Mengail ‘ikan di darat’
TERTUTUP... premis karaoke dangdut yang dipercayai turut menyediakan khidmat GRO (dalam bulatan).
Bagaimanapun, pada masa sama segelintir warga emas terbabit sebenarnya menyelam sambil minum air apabila turut menikmati belaian pelayan pelanggan (GRO) di pusat karaoke dangdut bersebelahan kolam berkenaan.
Lebih mengejutkan, siasatan Metro Ahad (MA) mendapati GRO yang kebanyakannya dalam lingkungan usia 30-an hingga 50-an itu turut boleh dibawa hingga ke bilik tidur berdasarkan rundingan kedua-dua pihak.
Bagaimanapun, GRO dangdut berkenaan hanya akan disediakan pada hari tertentu dipercayai bagi mengelak aktiviti tidak bermoral itu dihidu pihak berkuasa.
Berbanding kebanyakan pusat hiburan lain yang menawarkan wanita bergetah, premis yang beroperasi seawal jam 5 petang sehingga awal pagi ini pula menampilkan beberapa kelainan dengan kehadiran pelayan pelanggan wanita tempatan yang ada antaranya layak digelar nenek.
Tawar pakej maksiat
Ini berikutan tinjauan wartawan Metro Ahad mendapati segelintir pengunjung beragama Islam dilihat selamba meneguk minuman keras di gerai minuman yang dikendalikan kolam memancing terbabit, manakala sebuah premis snuker bersebelahan pusat karaoke dijadikan tempat berjudi di kalangan pengunjung. Lebih mencurigakan, bahagian dalam pusat karaoke berkenaan diawasi lebih lapan kamera litar tertutup (CCTV) seolah-olah khuatir kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.
Pakej melalaikan itu jelas menarik perhatian pengunjung hingga sanggup menipu keluarga kononnya memancing. Pemerhatian wartawan mendapati beberapa penunggang motosikal yang baru tiba di kolam itu dengan membawa bersama joran, meninggalkan kelengkapan memancing mereka di kenderaan atau kaunter dan terus memasuki pusat karaoke terbabit.
Seorang pekerja warga asing di kolam memancing itu bagaimanapun berdolak-dalik mengenai kaitan kedua-dua premis berkenaan.
Dia mendakwa premis pusat hiburan terbabit disewakan dan pihak pengurusan kolam tidak campur tangan dalam sebarang aktiviti dijalankannya.
Bagaimanapun, kebanyakan pelanggan tetap kolam memancing itu ketika ditanya mendakwa kedua-dua premis berkenaan mempunyai kaitan di antara satu sama lain dan aktiviti yang disediakan sebagai pelaris bagi menarik perhatian pengunjung supaya tidak beralih ke kolam pancing lain.
Meruntuhkan institusi keluarga
KUALA LUMPUR: Kewujudan sebuah pusat karaoke dangdut bersebelahan
kolam memancing yang turut menyediakan pelayan pelanggan (GRO) sebagai
tarikan utama dibimbangi menimbulkan masalah gejala sosial dan
meruntuhkan institusi kekeluargaan di kalangan penduduk berhampiran.
Penduduk yang ditemui menyuarakan kebimbangan itu berikutan pusat hiburan terbabit menjadi tumpuan ramai pengunjung terutama kaki pancing sekitar Lembah Klang.
“Sebelum ini saya selalu bawa keluarga mengunjungi kolam itu kerana ia turut menyediakan kemudahan tempat makan kepada pengunjung. Bagaimanapun, suasana di kolam berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini sudah tidak mesra keluarga.
“Ia disebabkan pusat karaoke bersebelahan kolam terbabit beransur-ansur bertukar menjadi pusat hiburan dangdut dan dipercayai kini turut menyediakan khidmat GRO,” kata seorang penduduk di kawasan perumahan berhampiran yang hanya mahu dikenali Salmah, 40an.
Dia mendakwa, perkara itu menjejaskan keharmonian keluarga penduduk selepas beberapa jirannya mengadu mengenai perubahan sikap suami mereka yang makin kerap mengunjungi kolam terbabit dengan alasan untuk memancing.
