“Ketika jiran menceritakan hal itu, pada awalnya saya beranggapan, lelaki itu memeluk anak saya kerana dia seorang penyayang dan suka pada kanak-kanak.
“Perkara sebenar terbongkar selepas anaknya sendiri menceritakan tindakan anggota polis itu.
“Kira-kira jam 9.30 malam, pada 12 Jun tahun lalu, anak perempuan dan saya berada di rumah. Masa itu, kami mendengar bunyi bising dari luar seperti kemalangan. Kami pergi untuk tengok dan melihat sebuah kereta yang dipandu Koperal Mohd Aziri Sahid,” katanya pada hari pertama perbicaraan kes itu dimulakan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Menurutnya, selepas itu, dia dan anak perempuannya kembali untuk menonton televisyen.
“Kira-kira jam 10.30 malam, saya kata kepada anak sekarang masa untuk tidur. Kami masuk tidur di bilik yang sama.
“Masa itulah, anak perempuan saya memberitahu kepada saya bahawa ‘pak cik’ (Mohd Aziri) memeluk dan mencabulnya.
“Saya terkejut dan tergamam selama lima minit memikirkan sesuatu telah berlaku kepada anak saya,” katanya.
Mohd Aziri yang didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu kesalahan luar tabii dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa, di Lebuhraya Thean Teik, Bandar Baru, di sini, di antara 28 Mei hingga 21 Jun, tahun lalu.
Mohd Aziri yang merupakan penjawat awam, kini berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Dalam keterangan ibu mangsa, pada 14 Jun tahun lalu, Mohd Aziri datang ke rumahnya dan memegang tangan suaminya dan memohon maaf. “Lelaki itu berkata, dia hanya mendukung anak saya di tangga dan dengan tidak sengaja dia tersentuh tempat sulit anaknya.
“Beliau turut memohon maaf dengan saya dan mengatakan sekiranya saya memaafkan dia, saya adalah insan yang paling baik di dunia ini. Dia turut mengambil pistol dan meletakkan di kepalanya menyatakan dia akan mengancam nyawanya sendiri, sekiranya saya membuat laporan polis.
“Beliau berkata saya harus bersyukur kepada ALLAH mempunyai seorang anak perempuan cantik,” katanya.
Sebelum itu, Mohd Aziri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret dari tuduhan mencabul kehormatan mangsa yang sama.
Majistret Noor Aini, membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Hashim.
Untuk kesalahan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana daripada itu, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, kegembiraan anggota polis itu tidak kekal lama, apabila dia dikejutkan dengan satu lagi tuduhan baru di Mahkamah Sesyen untuk tuduhan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur itu.
Hakim Mahkamah Sesyen, Zanol Rashid Hussain menetapkan 11 Januari tahun depan untuk mendengar keterangan saksi yang seterusnya.
Mohd Aziri telah diwakili peguam, Rosli Ismail manakala kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ashikin Mokhtar.
Sinar
Remaja maut kemalangan
25 November 2012
Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam itu, Lee Kam Yew, 19, dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas cedera parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia semalam di hospital itu.
Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Batu 8, Pontian menuju Kuala Rompin.
“Mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Tanjung Gemok menuju Ke Kuala Rompin, sementara pemandu kereta itu dipercayai datang dari Kuala Rompin menuju ke Felda Selendang,” katanya kepada Sinar Harian.
Zainul Mujahidin berkata, mangsa yang tiba di simpang masuk ke Jalan Selendang dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh bahagian pintu kiri kereta tersebut hingga menyebabkan mangsa tercampak dari motosikal yang ditungganginya.
“Dalam kejadian itu, pemandu kereta dipercayai cuba masuk ke simpang sebelah kanan bagaimanapun, penunggang motosikal yang berada tidak jauh dari arah kereta itu tidak sempat memberhentikan kenderaan lalu merempuh kereta itu,” katanya.
Ambulans kandas dalam selut
25 November 2012
Kejadian berlaku kira-kira 7 petang kelmarin apabila ambulans dari Hospital Alor Gajah itu terpaksa meredah jalan tanah merah dan berlopak bagi mengambil warga emas, Tegoh Ithnin, 63, di Perkampungan Orang Asli Bukit Besar, Machap Umboo, di sini.
Tegoh mengalami sakit tua dan dilaporkan tenat, kirakira 12.30 tengah hari, sebelum mangsa tidak sedarkan diri beberapa jam kemudian.
Pemandu ambulans, Moktar Abd Talib berkata, dia ditugaskan bersama dua kakitangan mengambil mangsa untuk mendapat rawatan kecemasan di hospital.
"Kira-kira 6.30 petang, ambulans sudah melalui separuh jalan pada jarak kira-kira 1.5 kilometer dari jalan besar. Bagaimanapun, kenderaan kami tersangkut apabila keempat- empat tayar tersekat pada selut yang penuh dengan lecah tanah merah,” katanya.
Menurutnya, ketika itu, jarak rumah mangsa hanya kira-kira satu kilometer saja lagi.
Katanya, dia bersama dua rakan setugasnya itu kemudian dibantu penduduk Orang Asli cuba menolak ambulans naik semula namun gagal, sebelum menghubungi pejabat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Alor Gajah bagi mendapatkan bantuan.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Alor Gajah, Leftenan Muda Hamdan Mohd Saat berkata, pihaknya menerima panggilan dari kakitangan hospital kira-kira 7 petang memaklumkan masalah dihadapi ambulans berkenaan.
“Seramai lima anggota diketuai Koperal Jabbar Senin bergegas ke lokasi kejadian menggunakan pacuan empat roda jabatan.
“JPAM bersama kakitangan hospital dibantu penduduk Orang Asli berganding bahu menolak ambulans bagi membolehkan mereka sampai ke rumah mangsa dengan segera," katanya.
Hamdan berkata, mereka terpaksa mengambil keputusan menggunakan kenderaan pacuan empat roda JPAM bagi menempuh jalan tidak rata bertanah merah.
"Bagaimanapun, setiba di rumah mangsa, warga emas berkenaan sudah terbaring atas tikar dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya ketika ditemui Sinar Harian, malam kelmarin.
Hamdan berkata, paramedik hospital memberi rawatan awal sepanjang perjalanan ke hospital, bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 9.45 malam di Hospital Alor Gajah.
No comments:
Post a Comment