Ia berikutan tarikan hiburan dangdut yang biasanya hanya diminati golongan lelaki berusia dan kehadiran pelayan wanita memburukkan lagi keadaan.
Sehubungan itu, suri rumah berkenaan berkata, kolam memancing
terbabit didapati sudah tidak sesuai lagi untuk dikunjungi kaki pancing
bersama keluarga terutama pada waktu malam bagi mengelak anak mereka
terpengaruh dengan gejala tidak sihat.
“Saya percaya sudah banyak rumah tangga pengunjung yang asalnya datang ke kolam berkenaan hanya untuk memancing, musnah dan berantakan disebabkan kewujudan pusat hiburan berkenaan.
“Justeru, saya dan ramai lagi jiran di kalangan suri rumah di sini,
berharap tindakan segera dapat diambil pihak bertanggungjawab bagi
mengelak masalah bertambah buruk selain memastikan kesahihan operasi
pusat hiburan terbabit,” katanya.
Selain itu, waktu operasi pusat hiburan berkenaan yang berlarutan sehingga awal pagi turut mengganggu ketenteraman penduduk berhampiran khasnya penghuni pangsapuri yang hanya terletak kira-kira 100 meter dari situ.
“Penghuni yang tinggal di rumah blok bersebelahan kolam terbabit paling teruk terjejas kerana selain bunyi kenderaan keluar masuk ke kolam yang beroperasi 24 jam itu, kini kami terpaksa berdepan pula bunyi bising daripada pusat hiburan,” katanya.
KUALA LUMPUR: Tindakan tegas termasuk pembatalan lesen boleh diambil
terhadap premis hiburan jika didapati menjalankan perniagaan tidak
menepati peraturan serta kriteria ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL).
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz berkata, pusat hiburan perlu memohon lesen hiburan.
Beliau berkata, lesen hiburan terbahagi kepada empat jenis iaitu hiburan malam, hiburan permainan, hiburan semasa dan hiburan (panggung wayang). Menurutnya, tindakan boleh diambil terhadap premis yang memohon lesen hiburan permainan tetapi pada masa sama menjalankan aktiviti hiburan malam.
“Definasi hiburan malam terbahagi kepada dua bahagian iaitu muzik dan nyanyian serta muzik, nyanyian dan tari-menari. Contoh muzik dan nyanyian ialah karaoke, live band, one piece band, deejay (DJ) manakala muzik, nyanyian dan tari menari ialah karaoke, live band, disko dan dangdut,.
“Sementara definasi hiburan permainan pula aktiviti hiburan yang diadakan dalam jangka masa panjang di dalam tempat hiburan atau dalam premis bangunan yang sudah mendapat lesen premis perniagaan hiburan atau lesen premis yang dibenarkan. Contohnya pusat hiburan sekeluarga, boling, snuker, billiard, pool, hiburan dengan mesin hiburan (kiddy rides dan mesin simulator) dan juke box,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap pusat karaoke di sebuah kolam memancing bagi memastikan ia menjalankan operasi mengikut syarat ditetapkan.
Katanya, bagi setiap kesalahan atau pelanggaran syarat lesen
hiburan, pemilik pusat hiburan akan diberikan surat tunjuk sebab yang
perlu dijawab dalam masa 14 hari.
Penduduk yang ditemui menyuarakan kebimbangan itu berikutan pusat hiburan terbabit menjadi tumpuan ramai pengunjung terutama kaki pancing sekitar Lembah Klang.
“Sebelum ini saya selalu bawa keluarga mengunjungi kolam itu kerana ia turut menyediakan kemudahan tempat makan kepada pengunjung. Bagaimanapun, suasana di kolam berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini sudah tidak mesra keluarga.
“Ia disebabkan pusat karaoke bersebelahan kolam terbabit beransur-ansur bertukar menjadi pusat hiburan dangdut dan dipercayai kini turut menyediakan khidmat GRO,” kata seorang penduduk di kawasan perumahan berhampiran yang hanya mahu dikenali Salmah, 40an.
Dia mendakwa, perkara itu menjejaskan keharmonian keluarga penduduk selepas beberapa jirannya mengadu mengenai perubahan sikap suami mereka yang makin kerap mengunjungi kolam terbabit dengan alasan untuk memancing.
Ia berikutan tarikan hiburan dangdut yang biasanya hanya diminati golongan lelaki berusia dan kehadiran pelayan wanita memburukkan lagi keadaan.
“Saya percaya sudah banyak rumah tangga pengunjung yang asalnya datang ke kolam berkenaan hanya untuk memancing, musnah dan berantakan disebabkan kewujudan pusat hiburan berkenaan.
Selain itu, waktu operasi pusat hiburan berkenaan yang berlarutan sehingga awal pagi turut mengganggu ketenteraman penduduk berhampiran khasnya penghuni pangsapuri yang hanya terletak kira-kira 100 meter dari situ.
“Penghuni yang tinggal di rumah blok bersebelahan kolam terbabit paling teruk terjejas kerana selain bunyi kenderaan keluar masuk ke kolam yang beroperasi 24 jam itu, kini kami terpaksa berdepan pula bunyi bising daripada pusat hiburan,” katanya.
Tindakan jika ingkari syarat
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz berkata, pusat hiburan perlu memohon lesen hiburan.
Beliau berkata, lesen hiburan terbahagi kepada empat jenis iaitu hiburan malam, hiburan permainan, hiburan semasa dan hiburan (panggung wayang). Menurutnya, tindakan boleh diambil terhadap premis yang memohon lesen hiburan permainan tetapi pada masa sama menjalankan aktiviti hiburan malam.
“Definasi hiburan malam terbahagi kepada dua bahagian iaitu muzik dan nyanyian serta muzik, nyanyian dan tari-menari. Contoh muzik dan nyanyian ialah karaoke, live band, one piece band, deejay (DJ) manakala muzik, nyanyian dan tari menari ialah karaoke, live band, disko dan dangdut,.
“Sementara definasi hiburan permainan pula aktiviti hiburan yang diadakan dalam jangka masa panjang di dalam tempat hiburan atau dalam premis bangunan yang sudah mendapat lesen premis perniagaan hiburan atau lesen premis yang dibenarkan. Contohnya pusat hiburan sekeluarga, boling, snuker, billiard, pool, hiburan dengan mesin hiburan (kiddy rides dan mesin simulator) dan juke box,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap pusat karaoke di sebuah kolam memancing bagi memastikan ia menjalankan operasi mengikut syarat ditetapkan.
‘Rumah kami tenggelam’
Oleh MEOR RIDUWAN MEOR AHMAD dan MOHD KHIDIR ZAKARIA
TERUK... kereta dan rumah penduduk yang ditenggelami air.
SELAMAT... anggota bomba menyelamatkan salah seorang mangsa banjir kilat di Kampung Batu 7, Lukut.
Hujan lebat berterusan sejak jam 2 pagi menyebabkan 200 keluarga dari beberapa kampung dan kawasan perumahan di Lukut serta sekitarnya termasuk Kampung Sri Parit, Taman Jaya Lukut, Taman Indah Jaya, Taman Wawasan dan Taman Sri Lukut ditenggelami air antara dua hingga tiga meter.
Tinjauan bersama menaiki bot Bomba dan Penyelamat Telok Kemang mendapati Kampung Batu Tujuh, Jalan Seremban dan kawasan rumah kongsi pekerja warga Indonesia ditenggelami air hampir keseluruhan rumah.
Menurut Cheok, dia sekeluarga tujuh beranak resah apabila hujan lebat menyebabkan air mula naik dengan cepat dan segera menyelamatkan diri ke kawasan tinggi sementara menunggu bantuan tiba.
“Saya sekeluarga termasuk menantu dan cucu cemas apabila air naik mendadak dan nekad pergi ke kawasan rumah jiran yang terletak di atas bukit.
“Disebabkan bimbang berlaku perkara tidak diingini, kami tidak dapat menyelamatkan harta benda lain,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
“Saya kesal dengan sikap pemaju yang tidak mengendahkan aduan kami sebelum ini mengenai masalah sistem perparitan yang sempit ini,” katanya.
“Kami hanya memikirkan nyawa anggota keluarga, semua peralatan dan pakaian habis dihanyut air. Tidak sampai setengah jam kemudian air sudah sampai ke paras dinding rumah.
“Dalam keadaan kelam-kabut itu, kami hanya sempat menyelamatkan dokumen peribadi dan kini tinggal sehelai sepinggang,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Ng Ching Hong, 50, berkata, sikap pemaju perumahan amat dikesali kerana aduan sudah dibuat oleh penduduk kampung berkenaan laluan air ke longkang yang terlalu kecil.
“Kami harap bantuan segera sampai kerana kemusnahan yang kami alami amat teruk. Rumah, pakaian dan kereta habis musnah dimasuki air dan tidak dapat diselamatkan. Kami tak tau macam mana lagi nak meneruskan hidup,” katanya.
Penduduk Taman Indah Jaya, B Murugan, 30 berkata, dia kesal banjir kilat kerap berlaku di situ apabila hujan lebat, namun menyifatkan kejadian semalam paling teruk.
“Ini kali kelima rumah dilanda banjir kilat. Ketika kejadian saya mahu menyelamatkan isteri dan anak ke tempat selamat, namun sebaik membuka pintu rumah, air mencurah masuk dengan deras menyebabkan saya terjatuh.
“Mujur isteri saya dapat menyelamatkan anak kami yang berusia tiga dan satu tahun yang sedang nyenyak tidur,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Daerah Port Dickson, Ab Khalid Mat berkata, hujan lebat berterusan sehingga tiga jam menyebabkan beberapa kawasan rendah ditenggelami banjir dan memusnahkan banyak harta benda penduduk.
Katanya, pusat perpindahan banjir turut dibuka kepada mangsa tetapi kebanyakan mereka tidak mahu berpindah atas alasan ia banjir kilat saja.
“Tetapi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut sama membantu mangsa dengan mengagihkan makanan dan selimut.
“Setakat ini juga tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kami sentiasa memastikan keadaan selamat di sini,” katanya.
Tak sempat tatap zuriat
Laporan dan Foto Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
REMUK... motosikal mangsa yang remuk selepas dirempuh di persimpangan lampu isyarat jalan Sungai Mati, Langgar. Gambar kecil Mohamad Sahaimi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi menyebabkan mangsa, Mohamad Sahaimi Wan, 36, mati serta merta di tempat kejadian akibat terjatuh di atas jalan selepas motosikal ditungganginya dirempuh sebuah lori membawa muatan bakul ayam yang datang dari arah pusat bandar, di sini.
Difahamkan, mangsa gagal memberhentikan motosikalnya di persimpangan berkenaan ketika lori terbabit sedang bergerak apabila lampu isyarat bertukar hijau.
Saksi, Azmi Bakar, 45, berkata ketika itu dia sedang membersihkan kawasan sebuah restoran ikan bakar berhampiran dan terkejut apabila mendengar dentuman kuat lalu ternampak seorang penunggang motosikal melayang dan jatuh ke atas jalan.
Menurutnya, dia berada kira-kira 80 meter dari tempat kejadian, dan melihat mangsa jatuh tersembam dengan mulutnya terpancut darah begitu banyak.
Pasangan kejam
HILTON terlantar di hospital akibat kecederaan parah.
Laurynas Dauksas, 25, dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun manakala Aurelisa Galdikaite, 23, dipenjara sembilan tahun kerana menyerang Arnold Hilton.
Hilton, 88, bekas pekerja syarikat lombong arang batu, ditumbuk dan disepak manakala hampir setiap “laci di setiap bilik” rumahnya di Uphollad, Lancashire, digeledah oleh pasangan itu, Mac lalu.
Dia ditemui oleh anaknya, Stuart, berdarah dan terbaring di lantai bilik tidur pada jam 6.30 keesokan paginya.
Hilton memberitahu anaknya, dia tidak akan dapat bertahan lagi.
Stuart berkata, ayahnya mempunyai lima anak, sepuluh cucu dan seorang cicit, berubah sejak serangan itu.
“Sebelum serangan itu, walaupun sudah berusia 88 tahun, beliau seorang yang suka bersosial. Dia akan menaiki bas untuk pergi ke pub sejauh dua batu, untuk bertemu rakannya.”
Stuart berkata, bapanya suka sukan dan bermain gol serta suka menonton bola sepak dan ragbi.
“Tapi sekarang, dia sudah tidak boleh keluar lagi dan terpaksa tinggal di rumah orang tua 24 jam,” katanya.
Ketika menjatuhkan hukuman penjara ke atas pasangan Lithuania itu, Hakim David Aubrey berkata, “Ini adalah kesalahan kejam menjijikkan. Anda memusnahkan hidup lelaki itu, walaupun anda tidak membunuhnya tetapi anda mungkin akan melakukannya.”- DM
Poskad tiba selepas 70 tahun
Poskad itu dihantar pada 4 Julai 1943 kepada Pauline dan Theresa Leisenring di Elmira, New York oleh ibu bapa mereka yang melawat abangnya di Camp Grant di Illinois.
Malangnya, dua beradik itu sudah meninggal dunia berpuluh tahun lalu.
Bagaimanapun, rumah mereka di Elmira, diduduki oleh dua budak perempuan lain iaitu Hannah dan Madie Podgorny.
Hannah, pelajar Tahun Tujuh, bercadang menggunakan poskad itu dalam projek sejarah sekolahnya.
Si mabuk cemar masjid
Oleh SHAMSUL MUNIR SAFINI
shamsulmunir@hmetro.com.my
shamsulmunir@hmetro.com.my
INDAH...Masjid Al-Hussain di Kuala Perlis yang diceroboh enam lelaki dengan tin minuman keras.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam apabila kumpulan lelaki berusia 30-an terbabit dikatakan mahu bersantai di tepi pantai bersebelahan masjid sebelum menceroboh melalui sebuah pintu pagar rumah ibadat itu menyebabkan tindakan mereka disedari pengawal keselamatan bertugas.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Addul Rahman Mohd Noordin berkata, seorang daripada mereka berbadan agak gempal sukar memanjat sebelum tindakannya disedari pengawal keselamatan masjid terapung itu.
Katanya, sebaik suspek menyedari tindakannya dilihat pengawal keselamatan, dia cuba melarikan diri tetapi gagal berbuat demikian.
“Suspek kemudian dibantu rakannya melawan pengawal keselamatan di situ selepas diarahkan keluar dari kawasan masjid menyebabkan berlaku pertengkaran di antara mereka.
“Semua suspek yang mabuk berkenaan tidak puas hati dengan tindakan pengurusan tidak membenarkan mereka masuk ke kawasan masjid untuk ke pantai bersebelahan sambil memaki-hamun pengawal keselamatan terbabit,” katanya di sini, semalam.
Katanya, kumpulan lelaki itu kemudian beredar menaiki sebuah kereta Proton Iswara, tetapi nombor pendaftaran kenderaan terbabit berjaya dicatatkan pengawal keselamatan.
Katanya, kes berkenaan boleh mengundang rasa marah orang ramai dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.
Dibunuh ketika keluar minum dengan kawan
KLANG: “Dia hanya beritahu mahu keluar minum bersama rakannya,” kata
Logeswari, 20-an, isteri kepada T Sivanesan, 32, yang dipercayai dibunuh
sebelum mayatnya ditemui di tepi padang permainan kanak-kanak di Taman
Sentosa, di sini, semalam.
Logeswari ketika ditemui berkata, suaminya keluar dari rumah mereka kira-kira jam 2 pagi semalam untuk minum bersama empat rakannya di restoran berhampiran padang permainan kanak-kanak itu. “Saya tidak tahu apa masalahnya sebelum ini. Saya terkejut apabila dihubungi polis pagi tadi (semalam) memaklumkan mayatnya dijumpai di padang permainan ini,” kata ibu kepada dua anak perempuan berusia lima bulan dan tiga tahun ini ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.
Difahamkan, sebelum kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, Sivanesan dipercayai bergaduh di restoran itu sebelum melarikan diri ke padang permainan kanak-kanak itu.
Mangsa kemudian dipukul dan ditikam dengan objek tajam di tepi papan gelungsur di padang permainan itu. Mangsa yang parah kemudian cuba melarikan diri namun rebah kira-kira 30 meter dari tempat dia dipukul sebelum meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 10 pagi semalam memaklumkan penemuan mayat terbabit.
Beliau berkata, pemeriksaan forensik mendapati ada kesan tikaman di bahagian punggung mangsa dan kesan cedera di belakang kepala dipercayai dipukul dengan objek tumpul.
“Mangsa dipercayai bergaduh sebelum dipukul lebih daripada seorang
suspek di kawasan padang permainan kanak-kanak itu. Seorang lagi rakan
mangsa yang identitinya belum dikenali turut cedera di kepala dan kini
dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di sini,” katanya.
Mohamad berkata, hasil siasatan juga mendapati mangsa mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan kes samun dan curi kenderaan.
Katanya, polis juga tidak menemui sebarang senjata di kawasan
berhampiran dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana
membunuh.
PETALING JAYA: Seorang tukang cuci di Flat Impian Seri Setia, Jalan
SS9A/14, Sungai Way di sini, yang sedang menjalankan kerja pembersihan
di bumbung tingkat dua bangunan itu terkejut apabila menemui sekujur
tubuh dalam keadaan terlentang dengan bahagian kepala berdarah, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, tukang cuci wanita berusia 30-an itu menemui mayat lelaki berpakaian lengkap di satu sudut bumbung berkenaan sebelum memanggil seorang ahli jawatankuasa (AJK) persatuan penduduk flat itu bagi memaklumkan kejadian.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mereka kemudian menghubungi polis kerana menyangka lelaki terbabit mangsa pembunuhan.
Menurutnya, sepasukan polis dengan bantuan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bergegas ke lokasi bagi menyiasat.
“Siasatan awal mendapati, lelaki terbabit bukan mangsa pembunuhan, sebaliknya akibat terjatuh dari tempat tinggi.
Logeswari ketika ditemui berkata, suaminya keluar dari rumah mereka kira-kira jam 2 pagi semalam untuk minum bersama empat rakannya di restoran berhampiran padang permainan kanak-kanak itu. “Saya tidak tahu apa masalahnya sebelum ini. Saya terkejut apabila dihubungi polis pagi tadi (semalam) memaklumkan mayatnya dijumpai di padang permainan ini,” kata ibu kepada dua anak perempuan berusia lima bulan dan tiga tahun ini ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.
Difahamkan, sebelum kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, Sivanesan dipercayai bergaduh di restoran itu sebelum melarikan diri ke padang permainan kanak-kanak itu.
Mangsa kemudian dipukul dan ditikam dengan objek tajam di tepi papan gelungsur di padang permainan itu. Mangsa yang parah kemudian cuba melarikan diri namun rebah kira-kira 30 meter dari tempat dia dipukul sebelum meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 10 pagi semalam memaklumkan penemuan mayat terbabit.
Beliau berkata, pemeriksaan forensik mendapati ada kesan tikaman di bahagian punggung mangsa dan kesan cedera di belakang kepala dipercayai dipukul dengan objek tumpul.
Mohamad berkata, hasil siasatan juga mendapati mangsa mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan kes samun dan curi kenderaan.
Terkejut jumpa mayat
Oleh ZAITIE SATIBI
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, tukang cuci wanita berusia 30-an itu menemui mayat lelaki berpakaian lengkap di satu sudut bumbung berkenaan sebelum memanggil seorang ahli jawatankuasa (AJK) persatuan penduduk flat itu bagi memaklumkan kejadian.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mereka kemudian menghubungi polis kerana menyangka lelaki terbabit mangsa pembunuhan.
Menurutnya, sepasukan polis dengan bantuan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bergegas ke lokasi bagi menyiasat.
“Siasatan awal mendapati, lelaki terbabit bukan mangsa pembunuhan, sebaliknya akibat terjatuh dari tempat tinggi.
No comments:
Post a Comment